Sie sind auf Seite 1von 2

Current Transformer (CT) Calculation

Rajah 1 : Current Transformer (CT)

Rajah 2 : Zero Current Transformer (ZCT)

Current transformer (CT) digunakan bagi tujuan berikut :


1. Perlindungan (O/C, E/F dll)
2. Pemeteran (Ammeter dll)

CT bertindak sebagai pengubah daripada arus tinggi kepada arus rendah, contohnya
bus-bar yang dialirkan arus sebanyak 1000A per phase diturunkan nilai arusnya
kepada 5A per phase menggunakan CT.

Manakala ZCT biasanya digunakan untuk mengesan kebocoran arus (earth leakage
current). Contohnya apabila berlaku perubahan magnitude pada Fasa Merah, di
sebabkan oleh kebocoran arus, Earth Leakage Relay (ELR) akan diaktifkan oleh ZCT
bagi menghantar isyarat TRIP kepada Braker melalui Shun Trip Coil.
Soalan

Sebuah transformer arus (CT) mempunyai nilai 1000/5, sekiranya arus


sebenar yang melalui belitan primer adalah 800A, berapakah nilai arus
yang mengalir pada belitan sekunder.

Jawapan

Kn = Ip / Is
Kn = 1000/5
= 200
Apabila 800A mengalir pada Ip, Is adalah,
Kn = 800 / Is
200 = 800 / Is
Is = 800/200
= 4 Amp.

Das könnte Ihnen auch gefallen