Sie sind auf Seite 1von 16

1.

0 Pengenalan
Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa
kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga
termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan
pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak
mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan
menyumbang kepada kecederaan sukan. Kenyataan di bawah merupakan antara
pernyataan yang diambil berhubung jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku
dalam sukan secara umumnya:-

Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai


Ampang, Selangor, Dr. Ezlan Merican, kecederaan sukan secara amnya
terbahagi kepada dua iaitu kecederaan tisu lembut dan kecederaan tulang.
Kecederaan pada tisu lembut pula boleh dibahagikan kepada akut dan
kronik. Bagi kecederaan tulang jarang berlaku kecuali dalam sukan lasak
seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat serta lumba kereta dan motor.
Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba mengalami patah tulang atau
stress fracture. Dr. Ezlan juga menyatakan bahawa keadaan ini berlaku
akibat latihan yang berpanjangan menyebabkan tulang menjadi haus dan
terdapat retak-retak halus
(Utusan Melayu, 8 Julai 2012)

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa


bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan
tersebut yang berlaku pada seluruh tubuh badan. Walau bagaimanapun kecederaan
adalah biasa semasa bersukan. Tambahan pula, setiap bidang sukan ada risiko
kecederaan dan sebarang kecederaan yang berlaku akibat penglibatan dalam
aktiviti sukan, digelar kecederaan sukan. Menurut Teng Boon Tong (2001),
kecederaan sukan adalah sebahagian daripada ilmu sains sukan. Pelbagai kaedah
pencegahan bagi mengelak atau mengurangkan risiko kecederaan sukan di
samping rawatan pertolongan kecemasan yang diberikan kepada ahli-ahli sukan
yang mengalami kecederaan atau kesakitan dengan tiba-tiba (MSN, 2012).

Contohnya seperti dalam sukan permainan bola tampar di mana setiap pemain juga
terdedah dengan risiko dan ancaman kecederaan sama ada semasa mengadakan
latihan ataupun semasa terlibat dengan pertandingan. Bola tampar merupakan
suatu permainan bukan sahaja untuk pertandingan malah untuk kecergasan dan

1
riadah. Permainan ini terkenal di seluruh dunia kerana ia adalah sukan untuk
semua; untuk orang ramai termasuk orang yang cacat anggotanya. Permainan ini
boleh dimainkan di mana-mana sahaja; di taman, di tepi pantai atau di kawasan
lapang. Bola tampar merupakan permainan berpasukan tanpa sentuhan fizikal dan
dengan itu mengurangkan kecederaan individu dan menambahkan keseronokan
bemain.

Menerusi penulisan akademik ini, analisis akan dilakukan ke atas beberapa jenis
kecederaan yang mungkin dihadapi oleh pemain-pemain bola tampar. Dalam pada
itu, perbincangan juga akan dilakukan ke atas prosedur bantu mula yang oleh
dilakukan untuk memastikan kecederaan yang dihadapi oleh pemain bola tampat
tidak menjadi serius. Sebaliknya, dapat dirawat dengan lebih cepat dan seterusnya
membantu mengurangkan risiko kecederaan parah kepada pemain bolar tampar.

2.0 Jenis Kecederaan Dalam Sukan Bola Tampar


Dalam bidang sukan, perkara penting yang perlu diketahui ialah asas anatomi dan
fisiologi, manusia mempunyai sistem-sistem tubuh badan manusia yang terdiri
daripada sistem otot rangka, sistem saraf, sistem pencernaan, sistem edaran darah,
sistem pernafasan, dan sistem urinari. Oleh itu, penjagaan kesihatan perlu
dititikberatkan bagi mengurangkan risiko kecederaan yang melibatkan sistem-sistem
dalam badan. Kecederaan sukan boleh dikategorikan kepada kategori time-related
classes (mengikut masa) dan kategori mengikut struktur tubuh badan yang cedera.
Melalui kecederaan time-related classes (mengikut masa) terdiri daripada akut
(acute) yang memerlukan rawatan segera dan pemulihan yang cepat berbanding
kronik (chronic) yang terdiri daripada kecederaan yang memerlukan rawatan segera
dan konsisten dari masa ke semasa. Kecederaan mengikut struktur badan pula
mempunyai dua kategori iaitu kecederaan tisu lembut (saraf, saluran darah, otot,
kulit, tendon, rawan, ligamen) dan kecederaan tisu keras (tulang). Di mana-mana
sahaja berisiko tercedera sama ada semasa bersukan atau tidak. Justeru itu,
langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi memastikan kesihatan yang terjamin.

Dalam sukan permainan bola tampar, terdapat beberapa jenis kecederaan yang
mungkin dihadapi oleh pemain. Setiap jenis kecederaan yang dialami oleh pemain
bola tampat melibatkan beberapa anggota badan. Antaranya adalah seperti mana
yang berikut:-

2
1) Kecederaan Tisu Lembut
Kecederaan tisu lembut boleh berlaku di bahagian tengah otot iaitu di antara
otot dengan tendon di tempat melekat tendon (origin & insertion) atau di tulang
sendiri. Kecederaan tisu lembut juga boleh dikelaskan mengikut dua aspek
yang utama iaitu:-
 Punca atau mekanisma kecederaan (etiologi)
 Darjah kecederaan (severity)

Kecederaan yang dialami oleh pemain bola tampar khususnya semasa terlibat
dalam permainan bola tampar seperti pertandingan bola tampar dan juga
semasa latihan dijalankan, adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya
adalah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-
 Disebabkan oleh keadaan pemain yang berlaga tubuh badan
semasa permainan sedang dilaksanakan. Contohnya, tisu lembut
mengalami luka, lebam, bengkak, kecederaan pada kepala dan juga
mata.
 Terdapat juga kecederaan yang berlaku secara tidak langsung
di mana anggota badan pemain khususnya bahagian otot pemain
menerima tekanan atau bebanan secara mengejut. Contohnya semasa
pemain membuat lompatan atau semasa pemain membuat pendaratan
yang tidak kemas selepas membuat pukulan smash.

Ini bermakna bahawa terdapat dua faktor utama yang boleh meningkatkan
risiko kecederaan tisu lembut ke atas setiap pemain bola tampar seperti mana
yang telah dinyatakan di atas. Kesan daripada kecederaan pada tisu lembut
ini, anggota badan khususnya pada bahagian otot pemain mungkin akan
terkoyak.

Selain itu, kecederaan pada tisu lembut juga boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-

 Chronic dan Overude


Kecederaan ini adalah disebabkan oleh hasil tekanan atau bebanan
yang berulang-ulang atau pergeseran yang berterusan. Kecederaan
seperti ini selalunya berlaku semasa latihan ketahanan (endurance
training) dijalankan. Contoh kecederaan adalah seperti Tendinitis.

3
 Acute dan Chronic
Ianya adalah sejenis kecederaan yang disebabkan oleh otot yang telah
tercedera akibat daripada chronic dan overuse yang terkoyak atau
terputus di peringkat awal kecederaan.

Dua perkara yang dinyatakan di atas adalah antara contoh kecederaan tisu
lembut yang belaku berlaku ke atas pemain bola tampar. Kecederaan yang
berlaku juga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya adalah
seperti mana yang dinyatakan di bawah:-
 Sakit sedikit iaitu kesakitan yang akan dialami oleh pemain
semasa cedera atau dalam masa 24 jam selepas kecederaan.
 Sakit setempat iaitu kecederaan yang dialami oleh pemain bola
tampar. Namun begitu, pemain masih boleh meneruskan permainan.
 Sakit sederhana iaitu kecerderaan yang menyebabkan pemain
mengalami kesakitan semasa melakukan pergerakkan. Keadaan ini
menyebabkan pemain bola tamper tidak dapat meneruskan permainan
mereka.

2) Kecederaan Pada Lutut


Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang
betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur
dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi. Terdapat dua ligamen
yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior
cruciate ligament (PCL). ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut.
Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan,
relatif kepada tulang femur. ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan
yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur
lain dalam lutut. Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan
memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal. Ia selalunya
berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw,
ragbi, bola keranjang dan bola jaring. Selain aktiviti bersukan, kecederaan di
tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan
kecederaan ACL. Kecederaan ACL atau anterior cruciate ligament selalu
terjadi kepada mereka yang aktif bersukan. Ianya terjadi apabila tulang-tulang
kaki bergerak ke arah yang berlainan dengan bebanan berat badan. Ligamen

4
yang terlibat adalah anterior cruciate ligament yang berada di tengah-tengah
lutut akan koyak sama ada sedikit atau koyak keseluruhannya.

Rajah 1 : Perbezaan Antara Lutut Normal dan Lutut Yang Cedera

Tanda-tanda seseorang mengalami kecederaan ACL adalah selalunya akan


kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi „pop‟ dari
lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat
dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak. Pemain selalunya akan
tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk
bermain semula pada waktu itu. Pada jangka masa tertentu, pesakit akan
berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan
semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan
longgar seolah-olah seperti akan tercabut. Selain itu, akan kelihatan otot di
kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini
dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.

Dalam pada itu, tanda-tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah


lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk
diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut. Tanda-tanda lain
termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran
membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, kesakitan yang berkala dan
ketidakselesaan pada lutut.

3) Kecederaan Pada Tulang Rawan

5
Tulang rawan yang koyak secara umumnya sering terjadi dalam permainan
rugbi dan melibatkan kerosakan meniskus di bahagian lutut. Tulang rawan
tidak rosak sepenuhnya kerana meniskus terdiri daripada tulang rawan fiber
yang konkrit. Meniskus berbentuk C dan terdapat di setiap lutut. Meniskus
berfungsi sebagai shock absorber dan membantu untuk mengurangkan
geseran dalam sendi lutut.Meniskus boleh mengalami kerosakan sekiranya
diketuk atau menerima hentakan serta berlakunya twist secara tiba-tiba pada
bahagian paha dan lutut.

Rajah 2 : Tulang Rawan Yang Mengalami Kecederaan

Terdapat bekalan urat saraf yang minimum pada bahagian Meniskus yang
bermaksud pemain tidak akan berasa sakit pada bahagian struktur yang
tercedera. Namun, kekuatan twist akan mempengaruhi medialis agunan
ligamentum (MCL) dan ligamen koroner lain di sekitarnya. Ini adalah struktur
yang mengubungkan meniskus dengan tulang kering.

Kerosakan pada bahagian ini akan menyebabkan lutut pemain mengalami


kebengkakan. Sekiranya meniskus terkoyak maka pemain akan mengalami
kesukaran untuk pulih sepenuhnya kesan daripada kekurangan bekalan darah
dan saraf pada bahagian tersebut. Carikan hasil daripada tulang yang koyak
itu akan menyebabkan lutut pemain secara tiba-tiba akan terkunci ke posisi
sebagai sebuah lipatan yang akan mengganggu mekanikal lutut yang normal.
Pemain juga akan mengadu mendengar bunyi ‘klunk’ ketika bermain atau
berjalan menuruni tangga. Implikasi jangka panjang ialah lutut akan kehilangan
stabiliti.

6
4) Keretakan Pada Tulang
Kecederaan tulang retak berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa
kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga
termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai.
Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan
yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga
akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Ketegangan dan kecederaan
otot. Tulang patella dapat menjadi fraktur baik secara sendiri ataupun
gabungan antara tulang-tulang pada ekstremitis inferior. Fraktur patella
biasanya jenis transversal sederhana, dimana ia dapat diperbaiki. Tetapi bila
fraktur patella kompleks dan disertai dengan dislokasi diperlukan tindakan
bedah iaitu angkatan patella (patellectomy) , agar dapat mengembalikan fungsi
sendi lutut dengan lebih baik.

Rajah 3 : Kecederaan Fraktur Patela

Kecederaan yang berlaku pada tulang boleh dibahagikan kepada beberapa


jenis. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-
 Hentakan lansung iaitu apabila tulang patah pada tempat yang terkena
hentakan.
 Hentakan tidak langsug iaitu apabila tulang yang patah berada jauh
dari tempat yang terkena hentakan
 Daya tindakan otot

7
 Penyakit tulang iaitu tulang orang tua, mudah patah walaupun dengan
sedikit hentakan

Dalam pada itu, terdapat beberapa gejalah atau tanda-tanda yang boleh
dikenal pasti sama ada seorang pemain bola tampar itu mengalami keretakan
pada tulang atau sebaliknya. Antaranya adalah seperti mana yang dinyatakan
di bawah:-
 Berasa sakit pada bahagian yang patah
 Lebam atau rasa tidak selesa atau rasa tertekan pada tempat yang
cedera
 Bengkak di tempat yang cedera
 Terkehel mungkin kelihatan pada tulang yang patah itu sebaik sahaja
tercedera atau selepas beberapa hari
 Tidak mampu melakukan pergerakan biasa pada bahagian yang
tercedera
 Kecacatan pada anggota, bentuk biasa berubah atau anggota itu
menjadi lebih pendek
 Keganjilan, jika tulang yang patah itu dekat dengan kulit
 Pergerakan tidak seperti biasa, hanya doktor boleh memeriksa tanda-
tanda ini.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa


terdapat beberapa jenis kecederaan yang mungkin dihadapi oleh pemain-pemain
bola tampar sama ada semasa mereka mengikuti latihan ataupun semasa
permainan bola tampar dilaksanakan.

3.0 Prosedur Bantu Mula Bagi Mengelak Kecederaan Serius


Bagi memastikan kecederaan yang dihadapi oleh pemain bola tampar tidak menjadi
lebih serius, maka terdapat beberapa jenis prosedur bantu mula yang boleh
dilaksanakan sama ada dilaksanakan oleh jurulatih mahupun oleh kakitangan
perubatan. Antaranya adalah seperti mana yang berikut:-

1) Rawatan Bantu Mula Untuk Kecederaan ACL


Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, ACL adalah salah satu
kecederaan yang mungkin dihadapi oleh pemain bolah tampar. Oleh itu,
prosedur bantu mula yang boleh dilaksanakan ke atas pemain bola tampar

8
yang mengalami kecederaan ACL adalah dengan menggunakan kaedah RICE.
RICE merupakan salah satu teknik rawatan kecemasan yang boleh dilakukan
kepada atau oleh mangsa yang mengalami kecederaan sebelum rawatan
susulan yang lebih lanjut boleh dilakukan. Oleh itu, berikut adalah prosedur
yang perlu dilaksanakan ke atas pemain bola tampar dengan menggunakan
kaedah RICE:-

 Rest
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang
pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan
mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini
memburukkan lagi kecederaan.

 Ice
Ais yang dibalut dengan kain atau plastic didemah ke atas tempat yang
edera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi
rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat
cedera kerana akan mengakibatkan „ice-burn‟ dan mematikan sel-sel
di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu
tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan
sel yang rosak dengan lebih cepat.

 Compression
Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak
yang keterlaluan.

 Elevation
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan
mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini
mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian
yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.

 Referral
Rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam
tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan
kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.

9
Tindakan awal ini diberikan bertujuan untuk mencegah tisu-tisu lembut lain
daripada mengalami kecederaan, mengurangkan kesakitan yang dialami.
Selain itu, rawatan bantu mula ini juga adalah untuk mengurangkan dan
menurunkan bengkak serta mengekalkan kecergasan sementara bahagian
kecederaan yang cedera. Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap
bahagian yang cedera dan mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.
Dalam pada itu, prosedur RICE ini juga mempunyai beberapa kelebihan dan
kebaikan. Antaranya ialah:-
 Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami
kecederaan.
 Mengurangkan kesakitan yang dialami.
 Mengurangkan bengkak.
 Mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian
yang cedera.
 Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian
yang cedera.
 Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama

2) Prosedur Bantu Mula Untuk Kecederaan Otot


Setiap pemain bola tampar juga terdedah dengan beberapa jenis kecederaan
otot seperti keretakan tulang, padang tulang, kecederaan pada ligamen dan
sebagainya seperti mana yang telah dijelaskan di atas. Bagi kecederaan
seperti ini, prosedur bantu mula yang boleh dilaksanakan adalah menerusi
pelaksanaan prosedur TOTAPS. Totaps merupakan prosedur pengurusan
kecederaan yang digunakan untuk menilai tahap kecederaan atlet sebelum
membenarkan atlet meneruskan permainan. Lazimnya, prosedur ini
dipraktikkan dalam pertandingan sukan yang besar mahupun kecil atau
semasa sesi latihan. Oleh itu, berikut adalah penerangan berkenaan dengan
prosedur bantu mila TOTAPS:-

 Talk
Perkara pertama yang perlu dilaksanakan ialah bercakap dan bertanya
kepada pemain yang mengalami kecederaan berkenaan dengan
peringkat kesakitan yang dialami dan tempat berlakunya kecederaan.
Tujuan bertanya kepada pemain aadalah untuk mendapatkan
maklumat berkaitan punca berlakunya kecederaan, tahap kecederaan

10
serta memudahkan pembantu mula untuk fokus kepada bahagian yang
cedera

 Observe
Perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa
terutamanya kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa. Pada
peringkat ini juga, terdapat beberapa tindakan yang perlu dilakukan
oleh pembantu mula kecederaan. Antaranya ialah:-
o Perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan
keadaan mangsa.
o Periksa pernafasan serta kadar denyutan nadi
mangsa sama ada normal atau sebaliknya.
o Pastikan kesan-kesan luka, lebam, bengkak atau
keadaan tidak normal(deformiti) di bahagian yang cedera serta
sekitar bahagian yang berkaitan dengannya.

 Touch
Prosedur ketiga yang perlu dilaksanakan oleh pembantu mula
kecederaan ialah merasakan tempat kecederaan, membuat
pemeriksaan terhadap sebarang bengkak atau deformiti anggota badan
tersebut. Tujuan utama menyentuh bahagian yang tercedera adalah
untuk mentafsir darjah kecederaan itu. Namun begitu, terdapat
beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pembantu mula
kecederaan pada peringkat ini. Antaranya ialah:-
o Sebelum menyentuh bahagian yang tercedera, maklumkan
dahulu kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa daripada
terkejut.
o Setelah memberitahu mangsa, sentuh bahagian yang tercedera
dengan penuh berhati-hati dan tidak terburu-buru.
o Periksa sebarang bengkak dan deformiti yang dialami anggota
badan yang tercedera.
o Perhatikan respons mangsa sama ada berasa sakit semasa
bahagian yang tercedera disentuh.

 Active Movement

11
Pada peringkat ini, pembantu mula kecederaan mengarahkan pemain
bola tampat yang mengalami kecederaan untuk menggerakkan
anggota badan yang cedera. Tujuannya adalah untuk menilai sejauh
mana tahap kecederaan yang dialami. Dalam pada itu, pembantu mula
kecederaan juga perlu memastikan mangsa dapat menggerakkan
bahagian yang cedera pada julat pergerakan yang normal atau tidak.
Sekiranya mangsa dapat menggerakkan bahagian yang cedera pada
julat pergerakan yang normal, langkau ke langkah terakhir iaitu Skill
(Kemahiran). Sebaliknya, sekiranya mangsa tidak dapat
menggerakkannya pada julat pergerakan yang normal, ikuti langkah
seterusnya iaitu Passive movement (Pergerakan pasif). Namun begitu,
sekiranya mangsa merasakan kesakitan, maka pemain tersebut perlu
dirujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

 Passive Movement
Gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa tahap
kecederaan.Rengangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi
setelah pasti dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius. Oleh itu,
berikut adalah beberapa tindakan yang perlu dilakukan oleh pembantu
mula kecederaan pada peringkat ini:-
o Membantu mangsa menggerakkan bahagian yang cedera
dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati pada julat
pergerakan yang normal.
o Melakukan aktiviti regangkan otot.
o membandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera
dengan bahagian yang cedera.
o Berhenti dan merujuk kepada pakar perubatan jika mangsa
berasa sakit atau julat pergerakan sangat terhad.
o Jika bahagian yang cedera dapat digerakkan dalam julat yang
normal, teruskan ke langkah yang terakhir.

 Skill
Suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan
tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada
tanda kecederaan yang khusus.

12
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa prosedur bantu mula
yang boleh dilaksanakan untuk memastikan kecederaan yang dihadapi oleh pemain
bola tampar tidak menjadi lebih serius. Menerusi pelaksanaan prosedur bantu mula
yang dinyatakan di atas, maka usaha untuk mengurangkan risiko kecederaan parah
kepada pemain bola tampar akan dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.

4.0 Refleksi
Pelaksanaan tugasan ini adalah suatu bentuk tugasan yang tidak pernah dilakukan
sebelum ini. Secara tidak langsung, pelaksanaan tugasan ini telah membantu
meningkatkan pengetahuan saya terhadap konsep kecederaan dan jenis-jenis
kecederaan yang mungkin dihadapi oleh pemain bola tampar khususnya semasa
mereka terlibat dengan permainan bola tampar. Sepanjang menjalankan tugasan ini
saya mendapat pengalaman baru dalam menyediaan diri untuk sesuatu perkara
yang tidak dijangka iaitu kecederaan ketika bersukan khususnya yang melibatkan
sikan bola tampar. Sebelum ini, perkara tersebut langsung tiada dalam fikiran saya
kerana selama ini saya kurang dilanda kecederaan semasa bersukan.

Semasa membuat rujukann saya dapati ilmu pertolongan cemas ini perlu dipelajari
oleh semua guru Pendidikan Jasmani, murid serta sesiapa sahaja yang terbabit
dalam sukan secara langsung atau tidak. Ini adalah untuk memastikan agar setiap
pihak dapat membuat persediaan sekiranya sesuatu perkara yang tidak baik
menimpa murid-murid atau atlet sukan bola tampar yang sedang bersukan sebelum
rawatan susulan di lakukan atau dihantar ke hospital.

Mempelajari kaedah rawatan RICE dan TOTAPS dengan prosedur dan prinsip yang
betul membuatkan saya berasa yakin untuk mengaplikasikannya bagi
menyelamatkan mangsa dan mengurangkan risiko kecederaan. Kebaikkan yang
saya dapat dari tugasan ini ialah, saya dapat mempelajari ilmu-ilmu bantu mula yang
boleh membantu sekurang-kurangya meringankan risiko kecederaan sekiranya tidak
di rawat dengan cepat. Ilmu ini juga boleh dibawa dan di ajar kepada murid-murid
apabila memasuki persekolahan kelak.

Ini bermakna bahawa pengetahuan saya prosedur bantu mula telah dapat
ditingkatkan menerusi pelaksanaan tugasan ini. Secara tidak langsung, ianya
memudahkan saya untuk melaksanakan prosedur bantu mula sekiranya terdapat
pelajar saya yang mengalami kecederaan semasa terlibat dengan sukan permainan.

13
Ianya tidak hanya terhad kepada sukan permainan bola tampar. Sebaliknya,
melibatkan semua jenis sukan sama ada sukan permainan mahupun sukan
olahraga.

Walau bagaimanapun, saya juga berhadapan dengan beberapa masalah dan


cabaran dalam menyempurnakan tugasan ini. Antaranya adalah seperti mana yang
dinyatakan di bawah:-
1) Saya menghadapi masalah dan kekangan dalam mengumpul maklumat dan
data berkaitan dengan kehendak tugasan. Hal ini adalah disebabkan oleh
kesukaran saya untuk bergerak mencari sumber dan maklumat yang dapat
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Keadaan diburukkan lagi
apabila saya turut mengalami masalah dalam mendapatkan bantuan daripada
rakan ekoran daripada tempat tinggal yang berjauhan dengan mereka. Secara
tidak langsung, masalah yang saya hadapi ini menyebabkan saya sukar untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama,
kekurangan maklumat bertulis dan kelemahan saya mencari bahan menerusi
internet menyebabkan saya tidak dapat mengumpul bahan dan maklumat yang
diperlukan. Secara tidak langsung, perkara ini menyebabkan saya untuk
mendapatkan bantuan daripada rakan untuk mencari maklumat dan bahan
yang berkaitan. Dengan adanya bantuan daripada rakan, maka saya telah
dapat mengumpul maklumat dan seterusnya memudahkan saya untuk
menyaipkan tugasan ini. Walau bagaimanapun, kesungguhan dan komitmen
yang tinggi telah menjadi pendorong kepada saya untuk memastikan tugasan
ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2) Masalah lain yang menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan ini adalah
masalah masa. Kesibukan dengan kerja menyebabkan saya tidak dapat
menumpuhkan perhatian dalam menyempurnakan tugasan ini. dalam masa
yang sama, kesibukan di awal persekolahan juga menyebabkan saya tidak
dapat memperuntukkan masa yang sama untuk menyempurnakan tugasan ini.
Namun begitu, bantuan dan kerjasama daripada keluarga telah dapat
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih baik dan dapat
disiapkan tepat pada masanya. Bebanan tugas di sekolah menyekat
pergerakan saya untuk mencari dan mendapatkan maklumat bagi menyiapkan
tugasan ini. Dalam masa yang sama juga, saya juga tidak dapat memberikan
fokus yang sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan ini kerana keperluan kerja
yang sangat penting dan memerlukan komitmen yang tinggi. Walau
bagaimanapun, kesungguhan saya untuk menyiapkan tugasan ini dan

14
didorong dengan semangat daripada rakan-rakan telah membantu saya
menyempurnakan tugasan ini.
3) Saya juga berhadapan dengan masalah menggunakan kemudahan internet
bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan
ini. Kemudahan internet yang terhad yang hanya boleh diakses di sekolah
menyebabkan saya tidak dapat menggunakan kemudahan internet ini untuk
mengumpul maklumat yang diperlukan. Ini kerana, saya tidak mempunyai
kemudahan internet di rumah ekoran daripada laluan internet yang terhad di
kawasan perkampungan saya. Secara tidak langsung, perkara seperti ini
menyukarkan saya untuk mengumpul maklumat dan bahan daripada pelbagai
sumber pada internet yang dapat membantu saya menyempurnakan tugasan
ini. Ini juga turut menjejaskan tugas utama saya di sekolah di mana saya juga
kerap menggunakan masa di sekolah untuk untuk mencari bahan dan
maklumat pada internet.

Bagi mengatasi kekurangan dan masalah yang saya hadapi dalam melaksanakan
tugasan ini, maka terdapat beberapa cadangan dan tindakan susulan yang boleh
dilaksanakan bagi mengatasi masalah-masalah seperti ini pada masa akan datang.
Antaranya ialah:-
1) Salah satu cadangan dalam memastikan setiap masalah yang dihadapi
akan dapat diatasi dengan baik adalah dengan mendapatkan bantuan dan
pertolongan daripada ahli keluarga. Contohnya meminta ahli keluarga untuk
mencari pelbagai sumber dan bahan menerusi internet yang berkaitan dengan
persoalan tugasan. Dalam pada itu, pelajar juga boleh berbincang dengan ahli
keluarga mereka berkenaan dengan peranan dan tanggung jawab mereka
sebagai pelajar dan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan. Ini bermakna
bahawa pelajar perlu berusaha untuk melibatkan ahli keluarga dalam
menyiapkan tugasan ini agar setiap maklumat dan sumber yang diperlukan
dalam menyempurnakan suatu tugasan akan dapat diperolehi dengan
lengkap.
2) Pelaksanaan tugasan seperti ini juga perlu dilaksanakan dalam bentuk
kumpulan agar dapat memudahkan guru merancang masa mereka dengan
lebih efektif. Ini kerana, guru pada hari ini dibebani degan pelbagai tugas dan
tanggung jawab di sekolah. Perkara seperti ini menyebabkan guru tidak
mempunyai masa yang banyak dalam menghasilkan tugasan seperti ini.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan tugasan secara berkumpulan akan lebih
memudahkan guru menyiapkan tugasan dan seterusnya akan dapat

15
membantu mereka untuk saling bekerjasama dalam melaksanakan suatu
aktiviti.
3) Pelajar seperti saya juga perlu lebih kerap memanfaatkan masa bersama
dengan rakan pelajar yang lain dalam usaha untuk bertukar-tukar sumber dan
maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang dijalankan. Dengan cara
seperti ini, pelajar tidak perlu memperuntukkan masa yang banyak dalam
mencari dan mengumpul sumber dan maklumat yang berkaitan dengan
tugasan. Sebaliknya, akan dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan
membolehkan pelajar menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dan mengikut
jadual yang telah ditetapkan.

Rujukan
Bob, O. C., Budgett, R., Wells, C. & Lewis, J. (2005). Sports Injuries And Illnes Their
Prevention And Treatment. The Crowood.

Intan Syaheera Ramli.(2011). Sistem Latihan Maya Penggunaan JIG Dan Komponen
Sokongan Bagi Pembedahan Lutut Berbantuakan Komputer. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mustafa Ali Mohd. Zurina Ismail. & Dr. Abd Shatar. (1994). Panduan Pertolongan Cemas.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Masood Abd Rashid. & Mohd Ariffin Siri. (1997). Anatomi Dan Fisiologi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wee Eng Hoe. (2009). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Teng, B. T. (2001). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Petaling Jaya,


Malaysia: Pearson.

16

Das könnte Ihnen auch gefallen