Sie sind auf Seite 1von 2

LAPORAN CATATAN KEMAJUAN M 2

IPG KAMPUS DARULAMAN,


06000 JITRA, KEDAH.

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

NAMA PELAJAR ZAWANAH IZZATI BINTI MISRAN

KURSUS DAN AMBILAN PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN JUN 2014

MINGGU PRAKTIKUM 2

TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN 25 FEBRUARI 2018 – 1 MAC 2018

TAJUK JURNAL MURID TIDAK MENGHORMATI GURU

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Untuk menangani masalah ini, saya telah mengenal pasti beberapa cara untuk
mengubah tingkah laku mereka yang tidak menghormati guru ini. Antara cara-cara yang
dapat saya cadangkan ialah :

a) Mengenali mereka dengan lebih dekat.


b) Mengasingkan murid-murid yang sering bercakap agar tidak duduk berdekatan.
c) Mengenalpasti murid yang tidak menghormati guru dan memanggil mereka untuk
datang ke sesi kaunseling
LAPORAN CATATAN KEMAJUAN M 2

BUTIRAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

Hasilnya, saya berjaya mendekati murid-murid yang dikenalpasti sering tidak


menghormati guru ini dengan lebih dekat dan menghafal nama mereka agar mudah
untuk saya memanggil mereka setiap kali mereka bertingkah laku tidak menghormati
guru dan rakan lain. Saya juga sering memanggil nama mereka untuk menjawab soalan
apabila mereka mula bercakap dengan rakan lain. Dalam sesi kaunseling kelompok, saya
cuba menyelami diri setiap murid dan meneroka punca mereka tidak menghormati
guru. Saya juga menjalankan aktiviti Tengkolok Saya dan meminta murid yang sering
bercakap dalam kelas untuk memakai tengkolok itu supaya mereka boleh merasai
perasaan seorang cikgu apabila murid tidak memberi perhatian dan tidak menghormati
guru.

Usaha-usaha ini telah mendidik murid tersebut untuk menghormati cikgu


terutamanya cikgu yang mengajar di dalam kelas. Secara keseluruhannya, isu tingkah
laku murid yang tidak menghormati guru di sekolah ini tidaklah begitu kritikal dan masih
boleh diubah. Murid-murid di sekolah ini juga tidaklah semuanya begitu dan hanya
segelintir sahaja. Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling,
saya berusaha untuk mengubah sikap yang tidak baik ini kerana saya tidak mahu
berlakunya perkara seperti pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”,
terutamanya apabila ada pihak luar datang ke sekolah. Saya berusaha untuk
mengelakkan daripada wujudnya persepsi yang negatif terhadap sekolah ini daripada
pihak luar.

Das könnte Ihnen auch gefallen