Sie sind auf Seite 1von 24

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

TH 20403

SEJARAH ASIA TENGGARA: PEMODENAN DAN PEMBANGUNAN

TUGASAN KUMPULAN

SOALAN 2. : JELASKAN PERKEMBANGAN POLITIK YANG


BERLAKU DI BURMA SEJAK KEMERDEKAAN 1948 SEHINGGA
1962 TELAH MENYUKARKAN SEBUAH NEGARA BURMA
BERSATU. BERIKAN ULASAN DAN ALASAN ANDA MENGENAI
MASALAH TERSEBUT.

NAMA PENSYARAH:EN. BAHARI MD. SHAH

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


1.RUSIAH BINTI ABDUL RAHMAN CT12110128
2.SITI JUBAIDAH BT. MADJABIL CT12110140
3.TUESDILINAH BT. KEKIJIN CT12110147

1
Pengenalan :

Burma juga dikenali sebagai Myanmar, adalah sebuah negara di Asia Selatan dan Asia
Tenggara. Ia bersempadan dengan India, Bangladesh, China, Laos dan Thailand. Satu
pertiga daripada Burma membentuk pantai tanpa gangguan di sepanjang Teluk Bengal dan
Laut Andaman. Ia adalah negara ke-40 terbesar di dunia dan negara kedua terbesar di Asia
Tenggara. Myanmar juga negara ke-24 yang paling ramai penduduk di dunia dengan lebih
daripada 60.28 juta orang. 1

Burma adalah rumah kepada beberapa tamadun awal Asia Tenggara termasuk Pyu
dan Mon.2 Pada abad ke-9, Kerajaan Nanzhao Burma, memasuki lembah Irrawaddy
berikutan penubuhan Empayar Pagan pada tahun 1050an. Bahasa dan budaya Burma
perlahan-lahan menjadi dominan di negara ini. Dalam tempoh ini, agama Buddha Theravada
secara beransur-ansur menjadi agama utama di negara ini. Empayar Pagan jatuh kerana
serangan-serangan Mongol (1277-1301), dan beberapa peperangan negeri yang muncul.
Pada separuh kedua abad ke-16, negara ini telah disatukan semula oleh Dinasti Taungoo
bagi tempoh yang singkat. Dinasti Taungoo adalah empayar terbesar dalam sejarah Asia
Tenggara.3 Pada awal abad ke-19 Dinasti Konbaung memerintah kawasan Burma termasuk
Manipur dan Assam. Negara ini telah dijajah oleh Britain selepas tiga Perang Anglo-Burma
(1824-1885).

Pemerintahan British membawa perubahan kepada sosial, ekonomi, kebudayaan dan


pentadbiran masyarakat feudal. Sejak kemerdekaan pada tahun 1948, negara ini telah
berada dalam salah satu perang saudara yang paling lama berlaku di kalangan kumpulan
pelbagai etnik di negara ini yang tidak dapat diselesaikan.Permasalahan politik yang berlaku
menyebabkan Burma sebagai sebuah negara sukar bersatu. Dari tahun 1962 hingga 2011,
negara ini adalah di bawah pemerintahan tentera. Tentera Junta telah dibubarkan pada
tahun 2011 berikutan pilihan raya umum pada tahun 2010.

1
Asian Development Bank – Myanmar Fact Sheet, Retrieved 8 July 2010.
2
Dougald JW O'Reilly (2007). Early civilizations of Southeast Asia. United Kingdom: Altamira Press. ISBN
10: 0-7591-0279-1.
3
Lieberman 2003: 152

2
1.0 Nama

Republik Kesatuan Burma adalah nama rasmi negara semasa pentadbiran Inggeris. Sebelum
tahun 1989, ia telah menjadi Kesatuan Burma. Negara ini kini lebih dikenali dalam bahasa
Inggeris sebagai "Myanmar". Kedua-dua nama ini berasal dari nama kumpulan etnik majoriti
Bamar di Burma. "Myanmar" dianggap sebagai bentuk sastera nama kumpulan etnik. Nama
"Myanmar" telah digunakan dalam Bahasa Inggeris sejak zaman pemerintahan penjajah
British.

Pada tahun 1989, kerajaan tentera ingin mengubah nama negara "Myanmar".
Menamakan semula Negara Burma menjadi isu yang dipertandingkan. Kumpulan
pembangkang dan kebanyakan negara terus menggunakan "Myanmar" kerana mereka tidak
mengiktiraf kesahihan kerajaan tentera yang memerintah atau pihak berkuasa untuk
menamakan semula negara ini.4 Pelbagai kumpulan etnik lain di Burma memilih untuk tidak
mengiktiraf nama “Myanmar” kerana istilah "Myanmar" hanya sinonim dengan kumpulan
majoriti etnik Bamar.5 "Myanmar" terus digunakan dalam bahasa Inggeris oleh Amerika
Syarikat, Australia, Kanada ,United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
negara-negara lain dunia termasuklah Malaysia.

1.1 Latar sosial dan politik Burma:

Politik Negara Myanmar atau Burma memang menarik. Beribu tahun sebelum masihi,
kerajaan lama purba telah memerintah negara ini dengan membina pagoda-pagoda dan
kota-kota lama.Negara ini dijajah oleh British sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun
1948. Kerajaan pertama yang dibentuk sangat rapuh dan tidak mampu mentadbir pelbagai
bangsa etnik termasuk di pergunungan. Pemerintahan tentera bermula bila General Ne Win
mengambil alih kuasa pada tahun 1962 dan mengamal polisi pengasingan dari dunia luar.
Ekonomi Negara merudum dan rakyat semakin miskin, tersekat dari bantuan dunia luar.
Gerakan pro-demokrasi bermula pada tahun 1988 dipelopori oleh Aung San Suu Kyi anak
kepada pemimpin Burma Aung San mula mendapat perhatian pihak luar.

4
Steinberg, David L. (February 2002). Burma: The State of Myanmar. Georgetown University Press. ISBN.
5
Myint-U, Thant (2001). The Making of Modern Burma. Cambridge: Cambridge Univ. Press. ISBN 0-521-
79914-7.

3
Burma adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber dan terkenal sebagai ‘rice
bowl of Asia.. Walau bagaimanapun, sejak reformasi tahun 1962, ekonomi Burma telah
menjadi salah satu aspek yang paling kurang membangun di dunia. KDNK Burma berada
pada $ 42,953 bilion dan berkembang pada kadar purata 2.9% setiap tahun.6 Antara lain,
Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan Kanada telah mengenakan sekatan ekonomi ke
atas Myanmar.7 sistem penjagaan kesihatan Burma adalah salah satu aspek yang paling
teruk di dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Burma pada tangga ke-
190 negara yang paling teruk di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
beberapa pertubuhan lain telah melaporkan secara konsisten dan sistematik pencabulan hak
asasi manusia di negara ini, termasuk buruh kanak-kanak, penyeludupan manusia dan
kekurangan kebebasan bersuara.

Burma terbahagi kepada 4 kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan, Lembah
Irrawady, Jajaran Banjaran Utara dan Kawasan pantai Arakan.Latar geografi ini
mempengaruhi latar belakang ekonomi dan kehidupan penduduknya, misalnya kawasan
Lembah Irrawady yang subur merupakan kawsan pertanian utama sementara kawasan
pantai Arakan pula merupakan kawasan yang penting untuk aktiviti perdagangan, perikanan
dan pertanian serta menjadi pusat petempatan manusia dan pusat kerajaan sejak sekian
lama.8 Jumlah penduduk Burma sentiasa bertambah dan dua wilayah yang paling padat
penduduknya ialah Rakhine dan Tenasserim.Pada tahun 1850, kedua-dua wilayah ini
mempunyai penduduk berjumlah 586,000 orang.9

Sebahagian besar penduduk tinggal di luar bandar dengan menjalankan aktiviti


pertanian dan perikanan sebagai sumber ekonomi utama.Jumlah penduduk di Rangoon iaitu
bandar utama di Burma dalam era sebelum Perang Dunia Kedua ialah 500,000 orang diikuti
oleh Mandalay kira-kira 163,000 orang.Bandar-bandar lain hanya mempunyai penduduk
antara 20,000 hingga 70,000 orang.10 Penduduk Burma umumnya boleh dibahagikan kepada
tiga kumpulan utama iaitu Tibeto-Burman, Mon-Khmer dan Tai-China. Kelompok yang
termasuk dalam Tibeto-Burman dipecahkan kepada tiga sub-kumpulan iaitu Burma dan
Proto-Burma, Chin- kachin dan Lolo. Bagi kumpulan Mon-Khmer pula terdiri daripada Mon,

6
"Burma". The World Factbook. Central Intelligence Agency. https://www.cia.gov/library/publications/the-
world-factbook/geos/bm.html. Retrieved 13 January 2007.
7
“Overview of Burma sanctions". BBC. 18 December 2009. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-
pacific/8195956.stm. Retrieved 3 June 2011.
8
Abu Talib Ahmad, (2000) , Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 2-4.
9
Burma Handbook, New Delhi: Government of India Press, 1943, hlm. 10
10
Ibid, hlm. 4

4
Palaung dan Yimbau. Kumpulan Tai-China pula terdiri daripada orang Shan, Karen, Khun
dan Lao.11 Majoriti penduduk di Burma atau Myanmar merupakan Burman (sekitar 70%),
selebihnya adalah terdiri daripada etnik minoriti seperti Shan, Karen, Rakhines, Cina, India,
Mon dan kumpulan kecil etnik yang lain.

Para pengkaji mempunyai pelbagai pandangan mengenai kelompok-kelompok etnik


ini serta kedudukan mereka.Kumpulan etnik utama adalah orang Burman yang bertumpu di
kawasan Myanmar Tengah. Mereka dikatakan bertanggungjawab membentuk kerajaan-
kerajaan silam di Burma seperti Pagan, Ava, Amarapura dan Mandalay. Pada abad ke-11,
beberapa kerajaan kecil Burman disatukan oleh Raja Anawartha sehingga ke Lembah
Irrawady dan ke Lembah Sittang. Raja Anawartha juga memperkenal dan menyebarkan
agama Buddha Hinayana.Istilah “Burman” digunakan merujuk kepada kelompok majoriti
sementara “Burmese” digunakan untuk kelompok minoriti Shan di kawasan tersebut.12

Karen merupakan etnik terbesar di bahagian utara iaitu di sepanjang sempadan


antara Burma dan Thailand dan merangkumi 10% daripada penduduk Burma dan
kebanyakan mereka adalah beragama Kristian. Etnik ini pro-British dan berkebolehan
menguasai bahasa Inggeris yang menyebabkan mereka diambil bekerja oleh pentadbiran
Inggeris.Apabila Burma mencapai kemerdekaan ,etnik ini menuntut sebuah negara bebas
dan perjuangan bersenjata telah dilakukan yang digerakkan oleh Oraganisasi Pertahanan
Karen(KNDO)13.Etnik Mon pula adalah kelompok yang berpengaruh dan bertumpu di
bahagian selatan Burma dan orang-orang Mon ini telah menjalankan kolaborasi dengan
KNDO melalui Organisasi Pertahanan Kebangsaan Mon (MNDO).14 Etnik Shan adalah
kumpulan minoriti yang ke-2 terbesar di Burma yang berbahasa mirip Thai sebab ada kaitan
dengan penubuhan kerajaan Ayuthaya satu ketika dulu.Etnik lain seperti Rohingya yang
tidak diakui oleh kerajaan Burma sebagai warganegara.

Kebanyakan penduduk Burma (80%) adalah penganut agama Buddha Theravada


kecuali puak Mon,Kachin dan Chin yang beragama Kristian serta penduduk Rohingya yang
beragama Islam.

11
Ibid, hlm 13
12
Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.4
13
George A. Theodorson, “Minority People in the Union of Burma”. Hlm. 3
14
Ibid, hlm. 14

5
Sumber : Goggle imej

1.2 Perkembangan politik 1948-1962:

Tidak banyak yang mengetahui bahawa Burma pernah dijajah oleh kolonial Inggeris selama
62 tahun. Kesan daripada penjajahan dari tahun 1824 hingga 1886 membawa negara

6
tersebut menjadi sebahagian daripada empayar India.Hal ini menyebabkan negara yang kini
mengandungi sekitar 60.28 juta penduduk ini menjadi sebahagian daripada pentadbiran
wilayah India. Pentadbiran di bawah wilayah tersebut cuma berakhir pada tahun 1948
apabila Burma dipisahkan daripada pentadbiran tersebut lalu membentuk pentadbiran
sendiri dan mencapai kemerdekaannya pada tahun itu juga.

Semasa era Perang Dunia Kedua,Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL)


merupakan antara organisasi yang kuat dan berpengaruh di Burma.Organisasi ini
diwujudkan pada bulan Ogos 1944 oleh kalangan nasionalis yang anti-Jepun. Aung San
melalui penubuhan Badan Kebebasan Rakyat Anti-Fasis – (BKRAF) atau Anti-Fascist
People’s Freedom League (AFPFL) berusaha menentang Jepun walaupun pada awalnya
pernah menerima latihan dari pihak Jepun pada tahap awal peperangan.

Jepun menjajah Burma selama 4 tahun tetapi gagal menguasai Burma dan ramai
pegawai British melarikan diri ke India. Jepun cuba mendapatkan sokongan daripada rakyat
Burma dengan menjanjikan kemerdekaan dan pembebasan.Jepun kemudiannya menyokong
Aug San, pemimpin utama Burma untuk menguasai latihan tentera dan menentang
British.Pada tahun 1942, tentera Burma yang terlibat menentang Jepun ketika itu dikenali
sebagai Tentera Kemerdekaan dan Tentera Pertahanan. Pada tahun 1943 ia dikenali Tentera
Negara yang bergabung dengan tentera Berikat.

Semasa pendudukan Jepun, orang Burma menerima pengalaman mentadbir dan


bila Jepun membenarkan Burma merdeka pada 14 Ogos 1943, sebuah kerajaan telah
dibentuk yang diketuai oleh Dr. Ba Maw , walaupun pengalamannya tidak meluas ke
kawasan luar bandar, tetapi telah memberi keyakinan untuk mentadbir negara sendiri.
Pada tahun 1945, Tentera Berikat telah berjaya menghalau Jepun dan pentabiran Burma
kembali berada di bawah tentera British yang bertujuan menubuhkan semula pemerintahan
serta memulihkan kemusnahan dan menyusun semula sistem ekonomi dengan bantuan
syarikat lama di Burma.

Pada tahun Oktober 1945, Gebenor Doram Smith telah meluluskan dasar
menyatakan matlamat Biritish untuk memberi kerajaan sendiri dan mengantungkan
Perlembagaan 1935 yang kuasanya berada di tangan Gebenor dan Majlis. Dasar ini gagal
dilaksanakan kerana penentangan dari AFPFL /BKRAF yang enggan berkerjasama dengan
British kerana dasar ini dianggap ke belakang. Pihak AFPFL/BKRAF sebenarnya disokong

7
oleh tentera, orang ramai dan pucuk pimpinan Burma. Kegagalan ini menyebab Doram
Smith kembali ke England diganti dengan Hubert Rance sebagai Gebenor baru di Burma.

Perjuangan demi perjuangan telah ditempuh oleh Aung San dan rakan
seperjuangannya yang akhirnya membawa kepada kebebasan Myanmar daripada
penjajahan. Namun, Dalam usaha untuk menetapkan masa depan Burma, Aung San dan 6
ahli Majlis Kerja telah dibunuh.Aung San telah ditembak oleh musuh politiknya iaitu U Saw.
Ini terjadi ketika sidang Dewan Eksekutif bersidang pada tanggal 19 April 1947, Aung San
bersama enam anggota dewan termasuk Ba Win (kakak sulungnya) telah diserbu dan
ditembak oleh orang-orang berpakaian seragam yang merupakan orang-orang suruhan U
Saw, mantan perdana menteri yang mempunyai cita-cita besar dan merasa cemburu di atas
kecemerlangan kepimpinan Aung San.U Saw kemudiannya didapati bersalah dan mendapat
hukuman mati.

Gambar: Aung San

Rance kemudiannya menjadi penyelamat dengan menyusun semula kerajaan dengan


menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan. Deraf Perlembagaan telah siap pada 17
Oktober 1947 bahawa Burma menjadi negara berdaulat dan merdeka di luar Kommenwel.
Hutang kerajaan British 15 Ribu pound dibatalkan dan Burma di beri kemerdekaan pada 4

8
Januari 1948. Antara tahun 1948 -1952, keaadan di Burma tidak aman , kerana berlaku
pemberontakan dari tiga puak iaitu:

1. Pihak komunis
2. Pertubuhan Sukarela Rakyat PSV /PVO pertubuhan Aung San yang berpecah
menjadi penyokong kerajaan dan satu pihak lagi menyokong komunis.
3. Pertubuhan Kebangsaan Karen PPKK/KN mereka memberontak meninggalkan
tentera Union of Burma.

Angkatan tentera Union telah ditubuhkan untuk menghapuskan pemberontakan.


Perjuangan Aung San diteruskan oleh naib presidennya iaitu U Nu sebagai Perdana Menteri.
U Nu yang lahir pada 25 Mei 1907 (meninggal 14 Februari 1995 pada umur 87 tahun)
adalah perdana menteri pertama Burma. Memegang mandat sebagai pemimpin AFPFL
adalah menjadi tanggungjawab U Nu untuk memimpin Burma ke arah kemerdekaan pada
tarikh 4 Januari 1948, pada tahap itu , kerajaan cenderung untuk mengamalkan sistem
demokrasi. Myanmar kemudiannya menjadi negara Republik bebas, dengan Kesatuan
Myanmar (Union of Burma) dengan Soa Shwe Thaik sebagai Presiden pertama dan U Nu
menjadi Perdana Menteri.Burma merdeka tetapi tidak menjadi ahli Komanwel (Negara-
negara yang pernah dijajah oleh British). Dengan membentuk dua Dewan iaitu Dewan
Rakyat dan Dewan Kewarganegaraan, piliharaya telah diadakan pada tahun 1951-1952
dan juga tahun 1956 dan 1960.

Kawasan Geografi Burma telah digabungkan mengikut persetujuan perjanjian


Panglong yang mengabungkan Myanmar dengan wilayah ( state) etnik Kachin , Shan dan
Chin yang dahulunya ditadbir secara berasaingan oleh British.Sebagai Perdana Menteri, U
Nu cuba untuk memulihkan demokrasi dan mengisytiharkan agama Buddha sebagai agama
rasmi negara. Penubuhan negeri baharu dalam Union of Burma untuk kaum Mon dan
Arakan, memajukan perkembangan ekonomi dan sosial. Timbul pula masalah apabila
golongan Shan tidak berpuashati dan golongan yang bukan beragama Buddha takut
dengan pengisytiharan agama Buddha sebagai agama rasmi. Kerajaan telah melonggarkan
langkah keselamatan yang akhirnya menyebabkan jenayah berlaku berleluasa.Parti
Pyidaungsu kemudiannya telah berjaya merangka rancangan ekonomi yang realistik serta
mengukuh sistem demokrasi, mewujudkan semula keharmonian kaum Kachin, Shan dan
Burman dengan membenarkan pemimpin etnik mengekalkan kuasa masing-masing.

9
Pada malam 2 Mac 1962, Jeneral Nu Win ketua angkatan tentera telah merampas
kuasa mengenepikan kerajaan berpelembagaan, menangkap pemimpin,memecat parlimen
dan membubarkan seminar. Semua kuasa diletakkan dibawah kumpulan Rebolusiner.
Dengan alasan bahawa Burma dalam ‘krisis ekonomi, politik dan agama.Masalah
persekutuan menjadi sebab berlaku rampasan kuasa. Majlis Revolusi kemundian bertindak
membenarkan parti politik terus wujud, kebebasan akhbar diberi ,menukarkan sifat kerajaan
negeri, menghapuskan kesatuan polis dan memasukkan tentera dalam perkhidmatan awam
dan polis, memulihkan undang-undang di luar bandar, menghapuskan Mahkamah Tinggi
dan digantikan dengan sistem kehakiman tunggal.Akibat rampasan ini ,tidak ada lagi
pemberontakan yang berlaku di Burma selepas coup de’ tat itu. Dalam keadaan sebuah
negara baru mencapai kemerdekaan, tidak dinafikan berlaku permasalahan dalam aspek
politik, ekonomi dan sosial. Permasalahan ini telah membawa kepada konflik yang lebih
mencekam.

Perkembangan politik yang berlaku dari tahun 1948 hingga tahun 1962 telah
menyukarkan negara Burma bersatu. Faktor utama Burma sukar bersatu sebagai sebuah
negara yang hormoni dan aman adalah faktor politik.

I.Permasalahan politik:

Politik yang stabil merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan sesebuah
negara. Walau bagaimanapun, politik Burma telah memaparkan keadaan yang bertentangan
dari suasana yang dihajati. Permasalahan politik Burma diibaratkan seperti duri dalam
daging yang memberi ancaman kepada kedaulatan sejagat. Antara punca kepada
permasalahan politik Burma ialah perlaksanaan struktur politik yang berlandaskan kepada
Buddhisme, perpecahan AFPFL dan penolakan Marxisme sebagai ideologi parti. Dalam aspek
politik permasalahan ini merupakan beban yang dihadapi Burma selepas kemerdekaan
sehingga pentadbiran bermula pada tahun 1962.

10
II.Perlaksanaan struktur politik berlandaskan Buddhisme dan pengisytiharan agama Buddha
sebagai agama rasmi:

U Nu yang bergelar Perdana Menteri Burma telah melaksanakan sebuah struktur


politik yang berdasarkan kepada Buddhisme dan Sosialisme. Tindakan U Nu ialah
memulihkan demokrasi dan pengistiharan agama Buddha sebagai agama negara,
penubuhan negeri baharu dalam Union of Burma untuk kaum Mon dan Arakan serta
memajukan perkembangan ekonomi dan sosial. Golongan Shan tidak berpuas hati dan
golongan yang bukan beragama Buddha juga takut dengan pengisytiharan agama Buddha
sebagai agama rasmi. Permasalahan timbul akibat penekanan terhadap Buddhisme.

Umum mengetahui bahawa sesungguhnya struktur politik berlandaskan Buddhisme


membawa maksud penekanan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berteraskan
kepada ajaran agama Buddha. Walaupun pada dasarnya pelaksanaan ini merupakan
langkah terbaik dalam memberikan pembangunan material dan kerohanian untuk negara
Burma. Pelaksanaan ini juga bertujuan untuk menghapuskan pengaruh kolonialisme British
di Burma. Namun, masalah wujud apabila usaha U Nu untuk menjalankan dasar ini
mendapat reaksi berbeza daripada penduduk Burma. Persoalannya, bagaimana reaksi ini
yang akhirnya membawa kepada permasalahan politik di Burma? Reaksi yang berbeza dapat
dilihat daripada dua kelompok yang berlainan.

Pertamanya, kelompok yang beragama Buddha yang memberi tindak balas yang
positif. Kelompok ini beranggapan bahawa dasar U Nu ini akan menjamin kelestarian agama
Buddha yang menjadi asas hampir keseluruhan penduduk Burma. Namun, masalah timbul
dalam kalangan masyarakat minoriti dan penganut agama lain di Burma. Hal ini disebabkan
dasar Buddhisme menimbulkan perasaan takut lantaran mereka melihat keadaan sebagai
ancaman. Sesetengah pihak juga mempercayai bahawa akan wujud diskriminasi terhadap
penduduk yang bukan beragama Buddha.

Mengikut perangkaan pada tahun 1931, daripada 14.6 juta penduduk Burma, kira-
kira 12.3 juta atau 84 peratus adalah penganut agama Buddha, Seramai 762,243 atau 5.2
peratus pula animisme diikuti dengan 570,953 atau 3.9 peratus agama Hindu dan 584,839
atau 4 peratus beragama Islam, 331,106 atau 2.3 peratus beragama kristian dan selebihnya

11
lain-lain agama.15 Ini menunjukkan agama Buddha adalah agama majoriti penduduk Burma
sejak sekian lama.

Agama Buddha membentuk sudut pandangan dan amalan dalam kehidupan harian.
Keadaan ini jelas berlaku dengan adanya pelbagai peraturan yang wujud dalam agama
Buddha seperti larangan membunuh semua makhluk bernyawa sama ada manusia mahupun
haiwan.Malahan menurut Abu Talib Ahmad, perkataan “ bunuh” untuk haiwan cuba
dielakkan penggunaannya sebaliknya diganti dengan perkataan yang lebih sesuai seperti
ikan tidak dibunuh untuk dimakan,tetapi ia disebut sebagai “mengeluarkannya dari tempat
kehidupan semula jadinya”.16 Walaupun begitu secara realitinya, terdapat amalan yang
berbeza dengan pandangan ini. Penentangan terhadap kerajaan menyebabkan pembunuhan
dan kekerasan dilakukan terhadap golongan pemberontak sama ada orang Karen, Chin,
Rohingya mahupun Kachin ditembak oleh pihak berkuasa.17 Jika dianalisis daripada kaca
mata ilmiah, pelaksanaan struktur politik yang berlandaskan kepada Buddhisme tidak
memberi masalah kerana sejarah telah membuktikan bahawa penggubalan Piagam Madinah
yang berteraskan Islam berjaya menyatupadukan masyarakat Madinah sekaligus membawa
kepada kegemilangan tamadun Islam.

Malah bila kita melihat keadaan masyarakat yang ada di Malaysia terutamanya yang
berbilang kaum dan berbeza dari segi adat dan agama boleh hidup dengan aman walaupun
agama Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi negara ini.Berbeza dengan keadaan yang
berlaku di Burma pelaksanaan corak politik berteraskan agama telah gagal lantaran mentaliti
masyarakat minoriti dan penduduk bukan beragama Buddha yang takut akan perubahan
serta keengganan bekerjasama dengan pemimpin tempatan untuk merealisasikan hasrat ini.
Selain itu, punca pokok masalah ini adalah rentetan kegagalan pelaksaanaan dasar ini oleh
mereka yang bertanggungjawab yang tidak mampu meraih keyakinan penduduk yang bukan
beragama Buddha.

Pelbagai pembaharuan juga telah dilakukan oleh U Nu dalam memperjuangkan


agama Buddha. Salah satu langkah yang diambil ialah membuat seruan agar agama Buddha
dijadikan agama rasmi. Seruan ini diperkukuhkan dengan tindakan U Nu membentuk satu
agensi biayaan kerajaan untuk mempromosikan dan mempropogandakan Budhisme pada

15
Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air mata Kesengsaraan Rohingya Identiti, Penindasan dan pelarian,
Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn. Hlm.10
16
Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 16
17
Ibid., hlm. 16

12
tahun 1950 apabila Buddha Sasana Council Act telah digubal. Penggubalan agensi ini
diharapkan mampu mencapai hasrat U Nu bagi memastikan pengamalan agama Buddha di
segenap pelosok Myanmar.Walaupun seruan ini dilihat mempunyai kebaikan iaitu mendidik
agar masyarakat menjiwai agama Buddha tetapi telah timbul gerakan yang tidak bersetuju
yang melihat perkara ini sebagai ancaman. Antara pihak yang tidak menyokong adalah
golongan Kristian, Islam dan golongan bukan Buddha yang lain.

Keadaan ini berpunca daripada perasaan takut dan syak wasangka jika agama
Buddha menjadi agama rasmi. Golongan ini berpendapat bahawa akan wujud penindasan
terhadap penduduk bukan Buddha jika telah termaktub Buddha sebagai agama rasmi.
Kesannya, dasar ini telah mengundang padah terhadap pentadbiran kerajaan yang diketuai
oleh U Nu.Krisis akibat propaganda Buddha telah mendorong kepada permasalahan yang
lebih rumit dan gagal ditangani dengan sebaiknya oleh U Nu.

Permasalahan ini ditimbulkan oleh golongan penentang terhadap pelaksanaan dasar


ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui dua peristiwa penting. Pertamanya, telah berlaku
pemberontakan Kachin di Utara Myanmar untuk membantah tindakan kerajaan meneruskan
polisi ini. Pemberontakan ini tercetus kerana pemimpin Kachin menganut agama Kristian
yang khuatir jika polisi ini diteruskan mendatangkan mudarat kepada penganut agama
Kristian. Selain itu, ketua kepada Kristian Myanmar yang bernaung di bawah Kayin National
Union (KNU) bangkit menentang kerajaan agar suara puak Karen di dengar oleh kerajaan.
Campur tangan tentera menjadikan keadaan semakin malang apabila tentangan dibuat yang
menuntut agar agama Buddha ini terhad di Myanmar Hilir sahaja yang didiami majoriti
penganut agama Buddha. Desakan dan pemberontakan ini menjadi gunting dalam lipatan
yang menggugat pentadbiran U Nu.

Rakyat Burma tidak dapat bersatu jika soal agama tidak diatasi dengan baik sebab
isu agama ini adalah isu yang sangat sensitif.Diskriminasi mungkin timbul terhadap
penganut-penganut agama lain, dan itulah yang paling ditakuti oleh etnik-etnik seperti
Kachin,Mon dan Chin. Bagi etnik minoriti seperti Rohingya yang beragama Islam, mereka ini
lebih sengsara sebab tidak diiktiraf oleh kerajaan Burma malah ditindas sehingga ke hari
ini.Isu agama menjadi sebab yang amat penting mengapa Burma sukar untuk bersatu pada
tahun 1948-1962.

13
III.Perpecahan Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL):

Sejarah penubuhan AFPFL telah terbentuk melalui gabungan atau perikatan daripada
pertubuhan-pertubuhan besar seperti All-Burma Peasants Organisation, Federation Of Trade
Organisation, kumpulan-kumpulan etnik (Karen Youth League), ahli-ahli individu, dan
sebuah parti politik iaitu parti sosialis. Perikatan ini menamakan Aung San sebagai presiden
dan bertanggungjawab membimbing gabungan ini berjuang menuntut kemerdekaan.
Menjelang 1958, negara ini sebahagian besarnya mula memulihkan ekonomi, tetapi mula
jatuh selain masalah politik akibat perpecahan dalam AFPFL kepada dua puak, satu yang
diketuai oleh U Nu dan Tin, dan yang satu lagi oleh Ba Swe dan Kyaw Nyein. AFPFL Stabil
pimpinan Ba Swe dan Kyaw Nyein dan AFPFL Bersih pimpinan U Nu dan Tin. Perpecahan ini
sebenarnya tidak menjadi masalah jika ditangani dengan baik kerana perkara ini akan
menyuburkan sistem demokrasi di Myanmar. Demokrasi membawa maksud pemerintahan
rakyat kerana pemilihan parti yang memerintah adalah berdasarkan majoriti sokongan
rakyat. Oleh itu, jika difikir mengikut logik akal perpecahan ini memberi impak positif kepada
rakyat kerana persaingan AFPFL Stabil dan AFPFL Bersih pastinya akan berlangsung secara
sihat dalam melakukan dasar dan pelaksanaan yang terbaik untuk menambat hati penduduk
Burma.

Namun, perpecahan ini tidak membawa kesan seperti yang diharapkan lantaran
Perang Terbuka kerana kedua-dua pihak saling melemparkan berbagai-bagai tuduhan
seperti rasuah, nepotisme, gila seks dan membunuh sama ada melalui media massa dan
dakyah politik melalui ceramah. Keadaan ini merupakan suatu hal yang menjadikan
pemangkin permasalahan yang lebih tenat. Akibat perpecahan ini bukan sahaja
menimbulkan masalah luaran tetapi juga masalah dalaman yang merumitkan keadaan.
Persaingan yang wujud dalam AFPFL itu sendiri untuk menguasai kesatuan politik telah
mencambahkan benih-benih masalah yang mengundang kepada pergolakan politik di
Burma. Keadaan bertambah parah apabila ahli-ahli politik tempatan mengidam-idamkan
untuk menjadi Perdana Menteri.

Sememangnya perebutan ini mengundang pelbagai masalah yang tiada bernokhtah.


Selain itu, permasalahan juga berpunca daripada sebab peribadi, cemburu kuasa, gila kuasa
dan perasaan syak wasangka dalam kalangan pemimpin AFPFL dari peringkat pusat hingga
peringkat akar umbi. Lantaran itu, suatu yang pasti permasalahan dalaman dan luaran telah
membawa kepada krisis perpecahan dalam AFPFL. Lebih malang lagi, AFPFL mula dikaitkan

14
dengan penjenayah yang menggunakan parti untuk melarikan diri daripada tindakan
undang-undang. Permasalahan yang tidak berjaya ditangani ini telah membawa kepada era
pemerintahan baru dalam politik Myanmar. Perpecahan ini telah memberi kesan yang besar
tehadap politik demokrasi kerana persaingan yang wujud untuk memerintah Myanmar.
Keadaan bertambah malang dengan adanya penglibatan golongan tentera dalam kancah
politik kesan daripada pergolakan yang berlaku dalam AFPFL. Semua sedia maklum
penglibatan tentera akan menyumbang kepada pemerintahan kuku besi.

Walaupun begitu, penglibatan golongan tentera adalah bersandarkan kepada


kehendak sesetengah rakyat Myanmar yang tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi dan
meminta golongan tentera untuk campur tangan dalam sistem politik.Tentera telah
mengambil alih pentadbiran dan U Nu telah mengisytiharkan ‘ emergency ‘ darurat dalam
perlembagaan. Pada tahun 1960, politik di Myanmar dikuasai oleh tentera dan diketuai oleh
General Ne Win yang berperanan sebagai kerajaan sementara selama 2 tahun.Ini terjadi
apabila U Nu dikenakan undi tidak percaya hanya dengan sokongan pembangkang Barisan
United Nasional (National United Front/NUF ), dipercayai mempunyai 'kripto-komunis' di
kalangan mereka. Lebih 400 orang yang bersimpati dengan komunis 'telah ditangkap, 153
dihantar pulang ke Pulau Coco di Laut Andaman. Antara mereka ialah pemimpin NUF Aung
Than, abang Aung San. Kyemon dan Rangoon Harian juga telah ditutup.

Kerajaan baru Ne Win mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1960 yang
mengembalikan Parti Kesatuan U Nu, dengan satu majoriti besar.18 Keadaan stabil tidak
kekal lama, apabila Persekutuan Pergerakan Shan bermula yang dipimpin oleh Nyaung
Shwe Sawbwa Sao Shwe Thaik (Presiden pertama Myanmar bebas 1948-52). Beliau bercita-
cita untuk menjadi sebuah persekutuan 'longgar', dilihat sebagai sebuah gerakan pemisah
yang mendesak kerajaan menghormati hak pemisahan dalam 10 tahun yang diperuntukkan
oleh Perlembagaan 1947. Ne Win telah berjaya menanggalkan kuasa feudal Sawbwa Shan
pada tahun 1959.

Perpecahan yang berlaku dalam Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL),


menyukarkan lagi Burma untuk bersatu sebab jika para pemimpin sudah tidak
sekepala,masing-masing mahu menang dan mempunyai tujuan peribadi maka yang jadi
mangsanya adalah rakyat .Rakyat akan berpecah sokongannya. Jeneral Ne Win mula

18
Smith, Martin (1991). Burma — Insurgency and the Politics of Ethnicity. London and New Jersey: Zed Books
hlm 195–197.

15
mengambil alih peranan U Nu sebagai pemimpin utama Burma pada tahun 1960 dan junta
tentera menguasai sepenuhnya pemerintahan menjelang tahun 1962 hinggalah sekarang.

IV.Penolakan Marxisme sebagai idealogi parti

Perkataan ‘komunis’ adalah berkaitan dengan Komunisme yang membawa maksud


orang yang menganut fahaman Komunisme. Komunisme adalah sebuah ideologi. Maksud
‘komunisme’ ialah suatu fahaman politik yang menjadikan faktor pengeluaran (ekonomi) dan
barang-barang pengguna sebagai milik negara. Fahaman ini banyak diamalkan di negara
China dan beberapa negara di Eropah Timur.

Karl Marx

Dari manakah fahaman Komunisme ini berasal? Penganut fahaman ini berasal dari
“Manifest der Kommunistischen” yang ditulis oleh Karl Marx dan Friedrich Engels,
sebuah manifesto politik yang pertama kali diterbitkan pada 21 Februari 1848, teori
mengenai komunis sebuah analisis pendekatan kepada perjuangan kelas (sejarah dan masa
kini) dan ekonomi kesejahteraan yang kemudian pernah menjadi antara gerakan yang
paling berpengaruh dalam dunia politik.Apakah kaitannya dengan sejarah politik Burma
yang menyebabkan negara tersebut tidak dapat bersatu dan akhirnya diperintah oleh junta
tentera.

Setiap parti yang dibentuk mempunyai ideologi dan fahaman masing-masing agar
perjuangan lebih terarah dan tidak terpesong. Perkara yang sama telah melanda
Burma/Myanmar kerana parti yang ditubuhkan perlu mempunyai ideolagi. Masalah timbul
lantaran U Nu menolak Marxisme sebagai ideologi parti. Marxisme merupakan ideologi
komunis yang dibawa oleh Karl Marx iaitu kekayaan dikongsi bersama. U Nu lebih

16
cenderung dengan polisi satu bentuk sosialisme iaitu Burmese Way to Socialism yang
bertujuan memiliknegarakan semua harta dan hasil pendapatan.

Perkembangan ini telah mengundang perasaan syak wasangka yang berlarutan


dalam kalangan masyarakat. Hal ini rentetan daripada dasar yang diperkenalkan oleh U Nu
mempunyai persamaan dengan ideologi Marxisme iaitu segala harta, tanah, pendapatan
adalah hak milik negara. Fenomena ini melahirkan perasaan tidak puas hati sehingga
membawa kepada perpecahan Majlis Tertinggi Parti dan mengakibatkan haluan berbeza
dalam AFPFL kepada dua pihak iaitu penyokong U Nu dan Kyaw Nyein. Justeru, jika diteliti
tindakan U Nu diibaratkan seperti seorang yang hipokrit kerana dasar yang diperkenalkan
mempunyai persamaan dengan ideologi Marxisme walaupun hakikatnya beliau menolak
fahaman ini. Kesannya, senario ini menyebabkan kejatuhan mendadak dalam majoriti
parlimen bagi U Nu.Kesannya U Nu telah dijatuhkan oleh Jenderal Ne Win.Kesepakatan
dalam pemerintahan tidak wujud dalam pentadbiran U Nu kerana tindakan yang kurang
efisen yang menyebabkan beliau berundur kerana sikap hipokrit dan tidak berfikir
panjang.Apa yang dicipta oleh U Nu dalam pentadbirannya sama dengan ideologi komunis
Karl Marx yang mempraktikkan semua aset negara adalah hak mutlak Negara.

V.Kelemahan Pemerintahan 1948-1962

Pemimpin yang mantap akan membawa negara ke arah kecemerlangan,rakyat


bersatupadu dan dapat hidup dengan aman tetapi sebaliknya pemimpin yang lemah
membawa kepada permasalahan yang tidak pernah padam. Kenyataan ini sudah cukup
untuk menerangkan masalah sosial di Myanmar akibat daripada kelemahan
pemerintahan.Rakyat tidak puas hati dan akan menimbulkan pelbagai masalah yang
menyebabkan Burma tidak dapat bersatu.Jika dibuka lembaran sejarah pemerintah yang
bertanggungjawab sekitar tahun 1948 hingga 1960 adalah insan bernama U Nu. U Nu
merupakan seorang yang memandang tinggi kepada orang Inggeris kerana kekaguman dan
kesenangan beliau terhadap pihak Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan apabila U Nu mendapat
jolokan George Bernard Shaw Myanmar. Tindakan ini menimbulkan ketidakpuasan hati
penduduk lantaran anggapan bahawa Inggeris adalah penjajah dan tidak sewajarnya di beri
muka. Namun, dalam pemerintahan U Nu berlaku sebaliknya kerana pengiktirafan dan
kebanggaan beliau terhadap Inggeris sangat tebal sehinggakan pentadbiran yang sistematik
tidak dapat dijalankan.

17
Hal ini ekoran daripada ketaksubannya terhadap Inggeris yang melalaikannya
daripada melakukan pemerintahan yang berkualiti.Kegagalan U Nu berterusan apabila tidak
berhasil memberi kepimpinan yang berkesan.Ini telah membuktikan bahawa U Nu diiktiraf
sebagai seorang pemerintah yang lemah kerana melakukan tindakan yang tidak munasabah
serta mempunyai latar belakang yang kurang baik seperti panas baran dan kaki botol.
Antaranya ialah pembinaan rumah tumpangan untuk anjing-anjing yang berkeliaran di kota
Myanmar. Padahal, pada ketika itu masih ramai penduduk Myanmar tidak mempunyai
tempat tinggal yang tidak selesa.

Ini menunjukkan U Nu tidak prihatin dengan keadaan masyarakat yang majoritinya


terdiri daripada masyarakat petani yang miskin serta memerlukan perhatian daripada pihak
kerajaan untuk membela nasib mereka.Di samping itu, U Nu dilihat sebagai seorang yang
tidak mempunyai pengalaman dalam pemerintahan. Pernyataan dapat dibuktikan melalui
tindakan yang diambil oleh U Nu iaitu dasar Burmese Way to Socialism yang menimbulkan
curiga dalam kalangan rakyat dan membawa kepada perpecahan parti dan junta tentera
berkuasa.

VI.Masalah etnik

Rasanya masalah etnik ini adalah masalah yang paling sukar di atasi kerana setiap
etnik di bumi Burma mempunyai permintaan dan desakan masing-masing. Pemimpin perlu
bijak seperti kata pepatah “ Menarik rambut dalam tepung,rambut jangan putus dan tepung
jangan berselerak”. Kepelbagaian etnik di negara Burma/Myanmar merupakan halangan
kepada kejayaan khususnya dalam membentuk perpaduan. Dalam keadaan ini, aspek
penting adalah hubungan majoriti-minoriti.Hubungan majoriti-minoriti seringkali dipenuhi
dengan pelbagai konflik, pergaduhan mahupun peperangan.Dalam kaeadaan berkonflik
biasanya golongan minoriti berada dalam kaedaan lemah dan tertindas sebab bilangan
mereka kecil dan bertambah sukar apabila pihak majoriti memegang kuasa.19

Myanmar mempunyai ramai puak minoriti yang perlu diberi perhatian oleh setiap
pemimpin yang menerajui pemerintahan. Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan
kekecohan dan ketidakpuasan hati golongan minoriti. Antara puak etnik di Myanmar seperti

19
Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air Mata Kesengsaraan Rohingya Identiti, Penindasan dan Pelarian,
Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn. Hlm.105

18
Karen, Kachin, Shan, Kayah, Chin Mon,Rohingya, Arakan dan lain-lain. Fenomena ini
mendorong kepada permasalahan etnik kerana memperjuangkan hak masing-masing.
Konflik etnik di Myanmar begitu ketara selepas Myanmar memperoleh kemerdekaannya
daripada Britain bulan Januari 1948. Setiap etnik minoriti mempunyai masalah masing-
masing yang perlu diselesaikan. Mon dan Arakan merupakan etnik yang melancarkan
pemberontakan kerana U Nu yang gagal mengotakan janji. Dalam janji kemerdekaan, U Nu
mencadangkan pembentukan satu negeri berasingan bagi orang Arakan dan Mon dalam
tahun 1960. Janji ini sengaja ditabur untuk memberi kepuasan kepada minoriti-minoriti etnik
dan memancing undi daripada mereka.

U Nu,ketika berkempen pada tahun 1960 berjanji memberi status negeri kepada
Arakan tetapi terpaksa berundur kerana desakan tentera.U Nu, dalam kenyataan yang
diucapkannya semasa Karen State Constitutional Amendment berhubung isu hak
minoriti pada 8 Oktober 1951, menyebut:

“I might explain at this point that the Contitution has made provision for the right
Of equality and feedom,right relating religion;cultural; education and economic right. These
right will continue to be anjoyed even by the smallest minority. By the term Minority Right,
Imean those so-called Rights which entice members of the Union to dismember themselves
with separate election….. I need hardly say that this union of Burma belong equally to all
nationals, Chins, Kachins, Kerannis,Mons, Arakaneses, all.Athough the Burmeses are
majority people, they are not a people to misuse their majority.”20

( Ingin saya jelaskan di sini, di peringkat ini bahawa perlembagaan


mengandungi beberapa perkara atau peruntukan berhubung hak untuk
kesaksamaan dan kebebasan. Hak itu ialah hak berkaitan agama, budaya,
pendidikan dan ekonomi. Hak-hak ini boleh terus didikmati oleh semua,
walaupun minority. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang menjadi
ahli dalam Kesatuan Burma di mana Kesatuan Burma adalah milik sama rata
semua warganegara tidak kira Shan, Chin, Kachin, kerani, mon dan Arakan.
Walaupun Burman adalah ahli majoriti, mereka bukannya boleh menggunakan
keistimewaan majoriti itu.)

J. Silverstein, “ Burma” dalam Roger M. Smith (penyunting) , Southeast Asia Documents of Political
20

Development and Change, London: Cornell University, 1979, hlm. 108.

19
Kenyataan U Nu ini membayangkan hasratnya untuk memberi hak kesamarataan
kepada semua etnik sama ada etnik majoriti mahu pun minoriti.Antara etnik yang berjuang
untuk mendapatkan sebuah negara bebas termasuklah Muslim Rakhine iaitu orang-orang
Islam di utara Arakan. Namun, selepas pilihan raya telah menyaksikan kemenangan U Nu
tetapi beliau melengahkan janji yang telah dibuat dan langsung tidak mengendahkan puak
Arakan dan Mon. Senario ini telah mendorong kebangkitan puak ini untuk menegakkan
keadilan. Justeru, pada akhir 1961 telah berlaku pemberontakan minoriti yang memberi
tekanan terhadap pemerintahan dan pentadbiran U Nu.U Nu terpaksa menerima bahawa
pemberontakan minoriti ini memberi kesan kerana pemberontakan ini berjaya menguasai
satu per sepuluh daripada negeri tersebut. Oleh itu, dalam memberi kepuasan kepada
minoriti-minoriti etnik, kerajaan bersetuju menubuhkan dua buah negeri lagi untuk orang
Mon dan Arakan.

Pemberontakan puak Arakan dan Mon menjadi pengajaran berguna kepada


pemimpin yang memerintah agar tidak mengambil ringan masalah puak minoriti.
Pada tahun 1949, Karen National Defense Organization (KNDO) merupakan organisasi yang
menjadi landasan kepada perjuangan puak Karen. KNDO telah melancarkan pemberontakan
untuk mendapatkan hak negeri serta ingin mempertahankan budaya mereka. Puak Karen
berpendapat budaya mereka akan terjejas jika dasar Buddhisme meresap dan dipraktikkan
dalam sosial masyarakat Myanmar. Perjuangan hak negeri dan budaya juga dipelopori oleh
etnik lain yang merasa tergugat dengan dasar dan polisi kerajaan. Akibat pemberontakan
yang dilancarkan oleh etnik-etnik ini telah mendorong kepada langkah drastik diambil oleh
pemerintah.

Fenomena yang semakin memuncak menyebabkan U Nu tidak lagi mampu


menghentikan tindakan pemberontakan ini. Lantaran itu, beliau telah meminta bantuan
General Ne Win mengambilalih kedudukan beliau.Kerajaan yang dibentuk oleh U Nu telah
merangka satu perlembagaan yang membabitkan soal pentadbiran Myanmar. Walaupun
perlembagaan ini mendapat tentangan oleh puak Shan dan Kayah yang berkehendakan
perlembagaan ini dikaji semula. Penentangan wujud rentetan daripada isu persekutuan yang
membabitkan soal keselamatan negara dan kedudukan mereka dalam pembangunan. Puak
Shan dan Kayah tidak berpuas hati dengan kandungan perlembagaan yang tidak memberi
jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap puak mereka. Rentetan itu, timbul satu
rancangan sulit Chaofa untuk menentang persekutuan. Chaofa sanggup bekerjasama
dengan musuh negara iaitu Kuomintang (KMT), rakyat Thai dan Amerika (CIA) untuk

20
menghancurkan persekutuan. Pakatan ini menimbulkan cacamarba dalam membincangkan
permasalahan sosial yang berlaku di Myanmar. Penentangan yang dilakukan akhirnya
menundukkan pihak kerajaan.

Oleh itu, negeri Shan dan Kayah diberi hak untuk berundur daripada kesatuan pada
tahun 1958 selepas 10 tahun bernaung di bawah Kesatuan Myanmar. Tindakan ini lantaran
mereka yang tidak berpuas hati dengan perlembagaan persekutuan. Walau bagaimanapun,
tindakan ini menimbulkan kekhuatiran General Ne Win kerana bimbang jika pengunduran ini
tidak dibenarkan oleh U Nu. General Ne Win sedia maklum bahawa U Nu tidak mahu puak
Shan dan Kayah keluar dari Kesatuan Myanmar. Pengunduran puak ini akan memberi kesan
yang lebih signifikan kepada permasalahan sosial di Myanmar kerana pengaruh yang cukup
besar dalam kerajaan. Ini kerana jika pihak kerajaan memenuhi permintaan satu puak etnik,
maka etnik-etnik yang lain juga akan meminta dan mendesak agar permintaan mereka juga
harus dipertimbangkan yang mana akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di pihak
pemerintah.Hal sebeginilah yang menyebabkan Burma sukar untuk disatukan.

Sesungguhnya, masalah etnik bukan perkara yang mudah kerana kepelbagaian etnik
memerlukan keadilan dan kesamarataan untuk mengelakkan konflik social. Permintaan dan
desakan daripada etnik-etnik ini perlu ditangani dengan bijak oleh pemimpin agar rakyat
dapat bersatu dan membentuk negara yang aman.

VII.Pemberontakan Komunis dan Etnik:

Tahun-tahun pertama kemerdekaan Burma telah ditandakan oleh pemberontakan


berturut-turut oleh Komunis Bendera Merah yang diketuai oleh Thakin Soe, Komunis
Bendera Putih yang diketuai oleh Thakin Than Tun, Yèbaw Hpyu (White-band PVO) diketuai
oleh Bo La Yaung, ahli tiga puluh komrad, pemberontak tentera yang menggelarkan diri
mereka Tentera Myanmar Revolusi (RBA) diketuai oleh pegawai Komunis Bo Zeya, Bo Yan
Aung dan Bo Ye Htut - ketiga-tiga mereka adalah ahli Tiga puluh komrad, Arakanese Islam
atau Mujahid, dan Kesatuan Kebangsaan Karen (Karen National Union).

Selepas kemenangan Komunis di China pada tahun 1949 di kawasan pedalaman


Myanmar Utara selama bertahun-tahun, ia dikawal oleh tentera pasukan Kuomintang (KMT)
di bawah arahan General Li Mi. Komunis merupakan salah sebuah fahaman yang menular

21
di hampir keseluruhan Asia Tenggara dalam memperjuangkan ideologi dan fahaman dalam
kalangan masyarakat. Myanmar antara negara yang telah memperlihatkan campur tangan
komunis dalam politik yang akhirnya memberi kesan kepada permasalahan sosial. Parti
Komunis Burma telah ditubuhkan yang bermatlamatkan memperjuangkan agenda komunis
dalam pemerintahan dan telah mendapat sokongan daripada golongan bawahan yang
tertindas seperti petani. Keadaan ini menyebabkan Myanmar mengalami kekacauan dari
parti-parti komunis dan pihak pelampau yang selalu sahaja cuba menghasut petani-petani
untuk menyebelahi pihak mereka.

Dalam perjuangan Parti Komunis Burma atau kemudiannya dikenali sebagai White
Flag telah melakukan pemberontakan dan disertai oleh pertubuhan paramilitari iaitu People’s
Volunteer Organisation. Di samping itu, akibat daripada penindasan kerana permasalahan
rasuah perjuangan komunis dibantu oleh sekumpulan kecil orang Rohingya yang
mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Perkara ini dibuktikan melalui Perang Etnik
yang telah dilancarkan oleh orang Rohingya yang menggelarkan diri mereka sebagai
Mujahid.

Selain daripada Perang Etnik, telah berlaku Perang Saudara antara komunis dan
Rangoon yang telah mengakibatkan keruntuhan pentadbiran pusat. Gabungan antara
pemberontakan komunis dan etnik hampir berjaya menumpaskan kerajaan yang terkepung
di Yangon. Pentadbiran yang hampir lumpuh akibat huru-hara yang ditimbulkan oleh
masyarakat Myanmar membawa kepada permasalahan sosial yang tidak pernah reda dalam
lipatan sejarah Myanmar. Walaupun langkah pengharaman Parti Komunis telah dilancarkan
tetapi pengaruhnya masih membiak dalam kalangan masyarakat.Ini telah menyukarkan
Burma untuk bersatu sebab halangan-halangan yang datang bertali arus dan perlukan
penyelasaian.

VIII.Permasalahan Ekonomi.

Ekonomi ditakrifkan sebagai suatu pasaran yang wujudnya permintaan dan


penawaran. Kemantapan ekonomi merupakan tunjang kepada kesejahteraan dan kemajuan
sesebuah tamadun. Jika ekonomi di tahap kritikal maka pembangunan akan terencat.
Myanmar juga tidak lari daripada permasalahan ekonominya yang menjadi penyumbang

22
kepada kegawatan dalam pembangunan. Antara masalah ekonomi Myanmar ialah kegagalan
progran ekonomi yang dikenali Pydawtha, kelembapan ekonomi, ekonomi sosialis
demokratik, kerosakan harta benda akibat perang dan kelemahan manusia. Kegawatan
ekonomi Myanmar merupakan penyumbang kepada masalah-masalah yang wujud selepas
kemerdekaan sehingga pentadbiran bermula pada tahun 1962.Masalah yang berlarutan ini
telah menyukarkan lagi keadaan di Burma untuk rakyatnya bersatu padu sehati sejiwa.

Kesimpulan:

U Nu sebagai perdana menteri yang pertama memainkan peranan yang penting


dalam sejarah politik Burma dari tahun 1948 - 1962.Kepincangan yang timbul dalam
pemerintahan beliau menyebabkan Burma sukar untuk bersatu. Ini disebabkan berlakunya
persaingan etnik kerana negara yang diberikan jolokan sebagai negara Yugoslavia Asia
Tenggara ini terdiri daripada pelbagai etnik.Ancaman komunis yang setiasa mengambil
peluang untuk mengembangkan ideologinya serta perpecahan dalam Liga Kebebasan Rakyat
Anti-Fasis (AFPFL) selepas pembunuhan Aung San memberikan kesan yang berpanjangan
kepada sejarah negara Burma. Tindakan U Nu mengisytiharkan agama Buddha sebagai
agama rasmi negara itu mempunyai tujuan yang baik sebenarnya tapi cara beliau
menangani dan mendekatkan penduduk Burma dengan nilai-nilai baik dalam agama Buddha
tidak praktikal malah menimbulkan perasaan sangsi di kalangan penganut agama lain yang
akhirnya timbul masalah yang lebih besar yang menyebabkan Burma tidak dapat disatukan.

Keadaan makin parah apabila Jeneral Ne Win mengambil alih


pemerintahan.Kecenderungannya membentuk pasukan tentera yang kuat dan menguasai
sistem pemerintahan tentera menimbulkan peningkatan ketegangan etnik . Era demokrasi
berakhir apabila beliau merampas kuasa dan menolak konsep persekutuan kerana dikatakan
akan merosak kesatuan negara. Pemerintahan tentera terus membentuk sejarah Burma
untuk selama 26 tahun dan beberapa dasar seperti pengusiran orang asing, pengawalan
media, pemenjaraan ratusan pemimpin politik atas alasan menentang kumpulan penentang
menyebabkan negara tersebut tersisih daripada pengetahuan dunia luar. Oleh itu, Burma
dilihat sebagai sebuah negara tertutup dan tidak banyak berhubung dengan negara luar.

23
Bibliografi:

Abu Talib Ahmad, (2000), Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abu Talib Ahmad, (1991), Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Azharudin Mohamed Dali , (2012), Air mata Kesengsaraan Rohingya Identiti, Penindasan
dan pelarian, Kuala Lumpur: Inteam Pub. Sdn.

Asian Development Bank – Myanmar Fact Sheet, Retrieved 8 July 2010.

Dougald JW O'Reilly (2007). Early civilizations of Southeast Asia. United Kingdom: Altamira
Press. ISBN 10: 0-7591-0279-1.

J. Silverstein, (1979) “ Burma” dalam Roger M. Smith (penyunting) , Southeast Asia


Documents of Political Development and Change, London: Cornell University, hlm.
108.
Li Be Nih, (2015), Sejarah Asia Tenggara: Pemodenan dan Pembangunan, UMS

Smith, Martin (1991). Burma — Insurgency and the Politics of Ethnicity. London and New
Jersey: Zed Books hlm 195–197.

24

Das könnte Ihnen auch gefallen