Sie sind auf Seite 1von 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABU BAKAR (1), MUAR

KERTAS KERJA PROGRAM SELEPAS UPSR 2018

A. PENDAHULUAN
Setiap tahun Unit Hal Ehwal Murid Sekolah ini telah merangka dan menjalankan
aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti yang dikelolalakan saban tahun
adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid-murid setelah mereka
menjalani UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid
yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua pengisian besar yang dimurnikan dalam
program tersebut iaitu melibat Aktiviti Dalaman dan Aktiviti Luaran.
B. RASIONAL
Melalui program ini diharap dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang
dalam mencapai hasrat agar mereka bersedia dari segi jasmani dan mental sebelum melangkah
ke alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dipupuk dan diterap
seawalnya agar sikap berketrampilan yang ada pada murid dapat dikembangkan untuk menjadi
insan yang mempunyai matlamat dan berwawasan.

C. OBJEKTIF
1. Mengisi masa lapang yang berfaedah dan mengelakkan gejala ponteng sekolah
2. Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut peredaran
zaman agar mereka tidak lari daripada landas- landas agama
3. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi sosial
secara lebih positif.
4. Memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan dalam kumpulan di dalam masa yang
sama menerapkan gaya kepimpinan.
5. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran
yang terpendam.

D. TEMPOH MASA
Sepanjang bulan September dan Oktober 2018
.
E. SASARAN
Murid-murid Tahun 6

F. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. PENGERUSI
 Memantau program
 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat
2. SETIAUSAHA
 Menguruskan surat menyurat
 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
3. PENYELARAS PROGRAM
 Menyusun dan menyelaras program
 Menyediakan laporan penuh program
4. PENYELARAS AKTIVITI
 Menjadi Ketua Fasilitator Aktiviti
 Membentuk jawatankuasa kecil di kalangan guru untuk membantu aktiviti.
 Membahagikan kumpulan murid
 Menjalankan aktiviti dengan lebih menarik serta mampu memberikan keseronokan
kepada murid untuk mencapai objektif.
5. BENDAHARI
 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
 Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
 Menyediakan laporan perbelanjaan
6. GURU-GURU TAHUN 6
 Sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepada Penyelaras Aktiviti.
 Sentiasa berbincang dan melahirkan pandangan untuk memurnikan lagi aktiviti agar
kelihatan teratur dan menarik.

G. JAWATANKUASA

Pengerusi : Cik Hjh Zaharah bt Md Top (Guru Besar)


N. Pengerusi : Pn Rohaizah bt Abdullah ( HEM)
Pn Zarinah bt Mat Yasin ( GPK Koko)
Penyelaras Program : Pn Nadiah Binti Ali
Setiausaha : Noor Azureen binti Talip
Bendahari : Pn Noorazah bt Musa

PENYELARAS AKTIVITI

1. Sukan & Reakreasi : Encik Mohd Azhar Bin Samion


2. Program Ceramah : Pn Najiha bt Abd Kadir
3. Program IQ dan Minda : Pn. Noor Haflida bt Nordin
4. Program Kemahiran : Samzunorzeta bt Shamsuddin
1
H. JADUAL PROGRAM
MINGGU PERTAMA
Tarikh / Hari Masa Aktiviti Penyelaras
7.30 – 9.30 Gotong royong
 Menyusun semula dewan Pn Nadiah Binti Ali
peperiksaan menjadi kelas Pn Noor Haflida
Ahad seperti biasa
( 30.09.2018) 9.30 – 10.00 Rehat
Pengajaran dan pembelajaran
Guru
10.00 – 1:20 seperti biasa.
mata pelajaran
Permainan Rakyat En Mohd Shihan Shah B Abd
7.30 – 9.30
 Ting-ting Rauf
Isnin  Galah Panjang Pn Noor Haflida
( 02.10.2018) 9.30 – 10.00 Rehat
Pengajaran dan pembelajaran Guru
10.00 – 1:20
seperti biasa. mata pelajaran
Pn Zarinah bt Mat Yasin
Permainan dalaman
7.30 – 9.30 Encik Mohd Azhar Bin
 scrabble
Samion
Selasa Pn Nadiah Binti Ali
( 02.10.2018)
9.30 – 10.00 Rehat
Pengajaran dan pembelajaran
10.00 – 1:20 Guru mata pelajaran
seperti biasa.
Pn Zarinah bt Mat Yasin
7.30 – 9.30  koko Encik Mohd Azhar Bin
Rabu Pertandingan Bola Jaring terbuka Samion
( 03 Pn Nadiah Binti Ali
.10.2018) 9.30 – 10.00 Rehat
Pengajaran dan pembelajaran Guru
10.00 – 1:20
seperti biasa. mata pelajaran
Khidmat masyarakat
 Gotong-royong Encik Mohd Azhar Bin Samion
7.30 – 9.30
menceriakan kawasan Pn Noor Haflida
Khamis sekolah Pn Zarinah bt Mat Yasin
( 04.10.2018)
9.30 – 10.00 rehat
Pengajaran dan pembelajaran
10.00 – 12.50 Guru mata pelajaran
seperti biasa.

2
MINGGU KEDUA
Tarikh / Hari Masa Aktiviti Penyelaras
Program IQ dan Minda
7.30 – 9.30 Matematik Pn Nadiah Binti Ali
 Sudoku Pn Noor Haflida
Ahad  Rekreasi Matematik
(07.10.2018)
9.30 – 10.00 Rehat

10.00 – Guru
Pengajaran dan pembelajaran
1:20 mata pelajaran
seperti biasa
7.30 – 9.30 En Mohd Shihan Shah B Abd Rauf
 Sahiba Jawi
Pn Noor Haflida
Isnin 9.30 – 10.00 Rehat
(08.10.2018)
10.00 – Guru
Pengajaran dan pembelajaran
1:20 mata pelajaran
seperti biasa
Program IQ dan Minda
Pn Zarinah bt Mat Yasin
Permainan Bahasa Melayu
7.30 – 9.30 Encik Mohd Azhar Bin Samion
 Teka silang kata
Pn Nadiah Binti Ali
Selasa  Teka teki
(09.10.2018) 9.30 – 10.00 Rehat

10.00 –
Pengajaran dan pembelajaran Guru mata pelajaran
1:20
seperti biasa
Pn Zarinah Bt Mat Yasin
7.30 – 9.30  Pengaturancaraan scracth Encik Mohd Azhar Bin Samion
(tmk) Pn Nadiah Binti Ali
Rabu En Tan Kiong Beng
(10.10.2018) 9.30 – 10.00 Rehat

10.00 – Guru
Pengajaran dan pembelajaran
1:20 mata pelajaran
seperti biasa
Encik Mohd Azhar Bin Samion
Pn Noor Haflida
7.30 – 9.30  Kursus Pengurusan
Pn Zarinah bt Mat Yasin
jenazah
Pn Najiha Bt Abd Kadir
Khamis Pn Samzunorzeta Bt Shamsudin
(11.10.2018)
9.30 – 10.00
 Rehat

10.00 –
Pengajaran dan pembelajaran Guru mata pelajaran
1:20
seperti biasa

3
MINGGU KETIGA
Tarikh / Hari Masa Aktiviti Penyelaras
Ceramah kesihatan
7.30 – 9.30 Pn Nadiah Binti Ali
Ahad  Pendidikan awal remaja
Pn Noor Haflida
(  Penjagaan diri kewanitaan
14.10.2018) REHAT
9.30 – 10.00
Pengajaran dan pembelajaran Guru
10.00 – 1:20
seperti biasa mata pelajaran
Isnin
(15.10.2018) CUTI HARI HOL
(hari hol)
Program IQ dan Minda Pn Zarinah bt Mat Yasin
7.30 – 9.30 Permainan bahasa Inggeris Encik Mohd Azhar Bin
 Jigsaw puzzle Samion
Selasa
 Word maize Pn Nadiah Binti Ali
(16.10.2018)
9.30 – 10.00 Rehat
Pengajaran dan pembelajaran
10.00 – 1:20 Guru mata pelajaran
seperti biasa
Pn Zarinah Bt Mat Yasin
Encik Mohd Azhar Bin
7.30 – 9.30  Pengaturancaraan scracth
Samion
(tmk)
Rabu Pn Nadiah Binti Ali
(17.10.2018) En Tan Kiong Beng
9.30 – 10.00 Rehat
Pengajaran dan pembelajaran Guru
10.00 – 1:20
seperti biasa mata pelajaran
Encik Mohd Azhar Bin Samion
Pn Noor Haflida
7.30 – 9.30 Ceramah motivasi dan persediaan Pn Zarinah bt Mat Yasin
awal ke sekolah menengah Pn Najiha Bt Abd Kadir
Khamis Pn Samzunorzeta Bt
(18.10.2018) Shamsudin
9.30 – 10.00 Rehat
Pengajaran dan pembelajaran
10.00 – 1:20 Guru mata pelajaran
seperti biasa

I. RUMUSAN
Sokongan yang padu oleh pihak pentadbir dan guru-guru diharap akan dapat melicinkan
tugas jawatankuasa yang mengelola program ini.

4
“MURID DIDAHULUKAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN”

Disediakan oleh :

..........................................
(NOOR AZUREEN BINTI TALIP)

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.......................................... ............................................
(ROHAIZAH BT ABDULLAH)
GPK HEM

Das könnte Ihnen auch gefallen