Sie sind auf Seite 1von 4

Task 1

Bandingkan amalan gaya hidup sihat dengan yang tidak sihat sepertimana yang
ditayangkan dalam video di atas.

Perbezaan di antara gaya hidup yang sihat dan tidak sihat;

Gaya hidup yang sihat ialah;

1. Mendapatkan rehat yang secukupnya


2. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat
3. Melakukan aktiviti fizikal, riadah atau bersenam

Manakala gaya hidup yang tidak sihat;

1. Rehat yang tidak cukup


2. Tidak mengamalkan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti memakan
makanan yang manis, masin dan berlemak
3. Tidak melakukan aktiviti fizikal atau yang tidak berfaedah kepada tubuh badan
seperti permainan video.

Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat kita dapat mengurangkan risiko mendapat
pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan kanser.
Dalam masa yang sama, kita dapat meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan kita.
Disamping itu juga, kita akan memiliki stamina dan keupayaan untuk menikmati kehidupan
dan menjadikan kita lebih produktif sama ada di rumah mahu pun di tempat kerja. Secara
keseluruhannya, penampilan diri kita lebih menarik dan lebih selesa serta badan kita cergas
dan tidak mudah lesu.

Kesan daripada tidak mengamalkan kehidupan yang sihat, kita lebih cenderung mendapat
penyakit, tubuh badan cepat penat dan tidak bermaya serta jangka hayat akan lebih
pendek. Di samping itu, emosi kita akan mudah terganggu dan hilang keyakinan diri serta
sering mengalami tekanan.

Bincangkan inisiatif yang boleh meningkatkan kualiti kesihatan dan kesejahteraan


individu.

Mengamalkan kehidupan yang sihat seperti;

- Makan makanan yang sihat dengan memilih pelbagai jenis makanan harian yang
berasaskan piramid makanan dengan makan mengikut waktu yang teratur serta
memilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
- Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, berekreasi dan bersukan dengan
melakukan aktiviti fizikal yang ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit
sehari. Tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari iaitu sekurang-
kurangnya 10 minit setiap kali.
- Tidak merokok dan tidak minum minuman beralkohol serta mengelak daripada
penyalahgunaan bahan terlarang.
- Menghindari daripada mengalami tekanan dan menangani stress dengan berfikiran
secara positif, tidur yang cukup dan mengamalkan hubungan yang baik dengan rakan
dan jiran.

Task 3

Apakah fungsi setiap komponen makanan seimbang untuk fungsi badan yang normal?
Kongsi pandangan anda bersama ahli kumpulan dalam forum.

Terdapat 7 jenis nutrien dalam komponen makanan seimbang iaitu, kaborhidrat, protien,
lemak, vitamin, mineral, serat dan air. Kelas nutrien ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu
makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien terdiri daripada,karbohidrat, lemak, protien,
serat dan air. Kesemua makronutrien digunakan oleh tubuh sebagai sumber tenaga kecuali air
dan serat. Nutrien ini diperlukan tubuh badan dalam kuantiti yang banyak. Manakala
mikronutrien terdiri daripada vitamin dan mineral, ia digunakan tubuh badan dalam kuantiti
yang sedikit.

Fungsi Karbohidrat

- Sumber tenaga di dalam badan


- Karbohidrat seperti kanji dan gula dipecahkan kepada glukosa yang digunakan untuk
menggerakkan fungsi unit tubuh dan membekal tenaga kepada otak dan sistem saraf.
- Protien simpanan yang digunakan sebagai tenaga akibat kekurangan karbohidrat
- Mengekalkan kesihatan penghadaman iaitu membantu mencegah sembelit dan cirit
birit serta membantu cepat kenyang dengan lebih lama
- Meransang pertumbuhan bakteria di dalam usus yang membantu memecahkan
makanan supaya ia boleh digunakan dalam oleh badan

Fungsi lemak

- Membekalkan tenaga sandaran apabila tiada karbohidrat


- Beberapa jenis vitamin bergantung pada lemak untuk penyerapan dan dan
penyimpannya.
- Sel lemak yang disimpan dalam tisu adipos merupakan penebat pada badan bagi
mengekalkan suhu badan

Fungsi protien

- Asas binaan tulang, darah dan otot.


- Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum
Fungsi Vitamin

- Melepaskan tenaga yang tersimpan dalam karbohidrat, protien dan lemak


- Penting dalam pengeluaran sel darah merah dan mengekalkan sistem saraf, dangka
dan imun
- Bertindak balas antioksidan yang membantu memelihara sel sihat di dalam badan

Fungsi mineral

- Mengawal atur fungsi badan


- Membantu dalam pertumbuhan dan mengekalkan tisu badan dan membantu
melepaskan tenaga.
- Mengawal atur dalam proses badan seperti keseimbangan cecair, impuls saraf,
pengecutan otot, fungsi jantung, pembekuan darah, sintesis sel darah merah dan
sintesis protien

Fungsi serat

- Mengurangkan risiko penyakit jantung


- Membantu mengawal gula dalam darah

Fungsi air

- Medium pengangkutan di dalam tubuh iaitu menghantar nutrien ke organ-organ


tubuhdan menyingkirkan bahan kumuh dalam tubuh.
- Mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh dan mengawal suhu badan.
- Menyerap haba metabolik dalam tubuh

Apakah cabaran dietari khusus yang dihadapi oleh kumpulan khas seperti kanak-kanak,
wanita hamil dan warga emas dalam mematuhi rejim diet seimbang? Bagaimanakah
perkara ini dapat diatas? Sila bincangkannya di forum.

Cabaran dietari kanak-kanak.

- Kanak-kanak suka mengambil makanan segera yang mengandungi lebih natrium dan
bahan pengawet

Cara mengatasi;

- Memberi snek yang berkhasiat seperti kraker biasa, buah-buahan dan yogurt
- Minum susu dan cecair lain seperti jus buah dan sup yabg rendah gula dan garam

Cabaran wanita hamil

- Mengalami masalah anemia yang disebabkan paras hemoglobin dalam darah yang
rendah. Puncanya adalah kurang zat besi untuk penghasilan darah yang brkualiti
- Mengalami masalah kencing manis gestasi yang berlaku apabila badan tidak boleh
menghasilkan insulin yang secukupnya.
- Mengalami masalah tekanan darah tinggi yang disebabkan proses perkembangan uri
di mana di dalam uri terdapat saluran darah. Tekanan darah wujud apabila darah tidak
dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak
berkembang secara normal

Cara mengatasi;

- Anemia boleh diatasi dengan makan makanan kaya kandungan zat besi iaitu daging
ayam, kekacang, hati, kerang, buah-buahan seperti labu, tembikai, prun dan kismis.
- Kencing manis gestasi boleh di atasi dengan mengamalkan diet seimbang yang sihat
dan mengurangkan pengambilan gula dan garam dalam makanan dan minuman.
- Tekanan darah tinggi dapat di atasi dengan memakan sayur-sayuran, mengambil
makanan yang kaya dengan kalium, magnesium dan kalsium, banyakkan meminum
jus buah-buahan dan mengurangkan makanan yang tinggi sodium dan makanan
segera.

Cabaran dietari warga emas

- Warga emas cenderung mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung,
diabetis, osteoporosis dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana fungsi sistem imuniti warga
emas merosot dan kurang aktif. Oleh disebabkan perubahan usia belaku dalam saluran
penghadaman mereka juga mempunyai masalah dalam penyerapan nutrien.

Cara mengatasi;

- Makan makanan yang kaya dengan kalsium terutama produk tenusu dan tauhu
- Makan makanan yang kaya dengan zat besi daging, hati ayam dan sayur-sayuran.
- Mengurangkan makanan yang berlemak, manis dan masin.

Das könnte Ihnen auch gefallen