Sie sind auf Seite 1von 15

Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak terhadap Ibu Bapa

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang


bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan
seperjuangan. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari ini,
saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak terhadap Ibu Bapa”.

Hadirin yang dihormati,

Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam


hidup kita. Tanpa mereka, kita tidak mungkin wujud di alam
fana ini. Mereka telah banyak berkorban untuk kita. Sejak
kita lahir sehingga dewasa, merekalah yang membesar dan
mendidik kita tanpa jemu. Jadi, apabila dewasa kita
mestilah membalas jasa mereka walaupun mereka tidak
pernah minta dibalas.

Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Lebih-lebih


lagi di saat mereka memerlukan kasih sayang seorang anak
ketika usia mereka semakin lanjut dan uzur. Ketika itulah,
perhatian dan kasih sayang kita harus berikan kepada
mereka sebagaimana mereka memelihara kita dengan
penuh kasih sayang. Curahkan kasih sayang tanpa
berbelah bagi kepada mereka.
Akhir kata, sebagai seorang anak yang
bertanggungjawab, berbaktilah dan hargailah jasa mereka
ketika masih berkesempatan. Kasih sayang mereka tiada
ternilai dengan wang ringgit.

Sekian, terima kasih.


Faedah Makan Buah-buahan Tempatan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-
guru, serta rakan- rakan sekalian. Salam sejahtera saya
ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah


syarahan yang bertajuk ‘’Faedah Makan Buah-buahan
Tempatan’’. Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-
buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara. Sebagai
contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah manggis,
durian, tembikai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang


setanding dengan buah-buahan yang diimport. Contohnya,
buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau
mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan
yang kita makan.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil


dari dalam negara kita. Oleh sebab itulah, buah-buahan
tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan
pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buah-
buahan di seluruh negara.

Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih


murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini
kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang
tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan
berbanding buah-buahan yang diimport.
Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport ke
luar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan telah
dieksport ke luar negara seperti Arab Saudi, Amerika
Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan
tempatan juga digemari dan dipercayai dari segi mutunya.

Kesimpulannya, makan buah-buahan tempatan sangat


banyak faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat dan
bermutu. Makan buah-buahan tempatan juga dapat
meningkatkan pendapatan para petani. Oleh itu, makanlah
buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.


Guru Saya
Guru merupakan insan yang mulia. Oleh itu, kita mestilah
menghormati dan menghargai mereka. Selain itu, guru-guru
juga seperti ibubapa kita yang mendidik kita dan
menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh.

Guru yang saya paling kagumi ialah Puan Norida.


Beliau mengajar saya Bahasa Melayu dan Sains. Puan
Norida juga merupakan guru kelas saya bagi Tahun Enam.
Beliau berumur mungkin lebih daripada 40 tahun.

Saya sangat suka akan Puan Norida terutamanya


kerana beliau mengamalkan sikap dan nilai yang perlu kita
pelajari. Contohnya, beliau seorang yang baik hati.
Walaupun demikian, beliau tetap tegas. Puan Norida
selalunya membantu murid-murid yang lebih lemah dalam
pelajaran dan juga mendisiplinkan muri-murid yang nakal di
sekolah.

Selain itu, beliau juga mengambil berat terhadap


semua pelajar sama ada dalam akademik ataupun kesihatan.
Saya tidak akan lupakan kejadian itu, ketika Hari Sukan
yang lalu. Saya telah pengsan apabila perbarisan diadakan.
Apabila saya tersedar, saya nampak Puan Norida duduk di
sisiku. Rupa-rupanya, Puan Norida telah menjaga saya
selama masa saya terpengsan. Saya berasa sangat gembira
kerana Puan Norida ialah guru kelas saya.
Di samping itu, Puan Nprida juga mengajar kami
dengan cara-caranya yang tidak bosan seperti berbual
dengan kami ketika kami sedang membuat kerja,
memberikan banyak contoh yang berkaitan dengan topik
yang sedang diajarkan dan memberi pendekatan yang lebih
mudah difahami oleh kami. Ini menyebabkan ramai murid
yang suka akan beliau.

Puan Norida ialah guru mata pelajaran Sains di


sekolah saya. Namun begitu, beliau juga aktif dalam ko-
kurikulum di sekolah saya. Oleh itu, beliau pernah
mengetuai pasukan bola jaring dan berjaya merangkul johan
dalam pertandingan itu.

Saya sangat bangga kerana dapat diajar oleh guru


yang sungguh berdedikasi ini. Saya harap dapat pulang ke
sekolah saya dan dapat bertemu dengannya lagi pada masa
depan.
Pasar Malam
Jam pada tangan saya menunjukkan tepat pukul 8.00
malam. Sebaik-baik sahaja selesai menikmati hidangan
makan malam, ibu mengajak saya pergi ke pasar malam
yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Kami ke sana
dengan berjalan kaki dan mengambil masa selama 10 minit
sahaja.

Setibanya di sana, saya dapati orang ramai telah pun


berasak-asak berjalan di antara gerai-gerai yang terdapat di
pasar malam tersebut. Mereka terdiri daripada pelbagai
kaum iaitu Melayu, India dan Cina. Saya dan ibu saya terus
menuju ke gerai yang menjual sayur-sayuran. Suasana pada
ketika itu riuh-rendah dengan orang ramai yang
mengunjungi pasar malam itu. Ibu membeli sayur-sayuran
segar yang dijual di situ kerana harganya sangat berpatutan.
Setiap kali pergi ke pasar malam, ibu pasti akan membeli
sayur-sayuran di gerai itu. Ketika ibu sedang membeli sayur-
sayuran, saya mengambil kesempatan untuk pergi ke gerai
bersebelahan untuk membeli ayam goreng. Saya membeli
beberapa ketul ayam goreng berempah dari gerai tersebut.
Tidak jauh dari situ, kedengaran suara para penjual berteriak
memanggil para pelanggan supaya membeli barang-barang
di gerai mereka. Saya terus ke gerai sayur-sayuran untuk
mendapatkan ibu saya.
Selepas itu, ibu mengajak saya pergi ke gerai menjual
pakaian wanita yang terletak tidak jauh dari situ. Kami
terpaksa berjalan perlahan-lahan ke gerai tersebut kerana
keadaannya sungguh sesak. Semasa berjalan kami
terserempak seorang peminta sedekah yang kudung
kakinya, duduk di atas jalan raya sambil menadahkan
tangannya untuk meminta sedekah daripada orang ramai
yang lalu-lalang di situ. Saya begitu bersimpati dengan
peminta sedekah itu, dan menghulurkan wang sebanyak
RM5.00, lalu beredar dari situ. Setibanya digerai menjual
pakaian wanita, ibu saya membeli beberapa helai baju yang
digemarinya.

Sebelum pulang, saya membeli dua keping apam balik,


selonggok jagung rebus dan sebungkus kacang kuda untuk
dibawa pulang ke rumah. Pada ketika itu, orang ramai yang
berada di pasar malam itu mulai berkurangan kerana telah
pulang ke rumah masing-masing. Suasana mulai agak sunyi,
hanya kedengaran bunyi generator milik para peniaga yang
juga mulai mengemas barang-barang mereka.

Kami pun pulang ke rumah sambil menjinjing beg


plastik yang dipenuhi dengan barang-barang yang kami beli.
Sesungguhnya pengalaman pergi ke pasar malam bersama
ibu saya sememangnya amat menyeronokkan. Jika ada
peluang, saya pasti akan mengikut ibu saya ke pasar malam
lagi.
Faedah Menabung
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-
guru, serta rakan- rakan sekalian. Salam sejahtera saya
ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan


sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah Menabung’’.
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang
untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk
sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat


mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita
perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita
hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah.
Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke
dalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang


simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk
menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga
membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita
sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap
kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila


ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh
digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini
juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau
ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta
kepada orang lain.
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan
kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan
mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang
ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa
hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak
menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan


banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena,
jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung
dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Faedah Membaca Buku

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-


guru, serta rakan- rakan sekalian. Salam sejahtera saya
ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan


sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah Membaca Buku’’.

Membaca adalah salah satu amalan yang amat


berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat
memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.

Seseorang yang suka membaca mempunyai


minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti
buku-buku ilmiah boleh merangsang pemikiran kita.
Oleh itu, pemikiran kita senantiasa kreatif, kritis dan
mempunyai wawasan.

Amalan suka membaca juga boleh meningkatkan


perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca
buku-buku cerita, novel dan makalah. Perbendaharaan
kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun
bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita
untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, amalan suka membaca boleh


menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka
membaca buku-buku tentang sains dan sejarah yang
boleh kita dapati di perpustakaan. Dengan itu,
pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah
boleh ditingkatkan dan sekaligus membantu dalam
proses pembelajaran di sekolah.
Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi
masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-
buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat
bermanfaat kepada kita daripada membuang masa
dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh
itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang


mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus
memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak
kata orang bijak pandai, "Membaca Jambatan Ilmu".
Sekolah Saya

Sekolah saya bernama SJK (C ) Pu Sze.Sekolah saya


terletak di Skudai, Johor.Kawasan sekolah saya besar,ceria
dan bersih.

Bangunan sekolah saya terdiri daripada dua blok,iaitu


blok A dan blok B.Terdapat 45 buah bilik darjah di sekolah
saya.Di sekolah saya juga terdapat bilik-bilik khas.Antaranya
termasuklah dewan kuliah, perpustakaan, makmal sains,bilik
muzik,bilik komputer dan kantin.

Murid-murid di sekolah saya belajar dalam dua


sesi,iaitu sesi pagi dan sesi petang.Terdapat kira-kira 150
orang guru dan kira-kira 3000 orang murid belajar di sekolah
saya.Guru Besar sekolah saya bernama Ong Min
Yock.Beliau seorang guru besar yang peramah,mesra tetapi
tegas.Semua guru di sekolah saya berdedikasi, rajin dan
bertanggungjawab.Selain itu,murid-murid juga berbudi
bahasa dan rajin belajar.

Murid-murid di sekolah saya juga menyertai pelbagai


aktiviti kokurikulum.Antaranya termasuklah pasukan badan
beruniform,persatuan,sukan dan permainan.Murid-murid
menjalankan aktiviti tersebut pada hari Sabtu.

Pencapaian murid-murid di sekolah saya sungguh


menggalakkan.Mereka sentiasa belajar dengan bersungguh-
sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.Murid-murid juga turut mengharumkan nama
sekolah dalam pelbagai pertandingan.
Saya suka akan sekolah saya.Saya suka belajar di
sekolah ini kerana sekolah ini selesa dan berpotensi.
Hari Jadi Saya

Pada hari minggu yang lepas, saya telah meraikan hari jadi
saya yang ke-10 di rumah saya. Saya telah menjemput
semua rakan sekelas ke majlis hari jadi saya.

Pada hari tersebut, ayah dan abang sibuk


menghias ruang tamu dengan belon dan reben yang
beraneka warna. Saya dan kakak pula membantu ibu
menyediakan makanan di dapur.

Ibu telah menyediakan pelbagai jenis


makanan yang enak. Antaranya ialah nasi minyak, mi
goreng, ayam goreng, keropok, agar-agar, jus buah-buahan
dan lain-lain lagi. Ibu juga membuat sebiji kek yang besar
untuk saya. Kami menghidangkan makanan dan kek di atas
meja.

Kira-kira pada pukul 6.00 petang, kawan-


kawan pun tiba. Mereka membawa hadiah untuk saya. Saya
menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka.
Semua kawan berdiri mengelilingi saya. Kami menyanyi lagu
“Selamat Hari Jadi” sambil bertepuk tangan dengan gembira.

Selepas membuat hajat, saya pun meniup


lilin lalu memotong kek. Saya menjemput kawan-kawan
menikmati kek dan makanan yang dihidangkan di atas meja.

Selepas menjamu selera, kami bermain


permainan bahasa dan meniup belon di halaman rumah.
Saya juga mengambil gambar bersama kawan-kawan untuk
dijadikan kenangan.
Pada pukul 10.00 malam, majlis hari jadi
saya telah berakhir. Semua kawan pun pulang ke rumah ke
rumah masing-masing. Saya berasa sangat gembira kerana
mendapat banyak hadiah pada hari jadi saya.

Das könnte Ihnen auch gefallen