Sie sind auf Seite 1von 20

Hakcipta Terpelihara AMPAC 2017

Hakcipta Terpelihara AMPAC 2017


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Assalamualaikum w.b.t. dan salam
perjuangan untuk anda semua!

Saya harap anda sihat. Ceria. Dan yang paling penting,


TERUJA untuk mempelajari 3 SHORT CUT untuk jadikan
anak anda PANDAI CAKAP!

Ya, saya akan kongsikan 3 jalan pintas untuk membantu


anda sebagai ibu atau bapa atau penjaga kepada anak-
anak muda hari ini dalam MELETUSKAN POTENSI diri
mereka.

Sebelum saya teruskan, moleklah kiranya saya ‘londehkan’


fakta sebenar tentang diri saya.
• SAYA MENANGIS SETIAP HARI ketika pergi ke
sekolah. Dan senyuman saya hanya terukir apabila
loceng terakhir berbunyi! (Boleh balik rumah! Yahooo!!!)
• IBU SAYA MENEMANI SAYA SETIAP HARI ke sekolah.
Makan bersama di kantin. Semata-mata untuk
memastikan saya boleh survive sebagai seorang
pelajar! (Kalau beliau takde, satu kelas tak boleh belajar!
Tangisan bakal bergema!)
• SAYA KEMUDIAN BERUBAH 100 PERATUS. Daripada
pemalu kepada tak tahu malu! (Tolong lihat dari sudut
positif). Saya berjaya mewakili sekolah dalam
pertandingan hafazan, tilawah, sajak sebelum menjuarai
pertandingan syarahan peringkat kebangsaan!
Jadi saya terpanggil untuk berkongsi
dengan anda sedikit sebanyak rahsia
yang saya simpan selama ini.

Rahsia yang bakal menjadikan anda sebagai ibu bapa


yang lebih hebat dalam mendidik dan melatih anak untuk
pandai bercakap. Berani berbicara. Malu bertempat. Dan
bisa berkata-kata kena pada masanya.

E-book ini saya cuba tulis seringkas yang mungkin. Bukan


kerana kedekut ilmu. (Saya pun bukannya banyak sangat
ilmu). Tapi kerana mahukan masa anda dimanfaatkan
sebaiknya.

Saya mahu semuanya pantas dan praktikal. Biarlah hanya


3 SHORT CUT namun ketiga-tiga teknik ini anda cepat-
cepat laksanakan dalam hidup anda dan anak anda agar ia
meresap seperti penawar yang larut di dalam jiwa anak
anda. InsyaAllah!

Menguatkan keyakinan. Menyuntik keberanian.


Memperkasakan kemahiran!

MARI KITA MULAKAN!

(AMARAN : Tip-tip yang dikongsi adalah di bawah tanggungjawab anda


sendiri. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang
tidak diingini atau kaedah ini kurang berkesan untuk anak anda.)
\

&
KENAPA ORANG TAKUT BERCAKAP?

Kita takut kerana kita … T.A.K.U.T.


Tidak Ada Kekuatan Untuk Terjemah.

65,000 orang peserta seminar saya dicanai dengan konsep


ini. Sebuah prinsip yang bukannya sekadar retorik tetapi
menjadi penyelesai masalah yang pelbagai.

Kita takut kerana minda kita suka memikirkan yang bukan-


bukan! Fikir yang negatif. Fikir yang buruk-buruk belaka.

Apabila berdepan dengan ramai orang, kita fikirkan betapa


orang-orang di hadapan kita sedang mengutuk, mencaci
dan bercakap perkara yang tak elok tentang kita!

Apabila berbicara dengan ramai orang, kita fikirkan yang


kita akan tersasul, tersilap cakap dan tergugup gagap!

Apabila bercakap dengan orang ramai, kita fikirkan yang


kita tak layak, kita tak bijak dan kita tak hebat.

Akhirnya apa yang berlaku? KITA TAKUT UNTUK


BERBICARA! Itu kita, seorang ibu atau bapa. Apatah lagi
anak-anak kita!

Baik, ini caranya…


Duduk berbual dengan si anak.
Ceritakan tentang formula T.A.K.U.T.

Gambarkan betapa sebenarnya yang menyebabkan dia


takut bukan kerana 100 orang audiens, 1000 orang
audiens atau 1 juta orang audiens. Yang menyebabkan dia
takut hanya seorang sahaja iaitu DIRINYA SENDIRI!

Corakkan pemikiran si anak bahawa apa yang dia


fikirkan, itulah yang bakal menjadi kenyataan. Jika baik,
baiklah. Jika buruk, buruklah.

Saya masih ingat kisah seorang pelajar AMPAC yang


ibunya cukup risau dengan masa depannya. Pendiam. Tak
nak bercakap dengan orang. Bawa diri sorang-sorang
dalam bilik. Suara bercakap macam berbisik. Marah atau
gembira, mukanya sama saja.

Selepas difahamkan dengan konsep T.A.K.U.T. ini,


alhamdulillah si anak ini bertukar 100%! Daripada takut nak
tanya pak guard di mana toilet, akhirnya kini dah boleh
bersembang dan berbincang tentang masa depan
shopping complex tersebut!

Apa sebab pada awalnya si anak takut? Kerana si anak


TIDAK FAHAM tentang apa yang bakal berlaku jika dia
melakukan sesuatu atau bercakap sesuatu dengan orang
yang dia tidak kenal.
Dia takut nak cakap dengan orang kerana
di dalam mindanya, dia terbayang yang
orang itu akan memarahinya.

Contoh, dia takut untuk bertanya kepada pak guard kerana


dalam fikirannya, pak guard ini garang. Kerjanya cari siapa
penjahat. Tangannya ada cota. Walkie talkie tu bisa saja
memanggil lebih ramai pak guard seperti dia!

Namun sekiranya si anak ini faham bahawa kerja seorang


pak guard juga adalah menjaga imej shopping complex
tersebut dengan membantu pengunjung yang hadir,
insyaAllah si anak takkan takut untuk bercakap dengan
pak guard tersebut.

Kenapa nak takut? Pak guard tu patut lebih suka sebab


fungsinya lebih aktif berbanding berdiri tegak tanpa apa-
apa tugasan.

Apabila pemikiran sebegini wujud, minda si anak akan


menterjemahkan bahawa bercakap bukanlah sesuatu
yang menakutkan! Kerana dia faham apa kesannya. Apa
akibatnya.

Tugas anda? Menjelaskan kesan dan akibat apabila si


anak bercakap dan berbicara dalam situasi tersebut. Dan
tolonglah terangkan kepada si anak tanpa merendah-
rendahkan dia. Tolong jangan guna ayat, “Alaa… tu pun
takut?” Terangkan elok-elok. InsyaAllah hilang takutnya.
EXPOSURE LEADS TO EXPANSION!

Pernah dengar ayat ini? Ia padat untuk menerangkan


betapa pentingnya pendedahan kepada minda dan jiwa
manusia. Pendedahan menyebabkan kebolehan manusia
itu dilonjakkan. Ya, potensi saya, anda dan si anak bisa
dilonjakkan dengan PENDEDAHAN!
Jadi langkah yang kedua, dedahkan mereka! Cuma…
Mulakan dengan EXPOSURE KECIL-KECILAN.
Dedahkan mereka untuk pandai bercakap secara
berperingkat. Jangan gelojoh. Tak baik tau.

Untuk bagi anak pandai bercakap, cuba lakukan misi-misi


seperti ini (teknik dikumpul daripada pengalaman ibu bapa
yang pernah menghantar anak ke AMPAC) :

1. Tanya Pak Guard atau Pegawai di Kaunter


Informasi, di mana lokasi tandas atau restoran yang
anda sekeluarga ingin pergi.
2. Order makanan di restoran. Biar si anak sendiri yang
tarik perhatian waiter untuk datang ke meja. Dan biar si
anak yang buat pesanan. Anda cuma perlu pastikan
pesanan itu betul. Dan pastikan waiter itu ambil serius
dengan pesanan tersebut.
3. Biar dia yang uruskan pembayaran di kaunter
restoran. Anda pastikan semuanya berjalan lancar.
Galakkan si anak berinteraksi dengan cashier.
Rancakkan perbualan.
4. Minta si anak yang bagi salam dan
tanya khabar atok dan nenek apabila
sampai di kampung.
5. Lantik anak untuk panggil semua adik beradik yang lain
berkumpul untuk anda atau pak cik, mak cik membuat
pengumuman. Biar si anak itu keluarkan suaranya. Biar
si anak itu pergi bertemu dengan semua dan ajak
berkumpul bersama. Perhatikan. Anda dorong dengan
ANGGUKAN dan SENYUMAN!
6. Jadikan tontonan mereka di TV atau gajet adalah
rancangan yang membabitkan budak-budak berbicara.
Biar mereka saksikan betapa sebenarnya manusia
seusia mereka bisa berbicara di hadapan khalayak
ramai. Si anak mungkin tak berminat. Tetapi secara tidak
langsung, minda separa sedarnya sudah mula terbuka
untuk percaya yang dia juga mampu untuk lakukan!
Selang selikan dengan game pun boleh. “Nak main
game boleh. Tengok rakaman pidato ni dulu!”

7. Bawa si anak pergi menonton pertandingan bicara. Tak


kisah sama ada pidato, bercerita, syarahan mahupun
forum. Dan jangan cakap yang anda mahukan dia sertai
pertandingan tersebut. Diam. Cukup dengan diam.
Komen tentang persembahan. Tanya pendapat si anak.
Jadikan ia perbincangan. Jika anda tidak suruh dia
sertai, lagi cepat anak anda membina kekuatan untuk
pandai bercakap. Kerana si anak tercabar apabila si ibu
atau ayah terpegun dengan anak orang lain…
TEKNIK INI CUKUP POPULAR.

Pendedahan besar-besaran ini termasuklah


1. PENYERTAAN PERTANDINGAN PIDATO
2. PENYERTAAN PERTANDINGAN SYARAHAN
AGAMA
3. PENYERTAAN PERTANDINGAN BERCERITA
4. PENYERTAAN PERTANDINGAN DEBAT
5. Dan seribu satu lagi pertandingan.

Cuma saya nak ingatkan, sebelum anak anda mencapai


tahap berkeinginan dan berkeyakinan untuk menyertai
sesebuah pertandingan, JALAN PINTAS KEDUA
(EXPOSURE KECIL-KECILAN) perlu rancak dan
agresif.
Ramai yang tidak berjaya meletuskan potensi anak adalah
kerana ini. Kerana mereka taksub untuk memasukkan
anak ke dalam pertandingan dalam keadaan anak-anak
langsung tiada kemahuan apatah lagi keberanian.

Akhirnya impian tinggal angan-angan. Hancur dan


akhirnya diterbangkan oleh angin begitu sahaja.

Baiklah, saya teruskan perkongsian dengan menganggap


JALAN PINTAS KEDUA (Exposure Kecil-Kecilan) telah
dipraktikkan. Apa yang patut anda lakukan sekarang
adalah menetapkan satu matlamat yang lebih besar untuk
si anak menggunakan keberanian bercakap yang dimiliki.
Perlahan-lahan anda bisikkan ke
telinga anak yang anda dapat rasakan
bahawa dia mampu menjadi lebih hebat
sekiranya si anak menyertai pertandingan bicara.

Saat ini anda perlu bersabar dengan respon yang


diberikan. Selalunya jawapan yang diberikan adalah tidak.
Namun saya yakin, anda sebagai ibu bapa bisa menyentuh
‘soft spot’ anak anda.

Anda boleh saja meletakkan ganjaran yang diidam-


idamkan oleh anak anda sekiranya dia berjaya memenuhi
permintaan ini. Biar ia menjadi satu pendorong. Menolak
ketakutan ke tepi, menggamit keyakinan baru untuk
menghuni jiwa dan minda si anak!

Sekiranya si anak tetap berdegil, usah putus asa.


Teruskan mencuba. Anda pasti tahu bagaimana untuk
memujuk. Bercakap bahasa mereka tetapi pastikan si anak
akhirnya ikut cakap kita. (Wah, ini dah kena tulis satu e-
book baru untuk topik ni.)

Ingat, pertandingan bicaranya yang pertama bakal


meruntuhkan tembok yang paling tebal dalam dirinya.
Tembok yang selama ini menyesakkan dada si anak
daripada mendepani orang ramai. Tembok yang
menyebabkan dia terus menjadi biasa-biasa sedangkan
orang lain sudah berubah menjadi LUAR BIASA!
Bagaimana pula jika tiada pertandingan?

Jangan bimbang, pertandingan yang paling ulung adalah


pertandingan si anak dengan dirinya sendiri. Selagi anda
mampu untuk mencari ruang dan peluang untuk si anak
berbicara di hadapan khalayak ramai, insyaAllah ia akan
tetap membantu.

Contohnya Tuan Junaidi, seorang ayah yang begitu aktif di


AMPAC. Beliau menelefon saya dari Kedah. Menceritakan
tentang anaknya, Arif Naquib yang cukup membanggakan
dirinya sebagai seorang ayah. Daripada bunyi suara dan
pernafasan beliau di corong telefon, saya dapat bayangkan
betapa terujanya beliau dengan apa yang berlaku kepada
anaknya, Arif.

Mana tidaknya, Arif yang dulunya pemalu tahap Gunung


Everest tingginya, berubah 100% dan mampu
mengendalikan majlis reunion keluarga besar mereka
dengan sangat bersahaja, relaks dan berpengaruh!

Bercakap di atas pentas sambil berjenaka, menjemput


bapa dan ibu saudara untuk berbicara dan memberikan
pengisian yang cukup bermakna telah menjadikan Tuan
Junaidi tak tidur malam dek kerana bangga dengan anak
sulungnya!
Point saya mudah. Tak perlu tunggu pertandingan. Cipta
peluang walau di mana sahaja yang sesuai!
Sama ada untuk menjadi emcee di
majlis perhimpunan keluarga.

Membaca doa pembukaan ketika kenduri kecil di rumah.

Memberikan tazkirah ringkas ketika majlis buka puasa di


pejabat anda.

Membuat persembahan pidato di hadapan bapa dan ibu


saudara sebelum menerima duit raya pun boleh! ( Ramai
pelajar AMPAC buat duit raya berganda berbanding
sepupu sepapat menggunakan teknik ini. Haih…)

InsyaAllah, secara logik dan praktikal teknik ini sangat


membantu. Semestinya dengan bantuan dan izin-Nya,
segala usaha ini membuahkan hasil yang kita dambakan.
Akhir kata, JOM BERTINDAK sekarang!

Apakah tindakan paling cepat anda boleh lakukan?


1. Bawa anak anda keluar makan di restoran.
2. Berbual tentang T.A.K.U.T.
3. Lontarkan cabaran manja untuk anak anda membuat
pesanan dan kemudian membuat bayaran
4. Puji anak anda. Lakar imaginasi di mindanya tentang
kejayaan yang lebih besar yang bakal dikecapi dengan
keberanian sebegitu.
5. Rancang untuk mantapkan lagi kemahiran anak anda
dengan menemukan dia bersama mentor atau
program yang bisa membantu.
6. Daftarkan anak anda untuk menyertai pertandingan.
Atau cipta peluang untuk anak anda berbicara di
hadapan khalayak ramai.
7. Puji lagi dan lagi. Berikan komen membina supaya
anak anda semakin teruja untuk berbicara lagi pada
masa mendatang.
8. Selamat mencuba!
Hakcipta Terpelihara AMPAC 2017

Das könnte Ihnen auch gefallen