Sie sind auf Seite 1von 2

Eva Wong Yishuen (2 Ren)

Selamat pagi kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang saya hormati, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Hari ini,saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa
yang Sombong”.
Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya besar dan kuat.
Semua haiwan takut kepadanya kerana banyak haiwan telah menjadi mangsanya. Suatu hari,
semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan untuk menewaskan singa yang
ganas lagi sombong itu.
“Wahai kawan-kawan, biar saya cuba menewaskan singa itu.” kata Tebuan.
Haiwan-haiwan lain ketawa sambil memperkecil kebolehan Tebuan.
“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri? Silakan.” Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Semua haiwan tunduk diam.
Jadi, pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. Mereka berjumpa Singa di bawah pokok. Dengan
segera, Tebuan terbang menghampiri Singa.
“Hai, singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau berlawan dengan aku,” kata
tebuan dengan berani.
“Engkau nak berlawan dengan aku? Ha ha ha!” jawab Singa sambil ketawa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa. Singa berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama-kelamaan, Singa menjadi letih. Dengan
kesempatan ini, Tebuan masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu dan
menyengatnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia tidak dapat mengeluarkan Tebuan. Semakin lama,
semakin kuat gigitan Tebuan. Akhirnya, Singa pun mati kesakitan. Semua binatang bersorak
kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan.
Kawan-kawan, Ingatlah! Kecil jangan disangka anak, Besar jangan disangka bapa.
Akal yang cerdik dan semangat yang kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.
Sekian,terima kasih.
Eva Wong Yishuen (2 Ren)
Selamat pagi kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang saya hormati, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa
yang Sombong”.
Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya besar dan kuat.
Semua haiwan takut kepadanya kerana banyak haiwan telah menjadi mangsanya. Suatu hari,
semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan untuk menewaskan singa yang
ganas lagi sombong itu.
“Wahai kawan-kawan, biar saya cuba menewaskan singa itu.” kata Tebuan.
Haiwan-haiwan lain ketawa sambil memperkecil kebolehan Tebuan.
“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri? Silakan.” Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Semua haiwan tunduk diam.
Jadi, pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. Mereka berjumpa Singa di bawah pokok. Dengan
segera, Tebuan terbang menghampiri Singa.
“Hai, singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau berlawan dengan aku,” kata
tebuan dengan berani.
“Engkau nak berlawan dengan aku? Ha ha ha!” jawab Singa sambil ketawa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa. Singa berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama-kelamaan, Singa menjadi letih. Dengan
kesempatan ini, Tebuan masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu dan
menyengatnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia tidak dapat mengeluarkan Tebuan. Semakin lama,
semakin kuat gigitan Tebuan. Akhirnya, Singa pun mati kesakitan. Semua binatang bersorak
kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan.
Kawan-kawan, Ingatlah! .Kecil jangan disangka anak, Besar jangan disangka bapa.
Akal yang cerdik dan semangat yang kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal. Sekian,
terima kasih.

Das könnte Ihnen auch gefallen