Sie sind auf Seite 1von 8

SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID BIL 1/2018

Tarikh : 27 DISEMBER 2017 (Selasa)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama

Pengerusi : En Supian Bin Ab Ghani


(Penolong Kanan HEM)

Kehadiran(Bilangan) :

Nama Yang Hadir :

Bil Nama Bil Nama


1. Encik Abd Hadi Mat Junoh 21. Puan Mulyati Binti Rozali
2. Encik Zakaria Bin Mat Adanam 22. Puan Nik Aizon Binti Nik Baidilleh
3. Encik Saharudin Bin Osman 23. Puan Norzihan Binti Noor Azizi
4. Encik Amberi Bin Mamat 24. Puan Nik Nur Azyyatie Binti Mohd Yusoff
5. Encik Mohd Adnan Bin Jusoh 25. Puan Norhima Binti Ibrahim
6. Encik Muhd Adib Bakhtiar Bin Yusoff 26. Puan Nur Zafirah Binti Mohd Zakari
7. Encik Muhammad Hanif Bin Ismail 27. Puan Rohaizan Binti Mohamed Zain
8. Encik Muhammad Kameel bin Md Zukery 28. Puan Saudah Binti Ismail
9. Encik Nik Mohd Shukeri Bin Nik Abdullah 29. Puan Siti Mirani Binti Che Rahim
10. Encik Normadi Bin Mohamad @ Ibrahim 30. Puan Adnin Nadwa Binti Che Razali
11. Puan Che Nordiana Binti Che Othman 31.
12. Puan Che Zaleha Binti Harun 32.
13. Puan Elyana Binti Wahi 33.
14. Puan Hasniah Binti Md Husin 34.
15. Puan Ifaf Binti Paku Rozi 35.
16. Puan Intan Fazlina Binti Hamzah 36.
17. Puan Kamariah Binti Mohd 37.
18. Puan Masitah Binti Tumpang 38.
19. Puan Mariani Binti Awang 39.
20. Encik Saharudin Bin Osman 40.

Nama Yang Tidak Hadir Bersebab :

Bil Nama
1. Encik
1 Supian Bin Ab Ghani
2. Encik Nik Man Bin Nik Kob

3.
1 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Wakil pengerusi membuka majlis dengan bacaan surah al-fatihah.

1.2 Wakil pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang
menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-3/2017

2.1 Minit mesyuarat unit HEM Bil ke-3/2017 disahkan oleh Ustaz Nik Mohd Shukeri Nik
Abdullah.
2.2 Minit m esyuarat unit HEM Bil ke-3/2017 disokong oleh Puan Che Zaleha Harun.

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada pekara berbangkit.

Tindakan: Semua Guru

4 HAL EHWAL MURID

4.1 Perbentangan Organisasi dalam Unit HEM.


Tindakan : Makluman

4.2 Perbentangan Senarai nama guru kelas 2018. Tahniah atas lantikan.

Tindakan : Makluman

4.3 Semua guru adalah guru disiplin.


Tindakan : Makluman

4.4 Buku peraturan sekolah akan diberi pada minggu pertama persekolahan.

Tindakan : Pn. Elyana Wahi

4.5 Jadual Guru Bertugas mingguan diedarkan.


Tindakan : Makluman

4.6 Senarai AJK Program Pendaftaran Tahun 2- 6 dan senarai AJK program
Pendaftaran Tahun 1 diedarkan.
Tindakan : Makluman

4.7 Mesyuarat terdekat dengan pihak peneder kantin perlu diadakan secepat mungkin
untuk memberi gambaran pada pihak kantin kerana masih baharu di sekolah ini.

Tindakan : Pn Siti Mirani

4.8 Buku kehadiran murid perlu dihantar pada hari Ahad beserta maklumat seperti nama
dan no daftar. Setiap hari terakhir setiap bulan, guru perlu menutup Jadual Khadiran
Kelas.
Tindakan : Guru Kelas
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada

Mesyuarat ditangguhkan dengan surah Al-Asr dan tasbih kaffarah pada pukul 12.30
tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ ____________________
(NUR ZAFIRAH BINTI MOHD ZAKARI) (SUPIAN BIN AB GHANI)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SEKOLAH RENDAH AGAMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID BIL 2/2018

Tarikh : 10 April 2018 (Selasa)

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama

Pengerusi : En Supian Bin Ab Ghani


(Penolong Kanan HEM)

Kehadiran(Bilangan) : 15 orang

Nama Yang Hadir :

Bil Nama
1. Encik Abd Hadi Mat Junoh

2. Encik Supian Ab Ghani

3. Encik Muhammad Kameel bin Md Zukery

4. Encik Normadi Bin Mohamad @ Ibrahim

5. Encik Hasmizi Che Lah

6. Puan Che Zaleha Binti Harun

7. Puan Elyana Binti Wahi

8. Puan Nik Nur Azyyatie Yusoff

9. Puan Nik Marzani Nik Yahya

10. Puan Tuan Nurhasana Tuan Aziz

11. Puan Siti Mirani Che Rahim

12. Puan Nur Zafirah Binti Mohd Zakari

13. Puan Rohaizan Binti Mohamed Zain

14. Puan Mulyati Binti Rozali

15. Puan Nik Aizon Binti Nik Baidilleh

Nama Yang Tidak Hadir Bersebab :

Bil Nama
1. Puan
1 Saudah Binti Ismail
1 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi membuka majlis dengan bacaan surah al-fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menghadirkan diri
pada mesyuarat kali ini dan bersedia memberi laporan perjalanan 2018 sepanjang
Januari hingga kini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-1/2018

2.1 Minit mesyuarat unit HEM Bil ke-1/2018 disahkan oleh Encik Hasmizi Che Lah.

2.2 Minit m esyuarat unit HEM Bil ke-1/2018 disokong oleh Encik Mohammad Kameel
Md Zukery.

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru kelas 4 Khadijah iaitu Puan Mariani telah berpindah keluar akan diganti oleh
Ustaz Mohd Sayuti Abdullah bermula selepas 15 Mei 2018.

3.2 Semua guru boleh mengisi SSDM dan fokus kepada murid tahun 5 dan 6. Fokus
kepada kelakuan baik, jika ada kesalahan isi bersama tindakan susulan.

3.3 Solat hajat dan bacaan Yasin setiap hari Rabu dibawah program Unit Dakwah dan
Surau.

Tindakan: Semua Guru

4 HAL EHWAL MURID

4.1 Unit Bina Insan telah menjalankan Program Penyerahan Watikah Pelantikan
Pemimpin pada 1 April 2018 dan Kursus Kepimpinan Khalifah Muda pada 5 April
2018. Program tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat
yang ditetapkan.Laporan akan dihantar secepatnya. Kemungkinan Kem Kepimpinan
Fasa 2 juga akan diadakan.

Tindakan : Pn. Elyana

4.2 Unit Dakwah dan Surau telah megadakan program sepanjang tahun iaitu pada
setiap hari Ahad bacaan Hafazan Murid, setiap hari Rabu bacaan Yasin dan Solat
Hajat. Unit ini juga telah mengadakan gotong royong surau pada hujung bulan
Januari. Aktiviti terdekat adalah Program Qiamullai pada Khamis ini.

Tindakan : Makluman

4.3 AJK Kantin telah mengadakan messyurata sebanyak dua kali. Borang penilaian
markah kantin juga telah disediakan dan akan diletak diruangan makan guru.
Keceriaan kawasan kantin juga akan ditambah lagi dan mengabungjalin dengan
panitia Matematik.

Tindakan : Makluman
4.4 Kenalpasti dan rujuk semula senarai makanan yang boleh dijual, dilarang jual dan
tidak digalakan jual. Pihak pentadbir berhasrat untuk mendapat target Gred A untuk
kantin. Aiskrim tidak dibenarkan jual sama sekali disekolah ini.

Tindakan : Pn.Siti Mirani

4.5 Melalui taklimat di PPD yang diwakili oleh Pn Che Zaleha mengenai pengisian Buku
Teks 2019 telah belaangsung. Untuk makluman, DLP Tahun 1 ditangguhkan dan
Tahun 3 2019 akan diteruskan. Buku aktiviti Matematik dan Sains Tahun 1 2018
sudah boleh diambil di SK Mulong. Jika ada buku berlebihan, guru diminta hantar ke
unit APD. Buku aktiviti tersebut, Pn Zaleha akan mengambilnya pada hari ini.

Tindakan : Makluman

4.6 Murid yang menerima RMTS pada tahun ini ialah 35 orang sahaja setakat April ini.
Guru sudah membuat perjumpaan dengan murid RMTS untuk taklimat dan
makluman ulangan. Jika ada pertukaran menu dalam RMTS perlu dimaklum kepada
PK HEM ataupun Guru Besar secara bertulis mahupun lisan.
Tindakan : Pn. Che Zaleha

4.7 Bilangan murid yang menerima Program Susu 1 Malaysia 2018 ialah 42 orang.
Murid sudah diedarkan borang makluman dan kebenaran ibubapa untuk PS1M.
PS1M mungkin akan bermula pada bulan April.

Tindakan : Makluman

4.8 AJK Kebersihaan telah mengadakan aktiviti Gotong Royong bersama MPKB pada
10 Februari 2018 yang lepas. Selain itu juga, AJK Kebersihan menganjurkan
pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas mengikut kelas abad ke 21. Program
terdekat yang akan dilaksanakan juga adalah Program 3R sisa pepejal dan akan
menyertai pertandingan tandas peringkat PPD.
Tindakan : Pn. Rohaizan

4.9 AJK Keselamatan sedang memasukan data ddalam sistem penarafan keselamatan
sekolah (SPKS) yang melibatkan 6 Aspek pada bulan April dan Ogos nanti. Untuk
makluman, markah sekolaah kita pada tahun lepas melebihi 90%.

Tindakan : En. Normadi

4.10 Untuk Proram dibawah AJK Kesihatan, yang telah berlangsung ialah Program
Lawatan Pergigian pada 15 Januari 2018. Di dalam program tersebut, pihak
kesihatan telah membekalkan berus gigi dan ubat gigi secara percuma dan juga
demonstrasi penjagaan gigi. Untuk program suntikan berkemungkinan akan
dijalankan pada awal bulan Mei. Borang kebenaran ibubapa telah diedarkan. Untuk
Program kesihatan mata dan sumbangan kaca mata murid, belum mendapat
maklumbalas dari pihak berkenaan. Pada 10 April, akan berlaku Program Cakna
Kesihatan di SK Kem yang melibatkan 3 orang murid dan 1 orang guru sahaja.

Tindakan : Pn. Tuan Nurhasana

4.11 Program Bantuan Awal Persekolahan telah dijalankan pada awal tahun dengan
jayanya. Bilangan penerima KWAPM ialah 39 orang dan bilangan penerima eKasih
seramai 10 orang sahaja. Seramai 6 orang murid tercicir. Majlis penyampaian
KWAPM pada 11 April ditunda pada tarikh yang lain. Untuk bantuan murid
berkeperluan khas, sekolah kita tidak terlibat. Pn Nik Marzani diminta menyediakan
senarai anak yatim dari tahun 1-6 untuk persediaan agihan sumbangan dan bantuan
pihak luar.
Tindakan : Pn. Nik Marzani

4.12 Pengisian SARANA sedang berlangsung. Tiga aktiviti utama yang selasai masih
dalam pengisi SARANA iaitu Pendaftaran Tahun 1, Pendaftaran Tahun 2- 6 dan
PIBG. Manakala tiga lagi aktiviti utama masih belum dijalankan seperti hari
pelaporan latihan kecemerlangan, Hari Sukan Sekolah dan Hati Anugerah. Untuk
KPI 2, perlu melibatkan ibubapa sebagai sukarelawan seperti aktiviti Gotong Royang
Pedana.
Tindakan : En. M. Kameel

4.13 AJK Aset perlu membuat catatan mengenai sumbangan meja dan kerusi yang
diterima. Pada awal tahun, sekolah telah menerima sumbangan kerusi plastik
sebanyak 100 buah dan meja peperikasaan 100 buah. Diiukuti dengan kerusi
pejabat sebanyak 34 buah. Setakat tahun 2018, belum ada pelupuasan mana-mana
aset sekolah ini.
Tindakan : Pn. Nik Nur Azyyatie

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Meja tahun 6 yang menggunakan meja peperiksaan diminta menukar semula
kepada meja kayu biasa.

5.2 Jika tempahan untuk program melibatkan VIP luar, diminta guru memeriksaan
hidangan makanan yang ditempah kerana berlaku tempahan yang mempunyai
rambut pada nasi. Diminta AJK kantin menegur tukang masak tanpa tudung tidak
dibenarkan.

5.3 Pakaian semasa kelas tambahan cuti sekolah diminta selaraskan seperti memakai
jubah ataupun baju kurung dimaklum didalam surat.

5.4 Laporan aktiviti Program PIBG, Gotong royong bersama MPKB, Majlis Penyerahan
Watikah dan Kursus Kepimpinan Khalifah Mudah perlu dihantan sesalinan kepada
S/U HEM.

5.5 AJK Keselamatan meminta untuk menyertai mesyuarat bersama Pengawal


Keselamatan.

5.6 Ibubapa tidak dibenarkan masuk dengan kenderaan pada waktu persekolahan.

5.7 CCTV akan dipasang dipagar sekolah. CCTV ini disumbangkan oleh ibubapa murid.
Selain itu juga, akan ditampal signboard pada pagar sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan dengan surah Al-Asr dan tasbih kaffarah pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ ____________________
(NUR ZAFIRAH BINTI MOHD ZAKARI) (SUPIAN BIN AB GHANI)
Setiausaha Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Das könnte Ihnen auch gefallen