Sie sind auf Seite 1von 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK UNDANG ABDUL MANAP

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 2/2018

Tarikh : 29 Ogos 2017

Masa : 2.30 – 4.30 P.M

Hari : Rabu

Tempat : Makmal Biologi

Kehadiran :

1. Wan Rafhan Zuraihi B. Salleh Ketua Panitia Matematik)


2. Puan Fuziah Bt Ab Rahim
3. Puan Siti Rohani Binti Md Rodin
4. Pn Fariza Bt Abd Wahab
5. Pn. Farahdiyana Bt Abdul Aziz
6. Pn. Khairani Bt Jaafar ( setiausaha )
7. Pn Nuruluda Bt Leywat
8. En Ramdan bin Alias

Agenda I: UCAPAN PENGERUSI


1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir ke
mesyuarat panitia matematik kali ke dua tahun 2018.
2. Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli
panitia dalam menjayakan setiap program panitia yang telah di rancang.
3. Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
dengan lebih baik.

Tindakan : Makluman

Agenda II: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

4. Pn. Fuziah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan disokong
oleh Pn. Siti Rohani

Agenda III: PERKARA BERBANGKIT

5. Tiada Perkara Berbangkit

1
Agenda V: Isu-Isu Pengurusan Panitia

6. Penetapan Headcout
6.1 Semua guru perlu membuat TOV dan ETR iaitu sasaran pencapaian akademik
setiap murid dan mengisi dalam system
6.2 guru juga perlu menyenaraikan murid cemerlang dan galus.

7. Program peningkatan akademik sekolah.


7.1 pengerusi membentangkan aktiviti panitia bagi tahun 2018. Antara
program panitia yang dijalankan adalah:
1. Minggu matematik
2. Program Guru Muda
3. Bengkel menjawab soalan (Tingkatan 3 dan 5 )
4. Kelas Bimbingan
5. Info Matematik
8. PdPc
8.1 Semua guru perlu mewujudkan elemen pendidikan abad ke-21
8.2 Semua guru juga diminta mengambil gambar semasa pdpc sebagai eviden.

9. Isu-isu
9.1 Murid tidak membuat kerja rumah. Guru diminta mengenalpasti murid yang
kerap tidak menyiapkan kerja dan hantar murid tersebut berjumpa PK HEM
9.2 Murid tidak menjawab soalan kertas 2. Guru perlu perbanyakkan latihan
berbentuk format baru.
9.3 Bilik Matematik tidap dapat digunakan kerana masalah elektrik. Telah di
maklumkan kepada Pengetua

10. Status Perbelanjaan PCG.


10.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan diterima masih belum
diketahui.
10.2 Guru-guru boleh senaraikan dahulu barang-barang yang ingin dibeli dan
maklumkan kepada setiausaha untuk buat nota minta.

11. Pelaksanaan LDP


11.1 Pengerusi memaklumkan kursus dalaman berkaitan dskp tingkatan 3 dan juga
PBD akan dijalankan.

12. Pelaksanaan Program KPM


12.2 PBD perlu dijalankan semasa pdpc. Rekod pelaporan offline perlu
dilengkapkan 2 kali setahun.

2
13. RPH Guru
13.1 Pengerusi meminta supaya guru menulis rph dan melengkapkan maklumat guru
dan memastikan rancangan pengajaran dan refleksi lengkap dan dihantar untuk
semakan pihak pentadbiran pada setiap hari Jumaat atau Isnin.

14. Sukatan Matapelajaran dan DSKP


14.1 Pengerusi meminta semua guru perlu mempunyai DSKP bagi setiap
matapelajaran .
14.2 Perancangan PdP perlu mematuhi DSKP.

15. RPT
15.1 Pengerusi memaklumkan penyediaan RPT mestilah merujuk kepada
SP/DSKP yang sah dan terkini.
15.2 Bilangan latihan mestilah mencukupi dan berfokus.

16. Analisa Pertengahan Tahun 2018


16.1 Rujuk Lampiran

Tindakan : Semua guru matematik

Agenda VI : Hal-Hal Lain

17. Pengerusi memaklumkan semua guru perlu melaksanakan PBD dan menulisnya di
dalam RPH
18. Pengerusi juga mencadangkan agar bilik matematik dapat diperbaiki dengan secepat
mungkin agar kemudahan dalam bilik tersebut dapat digunakan oleh guru-guru
Matematik.

Tindakan : Makluman

UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk
membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian
mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid pada tahun ini.

3
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang

Urus Setia

Ketua Panitia Matematik

Tarikh: 5/9/2018

Das könnte Ihnen auch gefallen