Sie sind auf Seite 1von 6

MESRA BASIKAL – ADAKAH KITA

SUDAH MENCAPAI TAHAP ITU?


(Bahagian 1)

Saya tidak berpeluang untuk berbasikal ke sekolah semasa di sekolah rendah (dalam
tahun enam puluhan) kerana sekolah di kampung yang berdekatan dengan rumah
saya mempunyai Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bapa bertegas mahu
menghantar saya ke sekolah “orang putih” (setiap subjek diajar dalam Bahasa Inggeris
kecuali Bahasa Melayu). Jadi, saya terpaksa bersekolah di bandar dengan menaiki bas
sekolah (iaitu kira-kira 2 batu, ya, ia adalah sistem imperial waktu itu, ataupun kira-kira
3.2 km sekarang), bermakna saya terpaksa menunggu bas pada awal pagi yang agak
gelap (sekitar pukul 6:00 pagi). Bas tersebut membawa kami mengikut pusingan
perjalanan dengan mengambil kanak-kanak sekolah di sepanjang jalan sebelum
sekolah bermula kira-kira satu setengah jam selepas itu.

Betapa saya sangat mencemburui rakan-rakan yang berbasikal


ke sekolah. Ketika itu tiada lorong basikal dan kereta juga agak
kurang di jalan namun kita tidak pernah pula kedengaran
kemalangan antara basikal dan kereta. Malahan tiada seorang
pun daripada rakan-rakan saya yang berbasikal dilanggar oleh
kereta. Namun begitu, apa yang saya lihat faedah menaiki bas
ke sekolah ialah sekurang-kurangnya saya menyokong syarikat
pengangkutan awam tempatan (juga mengurangkan pelepasan karbon) berbanding
meminta bapa menghantar saya ke sekolah dengan kereta dan secara tidak langsung
kami telah mempraktikkkan konsep ‘amalan hijau’.

Begitu juga setelah memasuki sekolah menengah, saya sekali lagi tidak berpeluang
untuk berbasikal kerana persekitaran sekolah berasrama penuh ketika itu tidak
memerlukan saya untuk berbasikal. Kami bebas ke mana-mana sahaja di dalam
kawasan sekolah kerana persekitarannya amat mesra pejalan kaki. Seterusnya


 
berjalan kaki merupakan bentuk pengangkutan utama saya sepanjang berada di kolej.
Ketika itu saya juga lebih sihat dan cergas.

Tiga puluh tahun


kemudian, semasa tinggal
di Alor Setar, walaupun
rumah kami terletak hanya
kira-kira 800 meter dari
sekolah rendah, saya
masih tidak berani untuk
membenarkan anak-anak
saya untuk berbasikal ke
sekolah. Ini disebabkan
ketiadaan lorong khusus
untuk basikal dan terdapatnya banyak kenderaan di atas jalanraya, menyebabkan saya
merasakan ianya tidak selamat untuk mereka berbasikal ke sekolah. Berjalan kaki
merupakan pilihan yang terbaik ketika itu walaupun tiada laluan pejalan kaki yang
khusus disediakan. Anak-anak terpaksa berkongsi ruang yang sama dengan kereta,
bas, penunggang motorsikal dan basikal sama ada di waktu panas ataupun hujan.

Keadaan sekarang masih tidak banyak berbeza berbanding tahun 60an atau 90an.
Kita masih tidak mempunyai akses yang selamat untuk berbasikal ke sekolah
atau ke mana sahaja! Masih tiada contoh bandar atau pekan di Malaysia yang boleh
distilahkan sebagai mesra basikal yang mana mod pengangkutan untuk ke tempat kerja
atau ke sekolah (kecuali untuk tujuan rekreasi) adalah dengan cara berbasikal. Kita
mungkin hanya boleh mengambilkira Putrajaya dalam kes ini, dimana pihak
Perbadanan Putrajaya telah mengambil usaha untuk menyediakan infrastruktur kepada
penduduk dan juga pelancong. Walau bagaimanapun, kini lebih banyak kawasan
perumahan yang baru telah direkabentuk bagi menggalakkan penggunaan basikal
terutamanya bagi tujuan rekreasi.

Bandar-bandar yang ‘mesra basikal’ di seluruh dunia

Berbasikal memberi banyak faedah


berbanding dengan menggunakan
kenderaan bermotor termasuklah
sebagai salah satu cara untuk
bersenam (amalan gaya hidup sihat)
yang mana ia merupakan alternatif
kepada pengurangan penggunaan
bahan api fosil (yang semakin
berkurangan dengan cepat tetapi
tidak boleh diperbaharui), dapat


 
mengatasi masalah pencemaran udara atau bunyi bising, mengurangkan kesesakan
lalu lintas, mengatasi masalah tempat letak kereta dan memudahan akses kepada
jalanraya dan laluan pejalan kaki. Ia juga mampu menjimatkan wang, meminimakan
kerosakan pada jalan raya dan laluan pejalan kaki. Namun, ia mungkin mengambil
masa yang agak lama untuk seseorang membuat sesuatu perjalanan (kecuali kawasan
yang padat dengan penduduk) dan terdedah kepada keadaan cuaca memandangkan
negara kita mempunyai cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Walau
bagaimanapun, kelebihan yang ada pada berbasikal masih mengatasi kekurangannya
sekiranya kita mahu menjadi antara 20 buah bandar yang paling sesuai untuk didiami
menjelang tahun 2020 sepertimana yang disasarkan dalam ‘Greater Kuala Lumpur’.

Internet menyediakan pelbagai laman web yang memaparkan maklumat berkenaan


bandar-bandar yang mesra basikal di seluruh dunia. Kebanyakkan maklumat tersebut
hanyalah merupakan pandangan manakala sesetengah yang lain bersandarkan kriteria
dalam menentukan senarai tersebut. Melalui fakta yang kukuh, copenhagenize.com1
telah mengeluarkan senarai peratusan trip yang dibuat oleh penduduk dengan
menggunakan basikal di pelbagai buah bandar. Rasionalnya ialah ‘peratusan orang
memilih basikal sebagai pengangkutan utama menggambarkan tahap infrastruktur yang
ada di sesebuah tempat, adanya budaya mesra berbasikal, yang menunjukkan bahawa
adanya kemahuan untuk mengubah bandar menjadi sebuah tempat yang lebih berdaya
huni dan kaedah berbasikal telah dipromosikan secara positif.

Senarai tersebut juga telah memaparkan bandar kecil dan bandar besar yang
mempunyai peratusan penduduk yang memilih untuk berbasikal (Lampiran 1). Bandar-
bandar ini termasuklah Copenhagen, Amsterdam, Malmo, Basel, Osaka, dan Tokyo
serta beberapa buah bandar lagi. Walau bagaimanapun, pandangan ini mungkin agak
berat sebelah kerana kebanyakkan bandar tersebut terletak dalam negara Pertubuhan
bagi Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) manakala sebilangan kecil
merupakan bandar-bandar dari Amerika Syarikat dan Asia Pasifik.

Laman web askmen.com2 pula telah menyenaraikan 10 buah bandar paling mesra
basikal di dunia iaitu Amsterdam, Copenhagen, Bogota, Curitiba, Montreal, Portland,
Basel, Barcelona, Beijing and Trondheim (Jadual 1). Kesemua bandar ini telah
mengambil langkah ke arah mempertingkatkan infrastruktur berbasikal dan telah
menghabiskan banyak peruntukan perbelanjaan awam bagi memastikan basikal
sebagai mod pengangkutan tidak bermotor utama di negara mereka.


 

 

 
Bagaimana pula dengan amalan di Malaysia? Di manakah kita sekarang? Sila ikuti
dalam:

Bahagian Ke-2: Kes di Malaysia


 

Das könnte Ihnen auch gefallen