You are on page 1of 60

1

Proposal Disertasi

AJATAPPARENG 1812-1906: PENYELIDIKAN TERHADAP


SEJARAH POLITIK ORANG BUGIS DI SULAWESI SELATAN
ABD. LATIF
(Universiti Kebangsaan Malaysia)

1.1 PENDAHULUAN

Pada tahun 1523 lima kerajaan di Ajatappareng membina persekutuan


yang mereka sebut Limae Ajatappareng.1 Kelima-lima kerajaan itu ialah Sawitto,
Suppa, Sidenreng, Alitta dan Rappeng yang kesemuanya terletak di bahagian
tengah Sulawesi Selatan. Sawitto yang terletak di hujung barat menghadap ke
Selat Makassar. Sawitto juga dihubungkan dengan Sungai Saddang yang mengalir
melalui Toraja, Enrekang dan Rappeng. Suppa yang terletak dibahagian tenggara
memiliki Pelabuhan Pare-pare. Pelabuhan ini ialah pelabuhan terbesar dan teramai
kedua yang dilawati oleh pedagang niaga setelah Pelabuhan Makassar. Rappeng
terletak di timur berjiran dengan Maiwa di utaranya dan Wajo di timurnya.
Sidenreng juga terletak di timur dan timur laut. Sidenreng berjiran dengan
Soppeng di selatannya dan Wajo di timurnya. Di Sidenreng juga terdapat Danau
Sidenreng yang terhubung dengan Danau Tempe. Sehingga akhir abad ke-18
pedagang niaga yang berlayar daripada haluan Teluk Bone dapat melayari Danau
Tempe manakala mereka ingin berdagang sama ada di Wajo ataupun di Sidenreng.
Alitta terletak di tengah antara Sawitto dan Rappeng. Alitta juga berjiran dengan
Suppa yang tereletak di seletannya.

Penduduk kerajaan-kerajaan di Ajatappereng terdiri daripada etnik Bugis


yang umumnya bekeraja sebagai petani. Walaupun penduduknya rajin bekerja,
1
Selok-beluk ditubuhkannya persekutuan Limae Ajatappareng yang meliputi lima
karajaan iaitu Suppa, Sawitto, Sidenreng, Alitta dan Rappeng dapat dibaca dalam beberapa
sumber. Burhanuddin Pabitjara. 2006. “Persekutuan Limae Ajatappareng”. Tesis Magister.
Universitas Negeri Makassar, hlm. 125.
2

tetapi mereka juga sombong, mudah marah dan suka berperang.2 Perang adalah
salah satu cara yang sentiasa digunakan bagi menyelesaikan masalah yang
dipersengketakan. Perang ialah satu aspek daripada sejarah politik. Sehubungan
dengan itu, kajian ini ingin menganalisis sejarah politik kerajaan-kerajaan di
Ajatappereng pada tahun 1812-1906. Sejarah politik yang ingin dikaji dengan
mengkhususkan kepada bagaimana kerajaan-kerajaan di Ajatappareng sama ada
bekerjasama ataupun berkonflik sepanjang abad ke-19.

1.2 KEPENTINGAN DAN JUSTIFIKASI PENELITIAN

Pulau Sulawesi terletak di antara Pulau Kalimantan (Borneo) dan Kepulauan


Maluku. Pada awal kemerdekaan Indonesia tahun 1945 Pulau Sulawesi hanya satu
proivisni dengan ibu bandarnya Makassar. Pada tahun 1960, Pulau Sulawesi
dibahagi menjadi dua provinsi iaitu Provinsi Sulawesi Selatan-Tenggara dan
Provinsi Sulawesi Utara-Tengah. Manakala pada tahun 1964, Pulau Sulawesi
dibahagi lagi menjadi empat provinsi iaitu Provinsi Sulawesi Selatan dengan ibu
bandarnya Makassar, Provinsi Sulawesi Tenggara dengan ibu bandarnya Kendari,
Provinsi Sulawesi utara dengan ibu bandarnya Manado dan Provinsi Sulawesi
Tengah dengan ibu bandarnya Palu.3

Kedudukan yang strategik menjadikan Pulau Sulawesi tempat


persinggahan semula jadi bagi pelayar antara Kepulauan Maluku dengan Melaka
melalui Buton di Sulawesi Tenggara dan Selat Selayar di Sulawesi Selatan.
Kurangnya angin yang bertiup di wilayah khatulistiwa yang melintang di antara
Bandar Palu dan Toli-toli di Sulawesi Tengah, menyebabkan haluan pelayaran ini
baharu digunakan oleh pelayar Portugis pada tahun 1530-an. Sebelum itu,
umumnya pelayar menggunakan haluan pelayaran selatan yang menyisir pantai
2
D.F. van Braam Morris. 1893. “Nota van Toelichting op het Contract Gesloten met het
Landschap Sawietto (Adjataparang) op den 30 October 1890”. Dlm. TBG, Jilid XXXVI, hlm. 224.
3
Pemerintah Propinsi Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan. 1991. Sejarah Perkembangan
Pemerintahan Departemen Dalam Negeri di Propinsi Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan.
Ujungpandang: Pemerintah Propinsi Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan, hlm. 410 dan 472.
3

utara Jawa, Bali dan kepulauan Nusa Tenggara. 4 Pada masa kekuasaan Karaeng
Gowa yang bernama I Mariogau Daeng Bonto Karaeng Lakiung Tunipallangga
Ulaweng (1546-1565) ianya aktif membangun ibu bandar Gowa di Sombaopu dan
Pelabuhan Makassar.5 Pada masa itu, Pelabuhan Makassar menjadi salah satu
persinggahan pedagang Melayu dan Eropah bagi membina perdagangannya di
bahagian timur Nusantara.6 Belanda kemudian melihat bahawa Pelabuhan
Makassar sebagai sebuah pelabuhan yang letaknya strategik untuk berlayar ulang
alik ke Maluku. Pada permulaan abad ke-17 terjadi persaingan antara Gowa
dengan Belanda bagi menguasai perdagangan rempah di Maluku. Bagi menguasai
bahagian timur Nusantara, Gowa telah mengirim pasukan tentera ke Aru di
Kepulauan Maluku, ke Bima dan Selaparang Lombok di Nusa Tenggara Barat. 7
Persaingan antara kedua kuasa di Kepulauan Maluku ini menyebabkan Belanda
berusaha menguasai Makassar, tetapi sebagaimana terbukti bahawa Belanda tidak
bermaksud menguasai Sulawesi Selatan, kecuali menjadikan Makassar sebagai
pusat bagi pengawalan perdagangannya di bahagian timur Nusantara.

Di Sulawesi Selatan terdapat empat entik iaitu Bugis, Makassar, Toraja


dan Mandar. Etnik Bugis tinggal di seluruh pantai timur, sebahagian di pantai
barat, daerah-daerah tengah yang ada di antara pantai timur dan pantai barat serta
sebahagian kecil kawasan pegununan di utara. Di pantai timur bermula dari hala
selatan ke utara orang Bugis tinggal di Bulukumba, Sinjai dan daerah sekitarnya,
Bone dan daerah sekitarnya, Wajo dan daerah sekitarnya serta Luwu dan daerah
sekitarnya. Luwu memiliki bahasa sendiri iaitu bahasa Luwu yang banyak
4
Christian Pelras. 2006. Manusia Bugis. Jakarta: Forum Jakarta-Paris EFEO, hlm. 9.
5
Bagi meramaikan bandar Sombaopu dan Pelabuhan Makassar, Tunipallangga Ulaweng
juga aktif menaklukkan kerajaan-kerajaan di Sulawesi iaitu Selayar, Wajo, Sawitto, Suppa, Alitta,
Soppeng, beberapa kerajaan di Mandar, Kaili dan Toli-toli. Dua yang disebut terakhir terletak di
Sulawesi Tengah, sedangkan semua yang disebut sebelumnya terletak di Sulawesi Selatan.
Abdurrazak Daeng Patunru. 1993. Sejarah Gowa. Ujungpandang: Yayasan Kebudayaan Sulawesi
Selatan, hlm. 12.
6
Edward L. Poelinggomang. 2002. Makassar Abad XIX: Studi tentang Kebijakan
Perdagangan Maritim. Jakarta: Gramedia, hlm. 21.
7
Leonard Y. Andaya. 2004. Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-
17. Makassar: Ininnawa, hlm. 58-59.
4

persamaannya dengan jirannya iaitu Bahasa Toraja, tetapi mereka umumnya


menganut agama yang sama dengan orang Bugis iaitu Islam karenanya memilih
digabungkan dalam etnik Bugis. Di pantai barat bermula dari hala selatan ke utara
orang Bugis tinggal di Tanete dan daerah sekitarnya, Parepare dan daerah
sekitarnya, Sawitto dan daerah sekitarnya serta Batulappa. Di antara pantai timur
dan pantai barat orang Bugis tinggal di Soppeng dan daerah sekitarnya serta
Sidenreng dan daerah sekitarnya. Manakala di pegunungan bahagian utara orang
Bugis tinggal di Maiwa, Enrekang, Letta dan Duri. Sebenarnya empat yang
disebut terakhir memiliki bahasa sendiri iaitu Bahasa Massenrempulu, sebuah
bahasa yang banyak persamaannya dengan jirannya iaitu Bahasa Toraja, tetapi
mereka umumnya menganut agama yang sama dengan orang Bugis iaitu agama
Islam kerananya memilih digabungkan dalam etnik Bugis.8 Etnik Makassar
tinggal di sebahagian pantai barat dari hala utara ke selatan iaitu Sigeri dan daerah
sekitarnya, Maros dan daerah sekitarnya serta Galesong. Manakala di sepanjang
pantai selatan orang Makassar tinggal di Takalar dan daerah sekitarnya, Turatea
dan Bantaeng.9

Etnik Mandar tinggal di sisi pantai barat daya dan di pegunungan berjiran
dengan Toraja. Orang Mandar dapat dibahagi dalam dua kumpulan, mereka yang
tinggal di sisi pantai tergabung dalam persekutuan Pitu Babana Binanga (tujuh
kerajaan di pesisir pantai). Manakala mereka yang tinggal di pegunungan
tergabung dalam persekutuan Pitu Ulunna Salu (tujuh kerajaan di hulu sungai).
Mereka ini berjiran dengan Toraja kerananya secara etnik mereka ialah orang
Toraja, sebab bahasa mereka sama dan pada umumnya mereka menganut agama
yang sama dengan orang Toraja iaitu Kristian. Etnik Toraja tinggal di pegunungan
bahagian utara iaitu Mengkendek, Makale, Sangalla dan Rantepao. Makassar

8
Christian Pelras. 2006. Manusia Bugis. Jakarta: Forum Jakarta-Paris EFEO, hlm. 3-16.
9
Leonard Y. Andaya. 2004. Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-
17. Makassar: Ininnawa, hlm. 13-14
5

sebagai ibu bandar Sulawesi Selatan terdapat etnik Bugis, Makassar, Toraja dan
Mandar serta etnik lainnya yang berasal dari luar Sulawesi Selatan.10

Empat etnik di Sulawesi Selatan menduduki wilayah yang berbeza,


Makassar di bahagian Selatan, Bugis di tengah sehingga ke utara, Toraja di hujung
utara dan Mandar di bahagian barat daya. Pemetaan etnik ini tidak mesti sama
dengan pemetaan politik. Misalnya Bulukumba dan Bulo-bulo ialah pemukiman
etnik Bugis, tetapi bermula pada abad ke-16 sehingga pertengahan abad ke-17
kedua-dua kerajaan ini berada di bawah pengaruh kekuasaan Gowa. Pada masa
Perang Makassar yang berlaku pada tahun 1666-1669, Wajo, Luwu dan Lamatti
yang juga penduduknya daripada etnik Bugis bersekutu dengan Gowa, sebuah
kerajaan besar di wilayah etnik Makassar.11 Bangkala dan Binamu ialah
pemukiman etnik Makassar bersekutu dengan Bone dalam Perang Makassar.12

Secara politik dan mengikuti masa yang berbeza ada tiga kerajaan yang
besar dan kuat di Sulawesi Selatan iaitu Luwu, Gowa dan Bone. Permulaan abad
ke-13 sehingga awal abad ke-16 Luwu yang terletak di pantai timur di hujung
utara memiliki pengaruh politik yang meliputi wilayah tengah iaitu Sidenreng dan
Soppeng serta Wajo dan Bone di pantai timur. Pada tahun 1481 La Settiriware
menggantikan La Palewo menjadi Matowa Wajo. Setahun kemudian Wajo dan
Luwu mengukuhkan sebuah perjanjian persahabatan, bahawa “Luwu sebagai ibu
dan Wajo sebagai anak, apinya Luwu tidak boleh membakar Wajo dan apinya
Wajo tidak boleh membakar Luwu”. Pada masa kekuasaan La Tadampare Puang ri

10
Rahilah Omar. 2003. “The History of Bone A.D. 1775-1795: The Diary of Sultan
Ahmad As-Salleh Syamsuddin”. Tesis Ph.D. University of Hull, hlm. 5-6. Leonard Y. Andaya.
Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-17. Makassar: Ininnawa, hlm. 13.
11
Bulukumba dan Bulo-bulo ditaklukkan oleh Gowa pada masa kekuasaan Karaeng
Matanre Tumaparisi Kallongna. Mattulada. 2011. Menyusuri Jejak Kehadiran Makassar dalam
Sejarah. Yogyakarta: Ombak, hlm. 6.
12
Bangkala dan Binamu di Turatea ialah dua kerajaan penyokong Arung Palakka
(pangeran dari Bone) yang bersama Belanda menaklukkan Kerajaan Gowa pada tahun 1667.
Leonard Y. Andaya. 2004.Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-17.
Makassar: Ininnawa, hlm. 115, 121 dan 146.
6

Maggalatung (1491-1521) utusan Luwu datang ke Wajo mengajak penguasa Wajo


agar turut berdukacita atas mangkatnya ayahanda Datu Luwu. Wajo tidak mahu
melakukan itu kerana bukan bahagian dari isi perjanjian persahabatan. Konflik ini
dimenangi oleh Wajo, bahkan daerah-daerah kekuasaan Luwu iaitu daerah Tempe,
Singkang, Tampangeng dan Wage berjaya dikuasai oleh Wajo.13 Sidenreng ialah
sebuah kerajaan bawahan daripada Soppeng, tetapi Sidenreng berpindah
pertuanan ke Luwu setelah ditaklukkan atas kerjasama Luwu dengan Wajo pada
tahun 1508. Pada tahun 1509 Bone diserang oleh Luwu.14

Kerajaan Gowa terkenal semasa pemerintahan Tumaparisi Kallongna pada


awal abad ke-16. Raja ini yang memindahkan pusat pentadbiran dari Tamalate di
pedalaman ke Sombaopu di sisi pantai. Menubuhkan jawatan syahbandar bagi
mengelola pelabuhan dan perdagangan, menyatukan Gowa dengan Tallo dan
menaklukkan Bone.15 Pada tahun 1546 Tumaparisi Kallongna mangkat dan
digantikan oleh puteranya yang bernama Tunipallangga. Raja ini berjaya
mewujudkan jawatan Tumakkajannang bagi mengawal keamanan dalam negeri.
Mewujudkan jawatan Tumailalang bagi menangani pentadbiran kerajaan. 16
Menaklukkan Panaikang, Bajeng, Lengkese, Polombangkeng dan Bulukumba di
wilayah selatan, Lamuru dan Soppeng di wilayah tengah, Wajo di wilayah tengah

13
Andi Zainal Abidin. 1985. Wajo Abad XV-XVI: Suatu Penggalian Sejarah Terpendam
Sulawesi Selatan dari Lontara. Bandung: Alumni, hlm. 151-2, 202 dan 575. Christian Pelaras.
2006. Manusia Bugis. Jakarta: Forum Jakarta-Paris EFEO, hlm. 134-5.
14
Andi Zainal Abidin. 1985. Wajo Abad XV-XVI: Suatu Penggalian Sejarah Terpendam
Sulawesi Selatan dari Lontara. Bandung: Alumni, hlm. 228-238.
15
Abdurrazak Daeng Patunru. 1993. Sejarah Gowa. Ujungpandang: Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan, hlm. 11-13.
16
Tumakkajannang ialah menteri yang mengawal keamanan dalam negeri. Jawatan
Tumailalang dibahagi dua iaitu Tumailalang Toa ialah menteri yang mengatur hubungan
kekuasaan antara Karaeng Gowa dengan raja-raja bawahan dan Tumailalang Lolo ialah menteri
yang mewakili aspirasi rakyat dalam mesyuarat kerajaan. Mattulada. 1995. Latoa: Satu Lukisan
Analitis terhadap Antropologi Politik Orang Bugis. Ujungpandang: Lembaga Penerbitan
Universitas Hasanuddin, hlm. 405.
7

di pantai timur, Maros di wilayah selatan di pantai barat, Suppa, Sawitto dan Alitta
di wilyah tengah di pantai barat dan Duri di wilayah utara.17

Tunipallangga ialah orang yang pertama membawa orang Sawitto, Suppa


dan Bacukiki ke Gowa. Menetapkan sistem pengukuran berat. Merupakan orang
yang pertama memasang meriam yang diletakkan di benteng-benteng pertahanan.
Pemerintah pertama ketika orang Gowa mulai membuat peluru, mencampur emas
dengan logam lain dan membuat batu bata. Merupakan orang yang pertama
membuat dinding batu bata mengelilingi Benteng Sombaopu. Pemerintah pertama
yang dilawati oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Anakhoda Bonang bagi
meminta tempat tinggal di Gowa. Merupakan orang yang pertama membuat
perisai besar menjadi lebih kecil, memendekkan pegangan tombak dan membuat
peluru Palembang. Penyusun siasat perang yang berketrampilan, cerdas, seorang
pekerja keras, kaya dan sangat berani.18

Bagi membendung perluasan pengaruh politik Gowa, maka pada tahun


1582 tiga kerajaan Bugis iaitu Bone, Wajo dan Soppeng menubuhkan satu
persekutuan yang disebut Tellumpoccoe. Gowa menghadapi perkembangan politik
yang baru di tiga kerajaan Bugis itu dengan menyerang Wajo pada tahun 1583.
Gowa tidak berjaya menguasai Wajo sebab dalam perang ini Wajo mendapat
bantuan daripada dua sekutunya iaitu Soppeng dan Bone. Bone yang dianggap
paling kuat dalam persektuan Tellumpoccoe, maka pada tahun 1585 Gowa
mengirim pasukannya bagi menyerang Bone. Gowa tidak berjaya menduduki
Bone, maka pada tahun 1588 Gowa menyerang lagi Bone dan sekali lagi tidak
berjaya menaklukkan Bone. Gagal menaklukkan Bone, maka pada tahun 1590
Gowa mengalihkan perhatian bagi menyerang Wajo. Gowa tidak berjaya

17
Mattulada. 2011. Menyusuri Jejak Kehadiran Makassar dalam Sejarah. Yogyakarta:
Ombak, hlm. 8-9.
18
Leonard Y. Andaya. 2004.Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-
17. Makassar: Ininnawa, hlm. 31-33.
8

menaklukkan Wajo. Abad ke-16 berakhir dengan kegagalan Gowa menaklukkan


tiga kerajaan Bugis yang telah bergabung dalam persektuan Tellumpoccoe.19

Kerajaan-kerajaan Bugis, khasnya persekutuan Tellumpoccoe, jatuh ke


dalam pengaruh politik Gowa setelah Gowa mendapat kekuatan baru iaitu
menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan oleh Karaeng Gowa pada
tahun 1605. Pada tahun 1609 Gowa memaksa Sidenreng memeluk Islam. Selepas
itu, Soppeng dalam tahun 1609, Wajo dalam tahun 1610 dan Bone dalam tahun
1611.20

Pengaruh politik Gowa mula menurun di Sulawesi Selatan setelah


ditakluki oleh Belanda yang bekerjasama dengan Arung Palakka (seorang
bangsawan tinggi Bone) dalam Perang Makassar pada tahun 1666-1669. Selepas
perang, Arung Palakka dengan sokongan Belanda berusaha menaklukkan semua
kerajaan Bugis, Mandar dan Toraja yang menyokong Gowa dalam Perang
Makassar. Mula-mulaArung Palakka menakluki sekutu kuat Gowa dalam Perang
Makassar iaitu Wajo pada Disember 1670. Pada Oktober 1671 pasukan Arung
Palakka bersama pasukan Belanda menaklukkan beberapa kerajaan di Mandar.
Arung Palakka dilantik menjadi Arung Pone pada tahun 1672 atas kejayaannya
menaklukkan Gowa dan sekutu-sekutunya. Pada tahun 1673 Arung Palakka
menaklukkan kerajaan-kerajaan Bugis di wilayah tengah bermula daripada Tanete,
Sawitto, Sidenreng dan wilyah utara iaitu Enrekang dan Toraja. Luwu yang
terletak di pantai timur di hujung utara ditaklukkan pada tahun 1676. Penaklukan
terakhir dilakukan terhadap Letta pada tahun 1685.21

19
Leonard Y. Andaya. 2004. Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-
17. Makassar: Ininnawa, hlm. 39-40.
20
Mengenai upaya-upaya Gowa mengislamkan semua kerajaan di Sulawesi Selatan dapat
dibaca dalam beberapa sumber. Noorduyn, J. 1972. Islamisasi Makassar. Jakarta: Bharatara.
Abdurrazak Daeng Patunru. 1989. Sejarah Bone. Ujungpadang: Yayasan Kebudayaan Sulawesi
Selatan, hlm. 73-117.
21
Leonard Y. Andaya. 2004.Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-
17. Makassar: Ininnawa, hlm. 169-191.
9

Arung Palakka mangkat pada tahun 1696 dan digantikan oleh La Patau
ialah putera daripada saudari Arung Palakka. Semasa Arung Palakka masih hidup
ianya melakukan perkahwinan politik antara La Patau dengan I Mariama Karaeng
Pattukangang, puteri daripada Abdul Jalil Karaeng Gowa pada tahun 1687.
Perkahwinan dilakukan dengan perjanjian bahawa anak pertama yang mereka
lahirkan akan menjadi Karaeng Gowa. La Patau juga berkahwin dengan puteri
Datu Luwu yang bernama We Ummung, juga dengan perjanjian bahawa anak
pertama yang mereka lahirkan akan menjadi Datu Luwu. 22 Tiga kerajaan besar
iaitu Bone, Gowa dan Luwu kini disatukan dalam satu ikatan perkahwinan. Oleh
itu, La Patau dan raja-raja Bone sesudahnya akhirnya lebih mudah mengawal
percaturan politik di Sulawesi Selatan sehingga akhir awal abad ke-19.

Abad ke-18 terjadi tiga kali gerakan politik di Gowa, walaubagaimanapun


keadaan ini tidak mengurangkan kewibawaan politik Bone. Pada tahun 1710
terjadi perang antara Bone dengan Gowa. Pada masa ini yang menjadi Karaeng
Gowa ialah La Pareppa Tosappewali. Ayahandanya ialah La Patau Arung Pone,
sedangkan ibundanya ialah I Mariama Karaeng Pattukangang yang tidak lain ialah
puteri daripada bekas Karaeng Gowa yang bernama Sultan Abdul Jalil. Oleh itu,
perang ini ialah perang antara ayah dengan anak. Penyebab terjadinya perang ini
ialah adik daripada La Pareppa Tosappewali yang beranama La Padangsajati telah
melakukan jenayah pemerkosaan di Bone kemudian meminta suaka politik di
Gowa kerana Arung Pone atau ayahandanya mahu menangkap dan
menghukumnya. Dalam perang ini Bone yang mendapat bantuan pasukan
daripada Belanda berjaya mengalahkan Gowa. Walaubagaimana La Padangsajati
tidak balik ke Bone, tetapi perang ini diakhiri dengan perjanjian yang merugikan
pihak Gowa. Gowa mesti membayar semua kos perang, menyerahkan daerah
Sudiang, Kajang dan Selayar kepada Belanda.23
22
Arung Palakka juga memperkahwinkan saudara-saudara perempuannya dengan
bangsawan-bangsawan tinggi daripada kerajaan lainnya. Abdurrazak Daeng Patunru. 1989.
Sejarah Bone. Ujungpadang: Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan, hlm. 208.
23
Abdurrazak Daeng Patunru. 1993. Sejarah Gowa. Ujungpandang: Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan,hlm. 71-72. Abdurrazak Daeng Patunru. 1989. Sejarah Bone. Ujungpandang:
Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan,hlm. 210-211.
10

Selepas perang antara ayah dengan anak, Majlis Bate Salapang 24 Gowa
memecat La Pareppa Tosappewali dan melantik I Mappaurangi sebagai Karaeng
Gowa. Pelantikan ini tidak dipersetujui oleh bangsawan tinggi Gowa yang lain
kerana mereka merasa lebih berhak menjadi Karaeng Gowa. Kelompok
pembangkan ini dipimpin oleh I Mappasemba Karaeng Bontolangkasa. Dalam
gerakan penentangan terhadap Gowa, Karaeng Bontolangkasa mendapat
sokongan daripada beberapa bangsawan tinggi Gowa, juga mendapat sokongan
daripada Arung Kaju seorang bangsawan tinggi daripada Bone dan suami
daripada Arung Pone yang bernama Batari Toja.25 Majlis Ade’ Pitu26 Bone
mengetahui bahawa Arung Kaju menyokong gerakan Karaeng Bontolangkasa
kemudian memecat Arung Kaju yang mewakili isterinya dalam menjalankan
pemerintahan. Pemecatan ini juga bermakna perceraian antara Batari Toja dengan
Arung Kaju yang kemudian berpindah ke Tallo.27

24
Nama majlis adat yang berhak memilih, melantik dan memecat Karaeng Gowa.
Mattulada. 1995. Latoa: Suatu Lukisan Analitis terhadap Antropologi Politik Orang Bugis.
Ujungpandang: Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin,hlm. 405. Mukhlis. 1975. “Struktur
Birokrasi Kerajaan Gowa Jaman Pemerintahan Sultan Hasanuddin (1653-1669)”. Tesis Sarjana.
Fakultas Sastra dan Kebudayaan Universitas Gadjah Mada, hlm. 73-77.
25
Batari Toja ialah puteri daripada La Patau dengan isterinya yang bernama We Ummung
puteri daripada Datu Luwu.
26
Nama majlis adat yang berhak memilih, melantik dan memecat Arung Pone. Mattulada.
1995. Latoa: Suatu Lukisan Analitis terhadap Antropologi Politik Orang Bugis. Ujungpandang:
Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin,hlm. 410-412. Majlis Ade’ Pitu juga adalah tujuh
penguasa yang mula-mula bersekutu mengesahkan dan melantik Tomanurung (orang yang turun
dari kayangan, bermakna orang yang tidak dikenal pasti asal-usulnya) menjadi raja mereka. Tujuh
wilayah kekuasaan itu ialah Ujung, Tibojong, Ta’, Tanete ri Attang, Tanete ri Awang, Ponceng dan
Macege. Abdurrazak Daeng Patunru. 1989. Sejarah Bone. Ujungpandang: Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan,hlm. 11-12. Mattulada. 1995. Latoa: Suatu Lukisan Analitis terhadap
Antropologi Politik Orang Bugis. Ujungpandang: Lembaga Penerbitan Universitas
Hasanuddin,hlm. 409.
27
Mengenai gerakan Karaeng Bontolangkasa, sokongan Arung Kaju terhadapnya dan
perkahwinan Arung Kaju dengan Batari Toja. Mukhlis Paeni, dkk. 2002. Batara Gowa:
Messianisme dalam Gerakan Sosial di Makassar. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press,
hlm. 104-109.
11

Konflik antara Karaeng Bontolangkasa dengan Pemerintah Gowa yang


bermula pada tahun 1726 juga mendapat sokongan daripada La Maddukelleng,
seorang bangsawan tinggi Wajo yang meninggalkan Sulawesi Selatan pada tahun
1718 kerana melakukan kesalahan terhadap Arung Pone. Ayam La Maddukelleng
mengalahkan ayam Arung Pone dalam persabungan. Menghindari hukuman
daripada Arung Pone, La Maddukelleng kemudian memilih tinggal di Pulau Laut,
Kalimantan Selatan. Di Pulau Laut dia membina kekuatan politik dan ekonomi
sehingga ke Kalimantan Timur. Di Kalimantan Timur dia melakukan monopoli
eksport terhadap barang-barang emas, damar, kayu gaharu, rotan, sarang burung,
tanduk badak dan produk daripada makanan laut seperti penyu dan telurnya serta
tripang.28 Pada tahun 1726 La Maddukelleng berkahwin dengan puteri daripada
Sultan Pasir di Kalimantan Timur. Selepas daripada perkahwinan itu La
Maddukkelleng kemudian dilantik menjadi Sultan Pasir.

Pada tahun 1736 Matowa Wajo memanggil La Maddukelleng supaya balik


ke Wajo bagi menggantikan tempatnya sebagai Matowa Wajo. Dalam perjalanan
La Maddukelleng berperang dengan Belanda di Selat Makassar. Setelah berjaya
mengalahkan Belanda di Selat Makassar, La Maddukelleng berjumpa dengan
Karaeng Bontolangkasa di sebuah kampung di Gowa. Dalam perjumpaan inilah
mereka membuat strategik bagi menyerang Belanda dan kedua-dua sekutunya
iaitu Gowa dan Bone. Mereka bersetuju bahawa La Maddukelleng mesti
membantu Karaeng Bontolangkasa menyerang Gowa dan selepas Gowa berjaya
ditaklukkan baharulah La Maddukelleng bergerak ke wilayah tengah, khasnya di
Bone dan Wajo. Serangan ke atas Gowa bermula pada 24 Mac 1739 dengan
menewaskan pasukan Gowa dan Belanda di Macconggi, menyusul Mallengkeri
pada 5 April. Pasukan gabungan ini akhirnya berjaya menduduki pusat Kerajaan
Gowa pada 10 April.29 Beberapa bangsawan tinggi Gowa yang menyokong
28
Suraya Sintang. 2007. Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah. Sabah: Universiti
Malaysia Sabah, hlm. 41.
29
Macconggi dan Mallengkeri adalah kedua-kedua daerah yang terletak dalam wilayah
kekuasaan Gowa. Mengenai sokongan La Maddukelleng terhadap Karaeng Bontolangkasa.
Mukkhlis Paeni, dkk. 2002. Batara Gowa: Messianisme dalam Gerakan Sosial di Makassar.
Yogyakarta: Gadjah Mada University Press, hlm. 111-116. Kisah La Maddukelleng balik ke Wajo
12

gerakan ini melantik Karaeng Bontolangkasa menjadi Karaeng Gowa. Serangan


balik daripada Belanda yang telah mendapat bantuan dari Batavia dilakukan pada
14 Julai, dan akhirnya berjaya menduduki pusat Gowa pada 21 Julai. Karaeng
Bontolangkasa yang terkena tembakan melarikan diri ke kampung Bontolangkasa
dan mangkat di sana pada 8 September 1739.30

Pada tahun 1776 muncul lagi gerakan pembangkangan di Gowa. Para


pembangkang dipimpin oleh I Sangkilang Batara Gowa. Mulanya gerakan ini
berjaya mengalahkan pasukan Gowa di Maros, sebuah daerah di utara Gowa pada
Mei 1777. Pada 21 Mei Batara Gowa memperluas pengaruh kekuasaannya
sehingga ke Tallo. Selepas menguasai Tallo, Karaeng Tallo yang bernama Sitti
Saleha menyerahkan kekuasaannya kepada Batara Gowa. Pada bulan Julai Batara
Gowa berjaya menduduki pusat Gowa. Lebih kurang satu tahun Batara Gowa
menguasai pusat Gowa, akhirnya pada bulan Julai 1778 dia ditewaskan oleh
pasukan Belanda yang memperoleh bantuan dari Batavia. Batara Gowa melarikan
diri ke pedalaman Gowa dan mangkat di Tassese pada tahun 1785. 31
Kalompoang32 ialah regalia Gowa yang dibawa oleh Batara Gowa kemudian
diserahkan oleh pengikut Batara Gowa kepada Arung Pone yang bernama La
Tenritappu, cucu daripada La Pareppa Tosappewali. Kalompoang yang berada
dalam pengawalan Arung Pone menyebabkan banyak rakyat Gowa menganggap

dan pertempurannya dengan Belanda serta keberjayaan La Maddukelleng menjadi Matowa Wajo
pada tahun 1739. Lontara’ Enrekang, hlm. 199-212.
30
Mukhlis Paeni, dkk. 2002. Batara Gowa: Messianisme dalam Gerakan Sosial di
Makassar. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press,hlm. 116.
31
Rahilah Omar. 2003. “The History of Bone A.D. 1775-1795: The Diary of Sultan
Ahmad as-Salleh Syamsuddin”. Tesis Ph.D, University of Hull, hlm. 65-80. Mukhlis Paeni, dkk.
2002. Batara Gowa: Messianisme dalam Gerakan Sosial di Makassar. Yogyakarta: Gadjah Mada
University Press,hlm. 135-168. Abdurrazak Daeng Pantunru. 1989. Sejarah Bone. Ujungpadang:
Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan,hlm. 218-220.
32
Kalompoang yang dimaksud di sini adalah sebuah kerismilik daripada Lakipada, suami
daripada Tomanurung.Karaeng Gowa yang pertama. Dalam tradisi dipercaya bahawa pemilik
kekuasaan ialah kalompoang, sedangkan raja ialah wakil daripada kalompoang dalam
mengamalkan kekuasaan itu. Oleh itu, setiap pelantikan raja di Gowa mestilah ada kalompoang.
Mukhlis, dkk. 2002. Batara Gowa: Messianisme dalam Gerakan Sosial di Makassar. Yogyakarta:
Gadjah Mada University Press,hlm. 166.
13

La Tenritappu sebagai raja mereka, sedangkan I Mannawari Karaeng


Bontolangkasa yang dilantik oleh Majlis Bate Salapang atas sokongan Belanda
menjadi Karaeng Gowa tidak mereka perdulikan.

Lima kerajaan yang tergabung ke dalam persekutuan Limae Ajatappareng


adalah bahagian daripada 50 kerajaan besar dan kecil yang terdapat di wilayah
Sulawesi Selatan.33 Kedudukan geografi Ajatappareng terletak di bahagian tengah
Sulawesi Selatan. Sawitto yang terletak di hujung barat menghadap ke Selat
Makassar. Sawitto juga dihubungkan dengan Sungai Saddang yang mengalir
melalui Toraja, Enrekang dan Rappeng. Suppa yang terletak dibahagian tenggara
memiliki Pelabuhan Pare-pare. Pelabuhan ini ialah pelabuhan kedua terbesar dan
33
Angka 50 ini adalah termasuk unit-unit politik kecil yang menjadi vassal daripada
kerajaan-kerajaan besar. Ian Caldwell. 2005. “Kronologi Raja-Raja Luwu hingga Tahun 1611”.
Dlm. Kathryn Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu: Kebudayaan, Sejarah dan
Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan. Makassar: Ininnawa, hlm. 53.
14

teramai yang dilawati oleh pedagang niaga setelah Pelabuhan Makassar. Rappeng
terletak di timur berjiran dengan Maiwa di utaranya dan Wajo di timurnya.
Sidenreng juga terletak di timur dan timur laut. Sidenreng berjiran dengan
Soppeng di selatannya dan Wajo di timurnya. Di Sidenreng juga terdapa Danau
Sidenreng yang terhubung dengan Danau Tempe. Sehingga akhir abad ke-18
pedang niaga yang berlayar daripada haluan Teluk Bone dapat melayari Danau
Tempe manakala mereka ingin berdagang sama ada di Wajo ataupun di Sidenreng.
Alitta terletak di tengah atara Sawitto dan Rappeng. Alitta juga berjiran dengan
Suppa yang tereletak di seletannya. Struktur politik kerajaan-kerajaan di
Ajatappareng terdiri daripada kerajaan pusat dan kerajaan palili. 34 Di peringkat
kerajaan pusat pemerintah tertinggi ialah raja yang disebut addatuang, 35 kecuali
Alitta dan Rappeng menggunakan istilah arung bagi raja yang berkuasa. Di
kerajaan palili penguasanya ada yang menggunakan istilah arung, ada yang
menggunakan istilah matowa dan ada yang menggunakan istilah datu. Palili juga
secara autonomus menjalankan pemerintahannya. Raja di kerajaan pusat dipilih
oleh majlis adat. Di Kerajaan Sawitto ahli majlis adat ialah empat orang
pemegang bate-bate36 dan dua orang pabicara.37 Empat orang pemegang bate-bate
34
Palili ialah kerajaan yang ditaklukkan dengan perang atau kerajaan yang meminta
pengawalan kepada kerajaan besar bagi mengelakkan serangan daripada kerajaan tertentu.
Mukhlis. 1975. “Struktur Birokrasi Kerajaan Gowa pada Jaman Pemerintahan Sultan Hasanuddin
(1653-1669)”. Tesis Sarjana. Fakultas Sastra dan Kebudayaan Universitas Gadjah Mada, hlm. 65.
35
Addatuang berasal dari kata addaoang (tempat berpeluk). Ini mengandaikan raja
sebagai pohon tempat rakyat berpeluk atau berlindung. Abdurrazak Daeng Patunru. 2004.
Bingkisan Patunru: Sejarah Lokal Sulawesi Selatan. Makassar: Pusat Kajian Indonesia Timur
berkerjasama dengan Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin, hlm. 80. Addatuang ialah
nama jawatan bagi raja, sedangkan orang yang menjadi raja disebut datu. Datu ialah gelar yang
digunakan oleh raja yang berkuasa di Soppeng, Luwu dan beberapa kerajaan lainnya. Leonard Y.
Andaya. 2004.Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-17. Makassar:
Ininnawa, hlm. xiv. Dalam Lontara’ Akkarungeng Sawitto dan Lontara’ Akkarungeng Sidenreng
digunakan juga istilah datu bagi raja yang berkuasa di Sawitto dan Sidenreng. Adapun menurut
Daniel Perret, kedatuan ialah tempat kediaman pemimpin. Daniel Perret. 1999. “Konsep Negeri
dalam Sumber Melayu Lama Berunsur Sejarah dan Hukum”. Dlm. Wan Hashim Wan Teh dan
Daniel Perret. Disekitar Konsep Negeri. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan Malaysia, hlm. 25.
36
Bate-bate secara harfiah ialah bendera. Empat orang pemegang bate-bate ialah empat
Arung palili passeajingeng.
37
Pabbicara ialah hakim yang memimpin mahkamah pengadilan. Ianya juga bertugas
menyampaikan kepada raja semua kesimpulan yang diputuskan dalam mesyuarat majlis adat.
Mattulada. 1995. Latoa: Satu Lukisan Analitis terhadap Antropologi Politik Orang Bugis.
15

ialah Arung Tirowang, Arung Jampue, Arung Lolowang dan Arung Langga,
sedangkan dua orang pabicara ialah Arung Cempa dan Arung Kaba. Empat orang
pemegang bate-bate berhak memecat dan mengganti raja serta menghadiri
mesyuarat majlis adat bagi memesyuaratkan masalah penting yang berhubungkait
dengan kerajaan. Pabicara memimpin mesyuarat majlis adat dan membentangkan
semua perkara yang hendak dimesyuaratkan dihadapan ahli majlis adat.38

Berlainan dengan Sawitto, Sidenreng menggunakan dua majlis adat iaitu


majlis adat kecil dan majlis adat besar. Majlis adat kecil diketuai oleh tellu letteq
(mangkubumi) dan ahlinya ialah empat pabbicara. Majlis adat besar diketuai oleh
Datu Sidenreng atau arung malolo (putra mahkota) dan ahlinya ialah tellu letteq,
empat pabbicara, lapan matowa (8 penguasa pembentuk Kerajaan Sidenreng),
anang aruwae (8 bangsawan yang dituakan) dan lima penguasa palili.39

Kerajaan-kerajaan di Ajatappareng memiliki tiga jenis kerajaan palili iaitu


palili passeajingeng,40 palili bassi41 dan palili no’e rakkalana.42 Ketiga-tiga jenis
palili ini memiliki kewajiban atau kasuwiyang43 yang berbeza terhadap kerajaan

Ujungpadang: Hasanuddin University Press, hlm. 434-437.


38
D.F. van Braam Morris. 1893. Nota van Toelichting op het Contract Gesloten met het
Landschap Sawietto (Adjataparang) op den 30 October 1890. Dlm. TBG, Jilid XXXVI, hlm. 225.
39
Abdurrazak Daeng patunru. 2004. Bingkisan Patunru: Sejarah Lokal Sulawesi Selatan.
Makassar: Pusat Kajian Indonesia Timur bekerjasama dengan Lembaga Penerbitan Universitas
Hasanuddin, hlm. 78-79.
40
Palili passeajingeng memiliki dua pengertian. Pertama ialah unit politik yang mula-
mula bersekutu menubuhkan satu kerajaan. Kedua ialah kerajaan yang meminta perlindungan
kepada kerajaan tertentu, kerana mendapat serangan dari kerajaan lainnya.
41
Palili bassi ialah unit politik atau kerajaan tertentu yang ditakklukkan dengan cara
perang.
42
Palili no’e rakkalana ialah unit politik di mana terlelak kawasan pertanian milik
kerajaan pusat.
43
Kasuwiyang secara harfiah dapat diertikan dengan pengabdian,tetapi manakala dilihat
dari cara menjalankannya, maka kasuwiyang bermakna suatu sistem menjalankan kewajiban.
Edward L. Poelinggomang. 2004. Perubahan Politik & Hubungan Kekuasaan: Makassar 1906-
1942. Yogyakarta: Ombak, hlm. 75.
16

pusat. Palili passeajingeng (biasa juga disebut pemegang bate-bate) ialah unit
politik yang mula-mula bersatu membentuk kerajaan pusat. Dalam Lontara’
Sawitto dijelaskan bahawa hanya arung dari palili passeajingeng yang boleh
menjadi anggota majlis adat di kerajaan pusat. Arung dari palili passeajingeng
bersama rakyatnya berkewajiban menjadi pasukan utama manakala terjadai
perang melawan kerajaan lainnya atau terjadi pembangkangan di kerajaan pusat.
Jikalau palili passeajingeng tidak berjaya dalam pertempuran, maka palili bassi
yang akan menjadi pasukan utama. Kewajiban lainnya bagi palili bassi adalah
menjadi tenaga utama dalam kegiatan berburu rusa yang diadakan oleh raja.
Kewajiban utama palili no’e rakkalana adalah mengerjakan sawah dan ladang
milik kerajaan pusat yang terletak di wilayahnya.44

Tanah adalah milik kerajaan dan pentadbiran disusun oleh pemerintah.


Tanah boleh dimiliki oleh penduduk manakala pemerintah memperkenankan
meneroka kawasan baharu atau diberikan tanah sebab menunjukkan pengabdian
yang baik kepada penguasa. Seseorang juga boleh memperoleh tanah kerana
pewarisan daripada pemilik sebelumnya. Setiap orang yang memiliki hak guna
terhadap tanah berkewajiban menyerahkan produk 10 peratus kepada penguasa. 45
Raja yang berkuasa ialah penguasa tanah dan semua sumber ekonomi lainnya.
Oleh itu, perluasan kawasan berkesan tidak hanya sebagai perrluasan kekuasaan
dan pengaruh politik, tetapi juga bermakna perluasan kekuasaan sumber-sumber
ekonomi. Bagi kerabat raja dan bangsawan yang memiliki kerjaya yang
membanggakan kerajaan, perluasan kawasan memberi peluang bagi penambahan
tanah pertanian dan sumber-sumber ekonomi lainnya. Selain itu, perluasan
kawasan juga bermakna perluasan pengaruh dalam kalangan masyarakat atau

44
Lontara’ Sawitto, hlm. 1 dan 37. Lontara Ade’-ade’na Sawitto, hlm. 1-2.
45
Edward L. Poelinggomang. 2004.Perubahan Politik & Hubungan Kekuasaan:
Makassar 1906-1942. Yogyakarta: Ombak, hlm. 77.
17

penambahan jumlah pengikut (Bugis = taunna).46 Bertambahnya jumlah pengikut


bererti perluasan pengaruh politik.

Selepas Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511 ramai orang
Melayu telah berhijrah ke Sawitto dan Suppa sebagai tempat tinggal yang baharu.
Oleh itu, Karaeng Gowa Tunipallangga yang telah berjaya membangun Bandar
Sombaopu dan Pelabuhan Makassar berusaha menaklukkan Sawitto dan Suppa
pada tahun 1547. Penaklukan ini dimaksudkan oleh Gowa bagi memindahkan
orang-orang Melayu yang berpengalaman dalam kegiatan perdagangan
antarabangsa dari Sawitto dan Suppa ke Bandar Sombaopu.47 Penaklukan ini juga
mungkin dimaksudkan oleh Gowa bagi mendapatkan beras untuk keperluan
penduduk dan pedagang yang ramai melawati Sombaopu semasa itu.

Pengaruh politik Gowa ke atas kerajaan-kerajaan di Ajatappareng berakhir


setelah Gowa ditaklukkan dalam Perang Makassar pada tahun 1666-1669 oleh
Belanda yang mendapat sokongan utama dari dua kerajaan Bugis iaitu Bone dan
Soppeng di bawah pimpinan Arung Palakka. Selepas Perang Makassar, pasukan
Arung Palakkan menaklukkan Sawitto pada tahun 1673. Arung Palakka yang
telah dilantik menjadi Arung Pone setahun sebelumnya memperlakukan kerajaan-
kerajaan di Ajatappareng sama dengan kerajaan-kerajaan taklukan lainnya iaitu
menjadikan musuh Bone sebagai musuhnya dan wajib membantu Bone dalam
perang manakala mendapat bila-bila48 perang. Selain itu kerajaan-kerajaan
taklukan mesti meminta pendapat kepada Arung Pone manakala terdapat masalah
dalam kerajaannya yang tidak dapat diselesaikan sendiri.49
46
Mukhlis Paeni, dkk. 2002. Batara Gowa: Messianisme dalam Gerakan Sosial di
Makassar. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press, hlm. 33.
47
Leonard Y. Andaya. 2004.Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-
17. Makassar: Ininnawa, hlm. 32-33.
48
Bila-bila musu’ (Bugis) atau bila-biala bundu’ (Makassar) ialah surat jemputan
membantu dalam peperangan. Boleh juga disingkat “surat jemputan perang”. Leonard Y. Andaya.
2004.Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-17. Makassar: Ininnawa, hlm.
82.
49
Lontara’ Sawitto, hlm. 1. Lontara Ade’-ade’na Sawitto, hlm. 1.
18

Pada tahun 1812 terjadi konflik antara Sawitto dengan Sidenreng.50 Punca
daripada konflik ini adalah kerana Datu Sidenreng yang bernama La Wawo 51
berhasrat puteranya yang bernama La Pasanrangi dipilih oleh Majlis Adat Sawitto
menjadi Datu Sawitto. Keinginan ini tidak diterima oleh Majlis Adat Sawitto.
Majlis Adat Sawitto meminta Datu Suppa yang bernama La Kuneng52 menghadap
Arung Pone bagi meminta pendapat mengenai kes Sawitto.53 Arung Pone tidak
mahu manakala putera La Wawo yang bernama La Pasanrangi menjadi Datu
Sawitto. Arung Pone juga mencadangkan kepada Majlis Adat Sawitto agar
melantik La Kuneng menjadi Datu Sawitto. Setelah La Wawo mengetahui bahawa
La Kuneng telah dilantik menjadi Datu Sawitto, maka Sidenreng menyatakan
perang terhadap Sawitto. La Pasanrangi yang memimpin pasukan Sidenreng tewas
dan terbunuh dalam perang ini.54

50
Lontara’ menjelaskan setelah Datu Sawitto yang bernama La Doko mangkat pada tahun
1759 maka takhta Kerajaan Sawitto mengalami kekosongan, kerana tidak seorang pun ananda La
Doko yang memiliki darah bangsawan tinggi yang cocok bagi posisi raja. Oleh itu, sebelum La
Doko mangkat, ianya membahagi dua Kerajaan Sawitto menjadi Sawitto Wettang Saddang
(Sawitto di barat Sungai Saddang) di bawah kuasa putera pertamanya yang bernama La Sadapotto,
sedangkan Sawitto Timoreng Saddang (Sawitto di timur Sungai Saddang) di bawah kuasa putera
keduanya yang bernama La Patau. Puang Palisuri. 2005. Perjanjian Bersaudara Sawitto dan
Enrekang. Makassar: Lembaga Adat dan Budaya Sawitto Massenrengpulu, hlm. 37-38. Sawitto
menyatu semula setelah La Kuneng dilantik menjadi Datu Sawitto pada tahun 1812.
51
La Wawo ialah putera daripada Datu Sidenreng yang bernama Towappo dan ibundanya
ialah We Tungke saudara perempuan daripada pilla (komandan perang) Wajo yang bernama La
Gau. Perkahwinan antara La Wawo dengan We Bube’ puteri daripada Mangkubumi Gowa yang
bernama I Makkasuma melahirkan La Pasanrangi. Lontara’ Addatuang Sidenreng, hlm. 48.
52
La Kuneng ialah putera daripada Arung Alitta yang bernama La Raga. La Raga ialah
putera daripada Datu Suppa yang bernama La Pamassangi. La Kuneng berkahwin dengan We
Tenri puteri daripada Matowa Wajo yang bernama La Maddukelleng. Lontara’ Akkarungeng
Suppa, hlm. 11-15.
53
Lontara’ Sawitto menjelaskan bahawa, jikalau ada kes yang susah ditemukan jalan
penyelesaiannya, maka Sawitto harus membagi kepada Bone untuk mencarikan jalan
penyelesaian. Ketentuan ini berlaku selepas Sawitto ditaklukkan oleh Bone pada tahun 1685.
Lontara’ Sawitto, hlm. 1. Lontara’ Ade’ade’na Sawitto, hlm. 1.
54
Lontara’ Addatuang Sidenreng, hlm. 47. Lontara’ Akkarungeng Sawitto, hlm. 21-22.
19

Pada akhir abad ke-18 Verenigde Oost Indische Compagnie (VOC) telah
bankrap, kerana tiga sebab iaitu rasuah yang dilakukan oleh kakitangan Belanda,
sangat banyak perbelanjaan yang diperlukan bagi menampung kos peperangan
semasa penaklukan pelbagai kerajaan tempatan di Nusantara dan perang di
Eropah. VOC tidak berkemampuan untuk membina aktiviti perniagaan dan
akhirnya dibubarkan pada 31 Disember 179955 dan semua wilayah jajahannya
dialihkuasakan kepada Kerajaan Belanda.56 Belanda berusaha membaiki
kekuasaannya di Nusatanra, tetapi usaha ini tidak berjaya kerana rintangan
daripada Inggeris yang menyerang pulau Jawa. Selepas Belanda kalah dalam
peperangan dan tidak mampu mempertahankan Batavia pada bulan Ogos 1811,
maka Jan Willem Janssen Gabenor Jenderal Belanda di Batavia melarikan diri ke
Semarang. Di Semerang Jan Willem Janssen yang kalah membuat perjanjian
kapitulasi pada 18 September 1811.57

Kerajaan Inggeris kemudian melantik Sir Thomas Stamford Raffles


menjadi Leftenan Gabenor di Jawa dan Sekitarnya. Adapun bagi Sulawesi Selatan
alihkuasa dilakukan di Makassar pada 6 Maret 1812. Pada masa itu Belanda
diwakili oleh Leftenan Kolonel John Caesar van Wikkerman Gabenor Makassar
dan Sekitarnya dan pihak kuasa Inggeris diwakili oleh Kapten Richard Phillips.
Upacara alihkuasa ini berterusan dengan mengangkat sumpah pegawai tempatan
agar taat kepada kuasa Inggeris yang bekerja pada East India Company (EIC) di
Makassar.58

55
D.G.E. Hall. 1988. Sejarah Asia Tenggara. Surabaya: Usaha Nasional, hlm. 308.
56
Pada tahun 1799 Gabenor Hindia Belanda, Nederburg pulang ke Belanda untuk
melaporkan keadaan VOC yang bankrap. Berasaskan daripada laporan ini, maka kuasa VOC ke
atas Nusantara dialihkuasakan kepada Pemerintah Belanda. C.R. Boxer. 1983. Jan Kompeni:
Sejarah VOC dalam Perang dan Damai 1602-1799. Jakarta: Sinar Harapan, hlm. 152.
57
Joginder Singh Jessy. 1973. Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 94.
58
Proclamation Palacates, 6 Januari 1813. Koleksi ANRI: Bundel Makassar, No. 291/6.
20

Alihkuasa ke atas Sulawesi Selatan oleh Belanda kepada Inggeris tidak


dapat diterima oleh Bone, Tanete dan Suppa. Ketiga-tiga kerajaan ini berpendapat
bahawa alihkuasa itu berlainan dengan kandungan fasal 6 Perjanjian Bungaya
tahun 1667 yang bermakna bahawa orang-orang Eropah, kecuali Belanda,
dilarang berdagang di Makassar. Berdasarkan kepada pendapat itu, maka ketiga-
tiga kerajaan ini sentiasa menentang kuasa Inggeris di Sulawesi Selatan. Berlainan
dengan itu Gowa, Soppeng dan Sidenreng sentiasa menyokong kuasa Inggeris ke
atas Sulawesi Selatan. Ketiga-tiga kerajaan ini ingin mengambil peluang bagi
membebaskan kerajaannya daripada pengawalan kuasa Bone.

Sokongan Gowa, Soppeng dan Sidenreng terhadap kuasa Inggeris dapat


dilihat ketika Inggeris bersama ketiga-tiga sekutunya ini memerangi Arung Pone
di istana Bontoala pada 7 Jun 1814 yang tidak mahu menyerahkan kalompoang
kepada Gowa. Pasukan Inggeris bersama sekutunya berjaya mengalahkan Bone
dan pada masa itulah kalompoang diserahkan kepada Gowa.59 Selepas istana Bone
di Bontoala berjaya dikuasai oleh Inggeris dan sekutu-sekutunya, maka pasukan
Sidenreng dan Soppeng berusaha menyerang pasukan Bone yang bertahan di
pedesaan Maros. Serangan ini gagal, kerana Bone mendapat bantuan daripada
Tanete, Suppa dan Sawitto. Walaubagaimanapun peluang ini dipergunakan sebaik-
baiknya oleh Inggeris dan sekutu-sektunya bagi merebut dan menguasai
Pelabuhan Pare-pare yang selama ini di bawah penguasaan Bone. Pelabuhan ini
kemudian untuk disewakan sementara kepada Datu Sidenreng yang bernama La
Wawo.60

Penentangan Bone bersama sekutu-sekutunya iaitu Tanete, Suppa dan


Sawitto menyebabkan Inggeris tidak dapat mengawal semua daerah di Sulawesi
Selatan.Selain itu, Raja Belanda, William of Orange yang pada tahun 1795

59
A. Pompe, 1863. Geschiedenis der Nederlandsche Overzeesche Bezittingen.Kampel:
B.L van Dam, hlm. 301.
60
Sartono Kartodirdjo, dkk. 1973. Ikhtisar Keadaan Politik Hindia Belanda Tahun 1839-
1848. Jakarta: ANRI, Penerbitan Sumber-sumber Sejarah No. 5, 1973, hlm. 278
21

negaranya diduduki oleh Perancis melarikan diri ke Inggeris. Pada tahun itu, ianya
menyerahkan negaranya kepada Inggeris melalui Kew letters (surat-surat
Kew).61Pada tahun 1814 Belanda berusaha memperolehi semula wilayah
koloninya yang setakat itu diduduki oleh Inggeris melalui satu perundingan di
London. Perundingan ini diakhiri dengan satu perjanjian yang disebut Traktak
London pada 13 Ogos 1814. Melalui Traktat London pihak Inggeris menyatakan
bersedia menyerahkan semula jajahan Belanda yang telah dikuasainya, kecuali
Bengkulu.62

Penentangan Bone, Tanete, Suppa dan Sawitto terhadap Inggeris


menguatkan keyakinan Belanda bahawa kehadirannya semula ke atas Sulawesi
Selatan akan disambut baik oleh keempat-empat kerajaan ini. Harapan tinggal
harapan, keempat-empat kerajaan ini beranggapan bahawa persahabatan dengan
Belanda telah berakhir semasa Belanda menyerahkan kuasanya ke atas Sulawesi
Selatan kepada Inggeris. Alasan mereka, kerana sebelum penyerahan kekuasaan
itu pihak Belanda tidak berunding dengan kerajaan-kerajaan tempatan bagi
mencari jalan penyelesaian mengenai status mereka di bawah kuasa Inggeris. Oleh
itu, Belanda berusaha memahamkan semula kerajaan-kerajaan tempatan tentang
Perjanjian Bungaya yang pernah dipersetujui pada tahun 1667.63

Bagi membina semula kekuasaannya di Sulawesi Selatan yang telah


ditinggalkan oleh Inggeris dengan peta politik yang berubah, Soppeng dan
Sidenreng telah melepaskan kesetiaannya daripada Bone. Pada 4 Julai 1824
61
A. Malet dan J. Isaac. 1989.Revolusi Perancis 1789-1799. Jakarta: Gramedia, hlm. 107.
62
D.G.E. Hall. 1988. Sejarah Asia Tenggara. Surabaya: Usaha Nasional, hlm. 438. Pada
tahun 1824 Inggeris dan Belanda berkenan berunding bagi membahaskan pelbagai masalah yang
berlaku di Asia Tenggara. Dalam perundingan ini pihak Inggeris berkenan menyerahkan Bengkulu
kepada Belanda manakala Belanda juga berkenan menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Melaka
diduduki Belanda sejak tahun 1641 selepas mengalahkan Portugis.
63
Bagi raja-raja tempatan perjanjian bukan sahaja seseuatu yang mesti dipatuhi, tetapi
juga berhubungkait dengan seseiapa yang membuat perjanjian itu. Ketika seseorang raja mangkat,
maka semua perjanjian yang pernah dibuatnya tidak berlaku lagi, kecuali dilakukan pembaharuan
perjanjian oleh raja pengganti. Suriadi Mappangara. 1996. “Kerajaan Bone Abad XIX: Konflik
Kerajaan Bone – Belanda 1816-1860”. Yogyakarta: Tesis Magister. Program Pascasarjana
Universitas Gadjah Mada, hlm. 85.
22

Belanda menjemput kerajaan-kerajaan tempatan bagi memperbaharui Perjanjian


Bungaya tahun 1667. Pada 30 Julai perundingan diadakan di Makassar dengan
dihadiri oleh Karaeng Gowa, Datu Sidenreng, Datu Tanete, Sultan Buton, Karaeng
Sanrabone, Karaeng Binamu, Karaeng Bangkala dan Karaeng Laikang. Raja-raja
tempatan yang tidak hadir ialah Bone, Luwu, Soppeng, Suppa dan Balanipa, tetapi
mereka ini mengutus wakilnya sahaja. Dalam perundingan ini, wakil daripada
Arung Pone menuntut bahawa Bone ialah kerajaan merdeka dan kalau bersekutu
dengan Belanda, maka Bone mesti menjadi sekutu yang setara kedudukannya
dengan Belanda.64 Tuntutan Arung Pone tidak dapat diterima oleh Belanda, maka
tanpa kehadiran wakil Arung Pone pembaharuan Perjanjian Bungaya disahkan
pada 9 Ogos 1824. Kandungannya antara lain Belanda adalah pengawal daripada
persekutuan, tidak ada keistimewaan di antara ahli persekutuan, ahli persekutuan
menganggap musuh Belanda sebagai musuh mereka, ahli persekutuan dapat
melakukan perdagangan ke mana-mana sahaja setelah mendapat lesen daripada
Belanda dan membayar cukai pergi balik, Belanda boleh membangun benteng
pertahanan di mana sahaja sesuka hatinya, raja-raja daripada ahli persekutuan
tidak boleh mengutus surat dengan negara-negara asing dan tidak boleh menerima
utusan negara asing tanpa persetujuan Belanda serta Belanda boleh membantu
dalam hal pergantian raja.65

Kandungan perjanjian seperti yang disebutkan di atas tidak disetujui oleh


Bone, Tanete, Sawitto dan Suppa. Oleh itu, Belanda memerangi Tanete dan Suppa
bagi memaksa kedua-dua kerajaan ini menyetujui pembaharuan Perjanjian
Bungaya. Pada 13 Ogos 1824 Belanda bersama sekutunya iaitu Sidenreng
menyerang Suppa. Dalam peperangan ini Suppa dibantu oleh Sawitto, Alitta dan
Rappeng. Perang ini berlaku sehingga 5 September. Walaupun Belanda bersama

64

Suriadi Mappangara, . 1996. “Kerajaan Bone Abad XIX: Konflik Kerajaan Bone –
Belanda 1816-1860”. Yogyakarta: Tesis Magister. Program Pascasarjana Universitas Gadjah Mada,
hlm. 105-106.
65
Abdurrazak Daeng Patunru. 1989. Sejarah Bone. Ujungpandang: Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan,hlm. 241-243.
23

sekutunya tidak berjaya menaklukkan Suppa,66 tetapi daerah Parepare, Bacukiki,


Bojo, Palanro, Kupa dan Nepo yang berjaya direbut oleh Belanda diserahkan
kepada Sidenreng67 untuk menjadi palili-nya. Pada 11 Ogos 1825 Datu Suppa,
Datu Sawitto, Arung Alitta dan Arung Rappaeng tidak mahu menjadi palili
daripada Sidenreng datang ke Makassar bagi mencop dan mengesahkan Perjanjian
Bungaya yang diperbaharui.68

Pada tahun 1831 Datu Sidenreng yang bernama La Wawo mangkat dan
digantikan oleh cucunya yang bernama La Pangoriseng, kerana putera pertama La
Wawo yang bernama La Pasanrangi telah wafat dalam perang antara Sidenreng
dengan Sawitto pada tahun 1812. Pelantikan ini mendapat pengawalan daripada
Belanda,69 kerana banyak bangsawan Sidenreng yang tidak setuju pelantikan La
Pangoriseng. Pada hakikatnya Majlis Adat Sidenreng mengingini La Patongai
menjadi Datu Sidenreng, kerana beliau yang telah diamanahkan oleh datuknya, La
Wawo, untuk menggantinya setelah beliau mangkat.70 Mengapa La Patongai yang
diamanahkan oleh La Wawo, kerana sesuai dengan adat resam sama ada anak
lelaki pertama atau anak perempuan pertama yang boleh menggantikan raja yang
mangkat. La Potangai ialah putera pertama daripadaLa Pasanrangi daripada isteri
pertamanya yang bernama We Mudari, sedangkan La Pangoriseng ialah putera
pertama daripada La Pasanrangi daripada isteri keduanya yang bernama We Noba.
Perang saudara tidak dapat dielakkan. La Patongai disokong oleh Wajo dan

66
Penjelasan lebih mendalam mengenai perang yang berlaku di Suppa pada tahun 1824
dapat dibaca dalam beberapa sumber. H. de Strues. 1854. “De Expeditie tegen Tanete en Soeppa in
1824”. Dlm. TNI, Volume 59, hlm. 381-389.
67
D.F. van Braam Morris. 1893. “Nota van Toelichting op het Contract, Gesloten met het
Landschap Soeppa (Adjatapparang)”. Dlm. TBG, JilidXXXVI, hlm. 204.
68
D.F. van Braam Morris. 1893. “Nota van Toelichting op het Contract, Gesloten met het
Landschap Soeppa (Adjatapparang)”. Dlm. TBG, JilidXXXVI, hlm. 212.
69
Belanda menyokong La Pangoriseng menjadi Datu Sidenreng, kerana beliau yang
datang ke Makassar menyatakan kesetiannya kepada Belanda. Lontara Addatuang Sidenreng, hlm.
70.
70
Lontara’ Addatuang Sidenreng, hlm. 48 dan 69.
24

Soppeng,71 sedangkan La Pangoriseng disokong oleh Belanda.72 La Pangoriseng


ingin menjadikan Sidenreng sesebuah kerajaan yang kuat. Oleh itu, dia meminta
kerajaan-kerajaan di Ajatappareng membantu memperkuat persekutuan semula.
Permintaan ini tidak disambut baik oleh semua kerajaan persekutuan
Ajatappareng, kerana masih mengingati sokongan Sidenreng kepada Belanda bagi
menaklukkan Suppa pada tahun 1824.

Pada tahun 1859 Belanda melakukan ekspedisi tentera ke Bone. Askar-


askar Bone melakukan tentangan yang kuat dibawah pimpinan Arung Pone yang
bernama We Tenriawaru Besse Kajuara yang menggantikan suaminya, La
Parenrengi, yang mangkat setahun sebelumnya. Besse Kajuara bersama petta
ponggawae73 yang bernama La Cibu74 tidak mampu mempertahankan
kekuasaannya, istana Bone akhirnya diduduki oleh Belanda. Singkeru Rukka
ialah seorang bangasawan tinggi Bone yang membangkan terhadap kekuasaan
We Tenriawaru Besse Kajuara menggunakan peluang ini bagi bersekutu dengan
Belanda. Selepas perang, Belanda memaksa Majlis Ade’ Pitu Bone melantik
Singkeru Rukka menjadi Arung Pone bagi menggantikan We Tenriawaru Besse

71
Wajo dan Soppeng adalah asal leluhur daripada datokLa Patongai, bahkan pada masa
perang ini berlaku La Patongai telah pula dilantik menjadi Datu Lompulle, sebuah kerajaan palili
daripada Soppeng. Lontara’ Addatuang Sidenreng, hlm. 47-48.
72
Mengenai pelantikan La Pangoriseng menggantikan La Wawo menjadi Datu Sidenreng
dan perang saudara antara La Pangoriseng dengan La Patongai diceriterakan dalam sumber
lontara’. Lontara’ Addatuang Sidenreng, hlm. 48-70.
73
Petta ponggawae adalah istilah yang digunakan bagi Panglima Perang Bone.
74
La Cibu ialah Datu Sawitto dan juga petta ponggawae di Bone. Ayahnya ialah Datu
Sawitto yang bernama La Kuneng. Dari isterinya yang bangsawan tinggi Bone yang bernama We
Madellu, La Kuneng dianugerahi lapan orang anak. Saudara perempuan La Cibu yang bernama
We Madika Daeng Matang berkahwin dengan bangsawan tinggi Bone yang bernama La
Tenrisukki Arung Kajuara. Perkahwinan ini melahirkan We Tenriawaru Besse Kajuara. Lontara’
Akkarungeng Sawitto, hlm. 29-31. We Tenriawaru Besse Kajuara melantik La Cibu menjadi petta
ponggawae Bone. Oleh itu, walaupun pada masa itu La Cibu menjawat Datu Sawitto, tetapi ianya
lebih banyak menghabiskan masanya di Bone bagi membantu Arung Pone. D.F. van Braam
Morris. 1893. “Nota van Toelichting op het Contract Gesloten met het Landschap Sawietto
(Adjataparang) op den 30 October 1890”. Dlm. TBG, Jilid XXXVI, hlm. 229-230.
25

Kajuara. Selepas meninggalkan istana Bone, mula-mula Besse Kajuara berpindah


ke Passempe kemudian berpindah ke Supppa.75

Pada tahun 1870 La Cibu digantikan oleh puterinya yang bernama We


Pasulle Daeng Bulaeng menjadi Datu Sawitto. We Pasulle berkahwin dengan
Arung Pattojo yang bernama La Pallawagau pada tahun 1859. Pada masa perang
antara Bone dengan Belanda pada tahun 1859-1860, La Pallawagau menjadi petta
ponggawae Bone dan sentiasa menyokong mertuanya iaitu La Cibu. Pada tahun
1886 We Pasulle mangkat dan Majlis Adat Sawitto secara mufakat melantik La
Pallawagau menggantikan isterinya pada tahun itu. Lebih kurang empat tahun
memerintah di Sawitto, dalam usia 70 tahun dia berpindah ke kerajaan asal
daripada ayahandanya iaitu Pammana, sesebuah kerajaan palili daripada Wajo.76

Pada November 1846 pemerintah Belanda mengubah jawatan Gouverneur


van Makassar (Gabenor Makassar) menjadi Gouverneur van Celebes en
Onderhoorigheden (Gabenor Sulawesi dan Sekitarnya).77 Polisi ini ditentang oleh
raja-raja tempatan kerana polisi ini adalah keputusan sepihak oleh Belanda,
sebelumnya raja-raja tempatan tidak diminta pendapat mereka. Raja-raja tempatan
menafsirkan polisi ini bahawa secara sepihak Belanda memasukkan kerajaan
mereka ke dalam wilayah kekuasaan Pemerintah Belanda, walaupun perundingan
kedua-dua belah pihak tentang perkara itu tidak pernah dilakukan. Perlawanan
raja-raja tempatan semakin hebat setelah tahun 1873 Belanda memperkenalkan
satu polisi baharu yang berkaitan dengan larangan import dan eksport senjata
perang dalam wilayah Sulawesi Selatan. Pada tahun 1900 Belanda
memperkenalkan lagi satu polisi baharu bahawa semua pelabuhan di Sulawesi

75
Mengenai perang antara Bone dengan Belanda pada tahun 1859-1860 dapat dibaca
dalam beberap sumber. Suriadi Mappangara. 1996. Kerajaan Bone. Ujungpandang: Yayasan
Kebudayaan Sulawesi Selatan, hlm. 198-205.
76
D.F. van Braam Morris. 1893. “Nota van Toelichting op het Contract Gesloten met het
Landschap Sawietto (Adjataparang) op den 30 October 1890”. Dlm. TBG, Jilid XXXVI, hlm. 230-
231.
77
Daud Limbugau. 1985. “Terbentuknya Wilayah Administrasi Pemerintah Hindia
Belanda di Sulawesi Selatan 1824-1874”. Tesis Magister. Universitas Gadjah Mada, hlm. 69.
26

Selatan diwajibkan membayar cukai import, eksport dan cukai pelabuhan kepada
Belanda.78 Semua polisi ini ditentang oleh raja-raja tempatan kerana merugikan
pihak kerajaan merdeka menjadi kerajaan yang dikuasai oleh Belanda. Bagi
menghadapi pembangkangan kerajaan-kerajaan tempatan, maka pada Januari
1905 Belanda menjalankan satu program politik yang mereka namakan pacificatie
politiek (politik perdamaian). Program politik perdamaian ini dijalankan bagi
memaksa raja-raja tempatan mengesahkan korte verklaring (pernyataan pendek)
yang mengandungi bahawa wilayah kekuasaan kerajaan-kerajaan tempatan
menjadi milik Pemerintah Belanda yang dipinjamkan kepada raja-raja tempatan.79

1.3 PERMASALAHAN PENELITIAN

Daripada beberapa fakta sejarah di atas, maka permasalahan kajian adalah


mengapa kerajaan-kerajaan di Ajatappareng yang dipilih menjadi fokus kajian.
Adakah keunikan yang dimiliki oleh kelima-lima kerajaan di Ajatappareng yang
berbeza dengan kerajaan-kerajaan Bugis lainnya di Sulawesi Selatan? Bagaimana
kelima-lima kerajaan di Ajatappareng dapat diletakkan dalam sistem politik di
Sulawesi Selatan?

Bagaiamana sistem pentadbiran dalam kerajaan-kerajaan di Ajatappareng


dapat dijelaskan. Persoalan-persoalan yang akan dikupas adalah pertamanya
jawatan-jawatan apakah sahaja yang wujud di dalam sistem kerajaan pusat.
Bagaimana jawatan-jawatan itu berperanan dan saling berhubungan satu dengan
yang lainnya. Bagaimana sistem perhubungan antara kerajaan pusat dengan
kerajaan bawahan atau palili. Mengapa kerajaan bawahan atau palili dibahagi ke
78
Edward L. Poelinggomang. 2002. Makassar Abad XIX: Studi tentang Kebijakan
Perdagangan Maritim. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia, hlm. 84.
79
Pemerintah Propinsi Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan. 1991. Sejarah Perkembangan
Pemerintahan Departemen Dalam Negeri di Propinsi Daerrah Tingkat I Sulawesi Selatan.
Ujungpandang: Pemerintah Propinsi Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan, hlm. 174-175.
27

dalam tiga jenis sahaja. Peranan apa yang membezakan antara satu kerajaan
bawahan atau palili dengan kerajaan bawahan atau palili lainnya.

Dalam perkara politik, persoalan utama yang akan dikaji adalah


bagaimana hubungan antara kerajaan-kerajaan di Ajatappareng dengan kerajaan-
kerajaan tempatan lainnya di Sulawesi Selatan. Kajian ini akan membuat analisis
terhadap hubungan saudara mara antara bangsawan-bangsawan di Ajatappareng
dengan bangsawan-bangsawan di kerajaan tempatan lainyang wujud di Sulawesi
Selatan. Analisis kajian terhadap hubungan saudara mara ini penting bagi melihat
adakah terdapat hubungan kaitan antara hubungan saudara mara dengan politik
yang berlaku dalam kerajaan-kerajaan di Ajatappareng. Selain itu, hubungan
antara kerajaan-kerajaan di Ajatappareng dengan kerajaan-kerajaan tempatan
lainnya di Sulawesi Selatan perlu dianalisis sama ada dalam hubungan kerjasama
ataupun hubungan berkonflik. Hubungan antara kerajaan-kerajaan di
Ajatappareng dengan kerajaan-kerajaan tempatan lainnya di Sulawesi Selatan
perlu dianalisis bagi melihat bagaimana bentuk hubungan mereka sebelum adanya
pengaruh kuasa asing sama ada Inggeris ataupun Belanda.

Kuasa Inggeris di Sulawesi Selatan meskipun singkat iaitu dari tahun 1812
sehingga tahun 1816, tetapi secara politik kuasa Inggeris telah merubah peta
politik yang berlaku di Sulawesi Selatan. Sebelum kedatangan kuasa Inggeris,
Bone muncul sebagai satu-satunya kuasa utama di Sulawesi Selatan. Masa
Inggeris berkuasa, Gowa, Soppeng dan Sidenreng menjadi penyokong utama
kuasa Inggeris di Sulawesi Selatan, tetapi Suppa, Sawitto dan Tanete tetap setia
kepada Bone dalam penentangannya terhadap kuasa Inggeris di Sulawesi Selatan.
Persoalannya adalah mengapa peta politik ini berubah. Apakah faktor-faktor
penyebab Gowa, Soppeng dan Sidenreng menyokong kuasa Inggeris. Apakah
faktor-faktor penyebab Tanete, Suppa dan Sawitto masih tetap setia kepada Bone.
Persoalan utama adalah mengapakah Bone menentang kuasa Inggeris di Sulawesi
Selatan.
28

Pada tahun 1824 Belanda memperkenalkan satu sistem politik baharu di


Sulawesi Selatan. Sistem politik yang diperkenalkan ialah kerajaan-kerajaan
tempatan memiliki status yang sama. Oleh itu, Belanda mencadangkan tidak ada
perbezaan status politik antara semua kerajaan tempatan. Namun usul ini
ditentang oleh Bone, kerana pembaharuan ini akan membatalkan status Bone
sebagai pemegang hak mutlak yang diberikan oleh Belanda selepas Perang
Makassar (1666-1669) dalam mengatur kuasa politik di Sulawesi Selatan.
Penentangan Bone terhadap Belanda mendapat sokongan dari Tanete, Suppa dan
Sawitto. Sidenreng yang berjiran dengan Sawitto menjadi penyokong setia
Belanda. Keadaan ini semakin mengekalkan Sidenreng sebagai salah satu
kerajaan tempatan yang ingin tampil sebagai kerajaan yang diutamakan dalam
percaturan politik di Sulawesi Selatan. Persoalannya adalah bagaimana
menganalisis impak politik yang disebabkan daripada sistem politik yang
dicadangkan oleh politik Belanda tersebut dapat dilaksanakan. Seterusnya
persoalan utama kajian ini akan menganalisis perbezaan sikap politik kerajaan-
kerajaan tempatan terhadap kuasa Belanda dan akhirnya meletakkan kerajaan-
kerajaan di Ajatappareng ke dalam rangka peta politik yang berubah itu.

Bermula dari tahun 1824 sehingga tahun 1860-an Belanda berjaya


memaksa kerajaan-kerajaan tempatan di Sulawesi Selatan bagi takluk ke bawah
kuasa Belanda. Keadaan ini membawa kepada raja-raja tempatan sentiasa mencari
peluang untuk keluar dari status bawahan daripara kuasa Belanda. Salah satu
peluang yang sering digunakan adalah perbezaan pentafsiran terhadap perjanjian
politik yang telah dipersetujui antara Belanda dengan raja-raja tempatan.
Persoalannya adalah mengapa terjadi perbezaan pentafsiran terhadap perjanjian
politik yang telah dipersetujui. Perbezaan pentafsiran ini membawa kepada
konflik yang berterusan antara Belanda dengan kerajaan-kerajaan tempatan di
Sulawesi Selatan. Keadaan ini membawa kepada Belanda mencuba untuk
mencabar kekuasaan politik bagi menaklukkan kerajaan-kerajaan tempatan
dengan bantuan pasukan tentera yang berasal dari Jawa. Dalam hubungan ini
kajian ini akan membuat analisis mengapa kerajaan-kerajaan tempatan tidak dapat
29

melakukan kerjasama yang kuat di antara mereka bagi menghadapi pasukan


Belanda. Perlu juga sebuah kajian tentang analisis mengapa hanya dalam masa
lebih kurang dua tahun sahaja (1905-1906) kerajaan-kerajaan tempatan di
Sulawesi Selatan dapat ditakluki oleh Belanda.

1.4 OBJEKTIF PENELITIAN

Hubungan kekuasaan dan konflik yang berlaku di antara kerajaan-kerajaan


tempatan dan kuasa Inggeris serta Belanda perlu dikaji dari pelbagai aspek yang
berkaitan dengan latar belakang proses, perkembangan dan perubahan yang
berlaku pada setiap masa terjadinya konflik. Oleh sebab belum ada kajian ilmiah
yang sebelumnya tentang hubungan kekuasaan dan konflik tersebut, maka kajian
ini secara khas turut memberi perhatian kepada aspek sosio budaya sebagai punca
terjadinya hubungan kekuasaan dan konflik. Leonard Y Andaya mengatakan
bahawa faktor siri80 dan passe81 menjadi punca mengapa Arung Palakka membina
kerja sama dengan Belanda bagi menaklukkan Kerajaan Gowa.82 Manakala
Rahilah Omar mengatakan bahawa salah satu cara yang digunakan I Sangkilang
Batara Gowa dalam gerakan perlawanannya terhadap Belanda iaitu ianya
menjelaskan baik kepada masyarakat maupun kepada kaum bangsawan bahawa
dirinya ialah Karaeng Gowa yang pulang dari pengasingan bagi merebut
kekuasaan di Gowa.83 Arung Palakka ialah tokoh dari Bone daerah utama orang

80
Siri sentiasa berhubung-kaitan dengan konsep budaya. Siri merupakan kewajiban
budaya terhadap setiap anggota masyarakat penyokongnya untuk mempertahankan kesucian adat
tata kelakuan demi tata tertib kehidupan masyarakat. Mukhlis. 1986.“Landasan Kultural dalam
Pranata Sosial Bugis Makassar”. Dlm. Mukhlis.Dinamika Bugis Makassar. Ujungpadang:
Diterbitkan untuk Pusat Latihan Penelitian Ilmu-Ilmu Sosial, hlm. 21.
81
Pesse ialah siri yang meluas. Oleh itu, pesse sentiasa mengikut pada siri. Rahman
Rahim. 1992. Nilai-Nilai Utama Kebudayaan Bugis. Ujungpadang: Hasanuddin University Press,
hlm. 174. Pesse dapat menjadi motivasi bagi menimbulkan solidariti yang kuat dalam masyarakat.
Mattulada. 1995. Latoa: Satu Lukisan Analitis terhadap Antropologi Politik Orang Bugis.
Ujungpadang: Hasanuddin University Press, hlm. 63.
82
Leonard Y. Andaya. 2004. Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad
ke17. Makassar: Ininnawa.
83
Rahilah Omar. 2003. “The History of Bone A.D. 1775-1795: The Diary of Sultan
Ahmad as-Salleh Syamsuddin”. Tesis Ph.D. University of Hull.
30

Bugis dan I Sangkilang Batara Gowa ialah tokoh dari Gowa daerah utama orang
Makassar. Kedua-dua tokoh ini menggunakan aspek sosio budaya dalam
berkonflik dengan musuhnya.

Kerajaan-kerajaan yang tergabung dalam persekutuan Ajatappareng


memiliki sistem pentadbiran yang unik. Di peringkat kerajaan pusat terdapat
jawatan-jawatan yang disesuaikan dengan keunikan kerajaan-kerajaan di
Ajatappareng yang berteraskan kepada pertanian. Kerajaan pusat pula terdapat
majlis adat yang anggotanya terdiri daripada penguasa-penguasa dari kerajaan
palili passeajingeng dan pabicara. Ini adalah salah satu keunikan kerajaan-
kerajaan di Ajatappareng, kerana hanya penguasa dari palili passeajingeng yang
dapat menjadi anggota majlis adat, sedangkan penguasa dari palili lainnya tidak
berhak menjadi anggota majlis adat. Ada tiga jenis palili dalam kerajaan-kerajaan
di Ajatappareng iaitu palili passeajingeng, palili bassi dan palili no’e rakkalana.
Perbezaan nama palili membawa kepada perbezaan peranan dan kewajiban atau
kasuwiyang kepada kerajaan pusat. Pentadbiran kekuasaan di kerajaan bawahan
atau palili adalah autonomus. Hubungkait di antara kerajaan pusat dengan
kerajaan palili perlu dianalisis bagi mengenal sistem politik yang berlaku dalam
kerajaan-kerajaan di Ajatappareng.

Kerajaan-kerajaan di Ajatappareng dalam melakukan hubungan dengan


kerajaan-kerajaan tempatan, khasnya dengan kerajaan jirannya, kadang-kadang
melakukan dasar sama ada bekerjasama ataupun berkonflik. Bekerjasama atau
berkonflik dengan kerajaan-kerajaan tempatan lainnya bergantung kepada
kedinamikan politik semasa yang berlaku. Pada awal abad ke-19 Sidenreng ingin
melepaskan diri daripada pengaruh kekuasaan Bone dengan berusaha memperluas
pengaruh kekuasaannya ke kerajaan-kerajaan jiran. Sawitto adalah salah satu
kerajaan yang menjadi sasaran penaklukan daripada Sidenreng. Di atas sokongan
Suppa akhirnya Sawitto berjaya memenangi peperangan yang berlaku pada tahun
1812. Hubungan antara kerajaan-kerajaan di Ajatappareng dengan kerajaan-
kerajaan tempatan lainnya sebelum adanya pengaruh kuasa asing sama ada
31

Inggeris atau Belanda perlu dianalisis bagi mendapat pemahaman baharu tentang
hubungan bekerjasama atau berkonflik di antara kerajaan-kerajaan tempatan.

Sepanjang abad ke-19 kekuasaan Inggeris dan Belanda di Sulawesi


Selatan membawa kepada perubahan peta politik dibandingkan daripada peta
politik yang berlaku pada abad ke-18. Suppa dan Sawitto sentiasa menunjukkan
perlawanannya terhadap dua kuasa asing itu sama ada kepada Inggeris ataupun
kepada Belanda, sedangkan Sidenreng sentiasa menyokong kedua-dua kuasa asing
itu. Salah satu faktor yang menyebabkan Suppa dan Sawitto sentiasa menentang
kuasa asing adalah kerana Inggeris dan Belanda sentiasa merancangkan hubungan
kekuasaan yang tidak seimbang antara penguasa asing dengan penguasa kerajaan-
kerajaan tempatan. Kerajaan-kerajaan tempatan mesti taat kepada undang-undang
yang dicadangkan oleh kedua-dua kuasa asing itu. Kedua-dua kuasa asing itu juga
ingin campur tangan dalam semua perkara politik yang berlaku di kerajaan-
kerajaan tempatan. Hubungan antara kerajaan-kerajaan di Ajatappareng dengan
kedua-dua kuasa asing sama ada Inggeris ataupun Belanda perlu dianalisis bagi
memperoleh pemahaman tentang sistem politik yang dijalankan oleh kedua-dua
kuasa asing itu ke atas kerajaan-kerajaan tempatan. Dalam perkara ini
persoalannya adalah terdapatnya sistem politik yang berbeza yang dijalankan
antara Inggeris dan Belanda ke atas kerajaan-kerajaan tempatan di Sulawesi
Selatan.

1.5 SKOP PENELITIAN

Mengingat masa yang sangat panjang kewujudan kerajaan-kerajaan di


Ajatappareng di Sulawesi Selatan dan sumber yang terhad, maka kajian mengenai
sejarah politik yang berlaku ke ata kerajaan-kerajaan di Ajatappareng yang akan
dikaji adalah bermula dari tahun 1812 sehingga tahun 1906. Tahun 1812 diambil
sebagai masa awal kajian adalah kerana pada tahun ini terdapat banyak peristiwa
dan kejadian yang berlaku dalam kerajaan-kerajaan di Ajatappareng. Pada masa
yang sama juga Sawitto berkonflik dengan Sidenreng dan selepas itu Suppa dan
32

Sawitto berkonflik pula dengan kuasa Inggeris. Pada masa konflik ini berlaku,
Sidenreng sentiasa menyokong kuasa Inggeris.

Tahun 1824 adalah masa awal usaha Belanda membaharui kekuasaannya


di Sulawesi Selatan. Usaha itu dilakukan oleh Belanda dengan menjemput semua
raja tempatan bagi memperbaharui Perjanjian Bungaya tahun 1667. Beberapa
fasal yang dicadangkan oleh Belanda dianggap oleh beberapa kerajaan tempatan
akan merugikan mereka. Oleh itu Bone, Suppa, Sawitto dan Tanete telah
menentang cadangan Belanda tersebut. Pada akhir 1824 Belanda yang dibantu
oleh Sidenreng menyerang Suppa dan pada masa yang sama pula Suppa dibantu
oleh Sawitto, Rappeng dan Alitta.

Pada tahun 1905-6 Belanda dengan bantuan pasukan dari Jawa berusaha
memperluas wilayah kekuasaannya di Nusantara khasnya wilayah-wilayah di luar
Jawa yang masih belum juga dikuasai sepenuhnya. Di Sulawesi Selatan kerajaan
yang melakukan penentangan telah ditakluki oleh Belanda terutamanya Bone dan
Sidenreng yang telah dikuasai oleh Belanda pada tahun1905, Gowa pada 1906
dan Sawitto pada 1906. Selepas perang penaklukan ini Belanda mula menjalankan
sistem pemerintahan penjajahannya di Sulawesi Selatan dengan meletakkan
pemerintahan Belanda sebagai pengawal bagi pemerintahan tempatan.

Kawasan kajian ini lebih difokuskan pada lima kerajaan yang tergabung ke
dalam persekutuan Limae Ajatappareng. Pada masa kini kerajaan-kerajaan ini
menggabung dalam dua kabupaten dan satu bandar iaitu Kabupaten Pinrang,
Kabupaten Sidenreng Rappeng dan Bandar Pare-pare. Walaubagaimana kajian
tentang politik yang berlaku dalam kerajaan-kerajaan di Ajatappareng tidak dapat
dilakukan tanpa melihat perkembangan politik yang berlaku di Sulawesi Selatan
pada umumnya.

1.6 PENELITIAN TERDAHULU


33

Beberapa sarjana telah mengkaji tentang budaya politik Bugis di Sulawesi Selatan
diantaranya ialah Mattulada,84 Heddy Shri Ahimsa Putra85 dan Shelly Errington.86
Mattulada telah mengkaji satu manuskrip tempatan yang bertajuk “Latoa”.
Manuskrip ini menjelaskan bagaimana cara orang Bugis menjalankan
pemerintahan dan kekuasaan. Manuskrip ini juga menjelaskan asas-asas yang
boleh dipergunakan bagi seorang raja untuk menjayakan kerajaan. Lebih khas
Heddy melihat bahawa karisma politik seorang bangasawaan di Sulawesi Selatan
manakala sistem kerajaan masih berlaku adalah mengamati seberapa banyak
orang yang menjadi pengikut yang setia kepadanya. Hubungan antara seorang
bangasawan, yang mungkin sahaja seorang penguasa atau bangsawan bukan
penguasa, dengan para pengikutnya oleh Heddy disebut sebagai salah satu bentuk
hubungan patron-client yang pernah berlaku di Sulawesi Selatan.

Manakala Heddy menyebutkan hubungan patron-client sebagai faktor yang


penting dikaji dalam menghuraikan sistem politik Bugis, maka Errington
berpendapat bahawa untuk memahami dinamika politik yang pernah belaku di
Sulawesi Selatan harus diasaskan kepada pemahaman mengenai bentuk dan
dinamika dalaman yang terjadi pada kelompok sosial politik yang wujud dalam
sistem status-lambang yang berhubungkait kepada kepentingan semua pihak,
amnya terdapat dalam sistem perkahwinan yang membolehkan poligami 87 bagi
lelaki dan pensyaratan hipergami88 bagi wanita. Errington memaksudkan

84
Mattulada. 1995. Latoa: Satu Lukisan Analitis terhadap Antropologi Politik Orang
Bugis. Ujungpandang: Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin.
85
Heddy Shri Ahimsa Putra. 1988. Minawang: Hubungan Patron Klien di Sulawesi
Selatan. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
86
Shelly Errington. 1989. “Tempat Benda-benda Pusaka di Luwu”. Dlm. Lorraine Gesick.
Pusat, Simbol, dan Hirarki Kekuasaan: Esai-esai tentang Negara-negara Klasik di Indonesia.
Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
87
Poligami adalah amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama.
Hajah Noresah bt. Baharom (ketua editor). 2010. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1222.
88
Hipergami adalah adat berkahwin dalam sistem kasta yang mengharuskan seorang gadis
berkahwin dengan seorang lelaki daripada kastanya atau dengan lelaki daripada kasta yang lebih
tinggi. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.
1995. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Cet. keempat. Jakarta: Balai Pustaka, hlm. 353.
34

kelompok-kelompok sosial itu sebagai kumpulan pengabdian kepada para


pemimpin mereka atau lebih tepat disebut sebagai kelompok pengabdi kepada
kualiti yang lebih unggul yang diyakini sebagai ciri khas yang terdapat dalam diri
para bangsawan atau pemimpin.

Selanjutnya Errington menghuraikan bahawa salah satu cara yang umum


digunakan orang-orang Bugis untuk menghuraikan keberjayaan atau ketidak-
berjayaan seorang pemimpin adalah tingkah lakunya yang khas, sikap hormat
yang nampak atau tidak nampak adalah dengan cara memperlihatkan tingkatan
darah putih yang dimiliki orang itu. Dirasakan bahawa kedudukan orang tersebut
dengan tenaga kekuatan spritual yang besar, yang dapat merupakan sesuatu ciri
orang dengan tingkatan darah putih yang tinggi, akan menimbulkan sikap hormat.
Jika secara konsisten tidak demikian, maka akan ada anggapan bahawa orang itu
tidak memiliki tingkatan darah putih yang tinggi seperti anggapannya atau
pengawalan diri yang dimiliki orang itu, dengan demikian penguasaan terhadap
orang lain kurang sempurna dan tidak setaraf untuk pangkat atau status yang
dimilikinya sejak lahir itu.

Sumber-sumber tempatan yang disebut lontara’ menjelaskan bahawa


umumnya kerajaan-kerajaan di Sulawesi Selatan ditubuhkan pada abad ke-14.
Andi Zainal Abidin Farid89 menggunakan sumber lontara’ yang bertajuk “Lontara’
Sukkuna Wajo” dalam menulis tentang awal mula Wajo sehingga abad ke-16.
Pada mulanya Wajo ialah sesebuah unit politik kecil yang kemudian bersekutu
dengan unit-unit politik jirannya baik melalui diplomasi, perkahwinan dan
berkonflik. Andi Zainal juga menjelaskan tentang konflik antara Wajo dengan
Luwu dan konflik antara Wajo dengan Sidenreng.

89
Andi Zainal Abidin Farid. 1985. Wajo Abad XV-XVI: Suatu Penggalian Sejarah
terpendam Sulawesi Selatan dari Lontara. Bandung: Alumni.
35

Ian Caldwell90 menulis tentang Bugis abad ke-14 sehingga mula abad ke-
17. Ian menggunakan sepuluh manuskrip lontara’. Ian menghuraikan bahawa
banyak atau sedikit jumlah pengikut tidak hanya milik bangsawan di kerajaan-
kerajaan besar, tetapi para bangsawan di kerajaan-kerajaan kecil juga memiliki
cara yang khas untuk memperoleh pengikut, dan kadang unit politik mereka
bersifat independen. Ian juga menghuraikan secara tegas bahawa status
kebangsawanan adalah berhubungkait dengan kekuatan dan pengaruh politik.
Dalam perkara ideologi, kualiti seseorang yang diperlukan dalam kepemimpinan
adalah hasilnya, bukan penyebabnya sehingga seseorang itu memiliki status yang
demikian itu. Ini tidak bermakna bahawa prestasi individu tidak memainkan
peranan penting dalam seleksi kepemimpinan dalam pergantian penguasa atau
raja. Secara umum di Sulawesi Selatan kekerabatan bersifat bilateral dan ini jelas
dihuraikan secara terperinci dalam banyak manuskrip tempatan yang
mendeskripsikan salasilah raja-raja. Dalam manuskrip tentang salasilah ini boleh
difahami bahawa salah satu dari ananda pentadbir, lelaki ataupun perempuan
boleh dipilih untuk mengganti ayahandanya atau ibundanya.

Stephen C. Druce91 telah menulis satu buku terbaik bagi mengkaji secara
khas lima kerajaan yang tergabung dalam persekutuan Limae Ajatappareng.
Sumber utama yang digunakan oleh Stephen ialah manuskrip tempatan yang
disebut lontra’ dan tradisi lisan. Stephen menghuraikan letak geografi masing-
masing kerajaan mengikut pada aliran sungai, gunung dan dataran rendah yang
menjadi lahan padi sawah di masing-masing kerajaan di Ajatappareng.
Pendekatan geografi sangat menolong Stephen dalam menghuraikan sistem politik
dan utamanya sistem ekonomi tradisional kerajaan-kerajaan di Atajappareng.

Leonard Y. Andaya92 telah menulis satu buku terbaik bagi melihat sejarah
politik di Sulawesi Selatan abad ke-17. Andaya menghuraikan percaturan politik
90
Ian Caldwell. 1988. “South Sulawesi A.D. 1300-1600: Ten Bugis Texts”. Tesis Ph.D.
Australian National University.
91
Stephen C. Druce. 2009. The Lands West of the Lakes: a History of the Ajatappareng
Kingdoms of South Sulawesi 1200 to 1600 CE. Leiden: KITLV.
36

dan perubahan peta politik di Sulawesi Selatan selepas Perang Makassar tahun
1666-1669. Gowa yang berjaya sebelum perang tampil sebagai satu-satunya
kerajaan yang mengawal politik di Sulawesi Selatan, kini telah “hancur” dan
kedudukan pengaruh politiknya digantikan oleh Bone yang diberi hak-hak politik
yang khas oleh Belanda, sehingga dalam banyak hal tampil "lebih leluasa"
mengatur sistem politik baharu di Sulawesi Selatan. Selain itu, Andaya juga
menghuraikan usaha-usaha Belanda bagi memonopoli perdagangan di Makassar,
demikian juga penetapan banyaknya cukai yang wajib diserahkan oleh raja-raja
tempatan kepada Belanda.

Perhatian yang berlebihan oleh Andaya kepada peranan Arung Palakka


menyebabkan tokoh ini kelihatan tanpa cacat dan selalu benar dalam tindakan-
tindakannya. Pada hal jelas bahawa selepas Perang Makassar Arung Palakka tidak
hanya memerangi lawan-lawannya, tetapi juga menyuruh pasukannya membunuh
Todani Arung Bakke. Tokoh ini ialah kawan seperjuangan Arung Palakka sebelum
dan selama Perang Makassar berlaku. Membaca karya Andaya ini boleh menyalah
tafsirkan bahawa kehidupan politik di Sulawesi Selatan hanya boleh hadir satu
tokoh dalam satu masa.

Memasuki abad ke-18 ada dua hasil penyelidikan tentang sejarah politik
Sulawesi Selatan iaitu karya daripada Mukhlis 93 dan Rahilah Omar.94 Mukhlis
memfokuskan penyelidikannya tentang gerakan Batara Gowa I Sangkilang (1776-
1785). Pada bahagian awal laporannya dijelaskan tentang struktur pemerintahan
Gowa dan tentang pola pendistribusian kekuasaan di Gowa. Mukhlis juga
menjelaskan tentang campur tangan Belanda dan konflik perlembagaan di Gowa
pada masa Belanda berkuasa di Sulawesi Selatan. Selain itu, dihuraikan juga
92
Leonard Y. Andaya. 2004. Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan Abad ke-
17. Makassar: Ininnawa.
93
Mukhlis Paeni, dkk. 2002. Batara Gowa: Messianisme dalam Gerakan Sosial di
Makassar. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
94
Rahilah Omar. 2003. “The History of Bone A.D. 1775-1795: The Diary of Sultan
Ahmad as-Salleh Syamsuddin”. Tesis Ph.D. University of Hull.
37

tentang kuasa Inggeris menyelesaikan konflik dalaman di Gowa, dengan cara


menyokong Gowa dan memerangi Bone untuk memaksa mengembalikan
kalompoang kepada Karaeng Gowa.

Rahilah Omar telah menghuraikan usaha-usaha yang dilakukan oleh I


Sangkilang untuk memperoleh sokongan dari bangsawan Gowa. Cara yang
dilakukan I Sangkilang memperoleh sokongan adalah dengan memaklumatkan
dirinya sebagai Batara Gowa Amas Madina, Karaeng Gowa yang berkuasa pada
tahun 1753-1767. Dalam maklumat itu I Sangkilang menghuraikan tentang
hubungan saudara mara yang menghubungkaitkan dirinya dengan penguasa Gowa
dan penguasa Bone.
Hubungkait saudara mara antara I Sangkaling dengan bangsawan tinggi
Gowa dan bangsawan tinggi Bone sememangnya perlu dilakukan oleh I
Sangkilang dalam usahanya memperoleh sokongan baik dari kalangan rakyat
pedesaan mahupun dari kalangan elit bangsawan. Mengapa demikian, kerana
dalam sistem politik di Sulawesi Selatan pada masa itu yang berlaku adalah
sesiapa yang memiliki status kebangsawanan paling tinggi atau darah putihnya
paling murni, maka dia boleh dipastikan akan memperoleh sokongan baik dari
kalangan rakyat mahupun dari kalangan elit bangsawan. Jumlah pengikut selain
menentukan tingkat pengaruh politik dalam masyarakat juga sangat menentukan
tingkat kebangsawanan atau kemurnian darah kebangsawanan yang dimiliki oleh
seseorang.

Sejarah politik Sulawesi Selatan pada abad ke-19 telah dikaji oleh
beberapa sarjana tempatan. Suriadi Mappangara95 lebih fokus tentang konflik
antara Bone dengan Belanda sepanjang tahun 1816 sehingga 1860. Pada mulanya
Bone berselisih faham dengan Belanda manakala pada tahun 1824 Belanda
bermaksud memperbaharui Perjanjian Bungaya (1667). Dalam rancangan kontrak
baharu ini hak yang khas daripada Bone sebagai sahabat tertua daripada Belanda
95
Suriadi Mappangara. 1996. “Kerajaan Bone Abad XIX: Konflik Kerajaan Bone-Belanda
1816-1860”. Yogyakarta: Tesis Magister.Program Pascasarjana Universitas Gadjah Mada.
38

dibatalkan. Salah satu fasal penting dalam Perjanjian Bungaya tahun 1667 adalah
yang bermakna semua raja di Sulawesi Selatan yang ingin berjumpa dengan
penguasa Belanda di Makassar mesti dihantar oleh Arung Palakka. Belanda
menafsirkan bahawa fasal ini ditulis dalam perjanjian sebagai hak yang khas bagi
Arung Palakka sebagai seseorang yang sangat penting dalam mengalahkan Gowa
pada masa Perang Makassar berlaku. Arung Palakka telah wafat pada tahun 1696,
kerana itu semestinyalah fasal itu dibatalkan. Pihak Bone mentafsirkan bahawa
fasal itu bukan untuk Arung Palakka seorang, melainkan untuk Bone sebagai
sesebuah kerajaan yang rakyatnya sentiasa menyokong Arung Palakka dalam
usaha-usahanya membina hubungan politik dengan Belanda dan menata
percaturan politik di Sulawesi Selatan. Perbezaan pentafsiran ke atas fasal ini
sehingga konflik di antara kedua-dua belah pihak tidak dapat dielakkan.

Hasil penyelidikan daripada Edward L. Poelinggomang96 secara khas


dalam bab empat menghuraikan konflik antara Tanete dengan Belanda pada abad
ke-19. Dalam bab ini Edward menghuraikan secara panjang-lebar tentang
pembangkangan La Patau Datu Tanete (1806-1824 dan 1829-1840) terhadap
Belanda. Ekspedisi tentera Belanda ke Tanete dalam tahun 1824 berjaya
menewaskan pasukan Tanete. La Patau yang tidak mampu mempertahankan
kekuasaannya berpindah ke kawasan pegunungan. Sebelum berpindah, La Patau
menyerahkan kekuasaannya atas Tanete kepada saudarinya yang bernama Daeng
Tanisangnga (1824-1829). Datu Tenete inilah kemudian berunding dengan
Belanda di Makassar. Selepas perundingan itu, Datu Tanete yang disertai petinggi
Tanete yang bernama Daeng Masabbi dan Pabicara Daeng Palie akhirnya
menyetujui memateraikan Perjanjian Bungaya yang diperbaharui. Pihak Belanda
pula menyejutui dan kemudian melantik Daeng Tanisangnga sebagai Arung
Malolo (Yang Tuan Muda) dan secara in-absentia melantik La Patau menjadi Datu
Tanete.

96
Edward L. Poelinggomang. 2005. “Sejarah Tanete: Dari Agangnionjo hingga Kabupaten
Barru”. Pemerintah Kabupaten Barru: Laporan Hasil Penyelidikan.
39

Edward tidak menjelaskan bahawa pelantikan Daeng Tanisanga sebagai


yang Tuan Muda Tanete oleh Belanda adalah mula Belanda campur tangan dalam
pelantikan Datu Tanete. Pelantikan raja oleh pihak manapun tanpa meminta
persetujuan daripada majlis adat adalah tindakan yang tidak bersesuaian dengan
adat resam yang berlaku dalam kerajaan-kerajaan tempatan di Sulawesi Selatan.
Selain itu, pelantikan itu juga bermakna bahawa Tanete yang kalah dalam
peperangan itu adalah milik Belanda yang dipinjamkan kepada raja yang dilantik.

A. Rasyid Asba97 meneruskan huraian Edward tentang perlawanan Tanete


terhadap Belanda. Pada masa kekuasaan La Rumpang (1840-1855) terjadi
bantahan oleh Tanete terhadap Belanda. Para pembangkan dipimpin oleh seorang
bangsawan tinggi Tanete yang bernama Daeng Palagu. Saat Belanda mengutus
wakilnya ke Tenete meminta sokongan Datu Tanete untuk menyerang para
penentang justeru Datu Tanete membagi utusan itu sebuah surat yang ditujukan
kepada Belanda di Makassar. Surat yang mengandungi tuntutan memerdekakan
Tanete dari statusnya sebagai kerajaan pinjaman tidak disetujui oleh Belanda.
Bagi menanggapi surat dari Datu Tanete, Belanda mengutus dua orang wakil ke
Tanete iaitu Karaeng Gowa dan Arung Pone. Kedua-kedua wakil inibertanggung
jawab ke atas perkara seperti berikut: 1. Datu Tanete diwajibkan datang ke
Makassar tanpa senjata dan memohon maaf kepada Belanda atas penentangannya
terhadap Belanda. Datu Tanete harus melakukan upacara sumpah taat setia dan
hormat sekali setiap tahun di Makassar, 2. Datu Mario kerana sokongannya
kepada kedua-dua puteranya, La Compong dan Daeng Kelabu, yang menentang
diwajibkan bersumpah taat setia kepada Belanda, 3. La Compong dan Daeng
Kelabu diwajibkan bersumpah setia dan rmohon agar Belanda berkenan
memaafkan atas kesalahan-kesalahannya, 4. Karaeng Gowa dan Arung Pone wajib
mengawasi pelaksanaan peraturan-peraturan yang disyaratkan. Kedua-dua
perwakilan ini berjaya dalam mengamalkan tugasnya dengan kesedian pihak-

97
A. Rasyid Asba. 2010. Gerakan Sosial di Tanah Bugis: Raja Tanete La Patau
Menentang Belanda. Yogyakarta: Penerbit Ombak.
40

pihak berkenan menandatangani kontrak antara Tanete yang diwakili oleh La


Rumpang dengan Belanda pada 17 Julai 1841 di Makassar.

Rasyid tidak menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya di Tanete selama


status kerajaan pinjaman daripada Belanda kepada raja tempatan. Apakah status
ini yang menjadi punca pemberontakan Daeng Palagu atau ada faktor disebalik
pemberontakan itu. Selain itu, Rasyid juga tidak menjelaskan perbezaan secara
sosial, ekonomi dan politik antara kerajaan autonomus dengan kerajaan pinjaman.

Perang penaklukkan ke atas semua kerajaan di Sulawesi Selatan dilakukan


oleh Belanda pada mula abad ke-20. Muhammad Amir 98 telah menghuraikan
tentang selok-belok I Makkulau Daeang Serang Karaeng Lembang Parang
Karaeng Gowa (1895-1906) membangkan terhadap Belanda. Awalnya I Makkulau
menentang terhadap kekuasaan Belanda adalah bermula dari masalah yang
berhubungkaitan dengan siri. Pada akhir tahun 1904 seorang bangsawan tinggi
Sidenreng yang bernama La Pateddungi wafat. Dalam upacara pemakamannya
hadir beberapa bangasawan tinggi dari pelbagai kerajaan Bugis dan Makassar,
termasuk I Makkulau Karaeng Gowa. Pada masa itu Resident Belanda yang
menghadiri majlis itu memperlakukan Karaeng Gowa secara tidah hormat dan
tidak sopan manakala dipandang dari sudut siri. Perlakuan Resident Belanda yang
demikian itu ialah suatu perlakuan penghinaan terhadap seorang raja dan kerana
itu Karaeng Gowa harus mencari jalan penyelesaian agar kehormatan Kerajaan
Gowa dapat ditegakkan kembali.

Peluang bagi Karaeng Gowa untuk mengembalikkan kehormatan dan


harga diri kerajaannya adalah pada masa berlakunya peristiwa Jampue (salah satu
palili daripada Kerajaan Sawitto) pada Februari 1905. Peristiwa Jampue adalah
perselisihan faham antara I Kosong Karaeng Allu99 dengan Daeng Magontang,
98
Muhammad Amir. 2005. I Makkulau Daeng Serang Karaeng Lembang Parang.
Sungguminasa: Dinas Pendidikan Nasional Kabupaten Gowa.
99
I Kosong Karaeng Allu ialah suami daripada We Dawisa Arung Jampue, kemenakan
daripada Datu Sawitto La Tamma. Lontara’ Akkarungeng Sidenreng, hlm. 34.
41

seorang bangasawan tinggi daripada Sawitto. I Kosong Karaeng Allu ialah putera
daripada Tumailalang Towa Gowa dan juga saudara mara daripada Karaeng
Gowa. Karaeng Gowa mengutus lebih kurang 400 askarnya ke Jamupue untuk
menolong I Kosong Karaeng Allu. Belanda yang berada di pihak Daeng
Magontang berjaya menangkap lebih kurang 150 orang askar Gowa, termasuk
tiga orang bangsawan tinggi Gowa iaitu I Mangimangi Karaeng Bonto, Andi
Mappanyukki Datu Suppa dan La Pangoriseng Arung Alitta. Bagi membebaskan
semua tawanan perang ini Belanda meminta wang tebusan sebanyak 10,800
gulden.

1.7 METODE PENELITIAN

Kajian dilakukan melalui kaedah kepustakaan di Yayasan Kebudayaan Sulawesi


Selatan, Perpustakaan Nasional di Jakarta dan Arsip Nasional Republik Indonesia
di Jakarta. Di Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan diperolehi 10 manuskrip
tempatan yang berhubungkait dengan kerajaan-kerajaan di Ajatappareng. Ada dua
lontara’ yang juga berhubungkaitan dengan Sawitto yang disalin daripada
pemiliknya iaitu Lontara’ Sawitto 2 dan Lontara’ Ade’-Ade’na Sawitto.

Lontara’ Akkarungeng Sawitto memberi maklumat tentang susunan raja-


raja Sawitto bermula dari raja pertama sehingga raja keduapuluh lima atau raja
terakhir yang bernama We Rukiya Bau Bocco Karaeng Balla Tinggi. Lontara’
Akkarungeng Sawitto, Lontara’ Akkarungeng Suppa, Lontara’ Akkarungeng Alitta
dan Lontara Addatuang Sidenreng mengandungi maklumat tentang sesiapa
berkahwin dengan sesiapa, khasnya Lontara’ Akkarungeng Sawitto dan Lontara’
Addatuang Sidenreng mengandungi maklumat tentang konflik antara Sawitto
dengan Sidenreng pada tahun 1812. Lontara’ Addatuang Sindenreng menerangkan
bahawa Inggeris yang bersekutu dengan Sidenreng berjaya merebut pelabuhan
Pare-pare daripada kuasa Suppa pada tahun 1814. Setelah itu, Inggeris
menyerahkan pelabuhan Pare-pare kepada Sidenreng untuk dipinjam sewa.
42

Lontara’ Akkarungeng Suppa mengandungi maklumat tentang Belanda yang


bersekutu dengan Sidenreng berperang melawan Suppa pada tahun 1824. Dalam
perang ini Sawitto, Rappeng dan Alitta membantu Suppa. Lontara’ Akkarungeng
Suppa dan Lontara’ Akkarungeng Alitta mengandungi maklumat tentang
kekalahan Bone dalam berperang melawan Belanda pada tahun 1860. Arung Pone
yang bernama We Tenriawaru Besse Kajuara melarikan diri ke Alitta kemudian ke
Suppa. Lontara’ Sawitto 1 dan Lontara’ Ade’-ade’na Sawitto mengandungi
maklumat tentang struktur politik Sawitto. Tiga jenis palili dan hubungan palili
dengan Sawitto dapat dibaca dalam kedua lontara’ ini.

Penjelesan mengenai daerah-daerah yang menjadi palili kerajaan-kerajaan


di Ajatappareng, khususnya Kerajaan Sawitto, Suppa dan Alitta dapat juga dibaca
daripada artikel D.F. van Braam Morris dalam majalah TBG Jilid 36 tahun 1893
yang terdapat di Perpustakaan Nasional di Jakarta. Di Arsip Nasional Republik
Indonesia di Jakarta diperolehi data umum tentang politik di Sulawesi Selatan
pada abad ke-19. Contoh koloniaal verslag tahun 1860-an, 1870-an, 1880-an,
algemeen verslag tahun 1858 dan 1886 dan administratief verslag tahun 1871.

Dalam melakukan penyelidikan sejarah diperlukan kaedah pendekatan


multi disiplin, khasnya bantuan dari ilmu-ilmu sosial iaitu antropologi, sosiologi,
politik dan filologi.100 Kajian filologi dapat menjelaskan apakah sebuah manuskrip
asli atau salinan, bilakah manuskrip itu mula ditulis. Ilmu filologi juga dapat
membantu memahami makna satu ayat atau satu perenggan, walaupun dalam ayat
itu atau perenggan itu terdapat satu perkataan yang tidak dapat dibaca lagi.
Pengecualian lontara’ bilang (diary), hampir semua lontara’ jarang menggunakan
tarikh. Misalnya, semua lontara’ yang digunakan dalam penyelidikan ini tidak
menggunakan tarikh masa berkuasa setiap raja. Untuk menentukan masa berkuasa
setiap raja, maka ada dua cara yang dapat dilakukan. Pertama, menemukan tarikh
masa yang sesuai dengan raja-raja di kerajaan lain. Susunan raja-raja di Sulawesi
100
Sartono Kartodirdjo. 1992. Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah. Jakarta:
Gramedia Pustaka Utama, hlm. 3-4.
43

Selatan yang agak sempurna tarikh masa berkuasanya dari raja pertama sehingga
raja terakhir ialah Gowa, Bone dan Wajo. Kedua, boleh juga dilakukan kiraan ke
belakang bermula daripada raja yang dikenalpasti masa berkuasanya.101

Perlu berhati-hati untuk menggunakan manuskrip tempatan atau lontara’


sebagai sumber sejarah. Menurut Gijs Kosters, menjadikan teks-teks tempatan
sebagai “teks sejarah’ akan menyebabkan para penyelidik gagal mengapresiasikan
tujuan-tujuan lebih tinggi yang terdapat dalam teks-teks yang termaktub. Bahkan,
Henk Schulte Nordholt menyatakan sangat penting memahami konteks yang
menyebabkan terjadinya isu yang tertulis dalam teks-teks tempatan. 102 Konteks
yang dimaksud adalah latar belakang sejarah, budaya dan tujuan yang sebenarnya
yang mempengaruhi dan menyebabkan manuskrip itu ditulis. Pemahaman yang
kuat tentang semua ini akan membantu para penyelidik untuk memahami apa
yang tertulis dalam manuskrip tempatan.

Kajian antropologi dapat menolong untuk melakukan analisa berkenan


dengan kebudayaan masyarakat. Berkaitan dengan manuskrip tempatan, kajian
antropologi dapat dilakukan secara bersamaan dengan kajian filologi. Misalnya,
mengapa manuskrip menggunakan kata no’e rakkalana (menurunkan bajaknya)
tidak menggunakan kata mammulani maggalung (bermula membajak sawah).
Lontara’ juga menggunakan kata lili bessi (kerajaan bawahan yang bertugas
sebagai angkatan perang) tidak menggunakan kata lili passikanna (pasukan
perang) atau lili passiuno (pasukan pembunuh). Diksi atau pilihan kata ini hanya
boleh difahami jika dilakukan kajian antropologi budaya secara bersama-sama
dengan kajian filologi. Kajian antropologi juga bermanfaat bagi melihat stuktur
dan budaya politik sebagai sistem yang terfokus dalam satu komuniti politik.

101
Ian Caldwell. 1988. “South Sulawesi A.D. 1300-1600: Ten Bugis Texts”. Australia:
Australian National University, hlm. 164. Ian Caldwell. 2005. “Kronologi Raja-Raja Luwu hingga
Tahun 1611”. Dlm. Kathryn Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu: Kebudayaan,
Sejarah dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan. Makassar: Ininnawa, hlm. 63.
102
Leonard Y. Andaya. 2010. “Diaspora Bugis, Identitas, dan Islam di Negeri Malaya”.
Dlm. Andi Faisal Bakti. Diaspora Bugis di alam Melayu Nusantara. Makassar: Ininnawa, hlm. 19-
20.
44

Struktur dan budaya politik ini perlu dilihat impaknya dalam realiti sejarah, 103
kerana sejarah adalah apa yang berlaku dan bukan apa yang terfokus dalam
sebuah sistem budaya. Satu lagi sokongan antropologi terhadap penyelidikan
sejarah, manakala kita melakukan kajian terhadap tradisi lisan. Dalam ilmu
antropologi tradisi lisan sebagai sumber data bagi penyelidikan sudah
dipergunakan sejak mula ilmu itu, tetapi dalam ilmu sejarah penggunaan tradisi
lisan masih merupakan perkara yang baharu.104

Andaya pernah melakukan penyelidikan tentang Perang Makassar dengan


menjadikan Arung Palakka sebagai tokoh utama dalam peristiwa itu,
mempercayai bahwa tokoh-tokoh dalam sejarah boleh berganti, tetapi ade’ 105
tinggal utuh dan pada akhirnya muncul sebagai kejayayaan terhadap apa yang
telah berlaku.106 Oleh itu, ade’ adalah unsur penentu yang utama dalam
mentafsirkan apa yang telah berlaku dalam sejarah. Ade’ juga menjadi bahagian
yang tidak boleh dielakkan jika ingin menyelidiki budaya politik yang berlaku
dalam masyarakat. Budaya politik biasanya meliputi sikap, kepercayaan, emosi
dan nilai-nilai dalam suatu masyarakat yang berakaitan dengan sistem politik dan
wacana politik yang berkembang pada masa tertentu.

Kajian sosiologi dapat menghuraikan seperti bentuk hubungan sosial yang


berlaku dalam masyarakat. Kasuwiyang sebagai suatu sistem hubungan sosial
dalam masyarakat Bugis yang hirarki dapat menjelaskan bagaimana bentuk

103
Heather Sutherland. 1980. “Political Structure and Colonial Control in South
Sulawesi”. Dlm. R. Schefold, dkk. (editor). Man, Meaning and History: Essay in Honour of H.G.
Schulte Nordholt. KITLV, hlm. 230-244.
104
Kuntowijoyo. 1993. Metodologi Sejarah. Yogyakarta: Tiara Wacana, hlm. 21.
105
Ade’ adalah salah satu aspek budaya yang mengatur pelaksanaan sistem norma dan
aturan-aturan adat dalam kehidupan orang Bugis. Mattulada. 1995.Latoa: Suatu Lukisan Analitis
terhadap Antropologi Politik Orang Bugis. Ujungpadang: Lembaga Penerbitan Universitas
Hasanuddin, hlm. 342.
106
Leonard Y Andaya. 1983. “Pandangan Arung Palakka tentang Desa dan Perang
Makassar 1666-1669”. Dlm. Anthony Reid dan David Marr. Dari Raja Ali Haji hingga Hamka.
Jakarta: Grafiti Press, hlm. 140-141.
45

hubungan sosial yang berlaku antara tiga tingkatan strata sosial dalam masyarakat
Bugis. Misalnya, bagaimana cara tomaradeka (rakyat biasa) berinteraksi dengan
kaum bangsawan, bagaimana sopan-santun menghadap raja, mengapa tidak boleh
menemui perempuan tanpa disertai muhrimnya.

1.8 KEPENTINGAN PENELITIAN

Dari segi kesignifikan kajian, beberapa kajian tentang sejarah politik Sulawesi
Selatan belum ada penyelidik yang mengkaji secara khusus sejarah politik
kerajaan-kerajaan di Ajatappareng pada abad ke-19. Namun demikian, hasil kajian
yang telah dilakukan oleh beberapa sarjana berkenan sejarah politik Sulawesi
Selatan sangat membantu bagi mengenalpasti sejarah politik kerajaan-kerajaan di
Ajatappareng abad ke-19, khasnya dalam berdamai dan berkonflik107 baik dengan
kerajaan jiran mahupun dengan dua kuasa asing sama ada Inggeris ataupun
Belanda. Masih menjadi pertanyaan adalah bagaimana cara melakukan dan dalam
situasi politik yang bagaimana berdamai atau berkonflik itu mesti dilakukan.
Kedua-dua pilihan ini perlu diselidiki dalam hubungannya dengan kepemimpinan
setiap elit atau raja yang berkuasa pada zamannya. Pengajian tentang berdamai
dan berkonflik tidak hanya terhadap antarakerajaan tempatan, tetapi dalam
penyelidikan ini juga penting diselidiki adalah berdamai dan berkonflik antara
kerajaan tempatan dengan dua kuasa asing sama ada Inggeris ataupun Belanda.

Dalam manuskrip tempatan atau lontara’ dijumpai banyak teks pematerian


perjanjian yang secara verbal menghuraikan bahawa perjanjian itu berlaku
sehingga beberapa generasi berikutnya. Perjanjian itu juga disimbolkan kuat
bagaikan batu yang telah ditanam ke dalam tanah,108 tetapi dalam realiti sejarah
107
Politik adalah konflik, tetapi tidak semua konflik bermakna politik. Haryanto. 1990.
Elit, Massa, dan Konflik. Yogyakarta: PAU – Studi Sosial Universitas Gadjah Mada, hlm. 67.
108
Contoh perjanjian persahabatan antara Bone, Wajo dan Soppeng, “sebelumnya kita
tidak saling beriring jalan kerana tidak sama yang kita mahui. Namun sekarang, peristiwa inilah
yang memerlukan kita memikul kehendak yang sama. Alangkah baiknya apabila kita menanam
batu secara bersama-sama, perbuatan mana kita persaksikan kepada Dewata Yang Esa. Sesiapapun
yang mengabaikan perjanjian ini, maka dialah yang akan dilindas oleh batu itu. Rahman Rahim.
1992. Nilai-Nilai Utama Kebudayaan Bugis. Ujungpandang: Hasanuddin University Press, hlm.
46

apa yang termaktub dalam perjanjian itu sering diabaikan demi mencapai tujuan-
tujuan politik oleh pihak tertentu. Penyelidik perlu menjelaskan mengapa
perjanjian politik, baik perjanjian antarakerajaan mahupun perjanjian antara
kerajaan tempatan dengan dua kuasa asing sama ada Inggeris ataupun Belanda,
diabaikan oleh pihak tertentu.

Belum adanya kajian tentang sejarah politik kerajaan-kerajaan di


Ajatappareng menyebabkan kurang lengkap maklumat tentang sejarah politik
Sulawesi Selatan. Oleh itu, kajian ini ingin mengisi salah satu lombong sejarah
politik Sulawesi Selatan dengan bertumpu kepada kajian sejarah politik kerajaan-
kerajaan di Ajatappareng pada abad ke-19.

1.9 SISTIMATIKA PENULISAN

Tesis ini mengandungi beberapa komponen. Bab satu adalah pendahuluan sebagai
pengantar. Bab dua menjelaskan sejarah awal dan latar belakang lima kerajaan di
Ajatappareng yang mencakup mula terbentuknya kerajaan-kerajaan ini. Dalam
bab ini pula akan dijelaskan struktur politik kerajaan-kerajaan di Ajatappareng
yang menjadi asas utama pentadbiran. Perlu menganalisis pertalian antara palili
dengan palili dan pertalian antara palili dengan peringkat kerajaan pusat. Perlu
dijelaskan kedudukan wanua dalam sturuktur politik. Dalam bab ini juga perlu
menganalisis sistem dan pola penguasaan tanah, kerana dalam masyarakat Bugis
tanah tidak hanya penting dalam erti ekonomi, tetapi juga tanah sangat penting
dalam erti politik. Bab tiga menganalisis hubungan kekuasaan antara kerajaan-
kerajaan di Ajatappareng dengan kerajaan-kerajaan tempatan lainnya sejak
mulanya sehingga awal abad ke-19. Analisis dalam bab ini terutama berasaskan
kepada sumber-sumber tempatan yang disebut lontara’. Dalam bab ini akan
dianalisis bagaimana hubungan kaitan antara saudara mara dengan percaturan

97-99. Penyelidikan yang khas membahas tentang perjanjian antarakerajaan di Sulawesi Selatan
pada abad ke-15-18 adalah Amir Syarifuddin. 1990. “Perjanjian Antarkerajaan Menurut Lontarak:
Mengungkap salah satu Aspek dalam Sejarah Hukum Internasional Adat abad XV-XVIII di
Sulawesi Selatan”. Disertasi Doktor. Pascasarjana Universitas Hasanuddin.
47

politik yang khas Bugis. Bab empat menganalisis hubungan sama ada
berkerjasama atau berkonflik semasa kuasa Inggeris di Sulawesi Selatan antara
kerajaan-kerajaan di Ajatappareng, antara kerajaan-kerajaan tempatan lainnya
dengan kuasa Inggeris. Bab lima menganalisis hubungan antara kuasa Belanda
dengan kerajaan-kerajaan tempatan. Bab enam mengalisis penaklukan Belanda ke
atas kerajaan-kerajaan tempatan di Sulawesi Selatan pada tahun 1905 sehingga
tahun 1906. Perlu analisis secara mendalam terhadap faktor-faktor yang
menyebabkan kejatuhan kerajaan-kerajaan tempatan ke tangan Belanda. Bab tujuh
adalah bab penutup yang berisikan tentang temuan kajian, sumbangan kajian dan
cadangan kajian lanjutan.

1.10 KESIMPULAN

Konflik adalah sebuah kata kunci bagi memahami politik Bugis, khasnya politik
dalaman kerajaan-kerajaan di Ajatappareng pada abad ke-19. Setiap kerajaan
sentiasa mencari peluang mengalahkan kerajaan lainnya melalui konflik. Pada
umumnya persekutuan sentiasa diawali dengan konflik, baik terhadap kerajaan
jiran mahupun dengan kuasa Inggeris ataupun kuasa Belanda. Untuk mencapai
matlamat politik yang diinginkan, maka hubungan saudara mara dengan kerajaan
jiran tidak menjadi penghalang untuk berkonflik. Demikian juga dengan dua
kuasa asing sama ada Inggeris ataupun Belanda, perjanjian yang telah
dimateraikan oleh raja sebelumnya dengan pihak penguasa asing boleh sahaja
diabaikan manakala raja yang baharu melihat ada peluang untuk memenangkan
konflik.
48

DAFTAR PUSTAKA

Lontara’
- Bunga Rampai Lontara’ Pinrang (BRLP), Koleksi Pribadi.
- Lontarak Addatuang Sidenreng (LASg), Koleksi Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan.
- Lontara’ Ade’-Ade’na Sawitto (LadSt), Koleksi Pribadi.
- Lontarak Akkarungeng Alitta (LAAt), Koleksi Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan.
- Lontarak Akkarungeng Sawitto (LASt), Koleksi Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan.
- Lontarak Akkarungeng Suppa (LASp), Koleksi Yayasan Kebudayaan
Sulawesi Selatan.
- Lontarak Sidenreng (LSg), Koleksi Yayasan Kebudayaan Sulawesi
Selatan.
- Lontarak Enrekang (LE), Koleksi Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan.
- Lontarak Sawitto (LS), Koleksi Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan.

Tesis dan Laporan Penyelidikan

Abdul Hafid. 1989. Sitem Pemerintahan Kerajaan Bone Abad ke-17. Tesis
Sarjana. Fakultas Sastra Universitas Hasanuddin.

Amier Sjarifuddin. 1990. Perjanjian Antarkerajaan Menurut Lontarak:


Mengungkap salah Satu Aspek dalam Sejarah Hukum Internasional Adat
Abad XV-XVIII di Sulawesi Selatan. Disertasi Doktor. Program
Pascasarjana Universitas Hasanuddin.

Anwar Ibrahim. 2005. Strategi Legitimasi dalam Budaya Politik Bugis di Tana
Bone: Suatu Tinjauan Antropologi Politik. Tesis Magister. Program
Pascasarjana Universitas Hasanuddin.
49

Anwar Thosibo. 1993. Hamba Sahaya dan Orang Berhutang: Sejarah Perbudakan
di Sulawesi Abad XIX. Tesis Magister. Program Pascasarjana Universitas
Gadjah Mada.

Burham Djabir Mangenda. 1989. The Surviving Aristocracy in Indonesia: Politics


in Three Provinces of the Outer Islands. Tesis Ph.D. University of Cornell.

Burhanuddin Pabitjacara. 2006. Persekutuan Limae Ajatappareng Abad XVI.


Tesis Magister. Program Pascasarjana Universitas Negeri Makassar.

Caldwell, Ian. 1988. South Sulawesi a.d. 1300-1600: Ten Bugis Texts. Tesis Ph.D.
Australian National University.

Darwas Rasyid. 1985. “Sejarah Kabupaten Daerah Tk.II Pinrang”. Laporan Hasil
Penelitian. Balai Kajian Sejarah dan Nilai Tradisional Ujungpandang.

Daud Limbugau. 1985. Terbentuknya Wilayah Administrasi Pemerintah Hindia


Belanda di Sulawesi Selatan 1824–1874. Tesis Magister. Program
Pascasarjana Universitas Gadjah Mada.

Edward L. Poelinggomang. 2005. Sejarah Tanete: Dari Agangnionjo hingga


Kabupaten Barru. Laporan Hasil Penyelidikan. Pemerintah Kabupaten
Barru.

Hasnah S. Ali. 1992. Petani Pinrang dan Irigasi Saddang: Suatu Tinjauan Historis
1937-1975. Tesis Sarjana. Jurusan Sejarah dan Arkeologi Fakultas Sastra
Universitas Hasanuddin.

Hasan Walinono. 1979. Tanete: Suatu Studi Sosiologi Politik. Disertasi Doktor.
Program Pascasarjana Universitas Hasanuddin.

Heddy Shri Ahimsa Putra. 1992. Ana’ Karaeng di Bantaeng: Sebuah Studi tentang
Sejarah Politik di Kawasan Pesisiran Sulawesi Selatan. Laporan Hasil
Penelitian. P3MP Universitas Hasanuddin – The Toyota Faoundation.

Karniati. 1987. La Sinrang: Hidup dan Perjuangannya di Sawitto (Suatu Analisa


Historis). Tesis Sarjana. Fakultas Adab Institut Agama Islam Negeri
Alauddin.
50

Mukhlis. 1975. Struktur Birokrasi Kerajaan Gowa Jaman Pemerintahan Sultan


Hasanuddin (1653-1669). Tesis Sarjana. Fakultas Sastra dan Kebudayaan
Universitas Gadjah Mada.

Mukhlis, dkk. 1989. Daeng Pabarang: Messianisme dalam Gerakan Sosial di


Pedalaman Bugis. Laporan Hasil Penelitian.

Nurjaya Sompe. 1999. Bangsawan Bone: Dari Swapraja ke Kabupaten. Tesis


Sarjana. Fakultas Sastra Universitas Hasanuddin.

Rahilah Omar. 2003. The History of Bone A.D. 1775-1795: The Diary of Sultan
Ahmad as-Salleh Syamsuddin. Tesis Ph.D. University of Hull.

Suriadi Mappangara. 1996. Kerajaan Bone Abad XIX: Konflik Kerajaan Bone –
Belanda 1816 – 1860. Tesis Magister. Program Pascasarjana Universitas
Gadjah Mada.

Penerbitan

Abd. Hamid Muchtar, Baharuddin Bunru, Purmawati. 2000. Benda-benda


Peninggalan Kerajaan Sawitto. Makassar: Bagian Proyek Pembinaan
Perrmuseuman Sulawesi Selatan.

Abdul Rahim dan Anwar Ibrahim (Penyunting). 2004. Nilai Demokrasi dalam
Budaya Bugis-Makassar. Makassar: Dinas Kebudayaan dan pariwisata
provinsi Sulawesi Selatan.

Abdurrazak Daeng Patunru. 1983. Sejarah Wajo. Ujungpadang: yayasan


Kebudayaan Sulawesi Selatan.

Abdurrazak Daeng Patunru. 1989. Sejarah Bone. Ujungpadang: Yayasan


Kebudayaan Sulawesi Selatan.

Abdurrazak Daeng Patunru. 1993. Sejarah Gowa. Ujungpadang: Yayasan


Kebudayaan Sulawesi Selatan.

Abdurrazak Daeng Patunru. 2004. Bingkisan Patunru: Sejarah Lokal Sulawesi


Selatan. Makassar: Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin.
51

Abu Hamid. 2004a. Passompe: Pengembaraan Orang Bugis. Makassar: Pustaka


Refleksi.

Abu Hamid. 2004b. “Budaya Birokrasi dan Politik di Sulawesi Selatan”. Dlm.
Tim PUSPAR UGM (Penyunting), Wawasan Budaya untuk
Pembangunan: Menoleh Kearifan Lokal. Yogyakarta: Pilar Politika.

Abu Hamid, dkk. 2005. Siri’ & Pesse’ Harga Diri Manusia Bugis, Makassar,
Mandar, dan Toraja. Makassar: Pustaka Refleksi, Cet. Kedua.

A.M. Mappasanda. 1991. Massenrempulu Menurut Catatan D.F. van Braam


Morris (terjemahan). Ujungpandang: Balai Kajian Sejarah dan Nilai
Tradisional.

A.M. Mappasanda. 1992. Kerajaan Luwu Menurut Catatan D.F. van Braam
Morris (terjemahan). Ujungpadang: Balai Kajian Sejarah dan Nilai
Tradisional.

Andaya, Leonard Y. 1983. “Pandangan Arung Palakka tentang Desa dan Perang
Makassar 1666-1669”. Dlm. Anthony Reid & David Marr, ed. Dari Raja
Ali Haji hingga Hamka (terjemahan).

Andaya, Leonard Y. 2004. Warisan Arung Palakka: Sejarah Sulawesi Selatan


Abad ke-17 (terjemahan). Makassar: Ininnawa.

Andaya, Leonard Y. 2010. “Diaspora Bugis, Identitas, dan Islam di Negeri


Malaya”. Dlm. Andi Faisal Bakti, Diaspora Bugis di Alam Melayu
Nusantara (terjemahan), Makassar: Ininnawa.

Andi Palloge. 1990. Sejarah Kerajaan Tanah Bone: Masa Raja Pertama dan
Raja-raja Kemudiannya sebelum Masuknya Islam sampai Terakhir.
Sungguminasa: Yayasan Al-Muallim.

Andi Zainal Abidin Farid. 1983. Persepsi Orang Bugis, Makassar tentang
Hukum, Negara dan Dunia Luar. Bandung: Alumni.

Andi Zainal Abidin Farid. 1985. Wajo Abad XV-XVI Suatu Penggalian Sejarah
Terpendam Sulawesi Selatan dari Lontara. Bandung: Alumni.

Andi Zainal Abidin Farid. 1999a. Capita Selecta Sejarah Sulawesi Selatan.
Ujungpandang: Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin.
52

Andi Zainal Abidin Farid. 1999b. Capita Selecta Kebudayaan Sulawesi Selatan.
Ujungpadang: Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin.

Andi Zainal Abidin Farid. 2003. “Siri’, Pesse’ dan Were’ Pandangan Hidup Orang
Bugis”. Dlm. Moh. Yahya Mustafa, Andi Wanua Tangke dan Anwar
Nasyaruddin, ed. Siri’ dan Pesse’: Harga Diri Orang Bugis, Makassar,
Mandar, Toraja. Makassar: Pustaka Refleksi.

Anwar Ibrahim. 2003. Sulesana: Kumpulan Esai tentang Demokrasi dan Kearifan
Lokal. Makassar: Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin.

A. Rasyid Asba. 2010. Kerajaan Nepo: Sebuah Kearifan Lokal dalam Sistem
Politik Tradisional Bugis di Kabupaten Barru. Yogyakarta: Penerbit
Ombak

A. Rasyid Asba. 2010. Gerakan Sosial di Tanah Bugis: Raja Tanete La Patau
Menentang Belanda. Yogyakarta: Penerbit Ombak.

Baharuddin Bunru, Dian Cakrawati, Rusmini. 1995/1996. Bendera Kerajaan


Sawitto. Ujungpadang: Bagian Proyek Pembinaan Permuseuman Sulawesi
Selatan.

Baharuddin Lopa. 1982. Hukum Laut, Pelayaran dan Perniagaan. Bandung:


Alumni.

Bambang Sulistyo. 2007. “Biografi Perjuangan La Sinrang dan Konteks


Zamannya”. Dlm. Bosara, Nomor 01/IV.

Bloch, Marc. 1981. “Kaum Bangsawan Selaku Kelas Menurut Kenyataan”, Dlm.
Sartono Kartodirdjo (Editor). Elite dalam Perspektif Sejarah. Jakarta:
LP3ES, Cet. Pertama.

Boxer, C.R. 1983. Jan Kompeni: Sejarah VOC dalam Perang dan Damai 1602-
1799. Jakarta: Sinar Harapan.

Bulbeck, David. 2005. “Sejarah Konstruksi dan Benteng-Benteng Pertahanan


Makassar”. Dlm. Kathryn Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak
Waktu: Kebudayaan, Sejarah, dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan.
Makassar: Ininnawa.

Caldwell, Ian. 2005. “Kronologi Raja-Raja Luwu’ hingga Tahun 1611”. Dlm.
Kathryn Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu: Kebudayaan,
Sejarah, dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan. Makassar: Ininnawa.
53

Cense, A.A. 1972. Beberapa Tjatatan mengenai Penulisan Sedjarah Makassar-


Bugis. Djakarta: Bhratara.

Cense, A.A dan H. J Heeran. 1972. Pembelajaran dan Pengaruh Kebudajaan


Makassar-Bugis di Pantai Utara Australis (terjemahan). Jakarta: Bhratara.

Ceperkovic, Helen. 2005. “Catatan Harian Kapitan Melayu”. Dlm. Kathryn


Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu: Kebudayaan, Sejarah,
dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan. Makassar: Ininnawa.

Darwas Rasyid. 1985. Peristiwa Tahun-Tahun Bersejarah Daerah Sulawesi


Selatan dari Abad XIV s/d XIX. Ujungpandang: Balai Kajian Sejarah dan
Nilai Tradisional.

De Strues, H. 1854. “De Expeditie tegen Tanete en Soeppa in 1824”. Dlm. TNI,
Volume 59.

Edward L. Poelinggomang. 1986. “Keserasian Sosial dalam Dunia Nilai Bugis –


Makassar”. Dlm. Mukhlis. Dinamika Bugis Makassar. Ujungpadang:
Diterbitkan untuk Pusat Latihan Penelitian Ilmu-Ilmu Sosial.

Edward L. Poelinggomang. 2002. Makassar Abad XIX: Studi tentang Kebijakan


Perdagangan Maritim. Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia.

Edward L. Poelinggormang. 2004. Perubahan Politik & Hubungan Kekuasaan:


Makassar 1906 – 1942. Yogyakarta: Ombak.

Edward L. Poelinggomang. 2007. “La Sinrang: Tokoh Pejuang Kemerdekaan dan


Kedaulatan”. Dlm. Bosara, Nomor 01/IV.

Edward L. Poelinggomang dan Suriadi Mappangara, ed. 2004. Sejarah Sulawesi


Selatan. Jilid 1. Makassar: Badan Penelitian dan Pengembangan Daerah
Propinsi Sulawesi Selatan.

Edward L. Poelinggormang dan Suriad Mappangara, ed. 2005. Sejarah Sulawesi


Selatan. Jilid 2, Makassar: Badan Penelitian dan Pengembangan Daerah
Propinsi Sulawesi Selatan.

Errington, Shelly. 1977. “Siri’, Darah dan Kekuasaan Politik dalam Kerajaan
Luwu Zaman Dahulu”. Dlm. Bingkisan Budaya Sulawesi Selatan I, No.2:
40-62.

Errington, Shelly. 1989. “Tempat Benda-Benda Pusaka di Luwu”, Dlm. Lorraine


Gesick (Penyunting). Pusat, Simbol, dan Hirarki Kekuasaan: Esai-Esai
tentang Negara-negara Klasik di Indonesia (terjemahan). Jakarta: yayasan
Obor Indonesia.
54

Fachruddin A.E, dkk. 1986. Pappasenna to Maccae ri Luwuq sibawa Kajao


Laliqdong ri Bone: Transliterasi dan Terjemahan kedalam Bahasa
Indonesia. Ujungpadang: Proyek Penelitian dan Pengkajian Kebudayaan
Sulawesi Selatan LaGaligo.

Gibson, Thomas. 2009. Kekuasaan Raja, Syeikh, dan Ambtenaar: Pengetahuan


Simbolik & Kekuasaan Tradisional Makassar 1300-2000. Makassar:
Ininnawa.

Hall, D.G.E. 1988. Sejarah Asia Tenggara (terjemahan). Surabaya: Usaha


Nasional.

Hamid Abdullah. 1985. Manusia Bugis Makassar: Satu tinjauan histories


terhadap tingkah laku dan pandangan hidup manusia Bugis Makassar.
Jakarta: Inti Idayu Press.

Hamid Abdullah. 1986. “Dinamika Sosial Emigran Bugis-Makassar di Linggi,


Malaysia”. Dlm. Mukhlis. Dinamika Bugis Makassar. Ujungpadang:
Diterbitkan untuk Pusat Latihan Penelitian Ilmu-Ilmu Sosial.

Hamonic, Gilbert. 1993. “Pengantar Studi Perbandingan Kosmogoni Sulawesi


Selatan: tentang Asal-Usul Dewata-Dewata Bugis Yang belum Pernah
Diterbitkan”. Dlm. Marcel Bonnef, dkk., Citra Masyarakat Indonesia.
Jakarta: Sinar Harapan.

Harvey, Barbara Sillars. 1984. Permesta: Pemberontakan Setengah Hati


(terjemahan), Jakarta: Pustaka Utarama Grafiti.

Harvey, Barbara Sillars. 1989. Pemberontakan Kahar Muzakkar: dari Tradisi ke


DI/TII (terjemahan), Jakarta: Pustakan Utama Grafiti.

Haryanto. 1990. Elit, Massa, dan Konflik. Yogyakarta: PAU – Studi Sosial
Universitas Gadjah Mada.

H.D. Mangemba. 1956. Kenallah Sulawesi Selatan. Djakarta: Tunas Mas.

H. D. Mangemba. 1972. Kota Makassar dalam Lintasan Sejarah. Makassar:


Lembaga Sejarah Fakultas Sastra Universitas Hasanuddin.

Heddy Shri Ahimsa Putra. 1988. Minawang: Hubungan Patron Klien di Sulawesi
Selatan. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Idwar Anwar. 2005. Ensiklopedia Sejarah Luwu. Palopo: Komunitas Kampung


Sawerigading
55

Ima Kesuma. 2004. Migrasi dan Orang Bugis. Jogyakarta: Ombak.

Indra Arifin. 2010. Birokrasi Pemerintahan dan Perubahan Sosial Politik.


Makassar: Pustaka Refleksi.

Jonginder Singh Jessy. 1973. Tawarikh Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jumadi, dkk. 2009. Demokrasi di Sulawesi Selatan. Makassar: Rayhan Intemedia.

Kuntowijoyo. 1993. Metodologi Sejarah. Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya.

Liebner, Horst H. 2005. “Empat Versi Lisan Cerita Leluhur Orang Bajo di Selayar
Selatan”. Dlm. Kathryn Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu:
Kebudayaan, Sejarah, dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan.
Makassar: Ininnawa.

Lloyd, Christopher. 1986. Explanation in Social History. Basil Blackwell:


Cambridge University Press.

Macknight, C.C. 2005. “Beberapa Catatan tentang Kronik Bone”. Dlm. Kathryn
Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu: Kebudayaan, Sejarah,
dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan. Makassar: Ininnawa.

M. Akhmar. 2003. Toloq Rumpaqna Bone: Edisi Teks dan Kajian Kesastraan.
Makassar: Masagena Press.

M. Akil A.S. 2008. Luwu: Dimensi Sejarah, Budaya, dan Kepercayaan. Makassar:
Pustaka Refleksi.

Malet, A. dan J. Isaac. 1989. Revolusi Perancis 1789-1799 (terjemahan). Jakarta:


Gramedia.

Mattulada. 1991. Menyusuri Jejak Kehadiran Makassar dalam Sejarah.


Ujungpadang: Hasanuddin University Press.

Mattulada. 1986. “Manajemen Tradisional Dalam Kalangan usahawan Orang


Bugis-Makassar”. Dlm. Mukhlis. Dinamika Bugis Makassar.
Ujungpadang: Diterbitkan untuk Pusat Latihan Penelitian Ilmu-Ilmu
Sosial.

Mattulada. 1995. Latoa: Suatu Lukisan Analitis terhadap Antropologi Politik


Orang Bugis. Ujungpandang: Lembaga Penerbitan Universitas
Hasanuddin.
56

Mattulada. 1998. Sejrah, Masyarakat, dan Kebudayaan Sulawesi Selatan.


Ujungpadang: Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin.

Mattulada. 2003. “Siri’ dalam Masyarakat Makassar”. Dlm. Moh. Yahya Mustafa,
Andi Wanua Tangke dan Anwar Nasyaruddin, ed. Siri’ dan Pesse’: Harga
Diri Orang Bugis, Makassar, Mandar, Toraja. Makassar: Pustaka Refleksi.

M. Laica Marzuki. 1995. Siri’ Bagian Kesadaran Hukum Rakyat Bugis Makassar.
Ujungpadang: Lembga Penerbitan Universitas Hasanuddin.

M.L. Kamal NSQ. 1999. “Benteng Sombaopu”, Dlm. Bingkisan: Bunga Rampai
Budaya Sulawesi Selatan, No. 1&2.

Mohammad Ali Fadhilah dan Iwan Sumantri, ed. 2000. Kedatuan Luwu:
Perspektif Arkeologi, Sejarah dan Antropologi. Makassar: Lembaga
Penerbitan Universitas Hasanuddin.

Moh. Yahya Mustafa, Andi Wanua Tangke dan Anwar Nasyaruddin, ed. 2003.
Siri’ dan Pesse’: Harga Diri Orang Bugis, Makassar, Mandar, Toraja.
Makassar: Pustaka Refleksi.

Morrell, Elizabeth. 2005. “Simbolisme, Ruang, dan Tatanan sosial”. Dlm. Kathryn
Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu: Kebudayaan, Sejarah,
dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan. Makassar: Ininnawa.

M. Rafiuddin Nur. 2003. Lontara’na Marioriwawo: Soppeng dari Pattoriolong


hingga Pangadereng. Makassar: Rumah Ide.

Muhammad Abduh, dkk. 1985. Sejarah Perlawanan terhadap Imperialisme dan


kolonialisme di Sulawesi Selatan. Jakarta: Direktorat Sejarah dan Nilai
Tradisional.

Muhammad Amir. 2005. I Makkulau Daeng Serang Karaeng Lembang Parang.


Sungguminas: Dinas Pendidikan Nasional Kabupaten Gowa dan Yayasan
Butta Gowa.

Muhammad Arfah dan Muhammad Amir. 1993. Haji Andi Mappanyukki Sultan
Ibrahim Profil Nasionalis dan Patriotik Sejati yang Konsekuen terhadap
Republik Indonesia. Jakarta: Departemen Pendidikan dan Kebudayaan.

Muhammad Arfah dan Muhammad Amir. 1998. La Sinrang Bakka Lolona Sawitto
Petta Lolo La Sinrang. Ujungpdang: Pemerintah Daerah Tk.I Propinsi
Sulawesi Selatan.
57

Muhammad Ridwan Alimuddin. 2005. Orang Mandar Orang Laut: Kebudayaan


Bahari Mandar Mengarungi Gelombang Perubahan Zaman. Jakarta: KPG
Gramedia.

Muhammad Salim. 1991. Transliterasi dan Terjemahan Lontarak Tolok


Rumpakna Bone. Ujungpandang: Diterbitkan dengan Biaya Pemerintah
Daerah Tingkat 1 Sulawesi Selatan.

Mukhlis, ed. 1986. Dinamika Bugis-Makassar. Ujungpadang: Diterbitkan untuk


Pusat Latihan Penelitian Ilmu-Ilmu Sosial.

Mukhlis, ed. 1989a. Dimensi Sosial Kawasan Pantai. Ujungpandang: Diterbitkan


oleh P3MP – UNHAS untuk Yayasan Ilmu-Ilmu Sosial.

Mukhlis, ed. 1989b. Persepsi Sejarah Kawasan Pantai. Ujungpadang: Diterbitkan


oleh P3MP – UNHAS untuk Yayasan Ilmu-Ilmu Sosial.

Mukhllis dan Kathryn Robinson, ed. 1985a. Agama dan Realitas Sosial.
Ujungpandang: Diterbitkan oleh PLPIS – UNHAS untuk Yayasan Ilmu-
Ilmu Sosial.

Mukhlis dan Kathryn Robinson, ed. 1985b. Migrasi. Ujungpadang: Diterbitkan


oleh PLPIS – UNHAS untuk Yayasan Ilmu-Ilmu Sosial.

Mukhlis dan Kathryn Robinson, ed. 1985c. Panorama Kehidupan Sosial.


Ujungpadang: Diterbitkan oleh PLPIS – UNHAS untuk Yayasan Ilmu-
Ilmu Sosial.

Mukhlis dan Kathryn Robinson, ed. 1985d. Politik, Kekuasaan dan


Kepemimpinan di Desa. Ujungpandang: Diterbitkan oleh PLPIS –
UNHAS untuk Yayasan Ilmu-Ilmu Sosial.

Mukhlis, dkk. 2002. Batara Gowa: Messianisme dalam Gerakan Sosial di


Makassar. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

Noorduyn, J. 1972. Islamisasi Makassar (terjemahan). Djakarta: Bhratara.

Nourse, Jennifer W. 2005. “Sawerigading di Tanah Asing: Mitos I Lagaligo di


Sulawesi Tengah”. Dlm. Kathryn Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-
Tapak Waktu: Kebudayaan, Sejarah, dan Kehidupan Sosial di Sulawesi
Selatan. Makassar: Ininnawa.
.
Pananrangi Hamid, dkk. 1986. Dampak Modernisasi terhadap Hubungan
Kekerabatan Daerah Sulawesi Selatan. Ujungpadang: Proyek
Inventarisasi dan Dokumentasi Kebudayaan Daerah Sulawesi Selatan.
58

Pananrangi Hamid, dkk. 1989. Pola Penguasaan Pemilikan dan Penggunaan


Tanah Secara Tradisional Daerah Sulawesi Selatan. Ujungpandang:
Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Proyek Inventarisasi dan
Pembinaan Nilai-Nilai Budaya.

Pelras, Christian. 1983. Sulawesi Selatan Sebelum Datangnya Islam Berdasarkan


Kesaksian Bangsa Asing. Dlm. Marcel Bonneff, dkk. Citra Masyarakat
Indonesia. Jakarta: Sinar Harapan.

Pelras, Christian. 2005. “Budaya Bugis: Sebuah Tradisi Modernitas”. Dlm.


Kathryn Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu: Kebudayaan,
Sejarah, dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan. Makassar: Ininnawa.

Pelras, Christian. 2006. Manusia Bugis (terjemahan). Jakarta: Forum Jakarta-Paris


EFEO.

Pemerintah Propinsi Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan. 1991. Sejarah


Perkembangan Pemerintahan Departemen Dalam Negeri di Propinsi
Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan. Ujungpang: Pemerintah Propinsi
Daerah Tingkat I Sulawesi Selatan.

Perret, Daniel. 1999. “Konsep “Negeri” dalam Sumber Melayu Lama Berunsur
Sejarah dan Hukum”. Dlm. Wan Hashim Wan Teh dan Daniel Perre. Di
Sekitar Konsep Negeri. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Puang Palisuri. 2005. Perjanjian Bersaudara Sawitto dan Enrekang. Makassar:


Lembaga Adat dan Budaya Sawitto Massenrempulu.

Rahman Rahim. 1992. Nilai-Nilai Utama Kebudayaan Bugis. Ujungpadang:


Lembaga Penerbitan Universitas Hasanuddin.

Robinson, Kathryn. 2005. “Tradisi Membangun Rumah di Sulawesi Selatan”.


Dlm. Kathryn Robinson dan Mukhlis Paeni. Tapak-Tapak Waktu:
Kebudayaan, Sejarah, dan Kehidupan Sosial di Sulawesi Selatan.
Makassar: Ininnawa.

Sagimun M.D. 1975. Sultan Hasanuddin Menentang V.O.C. Jakarta: Proyek


Biografi Pahlawan Nasional.

Saharuddin. 1982. Mengenal Pitu Babana Binanga (Mandar) dalam Lintasan


Sejarah Pemerintahan Daerah Mandar di Sulawesi Selatan.
Ujungpandang: Mallomo Karya.

Sanusi Daeng Mattata. 1967. Luwu dalam Revolusi. Luwu: Yayasan


Pembangunan Asrama IPMIL.
59

Sartono Kartodirdjo. 1973. Ikhtisar Keadaan Politik Hindia Belanda Tahun 1839-
1848. Jakarta: Arsip Nasional Republik Indonesia.

Sartono Kartodirdjo. 1992. Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah.


Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Skinner, C, ed. 2008. Syair Perang Mengkasar (terjemahan). Jakarta: KITLV.

Suraya Sintang. 2007. Sejarah dan Budaya Bugis di Tawau, Sabah. Sabah:
Universiti Malaysia Sabah.

Suriadi Mappangara dan Irwan Abbas. 2003. Sejarah Islam di Sulawesi Selatan.
Makassar: Biro KAPP Setda Propinsi Sulawesi Selatan berkerjasama
Lamacca Press.

Suriadi Mappangara, ed. 2004. Ensiklopedia Sejrah Sulawesi Selatan Sampai


Tahun 1905. Makassar: Dinas Kebudayaan dan pariwisata Propinsi
Sulawesi Selatan.

Sutherland, Heather. 1980. “Political Structure and Colonial Control in South


Sulawesi”. Dlm. R. Schefold, J.W. Schoorl and J. Tennakes, ed. Man,
Meaning and History: Essays in Honour of H.G. Schulte Nordholt.
Verhandelingen van het Koninklijk Instituut voor Taal, Land en
Volkenkunde: The Hague: 230-44.

Sutherland, Heather. 1983a. Terbentuknya Sebuah Elite Birokrasi (terjemahan).


Jakarta: Sinar Harapan.

Sutherland, Heather. 1983b. “Power and Politics in South Sulawesi: 1860-1880”.


Dlm. RIMA (17): 161-207.

Syahruddin Yassen. 2008. Maestero 27 Karaeng Bugis-Makassar. Makassar:


Pustaka Refleksi.

Usman Nomay. 2009. Orang Melayu di Makassar Abad XVI-XVII. Makassar:


Rayhan Intermedia.

Van Braam Morris, D.F. 1893. “Nota van Toelichting op het Contract Gesloten
met het Landschap Sawitto (Adjatapparang) op den 30 October 1890”.
Dlm. TBG, Jilid XXXVI.

Van Braam Morris, D.F. 1893. “Nota van Toelichting op het Contract Gesloten
met het Landschap Soeppa (Adjatapparang)”. Dlm. TBG, Jilid XXXVI.

Van Standen ten Brink, P. B. 1884. Zuid Celebes. Utrecht: Kemink & Zoon.
60

Wolhoff, G.J dan Abdurrahim. 1969. Sedjarah Gowa. Ujungpandang: Yayasan


Kebudayaan Sulawesi Selatan dan Tenggara.

Zainuddin Tika, M. Ridwan Syam, Rosdiana Z. 2008. Profil Raja-Raja Gowa.


Makassar: Pustaka Refleksi.