You are on page 1of 11

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

PROGRAM PELANCARAN TUISYEN RAKYAT


SMK SERI PINANG TAHUN 2017

TARIKH: 30 OKTOBER 2017


MASA: 10.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SERI PINANG

BIL ATURCARA SKRIP CATATAN


1 Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Dr Adham Baba, Ketua UMNO
Pengumuman Bahagian Tenggara Merangkap ADUN Pasir Raja, dengan diiringi Yang Berusaha
perarakan masuk Tn Hj Norhaimi Bin Hj Abdullah, Pengetua SMK Seri Pinang serta barisan
VIP pentadbir.Hadirin diminta berdiri

2 Nyanyian lagu Lagu negeri Johor


negeri Johor & Lagu Sekolah
lagu sekolah ************************( hadirin dipersilakan duduk)**********************

1
Assalamualaikum W.B.T,
Kata- kata aluan Salam Sejahtera dan
pengacara Salam Kulai Gemilang

Yang Berhormat
Dato’ Dr Adham Baba,
Ketua UMNO BahagianTenggara, merangkap ADUN Pasir Raja,
Yang berusaha Tn Haji Norhaimi Bin Haji Abdullah
Pengetua SMK Seri Pinang,
Yang Dihormati Pn Hajjah Faridah Bt Bujang,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Pinang,
Yang Dihormati En Zainol B Ahmad,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seri Pinang,
Yang Dihormati Encik Sadali Bin Bostam,
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seri Pinang,
Guru-guru Kanan Matapelajaran,kaunselor-kaunselor, guru- guru cemerlang,
guru- guru dan seterusnya rakan pelajar yang dihormati sekalian.

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinNya,kita masih berpeluang untuk


bersama-bersama berkumpul dalam majlis pelancaran HELP Tuisyen 2017 pada
hari ini

2
3 Kalau pergi Tanjung Keramat
Bacaan doa Anak manis jangan di angkat,
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin sekalian,
Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
dengan sukacitanya ingin mempersilakan Al Fadil Ustaz Mohd Nor Bin Tukiman
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
-Bacaan doa-
Amin ya Rabbal Alamin.Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nor Bin
Tukiman

3 Ucapan pengetua Hadirin sekalian,


Majlis akan dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Norhaimi Bin
Hj Abdullah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Norhaimi Bin Hj Abdullah atas
kesudian menyampaikan ucapan

3
Ucapan perasmian Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi

Hadirin sekalian,
Tanpa membuang masa, majlis seterusnya mempersilakan YB Dato’ Dr Adham
Baba, Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap ADUN Pasir Raja untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pelancaran HELP
Tuisyen 2017
3 Hadirin diminta berdiri
Mengumumkan Mengumumkan ketibaan:
ketibaan Y.B Ahli
Parlimen Bera Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar
YB Dato’ Seri Ismail dan Wilayah, merangkap ahli Parlimen Bera, dan diiringi
Sabri Bin Yaakob Yang Berusaha, En Baharum Bin Hj Samat, Tn Pegawai Pendidikan Daerah Bera,

4 Aluan pengerusi 1. Yang Berhormat, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan
majlis Luar Bandar dan Wilayah, merangkap ahli Parlimen Bera.

4
2. Yang Berbahagia, Dato Zahida Zarik Khan, Pengerusi Yayasan Pelajaran
Mara (YPM),
3. En Baharum Bin Haji Samat, AAP , Pegawai Pendidikan Daerah Bera

4. En Kamaruddin Bin Awang, Pengarah MARA Negeri Pahang

5. Pn Azlina Azma Bt Mohd Azmi, Pegawai Seranta YPM Pahang

6. Pn. Salmiah binti Ab RahmanKetua Pergerakan Puteri UMNO Bhgn Bera.


7. Pegawai – pegawai daripada Yayasan Pelajaran MARA Pahang,
8. Pegawai-pegawai MARA Negeri Pahang
9. Barisan para pegawai pelajaran Daerah Bera,
10. Pegawai dan kakitangan UMNO bahagian Bera
11. Yang diPertua PIBG SMK Mengkarak
12. En Ahmad Badrul Sani bin Baharudin ( penceramah jemputan drpd
Nukilan Publication)
13. Barisan Guru-guru Penolong Kanan
14. Barisan guru-guru sekolah Daerah Bera
15. ibu bapa, para pelajar serta hadirin yang dikasihi sekalian

5
Ulik mayang nyanyian asli,
Dilagu si gadis merdu sekali,
terima kasih sekalung budi,
sudi datang ke majlis merai.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam


1Malaysia dan selamat datang kepada para hadirin sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya
dapatlah kita melancarkan PROGRAM TUISYEN RAKYAT – anjuran Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Yayasan Pelajaran Mara pada ptg yang
berbahagia ini.

5 Nyanyian lagu Hadirin diminta bersedia dan berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku.
negaraku - LAGU NEGARA KU-

Hadirin diminta mengambil tempat. Terima kasih.


6 Ucapan Aluan tuan Sudilah Tuan jalan berlapan,
PPD Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah Tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

6
Hadirin sekalian,
Seterusnya, majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan, Yang Berusaha, En
Baharum Bin Haji Samat, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Bera untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-UCAPAN-

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan PPD atas ucapan
aluan beliau sebentar tadi.
7 Ucapan Perasmian
YB Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Sri


Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, merangkap
ahli Parlimen Bera untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Program Tuisyen Rakyat bagi tahun 2017.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput & mempersilakan.
- UCAPAN YB-

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan perasmian oleh Yang
Berhormat Dato’ Sri.

7
Semoga apa yang disampaikan oleh beliau akan menyuntik semangat para pelajar
untuk terus menggembleng usaha serta tenaga bagi menggenggam kejayaan
akademik yang lebih gemilang.

Kini majlis turut menjemput Yang Berusaha En Baharum Bin Hj Samat, Tuan
Pegawai Pendidikan Daerah serta Yang Hormat Dato Zahida Zarik Khan, Pengerusi
Yayasan Pelajaran MARA tampil ke atas pentas bagi gimik pelancaran yang akan
berlansung sebentar lagi. Dipersilakan.
-GIMIK PELANCARAN-
8 Penyampaian tag Terbang tinggi si burung helang
serta cenderamata Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cerdik negara terbilang
Moga tercapai puncak kecemerlangan.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyerahan tag nama serta sijil pelantikan tenaga
pengajar kepada para guru pembimbing tuisyen dan tag nama kepada para
pelajar.
Majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan
Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob, bagi menyempurnakan majlis.

Majlis menjemput wakil guru pembimbing tuisyen iaitu Pn Khamisah Bt Abdul


Khalid.

8
Dipersilakan.

Seterusnya, majlis menjemput pelajar yang mewakili setiap sekolah menengah


Daerah Bera untuk tampil untuk menerima tag nama tersebut.
Dipersilakan wakil pelajar dari
1. SMK Mengkarak
2. SMK Seri Bera
3. SMK Bandar Bera 32
4. SMK Bandar Kerayong
5. SMK Triang
6. SMK Kemayan
7. SMK Bukit Mendi
8. SMK Tembangau
9. SMK Triang 3
10. SMK Purun

14 Penyampaian Seterusnya, majlis menjemput En Baharum Bin Hj Samat, Tuan Pegawai Pendidilan
cenderamata Daerah Bera untuk menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat, Yang
kepada perasmi Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih.

-PENYAMPAIAN CENDERAHATI-

9
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan PPD atas penyampaian
cenderahati sebentar tadi. Majlis turut merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berhormat Dato’ Sri, atas kesudian menyempurnakan majlis.

15 Jamuan VVIP dan Hadirin yang dihormati sekalian, kita telahpun tiba di penghujung majlis
ibu bapa Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah Program Pelancaran Tuisyen Rakyat –YPM bagi tahun 2107.
Semoga pelajar akan mendapat ilmu serta dorongan untuk menggapai
kecemerlangan. Renungilah kata-kata seorang cendekiawan:

“ Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit,


namun rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. “

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua hadirin di atas kerjasama yang telah diberikan.
Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Kami selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa pelaksana program ingin


memohon maaf di atas segala kekurangan,tersalah kata mahupun tersilap bicara

10
sepanjang majlis berlangsung. Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan.
Wabillahitaufiq… Sekian, terima kasih.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan
Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob,
ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan ringan diiringi oleh tetamu-tetamu
kehormat. Majlis turut menjemput guru-guru, ibu bapa serta penjaga dan pelajar
tuisyen YPM ke kantin sekolah. Manakala para pelajar SMK Mengkarak akan
menikmati jamuan di dalam Dewan Semarak.
Dipersilakan

Teks disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................ ......................................
(FAZLIAWATI BINTI MAHAYUDDIN ) (PUAN NINA BT BAKAR)
Pengacara TUISYEN YPM 2017 GURU PENOLONG KANAN 1
b/p Pengetua, SMK Mengkarak

11