You are on page 1of 1

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,


Terima kasih saudara dan saudari pengacara majlis,
Yang Berbahagia En. Roslan Bin Hamid, Penolong Pengarah Logistik, Pusat
Kokurikulum Kuala Lumpur,
Barisan Guru Pengiring,
Para peserta yang diraikan serta hadirin yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Unit
Beruniform SK Menjalara 2017 sambutan penuh mesra dan meriah ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama warga Pusat
Kokurikulum Kuala Lumpur khususnya, AJK yang terlibat dan guru-guru SK Menjalara
dalam menjayakan perkhemahan ini yang telah berlangsung selama 2 hari 1 malam
bermula sejak hari Sabtu yang lalu. Secara peribadinya, saya amat berpuas hati dan
bangga dengan komitmen semua pihak yang bersama-sama menjayakan perkhemahan
tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan
perkhemahan ini berjalan dengan lancar.

Salah satu tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aspirasi dan inspirasi
jabatan agar matlamat melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing dan berdisiplin
tinggi akan terlaksana. Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yang
diceburi. Segala pengalaman yang anda lalui selama 2 hari 1 malam di sini adalah untuk
tujuan pendidikan dan pembangunan kerjaya sebagai seorang pelajar. Saya percaya,
peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu secara teori dan praktikal untuk
membolehkan kita menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya bagi pihak sekolah mengucapkan syabas dan
tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan program perkhemahan unit beruniform SK Menjalara pada tahun ini.
Dengan lafaz “bismillahhirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis
Penutupan Perkhemahan Unit beruniform SK Menjalara tahun 2017.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.