Sie sind auf Seite 1von 30

PENULISAN LAPORAN KAJIAN TUGASAN (50%)

Isu: Kesedaran mengenai alam sekitar masih kurang di Malaysia terutamanya di peringkat rendah
dan ini sekaligus menjejaskan kepekaan tingkah laku mereka terhadap alam sekitar.

Topik kajian:

Kajian Mengenai Pengetahuan dan Amalan Hijau dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran amalan alam sekitar dalam kalangan
pelajar-pelajar sekolah rendah. Kajian ini melibatkan 100 orang murid (berumur 10 hingga 12
tahun) di empat buah sekolah rendah di daerah Kuala Lipis, Pahang. Terdapat dua instrument
soal selidik yang digunakan yang pertama soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 yang digunakan
untuk mendapatkan maklum balas iaitu dari sangat setuju hingga sangat tidak setuju dan kedua
berskala Likert 1 hinga 3 iaitu kerap, kadang-kadang, tidak pernah. Pemboleh ubah amalan alam
sekitar yang dikaji adalah pengetahuan amalan hijau di dalam kehidupan seharian. Pemboleh
ubah pengetahuan terdiri daripada empat sub pemboleh ubah, iaitu pengetahuan penjimatan
tenaga elektrik, pengetahuan penjimatan air, pengetahuan menjaga alam sekitar dan
pengetahuan amalan Recycle, Reduce, Reuse (3R). Sub pemboleh ubah amalan hijau terdiri
daripada amalan penjimatan tenaga elektrik, amalan penjimatan air, amalan menjaga alam
sekitar dan amalan 3R.

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan amalan hijau murid adalah tinggi. Sebaliknya,
tahap pemboleh ubah amalan hijau, bagi keempat-empat sub pemboleh ubah (amalan
penjimatan elektrik, amalan penjimatan air, amalan penjagaan alam sekitar dan amalan 3R)
adalah berada pada tahap sederhana. Analisis hubungan antara pemboleh ubah kajian
menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara pengetahuan penjimatan
tenaga elektrik, pengetahuan penjimatan air dan pengetahuan amalan 3R dengan amalan
penjimatan tenaga elektrik dan amalan 3R. Hal ini membuktikan tidak semua pengetahuan
memberi hubungan terhadap amalan penjimatan. Dapatan kajian ini membimbangkan jika tidak
ada usaha penerusan yang konsisten untuk menerapkan kesedaran amalan hijau. Malah pihak
sekolah, ibu bapa dan masyarakat juga turut terlibat memberi contoh teladan amalan hijau yang
betul khususnya dalam konteks penjimatan tenaga, penjimatan air dan amalan 3R.
Pengenalan:

Pembangunan tanpa had kini merupakan sasaran bagi setiap negara membangun tidak
terkecuali negara kita, Malaysia dalam menghadapi alaf globalisasi ini. Pembangunan yang
semakin banyak turut menjejaskan kelestarian alam sekitar dan memberikan kesan yang negatif.
Antara isu sejagat yang dibangkitkan kesan daripada pembangunan adalah seperti pencemaran,
perubahan iklim serta pemanasan global dan sumber bahan yang terhad (Haliza 2010). Kegiatan
manusia secara tidak langsung dalam aktiviti pembangunan ini seperti pemusnahan dan
pembasmian hutan untuk tujuan pertanian, pembandaran, perindustrian dan penggunaan
kenderaan bermotor. Kesannya kenaikan suhu dunia telah menyumbang kepada peningkatan
gas rumah hijau di atmosfera yang menyebabkan pemanasan global (Mohammad Ghazi & Haliza
2011). Hal ini juga turut mengakibatkan berlakunya pelbagai bencana alam yang mengancam
kesihatan dan kesejahteraan manusia seperti kemarau, tsunami, banjir dan pencemaran udara
yang mana telah mengorbankan ribuan manusia di seluruh dunia (Grove 2002).

Bukan itu sahaja, masalah pemanasan global menyebabkan pelbagai pihak berlumba-
lumba untuk mengurangkan penggunaan tenaga yang menyumbang kepada gas rumah hijau.
Usaha kerajaan dalam menyokong penggunaan sumber secara mampan dapat dilihat melalui
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Dalam RMK-10 ini, usaha pertumbuhan tenaga boleh
baharu (TBB) sebagai sumber tenaga alternatif telah dipertingkatkan di samping usaha
menggalakkan kecekapan tenaga juga dilaksanakan bagi menyokong peningkatan permintaan
tenaga yang berterusan. Agensi kerajaan di Malaysia yang bertanggungjawab dalam memberi
maklumat atau pendidikan berkaitan jejak karbon adalah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air Malaysia (KeTTHA) yang berfungsi sebagai agensi yang menjana pertumbuhan teknologi
hijau negara. Dasar-dasar teknologi hijau telah dilancarkan di bawah KeTTHA bagi
memperkasakan penggunaan teknologi hijau di Malaysia. Dasar ini merujuk kepada
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan
alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia (KeTTHA 2015).

Justeru, kesedaran menjaga alam sekitar melalui pendidikan merupakan agen perubahan
yang paling berpengaruh dalam masyarakat dalam mempertingkatkan pembangunan mapan dan
memperbaiki keupayaan manusia dalam menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan
(Hanifah et al. 2015; Noraziah & Latipah 2010). Institusi pendidikan seperti sekolah menjadi
saluran utama pendidikan alam sekitar kepada masyarakat yang ada pada hari ini supaya
pengetahuan, kemahiran, nilainilai murni dan tindakan yang betul dalam menangani isu alam
sekitar (Hanifah et al. 2014; Nurul Hidayah Liew 2012). Kanak-kanak di sekolah harus dilibatkan
secara langsung dalam usaha kelestarian alam sekitar kerana kelompok ini juga menerima kesan
krisis tenaga, perubahan iklim dam pencemaran alam sekitar (Boylan 2008; Zyadin et al. 2012)
dan pengetahuan amalan kelestarian golongan awal usia ini amat berpontensi mempengaruhi
amalan mereka pada masa hadapan bersama ibu bapa (Ekström 1995; Garabuau-Moussaoui
2011; Robinson et al. 2011; Zografakis et al. 2008). Pendekatan pendidikan ini berkeupayaan
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat awam terhadap isu-isu alam sekitar ini
untuk generasi yang akan datang seperti yang ditegaskan menerusi konsep pembangunan lestari
(Hanifah 2013).

Tujuan kajian:

Mengetahui bahawa masyarakat semakin kajian ini ingin meneliti sejauh mana murid-murid yang
berada di sekolah rendah berilmu dalam pengetahuan dan mengamalkannya. Untuk mencapai
tujuan tersebut, kajian disasarkan untuk meneliti apakah tahap pengetahuan lestari dan tahap
amalan lestari murid-murid sekolah rendah ini. Seterusnya kajian juga menganalisis perkaitan
hubungan antara pemboleh ubah pengetahuan amalan lestari dan amalan lestari.

Pendidikan dan Kesedaran Amalan Hijau:

Peranan pendidikan sebagai asas untuk mencapai peningkatan kualiti hidup secara umumnya
telah diketahui oleh masyarakat. Pendidikan juga merupakan medium yang penting dalam
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya
(Nurul Hidayah et al. 2013). Pendidikan awal yang diberikan mampu membentuk kumpulan murid
yang peka tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Jika diteliti pada
peringkat umur tujuh hingga sebelas tahun, kanak-kanak berada dalam keadaan tawanan kepada
fenomenologi mereka sendiri kerana corak pemikiran mereka, walaupun menjadi logik, fleksibel
dan teratur, masih terikat kepada objek sebenar, segera atau boleh dilihat (Piaget 1977). Oleh
itu, pada usia ini, kanak-kanak sering meniru semula tindakan serta melihat tingkah laku dan
fikiran orang lain dengan cara yang sama dengan orang dewasa.

Dalam meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar di sekolah, cara yang berkesan
adalah dengan mempraktikkan amalan hijau adalah dalam kalangan warga sekolah.
Pelaksanaan aktiviti boleh dilaksanakan sewaktu kokurikulum yang memberi kesan positif
kepada penglibatan pelajar. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti seperti permainan kuiz alam
sekitar dapat mengajar pelajar bahawa alam sekitar haruslah dijaga bersama. Malah pihak
pentadbir iaitu pengetua berperanan dalam memberi galakan kepada guru dan pelajar untuk
melaksanakan aktiviti kokurikulum yang lebih baik pengisiannya. Dalam konteks kesedaran
amalan hijau, Rohaini (2013) menyatakan bahawa ia merangkumi dua aspek penting iaitu
pengetahuan amalan hijau dan amalan hijau itu sendiri. Secara amnya, pengetahuan yang diukur
merujuk kepada aspek pengetahuan amalan hijau ke arah kelestarian responden berhubung
penjimatan tenaga elektrik, penjimatan air, isu menjaga alam sekitar dan amalan Reuse, Reduce,
Recycle (3R). Amalan 3R merupakan satu kaedah dalam pengurusan sisa untuk mengurangkan
penghasilan sisa pepejal melalui amalan pengurangan (reduce), amalan guna semula (reuse)
dan amalan kitar semula (recycle).

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar
semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Kesedaran mengenai amalan 3R masih sederhana di negara Malaysia. Kajian
melibatkan orang awam telah dilaksanakan oleh Jamilah et al. (2011) bagi menguji tahap
pengetahuan orang awam dalam program kitar semula di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan orang awam terhadap program kitar
semula adalah berada pada tahap sederhana bagi kedua-dua buah negeri. Kajian Seow dan
Indera Syahrul (2010) ke atas penduduk daerah Batu Pahat, Johor mendapati bahawa penduduk
di kawasan kajian mempunyai pengetahuan asas terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan
diguna semula. Penduduk di kawasan kajian kurang mempraktikkan penggunaan tong kitar
semula yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Amalan hijau merupakan amalan mesra alam yang menuju ke arah pembentukan individu
yang bertanggungjawab melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber semula jadi untuk
generasi masa kini dan akan datang. Amalan hijau yang digariskan KeTTHA meliputi enam
kriteria, iaitu jimat tenaga, jimat air, amalan 3R menggunakan produk mesra alam, kafeteria dan
pengangkutan (KeTTHA 2015). Dalam konteks amalan hijau yang dipraktikkan di sekolah, kajian
Stone (2009) berpendapat amalan ini meliputi satu set luas amalan pro-alam sekitar yang
berkaitan dengan mereka bentuk, membimbing dan mengurus bangunan sekolah yang lebih
lestari dan terdiri daripada warga sekolah yang mampu menangani aspek sosial, ekonomi dan
alam sekitar sekolah. Inisiatif yang diambil adalah dengan mengurangkan penggunaan tenaga,
penggunaan air, pengeluaran sisa, pembelian produk yang lestari, perkhidmatan pembersihan
menggunakan pencuci tanpa toksik, kitar semula dan bangunan sekolah yang mengikut piawaian
bangunan hijau.

Hal ini menjelaskan usaha mendedahkan amalan kelestarian iaitu amalan pengurangan
(Reduce), amalan guna semula (Reuse) dan amalan kitar semula (Recycle) dalam pendidikan
sekolah, guru amat memainkan peranan utama. Guru berperanan dalam mendedahkan elemen
alam sekitar dan menerapkan budaya kelestarian (Eriksen 2013; Hanifah et al. 2015; Lampa,
Greculescu & Todorescu 2013; Hagglund & Samuelsson 2009). Penglibatan langsung kanak-
kanak dalam amalan 3R membuktikan kesan yang positif dan kanak-kanak seawal usia empat
tahun memberi reaksi yang positif (Edwards & Cutter-Mackenzie 2011). Malah kajian Braithwaite
(2014) serta Bates dan Tregenza (2007) mendedahkan kanak-kanak yang didedahkan dengan
aktiviti amalan 3R di luar kawasan persekitaran sekolah akan memberi kesan positif dari segi
sikap dan pengetahuan yang diperolehi turut dikongsi bersama ahli keluarga semasa di rumah.

Namun begitu, dapatan kajian lalu mendapati bahawa tahap kesedaran amalan hijau
dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia masih tidak membanggakan. Sebagai contoh kajian
Hanifah dan Muhamad Suhaily Yusri (2016) terhadap 500 orang sampel murid pra sekolah di
daerah Hulu Langat, Selangor mendedahkan amalan kelestarian murid pra sekolah berada pada
tahap sederhana. Kajian Hanifah (2013) terhadap 500 orang murid mendedahkan pengetahuan
dan amalan kelestarian murid tidak seiring, iaitu murid mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi
berhubung kelestarian alam sekitar tetapi dari segi amalan berada pada tahap yang sederhana.
Dapatan kajian ini seiring dengan kajian Saravanan et al. (2013) yang mendapati tahap amalan
penggunaan lestari dalam kalangan 354 orang pelajar di Kluang Johor berada pada tahap
sederhana. Kajian beliau merumuskan bahawa murid masih belum mencapai tahap amalan
penggunaan lestari yang boleh membantu memelihara serta memulihara alam sekitar pada masa
kini dan akan datang.

Metodologi

Kajian ini ingin meneliti tahap kesedaran amalan hijau murid sekolah rendah dan hubungan setiap
pemboleh ubah kajian. Penggunaan soal selidik bagi mendapatkan data telah difokuskan di 4
sekolah rendah daerah Kuala Lipis, Pahang iaitu SK Penjom, SK Clifford, SK Kuala Lanar dan
SK Wan Ibrahim. Sebanyak 100 murid di Tahun 5 dan 6 yang dipilih secara rawak mudah.
Namun, hanya responden yang boleh membaca dipilih untuk menjawab soal selidik.

SOAL SELIDIK

Soal selidik melibatkan dua pemboleh ubah kesedaran amalan hijau iaitu pengetahuan dan
amalan hijau itu sendiri. Bagi pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau, terdiri daripada empat
sub pemboleh ubah iaitu pengetahuan penjimatan tenaga, pengetahuan penjimatan air,
pengetahuan menjaga alam sekitar dan pengetahuan amalan 3R. Setiap sub pemboleh ubah
terdiri daripada lapan item dan jumlah item keseluruhan bagi pemboleh ubah pengetahuan
amalan hijau sebanyak 32 item. Bagi amalan hijau, sub pemboleh ubah hanya terdiri daripada
satu kumpulan yang berkaitan dengan amalan penjimatan tenaga, amalan penjimatan air, amalan
menjaga alam sekitar dan amalan 3R. Sub pemboleh ubah ini terdiri daripada 20 item. Secara
keseluruhannya, terdapat 52 item yang disediakan di dalam kajian ini. Bagi amalan hijau, sub
pemboleh ubah turut terdiri daripada empat kumpulan iaitu amalan penjimatan tenaga, amalan
penjimatan air, amalan menjaga alam sekitar dan amalan 3R. Setiap sub pemboleh ubah terdiri
daripada lapan item dan jumlah item keseluruhan bagi pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau
sebanyak 32 item.

Item-item yang dibina dalam soal selidik ini diubahsuai daripada amalan hijau yang telah
digariskan oleh KeTTHA dan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Item
diukur dalam bentuk Skala Likert lima mata bagi pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau (1-
Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Kurang Setuju, 4-Setuju dan 5-Sangat Setuju) dan Skala
Likert 3 mata bagi pemboleh ubah amalan hijau (1-Tidak Pernah, 2-Kadang-kadang dan 3-
Kerap).

Dapatan Kajian:

Perbincangan dapatan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu meneliti tahap
pengetahuan hijau responden, keduanya meneliti tahap amalan hijau dan akhir sekali
menganalisis hubungan antara sub pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau dengan amalan
hijau menerusi graf histogram.

Analisis dari segi taburan latar belakang responden (Jadual 2) yang melibatkan 42
responden, terdiri daripada 76 orang (76%) bersekola di lokasi bandar, manakala selebihnya 24
orang (24%) bersekolah di lokasi luar bandar.
LOKASI SEKOLAH
Bandar Luar Bandar

24, 24%

76, 76%

Bagi tahun persekolahan responden, seramai 74 orang (74%) murid yang berada pada Tahun 6
dan 26 orang (26%) murid yang berada pada Tahun.

DARJAH
Tahun 5 Tahun 6

26, 26%

74, 74%
Seterusnya, pemecahan responden mengikut jantina, iaitu murid perempuan seramai 32 orang
(32%) dan responden lelaki seramai 68 orang (68%).

JANTINA
Lelaki Perempuan

32, 32%

68, 68%

Pecahan kaum responden pula terdiri daripada empat kaum, iaitu kaum Melayu seramai 84 orang
(86%) diikuti dengan kaum India 5 orang (5%), kaum Cina 2 orang (2%) dan kaum Orang Asli 7
orang (7%).

PECAHAN KAUM
Melayu Cina India Orang Asli

7, 7%
5, 5%
2, 2%

86, 86%
Pengetahuan Amalan Hijau
Analisis tahap kesedaran amalan hijau dalam kalangan murid adalah meliputi dua pemboleh ubah
utama iaitu pengetahuan amalan hijau dan amalan hijau. Pembahagian tahap dalam kajian ini
terbahagi kepada tiga, iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Tahap-tahap
pengetahuan dan amalan akan berpandukan kepada jadual dan rajah histogram.

Jadual 1. Peratusan pengetahuan penjimatan

Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


setuju tahu setuju tidak
(%)
(%) setuju
(%) (%)
(%)

1. Elektik boleh dijimatkan sekiranya lampu dan 80 20


kipas dipadamkan apabila tidak digunakan

2. Elektrik boleh dijimatkan sekiranya peralatan 90 10


televisyen dipadamkan apabila tidak digunakan

3. Elektrik boleh dijimatkan sekiranya dapat 50 40


kurangkan mengecas bateri telefon

4. Elektrik boleh dijimatkan sekiranya tidur tanpa 100


membuka lampu

5. Penjimatan tenaga elektrik tanggung jawab 100


bersama semua pihak

6. Penggunaan peralatan elektrik yang jimat 30 70


tenaga penting bagi mengurangkan kadar
penggunaan elektrik

7. Amalan penjimatan elektrik boleh 20 50 30


menyelamatkan alam sekitar dan bumi kita

8. Penjimatan elektrik adalah penting 40 60


Pemboleh Ubah: Pengetahuan Penjimatan Elektrik
120

100 100
100
90
80
80
70
60
60
50 50
40 40
40
30 30
20 20
20
10
000 000 000 0000
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Sangat setuju Setuju Tidak tahu Tidak setuju Sangat tidak setuju

Rajah 1

Jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan peratusan-peratusan pengetahuan penjimatan elektrik dalam


kalangan pelajar yang menggambarkan tahap kesedaran mereka terhadap alam sekitar. Secara
keseluruhannya, hasil kajian awal mendapati bahawa tahap pengetahuan pelajar adalah pada
peringkat sangat tinggi. Ini dapat dilihat secara keseluruhan bahawa tidak ada seorang pelajar
pun yang menjawab selain daripada sangat setuju dan setuju pada borang soal selidik ini selain
daripada item 7.

Bagi item yang pertama, terdapat 80% pelajar yang sangat setuju dan 20% pula bersetuju
dengan item tersebut. Ini memberi kita kefahaman bahawa para pelajar di sekolah sangat
mengetahui bahawa elektrik dapat dijimatkan sekiranya lampu dan kipas dipadamkan apabila
tidak digunakan. Bagi item kedua, 90% pelajar sangat setuju manakala 10% lagi setuju bahawa
menutup televisyen ketika tidak digunakan dapat menjimatkan elektrik. Untuk item ketiga, hampir
separuh perbezaan yang dilihat antara jawapan setuju (40%) dan sangat setuju (50%) bagi
penyataan elektrik boleh dijimatkan sekiranya dapat kurangkan mengecas bateri telefon. Bagi
item 4 dan 5, kesemua pelajar (100%) bersetuju bahawa elektrik boleh dijimatkan sekiranya tidur
tanpa membuka lampu serta penjimatan tenaga elektrik tanggungjawab bersama semua pihak.
Kefahaman ini mungkin telah diberikan dan dibiasakan oleh ibu bapa mereka. Bagi item 6,
terdapat jurang yang jauh sedikit berbanding dengan item yang lain iaitu 30% menjawab sangat
setuju manakala 70% lagi hanya setuju dengan “penggunaan peralatan elektrik yang jimat tenaga
penting bagi mengurangkan kadar penggunaan elektrik”. Bagi item 7, terdapat 30% daripada
pelajar yang masih tidak tahu akan amalan penjimatan elektrik boleh menyelamatkan alam sekitar
dan bumi. Walaupun begitu, 20% sangat setuju dan 50% setuju mengenai penyataan tersebut.
Bagi item 8, pelajar memahami bahawa penjimatan elektrik adalah penting dimana 40% sangat
setuju dan 60% lagi setuju.

Jadual 2: Peratusan pengetahuan penjimatan air

Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


setuju (%) tahu setuju tidak
(%) (%) (%) setuju
(%)

1. Air boleh dijimatkan sekiranya paip air ditutup 100


apabila tidak digunakan.

2. Air boleh dijimatkan sekiranya penyiraman 64 20 16


tumbuhan yang berlebihan dapat dikurangkan.

3. Air boleh dijimat sekiranya menggunakan 60 40


penyapu untuk membersihkan kawasan halaman
dan bukannya menggunakan air.

4. Air boleh dijimat sekiranya mengehadkan 65 45


penggunaan mandi setakat untuk membersihkan
diri sahaja.

5. Air boleh dijimatkan sekiranya kebocoran di 100


tandas dibaiki dengan segera.

6. Air boleh dijimatkan sekiranya basuh pinggan 30 40 30


mangkuk anda dengan suku atau separuh penuh
sahaja.

7. Amalan penjimatan air boleh menyelamatkan 74 26


alam sekitar dan bumi kita.
8. Penjimatan air adalah penting. 100

Pemboleh Ubah: Pengetahuan Penjimatan Air

120
100 100 100
100

80 74
64 65
60
60
45
40 40
40 30 30
26
20
20 16

0000 0 0 000 000 0000 00 000 0000


0
1 2 3 4 5 6 7 8

Sangat setuju Setuju Tidak tahu Tidak setuju Sangat Tidak setuju

Rajah 2

Berdasarkan dengan jadual 2 dan rajah dua, menunjukkan peratusan-peratusan pengetahuan


penjimatan air dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai pengetahuan
penjimatan air yang tinggi kerana dimana jumlah pelajar yang menjawab sangat setuju dan setuju
adalah sangat ramai jika dibandingkan dengan jawapan yang lain. Hanya terdapat beberapa
pelajar sahaja yang menjawab tidak tahu mengenai satu perkara yang terdapat pada item 2 dan
6.

Bagi item 1,5 dan 8, 100% peratusan pelajar berpendapat sangat setuju mengenai air
boleh dijimatkan sekiranya paip air ditutup apabila tidak digunakan dan sekiranya kebocoran di
tandas dibaiki dengan segera serta penjimatan air adalah penting. Bagi item 2, 64% pelajar
sangat setuju manakala 20% setuju dan 16% tidak setuju mengenai air boleh dijimatkan
sekiranya penyiraman tumbuhan yang berlebihan dapat dikurangkan. Terdapat sejumlah kecil
yang tidak setuju mungkin kerana mereka mempunyai pengetahuan bahawa sudah menjadi
kemestian untuk mengiram tumbuhan dengan berlebihan yang bertujuan untuk tumbesaran
pokok-pokok. Bagi item 3, 60% pelajar sangat bersetuju dan 40% lagi Cuma bersetuju yang air
boleh dijimat sekiranya menggunakan penyapu untuk membersihkan kawasan halaman dan
bukannya menggunakan air. Bagi item 4, 65 % pelajar sangat setuju bahawa air boleh dijimat
sekiranya mengehadkan penggunaan mandi setakat untuk membersihkan diri sahaja dan
selebihnya (40%) setuju. Bagi item 6, terdapat 30% yang masih tidak tahu mengenai penjimatan
air sekiranya basuh pinggan mangkuk anda dengan suku atau separuh penuh sahaja. Namun ini
tidak menjejaskan majority yang lain untuk berpendapat sangat setuju 30% dan setuju 40%. Bagi
item 7, 74% pelajar sangat setuju dan 26% lagi setuju bahawa penjimatan air adalah penting.

Jadual 3: Peratusan pengetahuan penjagaan alam sekitar

Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


setuju (%) tahu setuju tidak
(%) (%) (%) setuju
(%)

1. Saya tahu tindakan manusia terhadap alam 94 6


sekitar ada masanya mendatangkan mudarat
daripada kebaikan.

2. Saya tahu bahawa melindungi alam sekitar 80 20


terkait secara langsung dengan kualiti kehidupan
manusia.

3. Saya sedar bahawa sebab utama untuk 100


memelihara sumber semula jadi adalah untuk
memenuhi keperluan generasi masa depan.

4. Pada pendapat saya, pelupusan sisa ialah 80 20


sumber pencemaran paling penting yang memberi
kesan terhadap kualiti air sungai dan laut.

5. Pemahaman saya bahawa perubahan suhu 2 5 75 15


ialah penyebab paling biasa bagi tumbuhan dan
haiwan menjadi pupus.
6. Saya yakin bahawa penggunaan sumber 60 40
semula jadi secara berlebihan menjadi ancaman
kepada kesejahteraan generasi masa depan.

7. Amalan penjagaan alam sekitar boleh 100


menyelamatkan alam sekitar dan bumi kita.

8. Penjagaan alam sekitar adalah penting. 100

Pemboleh Ubah: Pengetahuan Penjagaan Alam sekitar

120
100 100 100
100 94
80 80
80 75

60
60
40
40 30
26
20 20
20 15
6
000 000 0000 000 25 0 00 000 0000
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Sangat setuju Setuju Tidak tahu Tidak setuju Sangat Tidak setuju

Rajah 3

Berdasarkan pada jadual 3 dan rajah dua, menunjukkan peratusan-peratusan pengetahuan


penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai
pengetahuan penjagaan alam sekitar yang tinggi seperti mana dapat dilihat pada graf dan jadual
di atas. Walaupun begitu, terdapat dua item yang telah mengenal pasti antara kelemahan dari
segi pengetahuan para pelajar iaitu item 5 dan item 6.
Bagi item 1, 94% sangat bersetuju dan 6% bersetuju bahawa tindakan manusia yang
negatif akan memberi kesan yang bahaya kepada alam sekitar. Bagi item 2 dan 4, 80% sangat
setuju dan 20% setuju bahawa melindungi alam sekitar terkait secara langsung dengan kualiti
kehidupan manusia dan pelupusan sisa ialah sumber pencemaran paling penting yang memberi
kesan terhadap kualiti air sungai dan laut. Bagi item 3,7 dan 8, 100% pelajar berpendapat sangat
setuju bahawa sebab utama untuk memelihara sumber semula jadi adalah untuk memenuhi
keperluan generasi masa depan, amalan penjagaan alam sekitar boleh menyelamatkan alam
sekitar dan bumi dan akhir sekali penjagaan alam sekitar adalah penting. Bagi item 5, majoriti
(75%) menjawab tidak tahu bahawa perubahan suhu ialah penyebab paling biasa bagi tumbuhan
dan haiwan menjadi pupus sementara 15% menjawab tidak setuju dan sejumlah kecil yang
menjawab setuju (5%) dan sangat setuju (2%). Ini bermaksud, para pelajar masih belum lagi
diperkenalkan mengenai cara penjagaan alam sekitar ini. Bagi item 6, 60% sangat setuju, 40%
setuju, dan 30% tidak tahu bagi soalan penggunaan sumber semula jadi secara berlebihan
menjadi ancaman kepada kesejahteraan generasi masa depan.

Jadual 4: Peratusan pengetahuan amalan kitar semula

Soalan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


setuju (%) tahu setuju tidak
(%) (%) (%) setuju
(%)

1. Amalan kitar semula dapat mengelakkan 94 6


pencemaran alam sekeliling.

2. Pemeliharaan keindahan alam sekitar menjadi 100


salah satu dorongan bagi mengitar semula.

3. Amalan kitar semula dapat mengelakkan 40 60


pemanasan global dan kemusnahan habitat.

4. Amalan kitar semula dapat menyelesaikan 40 60


masalah pembuangan sampah-sarap yang
berleluasa.
5. Amalan kitar semula dapat menjimatkan kos 30 45 25
pemprosesan sampah.

6. Amalan kitar semula perlu digalakkan oleh 9 88 3


negara disebabkan kapasiti tapak perlupusan
sampah yang terhad.

7.Amalan kitar semula dapat mengelakkkan 12 23 45 18 5


pembaziran sumber asli

8. Amalan kitar semula adalah penting. 100

Pemboleh Ubah: Pengetahuan Penjagaan Kitar Semula

120
100 100
100 94
88

80
60 60
60
45 45
40 40
40 30
25 23
18
20 9 12
6 300 5
000 0000 000 000 00 0000
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Sangat setuju Setuju Tidak tahu Tidak setuju Sangat Tidak setuju

Rajah 4

Berdasarkan jadual 4 dan rajah 4, keputusan yang dapat dilihat mempunyai perbezaan yang
paling ketara iaitu semakin ramai pelajar yang menjawab item soalan selain daripada sangat
setuju dan setuju. Walaupun begitu, tahap pengetahuan pelajar bagi kitar semula berada dalam
tahap baik dan sederhana.
Bagi item 1, dapat dilihat bahawa 94% menjawab sangat setuju dan 6% lagi setuju. Ini
bermaksud pelajar mengetahui bahawa kitar semula dapat mengelakkan pencemaran alam
sekeliling dan mungkin sudah terdedah dengan perkara-perkara seperti ini. Bagi item 2 dan item
8, kesemua pelajar (100%) menjawab sangat setuju. Pelajar-pelajar di sekolah ini sudah berjaya
memahami bahawa emeliharaan keindahan alam sekitar menjadi salah satu dorongan bagi
mengitar semula serta amalan kitar semula adalah penting. Bagi item 3 dan 4, 40% pelajar
menjawab sangat setuju dan 60% lagi menjawab setuju. Ini memberi gambaran bahawa pelajar-
pelajar memahami bahawa amalan kitar semula dapat mengelakkan pemanasan global dan
kemusnahan habitat serta menyelesaikan masalah pembuangan sampah-sarap yang berleluasa.
Di samping itu, bagi item 5, terdapat 5% yang tidak tahu mengenai amalan kitar semula dapat
menjimatkan kos pemprosesan sampah di mana 30% dan 25% yang lain dapat memahami
bahawa pemprosesen sampah memerlukan kos tinggi dan ini haruslah dielakkan tambah-tambah
lagi pada keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bagi item 6 pula, hanya 3% sahaja yang tidak
tahu tentang keadaan semasa iaitu amalan kitar semula perlu digalakkan oleh negara disebabkan
kapasiti tapak perlupusan sampah yang terhad. Majoriti pelajar mengetahui tentang hal itu dan
menjawab sangat setuju 9% dan 88% lagi bagi setuju. Akhir sekali, bagi item 7, terdapat jawapan
yang berbeza-beza diberikan iaitu terdapat 12% sangat setuju, 23% setuju, 45% tidak tahu, 18%
tidak setuju dan 5% tidak setuju. Keputusan ini membimbangkan kerana masih ramai pelajar
yang tidak mempunyai pengetahuan bahawa masih amalan kitar semula dapat mengelakkkan
pembaziran sumber asli sedangkan pelbagai maklumat mengenai perkara ini telah disalurkan di
televisyen, radio dan sebagainya.

Tahap Amalan Hijau Dalam Kalangan Murid

Jadual 5 – Amalan penjimatan elektrik

Soalan Kerap Kadang- Tidak


(%) kadang pernah
(%) (%)
1. Tutup atau cabut plag peralatan elektrik apabila 12 48 40
tidak digunakan.
2. Menyeterika pakaian dengan banyak sekaligus 25 75
3. Bersihkan peralatan anda lebih kerap. 6 43 51
4. Menutup suis lampu bilik air apabila tidak 80 5 5
digunakan.
5. Tolong tutup suis lampu atau peralatan elektrik 64 22 14
kawan yang terlupa menutupnya.
6. Menasihati kawan yang gagal mengambil usaha 47 45 8
menjimatkan elektrik.
7. Terlibat dalam sebarang kempen berkaitan 8 64 28
dengan usaha penjimatan elektrik yang
dilaksanakan
8. Sentiasa mencari maklumat bagaimana untuk 2 13 75
menjimatkan tenaga.

Pemboleh Ubah: Amalan Penjimatan Elektrik

90
80
80 75 75
70 64 64
60
51
48 47 45
50 43
40
40
28
30 25
22
20 12 14 13
6 8 8
10 5 5
0 2
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Kerap Kadang-kadang Tidak pernah

Rajah 5

Berdasarkan jadual 5 dan rajah 5, kita dapat lihat peratusan pelajar yang mengamalkan amalan
penjimatan elektrik dalam kehidupan. Secara keseluruhan, amalan penjimatan elektrik dalam
kalangan pelajar adalah dalam keadaan sederhana dimana kebanyakkan pelajar mempraktikkan
amalan-amalan tersebut secara kadang-kadang dan tidak kerap. Walaupun begitu, terdapat
beberapa item yang telah mengenal pasti bahawa majoriti pelajar-pelajar tidak pernah sama
sekali mengamalkannya seperti item 2, 3, dan 8.

Bagi item 1, 12% yang kerap mengamalkannya, 48% kadang-kadang mengamalkan dan
40% tidak pernah mengamalkan amalan bagi item iaitu menutup atau mencabut plag peralatan
elektrik apabila tidak digunakan. Pelajar seharusnya mengamalkannya kerana semua peralatan
seperti pemain DVD, television, dan radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat
(tidak dimatikan) dan mod rehat biasanya menggunakan hampir 20% tenaga berbanding
kegunaan biasa. Bagi item 2 pula, kebanyakkan pelajar (75%) tidak pernah menyeterika pakaian
dengan banyak sekaligus dan hanya (25%) sahaja yang melakukannya kadang-kadang. Ini
bermakna kebanyakkan pelajar tidak mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika
setiap kali digunakan. Bagi item 3 iaitu membersihkan peralatan elektrik dengan lebih kerap, 51%
pelajar menjawab tidak pernah, 43% kadang-kadang dan 6% kerap. Bagi item 4, 5 dan 6 yang
berkaitan dengan menutup lampu bilik air dan juga membantu rakan menutup lampu bilik air yang
terlupa menutupnya serta memberi nasihat kepada rakan yang tidak mengamalkan penjimatan
tenaga, peratus yang mengamalkannya dengan kerap adalah 80%, 64% dan 47%. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar berupaya untuk mengelakkan daripada pembaziran
tenaga elektrik serta menjadi tanggujawab mereka untuk menyampaikan amalan ini kepada yang
lain. Bagi item 7, terdapat 8% yang kerap, 64% kadang-kadang dan 28% lagi yang tidak pernah
terlibat dalam sebarang kempen berkaitan dengan usaha penjimatan elektrik yang dilaksanakan.
Bagi item 8, 2% kerap, 13% kadang-kadang, dan 75% tidak pernah. Ini menunjukkan bahawa
kebanyakkan pelajar tidak pernah sama sekali mengambil inisiatif untuk mencari maklumat dan
cuba mengamalkannya walaupun mereka mengetahui akan kepentingannya.

Jadual 6 – Amalan Penjimatan Air

Soalan Kerap Kadang- Tidak


kadang pernah
1. Menutup pili air ketika memberus gigi 66 20 14
2. Menggunakan gelas minuman untuk berkumur 20 15 75
selepas menggosok gigi.
3. Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan 22 8 70
tanaman
4. Menggunakan pili air hujan (shower) untuk 100 0 0
mandi
5. Membasuh pinggan di dalam sinki yang diisi 0 8 76
dengan air, bukan yang mengalir dari pili air.
6. Menasihati kawan yang gagal mengambil usaha 50 45 5
menjimatkan air.
7. Terlibat dalam sebarang kempen berkaitan 8 64 8
dengan usaha penjimatan air yang dilaksanakan
8. Sentiasa mencari maklumat bagaimana untuk 2 13 75
menjimatkan air.

Pemboleh Ubah: Amalan Penjimatan Air

120
100
100

80 75 76 75
70
66 64
60 50
45
40
20 20 22
20 14 15 13
8 8 5 8 8
0 0 0 2
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Kerap Kadang-kadang Tidak pernah

Rajah 6

Berpandukan jadual 6 dan rajah 6 adalah peratusan amalan penjimatan air yang
diamalkan oleh pelajar. Secara keseluruhan, amalan penjimatan air dalam kalangan pelajar
berada dalam keaadan sederhana dimana dapat dilihat bahawa terdapat item-item yang
menunjukkan bahawa pelajar kebanyakkannya mengamalkan amalan penjimatan alam sekitar
secara kerap mahupun kadang-kadang. Walaupun begitu, masih terdapat juga amalan-amalan
yang tidak pernah dilaksanakan oleh para pelajar seperti pada item 2, 3, 5, dan 8. Ini bermaksud
pelajar tidak pernah mengamalkannya disebabkan kurangnya pendedahan sebagaimana dapat
dilihat oada dapatan item 8 dimana mereka kurang mencari maklumat seperti menggunakan air
hujan untuk menyiram pokok dan menggunakan gelas minuman untuk berkumur. Bagi item 1 dan
4 iaitu berkenaan dengan penjimatan air dengan menutup pili air ketika berus gigi dan
menggunakan pili air hujan (shower) untuk mandi, jumlah yang kerap mengamalkannya adalah
66% dan 100%. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar sudah mengamalkan beberapa
amalan penjimatan air. Walaupun begitu, ini tidak mempengaruhi sifat mereka dalam menasihati
kawan yang gagal mengambil usaha dalam penjimatan air iaitu pada item 6 apabila dapatan
kajian bagi item 6 menunjukkan 50% yang kerap, 45% kadang-kadang dan 5% tidak pernah.

Jadual 7: Amalan Penjagaan Alam sekitar

Soalan Kerap Kadang- Tidak


(%) kadang pernah
(%) (%)
1. membuang sampah di tong sampah dan tidak 92 8 0
membuang merata-rata.
2. Membawa bekas sendiri apabila membeli 0 6 94
makanan.
3. Berbasikal atau berjalan kaki untuk 8 92
mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.
4. Mengelak mengambil beg plastik ketika membeli 6 2 92
barang.
5. Menggunakan kedua-dua belah muka surat 89 11
kertas untuk mengelakkan pembaziran.
6. Menanam pokok di halaman rumah. 12 46 32
7. Terlibat dalam sebarang kempen berkaitan 8 64 8
dengan usaha penjagaan alam sekitar.
8. Sentiasa mencari maklumat bagaimana untuk 2 13 75
menjaga alam sekitar.
Pemboleh Ubah: Amalan Penjagaan Alam Sekitar

100 92 94 92 92
89
90
80 75
70 64
60
50 46

40 32
30
20 11 12 13
8 6 8 6 8 8
10 2 2
0 0 0 0
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Kerap Kadang-kadang Tidak pernah

Rajah 7

Berdasarkan pada jadual 7 dan rajah 7, dapat dilihat dapatan kajian yang menunjukkan peratusan
tahap amalan penjagaan alam sekitar. Secara keseluruhannya, amalan penjagaan alam sekitar
adalah sederhana dimana terdapat beberapa item yang menunjukkan kekerapan yang sangat
tinggi (item 1&5) dan terdapat juga item-item yang menunjukkan pelajar langsung tidak pernah
(2, 3, 4 & 8) mengamalkannya. Manakala item 6 dan 7 menunjukkan bahawa pelajar masih
mengamalkannya tetapi tidak begitu kerap.

Bagi item 1, 92% pelajar kerap mengamalkannya dan selebihnya (8%) masih
mengamalkannya tetapi kurang kerap. Ini menunjukkan bahawa rata-rata pelajar mempunyai
budaya membuang sampah di tong dan tidak membuang merata-rata tempat agar dapat
mengelakkan daripada pencemaran berlaku. Bukan itu sahaja, pelajar juga menggunakan kedua-
dua belah muka surat kertas untuk mengelakkan pembaziran apabila dapatan kajian
menunjukkan 89% yang kerap mengamalkannya dan 11% lagi kadang-kadang. Dengan ini, para
pelajar sudah dapat dibiasakan dengan amalan alam sekitar yang bakal digunakan sewaktu
bekerja nanti iaitu mencetak di kedua-dua bahagian kertas demi penjimatan. Di samping itu, bagi
item 2, 3, 4 dan 8, peratus yang tidak pernah tentang amalan dalam item masing-masing adalah
94%, 92%, 92% dan 75%. Ini menunjukkan kebanyakkan pelajar masih tidak pernah membawa
bekas sendiri apabila membeli makanan, berbasikal atau berjalan kaki untuk mengurangkan
penggunaan kenderaan bermotor, mengelak mengambil beg plastik ketika membeli barang dan
sentiasa mencari maklumat bagaimana untuk menjaga alam sekitar. Bagi item 6 pula, terdapat
12% kerap, 46% kadang-kadang dan 32% tidak pernah menanam pokok di halaman rumah.
Penanaman pokok di halaman rumah seharusnya diperbanyakkan kerana ia mampu
menstabilkan suhu persekitaran disamping mengurangkan kesan pemanasan global melalui
penyerapan karbon dioksida. Bagi item 7, majoriti pelajar (64%) hanya terlibat kadang-kadang
dalam sebarang kempen berkaitan dengan usaha penjagaan alam sekitar manakala separuh
(8%) terlibat dengan kerap dan separuh (8%) lagi tidak pernah terlibat.

Soalan Kerap Kadang- Tidak


kadang pernah
1. Mengasingkan bahan buangan seperti kertas, 3 60 37
tin, pembungkus minuman dan lain-lain.
2. Menyimpan semula surat khabar lama untuk di 76 14 10
hantar/jual di kilang untuk dikitar semula.
3. Menjadikan sisa makanan sebagai makanan 88 8 4
penternakan haiwan.
4. Saya pastikan kawasan sekolah atau rumah 54 24 12
sentiasa bersih dengan menggunakan tong
sampah
5. Menggunakan barang terpakai untuk digunakan 10 66 24
untuk menjadi barang yang lain seperti
menggunakan botol plastik sebagai ruangan untuk
menyimpan alat tulis.
6. Menghasilkan baja kompos dengan sisa 12 88
pepejal.
7. Beli produk yang boleh dikitar semula 4 92 4
8. Beli produk yang dibuat daripada bahan kitar 30 70
semula
Pemboleh Ubah: Amalan Kitar Semula

100 92
88 88
90
80 76
70
70 66
60
60 54
50
37
40
30
30 24 24
20 14 12 12
10 8 10
10 3 4 4 4
0 0
0
1 2 3 4 5 6 7 8

Kerap Kadang-kadang Tidak pernah

Rajah 8

Berikut merupakan peratusan bagi amalan kitar semula dalam kalangan pelajar. Secara
keseluruhan, amalan kitar semula berada dalam tahap sederhana di mana rata-rata pelajar masih
mengamalkan amalan ini tetapi dalam tahap sekali-sekala (. Ini menggambarkan ketidakpastian
mereka adakah amalan-amalan tersebut menyebabkan kesan kepada alam sekitar.
Kemungkinan yang lain ialah mereka yang mengetahui amalan-amalan tersebut merupakan
amalan murni alam sekitar tetapi kurang mengambil perhatian terhadapnya. Jika dilihat pada item
2, 3 dan 4, dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan pelajar mengamalkan amalan-amalan
dengan kerap sekali. Walaupun begitu, masih kebanyakkan juga yang masih tidak melaksanakan
dengan kerap seperti pada amalan di item 6 dan 7.

Item 1 ialah mengasingkan bahan buangan seperti kertas tin, pembungkus minuman dan
lain-lain. Bagi item ini, kebanyakan pelajar tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Hasil kajian mendapati peratus yang mengamalkannya terlalu rendah iaitu 3.7% sahaja.
Kebanyakan mereka kadang-kadang sahaja mengamalkannya iaitu sebanyak 59.3% manakala
37% tidak mengamalkannya langsung. Mereka mungkin membuang sampah sebagaimana
dapatan daripada item 4 tetapi tidak mengasingkannya bahan buangan tersebut. Kemungkinan
besar sekolah tidak menyediakan tong sampah yang berasingan untuk kertas, kaca, logam dan
plastik. Bagi item 2, 3 dan 4, dapatan kajian menunjukkan kekerapan 76%, 88% dan 54%. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar mengamalkan nilai murni dari segi penyimpanan
semula surat khabar lama untuk di hantar/jual di kilang untuk dikitar semula, menjadikan sisa
makanan sebagai makanan penternakan haiwan dan memastikan kawasan sekolah atau rumah
sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah. Bagi item 5, 10% kerap, 64% kadang-
kadang dan 26% lagi tidak pernah. Kebanyakkan pelajar masih tidak mengamalkan perkara yang
mudah seperti menggunakan barang terpakai untuk digunakan untuk menjadi barang yang lain
seperti menggunakan botol plastik sebagai ruangan untuk menyimpan alat tulis. Bagi item 6,
kebanyakkan pelajar tidak pernah (88%) dan segelintir lagi (12%) hanya kadang-kadang
menghasilkan baja kompos dengan sisa pepejal. Bagi item 7, dapatan kajian menunjukkan 4%
kerap, 92% dan 4% tidak pernah membeli produk yang boleh dikitar semula. Ini bermaksud
kebanyakkan pelajar tidak membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin,
bekas plastik dan bekas kaca ketika membeli barang di pasar raya. Bagi item 8, 30% menjawab
kerap, 30% dan selebihnya (70%) kadang-kadang. Secara positifnya, tidak ada pelajar yang tidak
sesekali mengamalkan amalan membeli produk yang dibuat daripada bahan kitar semula.

Hubungan Antara Pemboleh Ubah Kesedaran Amalan Hijau

Analisis hubungan setiap pemboleh ubah kajian bertujuan meneliti kekuatan hubungan dan arah
hubungan setiap pemboleh ubah. Jadual-jadual di bawah menunjukkan perbandingan daripada
keputusan dari segi pengetahuan amalan hijau serta amalan hijau dalam kalangan murid
menggunakan histogram bagi setiap pemboleh ubah.

Berdasarkan pada jadual-jadual dibawah, dapatan kajian ini membuktikan tidak semua
pemboleh ubah pengetahuan mempunyai hubungan dengan amalan hijau. Perhatian harus diberi
bagi pemboleh ubah pengetahuan yang tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan
amalan yang jelas mendedahkan responden (dalam kalangan murid usia antara 10 hingga 12
tahun) harus diberi bimbingan dan pendedahan yang terpimpin berhubung amalan hijau
(melibatkan amalan penjimatan tenaga elektrik, amalan penjimatan air, amalan menjaga alam
sekitar dan amalan 3R).
Jadual 9: Perbandingan pengetahuan penjimatan elektrik dengan amalan penjimatan elektrik

Jadual 10: Perbandingan pengetahuan penjimatan air dan amalan penjimatan air.
Jadual 11: Perbandingan pengetahuan penjagaan alam sekitar dan amalan penjagaan alam
sekitar

Jadual 12: Perbandingan pengetahuan kitar semula dan amalan kitar semula
Perbincangan

Dapatan kajian bagi tahap pengetahuan amalan hijau murid adalah tinggi secara keseluruhannya.
Ini jelas membuktikan murid telah menerima maklumat berhubung amalan hijau secara langsung
atau tidak langsung daripada pelbagai sumber. Dapatan kajian ini adalah seiring dengan saranan
UNESCO (2012) yang menyatakan bahawa kanak-kanak adalah sebahagian daripada ahli
komuniti dan merupakan bahagian penting dalam usaha pendedahan dan penerapan pendidikan
untuk pembangunan lestari. Hal ini bermakna dalam konteks Malaysia (walaupun dalam skala
kajian yang kecil) pengetahuan amalan hijau murid adalah baik. Malah, pengetahuan amalan
hijau murid yang tinggi ini hampir seiring dengan kajian Nurul Hidayah (2012) yang mendedahkan
pengetahuan murid terhadap alam sekitar juga adalah tinggi. Dalam memastikan pengetahuan
amalan hijau murid ini terbimbing dengan baik, proses kesedaran akan kepentingan memelihara
dan memulihara alam sekitar harus berterusan sehingga mencapai umur dewasa. (Roslee et al.
2012). Pelbagai aktiviti pendedahan pengetahuan yang di iringi dengan amalan yang positif ke
arah kelestarian khususnya kepada murid dalam mengurangkan perlepasan karbon dalam
bentuk bil elektrik perlu dilaksanakan seperti saranan Energy Saving Trust (Richard 2016).

Seterusnya, analisis tahap amalan hijau murid mendedahkan kesemua sub pemboleh
ubah berada pada tahap sederhana. Dapatan ini seiring dengan dapatan kajian Mohd Zaid (2015)
yang juga mendapati amalan murni alam sekitar murid Tingkatan 4 di Terengganu adalah pada
peringkat yang sederhana. Hal ini merumuskan bahawa pengetahuan hijau responden ini tidak
seiring dengan amalan hijau mereka. Perkara ini membuktikan bahawa wujud faktor lain seperti
faktorfaktor psikologi amalan menjaga alam sekitar oleh ibu bapa yang menjadi contoh kepada
kanak-kanak (Ai et al. 2014). Faktor persekitaran dan reka bentuk sekolah yang hijau turut dapat
meningkatkan amalan hijau dalam kalangan murid di sekolah seperti penggunaan tong kitar
semula air, penggunaan cahaya semula jadi dan aktiviti tanaman hijau (Parisa et al. 2015). Aktiviti
yang dilaksanakan di sekolah ke arah kelestarian alam yang dilakukan secara menyeluruh dan
berterusan akan memberi kesan yang lebih positif kepada komuniti sekolah lebih-lebih lagi
kepada murid (Hanifah et al. 2015). Kebimbangan amalan hijau murid di tahap sederhana ini jika
tidak diambil tindakan sewajarnya akan terus membawa kepada kesedaran alam sekitar murid di
peringkat menengah yang masih di tahap yang belum boleh dibanggakan (Lim 2005; Nor Aznan
et al. 2010) dan seiring dengan dapatan kajian Mohd Zaid (2015) yang juga mendapati amalan
murni alam sekitar murid Tingkatan Empat di Terengganu adalah pada peringkat yang
sederhana.
Dapatan analisis hubungan bagi sub pemboleh ubah pengetahuan amalan hijau dengan
amalan hijau membuktikan tidak semua pemboleh ubah pengetahuan mempunyai hubungan
dengan amalan hijau. Perhatian sewajarnya harus diberikan bagi pemboleh ubah pengetahuan
yang tidak mempunyai hubungan dengan amalan hijau. Ini jelas mendedahkan responden harus
diberi bimbingan dan pendedahan yang terpimpin berhubung amalan hijau yang melibatkan
amalan penjimatan tenaga elektrik, amalan penjimatan air, amalan menjaga alam sekitar dan
amalan 3R. Pendedahan pengetahuan dengan contoh teladan yang baik berhubung amalan hijau
dengan bimbingan guru amat penting dan perlu (Hanifah et al. 2015; Lampa et al. 2013). Malah
model tingkah laku yang dibentuk oleh Kollmuss dan Agyeman (2002) jelas menegaskan bahawa
dengan membekalkan pengetahuan akan meningkatkan kesedaran dan sikap seterusnya akan
mempengaruhi individu untuk lebih bertindak positif terhadap alam sekitar. Begitu juga menerusi
Model Tingkah laku Tanggungjawab Alam Sekitar telah membuktikan bahawa sikap seseorang
dapat diubah melalui pendidikan, terutamanya pendidikan berkaitan alam sekitar. (Hines et al.
1987). Justeru, dalam konteks dapatan kajian ini, untuk memastikan pendidikan kelestarian ini
berkesan, murid-murid perlu diberikan pengetahuan dan amalan kelestarian yang tepat dan
bersifat berterusan.

Kesimpulan

Kewajaran meletakkan kesedaran amalan hijau dalam kalangan murid sekolah khususnya di
peringkat sekolah rendah merupakan titik tolak penerapan amalan hijau dalam kehidupan.
Bersandarkan kajian ini dalam konteks kajian yang kecil (tidak melibatkan seluruh responden di
Malaysia) telah meletakkan satu aras kebimbangan bagaimana generasi muda ini tidak
meletakkan atau menjadikan amalan hijau sebagai satu rutin atau keperluan. Pengetahuan dan
sumber maklumat yang diterima berhubung amalan hijau cukup baik berdasarkan dapatan tahap
kajian ini seharusnya ditunjukkan dalam amalan. Begitu juga analisis hubungan setiap sub
pemboleh ubah kajian pengetahuan dan pemboleh ubah amalan menjelaskan beberapa sub
pemboleh ubah ini tidak berhubungan. Amalan kelestarian menjadi faktor terbesar yang
menyumbang kepada pelepasan jejak karbon di sekolah berbanding pengetahuan kelestarian
dan persekitaran hijau. Hal ini menunjukkan penekanan yang lebih serius kepada amalan
kelestarian harus dilaksanakan bagi mengurangkan pelepasan jejak karbon dalam konteks bil
elektrik. Jelas dibuktikan dalam skala penyelidikan yang kecil ini murid yang telah didedahkan
pengetahuan amalan hijau harus dibimbing amalan hijau secara berterusan.

Justeru, dalam usaha mempertingkatkan kesedaran amalan hijau dalam kalangan kanak-
kanak, golongan dewasa dan pihak sekolah turut berperanan dalam usaha ini. Ibu bapa dan guru
haruslah menjadi teladan dan suri teladan dalam meningkatkan pengetahuan amalan hijau dalam
kalangan kanak-kanak di samping pendidikan yang diperoleh secara formal di sekolah. Implikasi
jangka panjang dalam agenda kelestarian perlu bermula sekarang menerusi pendekatan
pendidikan pembangunan lestari. Untuk mencapai agenda kelestarian tersebut, pihak sekolah
harus merencana aktiviti menerapkan kelestarian dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.

Das könnte Ihnen auch gefallen