You are on page 1of 20

Virtual Collaborative Learning Environment (VCLE)

Centre for Instructional Technology and Multimedia,


Universiti Sains Malaysia (USM)
in collaboration with
Co-curricular and Arts Division, Ministry of Education, Malaysia,
North-East District Education Office, Penang,

Sekolah Kebangsaan Minden Height, Penang.


Web address: www.vcle.usm.my

LATAR BELAKANG

Virtual Collaborative Learning Environment (VCLE) merupakan satu


pengupaya yang menyediakan pengalaman pembelajaran bermakna
kepada murid di samping menjadikan pembelajaran menarik dan
menyeronokkan. Program VCLE ini dicipta oleh Pusat Teknologi Pengajaran
dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kolaborasi dan
kerjasama Sekolah Kebangsaan Minden Height bermula tahun 2010. Objektif
utama program ini adalah untuk menyediakan satu persekitaran
pembelajaran maya bagi murid sesama murid dan komuniti tempatan serta
murid dan komuniti antarabangsa. Sekolah jaringan dalam Malaysia,
Thailand, Singapore, Brunei dan Indonesia telah melibatkan diri dengan
program VCLE ini secara aktif.

Pada tahun 2013, jawatankuasa penganjur VCLE dengan kolaborasi


dan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut telah mengambil inisiatif
untuk menjayakan International Online Essay Competition atau Pertandingan
Esei Dalam Talian Peringkat Antarabangsa bagi sekolah-sekolah jaringan VCLE
di Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei bersama-sama dengan Sekolah
Berprestasi Tinggi Malaysia. Pertandingan julung kali itu berjaya menarik
penyertaan seramai 780 murid. Daripada penyertaan tersebut, 73 peserta
mencapai Emas, 156 Perak manakala 216 peserta mencapai Gangsa. Di
samping sijil pencapaian, semua peserta dianugerahkan sijil penyertaan
dalam bentuk digital.

Semenjak itu, penyertaan program VCLE semakin mendapat sambutan


dan menarik lebih ramai penyertaan sekolah-sekolah Asean menjadi sekolah
jaringan. Pada tahun 2014, program ini dapat diperkembang ke Korea dan
berjaya menarik penyertaan empat buah sekolah dari Seoul. Pada tahun
2015, bilangan keseluruhan peserta meningkat kepada 970 murid Malaysia,
Thailand, Singapura dan Indonesia.
Program ini terus mendapat sambutan yang memberangsangkan pada
tahun 2016. Penyertaan meningkat kepada 1256 murid dan Brunei telah
menyertai pertandingan ini semula. Pada tahun 2017, seramai 1710 murid dari
154 buah sekolah dari seluruh negara telah terlibat bagi peringkat negeri dan
kebangsaan. Seterusnya seramai 274 peserta dari Malaysia telah layak ke
peringkat antarabangsa bersama 70 peserta dari 5 buah negara yang lain.

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah berumur antara


10 hingga 12 tahun yang sedang bersekolah di Sekolah-sekolah Berprestasi
Tinggi, sekolah-sekolah jaringan VCLE, sekolah harian dan sekolah jemputan
di Asia Tenggara serta negara-negara jemputan lain. Pertandingan ini juga
dibuka kepada murid Sekolah Menengah di Selatan Thailand, Korea,
Indonesia, Jepun dan Sekolah-sekolah Menengah Malaysia bawah program
“Teach for Malaysia”. Penyertaan murid sekolah menengah dihadkan kepada
murid berusia 14 tahun ke bawah. Sehubungan itu, pihak kami amat berharap
lebih banyak sekolah akan menyertai program ini.

Setiap tahun, jawatankuasa penganjur menemukan pelbagai isu dan


saban tahun juga pelbagai nilai tambah telah kami usahakan untuk memberi
penambahbaikan kepada sistem VCLE dan juga pengurusan pertandingan.
Tahun 2018 ini merupakan tahun keenam pertandingan ini dianjurkan justeru
pelbagai penambahbaikan telah diusahakan untuk memastikan aspek
pengurusan teknikal dan sistem lebih stabil, lebih mesra pengguna dan lebih
terjamin. Kami juga ingin memperluaskan pertandingan ini luar daripada
kelompok sedia ada dengan menjemput sekolah dari United Kingdom, United
States, Uganda, Filipina dan Sudan.

OBJEKTIF

1. Untuk menyokong dasar Memertabatkan Bahasa Melayu


Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kementerian Pendidikan
Malaysia.
2. Untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan hidup bersatu padu,
aman dan harmoni dalam kalangan murid di peringkat global.
3. Untuk menggalakkan pembelajaran maya merentasi sempadan
geografi dan budaya di samping menggalakkan dan mempromosikan
Pembelajaran Abad ke-21.
4. Untuk menyediakan satu ruang dan peluang kepada murid untuk
melahirkan idea dan pendapat melalui penulisan esei.
5. Untuk menggalakkan dan menginspirasikan murid supaya berani
menyertai dan bersaing dalam pertandingan peringkat antarabangsa.
KATEGORI

Semua jenis Sekolah Rendah/ Elementary School: 10 tahun hingga 12 tahun


Terdapat dua kategori iaitu:
i. Bahasa Inggeris
ii. Bahasa Melayu
Menengah Rendah/ Lower Secondary: 13 tahun hingga 14 tahun
Terdapat dua kategori iaitu:
i. Bahasa Inggeris (TFM & sekolah-sekolah jemputan)
ii. Bahasa Melayu (Selatan Thailand, Indonesia & Brunei)

TEMA

“Creativity and innovation”


“Kreatif dan innovatif”

HEBAHAN PERTANDINGAN

1. Hebahan melalui email dan surat jemputan rasmi kepada sekolah


jemputan daripada pihak penganjur.
2. Hebahan melalui laman sesawang Bahagian Ko-Kurikulum dan
Kesenian, KPM.
TATACARA PENYERTAAN

Pendaftaran

1. Setiap sekolah hendaklah melantik seorang penyelaras bagi setiap


kategori.
2. Pendaftaran dilakukan oleh Penyelaras Sekolah melalui sesawang
VCLE. Maklumat penyelaras hendaklah lengkap dan tepat
terutamanya nama, e-mail dan nombor telefon.
3. Penyelaras hendaklah mendaftarkan peserta melalui laman sesawang
secara dalam talian. Semua data peserta seperti yang diminta dalam
borang penyertaan wajib dilengkapkan.
4. Setiap sekolah dibenarkan untuk mendaftar maksimum 10 peserta bagi
setiap kategori.
5. Langkah untuk mendaftar:
i. Sila layari laman web www.vcle.usm.my
ii. Klik pada butang “IOEC2018”
iii. Klik pada butang “Register Here”
ii. Daftarkan maklumat sekolah dan maklumat penyelaras.
iii. Penyelaras hendaklah mendaftar akaun setiap peserta.
iv. Penyelaras uji cuba login akaun murid / peserta menggunakan ID
dan kata laluan yang telah didaftarkan.
6. Selepas pendaftaran, penganjur akan menghantar pengesahan
penerimaan pendaftaran sekolah kepada penyelaras melalui e-mail.
7. Setelah menerima pengesahan pendaftaran sekolah daripada pihak
penganjur, penyelaras boleh membuat pembayaran penyertaan.
Langkah untuk pembayaran penyertaan:
i. Yuran penyertaan ialah RM40 bagi setiap peserta.
ii. Pembayaran hendaklah dibuat melalui transaksi bank kepada:
Usains Holding Sdn. Bhd.
Ambank (M) Berhad
Nombor akaun: 888 100 985 0380
iii. Slip pembayaran hendaklah dimbas dan dimuat naik melalui
sesawang VCLE sebagai bukti pembayaran dan pengesahan
penyertaan murid.
8. Peserta hendaklah login ke dalam VCLE menggunakan ID dan kata
laluan masing-masing sebagai langkah pengesahan semula (untuk
memastikan ID dan kata laluan berfungsi dan sah).
9. Pada tarikh dan masa serta tempat pertandingan yang ditetapkan
penganjur, peserta hendaklah login akaun masing-masing dan mula
membuat esei dalam paparan yang disediakan.
10. Sila klik “submit” (hantar) untuk menghantar esei yang telah selesai.
Peserta diingatkan supaya mematuhi arahan yang tertera.
SISTEM VCLE

Jawatankuasa teknikal daripada Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia


(PTPM), USM telah membina satu sistem khas untuk pertandingan ini. Dalam
sistem tersebut, satu jangka masa tertentu berdasarkan waktu tempatan
(mengikut negara masing-masing) telah ditetapkan untuk peserta
mengarang esei pada tarikh pertandingan. Peserta yang berdaftar hanya
dapat menggunakan ID dan kata laluan yang telah disahkan untuk login ke
dalam sesawang VCLE (www.vcle.usm.my).
Peserta memilih kategori dan seterusnya tiga (3) soalan akan terpapar.
Peserta hendaklah klik satu daripada soalan tersebut dan mula mengarang
secara spontan dalam toolbox (ruang) yang disediakan. Satu timeline (garis
masa) akan terpapar sebaik sahaja peserta login ke dalam sistem. Sistem akan
terhenti dengan sendirinya apabila masa tamat justeru peserta perlu
menyiapkan esei dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tiga (3) jam.
Peserta hendaklah menghantar esei dengan mengklik butang “submit”.
Sebaik sahaja butang “submit” ditekan, sistem akan memaparkan
pertanyaan “Adakah anda pasti untuk menghantar esei?” Kemudian, peserta
perlu menekan butang submit sekali lagi. Peserta juga diingatkan supaya
membuat backup atau salinan esei dalam Microsoft Words.
Sistem ini juga memastikan tiada gangguan akan berlaku semasa
pertandingan sedang berlangsung. Sistem ini mesra pengguna, dapat
dipercayai dan tekal. International Online Essay Competition ini berintegriti
tinggi kerana sistemnya dapat mengawal plagiatrisme, peserta mengarang
secara spontan dalam jangka masa yang ditetapkan dan dikawal oleh
penyelaras dan pegawai pemantau serta jawatankuasa di pelbagai
peringkat.
PENYELARAS
Tiga penyelaras yang akan terlibat dalam perlaksanaan pertandingan IOEC:
1 Penyelaras Sekolah – Dilantik oleh sekolah masing-masing
2 Penyelaras Pusat Ujian – Dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur
3 Jawatankuasa Berpusat – Dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur

Penyelaras Sekolah
Setiap sekolah yang menyertai pertandingan ini hendaklah melantik seorang
penyelaras. ‘Penyelaras Sekolah’ bertanggungjawab untuk menyaring dan
memilih murid yang layak di peringkat sekolah untuk bertanding di peringkat
negeri secara berpusat.
Seterusnya, murid yang terpilih di peringkat sekolah hendaklah
didaftarkan ke dalam sistem. Penyelaras sekolah juga bertanggungjawab
untuk menghubungi bahagian teknikal melalui e-mail untuk pengurusan
selanjutnya atau untuk mendapatkan maklumat lanjut. Senarai ID dan kata
laluan peserta yang telah didaftar penyelaras sekolah hendaklah disimpan
sebagai rujukan dan bahan sandar.

Penyelaras Pusat Ujian


‘Penyelaras Pusat Ujian’ dilantik oleh penganjur dan diketuai oleh Guru Besar
sekolah-sekolah yang dipilih mengikut daerah yang akan menjadi pengurus
bagi pertandingan secara berpusat di peringkat negeri. Penyelaras Pusat
Ujian bertanggungjawab untuk menyediakan satu tempat pertandingan
yang mempunyai capaian internet. Pusat pertandingan boleh dibuat di
mana-mana institusi atau premis yang mempunyai infrastruktur dan memenuhi
keperluan serta prosedur pertandingan.
Penyelaras Pusat Ujian perlu berkolaborasi dengan setiap Penyelaras
Sekolah peserta yang diletakkan di bawah pusat ujiannya bagi memastikan
kehadiran peserta sekolah-sekolah tersebut pada hari pertandingan.

Jawatankuasa Berpusat
Jawatankuasa berpusat dilantik oleh penganjur dan diketuai oleh seorang
‘Penyelaras Negeri’ yang bertanggungjawab bagi semua pusat-pusat ujian,
pegawai pemantau dan pemeriksa dari negerinya. Jawatankuasa tersebut
berperanan sebagai penyelaras pertandingan di peringkat negeri masing-
masing. Sehubungan itu, jawatankuasa berpusat hendaklah membuat
persiapan rapi untuk memastikan pertandingan berjalan lancar. Pemantauan
hendaklah dibuat sebelum dan semasa pertandingan untuk memastikan
keesahan pertandingan serta berintegriti tinggi.
Bagi pemeriksa, cara pemarkahan dan pemeriksaan berbentuk video
tutorial dapat diakses pemeriksa dalam sistem bagi kedua-dua kategori. Satu
kod atau kata laluan akan diberikan kepada pemeriksa di peringkat negeri
untuk mengakses skrip serta membuat penilaian dan penggredan secara
dalam talian. Kemudian, pemeriksa mengisi skor dan “submit”. Verifikasi akan
dibuat semula oleh panel pemeriksa peringkat kebangsaan.
FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan terbahagi kepada tiga (3) peringkat iaitu:

1. Peringkat negeri
2. Peringkat kebangsaan
3. Peringkat antarabangsa

 Pertandingan ini merupakan pertandingan secara individu, esei dibuat


secara dalam talian mengikut ketetapan masa dan tarikh. Setiap
peserta hendaklah memilih satu daripada tiga soalan yang diberi dan
membuat esei secara spontan.
 Esei dibuat dalam toolbox yang disediakan. Setiap peserta diberi tiga
(3) jam untuk menyiapkan esei. Sistem akan dinyahaktifkan (deactivate)
secara automatik apabila masa mencukupi tiga (3) jam.
 Panjang esei bagi semua peringkat ialah antara 350 patah perkataan
hingga 500 patah perkataan.
 Apabila peserta mengklik butang submit satu soalan dipapar untuk
memastikan peserta bersedia untuk menghantar eseinya. Selepas itu,
peserta tidak boleh mengakses eseinya lagi.
 Peserta dinasihati supaya membuat salinan esei dalam Microsoft Word
sebagai langkah keselamatan di luar jangka. Sekiranya sistem tidak
dapat mengesan atau mengesahkan penghantaran, peserta masih
boleh copy paste salinan yang dibuat dalam Microsoft Word dan
menghantar esei tersebut semula.
 Pertandingan peringkat negeri diadakan secara berpusat di sekolah
yang dilantik oleh pihak penganjur.
 Peserta yang melepasi saringan peringkat negeri iaitu memperoleh
pencapaian 75% ke atas, layak diangkat ke peringkat kebangsaan.
 Semasa penilaian pada peringkat kebangsaan, skrip akan dinilai
semula oleh panel kebangsaan. Sekiranya panel yang dilantik
mendapati skrip tidak menepati standard piawaian kebangsaan, maka
skrip hanya berhak mendapat pencapaian di peringkat negeri sahaja.
 Peserta peringkat kebangsaan yang mencapai tahap emas layak untuk
menyertai pertandingan peringkat antarabangsa. Pihak penganjur
akan menetapkan pusat, tarikh dan masa pertandingan.
 Pertandingan peringkat antarabangsa akan berlaku serentak mengikut
waktu tempatan (negara masing-masing).
 Hakim penilai peringkat antarabangsa terdiri daripada Pegawai SISC+
dan Guru Cemerlang JPN Pulau Pinang. Keputusan Panel Hakim
Antarabangsa akan disahkan oleh Pensyarah Pusat Bahasa USM.
 Lima (5) peserta terbaik peringkat antarabangsa bagi setiap kategori
akan dijemput ke USM untuk sesi viva.
 Tiga (3) peserta terbaik akan dipilih untuk menerima anugerah khas oleh
pihak penganjur.
 Keputusan panel penilai adalah muktamad.
TERMA DAN SYARAT

 Perserta hendaklah mematuhi format pertandingan.


 Peserta hendaklah membina esei berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman ataupun pembacaan supaya esei yang dibina itu asli dan
authentic.
 Peserta dinasihati supaya tidak membuka tab baharu ketika
mengarang kerana sistem akan mengesan cubaan penjiplakan
(plagiarism).
 Peserta tidak boleh jeda (pause) melebihi 15 minit ketika sedang
mengarang kerana sistem juga akan mengesan cubaan penjiplakan
(plagiarism)
 Penganjur berhak untuk mendenda atau memotong markah sebarang
unsur penjiplakan dan peserta hanya akan diberi sijil penyertaan.
 Penganjur juga berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang
melebihi had yang ditetapkan.
SKEMA PEMARKAHAN

Kriteria

Esei yang dikarang hendaklah berdasarkan tema yang diberi serta berkualiti.
Selain itu, panel penilai akan memberi perhatian lebih kepada karangan yang
tulen, kreatif dan mempunyai penerapan nilai.

1. Ketulenan (originality and communication) 40 markah

Peserta dapat menyampaikan idea yang menarik, dapat mentafsirkan tajuk


dengan tepat serta menghasilkan esei yang berkualiti.

a. 30 markah untuk pentafsiran dan penghasilan kreatif


b. 5 markah untuk diksi yang menarik
c. 5 markah untuk penerapan nilai yang menarik.

2. Kandungan 40 markah

Peserta dapat membina perspektif sendiri tentang isu-isu global berhubung


topik. Perspektif tersebut mencerminkan perkongsian pemikiran dan
pengalaman peribadi.

a. 25 markah untuk membina idea utama dan idea sampingan


b. 10 markah untuk kejelekitan dan pengolahan idea
c. 5 markah untuk ketekalan (pendapat dan pandangan)

3. Sistematika Penulisan dan Bahasa (Writing Mechanics) 20 markah

Pertandingan ini juga bertujuan untuk mengetengahkan penulisan esei yang


berkualiti dan pemikiran yang jitu. Kejelasan hujah dan pembinaan esei yang
berkualiti amat dititikberatkan.

a. 5 markah untuk ketepatan sistem ejaan dan tanda baca


b. 5 markah untuk struktur ayat yang tepat dan baik
c. 5 markah untuk pemerengganan
d. 5 markah untuk gaya Bahasa
TATACARA SARINGAN DAN SEMAKAN SKRIP

Peringkat Negeri
1. Pihak penganjur akan melantik Panel Hakim Negeri dari setiap negeri
yang turut serta.
2. Panel yang dilantik terdiri daripada Pegawai SISC+ negeri, guru
cemerlang, pemeriksa kertas atau jurulatih utama (JU).
3. Panel Hakim Negeri akan menyemak skrip peserta dari daerah atau
negeri yang lain.
4. Panel Hakim Negeri akan menentukan tahap pencapaian skrip
mengikut ketetapan.
5. Karangan akan dikategorikan mengikut empat tahap pencapaian
seperti jadual.
6. Skrip peserta yang mencapai tahap Gold dan Silver layak diangkat ke
peringkat Kebangsaan.

Jadual Tahap Pencapaian Skrip Peringkat Negeri

TAHAP MARKAH SARINGAN


Layak ke Peringkat
Gold 85 – 100
Kebangsaan
Layak ke Peringkat
Silver 75 – 84
Kebangsaan
Terima Sijil Bronze Peringkat
Bronze 50 - 74
Negeri
Terima Sijil Penyertaan
Sijil Penyertaan 49 ke bawah
Peringkat Negeri
Peringkat Kebangsaan

1. Pihak penganjur akan melantik Panel Hakim Kebangsaan.


2. Panel Kebangsaan dilantik daripada Pegawai SISC+, JPN Pulau Pinang,
guru cemerlang dan pemeriksa kertas.
3. Panel Hakim Kebangsaan akan menyemak skrip peserta yang diangkat
daripada peringkat negeri.
4. Panel Hakim Kebangsaan akan menentukan tahap pencapaian skrip.
5. Karangan akan dikategorikan mengikut empat tahap pencapaian
seperti jadual.
6. Skrip peserta yang mencapai tahap Gold sahaja layak bertanding di
peringkat Antarabangsa.

Jadual Tahap Pencapaian Skrip Peringkat Kebangsaan

TAHAP MARKAH SARINGAN

Terima Sijil Gold Peringkat


Gold 85 – 100 Kebangsaan dan layak ke
Peringkat Antarabangsa

Terima Sijil Silver Peringkat


Silver 75 – 84
Kebangsaan

Terima Sijil Bronze Peringkat


Bronze 50 - 74
Negeri

Terima Sijil Penyertaan


Sijil Penyertaan 49 ke bawah
Peringkat Negeri
Peringkat Antarabangsa

1. Pihak penganjur akan melantik Panel Hakim Antarabangsa.


2. Hakim penilai peringkat antarabangsa terdiri daripada Pegawai SISC+
dan Guru Cemerlang JPN Pulau Pinang.
3. Panel Hakim Antarabangsa akan menyemak skrip peserta yang layak
menduduki pertandingan peringkat antarabangsa.
4. Panel Hakim Antarabangsa akan menentukan tahap pencapaian skrip.
5. Keputusan Panel Hakim Antarabangsa akan disahkan oleh Pensyarah
Pusat Bahasa USM.
6. Karangan akan dikategorikan mengikut empat tahap pencapaian
seperti jadual.
7. 10 skrip peserta yang mencapai tahap Gold sahaja layak dipilih untuk
di publish oleh USM. Lima (5) peserta terbaik layak ke pusingan viva/
pembentangan untuk memilih 3 pemenang utama yang akan
diumumkan dalam majlis penutupan di USM.

Jadual Tahap Pencapaian Skrip Peringkat Antarabangsa

TAHAP MARKAH SARINGAN

Terima Sijil Gold Peringkat


Antarabangsa dan sepuluh skrip
Gold 85 – 100
terbaik setiap kategori akan di
PUBLISH dalam laman sesawang USM.
Terima Sijil Silver Peringkat
Silver 75 – 84
Antarabangsa
Terima Sijil Bronze Peringkat
Bronze 50 - 74
Antarabangsa

Terima Sijil Penyertaan Peringkat


Sijil Penyertaan 49 ke bawah
Antarabangsa
PERATURAN PEMARKAHAN

1. Karangan mestilah menepati tugasan yang diberikan.


2. Karangan yang dihasilkan mestilah asli, kreatif dan tiada unsur
plagiarisme.
3. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan
kriteria yang telah ditetapkan.

Tahap/
Skor Kriteria
Pencapaian

1. Karangan menepati tugasan.


Gold 85 - 100 2. Penggunaan ayat yang gramatis.
3. Idea yang relevan mengikut tugasan,
pengolahan yang menarik dan berkesan.
4. Huraian idea yang jelas dan matang.
5. Kosa kata yang luas dan tepat.
6. Unsur bahasa bervariasi dan menarik seperti
penggunaan peribahasa, pantun, cogan
kata atau frasa indah.
7. Ejaan dan tanda baca betul dan tepat.

1. Karangan masih menepati tugasan.


Silver 75 - 84 2. Penggunaan ayat yang gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum.
3. Idea yang masih relevan mengikut tugasan,
pengolahan yang masih menarik dan
berkesan.
4. Huraian idea yang jelas.
5. Kosa kata yang luas.
6. Unsur bahasa masih bervariasi dan masih
menarik seperti penggunaan peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa indah.
7. Ejaan dan tanda baca betul.
Tahap/
Skor Kriteria
Pencapaian

Bronze 50 - 74 1. Karangan kurang menepati tugasan.


2. Penggunaan ayat yang kurang gramatis.
3. Idea yang kurang relevan mengikut tugasan,
pengolahan yang kurang menarik.
4. Huraian idea yang kurang jelas.
5. Kosa kata yang umum.
6. Unsur bahasa kurang bervariasi.
7. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang
minimum.

Penyertaan 1 - 49 1. Karangan tidak menepati tugasan.


2. Penggunaan ayat yang tidak gramatis tetapi
masih difahami.
3. Idea yang kurang relevan/ idea yang
bercampur aduk, pengolahan yang tidak
menarik.
4. Huraian idea yang tidak jelas.
5. Kosa kata yang terhad.
6. Unsur bahasa tidak bervariasi.
7. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang
ketara.
PENSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN

Sijil akan ditandatangan oleh Puan Rozainum binti Ahmad, Pengarah


Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Professor Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Jaringan
Industri dan Masyarakat), Universiti Sains Malaysia.
Semua sijil iaitu sijil penyertaan, pencapaian dan penghargaan akan
dihantar melalui pos berdaftar oleh pihak penganjur terus kepada sekolah
yang terlibat.
Pada tahun ini, pemenang 5 Terbaik setiap kategori peringkat
antarabangsa akan diberikan hadiah wang tunai yang akan diberikan
semasa Majlis Penutup IOEC 2018 atau dikredit terus ke akaun sekolah peserta
pemenang terlibat mengikut jumlah berikut:

Tempat Pertama: Wang Tunai RM300.00 + Trofi + Sijil Pencapaian


Tempat Kedua: Wang Tunai RM250.00 + Trofi + Sijil Pencapaian
Tempat Ketiga: Wang Tunai RM200.00 + Trofi + Sijil Pencapaian
Tempat Keempat: Wang Tunai RM150.00 + Trofi + Sijil Pencapaian
Tempat Kelima: Wang Tunai RM100.00 + Trofi + Sijil Pencapaian

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) akan mengeluarkan surat


pengiktirafan pertandingan setelah pertandingan selesai bagi menentukan
pelajar yang menyertai pertandingan ini akan diiktiraf markah kokurikulum
pada peringkat yang sepatutnya berdasarkan tahap pelibatan dan
pencapaian pelajar tersebut bagi markah aktiviti kokurikulum pelibatan 1.

PEGAWAI PERHUBUNGAN
1. En. Mohd Shamezal bin Mohd Amin (Penyelaras) - bippdtl@gmail.com
2. En. Fadzil bin Sadikin (Hakim) - ioecppdtl@gmail.com
3. En. Noridzwan Baser (Pendaftaran & Sistem)- noridzwan@usm.my

PENUTUP
Program International Online Essay Competition ini diharap dapat memupuk
persefahaman antarabangsa dalam kalangan peserta sama ada dalam
negara mahupun luar negara. Di samping perkongsian idea, peserta dapat
membina hubungan, meningkatkan kemahiran jaringan dan komunikasi serta
menambah baik kemahiran berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu.

LAMPIRAN:
1. Carta alir dan tarikh-tarikh penting
LAMPIRAN
CARTA ALIR PERTANDINGAN (TARIKH-TARIKH PENTING)

26 - 30 Mac 2018
 Lantikan penyelaras peringkat sekolah.
 Pemilihan 10 - 20 peserta peringkat sekolah untuk penyertaan
peringkat negeri.
 Hebahan dan jemputan oleh penganjur.

02 – 11 April 2018
 Pendaftaran peserta oleh sekolah.
12 - 13 April 2018
 Pengesahan penerimaan pendaftaran oleh penganjur.
14 - 17 April 2018
 Pembayaran Yuran oleh peserta.

2 – 4 Mei 2018
 Pengesahan penerimaan yuran oleh penganjur.
 Semakan pusat ujian sekolah.
 Pengesahan verifikasi ID dan kata laluan peserta.
 Peserta membuat persiapan berdasarkan tema diberi.

7 – 11 Mei 2018
 Uji lari oleh wakil peserta setiap sekolah di pusat ujian

15 Mei 2018, (Selasa)


 HARI PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI.
Koordinator memastikan semua peserta log-in di laman sesawang
dan mengarang esei.
30 Mei 2018, (Rabu)
 Penyelarasan penghakiman peringkat negeri.

7 Jun 2018, (Khamis)


 Penyelarasan penghakiman peringkat kebangsaan.

11 Jun 2018, (Isnin)


 Keputusan peringkat negeri dan kebangsaan diumumkan
melalui laman sesawang vcle.usm.my.
 Semakan peserta Malaysia yang layak ke peringkat
antarabangsa.

8 - 12 Jun 2018
 Hebahan dan jemputan oleh penganjur kepada peserta
antarabangsa luar Malaysia.

13 – 24 Jun 2018,
 Pendaftaran peserta peringkat antarabangsa oleh sekolah luar
Malaysia.
 Semakan Pusat Ujian Antarabangsa bagi peserta sekolah
Malaysia.

2 – 5 Julai 2018
 Pengesahan verifikasi ID dan kata laluan peserta luar Malaysia.
 Peserta membuat persiapan berdasarkan tema diberi.
 Uji lari oleh wakil peserta setiap sekolah di pusat ujian
10 Julai 2018, (Selasa)
 HARI PERTANDINGAN PERINGKAT ANTARABANGSA.
Koordinator memastikan semua peserta log-in di laman
sesawang dan mengarang esei.

12 Julai 2018, (Khamis)



 Penyelarasan penghakiman peringkat antarabangsa.

16 Ogos, (Khamis) : 2.00 petang – Viva 5 peserta terbaik


17 Ogos, (Jumaat) : 8.30 pagi - Majlis Penutup IOEC 2018
 Viva 5 peserta terbaik mengikut kategori dan Majlis Penutup
serta penyampaian hadiah di PTPM USM.
 Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh penganjur.

25 Ogos 2017
 24 Ogos 2018, (Jumaat)
 Keputusan peringkat antarabangsa diumumkan melalui laman
sesawang vcle.usm.my.

10 – 14 September 2018
 Penghantaran sijil kepada pemenang bagi setiap kategori.