Sie sind auf Seite 1von 29
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SURAT PEKELILING KETUA SETIAUSAHA BIL. 1 TAHUN 2016 PELAKSANAAN LANGKAH- LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KETUA SETIAUSAHA Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 12, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan eee, 62590 PUTRAJAYA Me. OSS Sas Ruj.Kami KKM-58/300/1-5 Jid. 2 (24) Tarikh 1 4-Mac 2016 Semua Setiausaha/ Pengarah Bahagian Semua Pengarah Kesihatan Negeri Semua Pengarah Institusi ‘Semua Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia SURAT PEKELILING KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BIL. 1 TAHUN 2016 PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TUJUAN Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk menjelaskan tentang langkah- langkah yang perlu diambil oleh Ketua Program, Pengarah Kesihatan Negeri/ Institusi, Ketua Eksekutif Badan Berkanun/ Ketua Eksekutif Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG), Pengarah Hospital, Ketua Bahagian/ Ketua Pusat ‘Tanggungjawab (PTJ) dan semua penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengawal dan mengurus kewangan secara berdisiplin dan mengoptimumkan perbelanjaan 2. LATAR BELAKANG. 2.1 Berdasarkan senario ekonomi semasa yang dihadapi oleh negara antaranya kelembapan ekonomi global, penurunan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak telah memberi kesan kepada kewangan negara, Keadaan ini temyata memberi kesan signifikan kepada hasil negara dan dalam masa yang sama perbelanjaan negara terus meningkat berbanding hasil yang diterima oleh Kerajaan. Namun begitu, Kerajaan kekal komited untuk mengukuhkan kedudukan fiskal dan mencapai sasaran fiskal yang ditetapkan. 2.2 Seterusnya, YAB Perdana Menteri semasa membentangkan ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari 2016 telah mengumumkan 14 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian bajet demi memastikan ekonomi dan kewangan negara kekal berada pada jajaran yang betul antaranya perbelanjaan berhemat khususnya dalam perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan. Sehubungan itu, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 3.3 “Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan’ berkuatkuasa 1 Mac 2016 bertujuan untuk mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan 2.3 Sebagai makluman, secara keseluruhannya peruntukan Belanja Mengurus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tahun 2016 telah dikurangkan sebanyak RM280 juta atau 1.3% berbanding tahun 2015. Dari segi Objek Am (OA), peruntukan OA10000 (Emolumen) telah ditambah sebanyak RM1.7 billion atau 14.2% sebaliknya peruntukan bagi OA20000 (Bekalan & Perkhidmatan) telah dikurangkan sebanyak RMt.9 billion atau 20%, peruntukan ©A30000 (Aset) telah dikurangkan sebanyak RM0.058 billion atau 96.6% dan peruntukan di bawah OA40000 (Pemberian & Kenaan) pula telah dikurangkan sebanyak RMO.032 billion atau 7.9%. Di bawah Pengubahsuaian Bajet pula, peruntukan Belanja Mengurus KKM Tahun 2016 telah disekat sebanyak 1.8% daripada keseluruhan peruntukan 2046, iaitu sebanyak 4.9% di bawah QA20000 dan 2.8% di bawah OA40000. 2.4 Dengan peruntukan yang terhad tetapi cabaran yang perlu dihadapi oleh sektor kesihatan amat besar antaranya beban peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD), peningkatan kos penyampaian perkhidmatan kesihatan, peningkatan umur penduduk, kemunculan semula penyakit lama dan penyakit baru dan juga rasionalisasi subsidi, Kementerian perlu melaksanakan langkah-langkah perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Sehubungan itu, YB Menteri Kesihatan telah mengarahkan supaya ditelit langkah-langkah ke arah peningkatan kecekapan dan penjimatan peruntukan Kementerian, Berikutan daripada arahan YB Menteri Kesihatan tersebut, beberapa sii perbincangan bersama dengan semua Ketua Program! Institusi/ Syarikat/ Badan Berkanun telah diadakan bagi membincangkan langkah-langkah —_penjimatan, mengelakkan pembaziran sumber-sumber dan keberkesanan program- program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian 2.5 Bajet 2016 juga merupakan bajet tahun pertama pelaksanaan RMKe- 11 dan Kementerian komited bagi meneruskan pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian serta Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan (PTPK) (2015-2020). Di bawah Teras Kedua RMKe-11 (2016-2020) iaitu Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, Kementerian telah diberi peranan dan tanggungjawab bagi Mencapai Akses Sejagat kepada Penjagaan Kesihatan Berkualiti, Sehubungan itu, peranan utama Kementerian dalam mencapai teras yang telah ditetapkan ini adalah supaya tahap kesihatan rakyat dan penjagaan kualiti kesihatan terus dipertingkatkan. 2.6 Bagi mencapai hasrat tersebut, pendekatan perancangan belanjawan berasaskan outcome (Qutcome Based Budgeting - OBB) yang mula diperkenalkan dalam RMKe-10 akan diterus diguna pakai di bawah RMKe-11 Melalui pelaksanaan OBB akan memberikan penekanan kepada impak dan keberkesanan program, perbelanjaan yang memberikan value for money dan outcome serta meningkatkan akauntabiliti. Sehubungan itu, bagi memastikan pencapaian outcome, semua PTJ hendaklah merancang perbelanjaan di samping membuat kawalan terhadap perbelanjaan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan. Kawalan perbelanjaan tersebut boleh dilaksanakan antaranya melalui pengurangan perbelanjaan yang tidak kritikal, mengkaji semula proses kerja (reengineering), meningkatkan inovasi_ dan__ kreativiti, mengelakkan pembaziran dan memastikan pengurusan kewangan yang cekap. KAWALAN PERBELANJAAN Kementerian sering menerima teguran audit dan teguran-teguran tersebut merupakan_ kesalahan-kesalahan berulang yang dilakukan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) antaranya teguran ketidakakuran terhadap peraturan kewangan yang mengakibatkan pembaziran, kehilangan, ketirisan, bayaran yang tidak teratur dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi mengelakkan teguran yang sama berulang, semua Ketua Jabatan/ PTJ hendaklah: 3.1 Memastikan pengurusan kewangan di Jabatan/ PTJ di bawah kawalan masing-masing dikendalikan berdasarkan sistem kawalan dalaman yang kukuh serta mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan. 3.2 Memastikan pelaksanaan sesuatu program/ aktiviti’ projek adalah selaras dengan jumlah peruntukan yang telah diluluskan. Bagi 33 34 35 3.6 37 memaksimakan penggunaan peruntukan semua Ketua Program/ Jabatan’ PTJ dipohon untuk = menyusun semula _keutamaan perbelanjaan berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan. Sebarang program hendaklah dikurangkan atau ditanggunkan pelaksanaannya sekiranya perbelanjaan tersebut dilihat Kurang menyumbang kepada pencapaian outcome Kementerian Melakukan pemeriksaan berkala dan mengejut bagi memastikan semua peraturan kewangan, perbelanjaan, hasil, aset dan stor diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan berkaitan serta memastikan sumber-sumber digunakan secara berhemah, cekap dan berkesan. Memastikan semua peruntukan yang diluluskan mempunyai jadual pelan tindakan supaya dapat dibelanjakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 10% penjimatan dalam perbelanjaan. Penjimatan ini boleh digunakan untuk menampung lain- lain keperluan mendesak yang tidak diluluskan/ disediakan peruntukan pada tahun ini Mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan bagi pencapaian produktiviti dan outcome masing-masing Memberi fokus kepada perbelanjaan secara behemah dan value for money bagi mewujudkan amalan pengurusan kewangan yang baik Sehubungan itu, semua Ketua Program/ Jabatan’ PTJ hendaklah membuat kajian pasaran tentang kos perbekalan barangan dan perkhidmatan LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN 44 Ubat, Consumables dan Vaksin Ubat, consumables dan vaksin merupaken perbelanjaan terbesar iaitu RM3.4 billion atau 40% daripada keseluruhan _perbelanjaan Kementerian di bawah ©A20000 bagi tahun 2015. Secara purata, perbelanjaan bagi ubat, consumables dan vaksin telah meningkat sebanyak 8% setiap tahun bagi tempoh 2010-2015. Bagi mengawal peningkatan dan mengoptimumkan perbelanjaan terhadap ubet, consumables dan vaksin langkah-langkah_ berikut_hendaklah dilaksanakan 444 413 41.5 416 447 Membudayakan penggunaan ubat-ubat secara__rasional, mengelakkan polifarmasi_ yang tidak = wajar_— dan memperkasakan kawalan tethadap pembekalan dan penggunaan ubat-ubat pakar (kategori A*, A dan A/ KK). Mengutamakan perolehan dan penggunaan ubat generik berbanding ubat innovator. Mempertingkatkan penglibatan ketua jabatan, pakar perunding dan pakar di dalam pengurusan penggunaan ubat-ubatan, Meneruskan amalan bekalan ubat bagi penyakit kronik secara berperingkat. Tempoh bekalan ubat susulan harus dihadkan kepada satu (1) bulan Menggalakkan pesakit membawa baki ubat semasa mendapatkan bekalan ubat susulan di kaunter_farmasi Pembekalan atau penambahan ubat akan dibuat secara fop- up terhadap baki ubat sedia ada. Menggalakkan pesakit membawa ubat-ubatan yang sudah diambil apabila dimasukkan ke dalam wad. Pegawai Farmasi akan menilal keadaan ubat tersebut dan menggunakannya jika regimen’ ubat tersebut masih perlu diteruskan semasa rawatan di dalam wad. Memperketatkan kawalan terhadap penggunaan ubat yang memeriukan kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Permohonan kelulusan KPK hanya tethad kepada ubat penyelamat nyawa dan tiada alternatif lain dalam Formulari Ubat KKM (FUKKM). 418 419 4.1.10 44t1 4.1.12 44.13 Memperkasakan peranan Jawatankuasa Ubat dan Terapeutik (JKUT) dalam urusan penyenaraian dan pemantauan penggunaan ubat di peringkat asi _masing-masing Keutamaan diberikan untuk rawatan terapeutik berbanding ubat-ubatan tambahan seperti supplements. Memantapkan perolehan ubat-ubatan secara pembelian tempatan (LP) dengan merujuk kepada pangkalan data harga ubat bagi mendapatkan harga yang lebih kompetitif. Menggalakkan pengurusan perolehan tempatan secara berkelompok bagi mendapatkan harga yang lebin rendah (economies of scale) Memastikan perolehan ubat-ubatan yang baru disenaraikan ke dalam FUKKM berdasarkan harga yang telah diluluskan bagi tempoh dua tahun daripada tarikh penyenaraian. Memperkukuhkan perolehan, penyimpanan dan penggunaan ubat-ubatan melalui () Memastikan pegangan stok ubat-ubatan di stor utama di antara satu (1) hingga tiga (3) bulan, Pegangan stok ubat boleh disimpan kurang dari satu (1) bulan dengan syarat tiada gangguan bekalan di fasilii dan fasilii yang menyimpan stok sehingga tiga (3) bulan hendaklah memastikan tiada berlakunya pembaziran. Penetapan pegangan stok yang bersesuaian di peringkat fasilit bergantung kepada keupayaan sumber manusia dan faktor kekangan logistik; dan (i) Verifikasi stok diperiuaskan pelaksanaannya ke farmasi sub-stor. Mengeluarkan preskripsi_berasingan kepada _pesakit Perkhidmatan Bayar Penuh (Full Paying Patient — FPP) bagi ubat yang tidak diwartakan di bawah Jadual 7 dan 10 Perintah 4444 44.16 41.16 447 44.18 4.4.19 Fi (Perubatan) (Pesakit Bayar Penuh) 2007. Pesakit tidak lagi diberi_bekalan ubat secara percuma bagi tujuh (7) hari pertama dan hendaklah mendapatkan bekalan ubat di farmasi swasta Melaksanakan sistem inden stok bagi memastikan semua stok consumables! reagen tidak disimpan terlalu lama dan digunakan sebelum tarikh luput. Mewujudkan kontrak bagi perolehan consumables! reagen bagi tujan pengawalan kenaikan harga oleh pihak pembekal dan ujian yang melibatkan kos yang tinggi Perolehan consumables hendaklah dibuat secara berpusat untuk mendapat tawaran yang rendah. Mengurangkan kebergantungan kepada satu pembekal sahaja atau sesuatu jenama yang sentiasa digunakan. Pemberian vaksin anti Typhoid kepada pengendali makanan umum di Klinik Kesihatan Kerajaan dihentikan mulai tahun 2016 Pemberian vaksin Yellow Fever (demam kuning) dihentikan mulai tahun 2016 kepada pegawai dan kakitangan kerajaan serta orang awam sama ada pengambilan ini untuk urusan rasmi atau persendirian. Perkhidmatan ini hendaklah diperolehi di Pusat Vaksinasi Yellow Fever swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 4.2. Ujian Makmal/ Siasatan ‘Secara purata, perbelanjaan bagi reagen telah meningkat sebanyak 11% setiap tahun bagi tempoh 2010-2015. Bagi mengawal peningkatan dan mengoptimumkan perbelanjaan terhadap reagen langkah-langkah berikut hendaklah dilaksanakan’ 424 Justifikasi perlu dikemukakan bagi permohonan ujian untuk mengelakkan ujian-ujian berulang 422 423 424 425 426 4.27 428 429 4.2.10 4.2.11 4.2.12 4.2.13 42.14 4215 Ujian-ujian khas perlu dipohon oleh paker Indikasi Klinikal bagi permohonan ujian perludinyatakan dengan jelas. Ujian saringan penyakit berjangkit perlu dihadkan kepada pesakit yang mempunyai risiko jangkitan dan tidak secara rutin Pengukuhan penggunaan Clinical Practice Guidelines yang melibatkan ujian-ujian makmal Ujian panel perlu digantikan dengan ujian yang spesifik Ujian makmal bagi tujuan penyelidikan perlu dikenal pasti dan menggunakan peruntukan khas. Penggunaan Point of Care Test hendaklah dilaksanakan secara berhemat Merujuk maklumat berkenaan ujian di website Perkhidmatan Patologi, buku panduan makmal dan sebagainya Melakukan penyeliaan oleh pakar dan pegawai perubatan kepada pegawai perubatan siswazah ke atas semua permohonan ujian Melakukan saringan permohonan ujian Melaksanakan analisa ujian secara batch bagi ujian yang non life saving. Pengukuhan bagi ujian-ujian khas melalui zon. Pengukuhan rangkaian pengendalian sampel dan keputusan. Semua ujian-ujian yang tidak mencapai keberkesanan kos dan perkhidmatan perlu dikaji semua. 43 Perolehan Perkhidmatan, Bekalan Dan Outsourcing Kementerian telah membelanjakan sebanyak RM3._7 bilion pada tahun 2015 bagi pembayaran perolehan perkhidmatan dan bekalan termasuk outsourcing (tidak termasuk ubat, consumables, reagen dan vaksin) khususnya bagi pembayaran Perkhidmatan Sokongan Hospital dan Klinik, kawalan keselamatan, sajian makanan dan lainain. ‘Sehubungan itu, semua PTJ perlu mengambil langkah-langkah berikut bagi mengawal dan mengoptimumkan perbelanjaan seperti berikut: 4.3.1 Semua perolehan perkhidmatan dan bekalan sama ada baru atau sambungan mesti mempunyai peruntukan yang mencukupi 43.2 Mengkaji keperiuan sebenar sesuatu perolehan berasaskan keperluan asas sahaja misalnya bagi kontrak sajian kepada pesakit, ianya hendaklah memenuhi nutrisi pesakit dan bukannya berdasarkan cita rasa 4.3.3 Kajian pasaran perlu dilakukan bagi memastikan harga kontrak yang berpatutan dan munasabah. 434 Menyemak semula standard perkhidmatan yang dibeli agar selari dengan keperluan sebenar bagi mengurangkan komitmen kewangen Kerajaan dan mengelakkan berlaku pembaziran sumber. 43. Memastikan outsourcing dibuat berdasarkan permintaan (demand driven) dan keperluan mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam dengan kos berpatutan, bukannya berdasarkan penawaran (supply driven). 4.3.6 Bagi perkhidmatan yang berjedual seperti Perkhidmatan Sokongan Hospital dan Klinik serta program Medical Equipment Enhance Tenure (MEET), langkah-4langkah berikut hendaklah dilaksanakan oleh PTJ: 44 45 () Memastikan potongan dibuat terhadap kerja-kerja penyelenggaraan yang lewat dan tidak sempurna; (ii) Memberi perhatian utama kepada _pembaikan kerosakan yang memberi kesan negatif yang ketara; (ii) Memastikan peralatan digunakan dengan betul bagi mengelakkan kerosakan dan memanjangkan jangka hayat peralatan; dan (iv) Memastikan sebarang ketidakakuran yang dilakukan oleh pihak konsesi dikenakan penalti yang telah ditetapkan ‘Sewaan Pejabat Dan Peralatan Perbelanjaan Kementerian bagi sewaan pejabat dan peralatan turut meningkat setiap tahun berikutan perluasan dan pertambahan perkhidmatan kesihatan. Secara purata, perbelanjaan bagi sewaan telah meningkat sebanyak 4% setiap tahun bagi tempoh 2011 — 2015. Sehubungan itu, bagi mengoptimumkan perbelanjaan dan mengawal peningkatan perbelanjaan, langkah-langkah seperti berikut hendaklah dilaksanakan: 4.4.1. Semua cadangan untuk sewaan/ ubahsuai pejabat baharu/ tambahan tidak dibenarkan kecuali melibatkan kos yang lebih rendah daripada penyewaan sedia ada setelah mengambil kira kos perpindahan dan pengubahsuaian kecil 442 Hanya pelanjutan penyewaan peralatan pejabat sahaja dibenarkan tanpa melibatkan tambahan bilangan peralatan, Bayaran Bil Utiiti Bayaran bil utili Kementerian seperti elektrik, telekomunikasi dan air telan meningkat setiap tahun berikutan pertambahan peralatan perubatan baru dan pertambahan fasiliti kesihatan baru, pertambahan penjawat awam dan kenaikan tarif elektrik. Secara _purata, perbelanjaan di bawah utili dari tahun 2010-2015 telah meningkat 10 sebanyak 10% setiap tahun. Bagi mengawal peningkatan bayaran bil utiti langkah-langkah seperti berikut hendaklah dilaksanakan 45.1 Semua lampu/ kipas atau peralatan lain dipadamkan apabila tidak diperiukan atau bercadang berada di luar billk dalam tempoh yang lama. 452 Pemasangan lampu di ruang pejabat/ bili pegawal! ilk mesyuarat perlu dihadkan di kawasan yang perlu sahaja. 453 Memadam lampu_bilik/ ruang/ kawasan yang diterangi dengan cahaya matahari 45.4 Komputer di meja masing-masing hendaklah disetkan dalam keadaan sleep standby apabila tidak digunakan dalam jangka singkat dan ditutup sebelum bali. 4.5.5 Penggunaan pendingin hawa hendaklah dilaksanakan secara efisier/ rotation pada satu-satu masa (bagi split aircond) - mengekalkan pendingin hawa pada suhu 24°C. 4.5.6 Menutup pili air apabila sedang menyabun tangan/ muke/ pinggan mangkuk dan selepas digunakan. 4.5.7 Melaporkan sebarang kerosakan/ kebocoran paip air dengan segera dan mengambil tindakan pembaikan dengan segera. Pamerkan nombor telefon syarikat penyelenggaraan bertugas di setiap bilik air bagi tujuan aduan kerosakan 45.8 — Penjawat awam digalakkan menggunakan tanga dan jumlah lif yang beroperasi semasa non peak hours hendaklah dikurangkan 45.9 Hanya urusan rasmi sahaja menggunakan telefon pejabat dan hadkan masa bagi setiap panggilan mengikut keperluan dan kesesuaian. 45.10 Memantau dan mengawal perbelanjaan utiiti dengan rapi bagi mengelakkan pembaziran. a 46 45.11 Melaksanakan Energy Rasionalisation Plan (iaitu penggunaan lampu LED) 45.12 Melaksanakan program 3R (reduce, reuse, recycle) bagi menjaga alam sekitar dan mengurangkan penjanaan sisa pepejal 4.5.13 Ketua Jabatan/ PTJ hendaklah menjadikan pengurangan kos uti sebagai salah satu Key Perfomance Indicator (KPI) masing-masing dan dilaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) PTJ masing-masing, Perjalanan Bertugas Rasmi Di Dalam Negeri! Ke Luar Negara Perbelanjaan Kementerian bagi tuntutan perjalanan juga telah meningkat setiap tahun. Di samping itu, peruntukan untuk perbelanjaan dan tuntutan bagi tugas rasmi luar negara juga telah disediakan di bawah peruntukan khusus dan amat terhad. Sehubungan itu, perbelanjaan tuntutan perjalanan juga hendaklah dikawal dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut: 4.8.1 Kekerapan dan bilangan pegawai yang terlibat bagi sesuatu tugas di luar stesen hendaklah dihadkan kepada bilangan yang paling minimum dan benar-benar perlu sahaja. 462 — Pegawai yang mempunyai kelayakan Bayaran Sewa Hotel atas kadar sebenar hendaklah memilih hotel dengan kadar sewaan yang berpatutan. 4.6.3 Ketua Jabatan/ PTJ atas budi bicara boleh menentukan pegawai yang bertugas rasmi dan berkursus menggunakan kaedah pengangkutan yang menjimatkan 464 — Pegawai hendaklah mengguneken jalan/ laluan yang terdekat untuk ke sesuatu destinasi 2 465 466 467 468 469 Ketua Jabatan/ PTJ hendaklah mengawal pergerakan dan menghadkan bilangan pegawai yang bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan perjalanan yang tidak perlu Contohnya, melantik panel temu duga dalam satu-satu zon/ negeri yang sama dan tidak melibatkan pergerakan yang berjauhan. Kelua Jabatan/ PTJ hendaklah menghadkan pertukaran yang boleh dielakkan dan tidak perlu bagi _mengurangkan perbelanjaan Pertukaran yang dibuat atas permohonan sendiri tidak layak dibayar elaun pertukaran kecuali dengan kelulusan Ketua Setiausaha bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) bagi Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan agen atau orang tengah bagi menguruskan perjalanan dalam negara dan luar negara adalah tidak Gibenarkan, Perbelanjaan bertugas ke luar negara hanya dibenarkan bagi urusan seperti berikut () Mesyuarat atau persidangan berjadual’ berkala yang telah diluluskan di dalam bajet tahunan dan yang benar- benar penting seria memberi impak yang signifikan kepada kepentingan negara; atau (li) Mesyuarat dan persidangan yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri; dan (ii) Pegawai Pengawal digalakkan untuk — mewakilkan kehadiran ke mesyuarat atau persidangan tertentu kepada Duta/ Ketua Perwakilan Malaysia di negara berkenaan atau negara yang berhampiran tanpa penyertaan pegawai dari Malaysia B aq 4.6.10 Bilangan pegawai yang mengiringi Ketua Delegasi iaitu sama ada YB Menter/ YB Timbalan Menteri/ Ketua Setiausaha/ Ketua Jabatan yang dibenarkan adalah seperti berikut () Satu (1) orang sahaja bagi negara yang mempunyai pejabat perwakilan Malaysia; dan (li) Tidak melebihi dua (2) orang bagi negara yang tidak mempunyai pejabat perwakilan Malaysia. 4.6.11. Kekerapan perjalanen maksimum atas tugas rasmi (tidak termasuk kursus/ latinan) ke luar negara yang dibenarkan dalam tempoh setahun adalah seperti berikut: () Tiga (3) kali bagi Ketua Setiausaha/ Ketua Jabatan/ Ketua Agensi; dan (ii) Dua (2) kali bagi lain-tain pegawai 4612 Pegawai hendaklah membuat tempahan bilik penginapan pada harga yang menjimatkan bagi penginapan di luar negara, Pegawai dibenarkan membuat tempahan sendiri secara atas talian. Perbandingan harga yang ditawarkan di atas talian boleh digunakan sebagai asas tempahan. Perjalanan Udara (Dalam Dan Luar Negara) Bagi mengoptimumkan perjalanan udara dalam dan luar negara, Ketua Jabatan/ PTJ hendaklah memastikan peraturan dan garis panduan berikut dilaksanakan iaitu 4.7.1 Pegawai adalah digalakkan menggunakan perjalanan udara tambang murah yang sesuai 4.7.2 Pegawai dibenarkan membeli sendiri tiket penerbangan deripada syarikat penerbangan atau agensi pelancongan yang menawarkan harga yang lebih rendah dan memberikan penjimatan berbanding menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam, Fry 48 Bekalan Pejabat/ Barang Pakai Habis Kementerian telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar bagi pembelian bekalan pejabat dan lain-lain bekalan. Sehubungan itu, bagi mengelakkan pembaziran dan memaksimakan pengggunaan, langkah-langkah seperti berikut handaklah dilaksanakan 481 482 483 484 48.5 48.6 Perkongsian peralatan pejabat seperti mesin fotostat, mesin faksimili atau pencetak bagi mengoptimumkan penggunaan peralatan tersebut dan dapat mengurangkan bayaran sewaan alat Pesanan stok bekalan pejabat seperti pen, pensl, kult fail dan sebagainya hendakiah dibuat dalam kuantiti yang munasabah dan mencukupi pada satu-satu masa dan tidak menyimpan. stok yang banyak bagi mengelakkan pembaziran, masalah tempat simpanan dan kerosakan. Penggunaan barang pakai habis seperti alat tulis, kertas, catridge dan sebagainya hendaklah secara berhemat dan dioptimumkan bagi mengelakkan pembaziran. Langganan surat khabar hendaklah dikurangkan dan dihadkan. Perkongsian peralatan perubatan dan bukan perubatan antara Jabatan dan hospital-hospital adalah digalakkan Penggunaan kertas boleh dikurangkan (reduce) dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut (i) Menggunakan kertas terpakai (reuse) untuk menyediakan draf suratkertas kerja; (i) Menggunakan kedua-dua belah muka surat bagi memaksimumkan penggunaan kertas; (iil) Mengamalkan kitar semula kertas (recycle); dan 15 49 4.10 (iv) Menggunakan e-mel dan portal Kementerian untuk mengedarkan laporan/ surat panggilan minit mesyuarat/ pekelilingy surat pekelling. Surat’ laporan/ mini mesyuarat/ pekelling/ surat pekeliling asal bagi maksud di atas tidak perlu dihantar. 4.87 Perbelanjaan barang pakai habis hendaklah dilaporkan dalam mesyuarat JPKA Kementerian/ Jabatan/ Agensi Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem ICT Kementerian telah membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar bagi pembangunan dan penyelenggaraan ICT yang dijangka meningkat berikutan pertambahan aset-aset ICT. Sehubungan itu, semua Ketua Jabatan/ PTJ hendaklah mengambil langkah-langkah berikut dalam mengawal peningkatan perbelanjaan dalam perkhidmatan ICT: 4.9.1 Pembangunan sistem stand alone adalah tidak dibenarkan kerana akan menambah kerja-kerja dan kos penyelenggaraan kecuali mendapat kelulusan khas Pegawai Pengawal 492 Melaksanakan perkongsian pintar, di mana fasiliti yang telah membangunkan sesuatu sistem boleh berkongsi_ sistem tersebut dengan fasiliti lain. Melalui pendekatan ini, faedah yang boleh dinikmati adalah dari segi penjimatan kos dan masa yang diambil bagi membangunkan sistem tersebut. 493 Penyelenggaraan yang dilaksanakan secara _berjadual hendaklah dipantau dan potengan bayaran hendaklah dibuat bagi penyelenggaraan yang lewat dan tidak sempurna Penganjuran Acaral Majlis) Keraian Rasmif Mesyuarat/ Persidangan/ Seminar! Bengkel Perbelanjaan Kementerian bagi keraian, hospitaliti dan honorarium termasuk perbelanjaan bagi menganjurkan acara/ majlis/ keraian rasmi/ mesyuarat/ persidangan/ seminar! bengkel juga telah meningkat setiap tahun, Secara purata, perbelanjaan ini telah meningkat sebanyak 8% setiap tahun bagi tempoh tahun 2010-2015, Penganjuran 16 acara/ majlis/_keraian rasmi/ mesyuarat/ persidangan’ seminar/ bengkel hendaklah dihadkan. Ketua Jabatan/ PTJ hendaklah memastikan ianya dibuat secara sederhana dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut: 4.10.1 Mengurangkan bilangan mesyuarat yang tidak diwajibkan iaitu mesyuarat yang tidak ditetapkan oleh Agensi Pusat’ Kerajaan atau pengurusan atasan KKM. Hanya mesyuarat yang perlu dan penting sahaja boleh diadakan. 4102 Menggabungkan beberapa mesyuarat pada satu masa dan mempertingkatkan penggunaan sistem video conferencing sedia ada bagi menjimatkan tuntutan perjalanan dan masa pegawai, 410.3 Mesyuarat perlu dihadiri oleh seorang pegawai yang terlibat secara langsung dengan perkara yang dibincangkan. Jika benar-benar perlu, tambahan kehadiran pegawai adalah dihadkan. 4.10.4 Semua urusan mesyuarat seperti panggilan mesyuarat, minit- minit mesyuarat dan laporan-laporan yang berkaitan perlu dibuat secara email atau menggunakan system MyMesyuarat. Surat/ minit asal bagi maksud yang dinyatakan tidak perlu dihantar. 4.10.5 Makanan/minuman semasa mesyuarat hendaklah dihadkan, 410.6 Penganjuran karnival/ ekspo/ pameran di luar negara hendaklah ditangguhkan kecuali yang telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri 4.10.7 Pemberian taraf Tetamu Negara kepada peserta mesyuarat/ persidangan antarabangsa hendaklah diperhalusi_ dan dibincangkan secara berasingan dengan agensi pusat yang berkenaan. Pemberian taraf Tetamu Negara hanya kepada ketua delegasi asing sahaja dan mengambil kira manfaat timbal balas serta membawa kepentingan kepada hubungan diplomasi negara yang signifikan v 4.10.8 Penganjuran majiis rasmi hanya bagi yang perlu dan tidak dapat dielakkan sahaja. Jika penganjuran majlis diadakan, perkara-perkara berikut hendaklah dilaksanakan: (i) (ii) (i) (iv) wi) (vii) Majlis-majlis tersebut jika _bersesuaian perl digabungkan dalam satu penganjuran (dua atau lebih majlis sekali gus); Bilangan tetamu jemputan hendaklah dihadkan hanya kepada yang benar-benar perlu dan digalakkan jemputan terdiri daripada yang berada di kawasan berhampiran majlis berkenaan: Tempat mailis hendaklah seboleh-bolehnya diadakan di premis KKM atau premis kerajaan bagi mengelakkan penyewaan khemah, PA system, pentas dan sebagainya; Hiasan tempat majlis hendaklahringkas dan menggunakan sumber sedia ada tanpa melibatkan perbelanjaan tambahan; Buku atur cara hendaklah disediakan secara fotostat kecuali VIP/ VIP boleh dicetak secara in-house: Penggunaan juruacara/ pengacara dan pimpinan bacaan doa, jika perlu menggunakan khidmat warga KKM sendiri: Jamuan makan atau refreshment hendaklah secara sederhana dan tidak berlebihan; Majlis yang diadakan hendaklah dalam tempoh masa yang munasabah, Amalan menyediakan baju korporat untuk majlis-majlis rasmi Kerajaan hendaklah dihentikan; 18 4 (x) Pemberian pakaian percuma kepada _peserta/ Pengunjung bagi setiap acara! majlis/ keraian rasmi adalah tidak digalakkan (xi) Gimik pelancaran dan persembahan video yang melibatkan kos yang tinggi adalah tidak dibenarkan dan jika peru memadai dengan pelancaran yang ringkas, mudah dan persembahan video dibuat secara in-house; (xil) Tiada pemberian cenderamata tetapi sekiranya benar- benar perlu, hendaklah dihadkan kepada buku, kraf tangan tempatan, produk makanan tempatan atau produk agensi sendiri; dan (xii) Penggunaan perkhidmatan pengurus majlis (event manager} dan pemberian door gift adalah tidak dibenarkan. 410.9 Mengambil kira langkah-langkah di atas, setiap penganjuran majlis/ acara rasmi/ mesyuarat/ seminar! bengkel_ yang dianjurkan hendaklah dikecilkan skopnya dan dikurangkan perbelanjaan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus berbanding tahun sebelumnya Aktiviti Promosi! Penajaan/ Pengiklanan Aktiviti promosi penajaan’ pengiklanan kesihatan adalah penting bagi menyampaikan mesej kepada rakyat khususnya bagi kesedaran dalam mengubah gaya hidup agar menjadi lebih aktif supaya sebarang penyakit khususnya penyakit yang berkaitan NCD boleh dicegah dan dikawal. Walaubagaimanapun, sebagai. langkah_—_untuk mengoptimumkan perbelanjaan bagi melaksanakan aktiviti promosi/ penajaan/ pengiklanan dan penyampaian maklumat, semua Ketua Jabatan/ PTJ perlu mengambil langkah-langkah berikut 4.11.1 Semua aktiviti promosi perlu mengutamakan penggunaan saluran media sosial sedia ada dan secara dalam talian bagi mengurangkan perbelanjaan berbanding_ mengadakan 19 411.2 4.113 4114 4.11.5 4116 4a17 4118 persembahan/pertunjukan (road show) secara beramai-ramai, penggunaan media cetak dan media elektronik. Kempen/ promosi yang bersifat komersial dan kesedaran kepada orang ramai hendaklah memberikan pulangan atau impak kepada Kerajaan. Penggunaan kain pemiang (bunting dan banner) atau media luar jika perlu sahaja Penerbitan bahan-bahan promosi kesihatan perlu dibuat secara in house dengan menggunakan fasiliti sedia ada dan jika perlu menggunakan fasilii lar hendaklah dengan anggaran kos yang minima Bagi mengurangkan kos edaran bahan-bahan promosi kesihatan, final artwork (FA) bahan-bahan berkenaan hendaklah dimuat naik di laman web bagi membolehkan PTJ lain mencetak secara in house. Perkongsian maklumat, garis panduan dan risalah bagi aktviti promosi kesihatan, status semasa kejadian penyakit/ krisis/ bencana di dalam dan luar negara hendaklah dibuat melalui laman sosial sedia ada seperti laman web KKM, Program penajaan dan pengiklanan seperti sisipan akhbar, iklan dalam media cetak dan elektronik dan_ billboard hendaklah dikurangkan dan dikaji semula selepas tamat kontrak penajaany pengiklanan tersebut. Melaksanakan promosi kesihatan dengan mengadakan kolaborasi bersama agensi kerajaan, swaste dan NGO melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS) di dalam menyampaikan kempen- kempen kesedaran kesihatan 20 442 4.13 Percetakan Laporan Bagi mengawal dan mengoptimumkan perbelanjaan dalam percetakan, semua Ketua Jabatan/ PTJ hendakiah mengambil langkah-langkah seperti berikut: 4.12.1 Mencetak laporan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja dan selebihnya disediakan dalam bentuk CD. 412.2 Memuat naik (upload) laporan di portal jabatan masing- masing. Pihak yang berminat boleh memuat turun (downtoad) sendiri 4123 Percetakan kalendar, buletin, poster perlu dikurangkan ditahap paling minimum, Program Latihan Latinan dan pembangunan modal insan merupakan usaha Kementerian bagi mewujudkan warga yang berkemahiran dan berdaya saing bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat. Walau . bagaimanapun, usaha-usaha_ mengawal dan mengoptimumkan perbelanjaan dalam program bercorak latihan hendaklah juge ilaksanakan melalui langkah-langkah berikut, 413.1 Semua program bercorak latihan perlu dibiayai melalui peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan di bawah Belanja Pembangunan (termasuk tuntutan perjalanan). Peruntukan ini akan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Latihan tertakluk kepada peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. 4.13.2 Mengenal pasti dan melaksanakan program latihan yang strategik dan penting sahaja. Program latihan boleh dijalankan melalui pendekatan secara blended —approch dan Gipelbagaikan seperti Program Mentor-Mentee, Coaching (TOT), Book Review, Sesi Perkongsian limu dan pembelajaran atas talian (e-learning) aa 414 4.13.3 413.4 4.13.8 4.13.6 4.13.7 Menghadkan bilangan urus setia kepada maksimum dua orang atau mengambil urus setia dari tempat di mana program latihan tersebut diadakan Program bercorak latinan adalah digalakkan untuk dibuat di premis KKM atau premis Kerajaan, Pendekatan NBOS perlu diteruskan dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latinan {Malaysia (IMTC) dan juga kemudahan_institusi latihan milik Kerajaan Pembekalan pensil, pen, beg, tanda nama dan buku catatan tidak digalakkan kecuali nota! bahan kursus! hand-out memadai diletakkan di dalam folder kertas sahaja. Peserta hendakiah diminta supaya membawa beg, alat tulis, tanda nama dan buku nota sendiri semasa menghadiri kursus. Kursus/ latihan di iuar negara adalah dibenarkan bagi kursus yang ditanggung oleh pihak lain seperti kerajaan asing dan institusi/ pertubuhan antarabangsa yang tidak melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan. Pegawai_ tidak dibenarkan untuk menuntut sebarang perbezaan kadar kelayakan dengan kemudahan yang disediakan oleh penganjur. Perlaksanaan dasar berkursus tujuh (7) hari setahun bagi semua anggota perkhidmatan awam seperti yang digariskan i bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil, 6 Tahun 2005 “Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam" adalah ditangguhkan seperti mana Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan ‘Awam bertarikh 29 Februari 2016 Penggunaan Kenderaan dan Bahan Api Penggunaan kenderaan dan bahan api juga hendaklah dikawal bagi mengurangkan pembaziran. Sehubungan itu, _langkah-langkah penjimatan berikut hendaklah dilaksanakan dalam penggunaan kenderaan dan bahan api 2 4.14.1 Pegawai yang telah diperuntukkan kenderaan khas adalah tidak digalakkan menggunakan kenderaan Pejabat. 4.14.2 Penggunaan kenderaan pejabat hanya bagi tujuan tugas rasmi sahaja. 4.14.3 Bagi tujuan tugas rasmi dan berkursus di luar pejabat yang melibatkan lebih daripada seorang pegawai di tempat yang sama, carpoo! kenderaan pejabat atau kenderaan persendirian milk pegawai adalah digalakkan 4144 Mengkhususkan kenderaan jabatan bagi sesuatu jawatan adalah tidak dibenarkan 4445 Penggunaan kenderaan jabatan yang melibatkan penggunaan dua orang pemandu tidak dibenarkan kecuali_melibatkan penggunaan bas bagi jarak perjalanan yang jauh. 4414.6 Penggunaan bahan api dan Touch&Go hendaklah dikawal. 414.7 Pegawai kenderaan —_bertanggungjawab —_—-memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan disimpan di pejabat. Penyelenggaraan secara berkala adalah bagi mengelakkan kos pembaikan yang tinggi di samping memanjangkan tempoh hayat kenderaan, 414.8 Menggunakan bahan api yang lebih menjimatkan Kerajaan dan bersesuaian dengan kegunaan kenderaan tersebut 4.149 Pemeriksaan mengejut dan pengauditan penggunaan bahan api hendaklah dilaksanakan bagi mengelakkan salah guna dan mengamalkan penggunaan secara berhemat 448 Pelantikan Pegawai Kontrak dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Semua Ketua Jabatan/ PTJ juga hendaklah mengambil langkah- langkah seperti berikut bagi mengawal perbelanjaan dalam pembayaran gaji untuk pekerja kontrak dan PSH: 23 4.16 415.1 Pelantikan pegawai kontrak baharu di bawah peruntukan Objek Sebagai 29000 (028000) adalah tidak dibenarkan kecuali bagi penggantian atau pembaharuan kontrak sedia ada bagi tugas, tempoh tertentu dan benar-benar perlu sahaja, tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa semasa dan peruntukan mencukupi 4.15.2 Pelantikan secara sambilan hanya untuk perkhidmatan yang benar-benar perlu sahaja dengan kelulusan daripada pihak berkuiasa berkenaan ketua jabatan (mana yang berkaitan) 4153 Ketua Jabatan hendaklah memantau prestasi pegawai kontrak dan menamatkan perkhidmatan mereka mengikut syarat kontrak jika didapati tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan. Kerja Lebih Masa dan Kerja Di Luar Waktu Bekerja Biasa Bayaran bagi tuntutan lebin masa juga telah meningkat setiap tahun ‘Sehubungan itu, bagi mengawal peningkatan bayaran tuntutan lebih masa, langkah-langkah seperti berikut hendaklah dilaksanakan tanpa menjejaskan kualiti dan penyampaian perkhidmatan kesihatan 4.16.1 Ketua Jabatan/ PTJ hendaklah merancang waktu bekerja dan mengurangkan kerja lebih masa bagi kerja-kerja yang tidak kritikal dan tidak bercorak kecemasan. Sekiranya perlu dibuat kerja-kerja lebih masa, arahan secara_bertulis hendakiah dikeluarkan dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi tujuan membayar Bayaran Lebih Masa tersebut 4.16.2 Bagi Klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan extended hour, waktu operasi perlu dikaji semula dan mengikut keperluan semasa 4.16.3 Ketua Jabatan perlulah mengoptimum dan menguruskan masa bekerja dengan sebaik mungkin bagi memastikan semua tugas yang ditetapkan dapat dilakukan dengan sempurna dalam waktu tempoh bekerja 24 447 4.18 4.16.4 Pelaksanaan kerja lebih masa dan bayaran lebih masa juga hendaklah mematuhi Pekeliing dan Arahan Kerajaan yang berkuat kuasa semasa termasuk Surat Pekeliling Bahagian Kewangan, KKM Bil. 1 Tahun 2008 “Garis Panduan Mengenai Bayaran Lebih Masa" Perjawatan 4474 417.2 4.17.3 417.4 ANTS Pengurusan perjawatan perlu. dilaksanakan dengan mengambil kira keutamaan untuk —mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan. Pelaksanaan satu-salu fungsi perlu dilakukan secara kreatif dan inovatif agar dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi berdasarkan sumber manusia sedia ada Pewyjudan jawatan baharu tidak dibenarkan kecuali melalui kaedah tukar ganti (trade off) dan pindah_butiran (redeployment) serta tiada implikasi kewangan tambahan. Pewujudan jawatan baharu hanya bagi jawatan kritikal yang terlibat secara langsung dalam bidang _kesihatan, keselamatan, penguatkuasaan, pendidikan dan kutipan hasil dengan kawalan ketat. Konsep redeployment mesti diberi keutamaan bagi projek- projek baharu siap seperti hospital/Klinik dan sebagainya untuk memastikan agihan penempatan pegawai dibuat berdasarkan fungsi/ kepakaran dan permintaan pelanggan Jawatan Kosong yang tidak dlisi melebihi dua (2) tahun hendakiah dimansuhkan, Penyusunan Semula Organisasi 418.1 Penyusunan semula organisasi hanya dibenarkan untuk meningkatkan kecekapan penyampatan _perkhidmatan dengan syarat tiada pertambahan perjawatan dan tiada implikasi kewangan 25 5. 448.2 Keutamaan penyusunan semula organisasi hendaklah fokus kepada mengurangkan pertindihan fungsi sama ada di dalam atau di luar organisasi. 4.18.3 Penubuhan badan berkanun/ Syarikat Terhad Dengan Jaminary entiti baru lain tidak dibenarkan, PERBELANJAAN PEMBANGUNAN Bagi mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan, langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan: 5.1 Menangguh atau menjadual semula projek-projek yang mempunyai komponen import yang tinggi 5.2 Menangguh projek-projek bukan fizikal yang bersifat kajian-kajian kemungkinan (feasibility). 53 Pemberian geran kepada industri perlu diperhalusi bagi memastikan pelaburan kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada negara. PENGGUNAAN RIZAB AKAUN AMANAH/ SUMBER DALAMAN Ketua Program/ Jabatan/ PTJ digalakkan untuk menyemak semula skop penggunaan rizab akaun amanah di bawah kawalan masing-masing supaya dapat membiayai sebahagian kos operasi yang bersesualan. Cadangan perluasan skop ini perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan untuk kelulusan. USAHA-USAHA MENINGKATKAN HASIL KERAJAAN Ketua Program/ Jabatan) PTJ digalakkan untuk mengenal pasti dan mencadangkan usaha-usaha untuk meningkatkan hasil Kerajaan termasuklah mengenal pasti sumber hasil baharu, memperkemas kaedah kutipan hasil, mengurangkan tunggakan kutipan hasil dan mempercepatkan kutipan hasil 26 PENUTUP 81 Kementerian Kesihatan Malaysia memberi perhatian serius terhadap langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran bagi memastikan peruntukan yang diluluskan mencukupi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan teras dan rawatan pesakit supaya penjagaan kesinatan tidak terjejas. 8.2 Langkah-langkah kawalan perbelanjaan hendaklah dipatuhi oleh semua Ketua Program/ Jabatan/ PTJ/ badan berkanun dan Syarikat Tethad Dengan Jaminan (CLBG) di bawah KKM. 83 Semua Badan Berkanun/ CLBG hendaklah menerima pakai garis panduan ini sebelum peruntukan disalurkan 84 Ketua Program/ Jabatan’ PTJ hendaklah membuat pemantauan ke atas pelaksanaan program/ aktiviti dan memastikan prestasi dilaporkan secara berkala agar objektif dan outcome yang dikehendaki dapat dicapai 8.5 Pegawai yang gagal mematuhi arahan Surat Pekeliling ini dan Arahan-Arahan Kerajaan yang berkuat kuasa semasa boleh dikenakan surcaj di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 86 Semua Ketua Program/ Jabatan/ PTJ/ penjawat awam Kementerian Kesihatan Malaysia dipohon bekerjasama, bersatu padu dan memberi komitmen yang penuh untuk mematuhi langkah-langkah yang cigariskan dalam Surat Pekeliling ini dan bersama-sama menjayakan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengoptimumkan perbelanjaan. TARIKH KUAT KUASA Tarikh kuat kuasa peraturan ini adalah mulai Surat Pekeliling ini dikeluarkan dan ianya telah mengambil kira arahan Kerajaan yang berkuatkuasa semasa antaranya Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB3.3 ‘Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan” dan Pekeliling ‘Am Bil, 2 Tahun 2014 “Peraturan Penganjuran Majlis-Majlis Kerajaan’. 2 10. PEMBATALAN Dengan berkuat kuasa Surat Pekeliling ini maka Surat Pekellling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 3 Tahun 2010 bertarikh 25 (Ogos 2010 adalah dibatalkan. ‘Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” SS (DA’ HEN CHAW MIN) sk Ketua Pengarah Kesihatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) Pengarah Kanan (Perkhidmatan Farmasi) Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Council Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Kesihatan Setiausaha Sulit Kanan YB Timbalan Menteri Kesihatan 28

Das könnte Ihnen auch gefallen