Sie sind auf Seite 1von 4

Pernikahan Sejenis(Same-Sex Marriage), Hak Asasi atau Nafsu Songsang Diri?

oleh Firdause Jesfrydi

(Siri 2- Larangan Khusus Terhadap Pernikahan Sejenis di dalam Agama)

Sebelum ini saya ada menyebut dan menghuraikan kenapa hubungan sejenis dan pernikahan sejenis
sangat tidak diperlukan kerana menyalahi fitrah sebenar manusia. Apabila disebut tentang isu fitrah,
terdapat sebahagian yang cuba beralasan dengan kecenderungan namun telah saya jawab dengan
memberi analogi pada siri sebelum ini. Saya juga ingin mengingatkan, terdapat banyak juga kes ‘gay’
atau ‘pondan’ yang merogol perempuan yang membuktikan bahawa fitrah asal mereka iaitu menyukai
pasangan yang berlawanan jenis itu wujud.

Dalam siri ini, saya akan cuba menghuraikan larangan secara khusus yang keras di dalam agama Islam
terhadap perhubungan sejenis malah turut terhadap mereka yang menyokong perbuatan ini
walaupun tidak terlibat dengannya. Ini membuktikan bahawa memang tiada tempat untuk perbuatan
untuk perhubungan sejenis ini di sisi Islam. Islam bukan sahaja tidak mengiktiraf malahan menyanggah
serta menolak secara keras perbuatan ini. Definisi perkahwinan itu sendiri melibatkan antara lelaki
dan perempuan dan selain daripada itu, bukanlah perkahwinan. Ini bermaksud perkahwinan sejenis
ini tidak memenuhi definisi perkahwinan apatah lagi rukun nikah dalam ajaran Islam.

Tidaklah keterlaluan sekiranya dikatakan perkahwinan sejenis itu sebenarnya bukanlah perkahwinan
tetapi sekadar hubungan yang haram tetapi mendapat legalisasi undang-undang di sesetengah
negara. Legalisasi ini menunjukkan betapa sekularisasi dan tirani liberalism sudah semakin berkuasa.
Wan Ahmad Fayhsal berkaitan isu ini ada menyebut:

“Inilah masalah yang Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas jelaskan berpuluh tahun iaitu
pengsekularan bahasa melalui perubahan samada berbentuk "pengetatan" (restriction) dan
"pelonggaran" (liberalizing) yang akhirnya mengaburkan makna dan hakikat sebenar kata kunci
tersebut. Dalam kes ini istilah "perkahwinan", "keluarga", "suami", "isteri".

Nanti di Amerika, istilah perkahwinan tidak lagi merujuk kepada "tautan cinta yang sah dan terikat
antara sepasang invididu lelaki dan perempuan" tetapi sekadar menjadi "tautan cinta yang sah dan
terikat antara sepasang individu". Sama juga dengan istilah "suami" yang tidak lagi semestinya
berjantinakan lelaki kerana golongan lesbian akan mencabar takrif "suami" juga merangkumi jantina
perempuan.

Di Amerika dan Barat, banyak perkara yang secara moralnya haram menjadi "kosher" dan "halal"
melalui jalan perundangan (legalization). Contoh: "corporate lobbying" untuk dana kempen
pencalonan Presiden dan Pilihan Raya pada intinya adalah "legalized bribery".

Di Malaysia kes salah tafsir istilah Lord ke dalam Bahasa Melayu menggunakan nama khas Allah tidak
jauh beda dengan "locus standi" kes LGBT ini.

Riak permasalahan ini selalunya timbul dalam benak golongan liberal yang keliru dan jahil tentang
hukum-hakam Akhlaqiah yang telah dan tidak akan berubah sampai kiamat dalam semua agama baik
Islam, Kristian.

Akan tetapi memandangkan masalah sekularisasi yang hebat di Barat, semua agama ingin dipaksa
terima dan agama Kristian antara yang paling teruk mengalah di Barat untuk hal ini.
Bukankah semua ini disebut "taḥrīf" yang Allah SWT kutuk dalam al-Qurʾān ke atas Nasrani dan Yahudi
yang meminda-minda ayat Allah dalam kitab mereka?”

Ini bermaksud, legalisasi LGBT di sesetengah negara ini turut mempunyai tujuan politik yang
tersembunyi oleh pihak di atas bagi mendapatkan sokongan masyarakat yang kebanyakannya
memang sudah memilih atau terpengaruh dengan pemikiran liberal di negara mereka lebih-lebih lagi
mereka yang terlibat dengan LGBT ini secara langsung. Sesetengah pihak politik ini sedar akan masalah
moral yang menimpa masyarakat dalam isu ini tetapi mereka lebih suka untuk mempergunakan
masalah tersebut untuk memperoleh sokongan berbanding menyelesaikannya denganmemberitahu
kebenaran akibat takut akan kehilangan undi.

Dr Jasser Auda turut dalam isu ini turut menyatakan

“In Islam particularly, every Islamic marriage vow includes the following statement: “This marriage is
conducted based on the Book of God and the Tradition of His Prophet”. The Book of God and the
Tradition of His Prophet sanctions marriage only between a male and a female who are within
permissible categories and not any two consenting individuals. The Quran precisely details prohibited
and thus invalid marriages; a man marrying his mother, daughter, sister, aunt, niece, milk-kin, mother-
in-law, step-daughter, or a married woman. It is to be noted that many of these unions are considered
illegal by current secular laws. But two males or two females cannot possibly get married under the
Islamic law. These provisions are an integral part of Islam and are not subject to alternative
interpretation or any difference of opinion among scholars of Islamic law. The purpose for this
prohibition has been clearly and extensively researched by such scholars in light of the sanctity of
marriage as divinely ordained and its purposes and higher objectives.”

Menurut beliau, pernikahan yang dilarang di dalam Islam kebanyakannya dianggap juga sebagai satu
larangan di dalam undang-undang sekular yang sedia ada. Tetapi adalah mustahil untuk hubungan
apalagi pernikahan sejenis akan menjadi sah atau halal dalam perundangan atau syariah Islam
sekalipun dibenarkan undang-undang sekular. Kita yang beragama Islam, lupakah kita pengajaran
daripada kisah kaum Nabi Lut a.s. yang mengamalkan hubungan sejenis. Allah menyebut di dalam
Surah al A’raf ayat 80-81 yang bermaksud:

“Dan(Kami juga telah mengutuskan) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kamu
melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dialkukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia
in). Sesungguhnya, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada
perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.”

Malah walaupun kita tidak terlibat dengan perbuatan sejenis ini, Islam turut melarang kita
menyokong perbuatan yang keji ini. Ingat lagikah apa yang terjadi terhadap isteri Nabi Lut a.s.? Dia
bukanlah salah seorang dalam kalangan yang melakukan hubungan sejenis tetapi turut dibinasakan
Allah bersama golongan tersebut kerana dia salah seorang penyokong kuat yang mendukung
perbuatan keji tersebut.

“Kemudian Kami selamatkannya dan pengikutnya, kecuali isterinya. Dia(isterinya) termasuk orang-
orang yang dibinasakan.” – (Al A’raf ayat 83)

Pengajaran yang sama juga boleh didapati di dalam al Quran dalam Surah An Naml ayat 54-58.
Permasalahan ini juga ada disebut di dalam hadith-hadith Nabi S.A.W. malah disertakan amaran keras
bersama sabdaan baginda.
Diriwayatkan daripada Jabir r.a.: “Rasulullah S.A.W. bersabda(yang bermaksud): ‘Tiada yang lebih
kutakutkan terhadap ummatku melainkan perbuatan(hubungan sejenis) kaum Lut’.” [Riwayat Imam
at Tarmizi dan Ibn Majah, disahihkan oleh al Albani dalam Sahih al-Jami’]

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya: “Rasulullah S.A.W. bersabda(yang bermaksud): “… laknat
ke atas mereka yang melakukan hubungan badan dengan haiwan, laknat ke atas mereka yang
melakukan perbuatan kaum Lut’.” [ Hadith riwayat Imam Ahmad, disahihkan al Albani dalam Sahih al-
Jami’]

Maka amatlah menghairankan mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia malah
berselindung di sebalik nama Islam seperti IRF(Islamic Renaissance Front) dan SIS(Sisters in Islam) yang
membawa agenda liberal menuntut agar di Malaysia diberikan kebebasan untuk orientasi seks atau
dalam erti kata lain menuntut legalisasi LGBT di negara ini. Saya secara peribadi berani mengatakan
mereka ini hipokrit kerana berselindung menggunakan nama Islam. Teras Islam itu sendiri ialah Quran
dan Sunnah tetapi tuntutan mereka dalam isu ini jelas bercanggah dengan kedua-duanya.

Bukan setakat di dalam al Quran dan hadith Rasulullah S.A.W. terdapat larangan khusus terhadap
pasangan sejenis ini malah juga terdapat dalam Bible. Kali ini saya masih menggunakan Bible New King
James Version:

“Do you not know that the unrighteous will not inherit the kingdom of God? Do not be deceived.
Neither fornicators, nor idolaters, nor adulterers, nor homosexuals, nor sodomites, nor thieves, nor
covetous, nor drunkards, nor revilers, nor extortioners will inherit the kingdom of God.” - 1 Corinthians
6:9-10 (NKJV)

“For this reason God gave them up to vile passions. For even their women exchanged the natural use
for what is against nature. Likewise also the men, leaving the natural use of the woman, burned in
their lust for one another, men with men committing what is shameful, and receiving in themselves
the penalty of their error which was due.” - Romans 1:26-27 (NKJV)

“You shall not lie with a male as with a woman. It is an abomination.” - Leviticus 18:22(NKJV)

Sekali lagi saya ingin menaqalkan perkataan salah seorang sahabat saya yang beragama Kristian, Ben
Spencer Methieu berkaitan isu ini:

“Is it harsh for me to say that sometime later in the future, people will marry their dogs or cats (bcos
of love), and then people around the world will change their pro pic into rainbow, and then it will get
legalised? Inter-species marriage.

How about fighting for human rights in Syria or Palestine before you fight for human rights to mate
with another human with the same reproductive organ?”

Setiap manusia itu memerlukan aturan dalam kehidupan dan sebaik-baik aturan ialah yang
datangnya daripada Tuhan. Di dalam Islam kita diajarkan bahawa setiap suruhan dan larangan Allah
itu ada hikmahnya dan perkara tersebut terbukti sehingga ke hari ini. Contohnya larangan makan babi,
larangan minum arak, larangan berurusan dengan riba dan sebagainya.

Namun, sayangnya masyarakat hari ini termasuklah masyarakat Islam itu sendiri banyak terpengaruh
dengan pemikiran liberal dan sekular malahan golongan agamawan sekalipun tidak terkecuali. Oleh
itu, janganlah hairan sekiranya ada yang katanya memperjuang Islam tetapi menyokong agenda LGBT
ini. Hollywood banyak meyebarkan mitos bahawa cuma memerlukan rasa ‘cinta’ atau ‘suka’ apabila
melibatkan hubungan dan perkahwinan. Masalahnya, adakah definisi cinta yang dibawa oleh
Hollywood itu benar-benar definisi cinta sehingga diikuti oleh masyarakat sekarang terutamanya
golongan pemuda. Hanya berbekalkan emosi yang mendalam terhadap sesuatu tidak boleh memberi
justifikasi terhadap sesuatu perbuatan.

Hal ini kebanyakannya berjaya diterapkan oleh media-media sekular dan liberal dari Barat
terutamanya melalui filem-filem, novel dan lain-lain di dalam masyarakat Islam dan masyarakat Islam
Malaysia tidak terkecuali. Kita yang beragama Islam, terasnya al Quran dan as Sunnah, peganglah
kedua-duanya sekuat yang mungkin. Tolaklah apa yang bercanggah dengannya. Kita tidak punya hak
malahan tidak boleh untuk menjustifikasi perkahwinan sejenis yang jelas dilarang di dalam agama.

Das könnte Ihnen auch gefallen