Sie sind auf Seite 1von 2

KALAIVANI A/P M.

VIJAYAN
DF170043
SEKSYEN 6
DR ZAHRUL AKMAL BIN DAMIN

1. Apa yang dapat difahami melalui aspirasi yang cuba direalisasikan dalam pelan
pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 ?

Berdasarkan pemahaman saya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025


adalah merupakan usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi negara dan penyediaan sistem
pendidikan yang lebih sistematik di samping itu, melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi dan
mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai modal sosial yang berkualiti untuk pembangunan
negara. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang ke arah memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Pelan ini
mempunyai 3 objektif yang utama iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk murid dan menggariskan transformasi
sistem pendidikan yang komprehensif. Pelan pembangunan ini juga bertujuan untuk mewujudkan visi
dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13
tahun akan datang. Aspirasi ini direalisasikan untuk membina kemahiran khusus terhadap murid
sebagai persediaan menghadapi cabaran pembangunan ekonomi dan juga globalisasi. Pelan ini cuba
direalisasikan kerana ingin merapatkan jurang dalam pencapaian di antara murid di bandar dan di luar
bandar, dalam sosioekonomi dan tidak kurang juga ingin merapatkan jurang antara kaum-kaum yang
lain menjelang tahun 2020. Pelan ini menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai-nilai murni
terhadap kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian untuk menghadapi cabaran yang akan datang
pada masa akan datang.

2. Sejauh manakah sains, teknologi dan inovasi di Malaysia berupaya menjadikan rakyat
dan negara ini lebih berdaya maju?

Sains, teknologi dan inovasi mampu menjadikan rakyat Malaysia lebih berdaya maju dan
ianya juga mampu meningkatkan ekonomi negara. Kebanyakan negara maju di dunia sudah
menggunakan teknologi sepenuhnya dalam sistem, pekerjaan dan lain-lain di mana ianya dapat
menjana ekonomi negara justeru menaikkan nama negara di mata dunia. Sekiranya rakyat Malaysia
menguasai ketiga-tiga bidang ini, ia dapat memajukan negara dalam pelbagai bidang sebagai contoh
perladangan, pertanian, perkilangan dan sebagainya. Dalam program yang telah dianjurkan oleh
kerajaan mengenai ilmu sains, banyak perkara yang dapat dipelajari oleh kalangan pelajar Malaysia di
dalam mahupun di luar kelas. Dalam aspek STI ini ia seiring dengan pembangunan negara yang ingin
mentransformasikan negara menjadi sebuah negara yang berdaya maju dengan negara luar. Dengan
menguasai bidang STI ini, negara dapat merealisasikan aspirasi Transformasi Negara 2050 (TN50)
agar negara Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersaing maju di masa akan datang dengan
daya saing yang sihat. Namun begitu, banyak aplikasi atau cabaran yang terpaksa dihadapi dalam
menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya maju. Oleh itu, dengan menyematkan ilmu sains,
teknologi dan inovasi di kalangan rakyat, ia dapat membantu Malaysia untuk merealisasikannya
dengan lebih cepat. Selain itu, dengan adanya banyak program berkaitan sains dan inovasi akan dapat
membuka minda para pelajar dan masyarakat untuk menghasilkan dan menciptakan sesuatu yang
dapat digunakan oleh orang awam pada masa akan datang. Dari situ, tidak mustahil jika negara
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-
negara maju yang lain pada masa akan datang.
3. Pada pandangan anda, bagaimanakah prospek masa hadapan agro makanan dan
pertanian negara ini?

Pada pandangan saya, bidang pertanian memang terkenal dengan kemampuannya dapat
membantu menjana pendapatan seseorang individu itu. Prospek masa hadapan agro makanan dan
pertanian negara ini akan berkembang maju dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai dasar bagi meningkatkan sektor pertanian supaya setanding dengan sektor-
sektor lain seperti Dasar Pertanian Negara Ketiga yang memberi tumpuan untuk meningkatkan daya
saing sektor pertanian. Selain itu, Dasar Agro Makanan Negara juga bertujuan meningkatkan
pendapatan golongan petani dan usahawan tani selaras dengan rancangan kerajaan untuk menjadi
negara berpendapatan tinggi pada 2020. Melalui sektor pertanian, negara akan dapat meningkatkan
jumlah eksport hasil bumi ke negara luar dan secara tidak langsung dapat membuka peluang
pekerjaan terhadap masyarakat desa dan sekali gus dapat meningkatkan pendapatan negara. Di
samping itu, sektor agro makanan merupakan sektor terpenting yang sering mendapat tumpuan
masyarakat dunia termasuklah dalam negara kita. Sektor ini berfungsi sebagai pembekal makanan dan
sumber bahan mentah yang utama kepada penduduk dunia. Kebolehan dan kejayaan sesebuah negara
dalam memajukan sektor ini diukur melalui keupayaan negara tersebut bagi membekalkan keperluan
makanan yang mencukupi kepada rakyat.

Das könnte Ihnen auch gefallen