Sie sind auf Seite 1von 5

JURNAL AMALAN PROFESIONAL PRAKTIKUM 2 / INTERNSHIP

PRAKTIKUM 2 / INTERNSHIP

SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS

06000 JITRA KEDAH

JURNAL AMALAN PROFESIONAL

MINGGU KETIGA

04 MAC 2018 – 08 MAC 2018

NAMA PELAJAR ZAWANAH IZZATI BINTI MISRAN


KURSUS DAN AMBILAN PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN JUN 2014
TEMPOH PRAKTIKUM 12 MINGGU
PENGKHUSUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENSYARAH PENYELIA PUAN ZURAIDA BINTI AHMAD
(BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
ENCIK ZAINOL RASHIDI BIN MD NOOR
(PENDIDIKAN KESIHATAN)
GURU PEMBIMBING PUAN NOR HAYATI BINTI IBRAHIM
(BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
ENCIK SHAMSUL BIN ROBIDI
(PENDIDIKAN KESIHATAN)
JURNAL AMALAN PROFESIONAL PRAKTIKUM 2 / INTERNSHIP

TAJUK : MURID TIDAK MEMPUNYAI MOTIVASI UNTUK BELAJAR

1.0 PENGENALAN

Kemajuan negara dan bangsa bergantung kepada pencapaian cemerlang dalam bidang
pendidikan di samping kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Pencapaian
cemerlang dalam bidang pendidikan akan memberi sumbangan yang bermakna kepada
kemerdekaan bangsa dan negara yang telah dinikmati sejak berpuluh tahun lalu.
Kemerosotan dan kehilangan minat belajar di kalangan murid sekolah rendah,
menengah dan juga di pengajian tinggi semakin membimbangkan. Hal ini perlu
dipandang serius kerana ia akan meninggalkan kesan besar bukan sahaja ke atas masa
hadapan murid bahkan ia juga akan menjejaskan pembangunan bangsa dan negara.

2.0 MASALAH

Setelah berada di sekolah ini selama tiga minggu, saya mendapati bahawa
murid-murid di sekolah ini terutamanya murid di kelas belakang tidak mempunyai
motivasi untuk belajar. Hal ini diperolehi hasil daripada borang soal selidik yang saya
edarkan kepada murid-murid. Kebanyakan murid-murid mempunyai masalah dari segi
akademik kerana faktor-faktor seperti tiada motivasi. Saya memerhatikan bahawa
murid-murid ini kurang mahu belajar kemahiran-kemahiran baru. Masalah lain yang
saya hadapi apabila masuk ke kelas terutamanya kelas sederhana dari segi akademik
adalah mereka suka bercakap ketika guru sedang mengajar.

3.0 ANALISIS MASALAH

Saya berpandangan bahawa murid-murid ini tidak berminat untuk belajar disebabkan
beberapa faktor. Faktor pertama adalah kurangnya motivasi. Murid-murid yang lemah
dalam akademik selalunya kurang diberi perhatian berbanding murid-murid yang
cemerlang dalam akademik. Tindakan guru yang selalu memarahi murid apabila murid
melakukan kesalahan juga akan menyebabkan murid hilang motivasi untuk belajar.

Faktor kedua pula adalah faktor keluarga. Selepas bercakap dengan beberapa
orang murid di sekolah ini, saya mendapati bahawa kebanyakan murid-murid yang tidak
minat untuk belajar ini adalah murid-murid yang kurang mendapat perhatian keluarga
seperti ibu bapa terlalu sibuk. Di samping itu, kemewahan yang dimiliki juga telah
JURNAL AMALAN PROFESIONAL PRAKTIKUM 2 / INTERNSHIP

menghakis minat dan kesungguhan belajar murid-murid. Anak-anak masakini rata-


ratanya tidak melalui zaman payah sebagaimana yang dilalui olehpara ibu-bapa mereka.

Antara faktor yang menyebabkan hal ini berjuga juga adalah kebanyakan pelajar
menganggap belajar sebagai satu proses biasa yang akan dilalui oleh mereka yang
berada di dalam peringkat umur tersebut dan mereka tidak menganggap belajar adalah
satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Di samping itu,
pengaruh rakan sebaya juga memberi kesan kepada sikap negatif yang tidak
memandang berat kepada pelajaran. Ramai anak-anak muda masa kini mempunyai
kecenderungan yang tidak berfaedah, membuang masa dan mengamalkan budaya
melepak.

4.0 CADANGAN

Untuk menangani masalah ini, saya telah mengenal pasti beberapa cara untuk
meningkatkan kesedaran mereka tentang pentingnya pembelajaran dalam kehidupan.
Antara cara-cara yang dapat saya cadangkan ialah :

a) Memberi peneguhan kepada murid seperti pujian, motivasi, hadiah dan lain-
lain.
b) Memberi kesedaran kepada murid tentang tujuan mereka datang ke
sekolah.
c) Mendedahkan kisah-kisah orang yang berjaya kepada murid.
d) Memberi peluang kepada murid yang lemah untuk merasai kejayaan
walaupun sebuah kejayaan yang kecil.
e) Mendekati murid-murid dengan lebih dekat dan mengenalpasti masalah
mereka.

5.0 TINDAKAN SUSULAN

Bagi melaksanakan cadangan ini, saya akan mendekati murid-murid dengan lebih dekat
untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh murid. Apabila telah
mengetahui masalah murid, maka mudahlah untuk saya memikirkan langkah yang boleh
saya ambil untuk membantu mereka.
JURNAL AMALAN PROFESIONAL PRAKTIKUM 2 / INTERNSHIP

Selain itu, saya juga akan cuba melaksanakan sistem ganjaran di dalam kelas
Pendidikan Kesihatan yang saya ajar untuk meningkatkan motivasi murid dalam
melakukan aktiviti. Di dalam kelas juga, saya perlu berusaha untuk mengelakkan
daripada bersikap terlalu garang terhadap murid kerana saya merasakan bahawa guru
yang sering memarahi murid akan menyebabkan murid berasa rendah diri dan hilang
keyakinan diri.

Semasa melalukan bimbingan kelas, saya juga boleh memberi kesedaran kepada
murid-murid tentang masa hadapan mereka. Saya akan cuba menyedarkan mereka
bahawa tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk belajar dan menjadi insan yang
berguna satu hari kelak serta berbakti kepada ibu bapa dan negara. Bagi memberi
kesedaran ini, saya akan menggunakan kisah-kisah orang yang berjaya kepad murid agar
murid menyedari bahawa semua orang boleh berjaya jika adanya usaha yang gigih dan
tidak putus asa.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya merasakan bahawa hal ini perlu dipandang serius kerana
jika dibiarkan berlarutan, ia akan menjejaskan diri murid dan juga sekolah. Sebagai
seorang guru di sekolah, murid-murid merupakan tanggungjawab guru. Guru boleh
diibaratkan sebagai pencorak masa depan murid. Oleh itu, guru merupakan insan yang
sangat penting dalam mencorak minat murid untuk belajar. Murid akan berminat untuk
belajar apabila guru sentiasa peka terhadap keperluan mereka dan bersikap adil
terhadap semua murid. Layanan yang adil terhadap semua murid akan menyebabkan
murid rasa dihargai dan secara tidak langsung akan meningkatkan motivasi mereka
untuk belajar.
JURNAL AMALAN PROFESIONAL PRAKTIKUM 2 / INTERNSHIP

ULASAN GURU PEMBIMBING ULASAN PENSYARAH PENYELIA

TANDATANGAN : TANDATANGAN :

NAMA : NAMA :

TARIKH : TARIKH :

Das könnte Ihnen auch gefallen