Sie sind auf Seite 1von 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LABIS

85300 LABIS, JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI UPSR 2018
ANJURAN UNIT HEM
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LABIS
85300 LABIS

1.0 Muqadimah

1.1 Program ini merupakan motivasi secara “In House” khususnya untuk murid-murid Tahun 6
yang bakal memduduki UPSR Tahun 2018. Berdasarkan keputusan peperiksaan dan penilaian
kurikulum yang kurang memberangsangkan, pihak sekolah mendapati murid-murid masih
belum bangkit untuk mengulangkaji pembelajaran dan menyedari bahawa peperiksaan
semakin hampir. Manakala sebahagiann belum jelas pada matlamat peperiksaan.

1.2 Di samping itu, penglibatan diri dalam aktiviti ko-kurikulum juga amat penting. Bahkan ia
menyumbang sepuluh peratus markah dalam menentukan murid-murid berpeluang
melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Namun bergitu, murid-murid sering tidak
pandai mengimbangi masa dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum sehingga mengabaikan
pelajaran dan sebaliknya.

1.3 Oleh yang demikian, sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid ini supaya lebih
bertenaga dan pandai mengagihkan masa dalam proses pembelajaran dan kokurikulum, maka
dengan kerjasama Unit HEM serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru, satu program motivasi diri
diadakan untuk membangkitkan dan membangunkan diri pelajar di samping berkongsi ilmu
keibubapaan cara membimbing anak yang bakal menghadapi peperiksaan.

2.0 Matlamat

2.1 Meningkatkan kemahiran belajar yang betul dan berkesan supaya pelajar mudah membuat
ulangkaji di samping mengurus masa dan kerja dengan efektif selari dengan penyertaaan
dalam bidang kokurikulum.

1
2.2 Membina kekuatan rohani dan semangat murid-murid serta jati diri yang mantap dalam
melahirkan kepimpinan berkesan melalui pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas dan
kebolehan menjawab peperiksaan.

2.3 Memantapkan dan meningkatkan lagi sahsiah diri, disiplin dan fizikal serta mental murid-murid
melakukan tindakan releven dengan matlamat peperiksaan

3.0 Objektif

Melalui Program Motivasi Tahun 6 / 2018 ini murid-murid seramai 68 orang murid akan dapat:

3.1 Meningkatkan kesedaran bahawa kecermerlangan yang seimbang antara pencapaian


akademik dan kecemerlangan kokurikulum dapat menjamin kelangsungan hidup murid-murid.
3.2 Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya murid dapat menghadapi
peperiksaan UPSR dengan tenang dan bersemangat.
3.3 Memupuk komitmen dan rasa kebertanggungjawaban serta keyakinan diri pelajar.
3.4 Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan
yang cemerlang.
3.5 Penyuburan rasa kasih sayang, hormat kepada ibu bapa, guru dan orang lain.
3.6 Menjadi anak yang taat pada suruhan Tuhan.

4.0 Tema

“SAHSIAH CEMERLANG, PELAJAR GEMILANG”

5.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid-murid Tahun 6. Seramai 68 orang.

2
6.0 Jangkamasa

6.1 Program ini akan diadakan pada 26 Mei 2018 ( Sabtu)


(Jam 09.00 pagi hingga 11.30 pagi )

7.0 Strategi Perlaksanaan

9.1 Perbincangan untuk makluman dan memohon kebenaran dengan Guru Besar
9.2 Mengadakan mesyuarat bersama Guru Besar, GPK HEM, GPK Kurikulum, GPK Kokurikulum ,
dan guru-guru SK Sri Labis.
9.3 Melaksanakan program.
9.4 Penilaian program

8.0 Struktur Organisasi / Jawatankuasa Pelaksana


(Sila lihat lampiran A)

9.0 Aturcara Program

(Sila lihat lampiran B)

10.0 Sumber Kewangan dan Perbelanjaan

(Sila lihat lampiran C)

11.0 Penilai dan Kawalan Mutu

Guru Besar , Ydp PIBG, Gpk Hem, GPK Kurikulum dan Gpk Kokurikulum.

12.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang daripada semua sudut
sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta.
Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Allah. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan
dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT

3
Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA


PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 2018
ANJURAN UNIT HEM
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LABIS
85300 LABIS

PENGERUSI : TN HJ MD SA’DON BIN HJ VIRDANI –Guru Besar SKSL

TIMB. PENGERUSI I : PN NORYATIMAH BT ISMAIL – GPK Hem SKSL

NAIB PENGERUSI I : TN HJ SUMAIL BIN NASIR –GPK Pentadbiran dan Kurikulum

NAIB PENGERUSI II : EN MOHD ALIAS BIN BACHOK –GPK Kokurikulum

SETIAUSAHA : EN NUR SHAFIQ BIN MOHD ZAIN

BENDAHARI : PN HAWA BT HISHAMUDIN

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT DAN TUGASAN

BIL AJK BIDANG TUGAS CATATAN

1. PENDAFTARAN -Menyediakan borang pendaftaran ibu bapa dan penjaga.


PN HANIZA BINTI MUHAMMAD -Memastikan guru-guru, ibu bapa dan VIP yang hadir
PN NORBAINI BT YA’ACOB mendaftar diri.
PN HJ RUZY BT MOHD KASEH

2. PA SISTEM / ICT -Menyediakan PA sistem dan memastikan PA sistem


EN HANAFI BIN SALEH berada dalam keadaan baik.
EN MUSROM BIN MOHAMED SHAH -Menyediakan LDC, Laptop dan memastikan peralatan
dalam keadaan baik serta boleh digunakan.

3. PERSIAPAN TEMPAT/ PENTAS -Menyusun atur kerusi untuk murid dan ibu bapa sebanyak
EN MOHD DARUS BIN YUSOP 70 buah
PN NORHAYATI BT RAIHAN -Memastikan keadaan dewan bersih dan teratur sebelum
EN NUR SHAFIQ BIN MOHD ZAIN semasa, dan selepas majlis.
EN BADRUL HISHAM BIN MD REJAB -menyediakan kerusi untuk dif dan tempat berucap.
PEKERJA SWASTA -Memasang banner program.

4. PEMPLET/ JEMPUTAN -Menyediakan pemplet dan mengedarkannya pada hari


CIK EZA SYUHADA BIN ZAMRI program berlansung.
PN NORALIFAH BT MD SAAD -Menyediakan 5 keping pamplet berwarna untuk VIP.

5. DISIPLIN & KAWALAN PELAJAR -Memastikan keadaan disiplin murid terkawal dan teratur.
EN NORHISHAM BIN ALIAS -Suasana di dalam dewan harmoni dan tiada gangguan
TN HJ HIDZIL BIN MOKHTAR ketika program berjalan lancar.
PN WAN AZIAN BT WAN MUSTAPHA
PN HJH ROSNAH BT OMAR
PN LATIPAH BT MD YUNOS

4
6. PENGACARA MAJLIS -Menyediakan teks dan mengacarakan majlis pada hari
PN HASLINA BT HASSAN berkenaan.
-Mengumpul bahan dan membuat laporan.
-Sediakan 3 salinan laporan untuk Guru Besar, Gpk HEM
dan fail.
7. PEMIMPIN DOA -Memimpin bacaan doa majlis.
EN BADRUL HISHAM BIN MD REJAB

8. PERAKAM MAJLIS -Mengambil gambar sebelum, sedang dan selepas


CIK RABIATUL ADAWIYAH BT program dijalankan.
JUHAIRI -Memberi beberapa keping gambar kepada AJK
PN NORFARIZA BT MOHD NOOR Dokumentasi untuk membuat laporan.

9 DOKUMENTASI -Mengedarkan surat makluman ibu bapa


PN AIN NABIHAH BINTI AHMAM -Menyediakan 3 salinan laporan untuk Guru Besar, GPK
PN MASITAH BT OMAR HEM dan fail.
PN LATIPAH BT MD YUNOS
PN ZAINAB BT A.AZIZ

Disediakan oleh: Disemak oleh; Disahkan oleh:

........................................... ........................................... ...........................................


NUR SHAFIQ BIN MOHD ZAIN NORYATIMAH BT ISMAIL MD SA’DON BIN VIRDANI
SETIAUSAHA GPK HAL EHWAL MURID Guru Besar
SK Sri Labis. SK Sri Labis. SK Sri Labis.
85300 Labis. 85300 Labis. 85300 Labis.

5
Lampiran B

Aturcara Program

26 MEI 2018 (SABTU)

08.30 pagi : Pendaftaran murid-murid tahun 6 .

08.45 pagi : Bacaan Doa

: Ucapan alu-aluan pengacara majlis

: Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Sa’don Bin Virdani


Guru Besar SK Sri Labis.

09:00 pagi : Ceramah Motivasi oleh:

11.00 pagi : Penyampaian cenderahati kepada penceramah.

11.10 pagi : Majlis bersurai.

LAMPIRAN C

SUMBER PENDAPATAN

a) Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling RM 150.00


b) Sumbangan PIBG SK Sri Labis RM 100.00
JUMLAH RM 250.00

PERBELANJAAN

a) Banner program RM 50.00

b) Bahan Persediaan Program RM 50.00

c) Bayaran Penceramah RM 150.00

_____________________________________________________________

6
Jumlah perbelanjaan RM250.00

Das könnte Ihnen auch gefallen