Sie sind auf Seite 1von 1

HAIRIL AFRI BIN HUSAIN LIPI-KPLI AMBILAN JUN 2010

REFLEKSI KURSUS KEJURULATIHAN BOLA KERANJANG

Dalam Kursus Kejurulatihan Bola Keranjang yang telah dijalankan, saya dapati aktiviti
yang dirancang adalah sangat bagus. Penerangan mengenai peraturan-peraturan dalam
permainan bola keranjang adalah sangat berguna bagi pemain-pemain bola keranjang.
Bahkan ianya juga sangat berguna bagi sesiapa yang bercita-cita ingin menjadi jurulatih.
Permainan bola keranjang bukanlah sesuatu yang mudah kerana selain mempunyai bakat,
pemain-pemain perlulah benar-benar memahami segala peraturan yang telah ditetapkan
oleh Badan Persekutuan Bola Keranjang Dunia. Cara-cara pemanasan badan ringkas yang
ditunjukkan adalah sangat berguna bagi mengajar kanak-kanak sekolah bermain bola
keranjang diperingkat awal. Aktiviti tersebut tidaklah begitu berat dan kanak-kanak dapat
menerimanya kerana ianya sangat menyeronokkan.
Pelbagai teknik bermain seperti dribbling, shooting, lay-up, one-count stop dan two-
count stop, chest pass dan long pass yang diajar sangat berguna dalam permainan bola
keranjang. Setelah membuat demonstrasi, peserta diberi peluang untuk berlatih teknik-
teknik tersebut supaya kemahiran bermain bertambah mantap. Ini adalah sangat bagus
kerana jurulatih tersebut dapat melihat samada peserta kursus faham ataupun tidak akan
teknik-teknik yang telah mereka tunjukkan. Saya sendiri sangat teruja untuk menunjukkan
kemahiran yang ada pada diri saya kepada para jurulatih. Peluang ini saya gunakan
sebaiknya untuk berlatih bagi meningkatkan kemahiran saya sendiri sehinggakan baju saya
basah dengan peluh yang keluar.
Jurulatih yang dijemput untuk mengendalikan kursus ini juga sangat bagus kerana
selain berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, mereka juga dapat bertutur dalam Bahasa
Melayu dengan baik dan juga ada membuat kelakar untuk menghiburkan peserta kursus.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa penganjuran kursus ini adalah
sangat berguna kerana dalam masa dua hari sahaja, pelbagai teknik permainan bola
keranjang telah saya pelajari.

Das könnte Ihnen auch gefallen