Sie sind auf Seite 1von 9

KANDUNGAN DOKUMENTASI

BAHAGIAN A
Kertas Cadangan Program

BAHAGIAN B
Notis Panggilan Mesyuarat
Kehadiran Ke Taklimat / Mesyuarat
Surat Menyurat
Kehadiran Tetamu Jemputan
Buku Program
Gambar - gambar pelaksanaan program

BAHAGIAN C
Laporan Program
Lampiran
BAHAGIAN A
Kertas Cadangan Program
BAHAGIAN B
Notis Panggilan Mesyuarat
Kehadiran Ke Taklimat
Surat Menyurat
Kehadiran Tetamu Jemputan
Buku Program
Gambar - gambar pelaksanaan
program
Guru Besar memberikan ucapan Acara memotong kek sempena
aluan Hari Lahir murid & guru

AJK Jamuan membuat


persiapan

Murid menjamu selera Murid menjamu selera


AJK Jamuan Guru Besar, Penolong Kanan dan
wakil PIBG menjamu selera

Busana tradisional kaum yang


diperagakan

Sekitar Majlis Sambutan Hari


Raya & Hari Lahir
Pertandingan Nyanyian Tahun 3

Antara pemenang Nyanyian dan


Busana Raya
BAHAGIAN C
Laporan Program
Lampiran
Laporan Perjalanan Program Sambutan Hari Raya & Hari Lahir
Sekolah Kebangsaan Batu Belah

Sebelum:

Pada 25.6.2018 (Isnin) SU HEM telah menerima arahan dari PK Pentadbiran untuk
menyediakan kertas cadangan program dan AJK Pelaksana bagi mengadakan
Sambutan Hari Raya dan Hari Lahir pada 30.6.2018 (Sabtu). Pada 28.6.2018 (Khamis),
SU HEM telah membentangkan AJK Kerja untuk makluman dan tindakan semua guru.
Guru juga dimaklumkan dengan tentatif dan perjalanan program.

Semasa:

Pada Jam 7.25, murid tahap 2 masuk ke kelas dan guru kelas mengambil kedatangan
murid. Murid tahap 1 dikumpulkan di Dewan Kejora untuk diambil kedatangan. Pada
jam 8.00, murid tahap 1 terlibat dengan pertandingan Busana Raya dan Nyanyian
Raya. Hadiah hamper sumbangan PIBG untuk para pemenang disampaikan terus
selepas pertandingan tersebut.

Pada jam 9.00 pagi, persiapan akhir majlis seperti menyusun makanan di meja
bufet sedang dijalankan. Tepat pada jam 9.30 pagi, Majlis dimulai dengan kata alu-
aluan Pengacara Majlis, nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Doa yang dipimpin oleh
En Mohd Samad bin Saiman. Pada jam 9.40 pagi, Guru Besar iaitu Puan Hasmawati bt
Mahamud memberikan ucapan aluan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan acara
pemotongan kek sempena menyambut Hari Lahir murid-murid Sekolah Kebangsaan
Batu Belah. Sebanyak 6 buah kek disediakan hasil sumbangan ibu bapa dan individu.
Murid dan guru diraikan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir.

Pada jam 10.00 pagi murid dibahagikan mengikut tahun ke khemah makanan
untuk mengambil makanan yang disediakan. Pelbagai makanan yang disediakan
seperti nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, mee goreng, bihun goreng, buahan,
kek, biskut raya dan lain-lain. Sementara jamuan makan, murid dan guru dihiburkan
dengan nyanyian Gema Karaoke Raya murid dan guru. Murid dan guru yang berjaya
mendapat hadiah hamper sumbangan dari PIBG. Majlis selesai pada jam 12.00 tengah
hari.
Laporan Pelaksanaan Program Sambutan Hari Raya & Hari Lahir
Sekolah Kebangsaan Batu Belah

Kekuatan Program :

1. Kerjasama yang diberikan oleh semua guru SKBB amat memberangsangkan


dalam kejayaan pelaksanaan program ini,
2. Sumbangan yang diberikan oleh ibu bapa dan PIBG sangat membantu
memeriahkan lagi program ini.
3. Pengisian program seperti pertandingan Busana Raya, Nyanyian Lagu Raya dan
Gema Karaoke Raya amat menarik dan memeriahkan program.

Kelemahan Program :

1. Perlu ada mekanisma untuk melancarkan perjalanan murid mengambil makanan


di khemah makanan.
2. Guru perlu ada di setiap ruang dewan untuk memastikan disiplin murid terkawal.

Cadangan Penambahbaikan :

1. Program ini boleh diteruskan untuk tahun seterusnya. Walaupun begitu perlu
fikirkan cara untuk mengawal murid yang ramai. Dicadangkan untuk
dilaksanakan secara berasingan sesi pagi dan petang.

Disediakan oleh :

PN ROZAIMAH BINTI ZAINON


PN TANG BING YIING
AJK Dokumentasi Program

Das könnte Ihnen auch gefallen