Sie sind auf Seite 1von 5

CIRI-CIRI PENGUCAPAN YANG BAIK

Satu perucapan yang menggunakan komunikasi antara satu sama lain lebih dikenali
sebagai pengucapan awam atau ia boleh ditakrifkan sebagai penyampaian maklumat dari
individu kepada individu yang lain penyampaian maklumat seperti ini seharusnya mempunyai
tujuan dan motif untuk menyampaikan maklumat mereka agar maklumat seperti ini tidak
seharusnya disalah gunakan atau disalah fahamkan .

Dalam apa-apa penulisan dan pengucapan pasti ada cara dan formatnya yang
tersendiri. Begitu jugalah teks ucapan mempunyai formatnya yang tersendiri. Seperti kita
sedia maklum bahawa teks ucapan yang berkesan terdiri kepada empat komponen yang kuat
iaitu Kata-kata aluan , pendahuluan , isi-isi penting yang bakal dibentang dan dikupas satu
persatu dan yang terakhir sekali adalah penutup yang merangkumi kesimpulan mengenai
sesebuah topik ucapan . Dalam menghuraikan setiap komponen ini agar kita dapat lihat
dengan lebih jelas lagi apakah yang dimaksudkan sebuah pengucapan yang baik
sehinggakan bakal mempengaruhi pendengar yang mendengar ucapan tersebut.

Sebagai pengucap yang baik seharusnya kita mengikut protokol yang telah disediakan
oleh pihak majlis . Apakah yang dimaksudkan dengan protokol majlis ? Protokol majlis adalah
gelaran yang bakal diberikan kepada pendengar yang setia menemani kita di atas misalnya
bahagian ini dimulakan dengan ucapan terima kasih , syukur kepada ilahi , saudara atau
saudari majlis diikuti dengan tetamu yang terhormat ,tetamu terhomat dipanggil mengikut
pangkat yang telah dikurniakan kepada mereka misalnya Datuk,Datin, Tan sri dan
sebagainya. Jika tetamu terhormat itu merupakan Perdana Menteri , maka panggilan yang
lebih sesuai adalah yang amat berhormat . Namun jika tetamu kita merupakan seorang
pegawai kerajaan yang berpangkat seharunya panggilan yang lebih sesuai diberikan adalah
seperti yang berbahagia .

Namun tidak ketinggalan juga kepada para tetamu yang tidak mempunyai pangkat
atau gelaran seharusnya tetamu yang diundang ke majlis seperti akan diberi gelaran hadirin
dan hadirat yang dikasih sekalian . Hal ini kerana, melalui kata-kata alauan seperti ini ia
membuatkan para tetamu kita lebih merasakan diri meraka lebih dihargai dengan panggilan
yang baik dan manis. Sejurus itu dengan adanya protokol majlis seperti ini ia bakal
membuatkan sesebuah majlis itu kan berjalan dengan lebih lancar dan teratur sekiranya
pengucap itu lebih peka mengenai sesebuah majlis yang bakal disampaikan. Oleh itu
seharusnya pengucap yang baik akan melakukan penyelidikan terlebih dahulu mengenai
sesebuah majlis yang bakal dihadiri.

Seterusnya , beralih pula kepada pendahuluan. Pendahuluan boleh didefinisi satu


permulaan pembuka kata bagi memberi penjelasan terhadap sesuatu topik, terdapat pelbagai
cara bagi memulakan sesuatu ucapan. Ucapan bukan sahaja boleh dimulakan dengan
ucapan terima kasih tetapi ia juga boleh dimulakan dengan imbasan pengalaman , pantun ,
sajak , kisah mengenai sesuatu topik yang bakal disampaikan dan sebagainya. Pendahuluan
mengenai imbasan kenangan boleh dikatakan dengan mulanya pendahuluan dengan
imbasan pengalaman selalunya yang dibuat oleh seseorang tokoh yang telah berjaya
mencipta nama atau mengharumkan nama negara. Pendahulan dengan imbasan
pengalaman ini sebenarnya dapat mendekatkan lagi pengucap dengan pendengar bahkan ia
juga boleh mengingatkan para pendengar dan jasa yang telah ditaburkan kepada kita
mahupun negara MALAYSIA.

Manakala permulaan dengan pantun , pantun merupakan puisi tradisional yang boleh
digunakan bagi memulakan sesuatu ucapan . Pada hari ini kita sering kali terdengar sesuatu
ucapan yang dimulankan dengan pantuan antara pantun yang sering kali kita dengar bagi

memulakan sesuatu ucapan adalah seperti berikut ;

Sirih berlipat sirih pinang ,


Sirih dari Pulau Mutiara ,
Selamat datang kami ucapkan
Awal bismilah pembuka bicara.
Sayang Kumbang mencari makan,
Terbang seiring ditepikali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu ilahi.

Pantun seperti ini sering kali kita dengari bagi memeriahkan lagi majlis . Hai ini kerana pantun
ini dapat membuatkan kita lebih menghargai bahasa dan ia juga boleh memartabatkan lagi
bahasa kebangsaan kita bak kata pepatah “ Tak basah dik hujan tak lekang dik panas”.
Pendahuluan juga boleh dikatakan sebagai sesuatu permulaan tajuk bagi menegaskan topik
yang bakal di sampaikan .Oleh itu sebagai pengucap yang baik seharusnya akan memberi
penerangan mahupun definisi mnegenai tajuk yang bakal disampaikan ini kerana ia dapat
memudahkan para pendengar lebih memahami mengenai tajuk yang bakal disampaikan

Seterusnya, bagai sesebuah ucapan yang mantap dan baik seharunya isi yang bakal
disampaikan adalah isi yang kukuh dan mempunyai fakta yang tepat dan bukannya auta
semata-mata .Isi bagi sesuatu ucapan yang baik sekurang-kurangnya tiga sehingga empat isi
yang penting melalui isi ini pengucap seharusnya mengupas ini ini dengan lebih mendalam
.sebelum menyapaikan sesuatu tajuk seharunya pengucap seharusnya membuat kajian atau
peneylidikan mengenaiyang akan disampaikan Hal ini kerana sekiranya penyampai tidak
membuat kajian mengenai tajuk yang bakal disampaikan ia akan menyebabkan penyampaian
info yang salah dan ia bakal menyebabkan salah faham antara satu pihak kepada pihak yang
lain.

Bagi sesuatu isi yang mantap seharusnya formula ICU seharunya digunakan bagi
memudahkan lagi pengucap danmelancarkan lagi pengucap, apakah yang dimaksudkan
dengan ICU ? ICU adalah ringkasan bagi I= isu C = contoh dan akhir sekali U = ulasan
sekiranya pengucap memahami konsep ICU ini ia memudahkan lagi pengucap bagi
menyampaikan isi mereka dengan lebih lancar dan mudah. Setiap isi yang di sampai
seharunya mempunyai kaitan mengenai tajuk yang dibentang hal ini kerana kita sering kali
terdengar pengucapa sering kali melakukan kesalahan mengenai tajuk yang disampaikan hal
ini bakal menjejaskan penyampaian mereka dan menyebabkan para pendengar bosan dan
keliru mengenai tajuk yang disampaikan.

Sesuatu ucapan yang baik seharunya tidak mempunyai intonasi yang sama serta
mimik muka yang tidak menunjukkan reaksi kepada tajuk . Bagi menghidupkan sesuatu topik
seharunya penyampai menjiwai tajuk tersebut dengan baik serta menyampaikan tajuk itu
dengan intonasi yang naik turun dan mimik muka bagi meyakinkan orang yang mnedengar .
Hal ini kerana intonasi suara dan mimik muka juga memainkan peranan yang penting bagi
meyakinkan para pendengar dengan tajuk yang disampaikan . Sekiranya pengucap tidak
berjaya menghidupkan suasana dengan asas seperti ini ia akan menyebabkan suasana
sesuatu majlis ucapan kelihatan seperti suram dan tiada warna bahasa. Selain itu juga, gerak
badan turut menjadi salah satu cara bagi menegaskan lagi topik yang ini kita sampaikan
gerak badan yang menarik mampu menarik lagi perhatian penonton agar menjadi lebih fokus
terhadap penyampai kita. Sekiranya gerak badan yang mendatar boleh menyebakan
penonton beralih arah dari mendengar hujahan kita yang ingin disampaikan .

Disamping itu, untuk menjadi penyampai yang baik seharusnya penyampai membuat
persediaan dengan lebih awal . Hal ini bagi mengelakkan kesilapan semasa percakapan yang
bakal disampaikan , seperti kita sedia maklum setiap pernyampaian bakal menenpuhi satu
proses yang sanggat menakutkan iaitu GUGUP atau lebih dikenali sebagai GEMENTAR
perasaan seperti ini sering kali dirasakan oleh setiap penyampai yang bakal berucap diatas
pentas oleh itu untuk menjadi penyampai yang baik seharunya persediaan melalui mental
harus dikuatkan agar perasaanseperti ini dapat di tepis dengan sebaik mungkin.

Bagi mewarnai sesuatu ucapan yang baik kata-kata seperti kata kiasan , peribahasa
dapat digunakan bagi menampakkan lagi warna warni sesuatu ucapan . Namun sebagai
pengucapan yang baik seharusnya tidak terlalu menghafal teks dengan terlalu banyak ini
kerana ia bakal menyebakan penyampaian menjadi bosan oleh kerana terlalu mengikut teks.
Penggunaan bahasa yang betul turut memainkan peranan yang penting ini kerana bahasa
yang betul dapat menampakkan lagi kepetahan seseorang penyampai itu bermain dengan
bahasa-bahasa baku yang pada hari ini semakin dilupakan oleh kerana penularan bahasa
luar yang kini telah menghakiskan lagi bahasa ibunda kita yang sebetulnya.
Akhir sekali , penutup ucapan dikenali sebagai pengakhirkan kata dimana pada saat ini
segala harapan ,tujuan , hasrat yang telah disampaikan oleh penyampai dapat direalisaikan
dengan baik serta dapat membuka mata pendengar agar dapat berubah menjadi lebih baik
agar. Penutup ini seharusnya merangkumi kesemua isi yang telah disampaikan bersama ICU
yang kukuh dan tepat. Bagi pengakiran kata tidak semestinya berakhir dengan sekian
Assalamualikum namun ia juga dapat diakhiri dengan pantun yang cantik , sajak, kata
kiasan , syair, mahupun lagu. Pengakiran seperti ini dapat memantapkan lagi ucapan
pengucap sehinggakan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pendegar .

Oleh itu, untuk penyampai yang baik seharusnya mempunyi sifat keterbukaan , petah
berkata-kata ,pandai bermain dengan ayat dan bijak mengawal situasi majlis agar para
pendengar tidak menjadi bosan dengan ucapan yang kita berikan .

Das könnte Ihnen auch gefallen