Sie sind auf Seite 1von 3

JALINAN ILMU FIZIK TINGKATAN 4

1. PATT4SBP11K2BBS10 Rajah 10.3 menunjukkan seorang atlit terjun papan anjal bersedia untuk membuat lompatan
dalam pertandingan sukan akuatik untuk melakukan 4 putaran sebelum menjunam ke dalam air kolam. Ketinggian
papan anjal dari permukaan air kolam hanya 2 meter.

Rajah 10.3
Menggunakan konsep fizik yang sesuai, terangkan peralatan dan teknik-teknik yang sesuai untuk meningkatkan mutu
lompatannya.
Jawapan anda hendaklah merangkumi aspek-aspek berikut:
i. Pakaian atlet
ii. Pergerakan atlet
iii. Papan anjal yang digunakan
iv. Ketinggian papan anjal
v. Keselamatan [10 markah]

2. KLT12K2BBS9 (d) Rajah 9.4 menunjukkan sebuah kapal selam.

Rajah 9.4
Menggunakan konsep-konsep fizik yang sesuai, terangkan ciri-ciri kapal selam yang sesuai yang boleh bekerja dengan
cekap dan selamat.

Jawapan anda hendaklah merangkumi aspek-aspek berikut:


i. Bentuk kapal selam. [2 markah]
ii. Kekuatan bahan yang digunakan untuk badan kapal selam. [2 markah]
iii. Kadar pengaratan untuk bahan yang digunakan. [2 markah]
iv. Komponen yang membolehkan kapal selam menyelam dan terapung. [2 markah]
v. Jenis sumber tenaga yang digunakan. [2 markah]

3. PATT4SBP14BCS12 Rajah 12.1 menunjukkan dua orang budak di atas tiub berjisim sama, di dalam laut
dan di dalam sungai.

Rajah 12.1
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan berat? [1 markah]
(ii) Terangkan mengapa budak di atas tiub itu boleh terapung? [1 markah]
(iii) Terangkan mengapa paras tiub yang tenggelam berbeza di dalam laut dan di dalam sungai? [3 markah]

4. Merujuk kepada prinsip keseimbangan terma dan prinsip kerja termometer, terangkan bagaimana seorang
doktor dapat memeriksa suhu badan pesakit semasa membuat rawatan kesihatan. [4 markah]
5. PATT4SBP14K2BCS12 (c) Rajah 12.3 menunjukkan keterangan bagi empat hydrometer P, Q, R dan S.

Rajah 12.3

Anda ditugaskan untuk mengukur ketumpatan suatu larutan asid.


i. Kaji semua hydrometer P, Q, R dan S dalam Rajah 12.3 dan terangkan kesesuaian setiap binaan bagi
hydrometer yang akan digunakan untuk mengukur ketumpatan suatu larutan asid.
ii. Tentukan hydrometer yang paling sesuai untuk digunakan bagi menyukat ketumpatan suatu larutan asid.
[10 markah]

6. PATT4SBP13K2BCS12 (c) Jadual 12 menunjukkan ciri-ciri kereta Formula One yang digunakan untuk satu
perlumbaan.
Jenis bahan yang
Jenis kereta Bentuk badan
Jisim kereta Bentuk spoiler digunakan untuk
lumba kereta
badan kereta
Gentian karbon dan
A Aerodinamik 642 kg Larus songsang
duralumin
Keluli dan
B Bujur 1028 kg Larus
aluminium
Gentian karbon dan
C Aerodinamik 879 kg Larus
keluli
Duralumin dan
D Bujur 700 kg Larus songsang
aluminium

Jadual 12

Anda dikehendaki memilih kereta lumba Formula One yang paling sesuai sebagai kereta lumba yang cekap. Dengan
merukuk kepada maklumat yang diberikan dalam Jadual 12, terangkan kesesuaian setiap ciri dan cadangkan kereta
lumba yang paling sesuai digunakan untuk memenangi perlumbaan.
[10 markah]

Das könnte Ihnen auch gefallen