Sie sind auf Seite 1von 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMJK Notre Dame Convent, Melaka Kod Sekolah: MEB 2100
1. Nama Guru
2. Judul STEM Integration in K-12 3. Bidang: Pendidikan STEM
Education: Status, Prospects,
and an Agenda for Research
4. Tarikh Pembentangan Tiada 5. Masa: Sept 2018
6. Tempat Pembentangan Tiada
7. Sinopsis
Pendidikan STEM merupakan pendidikan integrasi antara mata pelajaran Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendidikan K-12 di US adalah setaraf dengan
pendidikan sekolah rendah sehingga sekolah menengah yang diamalkan di Malaysia.
Buku tersebut telah melaporkan perkembangan perlaksanaan pendidikan STEM secara
berintegrasi dari sekolah rendah dan secara beransur-ansur sehingga ke peringkat sekolah
menengah. Pelaporan hasil analisis daripada kajian-kajian yang telah dijalankan telah
membuktikan keberkesanan amalan pendidikan STEM.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Setelah membaca buku ini, guru memperoleh manfaat dari segi:
 Pendidikan STEM bukan hanya merujuk kepada pendidikan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik secara solo atau berasingan. Di sebaliknya, STEM
merujuk kepada pendidikan STEM secara berintegrasi antara keempat-empat mata
pelajaran.
 Pendidikan STEM sepatutnya lebih mementingkan konsep hidup sebenar, aplikasi,
‘hands on’ dan ‘minds on’. Penghafalan fakta-fakta sains tidak lagi sesuai dengan
perkembangan abad sekarang yang mampu memperoleh maklumat dengan hanya
satu klik dari ‘internet’.
 Perlaksanaan pendidikan STEM secara integrasi dijangka juga sesuai dan mampu
mendatangkan manfaat untuk anak-anak Malaysia.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Pengajaran sains dan matematik merupakan subjek teras bagi pelajar sejak sekolah rendah.
Tembok sempadan yang diwujudkan antara kedua-dua subjek digalakkan dihapuskan.
Pelajar boleh dan mampu mengaplikasikan kedua-dua kemahiran dalam menyelesaikan
tetapan pembelajaran secara ‘project-base learning’ (PBL). Pembelajaran bukan semata-
mata berdasarkan penghafalan fakta-fakta, tetapi lebih kepada aktiviti penyelesaian
masalah yang berkait rapat dengan kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Das könnte Ihnen auch gefallen