Sie sind auf Seite 1von 4
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR. SEMESTER I SESI AKADEMIK 2003-2004 IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN KOD KURSUS : PG 3533 TAJUK KURSUS : | UNDANG-UNDANG ACARA JENAYAH PERBANDINGAN ARAHAN 1. Kertas ini mengandungi 5 soalan, | soalan di Bahagian A dan 4 soalan di Bahagian B 2. Soalan di Bahagian A wajib dijawab. 3. Pilih dan jawab 2 soalan sahaja di Bahagian B. 4. Anda akan disediakan akta-akta berikut: 1- Kanun Prosedur Jenayah 2+ Undang-undang Syariah Wilas 3- Selangor Syariah Enactment 1991 Jumlah markah keseluruhan kertas ini ialah 60 markah. 6. Anda tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan daripada Dewan Peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 3 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat PG 3533 BAHAGIAN A (20 MARKAH) Arahan : Soalan ini wajib dijawab SOALAN I Pihak polis telah menerima satu aduan mengenai jenayah pengedaran dadah yang disyakki sedang beroperasi di salah sebuah rumah kediaman di Taman Q. tujuh batu dari balai polis tersebut.Berdasarkan kepada aduan yang diterima pihak polis bertindak segera menghantar Inspektor Rashid dan Koperal Azmi ke rumah kediaman tersebut untuk menyiasat dan membuat penggeledahan tanpa waran. Apabila tiba di sana Inspektor Rashid telah menyuruh penghuni rumah, A dan B agar tidak pergi ke mana-mana, Semasa penggeledahan dibuat Koperal Azmi telah menemui satu kotak kasut di atas siling rumah tersebut yang mengandungi beberapa utas barang kemas serta sejumlah besar wang yang didakwa oleh mereka apabila ditanya pada awalnya oleh Koperal Azmi hanya barang-barang lama yang tak terpakai di dalamnya Inspektor Rashid kemudian menyoal siasat A dan B untuk seketika dan akhimya menahan mereka untuk membuat penyiasatan lanjut serta merampas kotak yang dijumpai di atas siling rumah tersebut serta beberapa dokumen termasuk paspot perjalanan mereka A dan B telah mendakwa bahawa pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk menangkap mereka kerana laporan maklumat awal tidak dibuat secara bertulis. Malah mereka juga mendakwa bahawa penahanan mereka selepas itu juga tidak sah kerana pihak polis yang bertindak adalah tidak layak untuk membuat tangkapan_malah mereka mendakwa bahawa pihak polis telah melakukan pencerobohan kerana bertindak tanpa waran geledah.A dan B juga mendakwa bahawa pemyataan yang di buat kepada Inspektor Rashid dan Koperal Azmi serta senarai geledah yang ditandatangani mereka tidak boleh dijadikan keterangan di mahkamah kerana amaran tidak diberi kepada mereka Selesaikan kes di atas berdasarkan kepada kes-kes yang telah diputuskan dan juga peruntukan-peruntukan di dalam statut yang berkaitan (20 markah) PG 3533 BAHAGIAN B ( 40 MARKAH) Arahan : Sila jawab 2 soalan sahaja SOALAN a SOALAN a 2 Selain daripada pegawai penguatkuasa agama, hakim mahkamah Syariah juga boleh menerima aduan kes-kes jenayah.Bincangkan sejauh mana tindakan seorang hakim mahkamah Syariah bila aduan kes-kes jenayah dibuat kepadanya dan apakah perbezaannya bila aduan sedemikian dibuat kepada majistret? Perbincangan anda hendaklah disokong dengan peruntukan-peruntukan di dalam akta-akta yang berkaitan serta kes-kes yang telah diputuskan (15 markah) ‘A, tertuduh telah bertindak liar dan ganas semasa pegawai polis cuba menangkapnya dan pihak polis terpaksa memukulnya dengan belantan ‘Adakah tindakan pihak polis ini sah di sisi undang-undang? Apakah peruntukannya di dalam Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Prosedur Jenayah Syariah? (5 markah) 3 Sejauh manakah penggeledahan terhadap harta dan juga diri seseorang itu dibenarkan oleh Islam dan bagaimanakah pelaksanaannya di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah dan Kanun Prosedur Jenayah di Malaysia? (15 markah) Nyatakan perbezaan di antara seksyen 112 dan seksyen 113 Kanun Prosedur Jenayah serta nyatakan kes-kes berkaitan. (5 markah) PG 3533 SOALAN 4 Apakah jaminan-jaminan yang telah diberi oleh Islam kepada tertuduh semasa proses soal-jawab atau penyiasatan permulaan? Adakah pelaksanaan prosedur jenayah Syariah di Malaysia di dalam perkara tersebut selari dengan jaminan-jaminan yang diberi oleh Islam? (10 markah) b-—Apakah kesan dari pengakuan bersalah tertuduh mengikut Kanun Prosedur Jenayah dan adakah tertuduh boleh menarik balik pengakuan bersalah tersebut? Bincangkan. (0 markah) SOALAN 5 a Seksyen 158(2): Tiap-tiap perubahan atau tambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh, ‘Terangkan peruntukan seksyen di atas. Apakah kesan dari peruntukan ini terhadap tertuduh selepas ia dilaksanakan dan apakah kedudukan perkara ini jika ia dilaksanakan pada peringkat Mahkamah Rayuan? Perbincangan anda hendaklah disokong dengan peruntukan-peruntukan di dalam akta- akta yang berkait serta kes-kes vang telah diputuskan (15 markah) b- -Nyatakan mengenai bentuk-bentuk pertuduhan yang dibacakan kepada orang yang disyakki di mahkamah mengikut Akta Prosedur Jenayah Syariah. (5 markah) ‘Selamat Maju Jaya’

Das könnte Ihnen auch gefallen