Sie sind auf Seite 1von 5

Rundingan Baling 1955 ( Cerita Dalam Bilik Rundingan )

Menurut Wan Hamzah (1985), Rundingan dimulakan oleh Tunku setelah Chin Peng
menyatakan persetujuannya bahawa adalah lebih baik Tunku yang memulakan kata-kata.

Tunku menyatakan rasa terima kasihnya kepada pihak Chin Peng dan rakan-rakan kerana
mempunyai keyakinan dan kepercayaan untuk memunculkan diri bagi berjumpa beliau.
Tunku menyatakan bahawa tujuan pertemuan adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut
mengenai tawaran pengampunan. Tunku memperkenalkan Mr. David Marshall dan
menceritakan mengenai pilihan raya Persekutuan yang telah diadakan serta parti yang
menang dalam pilihan raya telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan bagi Persekutuan.
Kemudian, Tunku menyatakan bahawa pada mesyuarat peringkat persekutuan yang lalu,
Pesuruhjaya Tinggi telah membuat kenyataan rasmi bahawa taraf berkerajaan sendiri akan
diberi oleh kerajaan British tanpa mengambil kira faktor darurat. Tarikh yang dicadangkan
bagi kemerdekaan Persekutuan ialah 31 Ogos 1957. Tunku juga menambah bahawa satu
perlembagaan bagi Persekutuan akan dibuat oleh satu suruhanjaya yang akan ditubuhkan.
Penyediaan perlembagaan tersebut akan memakan masa kerana ia perlu dipersetujui oleh
semua rakyat di negara ini termasuklah penduduk asal negara ini, pendatang asing, orang
yang tinggal di negara ini dari generasi ke generasi dan orang asli negara ini. Tunku
memaklumkan bahawa beliau akan berlepas ke London pada 1 Januari 1956 untuk berunding
dengan pihak British dalam satu rundingan meja bulat dan Tunku yakin akan mendapat
keputusan yang diinginkan (Nik Anuar, 1998). Tunku memberi jaminan kepada Chin Peng
mengenai anggota komunis yang telah dihukum kerana membantu dan anggota komunis yang
telah ditahan berada di dalam keadaan selamat dan akan dibebaskan setelah darurat
ditamatkan. Walau bagaimanapun, Tunku menjelaskan bahawa anggota komunis yang
menyerah diri tetap akan dibicarakan kesalahannya setelah disoal siasat (Wan Hamzah, 1985).

Chin Peng menyatakan bahawa Tunku bukanlah jurucakap bagi pihak British dan tujuan
menghadiri rundingan ini bukan untuk berunding mengenai fahaman masing-masing tetapi
untuk keamanan. Chin Peng juga menolak untuk bertanggungjawab di atas segala keganasan
dan pembunuhan yang dilakukan oleh anggota komunis. Tawaran pengampunan beramai-
ramai ditolak oleh Chin Peng kerana tawaran yang terbaru itu tiada bezanya dengan yang
pernah ditawarkan kepada mereka dahulu. Chin Peng mengutip kata-kata Tunku iaitu jika
peperangan dapat dihentikan, maka satu perundingan akan diadakan tetapi Tunku tidak pula
menyebut apa-apa di dalam tawaran pengampunan.

Felis, Dato Tan: Anggota komunis harus terlebih dahulu menunjukkan


taat setia terhadap negara ini kerana orang ramai telah menganggap
komunis adalah orang luar.

LAN Chin Peng bertanya kepada Tunku mengenai maksud taat setia kepada Tanah
Melayu dan

Tunku menjawab, ‘Hentikan pergerakan komunis sebagaimana yang dijalankan sekarang ini’
(Wan Hamzah, 1985). Tunku memberi contoh dengan menyatakan mengenai Raja-raja yang
dipandang tinggi oleh orang Melayu,.
Chin Peng bertanya lagi, ‘Bolehkah saya mendapat penerangan akan maknanya
meninggalkan pergerakan komunis?’.

Marshall “ dengan meninggalkan pergerakan komunis bermaksud saudara akan membuang


segala fahaman komunis.
Chin Peng tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan bertanya lagi, ‘Tidak adakah
lain-lain cadangan dari pihak kerajaan, maksud saya lain-lain cadangan yang membina?’.

Marshall : ‘apa yang pihak saudara lakukan membawa kesengsaraan kepada


rakyat. semua ini hanya akan melambatkan proses kemerdekaan. pihak saudara
diminta untuk letakkan senjata dgn segera” menjawab lagi dengan menyatakan
bahawa apa yang dilakukan oleh komunis hanya mendatangkan kesengsaraan dan jika
mereka mengakui pergerakan komunis maka akan melambatkan proses untuk membentuk
kerajaan. Marshall juga menyeru agar pihak komunis meletakkan senjata mereka kerana
mereka benar-benar bersalah melakukan kekerasan (Wan Hamzah, 1985).

Chin Peng memberi contoh dengan menyatakan mengenai Dewan Perhimpunan Orang
Ramai di Australia yang membenarkan Parti Komunis beroperasi di negara itu.

Tunku pula membalas dengan jawapan bahawa kerajaan yang ditentang oleh Chin Peng ini
adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan kerajaan tidak mahu terus membelanjakan wang
yang banyak untuk peperangan.

Felis, Dato’ Tan : Mengapa komunis tidak ingin berhenti dari berperang?

Chin Peng menjawab dengan menyatakan bahawa sebagai ahli komunis, mereka percaya
kepada ajaran komunis. Apabila kerajaan memaksa mereka meninggalkan ajaran itu seolah-
olah mereka tidak ada hak dan kebebasan berfikir. Setelah itu, Chin Peng juga menolak
diusulkan perkara mengenai fahaman komunis kerana pada pendapatnya tujuan rundingan
adalah untuk menamatkan darurat. Chin Peng menyatakan bahawa tawaran pengampunan
tersebut tidak diterima kerana dasar-dasar yang dibuat seolah-olah untuk membubarkan Parti
Komunis (Nik Anuar, 1998).

XXXX Setelah rundingan ditangguhkan selama satu jam, rundingan bermula semula dengan
sedikit agresif.

Marshall : ‘ pihak komunis telah mendatangkan perasaan benci, kekerasan dan


keganasan dalam masyrakat ‘’

Chin Peng menyebut, ‘Ah, itu soal lain. Kalau kami tak terima tawaran yang diletakkan ke
atas kami, maka kamilah yang akan diletakkan kesalahannya’.

Marshall menjawab sambil menumbuk meja, ‘Kalaulah Parti Komunis tidak diakui, maka
kamu akan melakukan kekerasan. Tetapi apa yang dapat kamu capai dari sikap yang
demikian?’.
Chin Peng menjawab dengan muka pahit dan pekatnya, ‘Kalau darurat ini berpanjangan,
maka kesalahan itu jangan diletakkan di satu pihak saja. Kami sendiri sedar bahawa
peperangan ini hanya membawa kepada kesengsaraan dan penderitaan’.

Tunku kemudian mengajak Chin Peng dan rakan-rakannya untuk menyertai gerakan mereka.

Chin Peng menolak dengan alasan tidak mahu membuang fahaman komunisnya. Chin
Peng menyatakan, ‘Kalau kami tidak dapat mencapai hasrat kami, adakah tuan fikir yang
kami ini akan mengikut kata tuan’. Chin Peng tetap menyatakan mahu Parti Komunis diakui
kewujudannya oleh pihak Persekutuan. Jawapan Chin Peng ini secara terang dan jelas mahu
pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengikut kehendaknya jika mahu darurat ditamatkan.

XXXXX Tunku kemudian menyatakan bahawa komunis tidak boleh diiktiraf kerana telah
banyak melakukan pembunuhan dan kekerasan dan Tunku menyoal mengapa kekerasan,
pertengkaran dan rusuhan dilakukan. Kemudian, Tunku meminta untuk menangguhkan
perbincangan selama satu jam.

Namun Chin Peng berdegil mahu keputusan Tunku akan perkara-perkara yang telah
dibincangkan tadi. Tunku menjawab dengan menyatakan bahawa ingin berehat dahulu (Wan
Hamzah, 1985).

Perbincangan bermula pada jam 6.45 petang untuk sesi ketiga.

Felis, Dato Tan: Kami tetap ingin menegaskan komunis memang tidak
akan diiktiraf.

Chin Peng seakan tidak puas hati lalu meminta Marshall pula memberi jawapan.

Marshall : “ saya tetap tidak mengiktiraf Parti Komunis “

Chin Peng kemudian bertanya, ‘Bolehkah saya mendapat tahu, adakah kerajaan British
mengakui hendak memberi kemerdekaan yang sepenuhnya kepada Malaya?’.

Menurut Tunku kerajaan British telah mengakui hendak memberikan kemerdekaan penuh
kepada Tanah Melayu. Jika kemerdekaan tidak dapat dicapai, Tunku menyatakan sudah pasti
beliau akan ditendang keluar. Tunku menambah dengan menyatakan bahawa pada 31 Ogos
1957 satu perbincangan mengenai pemindahan kuasa-kuasa akan dilangsungkan.

Chin Peng bertanya, ‘Adakah pemindahan kuasa, hal keselamatan dalam negeri kepada
kerajaan sekarang?’.

Jawab Tunku, ‘Itulah yang saya bincangkan’.

Chin Peng berkata lagi, ‘Katakanlah kami tidak mahu menerima apa yang tuan katakan itu’.
Tunku menjawab dengan menyatakan bahawa segala sekatan ke atas bekalan makanan,
menahan orang yang lalu lalang dan lain-lain perkara akan dilakukan dan tidak sekali-kali
mengambil ringan akan hal itu.

Chin Peng telah membuat Tunku ketawa ringan dengan menyatakan bahawa terdapat
seorang berada di belakang majlis mesyuarat tersebut.

Felis, Dato Tan: itu merupakan pengawal yang bertugas menjaga


keselamatan kalau tidak percaya saudara boleh pergi lihat sendiri.

Chin Peng dan Chen Tien kemudian bangun dan memeriksa sekeliling bilik rundingan
dan bilik sebelah (Wan Hamzah, 1985). Chin Peng menyatakan bahawa di sekeliling kawasan
tersebut terdapat orang-orang British.

FELIS, Dato Tan: orang-orang British itu bertugas menjaga keselamatan.


Chin Peng menyatakan bahawa sekiranya mereka menerima tawaran pengampunan, Tunku
masih juga tidak akan mengakui parti mereka dan mereka tidak akan menerima tawaran jika
mereka akan diletakkan di dalam tahanan.

Tunku menjawab, ‘Kami mesti siasat. Kamu akan dihadapkan dengan perbicaraan kerana
kamu telah banyak melakukan kesalahan’

Chin Peng bertanya sekiranya mereka keluar menyerahkan diri, apakah nasib mereka.

Tunku menyatakan bahawa mereka akan ditahan untuk disoal siasat dan setelah darurat tamat
mereka akan dibebaskan.

Marshall “ pihak KOMUNIS yang menyerah akan diberi bantuan agar dapat kembali ke
pangkuan masyarakat. “

Tunku pula menambah dengan menyatakan bahawa akan membantu ahli komunis yang
menyerah menyesuaikan diri di dalam masyarakat dan mencarikan pekerjaan yang sesuai
dengan mereka serta diberi peluang untuk menyatakan kehendak masing-masing. Tunku
menjawab dengan menyatakan bahawa setiap yang menyerah diri perlu melaporkan diri di
mana mereka berada dan ke mana mereka ingin pergi bagi menjawab soalan Chin Peng
mengenai perkara yang mengehadkan mereka.

Chin Peng menyatakan bahawa mereka tidak dapat menerima tawaran itu di atas dasar
kehormatan diri, dasar kemanusiaan, dan akan meneruskan perjuangan mereka.

Tunku pula menjawab dengan menyatakan bahawa tindakan perlu diambil bagi melindungi
diri setiap rakyat di negara ini dengan mengehadkan pergerakan ahli komunis.

Chin Peng dengan lantang menjawab akan teruskan juga perjuangan mereka.

Marshall :kenapa saudara ingin meneruskan perjuangan saudara ? “


Jawab Chin Peng ringkas sahaja iaitu untuk menjaga sifat kelelakian mereka (Wan Hamzah,
1985). Chin Peng mempertikaikan isi-isi di dalam syarat-syarat pengampunan di dalam aspek
mengehadkan pergerakan mereka dan soal pengiktirafan PKM. Chin Peng bertanya adakah
mereka dibenarkan untuk menyertai Parti Buruh.

Marshall : “pihak tuan boleh menyertai parti buruh tetapi saudara harus mengikut cara
demokrasi. sy mncadangkn sauadara juga boleh menyertai parti pap (people’s action
parti” .saya menangguhkan perbincangan ini spya pihak saudara dpt membuat keputusan,
perbincangan seterusnya akan berlangsung pada jam 8 pagi esok “

TOMORROW MORNING AT 10.05

Tunku menyatakan bahawa PKM tidak akan diiktiraf dan Tunku menerangkan akan maksud
tahanan yang dirasakan oleh Tunku bahawa Chin Peng tidak benar-benar memahaminya.
Tunku menyatakan bahawa maksud tahanan dalam konteks yang dibincangkan ialah
menahan bagi tujuan menjalankan penyiasatan. Soal siasat akan dijalankan untuk mendapat
kepastian mengenai kesetiaan ahli komunis kepada negara. Tunku juga menambah bahawa
aspek pergerakan mereka juga dihadkan. Bagi yang ingin pulang ke negara China, siasatan
tidak akan dijalankan. Malah mereka akan diberi duit poket dan urusan pulang ke China akan
diuruskan. Sekiranya memilih untuk tinggal di Tanah Melayu, mereka akan disiasat.

Akan tetapi Chin Peng tidak bersetuju dan tidak dapat menerima akan semua perkara yang
tersebut di atas (Wan Hamzah, 1985). Chin Peng bersetuju akan meletakkan senjata apabila
kerajaan mempunyai kuasa penuh dalam hal ehwal keselamatan dalam negeri.

FELIS, Dato Tan: Tujuan sebenar Tunku ke England adalah untuk


mendapatkan kuasa mengawal keselamatan dalam negeri dan saya ingin
bertanya kepada saudara adakah kamu akan meletakkan senjata dan
menerima syarat-syarat yang diberikan.?
Rundingan ditamatkan pada jam 12.48 tengah hari (Nik Anuar, 1998).

Das könnte Ihnen auch gefallen