Sie sind auf Seite 1von 2

KOMUNIKASI VISUAL

A. REKA BENTUK GRAFIK

1. SENI GRAFIK
a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi
b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun
c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas
d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain adalah sebagai
grafik
e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah, pembungkusan,
digital dan sebagainya.

2. RISALAH
a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat
b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa lipatan dan
seperti buku
c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan logo
d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan Sarkis

3. PEMBUNGKUSAN
a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamer
b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll
c. Fungsi pembungkusan ialah untuk:
i. Melindungi barangan
ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran
iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi
d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi
i. Jenama iii. Gambar / ilustrasi
ii. Keterangan iv. Logo, nama dan syarikat

4. LOGO
a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan
sebagainya
b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud tertentu
seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat
c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran dan
sebagainya

5. SIMBOL
a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara
b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa
c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif )
d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi
e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan
f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.

6. MASKOT
a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan
b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak
c. Kostum yang dipakai oleh manusia – memerlukan fabrik yang tidak panas
d. Menampilkan identiti tempatan dan asli e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau
haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah dan sebagainya.
Bab 11 : PEMBUNGKUSAN

1. Pembungkusan ialah satu kaedah penyimpanan dan melindungi sesuatu barangan daripada rosak dan
tercemar.
2. Pembungkusan tradisional: a) Penggunaan bahan berasaskan tumbuhan- biasanya digunakan untuk
membungkus makanan seperti ketupat, nasi lemak, tapai, lemang, tempe dan sebagainya. b) Penggunaan
bahan berasaskan haiwan- digunakan untuk menyimpan bahan cecair. c) Penggunaan bekas berasaskan tanah
liat- digunakan untuk menyimpan ikan pekasam, kicap, budu, jeruk, sayur dan sebagainya. d) Kertas surat
khabar dan tali daun pisang - untuk membungkus bijirin, tepung, gula, biskut, kekacang dan sebagainya. e)
Kertas surat khabar - untuk makanan tradisional seperti sagun dan gula tarik.
3. Pembungkusan moden - pembungkusan moden mempunyai ciri-ciri bersih, dapat melindungi geseran
permukaan, menyerap getaran, kalis air dan kedap udara : a) Penggunaan kertas dan kadbod. b) Penggunaan
bahan logam. c) Penggunaan bahan kaca. d) Penggunaan bahan plastik. e) Penggunaan bahan polistrin.
4. Kaedah pembungkusan: a) Untuk melindungi dan menjaga kebersihan barangan. b) Untuk memudahkah
penyimpanan. c) Memelihara mutu barangan. d) Memastikan keselamatan barangan supaya tidak rosak
semasa penghantaran. e) Memberi maklumat kepada pengguna. f) Mudah dibawa.

Contoh lukisan hamparan dan binaan kotak

ContohPembungkusan Bukan Makanan

Das könnte Ihnen auch gefallen