Sie sind auf Seite 1von 1

Fatwa

Muzakarah fatwa kebangsaan .


Muzakarah jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-57
(‘Muzakarah Fatwa Kebangsaan’) yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincang mengenai Anak
Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut ;
1.Anak Tak Sah Taraf ialah; Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia
bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
2.Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzan (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh
tamkin(setubuh)

Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahiranya atau kepada
sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka
mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.
Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia(hal.206-207)

Fatwa Wilayah-Wilayah Perseketuan

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Perseketuan pada tarikh 2 Januari 2001 telah
memutuskan dan mewartakan fatwa bahawa “ Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan Qamariah dari
tarikh sesuatu pasangan ini diakadnikahkan ialah anak sah taraf”.
Rujuk Buku Fatwa-fatwa Mufti Wilayah Persekutuan 1987-2010.(hal.8,37&38)

Das könnte Ihnen auch gefallen