Sie sind auf Seite 1von 9

1.

0 PENGENALAN

Masalah bahasa dan komunikasi sering terjadi kepada kanak-kanak berkeperluan


khas. Antara contoh kanak-kanak khas yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi
ialah kanak-kanak sindrom down, cerebral palsi, autisme, kanak-kanak bermasalah
pendengaran dan sebagainya. Perkembangan bahasa yang lewat dan kemahiran komunikasi
yang lemah menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang akademik sering merosot. Hal
ini menyebabkan mereka menghadapi kesulitan untuk berinteraksi dan mempunyai keyakinan
diri yang rendah (Svirsky, Robbins, Kirk, Pisoni, & Miyamoto, 2000). Interaksi sosial dan
komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, bayangkan keadaan kanak-
kanak khas yang tidak dapat berkomunikasi seperti insan normal yang lain.

2.0 HUBUNG KAIT KOMUNIKASI, BAHASA DAN PERTUTURAN

Komunikasi, bahasa dan pertuturan merupakan elemen yang sangat penting semasa
berinteraksi. Menurut Rogers & Lawrence (1981) telah menyatakan bahawa komunikasi
merupakan proses dua orang atau lebih melakukan pertukaran informasi antara individu.
Bahasa pula merupakan alat terpenting dalam berkomunikasi. Hal ini kerana tanpa bahasa
komunikasi tidak akan dapat berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal. Pernyataan ini
disokong oleh Siti Hajar (2011) yang menyatakan bahawa bahasa ialah satu sistem ujaran dan
tulisan konvensional yang digunakan untuk berkongsi budaya dan berkomunikasi. Selain
bahasa, pertuturan juga merupakan salah satu lagi elemen yang penting dalam proses
komunikasi. Pertuturan adalah salah satu medium yang efektif untuk berinteraksi. Namun,
komunikasi dan bahasa masih boleh berlaku tanpa pertuturan seperti dengan penggunaan
bahasa isyarat (Modul Pendidikan Khas, 2011). Secara keseluruhannya, dapat saya
simpulkan bahawa perkaitan antara komunikasi, bahasa dan pertuturan amatlah rapat bagai
isi dengan kuku. Hal ini kerana gabungan komunikasi, bahasa dan pertuturan akan dapat
menghasilkan proses komunikasi yang berkesan bagi menjalinkan interaksi sosial sesama
sendiri dan menjaga keharmonian dalam perhubungan.

Komunikasi berlaku pada setiap peringkat umur. Kanak-kanak belajar berkomunikasi


dengan dipengaruhi oleh persekitaran. Pernyataan ini disokong oleh Lev Vygotsky yang
menyatakan bahawa kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan menyelesaikan masalah
daripada orang-orang sekeliling mereka melalui bahasa. Manakala, Chomsky pula
berpendapat bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang dikenali
sebagai LAD (Language Acquisition Devise) yang menjadi asas yang sangat kukuh bagi
mereka berkomunikasi. Teori Pragmatik-Interaksionis juga ada membincangkan tentang
penggunaan bahasa untuk berkomunikasi. Teori ini banyak menekankan mengenai fungsi
komunikasi dalam bahasa iaitu untuk menyampaikan maklumat, perasaan dan hasrat secara

1
berkesan. Pada pendapat saya, ketiga-tiga teori ini telah menunjukkan bahawa bahasa
merupakan asas yang sangat penting dalam berkomunikasi. Oleh itu, sekiranya penutur gagal
dalam bersosialisasi menerusi bahasa, ianya pasti akan memberi kesan kepada informasi
yang hendak disampaikan dan mungkin diberikan tafsiran yang salah walaupun mempunyai
tujuan yang baik. Sehubungan dengan itu, dapat saya simpulkan bahawa pertuturan
merupakan asas kepada bahasa manakala bahasa pula merupakan elemen yang sangat
penting untuk berkomunikasi seperti digambarkan dalam rajah 1.0 di bawah.

Komunikasi
Bahasa

Pertuturan

Rajah 1.0: Hubung kait komunikasi, bahasa dan pertuturan

3.0 MENGANALISIS MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK


MASALAH PENDENGARAN

Menurut Asiah (2012), masalah pendengaran atau cacat pendengaran terjadi apabila
deria dengar seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima sesuatu bunyi
perbualan atau bisikan orang lain. Masalah pendengaran dapat dibahagikan kepada 3 kategori
iaitu masalah pendengaran konduktif, masalah pendengaran sensori neural dan masalah
pendengaran campuran. Saya telah memilih untuk menganalisis masalah bahasa dan
komunikasi kanak-kanak masalah pendengaran bagi penulisan saya pada kali ini.

Bagi mengenal pasti masalah komunikasi kanak-kanak bermasalah pendengaran,


saya telah menganalisis satu video daripada Youtube yang bertajuk ‘Deaf and Hard of Hearing
Children, Speaking to Reading’ (t.p, 2012). Antara masalah komunikasi yang dapat saya kenal
pasti daripada video tersebut ialah semasa berkomunikasi kanak-kanak ini dilihat kurang
memberi perhatian. Ciri ini dapat dikenalpasti dalam video apabila kanak-kanak tersebut sukar
untuk menunjukkan sebarang reaksi mahupun perhatian kepada guru yang sedang bercakap
dengannya. Saya dapati mereka juga lebih suka berdiam diri sahaja tanpa berkomunikasi
dengan orang lain terutamanya melalui lisan. Hal ini turut disokong oleh Khusairi (2011) yang
menyatakan bahawa kanak-kanak masalah pendengaran kebiasaannya kurang dan gagal
memberi perhatian apabila mereka berbual. Masalah ini disebabkan kurangnya tumpuan

2
mereka terhadap sesuatu perbualan komunikasi lisan itu terganggu oleh pendengaran yang
kurang jelas akibat getaran gelombang suara yang diterima lemah.

Seterusnya, berdasarkan analisis saya daripada video tersebut, saya dapati mereka
juga selalu bercakap dengan menggunakan suara yang sangat kuat atau sangat perlahan.
Pada pendapat saya, hal ini berpunca daripada masalah pendengaran mereka yang tidak
dapat berfungsi seperti kanak-kanak normal yang lain menyebabkan mereka tidak dapat
menganggar kekuatan bunyi yang sepatutnya dikeluarkan. Hal ini disokong oleh (Khusairi,
2011) yang menyatakan bahawa ketidakfungsian atau kegagalan telinga mendengar isyarat
dan gelombang bunyi dengan tepat ini juga turut mempengaruhi cara kawalan vokal suara
kanak-kanak penghidap yang terlibat. Seterusnya, mereka juga mengalami kesukaran untuk
memahami arahan yang mudah dan arahan tersebut perlu diulang berkali-kali oleh guru
sehingga dapat difahami oleh mereka. Hal ini menyebabkan mereka selalu tidak mampu untuk
memberi respon dan pendapat yang baik berkenaan dengan perkara yang dibincangkan. Oleh
itu, berdasarkan analisis saya tentang masalah komunikasi kanak-kanak bermasalah
pendengaran daripada video ini, saya dapati kesan negatif daripada masalah-masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak ini ialah mereka mungkin akan dipinggirkan atau dikecualikan dari
terlibat dalam mana-mana aktiviti sama ada di sekolah atau dalam kehidupan seharian
mereka. Hal ini seterusnya menyebabkan komunikasi tidak berlaku antara kanak-kanak ini
dengan orang lain. Malah mungkin lawan berbicara akan memberikan pandangan yang negatif
apabila mereka tidak memperoleh tindak balas yang diharapkan, sedangkan keterbatasan
dalam pendengaran menghalang kanak-kanak bermasalah pendengaran ini bertindak
terhadap apa yang didengari.

Masalah bahasa ialah ketidakupayaan seorang kanak-kanak menguasai kemahiran


berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik dan pragmatik. Fokus penulisan saya bagi menganalisis masalah bahasa kanak-
kanak bermasalah pendengaran ini ialah berdasarkan satu komponen bahasa sahaja iaitu
semantik. Bagi mengenal pasti masalah semantik kanak-kanak masalah pendengaran, saya
telah memilih untuk menganalisis satu jurnal yang bertajuk ‘An analysis of the semantic skills
of children who are deaf or hard of hearing’. Jurnal ini ditulis oleh Sarah Huck (2013). Semantik
merupakan bidang yang mengkaji makna-makna bahasa. Semantik lebih khusus dikaitkan
dengan perbendaharaan kata, keupayaan untuk memahami dan menggunakan bahasa lisan
dan bertulis dengan betul. Berdasarkan pembacaan saya tentang jurnal yang telah dianalisis,
saya dapati antara masalah semantik yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pendengaran
ialah mereka menunjukkan hubungan yang lemah di antara pengkategorian dan contohnya.
Ini adalah berdasarkan ujian yang telah dilakukan oleh pengkaji kepada kanak-kanak masalah
pendengaran (rujuk lampiran 1.0). Pengkaji memberikan kanak-kanak ini beberapa kategori

3
objek. Daripada setiap kategori objek tersebut, mereka perlu mencari contoh-contoh objek .
Sebagai contoh, kategori perabot. Contoh objek bagi kategori perabot ialah meja, kerusi dan
almari. Hasil yang diperoleh daripada analisis yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa
mereka memberi pelbagai jenis jawapan yang tidak bertepatan dengan contoh-contoh objek
bagi setiap kategori tersebut. Hal menunjukkan mereka tidak memahami makna bahasa dan
mempunyai perbendaharaan kata yang sangat terhad dan tidak fleksibel.

Selain itu, mereka juga mempunyai masalah dalam memahami konsep sinonim dan
antonim. Sinonim adalah perkataan yang mempunyai makna yang sama. Manakala, antonim
pula ialah perkataan yang mempunyai makna yang berlainan. Berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh pengkaji, saya dapati kanak-kanak masalah pendengaran ini sering
menghadapi kekeliruan untuk memahami konsep sinonim dan antonim. Sebagai contoh,
mereka tidak mengetahui bahawa perkataan ‘faedah’ mempunyai sama maksud dengan
‘keuntungan’. Mereka juga tidak dapat memberikan jawapan yang betul apabila ditanya
antonim bagi perkataan ‘jujur’ (Newmonic, 2011). Pada pendapat saya, hal ini berlaku kerana
mereka tidak dapat membuat perbezaan dari segi makna perkataan-perkataan tersebut.

4.0 CADANGAN INTERVENSI PENGAJARAN BAHASA KANAK-KANAK


MASALAH PENDENGARAN

Setelah menganalisis masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak masalah


pendengaran, saya mencadangkan agar Kod Tangan Bahasa Melayu digunakan sebagai
salah satu intervensi bagi mengatasi masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-
kanak bermasalah pendengaran. Intervensi ini dicadangkan bagi mengelakkan masalah
bahasa dan komunikasi yang lebih teruk dialami oleh mereka. Peranan guru terutamanya
dilihat sangat penting dalam melaksanakan intervensi ini memandangkan golongan ini
merupakan golongan yang paling rapat dengan kanak-kanak masalah pendengaran
terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) merujuk kepada penggunaan kod yang
disampaikan melalui isyarat bagi mewakili setiap kosa kata Bahasa Melayu (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1985). Menurut Abdullah (2002), KTBM adalah satu bahagian daripada
prinsip Komunikasi Seluruh. Hal ini kerana kombinasi bahasa isyarat, kod ejaan jari dan
pertuturan digunakan bagi kaedah ini. Saya memilih KTBM sebagai intervensi yang akan
dijalankan kerana kaedah ini memberi penekanan kepada pembelajaran menggunakan kod-
kod tertentu. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat belajar
untuk berkomunikasi dengan mudah menggunakan kod-kod tersebut. Ini dapat dibuktikkan
dengan penggunaan Kod Tangan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran

4
Bahasa Melayu kepada murid-murid pekak di sekolah (Abdullah Yusof, 2002). Selain itu,
KTBM juga dapat membantu dalam tulisan dan pertuturan supaya kanak-kanak masalah
pendengaran dapat belajar menggunakan bahasa dengan betul. KTBM boleh melatih mereka
membaca, memahami struktur ayat, membetulkan bahasa dan sebagainya. Oleh itu, pada
pendapat saya KTBM merupakan salah satu intervensi yang sangat berkesan untuk
digunakan dalam membantu kanak-kanak masalah pendengaran berkomunikasi.

Rajah 1.1: Kod Tangan Bahasa Melayu

Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan aktiviti melabel bahagian anggota
badan haiwan seperti kucing dilakukan dalam proses PdP bagi mengatasi masalah bahasa
kanak-kanak bermasalah pendengaran ini terutamanya dari aspek semantik. Hal ini kerana
melabel adalah asas bagi kemahiran semantik. Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah
guru meminta murid untuk mengenal pasti bahagian anggota badan kucing seperti kaki,
badan, kepala dan ekor. Guru kemudiannya meminta murid untuk melabel bahagian-bahagian
anggota badan kucing tersebut. Seterusnya, guru meminta murid untuk mengeja bahagian-
bahagian yang telah dilabel tersebut dengan menggunakan kod tangan bahasa melayu.
Berikut merupakan contoh bagi cara pengejaan bahagian kaki menggunakan kod tangan
bahasa melayu:

Rajah1.2: Kod tangan bahasa melayu

5
Pada masa yang sama, murid boleh menceritakan perkara yang mereka ketahui
mengenai kucing dengan menggunakan kod tangan bahasa melayu. Antara contoh
penceritaannya adalah seperti “ Kucing ada empat kaki’, ‘Kucing ada ekor’, Kucing ada bulu’
dan sebagainya. Hal ini bagi menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dan membina
keyakinan dalam berinteraksi. Guru juga boleh memainkan peranan yang aktif dengan
bertanya soalan kepada murid berkaitan dengan haiwan peliharaan mereka seperti soalan
“adakah kamu memelihara kucing di rumah?” dengan menggunakan kod tangan bahasa
melayu. Berikut merupakan contoh cara pengejaan kod tangan bahasa melayu bagi soalan
“adakah kamu mempunyai kucing di rumah?”:

6
Rajah 1.3: Kod tangan bahasa melayu

Bagi langkah seterusnya, guru akan menerangkan perbezaan fungsi anggota-anggota


badan kucing tersebut dengan menggunakan kod tangan bahasa melayu. Hal ini bagi memberi
pendedahan kepada murid tentang penggunaan perbendaharaan kata yang lebih banyak.
Sebagai contoh, hidung kucing digunakan untuk menghidu, lidah digunakan untuk menjilat,
kuku pula digunakan untuk mencakar.

Selain itu, guru menerangkan kepada pelajar alatan-alatan yang diperlukan untuk
memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan. Antara contoh barangannya adalah seperti
sangkar kucing, bekas makanan dan minuman, kolar dan pengetip kuku. Bagi menjadikan
aktiviti pembelajaran lebih menarik guru boleh memasukkan unsur permainan dalam
menerangkan nama alatan-alatan tersebut. Sebagai contoh, guru boleh melakukan permainan
teka barang dalam kotak misteri. Pertama sekali, guru perlu menulis nama alatan memelihara
kucing yang akan dimasukkan ke dalam kotak misteri pada kad-kad berwarna. Kemudian, guru
memasukkan alatan-alatan untuk memelihara kucing itu ke dalam satu kotak misteri.
Kemudian, guru meminta murid memilih mana-mana alatan daripada kotak tersebut. Setelah
murid selesai memilih alatan tersebut, guru meminta murid mengeja nama alatan tersebut dan
memberitahu fungsi dan kegunaan alatan itu dengan menggunakan kod tangan bahasa
melayu. Aktiviti ini boleh dilakukan berulangkali menggunakan ‘kotak misteri’ dengan cara
membuat cabutan bertuah untuk menentukkan giliran siapa yang akan menjawab soalan.
Sebagai contoh, fungsi bekas makanan adalah sebagai tempat kucing makan.

7
Rajah 1.4: Kod tangan bahasa melayu

Pada akhir aktiviti ini, guru boleh meminta murid secara beramai-ramai membuat
poster dan memasukkan informasi dan maklumat yang telah dipelajari berkaitan dengan
kucing. Kemudian, guru bersama-sama murid menampal hasil kerja mereka pada dinding
kelas dan mengambil gambar kelas bersama supaya murid berasa seronok dan sebagai tanda
kenangan. Oleh itu, berdasarkan intervensi yang telah dicadangkan ini saya pasti murid
masalah pendengaran dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk berkomunikasi dan
membantu dalam mengatasi masalah bahasa yang dihadapi.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi oleh kanak-kanak


masalah pendengaran ini perlu dititikberatkan. Intervensi bahasa dan komunikasi yang sesuai
mengikut keperluan setiap individu bermasalah pendengaran perlulah diberikan penekanan

8
sejak dari awal lagi. Oleh itu, diharapkan dengan intervensi yang dicadangkan ini dapat
membantu kanak-kanak masalah pendengaran ini mengatasi masalah bahasa dan
komunikasi mereka supaya mereka juga dapat menikmati kehidupan yang normal dan ceria
seperti kanak-kanak normal yang lain. Persekitaran yang baik dan harmoni juga turut memberi
pengaruh dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam bertutur dan berkomunikasi. Oleh
hal yang demikian, ibu bapa, guru dan masyarakat seharusnya berganding bahu dalam
membantu kanak-kanak ini menguasai bahasa dan berkomunikasi. Justeru itu, mereka
sewajarnya diberi peluang untuk bergaul dengan kanak-kanak normal yang lain agar mereka
tidak berasa tersisih di samping membantu mereka meningkatkan dan mengembangkan
kebolehan berkomunikasi dan bahasa mereka dari semasa ke semasa.

Das könnte Ihnen auch gefallen