Sie sind auf Seite 1von 2

Remaja, ibu bapa disaran belajar

sejarah Muhamad al-Fateh


HARAKAHDAILY

09 DECEMBER 2017

BERITA
 NEXT ARTICLE 10,000 berhimpun di kedutaan bantah Trump
TYPOGRAPHY

 MEDIUM
 DEFAULT
 READING MODE

SHARE THIS

PARA remaja dan ibu bapa disaran belajar daripada sejarah kehebatan dan
kecemerlangan Sultan Muhamad al-Fateh, pemerintah empayah Turki
Uthmaniyah.
Saranan ini dibuat oleh Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Ustaz Hasbullah
Mohd Ridzwan dalam ucapannya semasa majlis Perasmian Penutup Daurah
Kefahaman Islam serta Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin dan
Anak Yatim di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, Gombak Selangor hari
ini.
“Sultan Muhamad al-Fateh berjaya memimpin angkatan tenteranya menawan
kota Konstantinopel pada usianya baru 21 tahun. Sejarah hidupnya dimulakan
hanya sebagai anak yang biasa-biasa sahaja dan bukan calon utama
menggantikan ayahnya Sultan Murad II.
“Namun, kematian dua orang abangnya akibat dibunuh menyebabkan beliau
dididik dan dipersiapkan untuk menjadi sultan. Ayahnya menekankan
kepentingan pendidikan awal dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada
dua orang ulama.
“Ketika berusia 8 tahun Sultan Muhamad telah hafal al-Quran, pada usia 9
tahun telah ditugaskan memegang jawatan Sultan menggantikan ayahnya.
Usia 10 tahun telah mahir beberapa bahasa dunia. Dalam mendidiknya
ditekankan kaedah ‘roti dan rotan’ (reward & punisment),” kata Ustaz
Hasbullah.
Menurut Ustaz Hasbullah lagi, semua bakal sultan didoktrinkan untuk
menawan kota konstantinopel, dan mengimpikan merekalah insan yang
disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW ‘ketua yang terbaik dan tentera
yang terbaik’.
Beliau menekankan peranan ibu bapa dalam membentuk disiplin, matlamat
dan kejayaan anak-anak.
Dalam majlis tersebut seramai 110 remaja menyertai program daurah.
Mereka berpeluang belajar pelbagai ilmu fardu ain termasuklah pengurusan
jenazah dan sembelihan. Program tersebut berlangsung selama 10 hari
bermula pada 27 November hingga 9 Disember, Isnin hingga Jumaat dan hari
ini merupakan majlis penutup dan penyampaian hadiah dan sijil.
Selain itu turut disampaikan sumbangan kepada 83 fakir miskin dan 71 anak
yatim.
Majlis turut dimeriahkan dengan alunan bacaan al-Quran, azan dan
persembahan nasyid oleh peserta daurah yang menjadi johan dalam
pertandingan ketika program ini. Turut hadir ialah Timbalan Nazir Masjid al-
Khairiyah Taman Seri Gombak, Wan Nawawi Wan
Dagang. – HARAKAHDAILY 9/12/2017

Das könnte Ihnen auch gefallen