Sie sind auf Seite 1von 1

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 2012/2013

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG) sekolah ini atas segala sumbangan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam
memartabatkan nama baik sekolah kita. Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu
organisasi yang bertanggungjawab memikul amanah untuk menggilap kecemerlangan
anak-anak dan memperkasa SMK Taman Tun Aminah.

Kecemerlangan dan kegagalan PIBG bukan terletak sepenuhnya kepada ahli


Jawatankuasanya sahaja tetapi ia bersandarkan sumbangan daripada ahli-ahli. Seringkali
apabila disebut PIBG, ibubapa lebih cenderung bertanggapan bahawa barisan
jawatankuasa itulah PIBG. Namun dalam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini
adalah didokong sepenuhnya oleh semua ahli PIBG. AJK yang diamanahkan melalui
pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan sekadar pelaksana dan penghubung antara
persatuan dan pihak pengurusan sekolah.

Kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang ada pada ahli-ahli PIBG itulah aset
sebenar persatuan ini. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan
menjanjikan kejayaan bagi melahirkan modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan
berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya, murid-murid hari ini perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran


dan kecekapan global agar dapat bersaing dalam persada antarabangsa yang penuh
dengan cabaran. Menyedari perubahan ini, ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbir
sekolah ini amat memerlukan PIBG yang mantap organisasinya dengan perancangan
jangka panjang yang rapi bagi menjamin masa depan yang cerah untuk anak-anak SMK
Taman Tun Aminah abad 21. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG
membulatkan tekad , memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.

Akhir kata, semoga PIBG dan pihak sekolah sentiasa bersikap bagai aur dengan
tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SMK
Taman Tun Aminah terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi
sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SMK Taman Tun Aminah.

Sekian, terima kasih.

………………………………….
(PN. TAY SUAT GAN)
Pengetua
SMK Taman Tun Aminah
2

Das könnte Ihnen auch gefallen