Sie sind auf Seite 1von 50

Faktor-faktor kebangkitan gerakan kesedaran

1. Peranan agama
 Masayrakat di Asia berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya.
 Di Indonesia, Sarekat Islam (1906) telah menggunakan agama Islam untuk dapatkan sokongan
rakyat.
 Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama juga gunakan Islam.
 Perjuangan mereka umpama perjuangan membela agama dan jihad untuk Islam.
 Gerakan awal nasionalisme di Myanmar dipelopori oleh golongan sami Buddha.
 Golongan Pongyi (sami-sami Buddha) menjadi penyokong gerakan pelajar dan alat menyedarkan
petani tentang gerakan nasionalisme.
 Di negeri Thai, agama Buddha telah menjadi penyatu rakyat.
 Di Filipina, Sepanyol telah mengkristiankan orang Filipina.
 Ia tidak mengancam tradisi, kebudayaan dan kehidupan mereka.
 Agama Kristian menjadi penyatu rakyat seluruh Filipina.
 Paderi-paderi Gomez, Burgos dan Zamora (GOBUZA) memulakan gerakan nasionalisme Filipina.
 Pembunuhan mereka telah dianggap sebagai kematian kerana agama atau sebagai mati syahid.
 Di India, agama memainkan peranan dalam pembentukan persatuan-persatuan pada awal
perkembangan nasionalisme.
 Di negeri China, perkembangan agama Kristian menimbulkan kebencian rakyat China.
 Shinto di Jepun dianggap sebagai ajaran awal mereka.
 Telah menarik minat orang Jepun untuk kembali kepada tradisi asal untuk memulih dan
memodenkan Jepun.
2. Peranan bahasa dan kesusasteraan
 Bahasa sebagai simbol perpaduan rakyat.
 Di Indonesia, Bahasa Melayu menyatukan penduduk kerana Belanda telah menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam urusan pentadbiran di Indonesia.
 Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dan sebaran maklumat.
 Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan merapatkan perbezaan kaum.
 Kemunculan idea Melayu Raya atau Indonesia Raya memperlihatkan perpaduan bangsa
Indonesia.
 Di negeri Thai, golongan nasionalis titikberatkan kemegahan bahasa dan kebudayaan Thai.
 Di Filipina, Bahasa Sepanyol menjadi alat penyatuan rakyat.
 Di India, Bahasa Inggeris menjadi alat telekomunikasi dan penyebaran maklumat.
 Di China, Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi membantu menyatukan penduduk serta
memudahkan penyebaran idea semangat kebangsaan.
 Hasil-hasil karya sastera digunakan untuk mengkritik dan membidas penjajah.
 Di Filipina, karya-karya Jose Rizal seperti Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) – 1887 dan El-
Filibusterismo (1891) serta Ninay (1885) oleh Dr. Pedro A. Peterno membidas Sepanyol.
 Di Indonesia, karya-karya seperti Siti Nurbaya oleh Marah Rusli, Hikayat Kadirun oleh Semaun dan
Student Hidjo oleh Bakti Siregar digunakan untuk mengkritik Belanda.
 Di Vietnam, Phan Boi Chan menulis Luu Cau Huyet Le Tan Thu (Surat Dari Tulisan Ryuktus Dalam
Tangisan Darah) memberi kesedaran kepada rakyat Vietnam.
 Di negeri China, Gerakan Revolusi Kesusasteraan pada pertengahan 1910-an.
 Muncul tokoh sastera seperti Hu Shih.
 Menganjurkan kesusasteraan popular yang mudah dan jelas dan bermakna.
 Menyeru karyawan jangan meniru sarjana klasik tetapi meluahkan idea dengan bebas
menggunakan bahasa.
 Jepun berbeza – Jepun melihat nilai-nilai kebudayaan kebangsaan tradisi dalam usaha memberi
semangat nasionalisme.
 Mulakan Gerakan Pembelajaran Kebangsaan atau Kokugaku.
 Paderi-paderi Shinto seperti Kada Azumamaro dan Kamo Mabuchi beri perhatian kepada puisi
klasik Jepun dalam usaha memberi semangat nasionalisme Jepun semasa proses Pemulihan Meiji.
3. Peranan kewartawanan
 Akhbar dan majalah adalah alat sebaran am penting dalam gerakan kesedaran.
 Dicetak dalam bahasa penjajah, bahasa ibunda dan bahasa lain.
 Membolehkan idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi
yang tertindas.
 Mengkritik mengenai hal kemasyarakatan, agama, ekonomi dan politik.
 Menyebarkan berita dari luar, menyedarkan dan menyeru rakyat untuk bersatu serta
memperjuangkan kemerdekaan.
 Di Indonesia, akhbar seperti Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia dan akhbar terjemahan
dari Belanda dan sebagainya muatkan tema-tema politik, kebebasan manusia dan pemansuhan
perbezaan kaya dan miskin.
 Di Filipina, akhbar La Solidaridad membawa kepada perubahan sikap rakyat.
 Di China, pelajar-pelajar yang menuntut di luar negeri sebarkan idea-idea revolusi melalui akhbar.
 Mereka muatkan idea-idea revolusi dalam akhbar seperti New Youth, Kuo Min Pao (Citizen’s
Tribune) dan Twentieth Century China (China Kurun ke-20) dalam usaha mereka menggulingkan
Dinasti Manchu.
 Mereka menerbitkan akhbar Su Pao di negara China sendiri untuk menyebarkan idea mereka.
 Akhbar memudahkan pengaliran idea-idea kebangsaan di negara-negara Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Timur.
4. Peranan pendidikan
 Pengenalan pendidikan sekular Barat.
 Terdedah kepada idea-idea liberalis, sosialis, demokrasi dan nasionalis seperti John Locke,
Voltaire, Montesquie, Rousseau dan Mazzini.
 Juga menerima idea-idea pembaruan dan falsafah Barat.
 Perasaan idea menyatukan pemikiran pemimpin nasionalis.
 Di Indonesia, pendidikan Barat melahirkan tokoh-tokoh intelektual.
 Mereka menjadi tokoh-tokoh pergerakan nasionalis Indonesia.
 Taman Siswa diasaskan oleh Suardi Surjaningrat pada tahun 1921.
 Ia memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran.
 Sistem pendidikan mendedahkan pelajar dengan budaya sendiri.
 Melatih pemuda untuk percaya pada diri mereka sendiri.
 Menaikkan semangat nasionalisme mereka.
 Tenaga pengajarnya merupakan ahli-ahli gerakan nasionalisme.
 Di Filipina, kelas menengah yang berpendidikan telah memberi pendidikan Barat kepada anak
mereka.
 Anak golongan ini seperti Dr. Jose Rizal, Marcelo H. Del Pilar, Mariano Ponce, Graciano Lopez
Jaena, Dr. Pedro A. Paterno muncul sebagai pemimpin nasionalis.
 Semasa pentadbiran Amerika Syarikat, ramai dihantar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat
tinggi.
 Pembukaan Universiti Yangoon di Myanmar pada awal 1920-an, menyemarakkan semangat
nasionalisme di Myanmar.
 Pelajar-pelajar mulakan gerakan anti Akta Universiti Burma kerana tinggikan tahap kemasukan.
 Di Vietnam, sekolah-sekolah dijadikan alat oleh Persatuan Pemodenan dna Phan Chu Trinh.
 Persatuan Permodenan jadikan sekolah sebagai alat propaganda untuk revolusi bersenjata.
 Phan Chu Trinh suka sekolah itu mengubah keadaan politik dan sosial masyarakat Vietnam.
 Sekolah-sekolah menjalankan aktiviti menyunting dan menerbitkan buku dan risalah yang
menekankan hal-hal patriotik, menguatkan diri dan pemodenan dalam quoc-ngu dan sebarkannya
kepada semua penduduk.
 Sekolah-sekolah menjadi landasan pendidikan dan reformasi budaya di Vietnam.
 Di India, pengenalan sistem pendidikan Barat pada tahun 1930-an membantu melahirkan golongan
intelektual seperti Mahatma Gandhi, Jawaharlal Nehru dan Muhammad Ali Jinnah.
 Di China, Universiti Peking (Peita) menjadi tempat untuk berbincang dan perdebatan antara
pelajar.
 Tsai Yuan-Pei (Canselor) letakkan asas-asas yang perlu bagi Peita sebagai pusat pengajian tinggi
yang lebih berguna kepada negara.
 Peita menjadi simbol kebebasan dan kemerdekaan kepada pelajar.
 Galakkan pelajar berucap, berbincang, menerbit dan aktiviti lain secara bebas.
5. Peranan golongan intelektual
 Berpendidikan Barat.
 Dipengaruhi oleh idea liberal, nasionalis, demokrasi, sosialis dan Marxisme-komunis.
 Elit baru ini tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan penjajah yang memeras kekayaan negara
dan menindas rakyat.
 Peluang pekerjaan gagal disediakan untuk mereka.
 Diskriminasi diamalkan oleh pentadbir Barat.
 Orang Barat yang disifatkan sebagai pendukung utama idea-idea demokrasi, liberalisme dan hak
asasi manusia tidak praktikkannya.
 Di Indonesia, Raden Adjeng Kartini (1879-1904) berasal daripada keluarga pembesar Jawa.
 Bersikap terbuku dan mempunyai idea-idea yang matang untuk memajukan bangsanya.
 Dalam surat-suratnya, beliau menyeru rakyat membebaskan diri daripada pemikiran kolot dan
menggalakkan penubuhan sekolah untuk wanita.
 Sama-sama Dr. Mas Wahidin Saediro Hoesoeda mulakan kempen untuk majukan Jawa.
 Tekankan perlunya penyebaran pendidikan Barat bagi mencapai kebahagian dan kemakmuran
rakyat.
 Di negeri Thai, Pridi Phanomyong gunakan jawatannya dalam kerajaan untuk mempengaruhi
pegawai kerajaan.
 Menggunakan kedudukannya sebagai pensyarah Universiti Chulalongkorn untuk mempengaruhi
pelajarnya.
 Golongan pelajar Universiti Yangoon gelarkan diri sebagai Thakin atau Tuan di bawah pimpinan
Aung San.
 Menubuhkan Dobama Asiayone (Kami Penduduk Myanmar) pada tahun 1935.
 Sehingga tahun 1941, golongan Thakin telah menjalankan pelbagai aktiviti.
 Seperti permogokan pelajar 1936, sertai pilihanraya tahun 1936 dan 1938 dan dapat sokongan
petani.
 Menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan Liga Penanaman Seluruh Burma.
 1940, All Burma Trades Union Congress ditubuhkan untuk selaraskan pertubuhan buruh dan
menentang pemerintahan British.
6. Peranan pengaruh luar
a. Reformasi Mesir
 Perjuangan tokoh Islam Jamaluddin al-Afghani (1838-1879) mempengaruhi dan mencorakkan
kebangkitan di Asia Tenggara dan Asia Selatan.
 Perjuangan menekankan kepada “kembali kepada prinsip agama”.
 Yakin dan percaya terhadap demokrasi dan prosesnya serta perlunya mempertahankan suara
demokrasi melalui perlembagaan dan perwakilan yang sah.
 Menentang penindasan yang dilakuakn ke atas manusia.
 Pelajar Islam di Asia yang belajar di Mesir terpengaruh dengan reformsi di Mesir di bawah
Muhammad Abduh.
 Contoh di Indonesia, Sarekat Islam, Muhammadiyah, Nahdatul Ulama.
 Di India, pembaharuan Islam di Mesir mempengaruhi masyarakat Islam.
 Sir Sayid Ahmad Khan (1817-1898) menubuhkan Universiti Islam di Aligarh yang sediakan
pembelajaran Islam yang tidak bertentangan dengan undang-undang sains dan idea-idea Barat.
b. Pengaruh Golongan Nasionalis dan Liberal di Eropah
 Pertengahan abad ke-19, Revolusi England, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis.
 Idea-idea demokrasi, kemerdekaan, hak asasi manusia, persamaan dan kebebasan
mempengaruhi pemikiran golongan muda di China.
 Kejayaan gerakan penyatuan Itali dan Jerman 1870 menjadi contoh kepada China tentang
perlunya usaha untuk menyatukan China.
 Orang Cina kecewa tentang kelemahan idea Barat yang hanya pada idea dan bukan dijalankan
secara praktikal.
 Sebagai alternatifnya, mereka cenderung dalam pemikiran Marxisme yang memberi keutamaan
kepada kebajikan rakyat.
 Kejayaan Revolusi Russia pada Oktober 1917 membuka mata orang Cina bahawa dunia kapitalis
menekan kehidupan mereka sehingga menyebabkan mereka sengsara.
 Maka mulalah pengaruh komunisme di kalangan pemimpin Asia khususnya China dan Vietnam.
c. Pengaruh Gerakan Negara Jiran
 Revolusi China 1911 dan Gerakan Kongres Kebangsaan India mempengaruhi gerakan
nasionalisme negara-negara di Asia Tenggara.
d. Kebangkitan Jepun
 Memberi semangat kepada para nasionalis.
 Menyedarkan bahawa Asia mampu untuk maju dan menjadi kuat.
 Perang Jepun-Russia 1904-1905 membuka mata orang Asia bahawa Asia mampu mengalahkan
kuasa Barat.
 Sebelum itu mereka menganggap bahawa kuasa Barat itu kuasa unggul dan mereka tidak boleh
dikalahkan tetapi memberi dorongan kepada orang Asia untuk bangkit menentang negara Barat.
 Pemulihan Meiji 1864 menunjukkan jalan kepada bangsa Asia bahawa mereka perlu satu
reformasi dalam bangsa mereka sendiri.

Senario Politik Semasa Pendudukan Jepun di Asia Tenggara

Indo-China
 Usaha Jepun untuk menawan seluruh Tanah Besar China telah gagal. Jadi, ia telah mengalih
kepada Indo-China. Maka, Jepun telah menandatangani satu perjanjian di Hanoi pada 22 September
1940. Mengikut perjanjian:
a. Jepun menggunakan 3 lapangan terbang di Tongkin.
b. Perancis membenarkan petempatan 600 tentera di Tongkin.
c. 25000 tentera boleh melintas Indo-China setiap kali.
 Jepun kemudian berjaya menguasai Indo-China sepenuhnya selepas Jerman menguasai hampir
seluruh Perancis.
 Jepun mencadangkan konsep “Asia untuk Asia” berbeza dengan konsep persekutuan Indo-China
yang dilaungkan oleh Gabenor Jeneral Perancis Jean Decoax.
 Ahli nasionalis Vietnam yang pro Kuomintang pimpinan Ho Chi Minh mengaturkan pergerakan
pemerintahan Jepun.
 Kaum nasionalis di seberang laut telah membentuk unit Nam Doc Lip Dong Minh Hoi (Liga
Kemerdekaan Vietnam) atau Viet Minh untuk menimbulkan semangat kebangsaan dan memudahkan
aktiviti sabotaj ke atas Jepun dengan bantuan negeri China.
 Amerika dan juga Britain juga memberi bantuan senjata kepada Viet Minh untuk memperhebatkan
penentangan terhadap Jepun.
 Perancis mengambil kesempatan ini menyebelahi Viet Minh. Perancis menyertai pasukan berikat
untuk menentang Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua.
 Jepun telah merampas kubu Perancis dan semua pejabat Kerajaan Perancis di Vietnam ditawan
dan dikuasai oleh Jepun. Decoux ditangkap oleh Jepun. Jepun mengisytiharkan Vietnam sebagai
negeri bebas daripada pengaruh Perancis pada 11 Mac 1945.
 Namun demikian, Viet Minh tidak mengakui pengisytiharaan tersebut dan bertindak merampas
beberapa wilayah di Tongkin.
 Menjelang penyerahan Jepun, Viet Minh berjaya menampakkan kuasanya di Vietnam Utara lalu
menubuhkan Republik di Vietnam Utara.

Negeri Thai
 Pendudukan Jepun di Thai berbeza.
 Semasa Perang Dunia Kedua, Negeri Thai menyebelahi Jepun dengan harapan Jepun akan
menang dalam perang ini.
 Phibun Songkram berpendapat bahawa kemenangan Jepun akan mengekalkan kemerdekaan
Negeri Thai.
 Pada tahun 1940, perjanjian dengan Jepun diadakan. Wilayah di Laos (Luang Prabang) dan
Kampuchea dikembalikan kepada Siam.
 Pakatan Rahsia antara Jepun dengan Thai diadakan pada 21 Disember 1941. Jepun akan
menggunakan Siam sebagai pangkalan pergerakan untuk menawan Asia Tenggara.
 Sebagai balasannya, Thai mendapat Negeri-negeri Melayu Utara di Tanah Melayu dan pembinaan
jalan keretapi.
 Negeri Thai mengisytiharkan peperangan ke atas Amerika Syarikat dan Britain.
 Nai Pridi Phanomyong pula meletakkan jawatannya di Kabinet Phibun Songkram dan membentuk
gerakan anti-Jepun.
 Pridi mengatur gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun dan Kerajaan Phibun Songkram.
 Pridi mengadakan hubungan rapat dengan Amerika menerusi duta Thai di Amerika Syarikat iaitu
Senu Pramoj.
 Pridi membantu pihak berikat dengan membekalkan maklumat tentang pergerakan tentera Jepun.
 Menjelang tahun 1944, Phibun Songkram digulingkan kerana Negeri Thai bertambah mundur
dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Di bawah Phibun, rakyat Thai telah mengalami
penderitaan.
Myanmar
 Mei 1942, Jepun berjaya menawan Myanmar dengan bantuan golongan nasionalis Thakin yang
berpendidikan sekular/Barat dibawah pimpinan Aung San. Kerajaan Inggeris diambilalih oleh
golongan Thakin. Jepun tidak buat banyak perubahan. Jepun bebaskan pemimpin ahli politik seperti
Dr. Ba Maw, U Nu, U Ba Pa, Than Tun dengan harapan mendapat sokongan mereka. Pentadbiran
golongan Thakin tidak memuaskan Jepun, ia dibubarkan. Sebuah kerajaan boneka di bawah Dr. Ba
Maw ditubuhkan. Tentera Pembebasan Myanmar yang tolong Jepun memperolehi kuasa di Myanmar
dihapuskan sebab 30 ribu askar tidak berdisiplin dan melakukan rompakan. Angkatan Tentera
Pertahanan Myanmar (Burmist Defense Army) dibentuk. Dr. Ba Maw menjadi Adipati (ketua negara)
dan dibantu oleh sebuah kabinet.
 Tentangan terhadap Jepun bermula di bawah Thien Pe dan Thien Soe. Kedua-dua mereka ialah
ahli Thakin yang berfahaman Komunis. Angkatan tentera gerila ditubuhkan oleh Thien Soe untuk
menentang kuasa fasis Jepun. Oleh itu, Aung San dan Than Tun berancang untuk menggulingkan
Jepun. Dengan bantuan Jeneral Ne Win, Aung San menubuhkan Angkatan Tentera Kebangsaan
Burma (ATKB) pada tahun 1943. AKTB merupakan penganjuran pergerakan nasionalisme yang giat
di Myanmar di bawah Aung San. Menjelang akhir perang, Aung San menubuhkan Liga Pembebasan
Rakyat Anti Fasis (LPRAF) dengan pertolongan pemimpin Thakin Komunis Thien Soe. LPRAF
ditugaskan untuk menjalankan aktiviti sabotaj. Pada Mac 1945, ATKB dibawah pimpinan Aung San
dan Than Tun menyerang Jepun apabila mereka dikalahkan di Mandalay oleh tentera bersekutu
Mauntbatten. Pemerintahan Jepun tumbang apabila mereka dikalahkan di Rangoon. Pada Mei 1945,
Myanmar ditawan balik oleh British.

Indonesia
 Mac 1942, Jepun menakluki Indonesia tanpa apa-apa peperangan besar. Jepun disambut baik
oleh orang Indonesia. Alasannya, Jepun akan melayan rakyat Indonesia dengan baik. pemimpin
seperti Mohammad Hatta, Sukarno, Sharir dibebaskan oleh Jepun. PETA ditubuhkan untuk melatih
belia-belia Indonesia dalam bidang ketenteraan dengan harapan mereka akan membantu Jepun
berperang. Melancarkan gerakan 3A, benarkan penggunaan Bahasa Indonesia dan lagu kebangsaan
Indonesia Raya. Jepun harap dapat sokongan rakyat Indonesia dengan cara ini.
 Pemimpin-pemimpin nasionalis digunakan sepenuhnya untuk menyokong Jepun. Jepun janji akan
memberi kebebasan pemerontahan ataupun berkerajaan sendiri. Benarkan nasionalis menubuhkan
PUTERA yang merupakan gabungan badan-badan kebangsaan di Pulau Jawa dan Madura.
 Mac 1943, Sukarno dijadikan pengerusinya, Sukarno menggunakan PUTERA untuk
mempengaruhi Indonesia dan dapat sokongan kuat rakyat di samping menguatkan semangat
kebangsaan. Badan penasihat pusat pemimpin Sukarno ditubuhkan. Jepun harapkan sokongan dan
kesetiaan rakyat Indonesia. Hei Ho ditubuhkan untuk mendapatkan buruh-buruh secara paksa untuk
pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Apabila PUTERA tidak dapat capai objektif yang diharapkan
oleh Jepun, PUTERA dibubarkan. Sebaliknya, mereka menubuhkan Hokakai pada tahun 1944.
Sukarno dijadikan pemimpin tetapi di bawah penguasaan Jepun. Semangat kebangsaan Indonesia
tidak reda. Jepun gagal mendapat sokongan rakyat Indonesia kerana pemerintahannya yang kejam
dan ganas. Jepun juga tidak peduli kebajikan rakyat. Jepun mengeksploitasikan ekonomi Indonesia.
Ramai ditangkap, kebuluran berlaku dan buruh paksa berlaku di New Guinea. Gerakan bawah tanah
berkembang di bawah pimpinan Shahrir. Jepun menubuhkan angkatan tentera pada tahun 1944
untuk mengataso masalah yang diberi oleh Shahrir. Jepun tidak berjaya menyekat perkembangan ini
malah tambahkan perasaan anti-Jepun. Pada akhir tahun 1944, Jepun mengalami kekalahan,
perasaan anti-Jepun bertambah lalu menubuhkan Panitia Penyelidikan Kemerdekaan untuk
merangka perlembagaan asas. Jepun menjanjikan kemerdekaan pada 24 Ogos 1945 tetapi Jepun
kalah pada 15 Ogos 1945.

Filipina
 10 Disember 1941, Jepun menyerang Filipina. Februari 1942, Manila jatuh. Pada Mac 1942,
Filipina ditawan oleh Jepun. Ketua Pertahanan Komanwel Douglas Mac Arthur melarikan diri ke
Mindanao. Mauel Quezon dan Sergeo Osmenia iaitu Presiden dan Naib Presiden melarikan diri ke
Amerika Syarikat dan membentuk Kerajaan Buangan Filipina di Washington. Jepun tidak banyak
ubah sistem pentadbiran Amerika Syarikat dan mengekalkan kebanyakan pegawai-pegawai bangsa
Filipina dibawah Pengerusi Tinggi Jepun. Keganasan dan kekejaman memang berlaku. Semua parti
politik diharamkan. Ahli-ahli digalakkan menyertai Kalibapi (Kesatuan Perkhidmatan Filipina Baru).
 Jepun mencadangkan pembentukan sebuah Republik Filipina merdeka dan melaksanakannya
pada Oktober 1943. Jose P. Laurel ‘dijadikan Presiden republik tersebut.
 Ada gerakan menentang rejim Jepun. Pertubuhan Hakbalahap iaitu tentera anti-Jepun berhaluan
kiri paling awal menentang. Pemimpinnya ialah Louis Taruc dan Castro Alejendrina. Mereka
mengumpulkan maklumat dan menyekat bekalan makanan orang Jepun.
 Akhir tahun 1944, Amerika Syarikat berjaya menduduki Leyte dan Luzon. Angkatan Laut Jepun
dimusnahkan. 23 Februari 1945, Manila dapat ditawan semula dengan penawanan Pulau Baguio.
 Selepas penyerangan di Pulau Baguio, Jeneral Yamashita menyerah diri pada 3 Disember 1945.

ASIA TENGGARA

INDONESIA

Perang Jawa (1825-1830)

Pengenalan
Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 sehingga 28 Mac 1830. Peperangan ini juga dikenali sebagai
Perang Depo Negoro kerana ianya dipimpin oleh Depo Negoro atau Pengeran Anta Wira, iaitu putera
Sultan Amangkubuwono III dari keturunan Jogjakarta. Perang Jawa bukan sahaja merupakan
penentang rakyat Jawa terhadap Belanda, tetapi juga terdapat orang-orang Cina kerana kegiatan-
kegiatan mereka telah menimbulkan pelbagai penderitaan kepada rakyat Jawa. C.L.M. Penders
dalam bukunya “Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism 1830-1942”
menegaskan bahawa ekonomi merupakan faktor utama menyebabkan meletusnya Perang Jawa.
Pendapat ini disokong oleh M.C. Ricklefs dalam buku “A History of Modern Indonesia”. Walau
bagaimanapun, faktor politik dan sosial juga penting dalam meletusnya Perang Jawa.

Sebab-sebab
1. Politik
Pada tahun 1814, Sultan Amangkubuwono III dari Kesultanan Jogjakarta mangkat. Baginda
meninggalkan dua orang putera iaitu Depo Negoro dan Mas Djorat yang masing-masing beribukan
rakyat biasa dam keturunan raja. Atas nasihat pembesar-pembesar, Stamford Raffles yang menjadi
Leftenan Gabenor Jawa ketika itu melantik Mas Djorat sebagai Sultan Amangkubuwono IV. Untuk
mengelakkan penentangan Depo Negoro, Raffles berjanji akan melantik Depo Negoro sebagai Sultan
selepas kematian Mas Djorat. Pada tahun 1822, Mas Djorat mangkat. Belanda yang kembali
memerintah Jawa melantik putera Mas Djorat iaitu Raden Menol yang berumur 2 tahun sebagai
Sultan Amangkubuwono V. Tindakan Belanda tidak melantik Depo Negoro menyebabkan beliau
menentang. Belanda melantik Raden Menol sebagai Sultan dengan tujuan untuk mengurangkan
pengaruh Depo Negoro serta untuk memudahkan dasar peluasan kuasa. Walau bagaimanapun,
terdapat ahli-ahli Sejarah yang menegaskan Belanda sememangnya tidak mengetahui adanya janji
antara Raffles dengan Depo Negoro.
Tindakan Belanda untuk mengurangkan pengaruhnya telah mendapat bantahan Depo
Negoro. Sebagai contoh, dalam menjalankan pentadbiran Jogjakarta, Belanda tidak pernah
berunding dengan Depo Negoro walaupun beliau telah dilantik sebagai Pemangku Sultan. Hubungan
baik yang wujud antara Perdana Menteri, Pateh Denuredjo yang merupakan musuh Negoro telah
menambahkan kemarahan beliau.
Depo Negoro juga tidak setuju dengan campur tangan Belanda dalam hal-ehwal Jogjakarta.
Belanda telah melantik Smissert sebagai residennya di Jogjakarta. Campur tangan Belanda telah
menyebabkan beberapa wilayah Jogjakarta seperti Kedu, Madiun dan Magelang telah dikuasai oleh
Belanda.
2. Ekonomi
a. Pembatalan sistem sewa tanah
Pada tahun 1823, Van der Capellan telah mengeluarkan undang-undang tanah baru. Mulai 1 Januari
1824, sistem sewa tanah yang diamalkan selama ini dibatalkan. Pembatalan sistem sewa tanah telah
menimbulkan bantahan golongan bangsawan dan petani-petani Jawa terutamanya di Jogjakarta dan
Surakarta. Telah menjadi amalan tuan tanah sejak awal abad ke-19 untuk menyewakan tanah mereka
kepada pengusaha-pengusaha Eropah dan Cina lebih-lebih lagi pengusaha-pengusaha ini tidak
dibenarkan membeli tanah. Van der Capellan menganggap tindakan ini bukan sahaja merugikan tuan
tanah tetapi juga kerajaan. Mengikut undang-undang tanah yang baru, tuan tanah diminta
mengembalikan wang yang telah diambil dari pengusaha. Walaupun undang-undang ini dapat
mengelakkan tuan tanah kehilangan tanah tetapi ianya dianggap sebagai satu bebanan oleh tuan
tanah. Pembatalan sistem sewa tanah telah menutup satu sumber pendapatan tuan tanah. Selain itu,
wang yang diambil dari pengusaha telah pun dibelanjakan. Antara tuan tanah yang terlibat ialah Depo
Negoro. M.C. Ricklefs dalam bukunya “A History of Modern Indonesia” menegaskan pembatalan
sistem sewa tanah merupakan langkah terakhir yang membangkitkan penentangan rakyat Jawa
terhadap Belanda. Pembatalan sistem sewa tanah juga membebankan petani-petani kerana mereka
telah dipaksa oleh tuan tanah untuk bekerja lebih kuat lagi bagi menambahkan pengeluaran supaya
tuan tanah dapat mengembalikan wang kepada pengusaha. Petani-petani tidak menentang tuan
tanah kerana mereka mengetahui keadaan ini berlaku akibat tindakan Belanda.
b. Cukai
Perang Napoleon telah menjejaskan ekonomi Belanda. Pada tahun 1815, hutang Belanda telah
meningkat 600 juta guilders. Gabenor Jeneral yang dilantik di Jawa selepas Perang Napoleon iaitu
Elout (1816), Buysken (1817) dan Van der Capellan (1819) telah diarahkan untuk melaksanakan
rancangan bagaimana Jawa dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Antara langkah
yang dijalankan oleh Belanda ialah rakyat Jawa dikehendaki menjual hasil mereka kepada Kerajaan
Belanda dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran sebagai sumbangan rakyat Jawa
untuk ekonomi Belanda. Selain itu, rakyat Jawa juga dikenakan pelbagai cukai yang tinggi. Salah satu
cukai yang dianggap membebankan ialah cukai sempadan. Di bawah sistem cukai sempadan, rakyat
Jawa yang melalui tanah kerajaan dikehendaki membayar cukai. Hak memungut cukai telah
diserahkan kepada orang Cina yang mengambil kesempatan mengenakan cukai tambahan seperti
cukai pintu gerbang, cukai jambatan dan sebagainya yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh
Belanda.
c. Kemelesetan
Kemelesetan ekonomi telah berlaku pada 1820-an. Pada tahun 1822, berlaku kejatuhan harga kopi.
Kejatuhan ini membebankan ekonomi rakyat Jawa kerana majoriti rakyat Jawa bergantung kepada
hasil kopi. Kehidupan mereka bertambah sulit apabila mereka terpaksa membayar pelbagai cukai
yang dikenakan oleh Belanda.
d. Orang Cina
Orang Cina bukan sahaja bertindak sebagai pemungut cukai tetapi juga sebagai orang tengah dan
peminjam wang. Sebagai orang tengah, mereka membeli hasil rakyat Jawa dengan harga yang lebih
rendah. Sebagai peminjam wang pula, mereka mengenakan bunga yang tinggi ke atas pinjaman
orang Jawa. Kegiatan orang Cina telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Jawa.
3. Sosial
a. Jalan raya
Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina jalan raya dari Megelang ke Jogjakarta melalui
tanah perkuburan nenek moyang Depo Negoro di Tegalredjo. Tindakan Belanda dianggap
menjejaskan kesucian Islam serta menjatuhkan maruah Depo Negoro lebih-lebih lagi Belanda tidak
berunding dengannya terlebih dahulu. Kemarahan Depo Negoro bertambah apabila Belanda
menyerahkan tanggungjawab membina jalan raya ini kepada Perdana Menteri Pateh Denvredjo yang
merupakan musuh Depo Negoro.
b. Islam
Depo Negoro merupakan seorang yang alim dan banyak menghabiskan masa bermeditasi di Gua
Langse di Pergunungan Silarong. Rakyat Jawa menganggap beliau sebagai pemimpin Islam Jawa
dengan gelaran Sheikh Ngadburrahim dan Sheikh Ngabdul Hamid. Tindakan Belanda tidak
menyifatkannya sebagai pemimpin Islam Jawa telah mendapat bantahan Depo Negoro. Dewasa itu
telah wujud kepercayaan terhadap “Ratu Adil” iaitu kemunculan Raja Adil yang akan menghalau
Belanda dan menghapuskan penderitaan rakyat Jawa. Kepercayaan ini diperkukuhkan dengan
konsep “Imam Mahadi” dalam Islam. Orang Jawa menyokong Depo Negoro kerana mereka
menganggap beliau sebagai Raja Adil. Selain itu, rakyat Jawa telah diyakinkan bahawa peperangan
dengan Belanda dan Cina merupakan jihad dan kematiannya dianggap sebagai Syahid. Ketokohan
Depo Negoro bukan sahaja dapat sokongan rakyat biada tetapi juga pembesar seperti Pangeran
Natadningrat, Pangeran Djayakusomo, Pangeran Mangkubumi, Kijau Madjo dan Sentut Primiradrjo.
c. Keruntuhan moral dalam kraton
Depo Negoro juga menentang keruntuhan moral dalam kraton akibat pengaruh Belanda. Sebagai
contoh, dalam majlis yang diadakan di rumah Perdana Menteri Pateh Denurudjo, minuman keras
telah dihidangkan. Depo Negoro menganggap pengaruh Barat hanya dapat dihapuskan sekiranya
Belanda diusir dari Jawa.

Proses peperangan
Perang Jawa bermula 20 Julai 1825 apabila pengikut-pengikut Depo Negoro cuba menggagalkan
rancangan Belanda untuk membina jalan raya dari Magelang ke Jogjakarta. Alat-alat pembinaan
dimusnahkan dan pekerja diserang menyebabkan seorang pegawai Belanda terbunuh. Belanda
bertindak balas dengan menghantar tenteranya menangkap Depo Negoro dan pengikutnya.
Kegagalan untuk menangkap mereka telah menyebabkan Belanda membakar rumah Depo Negoro.
Depo Negoro dan pengikutnya melarikan diri ke kawasan pergunungan Kalisoko dan kemudiannya
muncul di Jogjakarta menyerang orang Cina dan Belanda. Pada tahun 1828, Depo Negoro
mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan. Tentera Belanda yang dihantar oleh Belanda untuk
menentang Depo Negoro dipimpin oleh Van Green, Cochivs dan De Knock. Pada April 1828,
Pangeran Natadningrat berpaling tadah dan menyebelahi Belanda. Menjelang April 1829, lebih
banyak pengikut Depo Negoro berpaling tadah. Antara mereka ialah Pangeran Djayakusumo,
Pangeran Mangkubumi, Rajai Madjo dan Sentut Primiradrjo. Apabila menyedari perjuangannya akan
menemui kegagalan, Depo Negoro bersetuju untuk mengadakan rundingan sejak tahun 1830.
Kegagalan rundingan tersebut menyebabkan Depo Negoro ditangkao pada 28 Mac 1830 dan dibuang
ke Medano. Pada tahun 1834, beliau dipindahkan ke Makasar di mana beliau meninggal dunia pada
8 Januari 1855.

Kesan-kesan
1. Membebankan kewangan Belanda
Perang Jawa telah membebankan lagi ekonomi Belanda yang hampir muflis selepas
Perang Napoleon. Perang Jawa telah menelan perbelanjaan antara 20 juta – 25 juta
guilders yang sebahagian besarnya didapati dari pinjaman. Selepas Perang Jawa,
Belanda mula mengambil lankah untuk mengurangkan kos pentadbiran dengan
mengurangkan residensinya di Jawa.
2. Wilayah
Bagi mengelakkan berulangnya peristiwa seperti Perang Jawa, Belanda mula
mengambil tindakan untuk menguasai beberapa wilayah Jogjakarta dan Surakarta.
Pemerintahnya telah dibayar sagu hati. Antara wilayah yang dikuasai ialah
Bangjumas, Bagelen, Manduin dan Kediri.
3. Sistem Kultur
Bebanan kewangan yang bertambah akibat Perang Jawa menyebabkan Belanda
mengambil pendekatan baru untuk mengatasi masalah ekonominya. Raja Belanda
telah mengarahkan Van den Bosch untuk merangka satu rangcangan bagaimana
Jawa digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Akibatnya, Sistem Kultur telah
mula dilaksanakan oleh Ven den Bosch di Jawa pada 8 Januari 1830. Di bawah
sistem ini, petani-petani dikehendaki memperuntukkan 1/5 daripada tanah mereka
untuk ditanam dengan tanaman dieksport yang ditetapkan oleh kerajaan seperti
tebu, kopi, tembakau, kapas, cengkih, nila, kina dan sebagainya.
4. Sistem sewa tanah
Selepas Perang Jawa, Belanda mengkaji semula dasar pentadbirannya terutamanya
dasar ekonomi di Jawa. Belanda menyedari punca utama Perang Jawa ialah
pembatalan sistem sewa tanah yang dilaksanakan oleh Van der Capellan sejak 1
Januari 1824. Akibatnya, selepas Perang Jawa, pembatalan sistem sewa tanah
tersebut ditarik balik. Pembatalan undang-undang itu membolehkan tuan tanah
menyewakan tanah mereka kepada pengusaha-pengusaha.
5. Penderitaan
Perang Jawa telah menimbulkan pelbagai penderitaan bukan sahaja di pihak rakyat
Jawa tetapi juga di pihak Belanda. Belanda kehilangan 15 ribu askar yang terdiri
daripada 8 ribu Belanda dan 7 ribu Jawa. Di pihak rakyat Jawa, dianggarkan 200
ribu orang terkorban. Perang Jawa telah membawa kepada penderitaan lain seperti
penyakit, kekurangan makanan dan sebagainya.
6. Kegagalan pentadbiran Belanda
Perang Jawa membuktikan kegagalan pentadbiran Belanda di Jawa terutamanya
rancangan ekonomi Van der Capellan. Selepas Perang Jawa, Belanda mula
mengkaji penubuhan pentadbiran serta dasar ekonomi.
7. Nasionalisme
Perang Jawa telah memberi kesan terhadap kebangkitan nasionalisme Indonesia.
Van de Krof dalam bukunya “Prince Depo Negoro: Progenitor of Indonesia
Nationalism” menegaskan walaupun Perang Jawa bukan merupakan kebangkitan
nasionalisme, tetapi ianya telah dijadikan ilham oleh nasionalis-nasionalis pada abad
ke-20 untuk membangkitkan penentangan terhadap Belanda.
8. Kebangkitan lain
Perang Jawa mempengaruhi kebangkitan lain oleh rakyat Hindia Timur untuk
menentang Belanda. Antaranya ialah Kebangkitan Ambun dan Kebangkitan
Sumatera.

Kesimpulan
Perang Jawa telah meninggalkan pelbagai kesan terutamanya terhadap nasionalisme Indonesia.
Peperangan ini merupakan gerakan anti-Belanda yang terbesar pada abad ke-19. Ahli-ahli Sejarah
menganggap Perang Jawa sebagai “fore runner” kepada gerakan anti-Belanda yang lebih sistematik
pada abad ke-20. Hal ini ditegaskan oleh Van de Krof dalam bukunya “Prince Depo Negoro:
Progenitor of Indonesia Nationalism”.

Sistem Kultur

Pengenalan
Sistem Kultur mula dilaksanakan di Jawa pada tahun 1830 oleh Van de Bosch. Beliau merupakan
seorang ahli sosio ekonomi yang telah berjaya dalam rancangan untuk membantu petani-petani
miskin di Belanda. Van de Bosch telah diarahkan oleh Raja Belanda untuk merangka satu rancangan
bagaimana Indonesia dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. Beliau mengemukakan
rancangannya pada tahun 1828 yang dikenali sebagai Sistem Kultur. Bagi memudahkan
perlaksanaannya, Van de Bosch telah dilantik sebagai Gabenor Jeneral Jawa pada Januari 1830.
Sistem Kultur mempunyai kesamaan dengan Sistem Tanaman Paksa yang dilaksanakan oleh
Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada abad ke-18. J.M. Kahim dalam bukunya “Nationalism And
Revolution in Indoensia” menegaskan secara menyeluruh, Sistem Kultur dilaksanakan sehingga 1877
dan dihapuskan sama sekali pada tahun 1915.

Sebab-sebab
Sistem Kultur dilaksanakan dengan tujuan untuk mengatasi masalah ekonomi Belanda yang hampir
muflis kerana beberapa sebab:
1. Perang Napoleon
Penglibatan Belanda dalam Perang Napoleon 1795-1815 telah membebankan ekonomi Belanda.
Kerajaan Belanda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi serangan
Perancis. Bila Belanda dikuasai oleh Perancis pada tahun 1795, segala hasil Belanda telah dibolot
oleh Perancis. Semasa Perang Napoleon juga, Belanda kehilangan hasil tanah jajahannya yang
terpaksa diserahkan kepada British mengikut Surat Kew 1795. Hutang Belanda yang berjumlah 600
juta guilders pada tahun 1815 telah meningkat 900 juta guilders pada tahun 1830. Faedah tahunan ke
atas hutang tersebut yang berjumlah 15 juta guilders pada tahun 1815 telah meningkat 25 juta
guilders pada tahun 1830.
2. Perang Jawa
Penglibatan Belanda dalam Perang Jawa 1825-1830 membebankan lagi ekonomi Belanda.
Peperangan tersebut telah menelan perbelanjaan antara 20-25 juta guilders yang sebahagian
besarnya dibiayai oleh pinjaman.
3. Pemberontakan Belgium
Kesatuan Netherlands yang menggabungkan Holand dan Belgium telah hancur akibat
pemberontakan Belgium sejak tahun 1830. Belanda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang
banyak bagi menghadapi pemberontakan tersebut. Kemerdekaan Belgium pada tahun 1839 telah
menyebabkan Belanda kehilangan hasil penting dari Belgium.
4. Kemelesetan ekonomi
Kemelesetan ekonomi 1820-an telah membebankan ekonomi Belanda. Kejatuhan harga kopi pada
tahun 1822 menjejaskan pendapatan Belanda yang banyak bergantung kepada hasil kopi dari Jawa.
5. Singapura
Pendudukan British di Singapura sejak tahun 1819 telah menjejaskan ekonomi Belanda kerana
Singapura menjadi saingan Betawi. Taraf pelabuhan bebas dan dasar perdagangan bebas yang
diamalkan British dapat menarik pedagang-pedagang dari Betawi ke Singapura.
6. Kegagalan rancangan ekonomi
Kegagalan rancangan ekonomi di Jawa telah menjejaskan ekonomi mereka. Kegagalan rancangan
ekonomi Van der Capellen telah membangkitkan penentangan rakyat Jawa sehingga meletusnya
Perang Jawa 1825-1830.
7. Perjanjian British-Belanda 1824
Perjanjian British-Belanda 1824, sedikit sebanyak telah menjejaskan ekonomi Belanda. Pertukaran
Melaka dengan Bengkulan merugikan Belanda kerana Bengkulan terkeluar dari jalan perdagangan
Timur-Barat. Mengikut perjanjian tersebut juga, Belanda terpaksa menjelaskan semua hutangnya
kepada British.
8. VOC
VOC menjadi muflis dan terpaksa dibubarkan pada tahun 1799. Pembubaran VOC membebankan
ekonomi Kerajaan Belanda yang terpaksa menanggung hutang VOC sebanyak 144 juta guilders.
9. Pemberontakan lain
Pemberontakan-pemberontakan lain yang berlaku di Hindia Timur juga menjejaskan ekonomi
Belanda. Belanda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi menghapuskan pemberontakan-
pemberontakan tersebut. Antaranya ialah Pemberontakan Ambun dan Pemberontakan Sumatera.
10. Pedagang Bugis dan Cina
Dasar liberal Stamford Raffles semasa mentadbir Jawa 1811-1816 telah menyebabkan orang-orang
Bugis dan Cina muncul sebagai pedagang-pdagang penting di Hindia Timur. Apabila Belanda kembali
memerintah Jawa sejak tahun 1816, mereka terpaksa menghadapi saingan pedagang-pedagang
Bugis dan Cina.

Ciri-ciri Sistem Kultur


1. Petani-petani dkehendaki memperuntukkan 1/5 daripada tanah mereka untuk tanaman eksport
yang ditetapkan oleh kerajaan seperti tebu, kopi, tembakau, cengkih, kayu manis, teh, kina, nila dan
sebagainya.
2. Tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport dikecualikan dari cukai.
3. Sekiranya tanaman eksport musnah disebabkan oleh bencana alam seperti banjir dan kemarau
dan bukannya kecuaian petani, maka kerugiannya akan ditanggung kerajaan.
4. Tanaman padi mesti diutamakan. Petani-petani akan mengerjakan tanaman eksport selepas
selesai mengerjakan tanaman padi.
5. Masa yang ditetapkan untuk tanaman eksport ialah 66 hari setahun.
6. Petani-petani akan bekerja di arah arahan pembesar-pembesar tempatan yang diawasi oleh
penyelia-penyelia Belanda. Pembesar dan penyelia Belanda akan dibayar komisen berdasarkan
sistem peratus daripada hasil pengeluaran kawasan masing-masing.
7. Pengkhususan kerja akan dilaksanakan di mana petani-petani ditetapkan sama ada untuk
membajak, menanam, menjaga tanaman, menuai, memungut hasil dan sebagainya.
8. Tugas mengeksport hasil pertanian menjadi tanggungjawab Belanda. Syarikat perkapalan Belanda
yang ditubuhkan pada tahun 1824 diberi monopoli untuk membeli, mengangkut dan menjual hasil
pertanian Jawa di pasaran Eropah.
9. Semua hasil tanaman eksport akan dihantar ke pusat pengumpul. Sekiranya ditafsirkan lebih,
maka lebihan hasil akan dipulangkan kepada petani.
10. Petani-petani yang tidak mempunyai tanah dikehendaki bekerja untuk tanaman eksport 66 hari
setahun.
11. Sebuah badan pelindung akan ditubuhkan untuk menjaga kebajikan petani-petani di Jawa.
12. Dari segi teorinya, semua pihak, iaitu Kerajaan Belanda dan petani Jawa akan menikmati faedah
dari sistem perlaksanaan Kultur.

Kesan-kesan
1. Ekonomi
a. Menguntungkan Belanda
Sistem Kultur menguntungkan Belanda dari segi ekonomi. Keuntungan tahunan
dianggarkan 20 juta guilders. Antara tahun 1830-1877, Belanda memperolehi
keuntungan 832.4 juta guilders. Keuntungan ini dapat digunakan oleh Belanda untuk
mengatasi masalah ekonominya seperti menjelaskan hutang, menggantikan wang
yang digunakan dalam Pemberontakan Belgium, membangunkan Belanda dengan
membina jalan raya, jalan keretapi, membiayai pusat dan sebagainya. J.S. Fainival
dalam bukunya “Netherlands India: A Study of Plural Economy” menegaskan Sistem
Kultur sebagai “life belt which kept Netherlands of loat”.
b. Meruntuhkan sistem ekonomi sara diri
Sistem Kultur meruntuhkan sistem ekonomi sara diri. Belanda telah
memperkenalkan tanaman jualan seperti tebu, kopi, tembakau, cengkih, kayu manis
dan sebagainya. Akibat tumpuan yang lebih dalam tanaman eksport menyebabkan
tanaman sara diri khususnya padi mengalami kemerosotan.
c. Kedudukan ekonomi rakyat Jawa
Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan kedudukan ekonomi rakyat Jawa
terutamanya di Jawa Tengah seperti Tegal, Cheribon dan Priangan mengalami
kemerosotan akibat penyelewengan dalam perlaksanaan sistem tersebut sejak
tahun 1836. Petani-petani telah dipaksa untuk bekerja lebih dari 66 hari setahun
untuk tanaman eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa
bekerja untuk tanaman eksport sehingga 240 hari setahun. Selain itu, petani-petani
juga dipaksa memperuntukkan lebih 1/5 tanah mereka untuk tanaman eksport.
Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa memperuntukkan ¼, 1/3,
½, ¾ dan sebagainya untuk tanaman eksport. Malah terdapat petani-petani di
beberapa kawasan Jawa Tengah yang dipaksa memperuntukkan semua tanah
mereka untuk tanaman eksport. Keadaan bertambah buruk kerana adanya komisen
berdasar sistem peratus yang dibayar kepada pembesar dan penyewa Belanda. Hal
ini menyebabkan pembesar dan penyelia Belanda memaksa petani-petani
memperuntukkan lebih masa dan tanah bagi menanam tanaman eksport untuk
menambahkan pengeluaran supaya mereka mendapat komisen yang lebih. Petani-
petani juga dipaksa melakukan kerja-kerja lain seperti membina jalan raya,
jambatan, terusan dan sebagainya. Pada tahun 1830-an, arahan telah dikeluarkan
oleh Kerajaan Belanda supaya petani-petani Jawa menjual hasil tanaman mereka
kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran
sebagai sumbangan kepada rakyat Jawa untuk membantu ekonomi Belanda.
Sebagai contoh, pada tahun 1833, rakyat Jawa dipaksa menjual hasil kopi mereka
kepada kerajaan dengan harga yang lebih rendah dari pasaran. Pelbagai
penyelewengan telah berlaku dalam perlaksanaan Sistem Kultur. Tanah yang
diperuntukkan untuk tanaman eksport juga dikenakan cukai. Pengkhususan kerja
tidak dilaksanakan menyebabkan petani-petani terpaksa bekerja untuk tanaman
eksport sepanjang tahun. Badan pelindung yang diharapkan dapat menjaga
kebajikan petani tidak pernah ditubuhkan oleh Belanda. J.S. Farnival dalam bukunya
“Netherlands India: A Study of Plural Economy” menegaskan Sistem Kultur tidak
memberi peluang pada wujudnya kelas perdagangan tempatan. Fungsi ekonomi
rakyat Jawa hanya sebagai buruh pertanian kepada Kerajaan Belanda. Mereka tidak
mempunyai pengalaman perdagangan dan terputus dari pasaran antarabangsa.
d. Keuntungan terhad
Sistem Kultur memberi keuntungan terhad kepada Jawa. Sistem ini hanya menguntungkan petani-
petani di Probolingo, Passoren dan daerah-daerah lain di Jawa Timur kerana di kawasan ini Sistem
Kultur dilaksanakan sebagaimana yang dirancang oleh Van de Bosch. Pembesar-pembesar dan
penyelia-penyelia Belanda di kawasan ini lebih mengutamakan kebajikan petani. Di kawasan ini,
tanaman padi tidak diabaikan. Untuk memudahkan pengakutan hasil pertanian dan kawasan
pengeluaran pelaburan, banyak jalan raya telah dibina di Jawa. Akibatnya, seluruh Jawa dapat
dihubungi kerana adanya sistem jalan raya yang baik. Lebih banyak tanah dibuka untuk pertanian
menyebabkan Jawa muncul sebagai negeri pertanian dan lebih maju daripada pulau-pulau luar.
Dalam melaksanakan Sistem Kultur, Belanda telah mempelbagainya pertanian. Dalam jangka masa
panjang, ianya memberi manfaat ekonomi yang berorientasikan pertanian eksport.
e. Sistem ekonomi bebas
Sistem Kultur meruntuhkan sistem ekonomi bebas kerana sistem ini merupakan
monopoli kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Jawa. Kapitalis-kapitalis tidak
berpeluang untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Jawa.
f. Betawi
Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan Betawi muncul sebagai pelabuhan
penting pengeksport hasil pertanian Jawa.
g. Negeri Belanda
Negeri Belanda telah menjadi pasaran penting di Eropah yang menjual hasil
pertanian Jawa.
h. Syarikat Perkapalan Belanda
Syarikat Perkapalan Belanda yang ditubuhkan pada tahun 1824 telah muncul
sebagai syarikat perkapalan yang ke-3 terbesar di Eropah. Syarikat ini telah diberi
monopoli untuk membeli, mengangkut dan menjual hasil pertanian Jawa di pasaran
Eropah.
i. Jawa
Sistem Kultur hanya dilaksanakan di Jawa sedangkan pulau-pulau luar diabaikan.
Selain itu, di bawah Sistem Kultur, kegiatan ekonomi hanya tertumpu dalam bidang
pertanian sedangkan ekonomi lain tidak dijalankan.
2. Sosial
a. Petambahan penduduk
Perlaksanaan Sistem Kultur telah mengakibatkan berlakunya pertambaha penduduk
di Jawa. Penduduk Jawa telah meningkat 50% semasa perlaksanaan Sistem Kultur
pada tahun 1830-1877. Buktinya: penduduk Jawa yang berjumlah 6 juta pada tahun
1830 telah meningkat 9.5 juta pada tahun 1877. Pertambahan berlaku kerana
wujudnya keamanan semasa perlaksanaan Sistem Kultur. Belanda telah mengambil
langkah untuk menjamin wujudnya keamanan bagi menjayakan Sistem Kultur.
b. Kebuluran
Perlaksanaan Sistem Kultur telah mengakibatkan berlakunya kebuluran di Jawa
Tengah, terutamanya di Tegal, Cheribon dan Priangan, pada tahun 1840-an,
terutamanya antara 1843-1850. Kebuluran I berlaku di Cheribon pada tahun 1843.
Kebuluran yang dashyat berlaku di Jawa Tengah pada tahun 1849-1850 di mana
300 ribu orang terkorban. Punca utama berlakunya kebuluran disebabkan kurangnya
pengeluaran tanaman makanan iaitu padi akibat tumpuan yang lebih dalam tanaman
eksport. Petani-petani telah dipaksa untuk memperuntukkan lebih masa dan tanah
untuk tanaman eksport.
c. Merenggang hubungan petani-pembesar
Sistem Kultur merenggangkan hubungan antara petani dengan pembesar kerana pembesar telah
bekerjasama dengan Belanda dalam menjayakan Sistem Kultur. Rakyat Jawa tidak lagi menganggap
pembesar sebagai pelindung kerana mereka bersama-sama dengan Belanda telah menindas rakyat
semasa perlaksanaan Sistem Kultur.
d. Mengukuhkan kuasa pembesar
Sistem Kultur telah mengukuhkan kuasa pembesar-pembesar kerana mereka
diperlukan oleh Belanda bagi menjayakan Sistem Kultur. Untuk mendapat sokongan,
mereka telah diberi geran tanah dan jawatan-jawatan mereka dijadikan turun-
temurun. Malah mereka juga dianggap sebagai pemangku raja. Selain itu,
pembesar-pembesar juga dibayar komisen dalam perlaksanaan Sistem Kultur.
e. Penghijrahan
C.L.M. Penders dalam bukunya “Indonesia: Selected Documents on Colonialism and
Nationalism 1830-1942” menegaskan perlaksanaan Sistem Kultur telah
mengakibatkan penghijrahan rakyat Jawa ke pulau-pulau luar. Rakyat Jawa
berhijrah dengan tujuan untuk mengelakkan penindasan dan kerja paksa di bawah
Sistem Kultur.
f. Sistem perhubungan
Semasa perlaksanaan Sistem Kultur, banyak jalan raya telah dibina di Jawa.
Langkah tersebut sedikit sebanyak telah memberi kemudahan perhubungan kepada
rakyat Jawa. Walau bagaimanapun, sistem perhubungan diwujudkan untuk
kepentingan ekonomi khususnya untuk mengangkut hasil pertanian dari kawasan
pengeluaran ke pelabuhan.

Kesimpulan
Sistem Kultur telah membawa pelbagai penderitaan kepada rakyat Jawa. Akibatnya, sistem ini bukan
sahaja ditentang oleh rakyat Jawa tetapi juga orang-orang Belanda, terutamanya golongan liberal di
negeri Belanda. Mereka mendakwa Sistem Kultur merupakan sistem pemerasan dan ½ perhambaan.
Mereka mendesak Belanda melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab yang dapat menjaga
kebajikan rakyat Jawa. Penentangan terhadap Sistem Kultur semakin hebat selepas terbitnya novel
“Max Havelaar” oleh Douwes Dehken dan risalah Regulation of Sugar Contracts in Java oleh Van de
Dutte. Apabila Parti Liberal memerintah Belanda sejak tahun 1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan
di Hindia Timur bagi menggantikan Sistem Kultur.

Dasar Liberal

Pengenalan
Dasar Liberal bukan merupakan sistem ekonomi seperti Sistem Kultur. Ianya merupakan dasar
pentadbiran dan perlaksanaannya merupakan langkah ke arah menghapuskan Sistem Kultur.
Keburukan Sistem Kultur telah mendapat tentangan daripada rakyat Jawa dan juga orang-orang
Belanda. Dasar Liberal dilaksanakan dengan tujuan untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial
rekyat Hindia Timur terutamanya rakyat Jawa yang tertindas akibat perlaksanaan Sistem Kultur.
Selain itu, Dasar Liberal bertujuan untuk memberi peluang kepada kapitalis-kapitalis melibatkan diri
dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah di Belanda pada tahun
1863, Dasar Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur.

Sebab-sebab
1. Keburukan Sistem Kultur
Perlaksanaan Sistem Kultur telah menyebabkan kedudukan rakyat Jawa terutamanya di Jawa
Tengah seperti Tegal, Cheribon dan Priangan mengalami kemerosotan akibat penyelewengan dalam
perlaksanaan sistem tersebut sejak tahun 1836. Petani-petani telah dipaksa untuk bekerja lebih dari
66 hari setahun untuk tanaman eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat petani-petani yang dipaksa
bekerja untuk tanaman eksport sehingga 240 hari setahun. Selain itu, petani-petani juga dipaksa
memperuntukkan lebih 1/5 tanah mereka untuk tanaman eksport. Mengikut Van de Kolf, terdapat
petani-petani yang dipaksa memperuntukkan ¼, 1/3, ½ dan ¾ dan sebagainya untuk tanaman
eksport. Malah terdapat petani-petani di beberapa kawasan Jawa Tengah yang dipaksa
memperuntukkan semua tanah mereka untuk tanaman eksport. Keadaan bertambah buruk kerana
adanya komisen berdasarkan sistem peratus yang dibayar kepada pembesar dan penyelia Belanda.
Hal ini menyebabkan pembesar dan penyelia Belanda memaksa petani-petani memperuntukkan lebih
masa dan tanah bagi menanam tanaman eksport untuk menambahkan pengeluaran. Petani-petani
juga dipaksa melakukan kerja-kerja lain seperti membina jalan raya, jambatan, terusan dan
sebagainya. Pada tahun 1830-an, arahan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Belanda supaya petani-
petani Jawa menjual hasil tanaman mereka kepada Kerajaan Belanda dengan harga yang lebih
rendah daripada harga pasaran sebagai sumbangan rakyat Jawa untuk membantu ekonomi Belanda.
Sebagai contoh, pada tahun 1833, rakyat Jawa dipaksa menjual hasil kopi mereka kepada Kerajaan
Belanda dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Pelbagai penyelewengan telah berlaku
dalam perlaksanaan Sistem Kultur. Tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport juga dikenakan
cukai. Pengkhususan kerja tidak dilaksanakan menyebabkan petani-petani terpaksa bekerja untuk
eksport untuk sepanjang tahun. Badan pelindung yang diharapkan dapat menjaga kebajikan petani
tidak pernah ditubuhkan. J.S. Farnival dalam bukunya “Netherlands India: A Study of Plural Economy”
menegaskan Sistem Kultur tidak memberi peluang pada wujudnya kelas perdagangan tempatan.
Fungsi ekonomi rakyat Jawa hanya sebagai buruh pertanian kepada Belanda. Mereka tidak
mempunyai pengalaman perdagangan dan terputus dari pasaran antarabangsa.
Perlaksanaan Sistem Kultur telah mengakibatkan berlakunya kebuluran di Jawa Tengah,
terutamanya di Cheribon, Tegal dan Priangan. Pada tahun 1840-an, terutamanya 1843-1850.
Kebuluran pertama berlaku di Cheribon pada tahun 1843. Kebuluran yang dashyat berlaku di Jawa
Tengah pada 1849-1850 di mana 300 ribu nyawa terkorban. Punca utama berlakunya kebuluran ialah
kekurangan pengeluaran tanaman makanan, iaitu padi akibat tumpuan yang lebih dalam tanaman
eksport. Petani-petani telah dipaksa untuk memperuntukkan lebih masa dan tanah untuk tanaman
eksport
Sistem Kultur gagal meninggikan taraf hidup rakyat Jawa dan sistem ini hanya
menguntungkan Belanda. Kerajaan Belanda telah mengabaikan kebajikan umum rakyat Jawa. Tidak
ada langkah-langkah yang diambil bagi meningikan taraf sosial terutamanya kesihatan dan
pendidikan rakyat Jawa.
2. Kebangkitan fahaman Liberal
Sejak pertengahan abad ke-19, fahaman liberal telah merebak di Eropah termasuk di Belanda.
Golongan liberal di bawah pimpinan Van Hoeval telah mengecam hebak Sistem Kultur dan
menganggapnya sebagai sistem pemerasan dan ½ perhambaan. Mereka mendesak Belanda
melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab yang dapat meninggikan taraf ekonomi dan sosial
rakyat Hindia Timur dan bukannya menindas mereka. Mereka juga menegaskan tanggungjawab
penjajah ialah menjaga kebajikan rakyat yang dijajah. Sistem Kultur yang merupakan monopoli
kerajaan dalam kegiatan ekonomi di Jawa amat bertentangan dengan prinsip ekonomi golongan
liberal. Mereka mahukan kerajaan melaksanakan dasar ekonomi bebas/laissez faire yang membuka
peluang kepada kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Mereka
menegaskan langkah ini akan menyebabkan perkembangan ekonomi yang pasti menguntungkan
Belanda dan rakyat Hindia Timur. Apabila Parti Liberal memerintah Belanda pada tahun 1863, Dasar
Liberal mula dilaksanakan di Hindia Timur. Antara tokoh golongan liberal ialah Van Hoeval, Van de
Putte, Thorbecke dan Douwas Dekken.
3. Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan 1848 telah menetapkan raja Belanda melalui Menteri Tanah Jajahan mesti
melaporkan hal ehwal tanah jajahan kepada Parlimen tiap-tiap tahun. Pindaan perlembagaan
tersebut juga telah memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang yang
berkaitan dengan kewangan tanah jajahan. Akta Akaun 1864 telah memberi kuasa kepada Parlimen
untuk meluluskan belanjawan tanah jajahan. Akta tersebut juga telah menamatkan hak mutlak raja ke
atas tanah jajahan. Tanggungjawab ke atas tanah jajahan telah diserahkan kepada Parlimen Belanda.
Perkembangan ini membolehkan ahli-ahli liberal dalam Parlimen mengecam Sistem Kultur dan
melaksanakan Dasar Liberal.
4. Desakan kapitalis
Kapitalis-kapitalis Belanda telah mengecam Sistem Kultur kerana ianya merupakan monopoli
kerajaan dalam kegiatan ekonomi. Kapitalis-kapitalis tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam
kegiatan ekonomi di bawah Sistem Kultur. Mereka mendesak Kerajaan Belanda melaksanakan dasar
ekonomi bebas/laissez faire yang membuka peluang kepada kapitalis melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi di Hindia Timur. Kapitalis-kapitalis yang terdiri daripada pedagang-pedagang, pengusaha-
pengusaha industri, pemilik bank dan sebagainya mahu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi
bukan sahaja di Jawa, tetapi di seluruh Hindia Timur dan bukan sahaja dalam pertanian tetapi juga
dalam kegiatan ekonomi lain. Mereka mahu memperolehi sebahagian keuntungan di Hindia Timur
yang selama ini hanya dinikmati oleh kerajaan. Apabila Parti Liberal yang disokong kuat oleh
golongan kapitalis memerintah Belanda sejak tahun 1863, maka dasar yang menguntungkan
kapitalis, iaitu Dasar Liberal dilaksanakan di Hindia Timur. Desakan kapitalis juga menyebabkan
Kerajaan Belanda melaksanakan undang-undang pertanian 1870 di Hindia Timur yang membolehkan
kapitalis menyewa tanah rakyat tempatan dalam tempoh maksimum 35 tahun dan tanah kerajaan 75
tahun.
5. Faktor kemanusiaan
Faktor kemanusiaan juga bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Dasar Liberal di Hindia Timur.
Penderitaan rakyat Jawa tanah mendapat simpati orang-orang Belanda. Mereka mengutuk Sistem
Kultur dan mendesak Belanda melaksanakan dasar yang lebih bertanggungjawab yang dapat
meninggikan taraf ekonomi dan sosial rakyat Hindia Timur. Golongan ini menegaskan tanggungjawab
Kerajaan Belanda ialah menjaga kebajikan mereka dan bukannya menindas mereka. Faktor
kemanusiaan kemuncak dengan terbitnya novel “Max Havelaar” oleh Douwes Dukker pada tahun
1860. Novel tersebut telah mendedahkan penderitaan serta penyelewengan dalam perlaksanaan
Sistem Kultur. C.L.M. Penders dalam bukunya “Indonesia: Selected Documents on Colonialism and
Nationalism 1830-1842” dan D.G.E. Hall dalam bukunya “A History of South East Asia” menegaskan
novel “Max Havelaar” telah membangkitkan penentangan rakyat Belanda terhadap Sistem Kultur.
Faktor kemanusiaan diperkukuhkan lagi dengan terbitnya kisah “Regulation of Sugar Contract in
Jawa” oleh Van de Putte pada tahun 1862. Risalah tersebut telah mendedahkan keterlaluan-
keterlaluan dalam perlaksanaan Sistem Kultur.

Kesan-kesan
1. Ekonomi
a. Perkembangan ekonomi
Perlaksanaan Dasar Liberal telah mengakibatkan perkembangan ekonomi di seluruh Hindia Timur
akibat penglibatan modal kerajaan dan kapitalis. Perkembangan ekonomi terbukti dengan
pertambahan nilai eksport dan import. Antara tahun 1870-1900, eksport Hindia Timur meningkat 2 kali
ganda dan import meningkat 4 kali ganda. Buktinya eksport Hindia Timur bernilai 107 juta guilders
pada tahun 1870 telah meningkat 258 juta guilders pada tahun 1900, manakala import yang bernilai
44 juta guilders pada tahun 1870 telah meningkat 176 juta guilders pada tahun 1900. Tanaman baru
seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko diperkenalkan. Banyak kilang didirikan dan syarikat-
syarikat perdagangan serta bank ditubuhkan. Satu sistem ekonomi yang berorientasikan pertanian
ladang dan perlombongan mula dijalankan di Hindia Timur. J.F. Cady dalam bukunya, “South East
Asia: Its Historical Development” menegaskan hasil pertanian ladang telah meningkat 10 kali ganda
antara 1860-1885. Perlombongan bijih timah juga dijalankan di Bangka dan Belitung. Sebagai contoh,
pengeluaran bijih timah Bangka sebanyak 2200 tan pada tahun 1870 telah meningkat 10 ribu tan
pada tahun 1900
b. Ekonomi seluruh Hindia Timur
Di bawah Dasar Liberal, kegiatan ekonomi dijalankan di Jawa dan juga pulau-pulau luar yang
sebelumnya diabaikan. Sebagai contoh, pengusaha-pengusaha Belanda telah membuka ladang
tembakau di Sumatera Timur dan Selatan. Selain itu, kegiatan ekonomi bukan sahaja tertumpu dalam
bidang pertanian, tetapi juga dalam bidang ekonomi lain. Sebagai contoh, pengeluaran arang
dijalankan di Kalimantan Selatan dan Sumatera Barat. Pengeluaran minyak dijalankan di Sumatera
dan Kalimantan mulai tahun 1883.
c. Kedudukan ekonomi rakyat Hindia Timur
Dasar Liberal meninggikan taraf ekonomi rakyat Hindia Timur dan dasar ini hanya menguntungkan
kapitalis-kapitalis Belanda dan Cina. Sistem ekonomi bebas di bawah Dasar Liberal menyebabkan
rakyat tempatan tidak dapat bersaing dengan kapitalis kerana kekurangan modal dan pengetahuan.
Fungsi ekonomi mereka hanya sebagai buruh di ladang-ladang dan lombong-lombong milik kapitalis.
Mereka dibayar gaji yang rendah dan bekerja dalam suasana yang menyedihkan. Daya pembelian
rakyat Hindia Timur semakin merosot. Selain itu, mereka juga dibebankan dengan pelbagai cukai
terutamanya cukai tanah. Sebagai contoh, 80% daripada hasil cukai di Jawa dibayar oleh orang-
orang Jawa.
d. Merugikan kerajaan
Perlaksanaan Dasar Liberal menyebabkan kapitalis mengambil alih penguasaan kerajaan dalam
kegiatan ekonomi di Hindia Timur. Kekuatan modal mereka telah membolehkan kapitalis membuka
lebih banyak ladang dan lombong di seluruh Hindia Timur. Perangkaan berikut menunjukkan
perbezaan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan dan kapitalis antara tahun 1865-1885:
Tahun Kerajaan (juta guilders) Kapitalis (juta guilders)
1865 64 34
1870 46 68
1875 41 130
1885 16 168
Perkembangan ini telah memberi bebanan ekonomi pada Kerajaan Belanda sedangkan sebelum ini
masalah ekonomi telah dapat diatasi akibat perlaksanaan Sistem Kultur. Pada tahun 1897, Kerajaan
Belanda berhutang sebanyak 18 juta guilders.
2. Sosial
a. Meruntuhkan sistem sosial tradisional
Perlaksanaan Dasar Liberal telah meruntuhkan sistem sosial tradisional akibat pengambilan rakyat
Indonesia sebagai buruh bergaji di ladang-ladang dan lombong-lombong milik kapitalis. Peluasan
kuasa dan perkhidmatan Kerajaan Belanda telah mempercepatkan proses keruntuhan sistem sosial
tradisional. Kawalan sosial semakin merosot dan hubungan kekeluargaan semakin renggang.
b. Sistem perhubungan
Kemajuan sistem perhubungan merupakan kesan sosial yang penting akibat perlaksanaan Dasar
Liberal. Banyak jalan raya dan jalan keretapi telah dibina di seluruh Hindia Timur. Tujuannya ialah
untuk memudahkan usaha membuka kawasan pertanian dan perlombongan. Sebagai contoh, jalan
keretapi sejauh 1600 km pada tahun 1890 telah meningkat 3500 km pada tahun 1900. Perkhidmatan
telegraf kawasan pedalaman yang pertama telah diadakan pada tahun 1856. Perkhidmatan pos
kawasan pedalaman yang pertama telah diadakan pada tahun 1866. Perkhidmatan telefon semakin
berkembang dan syarikat telefon yang petama ditubuhkan pada tahun 1882.
c. Pelajaran
Di bawah Dasar Liberal, Belanda mula membina sekolah-sekolah untuk rakyat tempatan. Pada tahun
1871, terdapat 263 sekolah dan pada tahun 1898, jumlah sekolah meningkat menjadi 516 buah.
Selain itu, maktab-maktab latihan perguruan dan institut-institut latihan khas telah ditubuhkan.
Sebagai contoh, penubuhan Sekolah Latihan Doktor di Jawa pada tahun 1897.
d. Kelas menengah
Perlaksanaan Dasar Liberal telah melahirkan satu kelas baru dalam masyarakat Indonesia, iaitu kelas
menengah yang ditentukan oleh faktor ras dan ekonomi. Majoriti kelas menengah terdiri daripada
orang-orang Belanda, Indo-Belanda dan sebilangan kecil orang Indonesia.
e. Penghijrahan
Perkembangan ekonomi di bawah Dasar Liberal telah menggalakkan penghijrahan ramai orang
Belanda ke Indonesia. Kebanyakan orang Belanda yang berhijrah ke Indonesia terdiri daripada
golongan professional dan peniaga. Selepas tahun 1870, kebanyakan orang Belanda yang berada di
Indonesia bukan lagi terdiri daripada pegawai kerajaan seperti sebelumnya. Pada tahun 1900,
terdapat 67 ribu orang Belanda di Indonesia. Bilangan orang Cina yang berhijrah ke Indonesia juga
meningkat. Sebagai contoh, bilangan orang Cina di Jawa seramai 150 ribu orang pada tahun 1850
telah meningkat menjadi 277 ribu orang pada tahun 1900. Kebanyakan orang-orang Cina tinggal di
bandar-bandar dan menjado pekedai runcit, orang tengah dan peminjam wang. Walau
bagaimanapun, terdapat sebahagian orang Cina yang terlibat dalam pertanian komersil.
3. Politik
Perkembangan ekonomi di bawah Dasar Liberal yang berlaku di seluruh Indonesia telah
menyebabkan Belanda mulai mengambil langkah untuk mengelakkan pulau-pulau luar jatuh ke
tangan kuasa-kuasa Barat lain. Kepentingan ekonomi juga menyebabkan Belanda berusaha untuk
menghapuskan kegiatan-kegiatan yang boleh mengancam kegiatan ekonomi seperti pelanunan,
perang saudara serta kekacauan-kekacauan lain. Akibatnya, Belanda mula campur tangan dalam hal-
ehwal pulau-pulau luar. Sebagai contoh, campur tangan Belanda di Bali dan Sumatera Utara.

Kesimpulan
Dasar Liberal seperti Sistem Kultur gagal meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Mengikut Goertz,
Dasar Liberal merupakan cara yang berlainan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu
mengangkut hasil Indonesia ke Belanda. Akibatnya, Dasar Liberal bukan sahaja ditentang oleh rakyat
Indonesia, tetapi juga orang-orang Belanda, terutamanya golongan sosialis yang memperjuangkan
konsep-konsep “Hindia Timur untuk Hindia Timur”. Mereka mahukan segala keuntungan di Indonesia
dibelanjakan untuk kebajikan rakyat Indonesia. Golongan ini mendakwa Belanda mempunyai
tanggungjawab moral untuk menjaga kebajikan rakyat Indonesia. Penentangan terhadap Dasar
Liberal bertambah selepas terbitnya risalah “Ons Program” oleh Dr. Abraham Kayper dan “A Debt of
Honour” oleh Ven Deventer. Apanila parti campuran Neo Calvinist dan Katholik yang dapat sokongan
sosialis memerintah di Belanda di bawah Perdana Menteri Dr. Abraham Kayper dan Menteri Tanah
Jajahan Alexander Idenberg, maka Dasar Liberal dihapuskan dan digantikan dengan Dasar Etika
mulai tahun 1901. Dasar Etika mempunyai 3 prinsip utama, iaitu pendidikan, penghijrahan dan
pengairan.

Dasar Etika

Pengenalan
Dasar Liberal seperti Sistem Kultur gagal meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Mengikut Geertz,
Dasar Liberal merupakan cara yang berlainan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu
mengangkut hasil Indonesia ke Belanda. Akibatnya, Dasar Liberal bukan sahaja ditentang oleh rakyat
Indonesia, tetapi juga orang-orang Belanda, terutamanya golongan sosialis yang memperjuangkan
konsep “Hindia Timur untuk Hindia Timur”. Mereka mahukan segala keuntungan di Indonesia
dibelanjakan untuk kebajikan rakyat Indonesia. Golongan ini mendakwa Belanda mempunyai
tanggungjawab moral untuk menjaga kebajikan rakyat Indonesia. Penentangan terhadap Dasar
Liberal bertambah selepas terbitnya risalah “Ons Program” oleh Dr. Abraham Kayper dan “A Debt of
Hanour” oleh Van Deventer. Apabla parti campuran Neo Calvinist dan Katholik yang dapat sokongan
sosialis memerintah di Belanda di bawah pimpinan Perdana Menteri Dr. Abraham Kayper dan Menteri
Tanah Jajahan Alexander Idenberg, maka Dasar Liberal dihapuskan dan digantikan dengan Dasar
Etika mulai tahun 1901. Dasar Etika mempunyai 3 prinsip utama, iaitu pendidikan, penghijrahan dan
pengairan.

Sebab-sebab
1. Keburukan Dasar Liberal
Dasar Liberal gagal meninggikan taraf hidup Indonesia dan dasar ini tidak mengutamakan kebajikan
rakyat Indonesia. Kemudahan-kemudahan sosial amat terhad dan mempunyai tujuan ekonomi. Dasar
Liberal hanya menuntungkan kapitalis-kapitalis Belanda dan Cina. Sistem ekonomi bebas di bawah
Dasar Liberal menyebabkan rakyat tempatan tidak dapat bersaing dengan kapitalis kerana
kekurangan modal dan pengetahuan. Fungsi ekonomi mereka hanya sebagai buruh bergaji di ladang-
ladang dan lombong-lombong milik kapitalis. Mereka dibayar gaji yang rendah dan bekerja dalam
suasana yang menyedihkan. Daya pembelian rakyat Indonesia merosot. Selain itu, mereka telah
dibebankan dengan pelbagai cukai terutamanya cukai tanah. Akibatnya, Dasar Liberal bukan sahaja
ditentang oleh rakyat Indonesia tetapi juga orang Belanda. Di negeri Belanda, kritikan terhadap Dasar
Liberal bermula pada tahun 1880-an diketuai oleh golongan sosialis. Golongan ini memperjuangkan
konsep-konsep “Hindia Timur untuk Hindia Timur”. Mereka mahukan segala keuntungan di Hindia
Timur dibelanjakan untuk kepentingan rakyat Hindia Timur. Golongan ini juga mendakwa Belanda
bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat Hindia Timur.
2. Pengaruh Van Deventer dan Dr. Abraham Kayper
Ahli-ahli Sejarah mendakwa pengaruh Van Deventer dan Dr. Abraham Kayper juga bertanggungjawab
terhadap perlaksanaan Dasar Etika. Van Deventer merupakan seorang peguam dan reformis kolonial.
Pada tahun 1899, beliau menerbitkan sebuah artikel berjudul “A Debt of Honour” dalam Journal
Belanda “De Gids”. Beliau mendakwa segala keuntungan yang diperolehi oleh Belanda dari Hindia
Timur sebagai hutang kehormat yang perlu dijelaskan dengan cara meninggikan taraf hidup rakyat
Indonesia. Beliau mendesak sekurang-kurangnya 187 juta guilders yang diperolehi oleh Belanda dari
Indonesia sejak tahun 1867 perlu dibayar balik. Pembayaran balik tersebut dianggap sebagai
menjelaskan hutang kehormat. Van Deventer juga mendesak Belanda melaksanakan dasar
pengagihan kuasa pusat, iaitu memindahkan kuasa pentadbiran Indonesia dari Belanda ke Indonesia.
Beliau juga mahukan kerajaan menambahkan bilangan pegawai-pegawai Indonesia dalam
perkhidmatan kerajaan di Indonesia. J.S. Farnival dalam bukunya “Netherlands India: A Study of
Plural Economy” menegaskan artikel Van Deventer “was a thunderbolt which cleared the atmosphere
and in the fresher air colonial problems assumed a new aspect”. Pada tahun 1880, Dr. Abraham
Kayper menerbitkan risalah berjudul “Ons Program”. Dalam risalah tersebut, beliau mendakwa
Belanda mempunyai tanggungjawab moral untuk menjaga kebajikan rakyat Hindia Timur khususnya
meninggikan taraf sosial dan ekonomi mereka. Idea-idea Van Deventer dan Dr. Abraham Kayper telah
membangkitkan sentimen orang Belanda terhadap Dasar Liberal. Selain itu, terdapat kepercayaan
umum bahawa Belanda bertanggungjawab untuk meninggikan taraf hidup Indonesia lebih-lebih lagi
Indonesia telah banyak membantu Belanda menyelesaikan masalah ekonomi.
3. Tuntutan pengagihan kuasa
Kapitalis-kapitalis dan pegawai-pegawai Belanda di Indonesia menuntut autonomi yang lebih
daripada Kerajaan Belanda. Mereka mahukan kuasa pentadbiran Indonesia dipindahkan dar negeri
Belanda ke Indonesia. Tuntutan-tuntutan mereka disokong oleh Parti Sosialis pimpinan Van Kohl.
Golongan sosialis dalam Parlimen Belanda mengutuk Dasar Liberal dan memperjuangkan kondep
“Hindia Timur untuk Hindia Timur”

Kesan-kesan
1. Politik
a. Majlis
Di bawah Dasar Etika, langkah-langkah yang dijalankan bertujuan untuk memberi latihan dan
pengalaman dalam pentadbiran kepada rakyat Hindia Timur sebagai persiapan ke arah berkerajaan
sendiri. Pada tahun 1903, Kerajaan Belanda melaksanakan dasar pengagihan kuasa pusat, iaitu
memindahkan kuasa pentadbiran Hindia Timur dan negeri Belanda ke Hindia Timur. Pada tahun
1905, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Awam Belanda De Graaf telah mengemukakan cadangan
untuk “mengindonesiakan” jawatan-jawatan kerajaan. Walau bagaimanapun, tidak banyak langkah
tegas diambil ke arah melaksanakannya. Sejak tahun 1905, Belanda menubuhkan majlis-majlis
bandaran, kampung dan daerah yang dianggotai oleh orang Belanda, Indonesia dan Cina. Majlis
Bandaran (Tempatan) yang pertama ditubuhkan pada tahun 1905 di Bandung, Betawi dan Jati
Negara. Peraturan kampung De Graaf tahun 1906 telah membuka kepada penubuhan majlis
kampung yang tediri daripada ketua kampung, pembesar-pembesar kampung serta satu
perhimpunan kampung. Majlis daerah yang pertama ditubuhkan pada tahun 1909 di kawasan
penanaman tembakau di Sumatera Timur. Menjelang tahun 1918, sudah terdapat 32 majlis bandaran,
25 majlis daerah. Walau bagaimanapun, majlis-majlis ni gagal mencapai matlamatnya akibat campur
tangan Belanda. Selain itu, Belanda mempunyai kuasa mutlak ke atas keputusan majlis. 2/3 dari
ahlinya dicalonkan dan hanya ahli-ahli Belanda yang dipilih. Akibatnya, majlis-majlis ini hanya
bertindak sebagai badan penasihat yang mempunyai kuasa amat terhad. Majlis-majlis ini hanya
berkuasa ke atas perkara-perkara yang kurang penting seperti jalan raya, kerja raya, taman dan
sebagainya. Perkara-perkara penting seperti polis, kewangan, kesihatan, pelajaran dan sebagainya
masih lagi di bawah kekuasaan Belanda.
b. Volksraad
Pada tahun 1916, Belanda menubuhkan majlis rakyat yang dikenali sebagai “Volksraad”. Persidangan
pertama telah diadakan pada Mei 1918. Walau bagaimanapun, Volksraad juga gagal mencapai
matlamatnya akibat campur tangan Belanda. Pihak Belanda masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke
atas keputusan Volksraad. Sehingga tahun 1928, majoriti anggota Volksraad terdiri daripada orang-
orang Belanda. Buktinya pada tahun 1928, anggota Volksraad ialah 30 orang Belanda, 25 orang
Indonesia dan 5 bangsa lain (Cina). J.S. Farnival dalam bukunya. “Netherlands India: A Study of
Plural Economy” menegaskan apa yang dilakukan oleh Belanda sebagai “let me help you, let me
show you how to do it, and let me do it for you”.
c. Nasionalisme
Perlaksanaan Dasar Etika telah mengakibatkan kebangkitan dan perkembangan nasionalisme
Indonesia. Perkembangan pelajaran Barat telah melahirkan elit-elit politik yang telah terpengaruh
dengan idea liberal Barat seperti demokrasi, sosialisme, komunisme dan sebagainya. Golongan ini
tidak berpuas hati dengan pentadbiran Belanda yang mengamalkan diskriminasi dan gagal
menyediakan pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Golongan ini telah membekalkan pimpinan dalam
gerakan nasionalisme Indonesia. Antara mereka ialah Sukarno, Hatta, Syahrir, Amir Syarifuddin dan
Semaun. Di bawah Dasar Etika, Belanda bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia.
Toleransi Belanda telah membolehkan nasionalis-nasionalis mengatur kegiatan mereka. Akibatnya
lahirlah parti-parti politik seperti Budi Utomo di bawah Dr. Wahidin Sudiro Usodo, Sarekat Islam di
bawah Omar Said Tjokroaminoto, Parti Komunis Indonesia (PKI) di bawah Semaun. Kemajuan sistem
perhubungan telah memudahkan perhubungan dan penyebaran idea-idea nasionalisme ke seluruh
Indonesia.
2. Ekonomi
a. Langkah meninggikan taraf hidup
Dalam bidang ekonomi, langkah-langkah yang dijalankan bertujuan untuk meninggikan taraf hidup
rakyat Indonesia yang tertindas akibat perlaksanaan Sistem Kultur dan Dasar Etika. Pada tahun
1905, Belanda menubuhkan Jabatan Pertanian di Betawi. Penubuhan Jabatan Pertanian telah
menubuhkan hasil tanaman tempatan khususnya tanaman makanan. Walau bagaimanapun,
pertambahan hasil tanaman tersebut tidak seimbang dengan pertambahan penduduk, terutamanya di
Jawa. Sebagai contoh, penduduk Jawa yang berjumlah 29.9 juta orang pada tahun 1905 telah
meningkat kepada 40.9 juta orang pada tahun 1930. Kerajaan juga menggalakkan perhutanan,
perikanan, tanaman baru dan menambahkan kemudahan pengairan. Antara tahun 1900-1940,
sebanyak 270 juta guilders dibelanjakan untuk kemudahan pengairan di seluruh Indonesia. Kerajaan
juga menggalakkan pembukaan tanah baru untuk pertanian. Langkah tersebut telah menambahkan
kawasan pertanian di Indonesia. Sebagai contoh, pada tahun 1900, terdapat sawah padi seluas 2.7
juta hektar dan pada tahun 1940, keluasannya meningkat 3.4 juta hektar. Pada tahun 1905, 40 juta
guiders dibelanjakan untuk memajukan ekonomi Jawa san Madura. Banyak jalan raya dan jalan
keretapi dibina di seluruh Indonesia untuk kepentingan ekonomi khususnya untuk membuka kawasan
ladang serta perlombongan dan mengangkut hasil. Pada tahun 1903, Akta Perkilangan dilaksanakan
dengan tujuan untuk melindungi industri tempatan. Pada tahun 1904, dilaksanakan Akta Buruh
bertujuan untuk mengelakkan penindasan majikan. Pada tahun 1909, Akta Pengambilan Buruh
dilaksanakan dengan tujuan untuk mengelakkan penipuan, percukaian dan sebagainya.
b. Perkembangan ekonomi
Perlaksanaan Dasar Etika telah mengakibatkan perkembangan ekonomi terutamanya sektor
peladangan dan perlombongan di pulau-pulau luar. Perkembangan ekonomi berlaku akibat
penglibatan modal kerajaan dan kapitalis. Dasar Etika telah mengakibatkan pertambahan hasil
Indonesia. Sebaagi contoh, pada tahun 1922, Indonesia menghasilkan 25% getah dunia dan pada
tahun 1928, Indonesia mengeluarkan 40% getah dunia. J.F. Cady dalam bukunya “South-East Asia:
It’s Historical Development” menegaskan Indonesia mencapai kemakmuran ekonomi yang tiada tolok
bandingnya semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918). Walau bagaimanapun, kemakmuran
ekonomi hanya dinikmati oleh kapitalis-kapitalis Belanda dan Cina yang menguasai ekonomi
Indonesia.
c. Kemudahan kredit
Sejak tahun 1904, Kerajaan Belanda menyediakan kemudahan kredit dengan menubuhkan Bank
Padi dan Bank Tunai Desa. Tujuannya ialah untuk mengelakkan rakyat Indonesia daripada
dieksploitasikan oleh peminjam-peminjam wang Cina serta kedai pajak orang Cina. Menjelang tahun
1912, terdapat 12 ribu wang padi dan 1161 Bank Tunai Desa. Kerajaan juga mengarahkan kedai
pajak Cina menurunkan kadar bunga yang dikenakan. Selain itu, kerajaan telah mengambil alih
beberapa kedai pajak Cina dan menubuhkan kedai pajak kerajaan di seluruh Indonesia. Walau
bagaimanapun, kemudahan kredit tersebut mencapai kejayaan yang terhad. Sehingga 1940, hanya
terdapat 500 kedai pajak kerajaan di seluruh Indonesia. Masalah pentadbiran dan jarak yang jauh
menyebabkan rakyat Indonesia mendapati sukar untuk mendapat kemudahan kredit kerajaan.
Akibatnya, mereka masih berurusan dengan peminjam-peminjam wang Cina dan kedai pajak Cina.
d. Kedudukan rakyat Indonesia
Dasar Etika seperti dasar-dasar sebelumnya gagal meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Dasar
ini hanya menguntungkan kapitalis-kapitalis Belanda dan Cina. Sistem ekonomi bebas menyebabkan
rakyat tempatan tidak dapat bersaing dengan kapitalis kerana kekurangan modal dan pengetahuan.
Fungsi ekonomi mereka hanya sebagai buruh di ladang-ladang dan lombong-lombong milik kapitalis.
Ahli-ahli Sejarah mendakwa Belanda tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan revolusi teknik,
perindustrian secara besar-besaran yang dapat meninggikan taraf hidup Indonesia. J.M. Kahin dalam
bukunya “Nationalism and Revolution in Indonesia” menegaskan kehidupan rakyat Indonesia amat
terhimpit pada tahun-tahun 1913-1923 dan 1926-1932.
3. Sosial
a. Pelajaran
Perkembangan pelajaran merupakan kesan sosial yang penting akibat perlaksanaan Dasar Etika.
Pada tahun 1913, terdapat 7 ribu buah sekolah dengan jumlah pelajar seramai 227 ribu orang. J.F.
Cady dalam bukunya “South-East Asia: It’s Historical Development” menegaskan perkembangan
pelajaran di desa telah meningkat 3.5 kali ganda pada tahun 1909-1912. Pelajaran tinggi yang
berkembang di Indonesia sejak 1920-an bercorak teknikal seperti penubuhan maktab pertanian,
perubatan, kejuruteraan dan undang-undang. Peluang pelajaran tinggi amat terhad kerana bilangan
sekolah menengah agak kecil. Selain itu, Belanda lebih mengutamakan orang-orang Belanda dan
Indo-Belanda. Peluang melanjutkan pelajaran ke seberang laut juga terhad akibat diskriminasi
Belanda.
b. Kesihatan
Di bawah Dasar Etika, kemudahan kesihatan bukan sahaja diadakan di bandar tetapi juga di luar
bandar. Kemudahan kesihatan yang disediakan dapat mengawal beberapa jenis penyakit teknikal
seperti beri-beri, malaria dan kolera.
c. Penghijrahan
Sejak perlaksanaan Dasar Etika, Belanda menggalakkan penghijrahan rakyat Jawa ke pulau-pulau
luar. Tujuannya ialah untuk mengatasi masalah kepadatan penduduk Jawa dan kekurangan tenaga
buruh di pulau-pulau luar. Usaha ini hanya berjaya dilaksanakan sejak tahun 1930-an akibat
propaganda Belanda, cara-cara pemilihan dan langkah persediaan awal yang berkesan. Perangkaan
berikut menunjukkan bilangan penduduk Jawa yang berhijrah ke pulau-pulau luar antara tahun 1936-
1940:
1936 13152
1937 19152
2259
5339
50622
d. Masyarakat majmuk
Perlaksanaan Dasar Etika telah mengakibatkan wujudnya masyarakat majmuk yang ditentukan oleh
faktor ras dan ekonomi. J.S. Farnival dalam bukunya “Netherlands India: A Study of Plural Economy”
mendefinasikan masyarakat majmuk sebagai “a society or social comprising two or more elements or
social orders which live side by side, yet without mingling in one political unit”. Orang-orang Belanda
sebagai pentadbiran dan menguasai ekonomi moden yang dibina melalui modal mereka sendiri.
Orang-orang Cina sebagai peniaga, orang tengah dan peminjam wang. Orang-orang Indonesia pula
menjadi petani, nelayan dan buruh. Masyarakat majmuk telah mengakibatkan berlakunya pengeseran
terutamanya di antara masyarakat Indonesia dengan orang Cina.

Kesimpulan
Dasar Etika memberi sumbangan yang besar kepada kebangkitan dan pergerakan gerakan
nasionalisme di Indonesia. Ia juga bertanggungjawab kepada pembahagian dalam gerakan
nasionalisme kepada beberapa golonga, misalnya nasionalisme Islam, golongan Komunis dan
golongan Sekular. Golongan berpendidikan Barat hasil dari Dasar Etika telah memainkan peranan
penting dalam gerakan nasionalisme selepas tahun-tahun 1920-an sedangkan tahun sebelumnya
dipegang oleh golongan berpendidikan Islam di Timur Tengah.

Penerimaan dan Pengubahsuaian di Indonesia

Pengenalan
Menjelang akhir abad ke-18, Belanda telah menguasai Pulau Jawa melalui Syarikat Hindia Timur
Belanda (VOC) yang ditubuhkan pada tahun 1602. Kehadiran Belanda di Jawa telah membawa
kepada banyak perubahan sama ada dari segi pentadbiran, ekonomi ataupun sosial. Semua
perubahan yang dibuat ini adalah semata-mata untuk memperkukuhkan kedudukan mereka.

Dari segi pentadbiran


Pentadbiran Belanda di Indonesia adalah diletakkan di bawah seorang Gabenor Jeneral. Pihak
Belanda telah mewujudkan undang-undang pembahagian kuasa. Di bawah undang-undang ini, majlis
perbandaran dan daerah telah ditubuhkan. Majlis-majlis ini dianggotai oleh orang-orang Belanda,
orang-orang Indonesia dan orang-orang Cina. Pada tahun 1906, undang-undang desa
dikuatkuasakan. Tujuan undang-undang ini adalah untuk memperbaiki kebajikan rakyat Indonesia.
Satu Majlis Desa telah diwujudkan di bawah undang-undang ini dan ia diketuai oleh Penghulu. Pada
tahun 1916, Majlis Volksraad (Dewan Rakyat) telah ditubuhkan dan ia dianggotai oleh semua rakyat.

Dari segi ekonomi


Sejak tahun 1830, sistem tanaman komersil menjadi kegiatan yang penting. Di bawah Sistem
Tanaman Paksa (Kultur), rakyat dipaksa menanam tanaman kerajaan seperti kopi dan nila. Sistem ini
kemudian digantikan dengan Sistem Liberal dan kemudiannya Sistem Etika. Kapitalis yang lain juga
melibatkan diri dalam perlombongan, perhutanan dan perikanan. Perlombongan yang dijalankan ialah
perlombongan minyak dan logam. Ia telah membawa kepada pembangunan infrastruktur seperti jalan
raya dan landasan keretapi.

Dari segi sosial


Pihak Belanda mengutamakan pelajaran rendah. Begitu juga bagi pendidikan tinggi. Orang-orang
kaya telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris. Bahasa Belanda tidak digunakan
dengan meluas. Selain itu, terdapat sekolah umum yang diwujudkan kesan daripada Dasar Etika.
Pada tahun 1919, Sekolah Menengah Umum ditubuhkan. Pada tahun 1924, Maktab Undang-undang
ditubuhkan. Pihak Belanda turut menubuhkan Maktab Perubatan (1926) dan Universiti Betawi (1941).
Selain pendidikan, undang-undang perlindungan buruh turut diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk
melindungi buruh-buruh Indonesia.
Nasionalisme di Indonesia

Pengenalan
Kebangkitan pergerakan nasionalisme di Indonesia bermula pada akhir abad ke-19 dan permulaan
abad ke-20. Pergerakan nasionalisme Indonesia berlaku dikatakan sesudah orang Filipina berjuang
menentang penjajah Sepanyol yang bermula pada tahun 1896 dan kemudian menentang penjajah
Amerika pada tahun 1898 apabila didapati Amerika belum bersedia memberi kemerdekaan kepada
mereka seperti yang dijanjikan apabila orang Filipina membantu Amerika. Sebenarnya, perjuangan
mereka telahpun bermula sejak awal lagi, contohnya Perang Padri (1821) di Sumatera dan Perang
Jawa (1825-1830). Para sarjana menyifatkan pergerakan ini bersifat sederhana. Ia tidak melibatkan
seluruh rakyat. Maka ini tidak digolongkan sebagai gerakan nasionalisme. Walau bagaimanapun,
memang tidak dapat dinafikan kegiatan pemberontak ini memberi inspirasi kepada generasi muda
untuk bangun menentang penjajah Belanda.

Faktor-faktor kebangkitan nasionalisme


1. Kesamaan agama
Menurut G.M. Kahin, kesamaan agama merupakan faktor yang penting bagi perkembangan
semangat nasionalisme di Indonesia. Lebih daripada 90% penduduk Indonesia beragama Islam.
Agama Islam telah menyatukan segala lapisan rakyat Indonesia. Agama Islam membolehkan rakyat
Indonesia melupakan perbezaan-perbezaan kebudayaan dan keturunan serta semangat kewilayahan
mereka.
2. Bahasa Melayu
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Indonesia telah membantu menyatukan
penduduk Indonesia dan memupuk semangat kebangsaan di kalangan mereka. Malahan, Kerajaan
Belanda telah menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan pentadbiran Indonesia. Bahasa Melayu
muncul sebagai satu faktor integrasi yang penting.
3. Golongan intelektual
Pada mulanya, tujuan pemerintah Belanda mendirikan sekolah-sekolah bercorak Barat untuk anak-
anak Eropah dan anak-anak Indonesia dari golongan “ningrat” dan “priyai”. Dengan pendidikan yang
diberikan, pemerintah Belanda berharap anak-anak ningrat dan priyai itu akan menjadi golongan yang
akan mengagung-agungkan dan membantu pihak Belanda.
Sungguhpun bilangan anak Indonesia dari golongan ningrat dan priyai serta anak-anak dari
golongan biasa terhad dalam sekolah Eropah tetapi lama-kelamaan bilangan itu telah meningkat
berlipat-ganda. Hakikat ini terpaksa diterima oleh Belanda dan sukar bagi mereka untuk
menghalangnya. Malah, ada di antara mereka telah dihantar ke luar negeri terutamanya Belanda
untuk melanjutkan pelajaran.
Ketika mereka berada di luar negeri, tidak sahaja dapat menambahkan pengetahuan mereka
malah pengalaman dan pandangan mereka semakin luas. Semangat nasionalisme mereka semakin
kuat melihat negara-negara Barat telah mencapai kemajuan yang pesat sedangkan Indonesia,
negara ibunda mereka, masih dalam keadaan mundur dan ketinggalan dalam semua bidang. Oleh
sebab itu, mereka mula bergiat dalam persatuan-persatuan bersifat sosial untuk membincangkan
nasib masa depan Indonesia. Untuk tujuan itu, beberapa pertubuhan telah didirikan sama ada di
Indonesia mahupun di negeri Belanda sendiri. Antara persatuan yang terkenal di negeri Belanda ialah
Perhimpunan Indonesia yang mana anggotanya terdiri dari pelajar-pelajar seperti Sukarno,
Muhammad Hatta, Sutan Syahrir dan lain-lain lagi. Mereka inilah kemudiannya menjadi tokoh
nasionalis yang ulung.
Peranan mereka dalam gerakan nasionalisme Indonesia adalah besar. Setelah pengaruh
Sarekat Islam mulai merosot dalam tahun-tahun 1920-an, golongan pendidikan Barat mulai
mengambilalih tugas itu. Dengan semangat yang gigih seperti Sukarno maka ditubuhkan beberapa
buah parti politik seperti Parti Nasional Indonesia pada tahun 1927.
4. Pengaruh luar
Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah berlaku beberapa pergerakan politik di negara-
negara Asia. Pergerakan itu sedikit sebanyak mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Indonesia.
Di antaranya ialah:
a. Penentangan orang Filipina terhadap penjajah
Orang Filipina telah bangun membenrontak terhadap Sepanyol dalam tahun 1896. Dalam tahun
1898, mereka telah bersatu dengan Amerika dan berjaya menggulingkan kekuasaan Sepanyol di
Manila. Buat sementara waktu, Amerika telah mengambil alih kekuasaan di Filipina. Tetapi apabila
orang-orang Filipina sedar bahawa orangAmerika tidak bermaksud untuk memberi kemerdekaan
kepada Filipina, mereka telah menentang Amerika. Mereka menganggap Amerika sebagai penjajah
dan dengan ini meletuslah Perang Kemerdekaan yang bermula pada 10 Oktober 1898. Sungguhpun
Amerika Syarikat berjaya mematahkan pemberontakan orang Filipina tetapi akhirnya Amerika sendiri
terpaksa tunduk dan memenuhi beberapa permintaan rakyat Filipina yang mahukan kepentingan
negara mereka terjamin.
b. Revolusi China, 1911
Pada 10 Oktober 1911 telah bermula satu revolusi di negeri China untuk
menggulingkan Dinasti Manchu. Orang Cina mensifatkan orang Manchu sebagai
pendatang dan telah menjajah negeri China apabila mereka berjaya menggulingkan
Dinasti Ming dan mengambil kekuasaan di negeri China pada tahun 1644. Sentimen
anti-Manchu semakin kuat disebabkan sifat kejam orang Manchu terhadap orang
Cina. Pihak revolusiner pimpinan Dr. Sun Yat Sen berjaya mendirikan sebuah
republik di negeri China. Selain Manchu, Dr. Sun juga mempunyai satu matlamat
iaitu menghapuskan tekanan Barat terhadap China.
c. Gerakan Kebangsaan India
Gerakan nasionalisme di India telah bermula dalam tahun 1885 dipelopori oleh Parti
Kongres India. Penubuhan Parti Kongres India itu telah diputuskan dalam Kongres
Nasional India di Bombay pada tahun 1885. Parti Kongres dengan pimpinan
Surendranath Baneriji, Ghokala, Tilak dna Mahatma Gandhi telah memperjuangkan
dengan gigihnya kemerdekaan India hingga India mencapai kemerdekaan pada
tahun 1947. Pengaruh perjuangan Parti Kongres juga besar terutama dalam gerakan
nasionalisme Indonesia. Taktik yang digunakan oleh Parti Kongres seperti tidak
bekerjasama telah menjadi ikutan beberapa buah parti di Indonesia seperti Sarekat
Islam dan Parti Nasional Indonesia.
d. Perang Rusia-Jepun, 1904-1905
Perang Rusia-Jepun merupakan perang yang paling bersejarah kepada bangsa
Asia. Perang ini ialah perang antara kuasa Barat dengan kuasa Asia. Dalam
peperangan itu, Jepun dianggap negara kecil telah berjaya mengalahkan Rusia
dengan kemenangan yang paling menakjubkan. Rusia akhirnya bersedia
menandatangani Perjanjian Portsmouth. Kekalahan Rusia dianggap telah
memalukan imej kuasa Barat dan sedikit sebanyak menjejaskan kedudukan Rusia di
mata dunia antarabangsa terutama kepada bangsa-bangsa Asia. Dengan kekalahan
Rusia itu maka hancurlah anggapan “bangsa Barat adalah bangsa yang kuat dan
tidak dapat dikalahkan oleh orang Asia”. Ini membuktikan kemanangan Jepun telah
memberi perangsang yang kuat kepada bangsa Indonesia dan bangsa lainya untuk
melakukan penentangan terhadap penjajah dan mereka boleh mencapai kejayaan
jika mereka mempunyai keyakinan dan kesungguhan seperti yang dibuktikan oleh
bangsa Jepun.
e. Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah
Menurut Deliar Noer, nasionalisme di Indonesia telah bermula dengan nasionalisme
Islam. Sebilangan orang Indonesia telah dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam
yang dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh dan golongan al-Manar di Kaherah.
Gerakan ini memperjuangkan konsep pan-Islamisme dan membebaskan agama
Islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran Islam. Gerakan
Reformis Islam turut telah memberi inspirasi kepada orang Islam Indonesia untuk
menghadapi ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian. Parti-parti seperti
Muhammadiah dan Sarekat Islam dipimpin oleh reformis-reformis Islam. Mereka
menganggap Islam sebagai alat tunggal untuk memajukan kepentingan-kepentingan
sosioekonomi penduduk Indonesia.
5. Penubuhan Volksraad
Pada tahun 1916, Kerajaan Belanda telah meluluskan penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat) yang
telah juga menyumbangkan kepada perkembangan nasionalisme Indonesia. Penubuhan Volksraad
memungkinkan penemuan nasionalis-nasionalis dari seluruh Indonesia. Mereka dapat
membincangkan masalah-masalah nasional Indonesia dan cara-cara mengatasinya. Hal ini telah
mengukuhkan semangat perjuangan mereka.
6. Pemerintahan Belanda yang menekan
Sejak orang Belanda datang ke Indonesia, mereka terkenal dengan sifat menindas rakyat. Dari segi
ekonomi, orang Indonesia terutama petani telah ditindas. Bukti yang paling jelas ialah perlaksanaan
Sistem Kultur. Petani-petani dipaksa menyediakan sebahagian dari tanah sawahnya untuk ditanam
tanaman kerajaan, bekerja di kilang-kilang kerajaan dengan mendapat upah yang rendah. Tenaga
rakyat telah diperah sehabis-habisnya tetapi keuntungan yang diperolehi di bawa pulang ke Belanda.
Nasib orang Indonesia diabaikan.
Kemudian pada tahun 1860, pemerintah Belanda mula melaksanakan Dasar Liberal.
Perlaksanaan dasar ini bertujuan untuk memperbaiki taraf hidup rakyat yang telah diabaikan. Tetapi
malangnya dengan sistem ini, rakyat tidak dapat menikmati hasil keuntungan. Pengusaha-pengusaha
persendirian yang mendapat faedahnya kerana memonopoli kegiatan ekonomi. Orang Indonesia tidak
dapat bersaing dengan pengusaha asing kerana tiada modal dan kurang pengetahuan.
Dalam bidang sosial, timbul tidak puas hati terhadap tindakan Belanda yang tidak memberi
pelajaran yang sempurna. Dalam perkhidmatan kerajaan terdapat sikap pilih kasih. Walaupun orang
Indonesia mempunyai kelayakan dan berkebolehan tetapi mereka sukar mendapat pekerjaan. Jika
dapat, gajinya pula rendah.
7. Kemajuan dalam sistem perhubungan
Kemajuan dalam sistem perhubungan seperti akhbar vernakular, radio dan kemudahan
pengangkutan telah memudahkan pengaliran idea-idea kebangsaan di kalangan penduduk Indonesia.
Hal ini menolong mengambangkan nasionalisme Indonesia.

Sarekat Islam

Pengenalan
Pada tahun 1905, ditubuhkan Sarekat Pedagang Batik Arab Indonesia di bawah pimpinan Raden Mas
Tirtoadisurdjo. Pada tahun 1911, pertubuhan ini dikenali sebagai Sarekat Dagangan Islamiyah di
bawah pimpinan Haji Samanhudi. Pada tahun 1912, pertubuhan ini ditukarkan menjadi Sarekat Islam
di bawah pimpinan Omar Said Tjokroaminato. Pada tahun 1923, pertubuhan ini dikenali sebagai
Partai Sarekat Islam di bawah pimpinan Haji Agoes Salim.

Tujuan
Dari segi politik, Sarekat Islam ditubuhkan dengan tujuan untuk memperjuangkan berkerajaan sendiri
dan kemerdekaan. Dari segi ekonomi dan sosial, tujuannya ialah meninggikan taraf hidup rakyat
Indonesia. Dari segi agama, tujuannya ialah menyebarkan ajaran Islam dan menyekat perkembangan
agama Kristian yang dijalankan oleh Gerakan Mission dan Zending dan Mazhab Katolik dan
Protestant. Ahli Sarekat Islam pada tahun 1912 ialah 60000 orang; 1916 – 366 ribu; 1917 – 800 ribu
dan 1919 – 2.5 juta.

Perkembangan sehingga 1920


1. Islam
Sarekat Islam menggunakan agama Islam sebagai lambing penyatuan orang Indonesia dalam usaha
untuk menentang orang asing, serta mengukuhkan kedudukan mereka di Indonesia. Pendekatan ini
telah menarik sokongan ramai orang Islam terutamanya golongan reformis yang terpengaruh dengan
gerakan pembaharuan Islam di Timur Tengah yang dipelopori oleh Muhammad Abduh. Malah orang-
orang Islam di Kalimantan dan Sulawesi menganggap penubuhan Sarekat Islam sebagai langkah
pertama ke arah melancarkan perang suci terhadap orang asing.
2. Program sosioekonomi
Program sosioekonomi Sarekat Islam yang bertujuan untuk meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia
telah mendapat sokongan orang ramai. Ahli-ahli biasa dalam Sarekat Islam menganggap penyertaan
mereka sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah sosioekonomi mereka. Program sosioekonomi
Sarekat Islam mendapat sokongan ramai kerana kehidupan rakyat Indonesia amat terhimpit pada
tahun-tahun 1913-1923 akibat Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1916, Sarekat Islam telah
mengkritik Belanda kerana gagal meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Keberanian Sarekat
Islam telah menambahkan populariti parti tersebut. Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam
mendesak Belanda menghapuskan langkah-langkah diskriminasi terhadap kemasukan pelajar-pelajar
ke sekolah. Selain itu, Sarekat Islam mendesak Belanda melaksanakan program pelajaran wajib bagi
mereka yang berumur 15 tahun ke bawah. Kerajaan Belanda juga didesak supaya mengadakan lebih
banyak biasiswa untuk membolehkan lebih ramai belia Indonesia melanjutkan pelajaran ke seberang
laut. Dalam bidang ekonomi, kerajaan didesak supaya memiliknegarakan industri-industri penting
seperti besi, tekstil dan kertas. Sarekat Islam telah menuntut supaya dihapuskan buruh kanak-kanak
serta buruh paksa dan mengadakan lebih banyak klinik yang memberi rawatan percuma kepada
rakyat Indonesia. Idea nasionalisme yang diperjuangkan telah menarik sokongan ramai. Pada tahun
1918, Sarekat Islam mendesak Belanda menetapkan gaji minima dan tempoh masa kerja yang
maksima bagi pekerja.
3. Program politik
Program politik Sarekat Islam telah menarik sokongan ramai terutamanya nasionalis-nasionalis yang
sememangnya memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Sarekat Islam merupakan parti pertama
yang memperjuangkan berkerajaan sendiri pada tahun 1916 dan menuntut kemerdekaan pada tahun
1917. Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, Sarekat Islam akan menggunakan kekerasan
sekiranya perlu. Sarekat Islam juga mendesak Belanda mengadakan lebih banyak Majlis Daerah dan
meluaskan kuasa majlis terutamanya Volksraad.
4. Ketokohan pemimpin
Ahli-ahli sejarah seperti Stainberg dan Penders mengatakan populariti Sarekat Islam berpunca
daripada ketokohan pemimpin, khususnya Omar Said Tjokroaminato. Beliau merupakan orang yang
lantang berpidato dan berkarisma. Beliau telah mendedahkan beberapa ketidakadilan di bawah
pemerintahan Belanda yang perlu dihapuskan. Keberanian beliau telah menarik sokongan ramai.
Malah beliau dianggap sebagai Ratu Adil iaitu kemunculan pemimpin yang akan menghapuskan
penderitaan dan menghalau orang asing dari Indonesia. Selain itu, Sarekat Islam juga mempunyai
pemimpin yang berkebolehan seperti Haji Agoes Salim, Abdul Muis, Semaun, Darsono dan lain-lain
lagi.
5. Tolak ansur Belanda
Di bawah Dasar Etika, Belanda bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia sehingga
tahun 1926. Toleransi Belanda membolehkan Sarekat Islam berkembang dengan pesat. Pada tahun
1913, Belanda mengiktiraf cawangan-cawangan Sarekat Islam dan pada tahun 1916, Belanda
mengiktiraf Sarekat Islam pusat sebagai pertubuhan nasional. Sebelum tahun 1926, Belanda tidak
mempunyai pengalaman dan keupayaan dalam menghadapi parti-parti politik semasa perkembangan
Sarekat Islam.
6. Parti pertama
Sarekat Islam merupakan parti pertama yang terbuka kepada semua lapisan rakyat Indonesia.
Walaupun Budi Utomo ditubuhkan lebih awal iaitu 20 Mei 1908, tetapi parti tersebut hanya terbuka
kepada golongan intelek, pegawai kerajaan dan bangsawan Jawa.
7. Penyertaan ISDV
Kelab Sosial Demokratik Hindia (Indischa Social Democratischa Vereeninginp – ISDV) telah
ditubuhkan pada 5 Mei 1914 oleh Hendrick Sneeuliet. Pada tahun 1916, ISDV menyertai Sarekat
Islam. Penyertaan ISDV telah menambahkan bilangan anggota Sarekat Islam lebih-lebih lagi ISDV
menguasai kesatuan sekerja.

Kemerosotan selepas tahun 1920


Walaupun ahli Sarekat Islam berjumlah 2.5 juta orang pada tahun 1919, tetapi keahliannya merosot
menjelang 1920-an. Pada tahun 1928, ahlinya hanya tinggal 12 ribu orang.
1. Persaingan dengan Komunis
Dalam Sarekat Islam terdapat 2 golongan iaitu golongan yang berorientasikan Islam dan golongan
yang berorientasikan Komunis. Fahaman Komunis telah dibawa ke Indonesia oleh orang Belanda
selepas penubuhan ISDV oleh Henderick Sneevliet pada 5 Mei 1914. Pada tahun 1916, ISDV
menyertai Sarekat Islam. Ramai ahli Sarekat Islam terpengaruh dengan fahaman Komunis termasuk
Semaun dan Darsono. Menjelang tahun 1916, banyak cawangan Sarekat Islam telah diresapi
fahaman Komunis. Semaun dan Darsono telah berusaha untuk membawa aliran radikal ke dalam
Sarekat Islam. Mereka mendapat tentangan daripada pemimpin yang berorientasikan Islam iaitu Haji
Agoes Salim dan Abdul Muis. Persaingan ini telah mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam.
Pada 10 Oktober 1920, Semaun dan Darsono telah menubuhkan Parti Komunis Indonesia (PKI).
Mereka menjadikan Sarekat Islam cawangan Semarang sebagai pusat kegiatan PKI. Dalam kongres
Sarekat Islam pada tahun 1921, Agoes Salim melarang ahli Sarekat Islam menjadi ahli parti ini.
Arahan ini mengakibatkan golongan Komunis dan yang pro-Komunis keluar dari Sarekat Islam dan
menyertai PKI. Di kawasan bandar mereka menubuhkan cawangan PKI dan di kawasan luar bandar,
mereka menubuhkan Sarekat Islam Merah dan sejak tahun 1923 dikenali sebagai Sarekat Rakyat.
PKI menjalankan propaganda memburukkan pemimpin Sarekat Islam di mana mereka dituduh
menyalahgunakan wang parti. Selain itu, Sarekat Islam juga dituduh sebagai parti golongan kapitalis
memandangkan majoriti pemimpinnya terdiri daripada kapitalis. Propaganda PKI telah menghilangkan
keyakinan pengikut terhadap pemimpin Sarekat Islam. Fahaman Komunis semakin merebak dan PKI
telah mengambil alih kepimpinan gerakan nasionalisme Indonesia sedangkan Sarekat Islam semakin
merosot dari segi anggota dan pengaruh.
2. Pertentangan reformis/ortodoks
Pada tahun 1920-an, berlaku pertentangan antara golongan reformis dengan golongan ortodoks
dalam Sarekat Islam. Golongan ortodoks tidak mahu Sarekat Islam memperjuangkan politik, mereka
mahukan Sarekat Islam memperjuangkan agama, ekonomi dan sosial. Akibat pertentangan ini,
golongan ortodoks keluar dari Sarekat Islam dan menyertai Nahdatul Ulama yang ditubuhkan pada
September 1926. Selain itu, terdapat sebahagian dari golongan reformis yang tidak mahu Sarekat
Islam menumpukan perjuangan dalam politik. Sejak tahun 1922, ramai antara mereka keluar dari
Sarekat Islam dan menyertai Muhammadiah yang ditubuhkan pada 18 November 1912.
3. Cawangan B Sarekat Islam
Cawangan B Sarekat Islam yang radikal ditubuhkan di Jawa Barat pada tahun 1917 di bawah
pimpinan Sosrokardono dan Haji Israel. Pada tahun 1919, mereka melancarkan pemberontakan
terhadap Belanda di Jawa Barat. Walau bagaimanapun, pemberontakan tersebut berjaya
dihancurkan oleh Belanda dan pemimpinnya ditangkap. Kegiatan cawangan B Sarekat Islam
membimbangkan ahli-ahli sederhana dalam Sarekat Islam. Mereka mula menganggap keahlian
Sarekat Islam sebagai paspot ke arah kekacauan. Bagi mengelakkan kekacauan dan tindakan
Belanda, ramai antara mereka keluar dari Sarekat Islam.
4. Penubuhan Parti Nasional Indonesia (PNI)
Nasionalis-nasionalis sekular dalam Islam telah hilang keyakinan terhadap kemampuan Sarekat Islam
dalam memperjuangkan kemerdekaan. Akibatnya ramai antara mereka keluar dari Sarekat Islam
menyertai PNI yang ditubuhkan pada 4 Jun 1927 oleh Sukarno. Ketokohan Sukarno seperti program
PNI telah menarik sokongan ramai. Sejak tahun 1927, PNI telah mengambilalih kepimpinan gerakan
nasionalisme Indonesia.
5. Tekanan Belanda
Sebelum tahun 1926, Belanda bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia.
Pemberontakan PKI pada 1926-1927 di Jawa Barat dan Sumatera Tengah telah menyedarkan
Belanda terhadap bahayanya parti politik ke atas pemerintahan Belanda. Akibatnya sejak tahun 1926,
Belanda mula menekan parti-parti politik. Tindakan Belanda sudah tentu menjejaskan perkembangan
Sarekat Islam.
6. Perpecahan tahun 1930-an
Perpecahan yang berlaku dalam Sarekat Islam pada tahun 1930-an telah menambahkan
kemerosotan parti tersebut. Pada tahun 1932, seorang pemimpin Sarekat Islam, iaitu Dr. Sukirman
telah keluar dari parti tersebut dan menubuhkan Parti Sarekat Islam Indonesia I. Pada tahun 1937, Dr.
Sukirman menyertai semula Sarekat Islam. Pada tahun 1938, beliau sekali lagi keluar dari Sarekat
Islam dan memperjuangkan Parti Sarekat Islam Indonesia I. Pada tahun 1940, sebarang pemimpin
lagi keluar dari Sarekat Islam iaitu Kurtosuwirdjo dan menubuhkan Parti Sarekat Islam Indonesia II.

Kesimpulan
Sungguhpun pengaruh Sarekat Islam telah pudar dalam tahun-tahun 1920-an, namun tidak dapat
diragukan bahawa Sarekat Islam telah memainkan peranan penting di peringkat awal pergerakan
nasionalisme. Juga tidak dapat dinafikan bahawa Sarekat Islam menjadi popular kepada penubuhan
parti-parti politik yang lain di Indonesia.

Pembahagian dalam Pergerakan Nasionalisme Indonesia (1908-1942)

Pengenalan
Ahli-ahli sejarah bersetuju kebangkitan nasionalisme Indonesia bermula pada awal abad ke-20
serentak dengan perlaksanaan Dasar Etika. Kebangkitan nasionalisme berpunca dari faktor-faktor
luar dan faktor dalam. Perkembangan pelajaran Barat telah melahirkan elit-elit politik yang telah
terpengaruh dengan idea Barat. Penubuhan majlis-majlis terutamanya Volskraad dan kemajuan
sistem perhubungan memberi sumbangan terhadap kebangkitan nasionalisme. Penderitaan yang
dialami di bawah pemerintahan Belanda menyedarkan rakyat Indonesia untuk bangun
memperjuangkan kemerdekaan. Kejayaan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun (1904-1905)
membangkitkan semangat nasionalisme Indonesia. Perjuangan nasionalisme di negara-negara Asia
terutamanya Kongres Kebangsaan India di bawah Mahatma Gandhi telah mempengaruhi
kebangkitan nasionalisme. J.D. Legga dalam bukunya “Indonesia” menegaskan pembahagian dan
pertandingan merupakan ciri utama nasionalisme Indonesia 1908-1942.

Parti-parti
1. Budi Utomo
 20 Mei 1908
 Dr. Wahidin Sudiro Usodo
 Raden Soetomo, Raden Gunawan, Mangoenkusomo
 Terbuka kepada golongan intelek, pegawai kerajaan dan bangsawan Jawa.
 Memajukan kebudayaan dan pendidikan Jawa.
 Dianggap sebagai Jawa Centric dan tidak mempunyai tujuan politik sehingga tahun 1917.
 Sederhana.
 Tidak mendapat sokongan ramai kerana
a. Bukan parti orang ramai;
b. Kemunculan parti yang berorientasikan politik terutamanya Sarekat Islam.
 Pada tahun 1909, hanya 10 ribu orang ahli. Pada tahun 1917, Budi Utomo mencadangkan
kerajaan berparlimen, sistem perundangan yang seragam dan pengecualian agama serta hak dan
peluang yang sama kepada seluruh rakyat Indonesia dalam ekonomi dan sosial. Pada tahun 1935,
Budi Utomo menyertai Persatuan Bangsa Indonesia untuk menubuhkan Parti Indonesia Raya
(PARINDRA).
2. Sarekat Islam
 September 1912
 Omar Said Tjokroaminato
 Haji Abbass Salim, Abdul Muis
 Terbuka kepada semua orang Islam.
 Dari segi politik, memperjuangkan berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. Dari segi ekonomi,
bertujuan untuk meninggikan taraf hidup rakyat Indonesia. Dari segi agama, bertujuan menyebarkan
ajaran Islam dan menyekat perkembangan ajaran Kristian.
 Pada mulanya sederhana tetapi menjadi radikal selepas penyertaan ISDV.
 Mendapat sokongan sehingga tahun 1920. Keanggotaan pada tahun 1912: 60 ribu orang; 1916:
366 ribu orang; 1917: 800 ribu orang dan 1919: 2.5 juta orang. Namun sokongan mulai merosot sejak
tahun 1920. Buktinya keanggotaannya telah merosot menjadi 12 ribu orang sahaja pada tahun 1928.
3. Indische Partij (Parti Nasional Hindia)
 September 1912
 E.F.E. Douwes Dekker
 Tjipto Mangoenkusomo, Ki Hadjar Dewantoro
 Terbuka kepada semua tetapi yang menyertai majoriti daripada orang Indo-Belanda.
 Untuk mencapai kemerdekaan penuh Indonesia dalam tempoh yang singkat dan jika perlu melalui
kekerasan.
 Radikal.
 Pada tahun 1913, ahlinya 1300 Indonesia dan 10000 orang Indo-Belanda. Tidak mencapai
kejayaan kerana parti ini diharamkan pada tahun 1913 dan pemimpinnya dibuang negeri ke Belanda.
4. Muhammadiah
 18 November 1912
 Kijai Haji Ahmad Dahlan
 Kijai Haji Rasul
 Terbuka kepada semua orang Islam tetapi yang menyertai majoriti terdiri daripada golongan
reformis yang terpengaruh dengan gerakan pembaharuan Islam di Timur Tengah.
 Untuk menyebarkan ajaran Islam sejati dan menyekat perkembangan agama Kristian serta
sekularisme Barat. Muhammadiah menjalankan kerja-kerja kebajikan serta pendidikan. Mereka
menguruskan masjid-masjid, sekolah-sekolah, perpustakaan dan klinik.
 Sederhana.
 Pada mulanya tidak mendapat sokongan kerana populariti Sarekat Islam. Sarekat Islam merosot
sejak tahun 1920-an telah menyebabkan perkembangan Muhammadiah. Pada tahun 1925 – 4000
ahli; 1930 – 24000 ahli; 1935 – 43000 ahli dan 1938 – 250000 ahli. Pada tahun 1938, Muhammadiah
menguruskan 834 masjid, 31 perpustakaan, 1774 sekolah dan mempunyai mubaligh seramai 7630
orang.
5. Indische Social Democratische Vereeniging (ISDV)
 5 Mei 1914
 Hendrick Sneevliet
 Bergsma, Brandstender, Semaun, Darsono
 Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
 Pada mulanya sosialisme, kemudiannya komunisme.
 Radikal.
 Tidak mendapat sokongan ramai. Pada tahun 1916, ISDV menyertai Sarekat Islam dan
bertanggungjawab membawa aliran radikal dan komunisme ke dalam Sarekat Islam. Pada tahun
1918, Hendrick Sneevliet dibuang negeri ke Belanda menyebabkan pimpinan ISDV jatuh ke tangan
Semaun dan Darsono.
6. Parti Komunis Indonesia (PKI)
 10 Oktober 1920
 Semaun
 Darsono, Alimin, Musso, Tan Malaka
 Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
 Komunisme serta pembentukan sebuah negara Komunis yang akan dikenali sebagai Republik
Komunis Soviet Indonesia.
 Radikal, militan dan revolusioner.
 Dasar anti-Belanda PKI menarik sokongan ramai. Di kawasan bandar, mereka menubuhkan
cawangan PKI dan di kawasan luar bandar, mereka menubuhkan Sarekat Islam Merah. Sejak tahun
1923 dikenali sebagai Sarekat Rakyat. Antara tahun 1923-1926, PKI menganjurkan permogokan bagi
melumpuhkan ekonomi dan politik supaya PKI mudah rampas kuasa. Pada tahun 1926-1927, PKI
menganjurkan pemberontakan di Jawa Barat dan Sumatera Tengah. Pihak Belanda berjaya
menghancurkan pemberontakan tersebut dan 13000 orang ditangkap. Beberapa orang dihukum
bunuh, 4500 dipenjarakan dan selebihnya dibebaskan. PKI diharamkan.
7. Nahdatul Ulama
 September 1926
 Kijai Hasjim Asjari
 Kijai Haji Abdul Wahab Hasbullah, Kajai Haji Bisri
 Anggota: terbula kepada semua orang Islam tetapi yang menyertai majoriti terdiri daripada ulama-
ulama luar bandar.
 Untuk menyebarkan ajaran Islam ortodoks dan menggalakkan pengikutnya mengikut salah satu
daripada 4 mazhab dalam Islam.
 Sederhana.
 Nahdatul Ulama menjalankan kerja-kerja kebajikan dan pendidikan. Mereka menguruskan masjid-
masjid, sekolah-sekolah ortodoks, membantu balu, anak yatim dan sebagainya. Parti ini terlibat dalam
perdagangan. Pada tahun 1942, terdapat 120 cawangan Nahdatul Ulama di Kalimantan dan Jawa.
8. Parti Nasional Indonesia (PNI)
 4 Jun 1927
 Sukarno
 Sartono, Hatta, Sjahrir, Anwari
 Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
 Untuk mencapai kemerdekaan melalui perpaduan seluruh rakyat Indonesia.
 Radikal dan mengamalkan dasar tidak kerjasama.
 PNI berusaha untuk mengukuhkan kesatuan sekerja, memajukan syarikat kerjasama dan
membantu pendidikan nasional. Program PNI dan ketokohan Sukarno telah menarik sokongan ramai.
Sejak tahun 1927, PNI telah mengambilalih kepimpinan gerakan nasionalisme Indonesia. Pada 17
Disember 1927, PNI telah berjaya mewujudkan satu gabungan nasionalis yang dikenali sebagai
Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI). Pada Mei 1929, PNI mempunyai
ahli seramai 10000 orang. Dasar anti-Belanda dan populariti PNI membimbangkan Belanda. Pada 24
Disember 1929, 7 orang pemimpin termasuk Sukarno ditangkap dan PNI diharamkan. Ahli-ahlinya
menyertai parti-parti lain yang wujud pada tahun 1930-an seperti Parti Rakyat Indonesia, Parti
Indonesia dan PNI Baru.
9. Parti Rakyat Indonesia (PRI)
 14 September 1930
 Muhammad Thabrani
 Raden Soetomo
 Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
 Untuk mencapai kemerdekaan Indonesia.
 Sederhana dan mengamalkan dasar kerjasama.
 Tidak dapat sokongan ramai kerana sikapnya yang sederhana sedangkan aliran nasionalisme
masa itu radikal.
10. Parti Indonesia (PARTIDO)
 April 1931
 Sartono
 Sukarno
 Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
 Sama dengan PNI.
 Radikal dan tidak kerjasama dengan Belanda.
 Pada Jun 1933, terdapat 20 ribu orang ahli. Pada Ogos 1933, PARTIDO diharamkan dan
pemimpinnya dipenjarakan.
11. Kelab Pendidikan Nasional Indonesia (PNI – Baru)
 Februari 1932
 Hatta
 Sjahrir
 Hanya terbuka kepada golongan intelek.
 Radikal dan tidak bekerjasama dengan Belanda.
 Tidak banyak mencapai kejayaan kerana diharamkan pada tahun 1934 dan pemimpinnya dibuang
ke Belanda.
12. Parti Indonesia Raya (PARINDRA)
 Mei 1935
 Raden Soetomo
 Muhammad Husni Thamrin
 Terbuka kepada semua rakyat Indonesia.
 Mencapai kemerdekaan Indonesia.
 Sederhana dan mengamalkan kerjasama dengan Belanda.
 Perkembangan: Parti ini memajukan Syarikat Kerjasama Petani, menubuhkan sebuah bank untuk
membekalkan kredit dengan syarat-syarat berpatutan, menubuhkan asrama untuk golongan pekerja
dan mengambil langkah untuk membasmi buta huruf. Parti ini dapat sokongan ramai akibat tindakan
Belanda yang menekan parti-parti radikal yang tidak bekerjama dengan Belanda tetapi membenarkan
kegiatan parti-parti sederhana yang bekerjasama dengan Belanda.
13. Gerakan Rakyat Indonesia (GERINDO)
 April 1937
 Amir Syarifuddin
 Muhammad Yamin
 Terbuka kepada semua rakyat.
 Untuk mencapai kemerdekaan Indonesia.
 Radikal dan pura-pura memberi kerjasama.
 GERINDO ditubuhkan selepas kegagalan Rayuan Suetardjo pada tahun 1937. Suetardjo
Kartohadikusomo, seorang ahli Volksraad, tidak puas hati denga diskriminasi Belanda dan
perkembangan perlembagaan yang lembap. Pada Julai 1936, beliau telah mengemukakan rayuan
untuk mengadakan satu persidangan Volksraad bagi membincangkan autonomi Indonesia dalam
Kesatuan Indonesia Belanda. Rayuan beliau diluluskan oleh Volksraad. Pada September 1936,
Kerajaan Belanda membatalkan kelulusan tersebut.
14. Gabungan Politik Indonesia (GAPI)
 Mei 1939
 Amir Syarifuddin dari GERINDO, Muhammad Husni Thamrin dari PARINDRA, Abi Kusno dari Parti
Sarekat Islam
 Anggota: anggota parti yang menyertai GAPI
 Perjuangan:
 Menuntut hak, menentukan nasib sendiri bagi Indonesia.
 Perpaduan nasional berdasarkan demokrasi politik, ekonomi dan sosial.
 Menuntut sebuah parlimen yang dipilih secara demokratik.
 Perpaduan erat Indonesia-Belanda bagi menghadapi ancaman Fascist Dunia.
 Perkembangan:
Pada Disember 1939, GAPI berjaya menganjurkan Kongres Rakyat Indonesia I di Jakarta yang
dihadiri oleh 90 pertubuhan nasionalis. Kongres tersebut mencapai beberapa persetujuan:
 Perpaduan di antara semua pertubuhan nasionalis dititikberatkan.
 Bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi.
 Bendera merah-putih sebagai bendera kebangsaan dan lagu “Indonesia Raya” sebagai lagu
kebangsaan.
15. Majlis Rakyat Indonesia
Kegagalan rayuan Wiwoho yang mengulangi rayuan Soetardjo untuk menuntut kuasa Indonesia telah
mengecewakan nasionalis-nasionalis. Pada 13 dan 14 September 1941, Kongres Rakyat Indonesia II
diadakan di Jogjakarta. Kongres tersebut telah mencapai keputusan untuk menubuhkan Majlis Rakyat
Indonesia yang akan diwakili oleh seluruh Indonesia. Walau bagaimanapun, majlis ini tidak mencapai
kejayaan akibat serangan Jepun sejak tahun 1942.

Sebab-sebab
1. Perbezaan ideologi
Perbezaan ideologi merupakan faktor utama yang mengakibatkan perpecahan dalam pergerakan
nasionalisme Indonesia 1908-1942. Dalam pergerakan nasionalisme, terdapat 3 aliran utama iaitu
Islam, Komunis dan sekular. Parti-parti seperti Sarekat Islam dan Muhammadiah memperjuangkan
pembaharuan Islam kerana terpengaruh dengan gerakan reformasi Islam di Timur Tengah yang
dipelopori oleh Muhammad Abdul. Parti-parti memperjuangkan Islam serta penubuhan negara yang
berlandaskan undang-undang Islam. Nahdatul Ulama yang dianggotai oleh ulama ortodoks
memperjuangkan Islam tradisional. Indische Partij dan ISDV memperjuangkan sosialisme serta
pembentukan negara sosialis. PKI pula memperjuangkan Komunisme serta pembentukan negara
Komunis yang dikenali sebagai Republik Komunis Soviet Indonesia. Parti-parti yang wujud sejak
tahun 1927 seperti PNI, PARTIDO dan PARINDRA memperjuangkan sekularisme. Parti-parti ini
mengamalkan pendekatan Indonesia Centric dan menolak perjuangan Islam serta Komunis.
Perbezaan ideologi memecahbelahkan gerakan nasionalisme Indonesia. Contoh yang jelas ialah
persaingan antara Komunis dan Islam telah mengakibatkan perpecahan Srekat Islam.
2. Bentuk perjuangan
Bentuk perjuangan/cara-cara mengusir Belanda berbeza antara parti-parti Indonesia. PKI
menggunakan taktik militan, radikal dan revolusioner. Pada tahun 1926-1927, PKI menganjurkan
pemberontakan di Jawa Barat dan Sumatera Tengah. Parti-parti radikal seperti PNI, PARTIDO, ISDV
dan sebagainya; parti-parti sederhana seperti GERINDO, PARINDRA, Nahdatul Ulama, Parti Rakyat
Indonesia dan sebagainya; parti yang mengamalkan dasar tidak kerjasama dengan Belanda seperti
PNI, PNI-Baru, PARTIDO dan sebagainya; parti yang mengamalkan dasar bekerjasama dengan
Belanda seperti PARINDRA. Walaupun corak perjuangan berbeza, tetapi matlamat parti-parti ini
adakan sama, iaitu mmperjuangkan kemerdekaan Indonesia.
3. Apa yang diperjuangkan
Apa yang diperjuangkan oleh setiap parti juga mengakibatkan perpecahan dalam pergerakan
nasionalisme Indonesia. Terdapat parti yang memperjuangkan kebudayaan dan pendidikan seperti
Budi Utomo. Terdapat juga parti yang hanya memperjuangkan Islam seperti Sarekat Islam,
Muhammadiah dan Nahdatul Ulama. PKI pula memperjuangkan ideologi Komunis manakala ISDV
memperjuangkan ideologi sosialisme pada peringkat awal. Terdapat juga parti-parti yang
memperjuangkan kepentingan dari segi politik misalnya ISDV, PKI dan Indische Partij. Malah, parti-
parti seperti PNI dan GAPI juga memperjuangkan kepentingan dari segi ekonomi dan sosial selain
dari politik.
4. Keanggotaan
Bukan semua parti terbuka kepada semua rakyat Indonesia. Terdapat parti-parti yang hanya terbuka
kepada golongan tertentu. Sebagai contoh, Budi Utomo terbuka kepada golongan intelek, pegawia
kerajaan dan bangsawan Jawa. Sarekat Islam, Muhammadiah dan Nahdatul Ulama pula terbuka
kepada golongan Islam. PNI-Baru pula terbuka kepada golongan intelek. Terdapat juga parti yang
terbuka kepada semua golongan lapisan masyarakat seperti PKI, PNI, PRI, PARIDRA, GERINDO.
5. Perbezaan etnik
Indonesia terdiri daripada 13667 buah pulau dengan 366 suku kaum. Perbezaan etnik juga
mengakibatkan perpecahan dalam gerakan nasionalisme Indonesia. Parti yang awal ditubuhkan iaitu
Budi Utomo dianggap sebagai Jawa Centric kerana parti ini hanya terbuka kepada golongan intelek,
pegawai kerajaan dan bangsawan Jawa. Antara lain, parti ini memperjuangkan kebudayaan dan
pendidikan Jawa. Penduduk-penduduk di pulau luar mahu mengekalkan identiti etnik dan
kebudayaan mereka. Mereka tidak mahu nasionalisme Indonesia dikuasai oleh orang Jawa. J.F. Cady
dalam bukunya “South East Asia: It’s Historical Development” menegaskan penduduk pulau luar
sememangnya anti Jawa sejak turun-temurun. Akibatnya, lahirnya pertubuhan tempatan seperti
Sarekat Ambun (1920), Sarekat Sunda (1914) dan Sarekat Sumatera (1918).
6. Konflik pemimpin
Konflik yang berlaku antara pemimpin mengakibatkan perpecahan nasionalisme Indonesia. Biasanya,
pengikut-pengikut akan mengikut tindakan pemimpin-pemimpin mereka. Sebagai contoh, konflik
antara Semaun dan Darsono dengan Haji Agoes Salim dan Abdul Muis telah menyebabkan
perpecahan dalam Sarekat Islam. Semaun dan Darsono serta penyokong mereka keluar dari Sarekat
Islam dan meneruskan perjuangan dalam PKI. Konflik antara pemimpin juga mengakibatkan
wujudnya parti-parti baru. Sebagai contoh, konflik antara Sukarno dan Hatta menyebabkan Hatta
menubuhkan Kelab Pendidikan Nasional Indonesia (PNI-Baru) manakala Sukarno menyertai
PARTIDO yang ditubuhkan oleh Sartono.
7. Dasar Belanda
Dasar Belanda yang tidak konsisten antara tahun 1908-1942 juga merupakan faktor yang
mengakibatkan perpecahan dalam nasionalisme Indonesia. Antara tahun 1904-1926, Belanda
bertoleransi terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. Langkah ini diambil selaras dengan
perlaksanaan Dasar Etika yang bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman pentadbiran
kepada rakyat Indonesia. Pemberontakan PKI 1926-1927 telah mengakibatkan penubuhan dasar
Belanda terhadap gerakan nasionalisme. Antara tahun 1927-1934, Belanda menekan parti-parti
politik. Selepas tahun 1934, dasar Belanda ialah menekan parti-parti radikal yang tidak bekerjasama
dengan Belanda tetapi membenarkan kegiatan parti-parti yang bekerjasama dengan Belanda.
8. Pengaruh luar
Pengaruh luar yang diterima oleh parti-parti Indonesia telah mencorak perjuangan mereka. Sarekat
Islam dan Muhammadiah mendapat pengaruh dari gerakan reformis Islam di Timur Tengah dan
Muhammad Abduh. Indische Partij dan ISDV pula mendapat pengaruh dari Parti Komunis Rusia. PNI
dapat pengaruh daripada perjuangan Kongres Kebangsaan India pemimpin Mahatma Gandhi,
terutamanya dasar tidak bekerjasama dengan penjajah.
9. Pendidikan pemimpin
Pendidikan yang diterima oleh pemimpin juga mencorakan parti mereka. Misalnya Abdul Muis dan
Kijai Ahmad Dahlan menerima pendidikan bercorak agama Islam. Maka perjuangan mereka lebih
cenderung ke arah Islam. Sementara Hatta dan Sukarno pula menerima pendidikan yang berbentuk
sekular. Oleh itu, perjuangan mereka lebih berbentuk sekularisme.

Kesan Pendudukan Jepun Terhadap Nasionalisme Indonesia

Pengenalan
Jepun mula menyerang Indonesia pada 14 Februari 1942 dan berjaya menguasainya pada 9 Mac
1942 apabila ketua turus tentera Berikat Leftenan Jeneral Ter Poorten menyerah kalah kepada
panglima tentera Jepun, Immamura Hitoshi. Selepas menguasai Indonesia, Jepun membahagikan
pentadbiran kepada 3 unit iaitu Sumatera, Jawa dan Madura, Kalimantan dan Indonesia Timur. Jepun
mengekalkan pentadbiran asas Belanda dan memerintah melalui elit-elit yang berpengaruh seperti
golongan priyayi di Jawa. Dalam menjalankan pentadbiran, Jepun mempunyai matlamatnya iaitu
menghapuskan pengaruh Barat di kalangan rakyat Indonesia dan mengeksploitasikan penduduk dan
sumber Indonesia untuk kepentingan negeri Jepun. Jepun memerintah Indonesia sehingga 15 Ogos
1945. Walaupun pendudukan Jepun berlangsung hanya 3 ½ tahun, tetapi ianya telah meninggalkan
pelbagai kesan terutamanya terhadap perkembangan nasionalisme Indonesia. J.M. Kahin dalam
bukunya “Nationalism dan Revolution In Indonesia” mendakwa pendudukan Jepun telah
mengukuhkan semangat nasionalisme dan mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan.

Kesan-kesan
1. Kekalahan Belanda
Kekalahan Beland begitu mudah telah menjatuhkan maruah Belanda, lebih-lebih lagi Belanda tidak
memperlihatkan semangat untuk menentang Jepun. Cara mereka diusir oleh Jepun dan cara orang
tawanan dilayan oleh Jepun telah menjatuhkan lagi maruah Belanda. Dalam tempoh 6 bulan selepas
menduduki Indonesia, semua orang Belanda yang masih berada di Indonesia telah dipenjarakan.
Kekalahan ini telah melenyapkan “mitos superioriti” yang dianggap kuasa Barat sukar dikalahkan.
Kekalahan Belanda juga menghilangkan keyakinan rakyat tempatan terhadap kebolehan Belanda
kerana Belanda gagal melindungi Indonesia. Perkembangan ini menyedarkan rakyat Indonesia
bahawa mereka juga mampu mengalahkan Belanda. Akibatnya, perasaan anti penjajah khususnya
anti-Belanda bertambah di kalangan rakyat Indonesia.
2. Pembebasan nasionalis
Selepas menguasai Indonesia, Jepun telah membebaskan nasionalis-nasionalis yang telah
dipenjarakan oleh Belanda. Antara mereka ialah Sukarno, Hatta, Shahrir, Amir Syarifuddin, Sartono
dan lain-lain lagi. Pembebasan nasionalis membolehkan perjuangan ke arah kemerdekaan diteruskan
sama ada melalui kerjasama dengan Jepun seperti Sukarno atau Hatta atau melalui gerakan bawah
tanah seperti Shahrir dan Amir Syarifuddin. Walaupun tindakan Jepun membebaskan nasionalis
bertujuan mendapat sokongan nasionalis dalam usaha untuk mengekal dan mengukuhkan
kedudukan Jepun tetapi langkah tersebut telah menguntungkan perjuangan nasionalisme Indonesia.
3. Kerjasama Jepun dengan nasionalis
Dalam menjalankan pentadbiran, Jepun bekerjasama dengan nasionalis dengan tujuan untuk
mendapat sokongan nasionalis dalam usaha untuk mengeksploitasikan penduduk serta sumber
Indonesia bagi kepentingan negeri Jepun. Nasionalis seperti Sukarno dan Hatta telah diberi
kebebasan bergerak dan berpidato ke seluruh Indonesia. Kesempatan ini digunakan oleh nasionalis
untuk menanamkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat Indonesia, khususnya perasaan anti
penjajah iaitu anti-Jepun dan anti-Belanda.
4. Peluang pentadbiran
Kekalahan Belanda telah meninggalkan kekosngan jawatan dalam pentadbiran. Oleh sebab Jepun
kekurangan pegawai pentadbir, maka rakyat Indonesia yang terpelajar telah dilantik memegang
jawatan-jawatan dalam pentadbiran. Pengalaman dalam pentadbiran telah memberi keyakinan diri
serta kesedaran terhadap kemampuan mereka untuk mentadbir negeri sendiri. Selain itu, terdapat
pegawai-pegawai Indonesia yang berselindung di sebalik jawatan mereka dalam memperjuangkan
nasionalisme Indonesia.
5. Bahasa, bendera dan lagu
Dalam usaha untuk menghapuskan pengaruh Barat, Jepun telah mengharamkan penggunaan
bahasa Barat khususnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Belanda. Penggunaan Bahasa Jepun
digalakkan. Oleh sebab Bahasa Jepun tidak difahami oleh kebanyakan rakyat Indonesia, maka
penggunaan Bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan dipertingkatkan. Langkah tersebut telah
mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat seluruh Indonesia. Tindakan Jepun membenarkan kibaran
bendera merah-putih sebagai bendera kebangsaan dan nyanyian lagu “Indonesia Raya” sebagai lagu
kebangsaan telah mengukuhkan lagu semangat nasionalisme rakyat Indoensia.
6. Penderitaan
Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan kepada rakyat Indonesia terutamanya
golongan petani. Semasa pendudukan Jepun, rakyat Indonesia menghadapi kebuluran barangan
pengguna, penyakit, inflasi, kezaliman Jepun dan sebagainya. Petani Indonesia telah dipaksa
menjual padi mereka kepada pihak Jepun dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasaran.
Semasa pendudukan Jepun, ramai rakyat Indonesia dijadikan buruh paksa. Sekurang-kurangnya 200
ribu orang buruh paksa dihantar ke sempadan Siam-Myanmar dan New Guinea. Kekurangan
makanan dan penyakit telah menyebabkan ramai buruh paksa meninggal dunia. Ekonomi Indonesia
mengalami kemelesetan. Peredaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan barangan
pengguna telah mengakibatkan berlakunya inflasi. Pada tahun 1945, nilai mata wang Jepun hanya
2.5% nilai mukanya. Eksport Indonesia mengalami kemerosotan kerana terputus dengan pasaran
antarabangsa. Jepun mengharamkan eksport kecuali ke negeri Jepun. Pengeluaran hasil juga
semakin merosot semasa pendudukan Jepun. Sebagai contoh, pengeluaran getah tahun 1943 hanya
1/3 pengeluaran tahun 1941. Pengeluaran teh pada tahun 1943 hanya 1/3 pengeluaran tahun 1941.
Pada mulanya kedatangan Jepun dianggap sebagai kedatangan pembebas yang akan
membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda. Apa yang berlaku sebenarnya ialah
penjajahan Belanda di gantikan dengan penjajahan Jepun. Malah penjajahan Jepun lebih kejam
daripada penjajahan Belanda terutamanya kezaliman polis rahsia Jepun Kempetai, Tekkikan dan
Toko. Perkembangan ini menjejaskan rakyat Indonesia untuk bangun menghapuskan semula bentuk
penjajahan mereka sama ada penjajahan Barat ataupu Timur. Kezaliman Jepun dan kemerosotan
taraf hidup telah menguatkan keazaman rakyat Indonesia untuk bangun memperjuangkan
kemerdekaan.
7. Anti-Belanda
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan bertambahnya perasaan anti-Belanda di kalangan rakyat
Indonesia. Buktinya rakyat Indonesia telah menentang pemerintahan semula Belanda selepas
kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945. Selama 5 tahun berlaku revolusi iaitu kebangkitan Indonesia
menentang Belanda.
8. Janji Jepun
Pada 7 September 1944, Perdana Menteri Jepun Koiso telah berjanji akan memberi kemerdekaan
kepada Indonesia pada tempoh yang singkat. Janji Jepun telah menambahkan lagi semangat
nasionalisme kerana sebelumnya Belanda tidak pernah berjanji akan memberi kemerdekaan kepada
rakyat Indonesia. Pada 1 Mac 1945, Badan Penyelidikan Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia
(BPUPKI) ditubuhkan untuk merancang kemerdekaan Indonesia. Pada 1 Jun 1945, Sukarno telah
menyampaikan pidatonya kepada badan-badan ini dan pidato tersebut mengandungi 5 pancasila iaitu
nasionalisme, internasionalisme, demokrasi, keadilan sosial dan ketuhanan. Pada 7 Ogos 1945,
Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia ditubuhkan bagi menggantikan BPUPKI. Pada 8
Ogos 1945, Sukarno dan Hatta telah berangkat ke Saigon untuk merundingkan kemerdekaan
Indonesia dengan panglima tentera Jepun bagi Asia Tenggara – Marshall Terauchi. Pada 11 Ogos
1945, Jepun bersetuju memberi kemerdekaan kepada Indonesia pada 24 Ogos 1945. Perkembangan
ini sudah tenti memberi sumbangan terhadap perkembangan nasionalisme Indonesia.
9. Pertubuhan
Pertubuhan-pertubuhan yang wujud semasa pendudukan Jepun telah beri sumbangan terhadap
perkembangan nasionalisme Indonesia.
a. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
PUTERA ditubuhkan pada 9 Mac 1943. PUTERA dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden dan Hatta
sebagai Timbalan Presiden. PUTERA merupakan gabungan nasionalis Indonesia. Jepun
menubuhkan PUTERA dengan tujuan untuk mengawal nasionalis supaya tidak menjalankan kegiatan
anti-Jepun. Walau bagaiamanapun, penubuhannya telah mewujudkan perpaduan di kalangan
nasionalis dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. G.M. Kakin dalam bukunya “Nationalism
and Revolution In Indonesia” mendakwa penubuhan PUTERA telah menambahkan kesedaran politik
dan mengukuhkan keazaman rakyat Indonesia untuk capai kemerdekaan.
b. PETA
Tentera Sukarela Pembela Tanahair (PETA) ditubuhkan pada September 1943. PETA dipimpin oleh
pegawai-pegawai Indonesia tetapi menerima latihan tentera daripada pihak Jepun. Jepun
menubuhkan PETA dengan tujuan menggunakan anggota PETA bagi menentang kemaraan tentera
Berikat kerana Jepun menyedari kekuatan tenteranya tidak mencukupi untuk mempertahankan
Indonesua. Menjelang Jun 1945, terdapat 120 ribu anggota PETA. Mereka telah menjadi tulang
belakang Tentera Revolusi Indonesia yang menentang pemerintahan semula selepas kekalahan
Jepun pada 15 Ogos 1945. Anggota-anggota PETA telah ditanam semangat anti penjajahan
khususnya anti-Belanda dan Jepun akibat propaganda nasionalis-nasionalis.
c. Pertubuhan Belia dan Pelajar
Dalam usaha untuk mengawal belia-belia serta pelajar-pelajar daripada menjalankan kegiatan anti-
Jepun, beberapa pertubuhan belia dan pelajar telah ditubuhkan oleh pihak Jepun. Antaranya ialah
Seinendan, Gakutotai, Barisan Pelopor dan Angkatan Muda. Belia-belia dan pelajar-pelajar dalam
pertubuhan-pertubuhan telah diberi Indoktrinasi politik dan latihan tentera. Pada September 1944,
Jepun menubuhkan Asrama Indonesia mereka di Jakarta dan Surabayau. Nasionalis-nasionalis
seperti Sukarno dan Hatta telah dijemput untuk memberi ceramah kepada pelajar-pelajar Asrama
Indonesia merdeka serta ahli-ahli Pertubuhan Belia dan Pelajar. Kesempatan ini digunakan oleh
nasionalis-nasionalis untuk menanamkan semangat nasionalisme di kalangan belia dan pelajar.
d. Masjumi
Majlis Seluruh Muslimin Indonesia (Masjumi) telah ditubuhkan pada Oktober 1943. Masjumi
merupakan gabungan badan-badan Islam seperti Muhammadiah, Nahdatul Ulama dan Parti Sarekat
Islam. Jepun menubuhkan Masjumi dengan tujuan untuk dapat sokongan orang-orang Islam serta
menyebarkan semangat anti-Belanda di kalangan rakyat Indonesia melalui agama. Di bawah
Masjumi, Jepun berjanji akan bantu orang-orang Islam menunaikan fardu Haji, mencetak al-Quran,
mendirikan universiti Islam dan sebagainya. Penubuhan Masjumi mewujudkan perpaduan di kalangan
rakyat Indonesia lebih-lebih lagi majoriti rakyat Indonesia terdiri daripada orang Islam.

Kesimpulan
Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 berikutan dengan peristiwa pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki. Nasionalis-nasionalis muda seperti Adam Malik, Pandu Wiguine dan Chairil Salleh
bimbang Belanda yang akan kembali memerintah Indonesia tidak akan mengiktiraf kemerdekaan
yang telah dipersetujui oleh Jepun. Akibatnya, mereka telah “menculik” Sukarno dan mendakwa
beliau mengisytiharkan kemerdekaan di Rengas Dengkelok pada 17 Ogos 1945. Belanda yang
kembali memerintah Indonesia tidak mengiktiraf kemerdekaan tersebut. Akibatnya berlaku zaman
revolusi iaitu kebangkitan rakyat Indonesia menentang Belanda hampir 5 tahun. Campur tangan PBB
telah memaksa Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia pada 27 Disember 1949.
Perjuangan Kemerdekaan Indonesia
Setelah Jepun menyerahkan dan meninggalkan Indonesia, pada 29 September 1945, tentera
British di bawah perintah Jeneral Christison mendarat di Jakarta. Pasukan itu merupakan unit
pertama mewakili tentera berikat terutamanya bagi pihak Belanda. Tujuan unit tersebut ialah untuk
membantu pentadbir-pentadbir Belanda bagi memulihkan pemerintahan Belanda di Indonesia. Tidak
lama selepas mendarat, ia diikuti oleh unit tentera Belanda.
Sementara itu pihak Belanda telah cuba mengadakan perundingan dengan Republik
Indonesia pimpinan Sukarno. Dr. Van Mook sebagai wakil Kerajaan Belanda tidak menerima Sukarno
sebagai wakil Indonesia kerana dianggap bersuhabat dengan Jepun. Sebagai jalan tengah maka
Sutan Shahrir yang disifat lebih sederhana ditugaskan berunding dengan pihak Belanda. Perundingan
menghadapi jalan buntu kerana Sutan Shahrir menuntut supaya pihak Belanda mengiktiraf Republik
Indonesia.
Kemaraan tentera British telah disalahertikan oleh orang Indonesia akibatnya tentera British
menerima tentangan. Apabila tentera Belanda pula mengambil bahagian menyebabkan orang
Indonesia mengambil keputusan akan menentang tentera British dan Belanda demi mempertahankan
kemerdekaan Indonesia yang telah diumumkan itu. Dengan penentangan itu, maka bermula Zaman
Revolusi Indonesia.
Pada awal Oktober 1945, berlaku pertempuran yang sengit antara tentera British dengan
tentera revolusi. Pemerintah tentera British iaitu Jeneral Mallaby telah terkorban setelah berjaya
menduduki Surabaya. Kematian Jeneral Mallaby merupakan satu tamparan hebat kepada Inggeris.
Tentera British menghadapi tindak balas dari tentera Revolusi Indonesia. Hanya dengan campur
tangan Sukarno, kemusnahan yang lebih buruk yang mungkin dihadapi oleh tentera British dapat
dielakkan. Pihak Inggeris sedar selama ini mereka menerima keterangan yang tidak betul mengenai
kedudukan Indonesia. Apa yang dilihat bahawa seluruh rakyat Indonesia bersama-sama dengan
kerajaan dan turut berjuang dalam revolusi walaupun mereka kekurangan dalam serba-serbi.
Sebelum tercebur lebih jauh dalam revolusi Indonesia maka tentera British akan ditarik keluar dari
Indonesia yang dijadualkan pada 10 November 1946.
Republik Indonesia pimpinan Sukarno terus berusaha agar perundingan dapat diadakan
dengan Belanda supaya dihentikan pertempuran yang menumpahkan darah. Oleh itu, Sutan Shahrir
sebagai Perdana Menteri terus mengadakan perbincangan dengan Van Mook kemudian dengan
Kerajaan Belanda di Holland. Dalam bulan April 1946, perundingan itu gagal kerana Sutan Shahrir
tidak dapat menerima syarat Belanda yang hanya mengakui kekuasaan Republik Indonesia ke atas
Jawa dan Madura.
Repulik Indonesia ketika ini dalam keadaan tidak mentap kerana selain tidak mendapat
pengiktirafan Belanda juga disebabkan oleh ancaman dari pertubuhan-pertubuhan yang tidak begitu
bersetuju dengan sikap republik yang mengadakan perundingan dengan Belanda. Dalam bulan Jun
1946, golongan komunis pimpinan Tan Malaka telah melakukan satu percubaan rampasan kuasa.
Mereka telah mencuba menculik Shahrir dan beberapa rakannya yang lain. Percubaan Tan Malaka itu
telah dipatahkan oleh republik. Selain komunis terdapat pula pertubuhan persatuan perjuangan,
gabungan beberapa buah parti politik, turut menentang tindakan republik itu.
Sebelum tentera British meninggalkan Indonesia satu perjanjian telah ditandatangani antara
Republik Indonesia dengan Belanda pada 15 November 1946, dinamakan Perjanjian Ligardjati.
Antara syarat-syarat perjanjian ialah:
1. Belanda mengakui Repulik Indonesia sebagai kuasa de facto di daerah Madura, Jawa dan
Sumatera.
2. Pembentukan Republik Persekutuan Negeri-negeri Bersatu Indonesia yang merangkumi Hindia
Timur Belanda.
3. Republik Indonesia dikehendaki bersama-sama dengan negeri Belanda dan negeri lain jajahan
Belanda di Laut Caribean menjadi satu pakatan dengan memakai nama Persatuan Indonesia
Belanda.
4. Pemulangan semula harta-benda Belanda kepada yang punya.
Selain perkra-perkara di atas, terdapat beberapa perkara yang lain dipersetujui antara dua
pihak. Antaranya negara baru Republik Indonesia hendaklah membuat jaminan kepada pelabur-
pelabur Belanda di Indonesia dan kaki tangan Belanda, terus mengadakan hubungan baik dengan
negeri Belanda dan mengambil alih hutang-hutang Belanda yang berjumlah 4300 juta guilders. Dari
jumlah itu, 1291 juta merupakan hutang luar negeri yang mesti dibayar dengan mata wang asing.
Tidak lama selepas itu iaitu pada bulan Disember 1946, pemerintah Belanda menubuhkan
satu negara “Persekutuan” yang menyatukan wilayah-wilayah Timur termasuk Bali dan Sulawesi.
Perjanjian Linggardjati telah menjejaskan kedudukan Perdana Menteri Shahrir yang menerima
perjanjian itu. Hal ini disebabkan oleh perjanjian itu tidak mendapat persetujuan penuh dari orang
Indonesia malah mendapat tentangan hebat dari Parti Masjumi, PNI dan golongan komunis. Selain
itu, pihak Belanda sendiri telah mengenakan tekanan-tekanan politik dan tuntutan-tuntutan yang
sukar untuk dilaksanakan oleh Shahrir. Oleh sebab masalah-masalah tersebut menyebabkan Shahrir
meletakkan jawatan dan dengan ini memberi peluang kepada Amir Syarifuddin menjadi Perdana
Menteri dan membentuk kabinet pada 3 Julai 1947.
Kabinet Amir juga tidak dapat bertahan lama kerana adanya tentangan dari Parti Masjumi dan
menghadapi banyak krisis terutama dengan Belanda. Keadaan ini akhirnya melemahkan kedudukan
Amir sendiri. Ketika ini hubungan Belanda-Republik Indonesia dalam keadaan genting terutama sifat
Sukarno yang tidak percaya kepada janji-janji Belanda. Oleh sebab dipengaruhi oleh perasaan
bimbang menyebabkan pada Julai 1947 pihak Belanda telah melancarkan “Tindakan Tentera”
terhadap Republik Indonesia yang telah menampakkan sikap tidak mahu bekerjasama. Pihak
Belanda memberi alasan bahawa tindakannya itu disebabkan adanya ancaman komunis dan
keadaan kacau-bilau dalam negeri. Belanda telah berjaya menawan bahagian Barat dan Timur Jawa
serta bahagian Timur dan Selatan Sumatera yang kaya dengan minyak.
Tindakan tentera oleh Belanda telah mendapat perhatian antarabangsa. Oleh sebab itu, pada
Ogos 1947, Majlis Keselamatan PBB telah mengesyorkan satu gejatan senjata. Seterusnya atas dya
usaha Belgium, Australia dan Amerika Syarikat telah diadakan perundingan antara Republik
Indonesia dengan Belanda pada 17 Januari 1948 di atas kapal perang Amerika bernama Renville.
Wakil Belgium telah diamanahkan mewakili pihak Belanda sementara wakil Australia mewakili
Republik Indonesia. Mengikut perjanjian tersebut, Republik Indonesia hanya dihadkan kepada Jawa
Tengah dan beberapa bahagian Sumatera. Belanda dan Republik Indonesia bersetuju bekerjasama
dengan kerajaan-kerajaan lain di Indonesia iaitu Persekutuan Negeri-negeri Bersatu.
Seperti Perjanjian Linggardjati, perjanjian yang baru itu juga tidak memberi apa-apa erti
kepada Indonesia. Pihak “Persekutuan” tetap menentang Republik Indonesia kerana mereka bimbang
orang Jawa yang merupakan setengah dari jumlah penduduk seluruh Indonesia, akan lebih berkuasa.
Pihak Belanda yang mengetahui hal ini terus menakut-nakutkan pihak “Persekutuan” akan keburukan
yang akan diterima jika mereka bersatu atau bekerjasama dengan pihak republik. Belanda memang
mencari jalan untuk memecahkan perpaduan di kalangan orang Indonesia.
Bagi pihak Belanda halangan besar ialah pihak Republik. Belanda sedar bahawa mereka
tidak akan dapat kerjasama dan tolak ansur dari Sukarno dan pemimpin nasionalis yang lain terutama
dari golongan komunis. Keadaan ini mempengaruhi pihak Belanda bersiap sedia untuk melancarkan
tindakan tentera sekali lagi.
Ketika ini pemimpin PKI secara sulit telah merancang untuk mengadakan satu revolusi yang
bertujuan untuk menumbangkan Perdana Menteri Muhammad Hatta. Mereka menentang Hatta
kerana beliau cuba melaksanakan persetujuan yang telah dicapai dalam Perjanjian Renville terutama
mengenai pengunduran tentera Republik Indonesi dari kawasan Belanda. Hatta cuba mengadakan
perundingan dengan Fronk Demokratik Rakyat (FDR) pimpinan Amir yang terdiri daripada anggota
PKI dan sosialis tetapi gagal.
Akhirnya pada 18 September 1948, meletus pemberontakan komunis di Mediun tetapi
pemberontakan ini dapat dipatahkan oleh Hatta. Beberapa pemimpin termasuk Musso telah terbunuh.
Peristiwa percubaan pihak komunis untuk merampas kuasa telah mempengaruhi pihak Belanda
melancarkan “Tindakan Tentera II” pada bulan Disember 1948. Belanda telah membatalkan Perjanjian
Renville. Sukarno dan pemimpin Republik Indonesia yang lain telah ditangkap dan menawan
beberapa wilayah Republik. Tetapi Syarifuddin Prawinegoro telah berjaya melarikan diri lalu
menubuhkan Pemerintahan Darurat Republik Indonesia berpusat di Sumatera.
Tindakan Tentera oleh Belanda sekali lagi tidak disetujui oleh dunia malah India dan Australia
menganggap tindakan Belanda itu satu perkara yang berat. Kedua-dua negara tersebut telah
menyeru kepada Setiausaha Agung PBB supaya campur tangan. Dengan adanya tekanan
antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat menyebabkan Belanda menghentikan tindakan
tenteranya. Pada bulan Mei 1949, persetujuan dicapai antara Belanda dan Indonesia. Kerajaan
Belanda bersetuju membebaskan pemimpin Indonesia dan ini membolehkan Sukarno dan Hatta
berkuasa semula menjelang bulan Julai 1949.
Kemudian satu perundingan antara pihak Republik Indonesia dan Negara Persekutuan
diadakan dalam bulan Julai dan Ogos. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju terhadap
pembentukan sebuah negara Persekutuan Negara-negara Bersatu.
Di samping itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan yang dianggotai oleh wakil-wakil dari
Australia, Belgium dan Amerika Syarikat. Jawatankuasa tersebut telah berjaya mengatur satu
persidangan antara Indonesia dengan Belanda di Hague, ibu negeri Belanda, pada 2 Disember 1949.
Satu perjanjian telah ditandatangani dan antara syarat-syarat perjanjian ialah:
1. Penyerahan kuasa sepenuhnya dari Kerajaan Belanda kepada Kerajaan Indonesia yang baru akan
dilaksanakan sebelum akhir tahun 1949.
2. Penyerahan kuasa itu tidak termasuk wilayah Irian Barat. Perkara ini akan dibincangkan semula
dalam jangka waktu satu tahun.
3. Kerajaan Belanda dan Negara Persekutuan bersetuju bekerjasma di dalam Persatuan Indonesia
Belanda dan Kerajaan Indonesia bersetuju memikul segala hutang piutang Kerajaan Hindia Belanda.
4. Pihak Belanda dibenarkan menjalankan kepentingan-kepentingan ekonomi yang mereka punya di
Indonesia.
Pada 27 Disember 1949, berlangsung upacara pemindahan kuasa di istana diraja di
Amsterdam, negeri Belanda. Negeri Belanda diwakili oleh Queen dan Perdana Menteri. Republik
Indonesia diwakili oleh Perdana Menteri Hatta dan Negara Persekutuan diwakili oleh Sultan Abdul
Hamid (Sultan Pontianak).
Hasil dari Perjanjian Hague itu maka lahirlah dengan rasminya negara yang berdaulat dan
merdeka iaitu Republik Persekutuan Negeri-negeri Bersekutu Indonesia yang merangkumi seluruh
wilayah Indonesia kecuali Irian Barat. Sukarno telah dilantik menjadi Presiden sementara Hatta
sebagai Naib Presiden.
Sungguhpun Indonesia telah merdeka namun politik dalam negeri belum lagi stabil sebab
adanya curiga antara golongan republik dan persekutuan. Dalam bulan Jun 1950, seorang pegawai
Belanda iaitu Westerling telah cuba menggulingkan Kerajaan Indonesia dengan menakluki Selatan
Bandung. Percubaan itu dapat dipatahkan dan beliau melarikan diri ke Singapura. Sultan Abdul
Hamid pula terlibat dalam komplot untuk membunuh Sukarno dan pemimpin Indonesia, dan baginda
ditangkap dan negaranya disatukan dengan republik.
Tentangan dan percubaan Sukarno untuk menguasai negara-negara persekutuan telah
menimbulkan tentangan. Tindakan itu telah mencetuskan pemberontakan di Jawa Barat, Sulawesi
Selatan dan Maluku. Sungguhpun demikian, akhirnya satu persetujuan telah dicapai untuk
membentuk negara Republik Indonesia yang tunggal. Pada 17 Ogos 1950, Presiden Sukarno telah
mengisytiharkan wujudnya sebuah negara tunggal Republik Indonesia.

FILIPINA

Penerimaan dan Pengubahsuaian di Filipina

Pengenalan
Kuasa Sepanyol telah mengusai Kepulauan Filipina sejak lebih kurang abad ke-14 lagi. Seperti kuasa
barat lain, pihak Sepanyol juga mengadakan beberapa pengubahsuaian sama ada dari segi
pentadbiran, sosial ataupun ekonomi.

Dari segi pentadbiran


Dari segi pentadbiran, orang Sepanyol telah memperkenalkan corak pentadbiran oligarki. Pada masa
ini, golongan paderi juga berkuasa dalam pentadbiran. Pentadbiran di Filipina diketuai oleh Gabenor
Jeneral Adelantadol. Beliau dikawal oleh 2 badan iaitu Audiencia dan Residencia (mahkamah
penyiasat). Beliau dibantu oleh Alcade Mayor iaitu Ketua Datuk Bandar. Alcade Mayor ini berkuasa
dalam kerajaan tempatan dan wilayah. Visitadar pula bertanggungjawab menjaga hal-ehwal jajahan.
Setiap jajahan ini dibahagikan kepada Puebla iaitu bandar dan diletakkan di bawah gabenor kecil
dengan memakai gelaran Gabenodorcilla. Beliau bertanggungjawab dalam menjaga bandar dan
menjadi hakim besar. Di bawah bandar adanya kampung Barangay yang diketuai oleh seorang Datu.
Jawatan-jawatan rendah yang lain pula dipegang oleh ketua-ketua tempatan.

Dari segi ekonomi


Pihak imperialis Sepanyol mengamalkan sistem polo dan bandula (kerah dan serah) di Filipina.
Dalam perdagangan galian, hanya kerajaan sahaja yang boleh mengambil bahagian. Bagi kegiatan
pertanian, ia dijalankan untuk tujuan perdagangan eksport. Tanaman yang ditanam adalah seperti
tebu, kopi, kapas, teh, tembakau, indigo dan sebagainya. Perusahaan turut dimajukan oleh pihak
Sepanyol.

Dari segi sosial


Pihak Sepanyol mementingkan aspek pendidikan. Pada peringkat awal, Bahasa Tagalog digunakan,
kemudiannya Bahasa Sepanyol dipraktiskan dalam pelajaran. Kebanyakan pelajar-pelajar di Filipina
terdiri daripada golongan aristokrat.

THAILAND
Mongkut

Pengenalan
Somdeth Phra Paraminda Maha Mongkut atau Phra Chom Klau lebih dikenali sebagai Mongkut
adalah putera yang ke-43 Raja Rama II yang dilahirkan pada 18 Oktober 1804. Apabila saudaranya
putera Jeetha dilantik sebagai Raja Rama III pada tahun 1824, Mongkut menjadi sami selama 27
tahun dari tahun 1824 hingga 1851. Pengalaman baginda sebagai seorang sami telah membolehkan
baginda mengetahui kehidupan rakyatnya serta Tamadun Barat. Pergaulannya dengan mubaligh-
mubaligh Barat seperti Bishop Pallegoire, Reverend Caswel, Reverend Bradley dan Dr. House telah
membolehkan baginda mempelajari ilmu-ilmu Barat seperti Fizik, Kimia, Geografi, Matematik,
Astronomi, Bahasa Latin, Bahasa Inggeris serta sistem kerajaan negara-negara Barat. Mongkut
merupakan Raja Asia pertama yang dapat menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris. Apabila
Raja Rama III mangkat, Mongkut dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851.

Pembaharuan
Mongkut menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi menyelamatkan
kemerdekaan Siam. Baginda juga sedar Siam perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan politik
di Asia Tenggara agar kemerdekaan Siam dapat dikekalkan. Mongkut juga perlu membuktikan Siam
merupakan negara progresif dan liberal bagi mengurangkan campur tangan asing dalam hal-ehwal
Siam. Pembaharuan berdasarkan idea Barat juga dapat meninggikan taraf hidup rakyat Siam. Oleh
itu, Mongkut telah mengadakan beberapa pembaharuan dalam politik, ekonomi dan sosial.
1. Politik
Mongkut manaiki takhta semasa kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba dapatkan tanah jajahan di Asia
Tenggara. Sebagai contoh, British di Myanmar dan Tanah Melayu, Perancis di Indo-China, Sepanyol
di Filipina dan Belanda di Indonesia. Mongkut menyedari kuasa-kuasa Barat lebih superior daripada
kuasa-kuasa Timur. Pengalaman Myanmar, China dan Vietnam menyedarkan Mongkut akibat buruk
sekiranya kuasa Timur cuba menentang kuasa Barat. Oleh itu, Mongkut telah mengambil beberapa
langkah dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara bagi
menjamin kemerdekaan Siam. Baginda telah melaksanakan beberapa pembaharuan politik
terutamanya dalam hubungan Siam dengan kuasa-kuasa Barat. Mongkut telah menamatkan dasar
isolasi (tutup pintu) yang diamalkan oleh raja-raja Siam sebelumnya. Sebaliknya, baginda
melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat terutamanya pedagang-pedagang. Orang
Barat dibenarkan berdagang di Siam dengan diberi pelbagai keistimewaan. Mongkut mengambil
langkah ini kerana baginda menyedari sekiranya Siam meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat
akan membuka Siam secara paksa seperti yang berlaku di China, Myanmar dan Vietnam. Mongkut
mula menerima perwakilan asing yang dihantar ke Siam. Sebagai contoh, perwakilan British yang
diwakili oleh Harry Parkes dan James Brooke dan perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph
Ballestier. Selain itu, Mongkut juga menghantar perwakilan Siam ke negara-negara Barat. Sebagai
contoh, pada Ogos 1857, satu perwakilan Siam yang diketuai oleh Chao Phraya Mantri Sri
Suryawongse telah dihantar ke England.
Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat,
Mongkut telah menandatangani beberapa perjanjian dengan mereka. Perjanjian
pertama ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai
Perjanjian Bowring. Seterusnya, Siam menandatangani perjanjian dengan Amerika
pada tahun 1856, Perancis 1856, Denmark 1858, Portugis 1859, Holand 1860,
Prussia 1862, Belgium, Norway, Itali, Sweden 1868. Mengikut perjanjian-perjanjian
tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di Siam. Selain
kebenaran berdagang, mereka dibenarkan mendirikan konsul, mendapat hal wilayah
asingan, menyebar agama Kristian, membeli/menyewa tanah di sekitar Bangkok,
berlabuh di semua pelabuhan Siam dan sebagainya.
Untuk menyusun semula pentadbiran Siam mengikut sistem pentadbiran
Barat, Mongkut telah mengambil 80 orang pegawai Barat. Mongkut mengambil
pegawai-pegawai negara Barat dan ditempatkan di pelbagai jabatan. Secara
umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan hal-hal pendidikan, kewangan,
polis dan pelabuhan, Amerika dalam perkhidmatan kastam, Perancis serta Itali
dalam ketenteraan. Mongkut mengambil pegawai-pegawai dari pelbagai negara
Barat supaya tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh terlalu kuat di
Siam. Akibatnya pegawai yang banyak memberi sumbangan semasa pemerintahan
Mongkut ialah Anna Leonowens, Robert Marrant dan Major Gerini.
Mongkut banyak bertolak ansur dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa
Barat. Walaupun tolak ansur tersebut merugikan Siam tetapi tindakan Mongkut telah
menyelamatkan kemerdekaan Siam. Sebagai contoh, bagi mengelakkan perbalahan
dengan Perancis, Mongkut sanggup menandatangani Perjanjian Siam-Perancis
pada 15 Julai 1867 yang menyerahkan pertuanan Siam ke atas Kampuchea kepada
Perancis. Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda sedar Siam perlu
menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin
kemerdekaan Siam. Pengalaman Myanmar, Vietnam dan China mengajar Mongkut
supaya lebih banyak bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Dasar tolak anasur
Mongkut telah diikuti oleh raja-raja Siam selepasnya terutamanya Chulalongkorn
yang dilantik sebagai Raja Rama V pada 1 Oktober 1868.
2. Ekonomi
Dasar buka pintu dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani telah memajukan ekonomi Siam.
Kedatangan orang Barat telah membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa. D.J. Steinberg
dalam bukunya “In Search of South East Asia” menegaskan bilangan kapal dagangan yang berlabuh
di Siam telah meningkat 10 kali ganda semasa pemerintahan Mongkut. Raja Syamananda dalam
bukunya “A History of Thailand” mendakwa pada tahun 1852, hanya terdapat 3 orang pedagang
Eropah di Bangkok tetapi pada tahun 1856, 200 buah kapal dagangan asing berlabuh di Siam.
Perkembangan ekonomi telah meruntuhkan sistem ekonomi sara diri dan membawa kepada
wujudnya sistem ekonomi komersil. Selain itu, sistem ekonomi tukar barang telah digantikan sengan
sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati menjadi eksport utama Siam. Eksport beras yang
selama ini disekat telah dibenarkan oleh Mongkut. Gula yang menjadi eksport utama Siam ke Eropah
telah meningkat 2 kali ganda dari segi pengeluaran dan kawasan tanaman menjelang tahun 1865.
Selain itu, nilai import terutamanya tekstil juga telah meningkat. Perkembangan ekonomi berlaku
akibat daripada penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport 5%. Dalam tempoh yang
singkat, Siam telah menikmati imbangan perdagangan yang memuaskan. Sebagai contoh, eksport
Siam bernilai 5.5 juta bath pada tahun 1850 telah meningkat 11 juta bath pada tahun 1870. Manakala
nilai import yang berjumlah 4.3 baht pada tahun 1850 telah meningkat 8 juta bath pada tahun 1870.
Anna Leonawens dalam bukunya “The English Governess at the Siamese Court” menegaskan
pedagang-pedagang Barat berkerumum ke Bangkok untuk mendirikan kilang beras, gula dan kayu.
Dalam usaha untuk menyusun semula sistem kewangan Siam mengikut
sistem kewangan Barat, Mongkut telah menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861.
pegawai-pegawai Barat terutamanya British telah diberi tugas untuk menguruskan
Royal Mint.untuk kepentingan ekonomi, Mongkut telah membina jalan raya,
jambatan dan terusan terutamanya untuk menghubungkan kawasan pengeluaran
pertanian dengan Menam Chao Phraya. Empat terusan utama yang
menghubungkan wilayah-wilayah telah dibina semasa pemerintahan Mongkut. Jalan
raya utama di Bangkok yang dikenali sebagai Charun Krung telah dibina pada tahun
1862.
3. Sosial
a. Pelajaran
Mongkut telah memperkenalkan pelajaran Barat terutamanya bahasa-bahasa Eropah dan ilmu sains.
Guru-guru dari Barat terutamanya British diberi tugas untuk melaksanakan pelajaran Barat di Siam.
Pelajaran Barat hanya diadakan di istana dan hanya terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan
terutamanya anak-anak raja. Antara guru yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan
pelajaran Barat di Siam ialah Anna Leonawens dan Robert Warrant. Antara anak raja yang dapat
pelajaran Barat dari mereka ialah Chulalongkorn yang dilantik menjadi Raja Rama V pada 1 Oktober
1868.
b. Buruh paksa, hamba, wanita dan kanak-kanak
Mongkut telah berusaha menghapuskan sistem buruh paksa yang dikenali sebagai “Corvee” dan
digantikan dengan sistem buruh bergaji. Mongkut gagal menghapuskan sistem penghambaan di
Siam. Walau bagaimanapun, baginda berjaya memperbaiki kehidupan hamba-hamba di mana
undang-undang dikeluarkan melarang penyeksaan ke atas hamba-hamba. Mongkut juga berusaha
meninggikan taraf wanita dan kanak-kanak. Undang-undang telah dikeluarkan melarang penindasan
ke atas wanita dan kanak-kanak. Dalam usaha untuk meninggikan taraf wanita, Mongkut
membenarkan isteri-isterinya keluar dari istana dan bekas isteri-isterinya berkahwin semula kecuali
mereka yang menjadi ibu kepada putera raja.
c. Adat
Mongkut berusaha menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam.
Baginda melarang rakyatnya melarikan diri apabila tembung dengan raja. Baginda juga
menghapuskan adat yang melarang rakyatnya melihat muka raja. Mongkut telah memecahkan tradisi
dengan keluar mengadakan lawatan untuk menemui rakyatnya. Langkah ini membolehkan baginda
mengetahui dengan lebih jelas keadaan hidup rakyatnya. Orang-orang asing tidak dipaksa untuk
mematuhi adat sujud di hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut
cara mereka sendiri.
d. Agama
Walaupun Mongkut berpegang teguh kepada ajaran Buddha dan pernah menjadi sami selama 27
tahun, baginda bersikap liberal terhadap agama-agama lain. Baginda membenarkan mubaligh-
mubaligh menyebarkan agama Kristian kerana baginda sedar selain menyebarkan agama, mubaligh-
mubaligh juga menyebarkan pengetahuan Barat. Pada tahun 1852, sebuah sekolah Kristian telah
didirikan di Bangkok.
e. Sistem perhubungan
Untuk memudahkan perhubungan, Mongkut telah membina jalan raya, jambatan dan terusan untuk
menghubungkan kawasan pengeluaran pertanian dengan Menam Chao Phraya. Empat terusan
utama yang menghubungkan wilayah-wilayah telah dibina semasa pemerintahan Mongkut. Jalan raya
yang utama di Bangkok yang dikenali sebagai Charun Krung telah dibina pada tahun 1862.

Kesimpulan
Mongkut yang memerintah Siam dari tahun 1851-1868 merupakan seorang pemerintah yang bijak
dan berpandangan jauh. Baginda berjaya menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia
Tenggara sehingga kemerdekaan Siam dapat dikekalkan. Tolak ansur baginda dengan kuasa-kuasa
Barat juga telah menjamin kemerdekaan Siam. Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 dan
digantikan oleh puteranya Chulalongkorn sebagai Raja Rama V. D.G. Hall dalam bukunya “A History
of South East Asia” mendakwa Siam terhutang budi kepada Mongkut jika dibandingkan dengan raja-
raja lain kerana dasar yang dimulainya telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.

Perjanjian Bowring 1855

Pengenalan
Mongkut yang manaiki takhta sebagai Raja Rama IV pada 3 April 1851 telah menamatkan dasar
isolasi dan seterusnya mengamalkan dasar buka pintu kepada orang-orang asing. Dalam usaha
mewujudkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat, Mongkut telah menandatangani beberapa
perjanjian dengan mereka. Perjanjian pertama ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang
dikenali sebagai Perjanjian Bowring. British diwakili oleh Gabenor Hong Kong iaitu Sir John Bowring
dan Siam diwakili oleh Mongkut. Daid A. Wilson dalam bukunya “Politics in Thailand” menegaskan
Perjanjian Bowring merupakan titik peralihan antara Siam tradisional dengan Siam moden kerana
selepas perjanjian tersebut, pelbagai perubahan telah berlaku di Siam sama ada dalam politik,
ekonomi ataupun sosial.

Syarat-syarat
1. Cukai import ditetapkan sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%
2. Eksport beras dibenarkan.
3. Kapal dagang British dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan Siam.
4. British diberi kebenaran untuk menempatkan konsulnya di Bangkok.
5. Rakyat British di Siam diberi “Hak Wilayah Asingan”.
6. Rakyat British dibenarkan membeli atau menyewa tanah dalam lingkungan 4 batu atau 6 km di
sekitar Bangkok.
7. Pedagang-pedagang British dibenarkan bawa masuk candu tetapi tertakluk di bawah peraturan-
peraturan yang ketat.
8. Rakyat British dibenarkan meneroka kawasan pedalaman Siam dalam jarak satu hari perjalanan
dari Bangkok.
9. Mubaligh-mubaligh diberi kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian.
10. Sebarang pindaan ke atas syarat perjanjian perlu dipersetujui oleh semua pihak.

Kesan-kesan
1. Ekonomi
a. Perkembangan ekonomi
Perjanjian Bowring buat pertama kalinya telah membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa.
D.J. Stainberg dalam bukunya “In Search of Southeast Asia” menegaskan bilangan kapal dagangan
yang berlabuh di Siam telah meningkat 10 kali ganda dalam tempoh yang singkat selepas Perjanjian
Bowring. Rong Syamananda dalam bukunya “A History of Thailand” mendakwa pada tahun 1852,
hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun 1850, terdapat 200 kapal dagang
asing yang berlabuh di Siam. Perkembangan ekonomi selepas Perjanjian Bowring telah meruntuhkan
sistem ekonomi sara diri dan membawa kepada wujudnya sistem ekonomi komersil. Selain itu, sistem
ekonomi tukar barang telah digantikan dengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati
menjadi eksport utama Siam. Eksport beras sebanyak 5% pengeluaran pada tahun 1850 telah
meningkat 50% pada tahun 1905. Gula yang menjadi eksport utama Siam ke Eropah telah meningkat
2 kali ganda dari segi pengeluaran dan kawasan tanaman. menjelang tahun 1865. Selain itu, nilai
import terutamanya tekstil juga telah meningkat. Perkembangan ekonomi berlaku akibat daripada
penetapan cukai import sebanyak 3% dan cukai eksport sebanyak 5%. Dalam tempoh yang singkat,
Siam telah menikmati imbangan pembayaran yang memuaskan. Sebagai contoh, eksport Siam
bernilai 5.5 juta bath pada tahun 1850 telah meningkat 11 juta bath pada tahun 1870. Manakala nilai
import yang berjumlah 4.3 juta bath pada tahun 1850 telah meningkat 8 juta bath pada tahun 1870.
Anna Leonowens dalam bukunya “The English Governess at the Siamese Court” menegaskan
pedagang-pedagang Barat berkerumun ke Bangkok untuk mendirikan kilang beras, gula dan kayu.
b. British sebagai pelabur utama
Selepas Perjanjian Bowring, pedagang-pedagang British telah menguasai perdagangan asing Siam
dan muncul sebagai pelabur utama di Siam. Pedagang-pedagang British mula mengadakan
hubungan perdagangan yang menguntungkan dengan Siam. Pelabuhan-pelabuhan British
terutamanya Hong Kong dan Singapura telah mengadakan hubungan perdagangan dengan Siam.
Sehingga tahun 1941, 70% daripada eksport Siam ialah dengan Empayar British. D.J.M. Tate dalam
bukunya “The Making of Modern South East Asia” menegaskan Siam merupakan “satelit ekonomi”
kepada British selepas Perjanjian Bowring.
c. Perubahan susunan kewangan Siam
Perjanjian Bowring mengakibatkan perubahan dalam susunan kewangan Kerajaan Siam. Perjanjian
tersebut telah mengubah sistem cukai dan menamatkan monopoli perdagangan yang dipegang oleh
golongan bangsawan dan Kerajaan Siam. Penamatan monopoli perdagangan dan pembatasan kuasa
untuk memungut cukai telah menghadkan pendapatan Kerajaan Siam. Akibatnya satu perubahan
telah dijalankan dalam susunan kewangan Kerajaan Siam dalam usaha untuk membiayai kewangan
kerajaan.
d. Penguasaan orang Cina
Perjanjian Bowring telah menamatkan monopoli perdagangan asing yang dikuasai oleh orang-orang
Cina. Perdagangan asing mula dikuasai oleh orang-orang Eropah terutamanya British. Penamatan
monopoli perdagangan orang Cina telah mewujudkan hubungan ekonomi yang baru antara orang
Cina dengan Kerajaan Siam. Orang-orang Cina telah diberi monopoli eksais ke atas perjudian, loteri,
minuman keras dan ganja.
e. Perjanjian lain
Perjanjian Bowring telah menarik perhatian negara-negara lain untuk menandatangani perjanjian
yang serupa dengan Siam. Akibatnya, Perjanjian Bowring menjadi model kepada lebih 20 perjanjian
yang ditandatangani antara Siam dengan kuasa-kuasa Barat pada tahun-tahun berikutnya. Sebagai
contoh, perjanjian dengan Amerika (1856), Perancis (1856), Denmark (1858), Portugal (1859), Holand
(1860), Prussia (1862), Belgium, Norway, Itali, Sweden (1868), Jerman (1872), Perancis (1893),
British (1909) dan sebagainya. Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi
pelbagai keistimewaan di Siam. Selain kebenaran berdagang, kuasa-kuasa Barat dibenarkan
mendirikan konsul, menyebarkan agama Kristian, mendapat hak wilayah asingan, membeli/menyewa
tanah dis ekitar Bangkok, berlabuh di pelabuhan Siam dan sebagainya.
2. Politik
a. Mengeratkan hubungan dengan British
Perjanjian Bowring telah mengeratkan hubungan antara Siam dan British. Rakyat British di Siam
dibenarkan berdagang dan diberi keistimewaan-keistimewaan lain. Pada tahun 1856, Siam menerima
perwakilan British yang diketuai oleh Harry Parkes. Pada Ogos 1857, Siam telah menghantar satu
perwakilan ke Eropah yang diketuai oleh Chao Phraya Montri Sri Istimewa. Selain itu, ramai pegawai
British telah dilantik dalam pentadbiran Siam.
b. Mengekalkan kemerdekaan Siam
Perjanjian Bowring merupakan faktor penting yang dapat mengekalkan kemerdekaan Siam. Dasar
buka pintu dan keistimewaan-keistimewaan yang diberi telah mengurangkan campur tangan asing
dalam hal-ehwal Siam. Selain itu, berlaku proses pembaratan dalam politik, ekonomi dan sosial.
Selain itu, ramai golongan professional, mubaligh-mubaligh, tukang-tukang dan sebagainya datang ke
Siam. Mereka bertanggungjawab memberi sumbangan dalam pembangunan Siam yang merupakan
salah satu faktor yang menjamin kemerdekaan Siam.
3. Sosial
a. Pelajaran
Selepas Perjanjian Bowring, pelajaran Barat mula diperkenalkan di Siam. Guru-guru dari Barat
terutamanya British telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pelajaran Barat di Siam.
Semasa Mongkut, pelajaran Barat diadakan di istana dan hanya terbuka kepada anak-anak golongan
bangsawan, terutamanya anak-anak raja. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan sahaja
diadakan di istana, tetapi juga di luar istana dan bukan sahaja untuk anak-anak golongan bangsawan
tetapi juga untuk anak-anak rakyat biasa selepas penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. Selain
itu, semasa Chulalongkorn, pelajar-pelajar Siam bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di Siam,
tetapi juga di seberang laut.
b. Buruh paksa, perhambaan dan kanak-kanak
Selepas Perjanjian Bowring, sistem buruh paksa yang dikenali sebagai “corvee” mula dihapuskan dan
digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem corvee dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873.
Sistem penghambaan mula dihapuskan pada tahun 1874 dan dihapuskan sepenuhnya pada tahun
1905. Usaha-usaha juga dijalankan bagi meninggikan taraf wanita dan kanak-kanak di mana undang-
undang dikeluarkan melarang penindasan ke atas wanita dan kanak-kanak.
c. Adat
Adat-adat yang dianggap boleh menghalang kemajuan Siam telah dihapuskan selepas Perjanjian
Bowring. Rakyat dilarang melarikan diri apabila bertembung dengan raja. Adat yang melarang rakyat
melihat muka raja juga dihapuskan. Semasa Mongkut, orang-orang tidak dipaksa untuk sujud di
hadapan raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara mereka sendiri.
Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja dihapuskan.
d. Agama
Perkembangan agama Kristian berlaku selepas Perjanjian Bowring kerana mubaligh-mubaligh telah
diberi kebebasan untuk menyebarkan agama Kristian. Banyak sekolah Kristian dan gereja mula
didirikan di Siam.
e. Sistem perhubungan
Selepas Perjanjian Bowring, banyak jalan raya, jambatan dan terusan telah dibina terutamanya untuk
menghubungkan kawasan pertanian dengan Menam Chao Phraya. Empat terusan utama yang
menghubungkan wilayah-wilayah telah dibina selepas Perjanjian Bowring. Jalan raya utama di
Bangkok yang dikenali sebagai Charun Krung telah dibina pada tahun 1862. Jalan keretapi yang
pertama dibina pada tahun 1893 untuk menghubungkan Bangkok dengan Paknam. Kemudahan
telegraf bermula pada tahun 1875 dan perkhidmatan pos serta telefon bermula pada tahun 1881.

Kesimpulan
Mongkut merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda telah dapat
menyesuaikan diri dengan perkembangan politik yang berlaku di Asia Tenggara pada pertengahan
abad ke-19. Mongkut telah berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam dalam zaman imperialisme
kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia terutamanya di
Asia Tenggara. Baginda juga telah dapat membuktikan Siam merupakan sebuah negara progresif dan
liberal sehingga dapat mengurangkan campur tangan asing dalam hal ehwal Siam. Dasar tolak ansur
baginda juga menguntungkan Siam terutamanya dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan
Siam. D.E.G. Hall dalam bukunya “A History of South East Asia” menegaskan Siam terhutang budi
kepada Mongkut daripada raja-raja lain kerana dasar yang dimulainya telah berjaya menyelamarkan
kemerdekaan Siam. Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 dan digantikan oleh Raja
Chulalongkorn sebagai Raja Rama V.

Chulalongkorn

Pengenalan
Somdeth Phra Paraminda Maha Chulalongkorn adalah putera Mongkut yang dilahirkan pada 20
September 1853. Baginda dilantik sebagai Raja Rama V selepas kemangkatan Mongkut pada 1
Oktober 1868 semasa berumur 15 tahun. Oleh sebab baginda terlalu muda, maka pentadbiran
dipangku oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse. Chulalongkorn mengambil kesempatan ini untuk
mengadakan lawatan ke India, Myanmar, Singapura dan Jawa bagi mempelajari sistem pentadbiran
Barat. Baginda mendapat pendidikan Barat daripada Anna Leonowens serta Robert Marnant dan
terpengaruh dengan idea Anna Leonowens yang menekankan pembaharuan yang lebih luas perlu
dilaksanakan di Siam. Chulalongkorn mengambilalih pentadbiran daripada Chao Phraya Montri Sri
Suryawongse pada tahun 1873.

Pembaharuan
1. Politik
Seperti Mongkut, Chulalongkorn menaiki takhta pada zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang
berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia khususnya di Asia Tenggara. Sebagai
contoh, British di Myanmar dan Tanah Melayu, Belanda di Indonesia, Sepanyol di Filipina dan
Perancis di Indo-China. Chulalongkorn menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat perlu
dilaksanakan di Siam dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. Ahli-ahli sejarah seperti
Stainberg, Wilson dan Tate mendakwa Chulalongkorn bertanggungjawab dalam melaksanakan
pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya. Baginda telah mempercepatkan dan memperluaskan
pembaharuan yang dimulai oleh Mongkut.
Chulalongkorn juga melaksanakan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat. Selain
mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani semasa Mongkut, Chulalongkorn juga
menandatangani beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Sebagai contoh, perjanjian dengan
Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan sebagainya. Seperti Mongkut, baginda telah
memberi pelbagai keistimewaan kepada orang-orang Barat. Dalam menjalankan pentadbiran,
Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Bagi mengelakkan
perbalahan dengan kuasa Barat, Chulalongkorn sanggup menyerahkan wilayah-wilayah Siam kepada
mereka. Sebagai contoh, Perancis diserahkan Tongking Utara/Wilayah Sip Song Chu Thai pada
tahun 1888, daerah Timur Sungai Mekong (1893), sempadan Laos-Siam (1904) dan Battambang
serta Siem Reap (1907). Kepada British pula diserahkan Mongpan dan Kentung (1897) dan Negeri-
negeri Melayu Utara (Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu – 1909). Walaupun tolak ansur
Chulalongkorn menyebabkan Siam kehilangan 90000 batu persegi wilayahnya tetapi langkah tersebut
telah menyelamatkan kemerdekaan Siam.
Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Chulalongkorn
telah mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin Barat, contohnya Raja William II (Jerman),
Tzar Nicholas II (Rusia), Prince of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis). Selain itu,
Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan baginda merupakan Raja Siam yang
pertama melawat Eropah sebanyak 2 kali, iaitu tahun 1897 dan 1907.
Chulalongkorn meneruskan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai bagi
memodenkan pentadbiran Siam. Secara umumnya, British ditugaskan dalam hal kewangan dan
pentadbiran, Perancis dalam undang-undang, Jerman dalam perkhidmatan keretapi, Denmark dalam
angkatan laut dan polis wilayah manakala Itali dalam kerja-kerja pembinaan. Tokoh utama yang
banyak membantu Chulalongkorn melaksanakan pembaharuan di Siam ialah penasihat amnya
berbangsa Belgium, iaitu Rollin Jacquemins.
Bagi memodenkan pentadbiran, Chulalongkorn telah menubuhkan 2 buah majlis pada tahun
1874, untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis tersebut ialah Majlis Penasihat Tertinggi
Negeri (MPTN) yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat Rendah Negeri
(MPRN) yang dianggotai oleh pegawai kerajaan. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem
pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Struktur pentadbiran lama dihapuskan dan
digantikan dengan 12 kementerian. Tiap-tiap kementerian diketuai oleh seorang menteri. Antara
menterinya ialah Putera Rabi, Putera Damrong dan Putera Dewawongse. Kementerian-kementerian
yang ditubuhkan ialah Kementerian Hal-Ehwal dalam Negeri, Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri,
Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Keadilan,
Kementerian Kesihatan, Kementerian Istana, Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja
Raya, Kementerian Tanah dan Kementerian Pertanian. Mulai tahun 1892, semua hal ehwal
pentadbiran diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketuai oleh Putera
Damrong. Langkah tersebut telah menamatkan autonomi daerah yang dijalankan sejak turun-
temurun. Bagi memudahkan pentadbiran juga, negeri Siam telah dipecahbelahkan kepada 18
Monthons, Cangurat, Amphoe dan Tambun.
2. Sosial
a. Keadilan
Chulalongkorn telah berusaha untuk menyusun semula sistem keadilan Siam
berdasarkan sistem keadilan Barat dengan bantuan pegawai-pegawai Perancis.
Antara tokoh yang bantu Chulalongkorn memodenkan sistem keadilan Siam ialah
Rollin Jacquemins Stroebell. Kementerian Keadilan telah ditubuhkan pada tahun
1892 dan diletakkan di bawah Putera Rabi. Pada tahun 1894, sistem Mahkamah
Awam dan Jenayah berdasarkan sistem Mahkamah Barat mula dilaksanakan di
Siam. Pada tahun 1897, sebuah Suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji semula
sistem keadilan Siam. Pada tahun tersebut juga, sekolah latihan peguam telah
didirikan di Bangkok untuk melatih peguam-peguam Siam. Pada tahun 1904, Kod
Jenayah berdasarkan Kod Jenayah Barat mula dilaksanakan di Siam. Pada tahun
1908, sebuah mahkamah yang akan melaksanakan sepenuhnya undang-undang
Barat telah didirikan di Bangkok. Tujuannya ialah untuk mendesak kuasa-kuasa
Barat menghapuskan hak wilayah asingan mereka di Siam.
b. Pelajaran
Pelajaran Barat semakin berkembang semasa pemerintahan Chulalongkorn. Pada
tahun 1878, arahan telah dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan
dihantar ke istana untuk mendapat pelajaran Barat. Semasa Chulalongkorn,
pelajaran Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan
tetapi juga anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah harian
sejak tahun 1884. selain itu, pelajar-pelajar Siam bukan sahaja mendapat pelajaran
Barat di Siam, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajar Siam dihantar ke
seberang laut tiap-tiap tahun. Untuk memajukan pelajaran, Jabatan Pelajaran telah
ditubuhkan pada tahun 1887 dengan bantuan pegawai pelajaran British iaitu
Cangbell. Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan mulai tahun
tersebut, maktab-maktab latihan pengurusan didirikan. D.G.E. Hall dalam bukunya
“A History of South East Asia” menegaskan perkembangan pelajaran Barat berlaku
kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai sepenuhnya guru-guru British pada
tahun 1890-an. Sekolah-sekolah tersebut ialah Maktab Raja 1878 untuk anak-anak
lelaki golongan bangsawan, Sunandalaya 1883 untuk anak perempuan golongan
bangsawan dan sekolah harian 1884 untuk anak lelaki kelas pertengahan.
c. Adat
Chulalongkorn telah berusaha menghapuskan adat-adat yang dianggap boleh
menghalang kemajuan Siam. Adat sujud di hadapan raja telah dihapuskan
sepenuhnya pada tahun 1873. Sistem buruh paksa atau corvee telah dihapuskan
pada tahun 1873 dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Sistem penghambaan
mula dihapuskan pada tahun 1874. Mulai tahun tersebut, tidak ada orang yang
dilahirkan sebagai hamba. Anak-anak hamba akan jadi rakyat bebas apabila
mencapai umur 21 tahun. Sistem penghambaan dihapuskan sepenuhnya pada
tahun 1805.
d. Agama
Walaupun Chulalongkorn beragama Buddha, baginda bersikap liberal terhadap
agama-agama lain. Baginda membenarkan penyebaran agama Kristian dan Islam.
Akibatnya berlaku perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok dan
perkembangan agama Islam di Selatan Siam.
e. Sistem perhubungan
Sistem perhubungan semakin berkembang semasa Chulalongkorn. Banyak
jalanraya, terusan dan terusan telah dibina. Jalan keretapi yang pertama dibina pada
tahun 1893 untuk menghubungkan Bangkok dengan Paknam. Seterusnya dibina
jalan keretapi menghubungkan Bangkok-Ayuthia pada tahun 1897, Bangkok-Korat
1900, Bangkok-Lupburi 1901. Perkhidmatan telegraf bermula pada tahun 1875 dan
perkhidmatan pos serta telefon pada tahun 1881.
f. Kesihatan
Chulalongkorn telah mengambil langkah untuk memajukan perkhidmatan kesihatan
di Siam. Doktor-doktor dari Barat telah ditugaskan di klinik-klinik dan hospital-
hospital yang didirikan oleh Chulalongkorn. Kementerian Kesihatan telah ditubuhkan
pada tahun 1892. Sebuah sekolah latihan doctor telah didirikan di Bangkok.
Seterusnya didirikan sekolah latihan perbidaan 1897 dan sekolah latihan jururawat
1898.
g. Penjara dan polis
Chulalongkorn telah menyusun semula sistem penjara dan perkhidmatan polis.
Usaha-usaha ini dijalankan dengan bantuan pegawai-pegawai British dan Jabatan
Polis Imperial Myanmar dan India.
3. Ekonomi
Ekonomi Siam berkembang maju semasa pemerintahan Chulalongkorn. Beras, gula dan kayu jati
menjadi eksport utama Siam. Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan perbendaharaan Siam yang
moden dengan bantuan pegawai-pegawai British. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri telah
ditubuhkan pada tahun 1875. Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892 dan mulai
tahun tersebut, sistem cukai secara langsung telah dilaksanakan. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam
Negeri telah disusun semula pada tahun 1892. Pada tahun 1896, Chulalongkorn mengeluarkan
arahan untuk membaiki perkhidmatan pelabuhan Siam. Sistem audit dan akaun yang teratur telah
dilaksanakan dan pada tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama berjaya dikeluarkan.
Chulalongkorn menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British
mula didirikan antara tahun 1888-1894 dan sebuah bank Perancis didirikan pada tahun 1897.
Chulalongkorn juga menggalakkan perdagangan asing di Siam. Akibatnya ramai pedagang Barat
datang ke Siam dan semasa Chulalongkorn, perdagangan asing Siam dikuasai oleh pedagang-
pedagang British. Chulalongkorn telah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru untuk tanaman
padi bagi tujuan eksport. Dalam usaha untuk menjayakan rancangan ini, baginda telah
mengurangkan atau menggantung buat sementara cukai ke atas sawah padi, membina projek-projek
pengairan serta membina jalan raya dan jalan keretapi.

Kesimpulan
Chulalongkorn merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Baginda telah
berjaya menyelamatkan kemerdekaan Siam dalam zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang
berlumba-lumba untuk mendapat tanah jajahan di Asia terutamanya di Asia Tenggra. Dasar buka
pintu, keistimewaan-keistimewaan yang diberi dan dasar tolak ansur baginda telah mengurangkan
campur tangan asing dalam hal ehwal Siam. Pemerintahan baginda selama 42 tahun (1868-1910)
telah memperlihatkan pelbagai perubahan berlaku di Siam sama ada dalam politik, sosial ataupun
ekonomi. Baginda dikenali sebagai “Raja Teragung dan Tercinta”. Chulalongkorn mangkat pada 23
April 1910 dan digantikan oleh puteranya Raja Vajiravudh sebagai Raja Rama VI.

Politik Siam 1910-1941

Pengenalan
Mongkut menaiki takhta sebagai Raja Rama IV pada 3 April 1851. Pemerintahanya membawa
kepada permulaan pembaharuan berdasarkan idea Barat dilaksanakan di Siam. Baginda mangkat
pada 1 Oktober 1868 selepas memerintah selama 18 tahun dan digantikan oleh puteranya
Chulalongkorn sebagai Raja Rama V. Pemerintahan Chulalongkorn memperlihatkan pembaharuan
yang lebih luas dilaksanakan di Siam. Ahli-ahli sejarah menganggap Chulalongkorn
bertanggungjawab dalam melaksanakan pembaharuan dalam erti kata yang sebenarnya. Baginda
telah mempercepat dan memperluaskan pembaharuan yang dimulai oleh Mongkut. Chulalongkorn
mangkat pada 23 April 1910 selepas memerintah selama 42 tahun. Pemerintah-pemerintah Siam
selepas Chulalongkorn ialah Vajiravudh, Prajadhipok dan Ananda Mahidol.

Vajiravudh 1910-1925
Selepas kemangkatan Chulalongkorn pada 23 April 1910, puteranya Vajiravudh dilantik sebagai Raja
Rama VI. Baginda merupakan putera raja Siam yang pertama mendapat pelajaran di seberang laut,
khususnya di Universiti Oxford. Baginda berada di seberang laut selama 9 tahun dan pernah
berkhidmat dalam angkatan tentera British. Oleh sebab terlalu lama berada di seberang laut, maka
hubungannya dengan keluarga menjadi renggang dan baginda tidak mengetahui perkembangan yang
berlaku di Siam dalam tempoh tersebut.
Ahli-ahli sejarah menganggap Vajiravudh merupakan seorang pemerintah yang lemah jika
dibandingkan dengan Mongkut ataupun Chulalongkorn. Walaupun baginda berpelajaran tinggi di
seberang laut, Vajiravudh tidak berminat dalam pentadbiran. Baginda lebuh menumpukan perhatian
dalam hal-hal kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, penulisan, seni lukis, lakonan dan sebagainya.
Baginda telah menulis 200 artikel dalam akhbar-akhbar Siam terutamanya yang berkaitan dengan
sejarah dan kesusasteraan Siam. Baginda juga telah menterjemah karya-karya Barat terutamanya
karya Shakespear dan Moliere ke dalam Bahasa Siam.
Dalam menjalankan pentadbiran, baginda menyerahkannya kepada pegawai-pegawainya.
Oleh sebab baginda tidak mengawasi kegiatan pegawai-pegawainya menyebabkan mereka
melakukan rasuah dan penyelewengan untuk kepentingan diri sendiri. Untuk mengisi jawatan-jawatan
kerajaan, Vajiravudh mengamalkan sikap pilih kasih di mana baginda mengutamakan sahabat-
sahabatnya terutamanya yang sama-sama belajar dengannya di England. Menjelang tahun 1915,
kebanyakan pegawai yang dilantik semasa Chulalongkorn telah dipecat dan digantikan dengan
sahabat-sahabatnya. Vajiravudh jarang mengadakan mesyuarat kabinet dan majlis-msjllis yang
ditubuhkan semasa Chulalongkorn seperti Majlis Penasihat Tertinggi Negeri dan Majlis Penasihat
Rendah Negeri tidak berfungsi. Semasa Chulalongkorn, golongan bangsawan memainkan peranan
penting dalam pentadbiran. Semasa Vajiravudh, mereka yang bukan golongan bangsawan telah
dilantik memegang jawatan-jawatan penting. Sebagai contoh, semasa Chulalongkorn, semua
kementerian diketuai oleh golongan bangsawan tetapi semasa Vajiravudh, 8 daripada 12 kementerian
diketuai oleh golongan bukan bangsawan. Akibatnya, pemerintahan Vajiravudh mendapat tentangan
golongan bangsawan kerana dasar pentadbirannya menjejaskan kepentingan golongan bangsawan.
Vajiravudh merupakan seorang pemerintah yang boros dan banyak menghabiskan wang
untuk hal-hal kesenian, perayaan-perayaan di istana dan sebagainya. Sebagai contoh, baginda telah
menggaji 3000 pekerja istana. Selain itu, baginda juga telah menubuhkan pasukan tentera peribadi
yang dikenali sebagai “Pasukan Harimau Liar”. Pasukan ini mendapat pelbagai keistimewaan jika
dibandingkan dengan tentera biasa. Pentadbiran yang tidak cekap, rasuah serta penyelewengan dan
pemborosan Vajiravudh telah membebankan ekonomi Siam. Masalah ekonomi semakin runcing
apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1920-an.
Akibat perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Vajiravudh, menyebabkan berlaku
percubaan membunuhnya sebanyak dua kali. Percubaan membunuh tahun 1912 diketuai oleh
adiknya sendiri, Putera Pitsanulok kerana dasar pentadbiran Vajiravudh menjejaskan kepentingan
golongan bangsawan. Percubaan membunuh tahun 1917 dilakukan oleh tentera akibat tindakan
baginda menyebelahi Pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918). Majoriti tentera Siam
bersikap pro-Jerman lebih-lebih yang mendapat latihan dari pegawai-pegawai Jerman. Walau
bagaimanapun, kedua-dua percubaan membunuh tersebut berjaya dipatahkan oleh tentera-tentera
yang masih setia terhadap Vajiravudh. Tindakan Vajiravudh menyebelahi Pihak Berikat
menguntungkan Siam kerana peperangan tersebut dimenangi oleh Pihak Berikat. Selepas Perang
Dunia Pertama, Siam berjaya merampas kembali perkhidmatan keretapi yang dikuasai oleh Jerman
sebelum Perang Dunia Pertama. Perjanjian Versailles 1919 telah mengiktiraf Siam sebagai negara
merdeka dan diterima sebagai anggota Liga Bangsa-bangsa (LBB) pada tahun 1922. Mulai tahun
tersebut juga, kuasa-kuasa Barat mula menghapuskan hak wilayah asingan mereka di Siam kerana
mengenangkan jasa Siam menyebelahi Pihak Berikat dalam Perang Dunia Pertama.
Walau pemerintahan Vajiravudh menimbulkan pelbagai masalah, terutamanya masalah
ekonomi, tetapi beberapa tindakan baginda telah memberi sumbangan ke arah pembaharuan Siam.
Baginda telah berjaya menubuhkan pasukan pengangkap dan pertolongan cemas terutamanya di
sekolah-sekolah, mendirikan Universiti Chulalongkorn (1917), mendirikan sekolah Vajiravudh (1921)
dan melaksanakan rakan pelajaran rendah wajib sejak tahun 1921. Baginda juga melaksanakan
undang-undang monogami dan mengadakan pembaharuan ke atas pakaian wanita tradisional Siam
terutamanya pakaian wanita supaya kelihatan kemas. Penyuntikan wajib dan kalendar mengikut cara
Barat juga dilaksanakan oleh baginda. Baginda mangkat pada tahun 1925 dan digantikan oleh adik
bongsunya Prajadhipok.

Prajadhipok 1925-1935
Selepas kemangkatan Vajiravudh pada tahun 1925, adiknya Prajadhipok dilantik sebagai Raja Rama
VII kerana Vajiravudh tidak mempunyai putera. Ahli-ahli sejarah menganggap Prajadhipok tidak
bersedia menjadi raja kerana baginda banyak menghabiskan masa di seberang laut. Oleh sebab
baginda mendapat pelajaran Barat di seberang laut, Prajadhipok telah terdedah kepada idea-idea
Barat seperti liberal, demokrasi, kerajaan berpelembagaan dan sebagainya. Baginda berusaha
melaksanakan idea-idea tersebut di Siam. Walau bagaimanapun, tindakan baginda dapat tentangan
golongan bangsawan kerana perlaksanaan idea-idea tersebut akan menjejaskan kepentingan
golongan bangsawan.
Prajadhipok berusaha memulihkan kembali majlis-majlis yang diabaikan semasa
pemerintahan Vajiravudh. Pada tahun 1927, baginda menubuhkan Majlis Tertinggi yang dianggotai
oleh 5 orang golongan bangsawan. Pemerintahan Prajadhpok memperlihatkan usaha untuk
mengembalikan kepentingan golongan bangsawan. Sebagai contoh, semasa Vajiravudh, 8 daripada
12 kementerian diketuai oleh bukan golongan bangsawan tetapi semasa Prajadhipok, 8 daripada 12
kementerian diketuai oleh golongan bangsawan. Akibatnya, pemerintahan Prajadhipok mendapat
tentangan pegawai-pegawai awam dan tentera bukan golongan bangsawan.
Pentadbiran yang tidak cekap, rasuah serta penyelewengan dan pemborosan Vajiravudh telah
membebankan ekonomi Siam. Masalah ekonomi semakin runcing apabila berlaku kemelesean
ekonomi dunia tahun 1920-an. Untuk mengatasi masalah ini, beberapa langkah telah dijalankan oleh
Prajadhipok. Antaranya ialah memecat pegawai-pegawai yang dilantik atas dasar pilih kasih semasa
Vajiravudh, mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang-barang keperluan, mengurangkan gaji
serta kakitangan, menghapuskan jawatan-jawatan dan jabatan-jabatan yang tidak penting dan
mengurangkan pekerja istana dari 3000 menjadi 300. Langkah-langkah yang dijalankan sedikit
sebanyak telah memulihkan ekonomi Siam. Walau bagaimanapun, pemulihan itu tidak kekal lama
akibat kemelesetan ekonomi dunia seterusnya sejak tahun 1929. Pada Mac 1931, Siam mengalami
kekurangan wang sebanyak 11 juta bath. Kegagalan mendapat pinjaman negara-negara Barat,
terutamanya Perancis dan Amerika Syarikat menyebabkan Prajadhipok mengambil langkah-langkah
yang lebih tegas ke arah mengatasi masalah ekonomi. Baginda telah mengurangkan gaji serta
kakitangan, menyekat kenaikan pangkat serta gaji dan membubarkan “Pasukan Harimau Liar”.
Walaupun langkah-langkah yang dijalankan oleh Prajadhipok amat penting untuk memulihkan
ekonomi Siam, tetapi langkah tersebut mendapat tentangan terutamanya daripada mereka yang
kepentingannya terjejas. Selain itu, langkah-langkah tersebut dianggap sebagai kelemahan
Prajadhipok. Golongan yang menentang pemerintahan Prajadhipok ialah pegawai-pegawai awam
dan tentera bukan golongan bangsawan mereka yang mendapat pelajaran Barat di seberang laut
telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti demokrasi, liberal dan sosialisme, komunisme,
kerajaan berpelembagaan dan sebagainya. Mereka yang mendapat pelajaran di Jerman dan
Perancis dianggap lebih radikal. Golongan ini menentang sistem monarki mutlak dan
menganggapnya sebagai sistem lapuk yang menghalang kemajuan Siam. Akibat dari perasaan tidak
puas hati menyebabkan berlakunya Revolusi tanpa pertumpahan darah pada 24 Jun 1932. Revolusi
ini dipimpin oleh Pridi Panomyong yang mendapat bantuan pegawai-pegawai tentera iaitu Pribun
Songkram, Phya Bahol, Phra Manopakorn dan Khrung Aiphaiwang. Golongan revolusi telah berjaya
mengusai istana dan ketika itu Raja Prajadhipok berada di seberang laut. Apabila kembali baginda
terpaksa menerima cadangan-cadangan “Perlembagaan Rakyat” yang dikemukakan oleh Pridi
Panomyong.
1. Sistem monarki mutlak dihapuskan dan digantikan dengan sistem monarki berpelembagaan.
2. Demokrasi berparlimen akan dilaksanakan dan sebuah Dewan Perundangan akan ditubuhkan
3. Pilihanraya Umum akan diadakan 4 tahun sekali untuk memilih ahli-ahli Dewan Perundangan.
4. Kepentingan golongan bangsawan dalam perkhidmatan kerajaan dihapuskan. Mereka dilarang
memegang jawatan-jawatan penting seperti menteri, timbalan menteri dan ketua jabatan.
5. Rakyat dapat hak dan peluang yang sama dalam politik, ekonomi dan sosial.

1932-1941
Selepas revolusi, Phya Manapakorn dilantik sebagai Perdana Menteri memandangkan hubungannya
yang amat rapat dengan raja. Revolusi 1932 menandakan permulaan kepada berlakunya pergolakan
dalam politik Siam seterusnya. Sebagai contoh, perbalahan pertama berlaku antara Perdana Menteri
Manapakorn dengan Pridi Panomyong kerana rancanga ekonomi. Pridi dianggap bercorak komunis.
Akibatnya, Pridi telah dibuang negeri. Phya Manapakorn telah berusaha untuk menjadi seorang
dictator. Dengan kerjasama Prajadhipok, beliau telah menggantung Dewan Perundangan.
Pemerintahan Phya Manapakorn yang bertentangan dengan prinsip demokrasi telah mendapat
tentangan ramai. Akibatnya, satu revolusi telah berlaku pada 20 Jun 1933 di bawah pimpinan Phya
Bahol. Revolusi tersebut telah berjaya menggulingkan kerajaan Phya Manapakorn dan Phya Bahol
dilantik sebagai Perdana Menteri baru. Beliau telah memanggil pulang Pridi dan melantiknya sebagai
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pemerintahan Phya Bahol yang menjejaskan kepentingan golongan
bangsawan telah mendapat tentangan golongan tersebut. Akibatnya, satu revolusi golongan
bangsawan yang dipimpin oleh bekas Menteri Pertahanan Putera Bovaradej telah berlaku pada 12
Oktober 1933. Walau bagaimanapun, revolusi tersebut berjaya dipatahkan oleh tentera pimpinan
Pribun Songkram. Dalam usaha untuk mewujudkan demokrasi berparlimen, Pilihanraya Umum
pertama telah diadakan pada 13 November 1933. Dalam pilihanraya tersebut, golongan pro-Pridi
telah mencapai kemenangan. Perbalahan kemudiannya berlaku antara Pribun Songkram dengan
Pridi Panomyong kerna rancangan ekonomi Pridi dianggap terlalu radikal. Walau bagaimanapun,
perbalahan itu berjaya diredakan oleh Perdana Menteri, Phya Bahol.
Raja Prajadhipok yang masih berselisih faham dengan kerajaan Phya Bahol telah meletakkan
jawatan pada 21 Mac 1935. Baginda digantikan oleh anak saudaranya Anando Mahidol yang berumur
10 tahun dan masih menuntut di Switzerland. Akibatnya, sebuah Jemaah Pemangku Raja yang terdiri
daripada 3 anggota telah dibentuk.
Walaupun pemerintahan Prajadhipok telah menimbulkan pelbagai masalah, tetapi beberapa
tindakan baginda telah memberi sumbangan ke arah pembaharuan Siam. Antara sumbangan baginda
ialah mengadakan perkhidmatan wireless pertama di Siam, membina lapangan terbang Don Maung,
menubuhkan institut kesusasteraan di raja, muzium serta perpustakaan negara dan mengeluarkan
undang-undang kesihatan orang awam yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan.
Pada tahun 1928, beliau mengeluarkan arahan perkhidmatan yang membolehkan rakyat
biasa dilantik untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Beliau juga telah
memperluaskan kuasa Lembaga Mata Wang dan untuk kepentingan ekonomi, kerajaan diberi kuasa
penuh dalam perkhidmatan bank dan insurans.
Pilihanraya Umum kedua diadakan pada tahun 1937. Dalam pilihanraya tersebut, parti
pimpinan Phya Bahol telah mencapai kemenangan dan beliau sekali lagi dilantik menjadi Perdana
Menteri. Perbalahan kemudiannya berlaku antara Phya Bahol dengan golongan tentera pimpinan
Pribun Songkram. Akibat daripada undi tidak percaya dalam Dewan Perundangan, Phya Bahol
terpaksa meletak jawatan pada Disember 1938 dan digantikan oleh Pribun Songkram sebagai
Perdana Meneri baru.
Pemerintahan Pribun Songkram membawa banyak perubahan yang memperlihatkan
semangat nasionalisme yang keterlaluan. Beliau telah berusaha untuk meninggikan taraf hidup orang
Siam. Bantuan-bantuan telah diberi kepada orang-orang Siam terutamanya golongan petani bagi
membebaskan mereka daripada belenggu hutang, ceti dan peminjam-peminjam wang Cina. Kerajaan
juga telah mengambil langkah untuk membantu perusahaan-perusahaan orang Siam. Langkah-
langkah juga dijalankan untuk menyekat kebebasan kegiatan ekonomi orang-orang asing
terutamanya orang-orang Cina. Kemasukan orang-orang Cina ke Siam telah disekat. Tiap-tiap orang
Cina yang masuk ke Siam dikenakan cukai sebanyak 100 baht. Perusahaan-perusahaan orang-orang
Cina dikenakan cukai yang tinggi dan 26 jawatan dalam perkhidmatan awam diharamkan kepada
orang-orang Cina. Sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina telah ditutup. Kerajaan Pribun Songkram
telah menggalakkan orang-orang Siam melibatkan diri dalam perdagangan dan perusahaan. Arahan
telah dikeluarkan supaya syarikat-syarikat asing memiliki 70% modal dan 75% kakitangan Siam.
Kerajaan juga telah mengambilalih perusahaan asing untuk diserahkan kepada orang-orang Siam
atau syarikat-syarikat Siam. Sebagai contoh, perusahaan kayu jati yang selama ini dikuasai oleh
syarikat British iaitu Bombay Burma Trading Cooperation (BBTC) telah diambilalih dan diserahkan
kepada syarikat Siam.
Pada Jun 1939, nama Siam ditukarkan menjadi Maung Thai/Thailand yang bermaksud tanah
atau negeri yang bebas. Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat kemegahan bangsa di
kalangan orang-orang Siam kerana Siam merupakan stu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak
dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Pribun Songkram juga berusaha untuk mendapat kembali wilayah-
wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Tindakan telah menyebabkan berlakunya
pertempuran di antara Siam dan Perancis di Sempadan Laos-Siam. Pada 11 Disember 1940, Phibun
Songkram menandatangani perjanjian kerjasama dengan Jepun. Akibat tekanan Jepun, Perancis
terpaksa menyerahkan Laos, Battambang dan Siem Reap kepada Siam pada Mac 1941.
Pendudukan Jepun di Indo-China pada Julai 1941 sedikit sebanyak menjejaskan usaha Phibun
Songkram untuk mendapat kembali wilayah-wilayah Siam.
Kesimpulan
Semasa Perang Dunia Kedua, semua negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh Jepun kecuali Siam.
Negeri Siam terselamat daripada penyerangan Jepun kerana kerjasama Phibun Songkram dengan
Jepun. Semasa Perang Dunia Kedua juga, Siam telah mendapat kembali wilayah-wilayahnya seperti
Mongpan, Kentung dan Negeri-negeri Melayu Utara. Pada Julai 1944, Kerajaan Phibun Songkram
yang pro-Jepun telah digulingkan oleh Khuang Aiphaiwong yang pro-pihak Berikat. Akibatnya, pihak
berikat yang kemabli ke Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua tidak dapat mengambil tindakan
ke atas Siam kerana pada dewasa itu, Siam diperintah oleh kerajaan yang pro-pihak Berikat. Pada
September 1945, Khuang Aiphaiwong digulingkan oleh Seni Pramoj. Tekanan British dan Perancis
menyebabkan Seri Pramoj tanpa bantahan menyerahkan kembali wilayah-wilayah yang dirampas
oleh Siam semasa Perang Dunia Kedua. Akibatnya, British dan Perancis tidak perlu bertindak secara
kekerasan ke atas Siam.

Revolusi Siam 1932

Pengenalan
Revolusi tanpa pertumpahan darah telah berlaku di Siam pada 24 Jun 1932. Revolusi tersebut telah
menamatkan sistem monarki mutlak dan digantikan dengan sistem monarki berperlembagaan. Ahli-
ahli sejarah tidak menganggapnya sebagai revolusi massa kerana tidak disertai oleh orang ramai.
Revolusi tersebut hanya disertai oleh pegawai-pegawai awam dan tentera bukan golongan
bangsawan. Revolusi 1932 dipimpin oleh Pridi Panomyong yang mendapat bantuan pegawai-
pegawai tentera seperti Phya Bahol, Pribun Songkram, Khuang Aiphaiwong dan Phya Manapakorn.
Revolusi ini menandakan permulaan kepada berlakunya pergolakan dalam politik Siam hingga hari
ini.

Sebab-sebab
1. Kemerosotan sistem monarki mutlak
Kemerosotan sistem monarki mutlak menjadi faktor utama mengakibatkan meletusnya Revolusi 1932.
Kemerosotan tersebut telah menimbulkan kebencian dan menghilangkan keyakinan orang ramai
terhadap pemerintahan golongan bangsawan. Kemerosotan sistem monarki mutlak bermula semasa
pemerintahan Vajiravudh disebabkan oleh dasar pentadbirannya. Dalam menjalankan pentadbiran,
baginda telah menyerahkannya kepada pegawai-pegawainya. Oleh sebab baginda tidak mengawasi
kegiatan pegawai-pegawainya, menyebabkan rasuah dan penyelewengan berleluasa. Selain itu,
baginda juga mengamalkan dasar pilih kasih dalam mengisi jawatan kerajaan. Baginda jarang
mengadakan mesyuarat kabinet majlis-majlis yang ditubuhkan oleh Chulalongkorn. Dalam
menjalankan pentadbiran, baginda lebih mengutamakan golongan bukan bangsawan. Misalnya, 8
daripada 12 kementerian di Siam diketuai oleh golongan bukan bangsawan. Akibatnya, pemerintahan
Vajiravudh mendapat tentangan golongan bangsawan.
Baginda juga menubuhkan pasukan tentera peribadi yang dikenali sebagai “Pasukan
Harimau Liar”. Pasukan ini mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan tentera biasa.
Tindakan Vajiravudh ini ditentang pula oleh tentera biasa. Akibat dari perasaan tidak puas hati berlaku
2 percubaan membunuh baginda, iaitu tahun 1912 dan 1917. Walau bagaimanapun, kedua-dua
percubaan itu berjaya dipatahkan.
Sistem monarki mutlak menjadi semakin lemah semasa pemerintahan Prajadhipok. Baginda
cuba mengembalikan kepentingan golongan bangsawan. Sebagai contoh, semasa Vajiravudh, 8
daripada 12 kementerian diketuai oleh golongan bukan bangsawan tetapi semasa pemerintahan
Prajadhipok, 8 daripada 12 kementerian diketuai oleh golongan bangsawan. Tindakan baginda telah
ditentang oleh pegawai-pegawai awam dan tentera bukan golongan bangsawan.
Dalam usaha untuk menghadapi kemelesetan ekonomi, Prajadhipok telah mengambil
langkah ke arah mengurangkan perbelanjaan, misalnya mengurangkan gaji serta kakitangan,
memecat pegawai yang dilantik atas dasar pilih kasih oleh Vajiravudh dan menghapuskan jawatan
tidak penting. Walaupun langkah ini sedikit sebanyak dapat memulihkan ekonomi, tetapi pemulihan
tersebut tidak kekal lama disebabkan kemelesetan ekonomi yang lebih teruk pada tahun 1929.
Akibatnya, Prajadhipok terpaksa mengambil langkah yang lebih tegas, misalnya menyekat kenaikan
pangkat dan gaji serta membubarkan “Pasukan Harimau Liar”. Langkah-langkah ini telah
menambahkan ketidakpuasan di kalangan pegawai awam dan tentera.
2. Perkembangan pelajaran
Perkembangan pelajaran Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan
golongan intelek di Siam. Mereka yang mendapat pelajaran Barat terutamanya di seberang laut telah
terdedah kepada idea-idea Barat seperti kerajaan berperlembagaan, demokrasi, liberal, sosialisme,
komunisme dan sebagainya. Usaha-usaha mereka untuk melaksanakan idea-idea tersebut di Siam
mendapat tentangan golongan bangsawan yang menguasai pentadbiran Siam. Mereka yang dapat
pelajaran di Jerman dan Perancis dianggap lebih radikal kerana golongan ini menentang sistem
monarki mutlak dan menganggapnya sebagai sistem lapuk yang menghalang kemajuan Siam. Antara
golongan intelek itu ialah Pridi Panomyong, Pribun Songkram, Phya Bahol, Phya Manapakorn,
Khuang Aiphaiwong dan lain-lain lagi. Donald E. Nuechterlein dalam bukunya “Thailand and the
Struggle for South East Asia” mendakwa punca utama berlakunya revolusi ialah keazaman golongan
intelek untuk memodenkan struktur politik dan mengadakan pembaharuan yang radikal.
3. Kemelesetan ekonomi
Pentadbiran yang tidak cekap, rasuah serta penyelewengan dan pemborosan Vajiravudh telah
membebankan ekonomi Siam. Masalah ekonomi semakin runcing apabila berlaku kemelesetan
ekonomi dunia 1920-an dan 1930-an. Pada tahun 1931, Siam mengalami kekurangan sebanyak 11
juta bath. Prajadhipok telah mengambil beberapa langkah tegas dalam usaha untuk mengatasi
masalah ekonomi. Antaranya ialah mengurangkan gaji serta kakitangan, menyekat kenaikan pangkat
serta gaji, mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang keperluan, menghapuskan jabatan-jabatan
dan jawatan-jawatan yang tidak penting, membubarkan “Pasukan Harimau Liar” dan sebagainya.
Tindakan tersebut telah mendapat tentangan ramai, terutamanya daripada mereka yang
kepentingannya terjejas. Selain itu, langkah-langkah tersebut dianggap sebagai kelemahan
Prajadhipok.
4. Krisis politik
Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan peruntukan kewangan kepada jabatan-jabatan dan
kementerian-kementerian dikurangkan. Langkah tersebut telah menimbulkan perbalahan antara
Menteri Pertahanan Putera Bovaradej dengan Menteri Perdagangan Putera Purachatra. Krisis politik
yang berlaku pada Oktober 1931 telah mengoncangkan keyakinan orang ramai terhadap
pemerintahan golongan bangsawan.
5. Kebebasan akhbar
Kebebasan akhbar telah lama dilaksanakan di Siam. Pada tahun 1931, Prajadhipok telah
mengeluarkan arahan supaya semua berita perlu ditapis sebelum disiarkan. Arahan tersebut telah
dapat tentangan ramai kerana ianya memperlihatkan kecurigaan kerajaan dalam kebebasan akhbar.
6. Anti Cina
Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Siam. Peranan orang
Cina sebagai peminjam wang telah menyebabkan banyak tanah orang Siam jatuh ke tangan orang
Cina. Peranan orang Cina sebagai orang tengah telah menghimpitkan lagi kehidupan orang Siam.
Orang-orang Cina dianggap sebagai “Yahudi Timur” dan masih menumpukan taat setia terhadap
negara asal mereka. Kemarahan orang Siam bertambah kerana semua pertubuhan yang diwujudkan
oleh orang-orang Cina hanya terbuka kepada orang Cina. Kemarahan orang Siam terhadap kerajaan
kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas
orang Siam. Malah orang Cina diberi peluang ekonomi yang lebih luas seperti monopoli eksais ke
atas perjudian, loteri, minuman keras dan ganja.
7. Agama
Kegiatan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian mendapat tentangan orang ramai
terutamanya daripada golongan sami. Akibat kegiatan mubaligh, ramai orang Siam terutamanya
golongan muda telah memeluk agama Kristian dan mereka ini telah meninggalkan budaya Siam.
Orang ramai telah mendesak kerajaan supaya menyekat kegiatan mubaligh-mubaligh menyebarkan
agama Kristian. Keengganan kerajaan telah menambahkan kemarahan orang ramai terhadap
kerajaan pimpinan golongan bangsawan.

Kesan-kesan
1. Menamatkan sistem monarki mutlak
Revolusi 1932 telah menamatkan sistem monarki mutlak dan digantikan dengan sistem monarki
berperlembagaan. Keistimewaan golongan bangsawan dan perkhidmatan kerajaan dihapuskan
mereka tidak dibenarkan memegang jawatan-jawatan penting seperti menteri, timbalan menteri, ketua
jabatan dan sebagainya. Selepas revolusi mereka yang bukan golongan bangsawan memainkan
peranan penting dalam pentadbiran.
2. Perubahan ekonomi dan sosial
Revolusi 1932 bukan sahaja membawa perubahan politik, tetapi juga perubahan ekonomi dan sosial.
Pelbagai perubahan telah berlaku seperti pendidikan yang universal, kebebasan akhbar, sistem cukai
pendapatan yang gratitude, iaitu yang bergantung kepada pendapatan dan sebagainya. Langkah-
langkah juga dijalankan untuk meninggikan taraf hidup orang Siam. Antara langkah tersebut ialah
memberi subsidi, mengutamakan orang-orang Siam serta syarikat-syarikat Siam dan mengambilalih
perusahaan asing untuk diserahkan kepada orang-orang Siam atau syarikat Siam.
3. Tentera
Selepas revolusi, golongan tentera memainkan peranan penting dalam pentadbiran Siam. Perdana
Menteri yang dilantik terdiri daripada pegawai-pegawai tentera. Antara mereka ialah Phya
Manapakorn (1932), Phya Bahol (1933), Pribun Songkram (1938), Khuang Aiphaiwong (1944), Seni
Pramoj (1945) dan lain-lain lagi. Perbalahan sering berlaku terutamanya di antara pegawai-pegawai
awam dan tentera.
4. Nasionalisme
Revolusi 1932 telah mengakibatkan kebangkitan semangat nasionalisme di Siam. Walaupun
nasionalisme Siam tidak bercorak anti-kolonial kerana Siam tidak dijajah, tetapi nasionalisme Siam
bercorak anti-monarki, anti-Cina dan nasionalisme ekonomi serta kebudayaan. Orang-orang Siam
mahu melaksanakan perubahan politik, ekonomi dan sosial bagi mengekalkan kemerdekaan Siam.
5. Revolusi lain
Revolusi 1932 menandakan permulaan kepada berlakunya revolusi lain dalam politik Siam
seterusnya. Contohnya, Revolusi Phya Bahol Jun 1933, Revolusi Putera Bovaradej Oktober 1933,
Revolusi Pribun Songkram Disember 1938, Revolusi Khuang Aiphaiwong Julai 1944, Revolusi Seni
Pramoj September 1945, Revolusi Khuang Aiphaiwong Januari 1946, Revolusi Pridi Panamyong Mac
1946, Revolusi Thamrong Nawasawad Ogos 1946, Revolusi Khuang Aiphaiwong November 1947,
Revolusi Pribun Songkram Ogos 1948 dan sebagainya.
6. Thailand
Pada Jun 1939, nama Siam ditukar menjadi Thailand atau Maung Thai yang bermaksud tanah/negeri
yang bebas. Penukaran nama ini dilaksanakan semas aPribun Songkram menjadi Perdana Menteri
Siam. Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat kemegahan bangsa di kalangan orang Siam
kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
7. Langkah terhadap orang Cina
Selepas revolusi, usaha-usaha dijalankan untuk menyekat kepentingan orang-orang Cina di Siam.
Orang-orang Cina tidak lagi bebas masuk ke Siam. Tiap-tiap orang Cina yang masuk ke Siam
dikenakan cukai 100 baht. Perusahaan-perusahaan orang Cina dikenakan cukai yang tinggi dan 26
jawatan dalam perkhidmatan kerajaan diharamkan bagi orang Cina. Sekolah-sekolah dan akhbar-
akhbar Cina ditutup.
8. Wilayah Siam
Usaha-usaha juga dijalankan bagi mendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai
oleh British dan Perancis. Usaha ini dijalankan oleh Pribun Songkram. Dengan kerjasama Jepun,
Siam telah merampas kembali beberapa wilayahnya seperti Laos, Batambang, Seam Reap, Maung
Pan, Kentung dan Negeri-negeri Melayu Utara.
9. Perlembagaan baru
Revolusi 1932 telah membawa kepada perlaksanaan perlembagaan baru yang menentukan hak
rakyat, raja dan Dewan Perundangan.
a. Hak rakyat
· Rakyat mendapat hak dan peluang yang sama dalam politik, ekonomi dan sosial.
· Kemantapan ekonomi dan peluang pekerjaan untuk kepentingan rakyat.
· Kemerdekaan yang tidak akan menjejaskan kepentingan rakyat.
· Kerajaan bertanggungjawab mewujudkan keamanan, peraturan dan ketenteraman untuk
kesejahteraan rakyat.
b. Hak raja
· Sistem monarki mutlak dihapuskan dan digantikan dengan sistem monarki
berperlembagaan.
· Raja diberi kuasa pengampunan.
· Raja berkuasa membubarkan Dewan Perundangan walaupun tanpa persetujuan kabinet.
· Raja berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perudangan tetapi
Dewan Perundangan berkuasa untuk menolak pembatalan tersebut.
· Raja berkuasa mengisytiharkan Darurat tetapi mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya
seorang menteri.
c. Hak Dewan Perundangan
· Demokrasi berparlimen akan diwujudkan di mana sebuah Dewan Perundangan akan diwujudkan.
· Dewan Perundangan akan mempunyai 156 orang ahli dan raja berkuasa untuk melantik ½
daripada ahli dewan sehingga pilihanraya diadakan.
· Parti Rakyat Pimpinan Pridi Panamyong diberi kuasa menubuhkan kerajaan sementara sehingga
kerajaan berdasarkan perlembagaan beru dibentuk.
· Pilihanraya umum akan diadakan 4 tahun sekali. Calon-calon yang bertanding mesti berbangsa
Siam, berumur 23 tahun ke atas, tinggal di kawasan mengundi dan mempunyai tingkat pelajaran yang
ditetapkan.

Kesimpulan
Revolusi Siam 1932 telah menamatkan pemerintahan sistem monarki mutlak. Politik Siam yang
seterusnya telah memperlihatkan persaingan antara golongan tentera dan parlimen (ahli-ahli politik)
untuk memegang teraju kerajaan. Revolusi Siam 1932 merupakan peristiwa penting dalam sejarah
Siam kerana ia telah membawa banyak perubahan. Revolusi Siam 1932 juga menunjukkan
kecenderungan golongan nasionalis untuk mengubah institusi pemerintahan yang ada kepada
institusi pemerintahan yang lebih membawa keuntungan kepada negara dan rakyat.