Sie sind auf Seite 1von 3

Research and Development

Prepared by : Muhammad Zul Faizi Bin Ab. Munif

To : Miss Sara Quek

RESEPI APAM TEPUNG MENGGUNAKAN TEPUNG GORENG PISANG

Bahan bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung goreng pisang
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - merah dan hijau

Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga
sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan
pewarna yang disukai dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan
hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.

RESEPI IKAN SIAKAP 3RASA MENGGUNAKAN TEPUNG KENTUCKY ORIGINAL

Bahan Utama Resepi Siakap Tiga Rasa

1 ekor ikan Siakap saiz sederhana (disiang dan dibersihkan)

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil serbuk kunyit

Tepung Kentucky untuk dilumurkan pada ikan siakap

Bahan Tumisan Sos Tiga Rasa

1 biji Bawang besar (dipotong mayang)

2 ulas bawang putih (dihiris)

Cili kering 7-10 tangkai (dikisar)

Cili api 5 batang (dibelah dua)


Sos cili 3 sudu besar

Sos tomato 2 sudu besar

Sos tiram 2 sudu besar

Sos ikan 1 sudu besar (jika ada)

Nenas 1/2 biji (jika tiada, nenas dalam tin) pun boleh.

Tomato 2 biji (dippotong dadu)

5 helai daun limau purut (dicarik, buang uratnya)

1 batang serai (ditumbuk )

Secawan air

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Cara Memasak Resepi Mudah dan Sedap Siakap Tiga Rasa

1. Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng.

2. Ikan siakap dikelar dan digaul dengan garam dan kunyit serta tepung gandum.

3. Goreng secara deep fry, bila warna ikan goreng bertukar keemasan, angkat dan dan letak
ketepi sementara untuk tos lebihan minyak goreng tadi.

4. Keluarkan separuh dari minyak goreng ikan tadi. Anda tidak perlu membazir masa dan kos,
terus tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili api, serai dan daun limau purut. Apabila
bahan tumisan berbau wangi masukkan cili kisar dan biarkan garing sebentar. Jika anda tidak
gemarkan pedas, boleh langkau cili kisar dan boleh terus masukkan sos cili, sos tomato, sos
tiram dan sos ikan (jika ada). Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Ketika ini, sos sudah menjadi pekat dan sekiranya anda gemar berkuah, boleh cairkan
dengan memasukkan sedikit air.

6. Kemudian, masukkan hirisan tomato dan nenas kedalam sos tiga rasa tersebut. Kacau
sebentar dan kemudian curahkan keatas ikan siakap yg telah digoreng tadi. Siap untuk
dihidang bersama nasi panas-panas.

Das könnte Ihnen auch gefallen