Sie sind auf Seite 1von 13

1

PENDIDIKAN

Menurut tatabahasa Melayu, pendidikan bermaksud perihal mendidik, pengetahuan


mendidik, didikan latihan dan ajaran. Istilah pendidikan dalam bahasa Inggeris dikenali
sebagai education yang bererti pendidikan dan latihan. Manakala bahasa Arab istilah
ini dikenali sebagai tarbiah yang bererti pemeliharaan, asuhan dan didikan.1 Syed
Muhammad Naquib al-Attas menterjemahkan pendidikan sebagai satu proses menanam
sesuatu ke dalam jiwa manusia. Beliau menghuraikan proses ‘menanam’ tersebut
adalah merujuk kepada metode dan sistem yang dipanggil pendidikan sebagai
menyampaikan ilmu secara menanamkan gagasan ini sedikit demi sedikit.2

Fathi Yakan menyatakan pendidikan secara umumnya adalah satu proses untuk
membina individu dan masyarakat berdasarkan asas kefahaman ideology dan nilai
murni yang khusus. Bagi Iman al-Ghazali, beliau menyatakan bahawa pendidikan ialah
perkembangan bakat dengan cara menghindarkan segala penghalang atau rintangan.
Daripada beberapa pengertian yang dikemukakan oleh para ilmuan di atas menunjukkan
bahawa pendidikan merupakan satu proses menyampaikan ilmu kepada seseorang yang
belum memilikinya untuk diguna pakai oleh individu tersebut dalam kehidupan
seharian.

Dalam masyarakat Melayu, sudah ada sistem pendidikan yang telah diguna
pakai secara tradisional sebelum penjajahan. Pendidikan secara tradisional Melayu
terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan
formal adalah satu sistem pendidikan yang didapatinya dengan cara mempelajari dari
gurunya dan kitab-kitab dan pendidikan tidak formal ialah satu pernindahan budaya dan
ni!ai-nilai masyarakatnya dan pengaruh luar dari masyarakat yang diperhatikan dan
dijadikan panduan hidup demi memperbaiki Iagi kelemahan diri.3

1
Hasan Langgulung, Asas-Asas Pendidikan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,
hlman 5.
2
Syed Muhammad Naquid al-Attas, The Concept of Education in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1999,
hlman 13.
3
Ramlah Adam, Sistem Pendidikan Pada Zaman Abdullah Munshi: Satu Kajian Kes, Jurnal Pengajian
Melayu, Jilid 7, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, 1997, hlman 50.
2

PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Sebelum kedatangan Islam, pendidikan secara tidak formal untuk kanak-kanak


dijalankan di dalam sesebuah keluarga dan kemudiannya dikendalikan pula oleh
seseorang yang mempunyai kepandaian di dalam sebuah masyarakat. Menerusi
pendidikan tersebut kanak-kanak belajar tentang adat resam dan sistem kepercayaan
masyarakat Melayu. Semasa kanak-kanak membesar, mereka mempelajari pula secara
tidak langsung cara-cara untuk menyesuaikan diri di datam masyarakat. Sementara itu,
ada juga pendidikan yang dikendalikan oleh guru-guru yang pakar dalam bidang-
bidang yang diperlukan oleh masyarakat pada masa itu.4

Sementara itu ada juga pendidikan yang dikendalikan oteh guru-guru yang
mahir dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh masyarakat pada masa tersebut.
Pengetahuan dan kemahiran masyarakat Melayu antaranya termasuklah ilmu ukiran,
anyaman bakul, ilmu mempertahankan diri, ilmu kias dan raksi, ilmu mentafsir mimpi
dan ramalan, ilmu bedil, ilmu pertukangan (dalam pembuatan rumah, senjata, perahu,
lesung, kuku kambing), ilmu perlombongan, ilmu perdukunan, ilmu perdalangan, ilmu
pertanian dan perikanan.5 Sernua ilmu tersebut diperturunkan daripada generasi tua
kepada generasi muda turun temurun untuk digunakan dalam kehidupan seharian
mereka.

Bagi anak-anak perempuan mereka banyak dididik oleh ibu, ibu saudara dan
kakak yang mengajar mereka tentang kerja-kerja rumah dan kemahiran tangan seperti
ilmu menenun dan menjahit di samping menurunkan kepada mereka warisan kekayaan
tradisi. Apabila mencapai usia lebih kurang lima atau enam tahun, anak-anak ini
diharapkan oleh ibunya untuk memasak, mengemas rumah dan membasuh pakaian.6
Walau bagaimanapun, anak gadis yang cukup dewasa dan cukup besar untuk
membantu kerja rumah dan baligh akan menjadikan pergerakan anak perempuan
berkenaan akan disekat jika berada di luar rumah. Ianya akan diajar supaya bersopan-

4
Ismail Hamid, Islamic Civilization in The Malay Word, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1997, hlman 199.
5
L. Manderson, Wanita, Politik dan Prubahan: Pergerakan Kaum Ibu UMNO, Malaysia 1945-1972,
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1981, hlman 22-24.
6
Ibid.
3

santun, lemah-lembut dan bersikap homat sesuai dengan perwatakan seorang gadis
malahan bakal suaminya juga akan ditentukan oleh kedua orang tuanya.

Dalam masyarakat Melayu tradisi, malah berlanjutan hingga ke hari ini seorang
anak itu dibekalkan dengan kemahiran praktikal yang perlu bagi mengambil alih
peranan ibu bapa apabila dewasa. Lazimnya. kemahiran praktikal ini dihubungkan
dengan ‘gender' atau jantina. Zaman kanak-kanak anak muda Melayu samada lelaki
atau perempuan mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Di kawasan luar bandar
bapa akan melatih anak lelakinya dengan tugas dan tanggungjawab serta kerja-kerja
berat yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki seperti ilmu belayar dan persilatan. Ibu
pula berperanan melatih anak perempuan dengan tugas-tugas domestik (keperluan
rumah tangga) sebagai persediaan apabila anak perempuannya itu berkahwin, menjadi
isteri dan seterusnya bergelar ibu.

Satu cara lain dalam mengembangkan ilmu secara tidak langsung ialah melalui
cerita yang disampaikan oleh Penglipur Lara selain nasihat dan pengajaran melalui
pantun, puisi, syair dan sebagainya. Penglipur Lara iaitu seorang pencerita yang mahir
menyampaikan cerita secara lisan. Penglipur Lara memperolehi koleksi cerita
daripada bapanya dan ia menceritakan semula kepada anak-anak atau kanak-kanak
yang lain. Melalui cara ini cerita-cerita ini dapat di sampaikan dari satu generasi ke
satu generasi yang lain. Cerita-cerita yang di sampaikan terdiri daripada pelbagai
jenis, ada yang menceritakan kisah raja, pahlawan dan haiwan. Selain itu penyerapan
nilai-nilai murni dan pendidikan ke dalam cerita-cerita bertujuan mempengaruhi
tingkahlaku pendengarnya.7

Urnumnya pendidikan sebelum kedatangan Islam adalah berteraskan alam


semula jadi dengan kehidupan seharian dan juga adat resam yang menjadi ikutan
sesebuah masyarakat. Pendidikan juga disampaikan melalui lisan secara turun
ternurun dari generasi ke satu generasi.

7
Ea Ah Meng, Pendidikan di Malaysia II, Cetakan Kedua, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.,1999,
hlman 6.
4

PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Perkembangan pendidikan Islam di Tanah Melayu bermula apabila raja Melaka yang
pertama iaitu Parameswara (kemudian dikenali sebagai Megat Iskandar Shah telah
memeluk Islam pada 1414M.8 Keislaman baginda turut diikuti oleh para pembesar
kerajaan dan rakyat jelata. Bagi memantapkan kefahaman tentang Islam, baginda
mempelajari Islam daripada para ulama dan pendakwah yang datang berdakwah ke
Melaka. Peranan Kerajaan Pasai sebagai pusat pertama tamadun Melayu Islam yang
pertama diperkukuhkan oleh Melaka apabila Melaka berkembang menjadi sebuah
empayar besar dan menjadi pusat keilmuan dan penyebaran Islam di alam Melayu.
Melaka menjadi pusat keilmuan yang menarik ribuan pelajar dan ulama dari serata
dunia seperti Maulana Abu Bakar, Makhdum Sadar Johan, Maulana Jalal al-Din dan
lain-lain.9 Perluasan empayar kesultanan Melayu Melaka, Ríau dan Brunei pada
kurun kelima belas telah turut mengembangkan agama Islam dan institusi pendidikan
formal. pengajian Islam di negeri-negeri jajahan takluk kesultanan tersebut

Bentuk pendidikan yang paling awal dipercayai wujud bagi anak Melayu
setelah kedatangan agama Islam adalah sekolah al-Quran. Pada peringkat ini, ibu bapa
akan mengamanahkan anak-anak mereka yang berumur antara enam atau tujuh tahun
kepada seorang guru agama untuk diajar tentang ilmu pengajian Islam. Antara isi
kandunganpelajaran yang diikuti oleh anak-anak ini adalah asas-asas berkaitan
tentang agama Islam terutama sekali ialah mempelajari cara mendirikan sembahyang.
Sekolah al-Quran ini antaranya merupakan rumah kediaman guru agama berkenaan,
masjid atau pun surau di dalam kampung berkenaan.10 Pendidikan, khususnya yang
berbentuk bukan formal dipercayai telah berkembang bersama-sama dengan
penyebaran agama Islam di Tanah Melayu serta Kepulauan Melayu pada abad
keempat belas.

8
Abu Hasan Sham, Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors, 1977, hlman 95.
9
W.G. Shellabear (ed) Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1977, hlman 114-115
10
Rosnani Hashim, Educational Dualism in Malaysia: Implication for Theory and Practice, Kuala
Lumpur: Oxford University Press, hlman 19.
5

Pendidikan Islam di Tanah Melayu bermula dari zaman Kesultanan Melaka di


mana pada masa tersebut tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama sama ada
golongan pedagang, pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera
berketurunan sayid dan syeikh. Para pemerintah Melaka turut mengalakkan rakyat
jelata supaya memberikan perhatian yang berat terhadap amalan agama disamping
penglibatan para pemerintah sendiri. Begitu juga sanjungan tinggi yang diberikan
pemerintah kepada kitab-kitab agama dan hukum-hukum agama. Sultan Mansur Shah
memberikan penghormatan yang begitu tinggi dan memuliakan kitab Darul Mazlum
dan menghantar kitab tersebut ke Pasai untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa
Melayu. Baginda turut menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai bagi mendapatkan
penjelasan daripada Makhdum Musa berkenaan kedudukan ahli syurga dan neraka
sama ada kekal atau tidak di dalamnya.11

Selain orang Melaka sendiri, ramai juga penuntut yang berasal dari tempat-
tempat lain di kepulauan Melayu yang belajar di Melaka yang apabila pulang ke tanah
air telah menjadi penyebar agama Islam dan sesetengahnya menubuhkan pusat-pusat
pendidikan Islam mereka sendiri seperti beberapa tokoh Wali Songo iaitu Sunan
Bonang dan Sunan Giri.12 Tradisi keilmuan ini mencapai kemuncak pada zaman Aceh.
Di Aceh lahirnya tokoh-tokoh ilmuan Islam yang penting seperti Hamzah Fansuri,
Nuruddin al-Raniri, Shamsudin al-Sumaterani dan lain-lain. Tidak kurangnya di
Melaka, ramai tokoh yang dilahirkan seperti Tun Bija Wangsa, Tun Isap Masai, Tun
Muhammad dan lain-lain. Tradisi keilmuan ini disambung di seluruh alam Melayu
melalui pelbagai kerajaan Melayu Islam termasuklah di Patani, Terengganu, Kelantan,
Bentan, Demak, Sulu, Banjarasin, Brunei dan lain-lain.

llmu pengetahuan masyarakat Melayu semakin berkembang dan pelbagai ilmu


baru diperkenalkan seperti ilmu Fekah, Tauhid, Kalam, Hadis dan Ulum al-Quran.13
Kitab-kitab agama (kitab Jawi) ditulis dan disalin dan dikarang semula oleh ulama.
Salah satu contoh ialah kitab al-Aqa'id al-Nasafiyah yang dianggap oleh Syed

11
W.G. Shellaber (ed), op.cit., hlaman 114-115.
12
Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun
Dunia Alaf Ketiga, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, 2001, hlman 51.
13
Mohd Jamil bin Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Melaka: Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia, 2004, hlman 135.
6

Muhammad Naquib al-Attas sebagai 'the oldest known manuscript' yang bertarikh 998
Hijrah atau 1590 Masihi. llmu-ilmu Islam berkembang selari dengan perkembangan
Islam di Alam Melayu. Dakwah Islamiah tersebar melalui proses pengilmuan sehingga
mampu mempengaruhi akal dan jiwa masyarakat Melayu. Dakwah ini juga mendapat
sokongan dan bantuan dari istana-ístana kesultanan Melayu.14 Selain kitab-kitab, ilmu
tradisi Melayu juga turut berkembang melalui hikayat dan syair.

Kesimpulannya Islam telah merubah corak hidup masyarakat Melayu dengan


pendldikan Islam yang lebih teratur dan sistematik. Islam juga telah membuka fikiran
orang Melayu betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian dan
Islam sendiri mewajibkan semua orang Islam menuntut ilmu

KEILMUAN DAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Dengan tersebarnya agama islam, maka terbentuklah beberapa jenis institusi yang
menyampaikan ajaran agama islam itu dalam kalangan penduduk tempatan di
Nusantara ini. Tradisi keilmuan dalam tamadun Melayu banyak diasaskan oleh
adanya tradisi pendidikan yang cemerlang dan tersusun yang telah wujud terutama
sejak kedatangan Ialam di alam Melayu. Peranan sistem pendidikan ini telah
menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan hingga mencapai tahap yang
tinggi dan dalam masa yang sama melahirkan golongan ulama dan cendekiawan
Melayu yang ulung seperti Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji Mushi, Abdullah Munshi
dan ramai lagi. Bidang keilmuan yang berkembang ini tidak sahaja melibatkan bidang
ilmu-ilmu keagamaan tetapi juga bidang kesusasteraan, kesenian, bahasa, ilmu
perubatan, dan sebagainya.

ISTANA

Pada peringkat awal, pusat pendidikan adalah di istana. Pada zaman kesultanan
Melayu Melaka, pendidikan yang mendapat keutamaan ialah pendidikan islam. Istana

14
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd., 2008, hlman 365.
7

juga dijadikan perpustakaan atau tempat penterjemahan dan penyalinan buku dan
kitab. Kitab-kitab agama sangat dimuliakan dan disimpan di istana. D.G Hall (1979)
menyatakan bahawa istana-istana pada zaman itu telah menjadi pusat mengajian islam
dan mengeluarkan hasil sastera dan penulisan yang sebahagiannya masih lagi terdapat
pada hari ini.15 Contohnya, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
dan al-Durr al-Manzum telah disimpan dan menjadi bahan bacaan di istana.

Istana Melaka menjadi tempat perbincangan ilmu agama dan pusat pengajian
bagi putera-putera raja di seluruh alam Melayu. Ia juga berfungsi sebagai
perpustakaan, tempat penyalinan dan penterjemahan. Raja-raja Melaka seperti Sultan
Mansur Shah dan Sultan Mahmud Shah pernah mempelajari ilmu agama di istana
malahan mereka telah memerintahkan pegawai-pegawai kerajaan mempelajari ilmu
agama. Istana raja-raja Melayu menjadi pusat pendidikan penting bagi anak-anak raja
daripada golongan bangsawan di samping menjadi pusat tumpuan ahli-ahli bijak
pandai dan para ulama. Mengikut catatan Ibn Batutah, istana raja Pasai merupakan
pusat pengajian Islam yang terulung pada abad ke-14 masihi. Perbincangan dan
perdebatan isu-isu agama sering diadakan di istana sultan. Perbincangan turut disertai
oleh para ulama dan sultan Pasai ketika itu iaitu Sultan Malik al-Zahir.16

Ulama dan pendakwah pada peringkat awal mengajar raja dan pembesar-
pembesar Melayu di istana-istana mereka sendiri. Sebahagia besar golongan ini terdiri
dari bangsa Arab. Antaranya Makhdum Saiyid Abd Aziz, Kadi Yusof, Maulana Abu
Bakar, Maulana Sadar Johan, dan lain-lain. Mereka merupakan pedagang atau
mubaligh yang mendapat tempat istimewa di dalam kerajaan Melaka. Sultan sendiri
menimba ilmu daripada mereka ini seperti Sultan Mahmud Shah yang mengunjungi
rumah Maulana Yusuf untuk mempelajari kitab Ma’lumat. Kitab-kitab yang
dipercayai menjadi pegangan di Melaka ialah al-Dar al-Manzum oleh Abu Ishak al-
Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al-Talibin oleh al-Nawawi.17

15
D.G.Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlman 269.
16
Mahayuddin Yahaya, Tamadun Islam, Shah Alam: Fajar Bakti, 2000, hlman 313.
17
Ibid.
8

Gambar 1 : Replika Istana Melaka, Muzium di Melaka

Gambar 2: Gambara Suasana Istana Melaka di Muzium Melaka Sebagai Pusat


Kegiatan Ilmu
9

MASJID

Masjid merupakan nadi kepada gerakan dakwah Islam. Ia sangat diperlukan dalam
sesebuah masyarakat Islam kerana ia bukan sahaja tempat beribadat tetapi juga tempat
bermesyuarat dan tempat menyampaikan ilmu. Di mana Islam bertapak, di sana akan
didirikan masjid kerana ia merupakan Sunnah Nabi. Sejak dari peringkat awal, masjid
telah memainkan peranan dalam penyebaran ilmu agama seperti masjid-masjid yang
terdapat di negara-negara Islam di Asia Barat dan Afrika Utara. Masjid di kepulauan
Melayu ini selain daripada tempat beribadat ia juga tempat menyampaikan ilmu
agama. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Patani ada menyebutkan
tentang masjid dan menyatakan kegunaannyasebagai tempat beribadat dan tempat
belajar.18

Di Aceh, setelah agama Islam bertapak kuat, masjid mula dijadikan tempat
belajar tetapi untuk peringkat rendah sahaja seperti mengenal huruf dan membaca al-
Quran. Di Samudra Pasai, masjid bukan hanya berfungsi sebagai tempat beribadat
seperti sembahyang tetapi pusat keilmuan yang amat penting. Di sinilah terdapatnya
kelas-kelas pendidikan keilmuan Islam. Halqah ( linkungan mengaji) yang selalunya
mempunyai sambungan dengan masjid merupakan tempat pengajian yang utama.
Halqah ini diketua oleh seorang guru yang dipanggil sheikh yang dibantu oleh
beberapa orang pembantu yang dilantik sama ada oleh sultan atau penduduk
tempatan. Salah seorang pelajar keluaran Halqah ialah Nur al-Din Ibrahim Maulana
Izra’il yang kemudiaannya dikenali sebagai Sunan Gunung Jati, salah seorang dari
Wali Sembilan.19

RUMAH MAULANA

Sejarah Melayu ada mencatatkan bahawa rumah-rumah maulana merupakan pusat-


pusat pengajian agama sehingga sultan sendiri jika hendak belajar terpaksa pergi ke
rumah maulana itu. Dalam Sejarah Melayu mencatatkan tentang peristiwa Sultan
Mahmud terpaksa berjalan kaki dan membawa kitabnya sendiri untuk belajar di

18
Ahmad Jelani Halimi, op.cit , hlman 373.
19
Mahayuddin Yahaya, op.cit, hlman 321.
10

rumah maulana Yusof.20 Walaupun demikian, para maulana tidak ramai dan mereka
hanya terdapat di sekitar bandar dan pelabuhan besar sahaja. Tidak ada catatan
mengenai para maulana yang masuk ke kewasan pedalaman untuk menyebarkan
ajaran Islam. Sungguhpun begitu, hingga abad ke-19 masihi masih wujud pengajian
di rumah-rumah maulana. Akan tetapi, kebiasaanya pusat pengajian ini kemudiaanya
bertukar menjadi institusi pondok setelah ramai para pelajar berkampung di sekitar
rumah-rumah maulana itu. Antaranya, Pondok Tok Kenali di Kelantan yang asalnya
pengajian di rumah Tok Guru itu sendiri.

PONDOK, DAYAH DAN SURAU

Institusi ini diberi nama berlainan di kawasan-kawasan yang terdapat di kepulauan


ini. Di semenanjung (termasuk Patani) , ia dikenali sebagai pondok, di Aceh dikenali
sebagai dayah, di Minangkabau (Sumatera Barat) dikenali sebagai surau, di Jawa
dikenali sebagai pesantren dan di Sulawesi ia dikenali sebagai pengajian. Walaupun
nama-namanya berbeza akan tetapi pada umumnya bentuk fizikal institusi ini sama.
Pada umumnya institusi ini mempunyai balai (tempat pengajian), rumah tok guru
yang biasanya bersambung dengan balai, sebuah masjid atau surau tempat berjemaah
ditempatkan ditengah-tengah dan asrama untuk pelajar.

Di tanah Melayu, usaha penubuhan pondok dilakukan oleh para ulama Melayu
yang telah pulang dari Timur Tengah dan pusat pendidikan tempatan. Di Terengganu,
pengajian pondok diasaskan sejak kurun ke-17 oleh Syekh Abdul Malik atau Tok
Pulau Manis.21 Pelajar-pelajar daripada lulusan pondok boleh melanjutkan pelajaran
ke Asia Tengah terutama ke Makkah. Di Jawa, asal pesantren dikatakan dibangunkan
di Demak kira-kira 1513 masihi yang pernah menjadi pusat pendidikan utama di
Pulau Jawa. Peranan Demak sangat besar sebagai pusat pendidikan dan penyebaran
Islam di Jawa yang sangat terkenal dengan peranan Sembilan Wali. Di Minangkabau,

20
W. G. Shellabear, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1967, hlman 27.
21
Mohd Abu Bakar, Dari Pusat ke Pinggiran: Institusi Pondok di Malaysia, dalam Ismail Hussein
(peny.) Tamadun Melayu , Jilid Tiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hlman 1165.
11

institusi pendidikan diasakan oleh Burhan al-Din di kampung halamannya di Ulakan


yang dinamakan ‘surau’.

Tingkat pelajaran yang diajarkan adalah tingkat menengah, iaitu tingkat


pengajian kitab kecuali di Minangkabau. Di surau-surau di Minangkabau, pendidikan
Islam yang diberikan adalah dari peringkat asas lagi, iaitu mengenal huruf hingga
boleh membaca al-Quran dan kemudian baru mengikut pengajian kitab. Di samping
itu, cara belajarnya adalah sama dengan cara belajar di masjid di Makkah dan
Madinah, iaitu cara halaqah dan menadah kitab. Para pelajar duduk dalam satu
bulatan dan separuh bulatan manakala guru duduk di tengah. Setiap pelajar akan
menadah kitab mereka dan mengikut bacaan guru secara senyap. Selepas itu, guru
akan menterjemah dan menerangkan maksud perkara yang dibacanya itu. Di
Minangkabau, hanya mendengar sahaja penerangan guru, tetapi pondok-pondok di
semenanjung dan di Jawa mereka akan membuat catatan-catatan di satu ruang di kiri
kanan kitab itu yang dikenali sebagai dabit.22

MEUNASAH DAN MADRASAH

Meunasah dan madrasah mempunyai maksud yang sama, iaitu tempat belajar atau
sekolah. Walaupun demikian, wujud perbezaan daripada segi fungsinya. Di Aceh,
meunasah bukan sahaja tempat tempat belajar tetapi juga sebagai tempat berjamaah
selain digunakan sebagai dewan untuk kegiatan kenduri maulud, tempat bermesyuarat
dan sebagainya. Sebagai sebuah sekolah, kurikulum yang diajar di meunasah tidak
sama seperti yang diajar di madrasah. Pelajar yang diajar adalah pelajaran asas, iaitu
mengenal huruf dan membaca al-Quran. Guru yang mengajar di meunasah dikenali
sebagai Teunku Imum Meunasah.23 Madrasah jenis ini mempunyai bentuk fizikal dan
kurikulum yang sama seperti yang terdapat di Asia Barat. Walaupun begitu, madrasah
jenis ini merupakan sesuatu yang baru dalam sistem pendidikan Islam di Kepulauan
Melayu. Ia merupakan satu fenomena moden abad ke-20 masihi dalam pendidikan
Islam yang muncul bersama-sama Kaum Muda di Indonesia dan Tanah Melayu. Di

22
Ahmad Jelani Halimi, op.cit , hlman 375-376.
23
Taufik Abdullah (ed), Agama dan Perubahan Sosial, Jakarta: CV.Rajawali, 1983, hlman 19.
12

Aceh, madrasah pertama yang dibina ialah Madrasah Khairiyah oleh Tuanku Raja
Keumala. Kemudiaan diikuti Madrasah Adabiah yang didirikan oleh Syekh Abdullah
Ahmad. Di tanah Melayu, dibina sebuah madrasah di Kelantan iaitu Madrasah
Muhammadiah al-Arbiah.24

JAMI’AH BAIT AL-RAHMAN

Pelajaran yang diajar di pondok, pasantren dan sebagainya itu adalah pelajaran di
peringkat menengah. Untuk melanjutkan pelajaran atau untuk mempertingkatkan lagi
ilmu mereka, para pelajar yang telah tamat pengajian mereka di pondok-pondok
digalakkan belajar di Makkah. Namun ini bukan bermakna di Nusantara tidak wujud
penguruan tinggi agama Islam. Di Aceh, terdapat perguruan tinggi Islam yang
dikenali sebagai Jami’ah Bait al-Rahman bertaraf universiti yang dijadikan sebagai
Universiti Baiturrahman. Universiti ini telah didirikan oleh Sultan Ali Moghayat Shah
yang mempunyai 17 fakulti yang bukan hanya tentang hal ehwal agama tetapi juga
mengenai ilmu-ilmu duniawi.25 Kepelbagaian fakulti atau Darul di Universiti
Baiturrahman ini menjadi bukti kukuh ketinggian ketamadunan Melayu umumnya
dan kehebatan serta keintelektualan masyarakat Aceh khususnya pada zaman itu.
Keadaan ini dibuktikan melalui seorang pengembara Perancis iaitu Beaulieu yang
pernah berkunjung ke Aceh dalam abad ke-17 dengan menyatakan bahawa di Aceh
ketika itu sedang berkembangnya ilmu pengetahuan hingga dikatakannya bahawa di
Aceh tiada lagi orang yang buta huruf.

Kesimpulannya, setelah Islam berkembang pesat maka institusi pengajian


Islam juga kian berkembang dan wujudlah institusi pengajian Islam secara formal
seperti surau, masjid dan pondok. Walupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada
tahun 1511, legasi kepimpinan Islam diteruskan di Aceh yang kemudiaannya muncul
sebagai pusat terpenting Tamadun Melayu Islam. Melalui pendidikan Islam juga
pusat-pusat paradaban Melayu muncul dengan kegemilangan peradaban Melayu-

24
Nik Abdul Aziz Hj. Nik Hassan (ed), Islam Di Kelantan, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia,
1983, hlman 11.
25
A. Hasjmy, Kebudayaan Aceh Dalam Sejarah, Jakarta: Benua, 1983, hlman 93-94.
13

lslam. Berdasarkan penyebaran agama Islam juga peradaban Melayu menuju


kegemilangannya sama dengan kegemilangan peradaban Islam di Asia Barat.

Das könnte Ihnen auch gefallen