Sie sind auf Seite 1von 38

K1: Compile submitted loan document / Mengumpul dokumen pinjaman

1.1 Types of customer / Jenis pelanggan

Definisi: Mereka yang membeli dan menggunakan produk samaada barangan atau
perkhidmatan. Pelanggan bank mempunyai hubungan dan kerjasama dengan bank mereka
selalunya untuk jangka masa yang panjang. Mereka juga dikenali sebagai stake holders iaitu
mereka yang mempunyai kepentingan di dalam sesebuah syarikat. Terdapat dua jenis
pelaggan iaitu:

1.1 Jenis Pelanggan Perbankan Komersil dan Runcit


 Individu
Pelanggan individu merupakan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di
bank untuk tujuan peribadi mereka. Perkhidmatan bank yang boleh di nikmati oleh
pelanggan tersebut termasuklah membuka akaun simpanan, akaun semasa, akaun
tetap, fasiliti pinjaman, kad debit, kad kredit dan pelaburan.

 Bukan individu
Pelanggan bukan individu merupakan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan
di bank untuk tujuan perniagaan. Perkhidmatan yang boleh dinikmati oleh pelanggan
tersebut termasuklah akaun semasa, fasiliti pinjaman dan pelaburan.

Jenis pelanggan bukan individu:


- Pemilik Tunggal
Definisi: Perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan yang dijalankan oleh
individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Contoh nama milikan tunggal ialah
Kedai Runcit Ahmad Kamal, Pasar Mini Ah Beng dan Kedai Jahit Salamah.

Ciri-ciri milikan tunggal


1. Pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan
dan operasi perniagaannya.
2. Pemilik dan perniagaan atau organisasi peniagaannya adalah
dirujuk sebagai satu entiti yang sama.
3. Aset perniagaan adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut.
4. Keuntungan adalah harta peribadi pemilik. Jika perniagaan mengalami
kerugian maka kerugian tersebut juga adalah kerugian atau kehilangan harta
pemiliknya.
5. Liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan
mempunyai hutang yangtidak dapat dijelaskan kerana mengalami kerugian,
maka pemberi hutang berhak menuntut harta peribadi pemilik perniagaan
sebagai bayaran ganti kepada hutang perniagaan yang tidak dapat
dilangsaikan itu

- Perkongsian
Bentuk perniagaan ini dibentuk secara gabungan dan diusahakan oleh dua
orang atau lebih dengan matlamat memperoleh keuntungan. Pemilik-pemiliknya
dikenali sebagai rakan kongsi perniagaan.

Terdapat beberapa jenis rakan kongsi perniagaan. Antaranya ialah

i. Rakan Kongsi Umum

 mempunyai liabiliti yang tidak terhad


 sangat aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
 menyumbangkan modal

ii. Rakan Kongsi Terhad

 mempunyai liabiliti terhad


 tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
 menyumbangkan modal

iii. Rakan Kongsi Lelap / Tidur (Sleeping Partners)

 menyumbangkan modal
 berhak menerima keuntungan
 tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan

iv. Rakan Kongsi Nominal

 tidak menyumbangkan modal


 membenarkan nama digunakan
 orang yang berpengaruh / mempunyai tahap kredibiliti yang tinggi turut
menanggung segala liabiliti perkongsian
- Perusahaan Kecil Sederhana
Definisi Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) terbahagi kepada:
A. Bilangan Pekerja

SEKTOR SEKTOR PEMBUATAN PERKHIDMATAN DAN LAIN-LAIN

KECIL 5-75 pekerja 5-30 pekerja

SEDERHANA 75-200 pekerja 30-75 pekerja

B. Perolehan

PERKHIDMATAN DAN
SEKTOR SEKTOR PEMBUATAN
LAIN-LAIN

KECIL RM300,000 hingga RM15 juta RM300,000 hingga RM3 juta

SEDERHANA RM15 juta hingga RM50 juta RM3 juta hingga RM20 juta

- Badan korporat
Perbadanan korporat merupakan suatu bentuk perniagaan yang ditubuhkan
dibawah kuasa undang-undang (Akta Syarikat) dan didaftarkan melalui
Pendaftar Syarikat. Ini bermakna perbadanan korporat yang berdaftar boleh
menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam
wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat sebarang
perjanjian dengan sebarang organisasi (Zumilah Zainalaludin, 1999, m.s 40).

Ciri-ciri Bentuk Perbadanan Korporat

Terdapat tiga jenis perniagaan secara perbadanan korporat iaitu syarikat


sendirian (swasta), syarikat awam, dan badan berkanun. Selain itu,
perbadanan korporat juga boleh dikelaskan kepada syarikat berhad atau
syarikat tidak berhad. Syarikat berhad, tidak kira syarikat sendirian (swasta)
atau syarikat awam, dibahagikan kepada syarikat berhad dengan jaminan,
syarikat berhad dengan saham dan syarikat berhad dengan jaminan dan
saham.

i. Syarikat Sendirian Berhad (Swasta)

 Syarikat-syarikat sendirian berhad boleh dikenali dengan mudah. Tiap-tiap


nama syarikat sendirian berhad diakhiri dengan perkataan sendirian berhad
atau Sdn. Bhd.

 Pemilik atau pemegang saham syarikat sendirian berhad terdiri daripada 2


hingga 50 orang. Semua pemilik perniagaan berliabiliti terhad.

 Pemilik / pemegang saham syarikat sendirian berhad yang menyumbang


modal perniagaan. Mereka dilarang sama sekali untuk mengutip modal
daripada orang awam.

 Saham syarikat sendirian berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan
secara terbuka di pasaran.

 Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham
biasa syarikat sendirian berhad, berhak untuk mengawal syarikat sendirian
berkenaan.

ii. Syarikat Awam Berhad

 Syarikat awam berhad boleh dikenali melalui perkataan “Berhad” / Bhd. Di


hujung nama syarikat berkenaan. Terdapat dua jenis syarikat awam berhad
iaitu yang tersenarai di bursa saham seperti Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) dan syarikat awam tidak tersenarai.

 Modal syarikat awam berhad dikumpulkan melalui penjualan saham dan bon
kepada orang awam.

 Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli


saham di pasaran saham (BSKL). Ini bermakna pemindahan saham syarikat
tidak perlu mendapat persetujuan pemegang-pemegang saham lain dalam
syarikat.

 Bilangan minimum pemegang saham adalah 2 orang dan boleh melebihi 50


orang. Jumlah pemegang saham itu bergantung kepada jumlah saham yang
dipegang oleh ahli-ahli syarikat dan jenis saham yang diterbitkan.

 Pemilik perniagaan ini berliabiliti terhad terhadap jumlah modal yang


dilaburkan dalam perniagaan.

iii. Syarikat Awam Berhad Dengan Jaminan

 Dimiliki oleh ramai pemilik seperti persatuan-persatuan.

 Tidak bermotifkan keuntungan, hanya bertujuan untuk menjaga kebajikan


para pelabur perniagaan.

 Dijamin oleh kerajaan atau agensi kerajaan.

iv. Badan-badan Berkanun

 Ditubuhkan oleh pihak kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan


sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat jelata.

 Dibentuk di bawah Akta Parlimen.

 Badan-badan berkanun yang menjalankan perniagaan seperti Perbadanan


Kemajuan Ekonomi Negeri, FELDA, Lembaga Pertubuhan Ladang dikenali
sebagai perusahaan awam.

1.2 Jenis permohonan pinjaman


 Permohonan pinjaman individu
 Pinjaman peribadi
Definisi:
Pinjaman peribadi ialah pinjaman jangka pendek untuk membantu
pengurusan kewangan individu. Ia telah menjadi satu bantuan
kewangan yang popular kerana proses yang agak mudah dan untuk
mendapatkan wang tunai dengan cepat.

Tujuan pelanggan membuat pinjaman peribadi ialah:

i. Modal perniagaan
ii. Bayaran deposit rumah, kereta dan sebagainya
iii. Perkahwinan
iv. Pelajaran
v. Kecemasan

 Pinjaman Sewa Beli (Hire Purchase Loan)


Definisi:
Sewa beli adalah kaedah membeli kenderaan, mesin-mesin perindustrian dan
asset syarikat melalui pembayaran ansuran dari masa ke masa. Istilah "sewa
beli" berasal dari United Kingdom.

Prinsip pinjaman sewa beli (Hire Purchase Loan)


 Kebanyakkan bank di Malaysia hanya meluluskan 90% daripada amaun
sebenar sebagai pinjaman. Pelanggan perlu menyediakan wang deposit
10% untuk bayaran permulaan.
 Di bawah kontrak sewa beli, pembeli dikira sebagai menyewa barang dan
tidak memperoleh pemilikan sehinggalah jumlah penuh pinjaman
dibayar.
 Jika pelanggan tidak membayar ansuran bulanan seperti yang
ditetapkan, bank berhak mengeluarkan notis dan menarik semula
kenderaan atau barangan yang disewa beli
 Urus niaga Sewa Beli (HP) dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 (Akta HP).
Akta menetapkan bentuk dan kandungan perjanjian HP, hak undang-
undang, kewajipan penyewa dan pembiaya. Akta HP ditadbirkan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
 Keperluan penjamin untuk pembiayaan sewa beli bergantung kepada
penilaian kredit pelanggan membayar balik ansuran pinjaman.

 Pinjaman gadai janji (Mortgage Loan)


Definisi:
Pinjaman gadai janji (Mortgage Loan) ialah pinjaman yang digunakan untuk
membeli rumah atau lain-lain hartanah. Dalam perjanjian gadai janji, peminjam
memberikan hak kepada bank ke atas hartanah sehingga peminjam
menjelaskan sepenuhnya segala pembayaran bersama-sama dengan faedah
hartanah tersebut.

1.2.2 Pinjaman kepada syarikat / korporat


1.2.2.1 Pinjaman dua hala (Bilateral Loan)
Pinjaman dua hala adalah sejenis pinjaman yang dibentuk antara peminjam
tunggal dan pemberi pinjaman tunggal. Pemberi pinjaman mempunyai lebih
kawalan terhadap terma dan syarat berkaitan pinjaman tersebut. Pinjaman ini
sesuai untuk perniagaan sederhana kecil dan untuk projek yang kecil.

Pinjaman ini terbahagi kepada:

i. Kredit Pusingan (Revolving credit)


Selain daripada pembiayaan aset, perniagaan memerlukan modal
kerja untuk operasi hariannya. Modal kerja digunakan untuk
membuat sesuatu pembelian, membayar gaji atau upah, membiayai
jualan secara kredit dan keperluan kecemasan. Terdapat pelbagai
produk yang ditawarkan insititusi perbankan untuk membantu
melancarkan urusan perniagaan dan produk tersebut termasuklah
kredit pusingan.

Definisi:
Kredit pusingan adalah jenis kredit yang boleh digunakan berulang
kali sehingga mancapai had tertentu selagi akaun aktif dan bayaran
dibuat pada masa yang ditetapkan. Dengan kredit pusingan, jumlah
kredit, baki dan pembayaran minimum naik dan turun bergantung
kepada pembelian dan pembayaran yang dibuat ke dalam akaun
pelanggan Bayaran dibuat berdasarkan jumlah yang telah dipinjam,
ditambah dengan caj faedah berdasarkan baki.
Ciri-ciri
 Ia biasanya digunakan untuk tujuan operasi seperti pembelian,
import dan modal kerja
 Ianya bersifat jangka pendek dan biasanya digunakan untuk
memenuhi keperluan modal kerja jangka pendek
 Pelanggan tidak memerlukan akaun semasa
 Pinjaman yang diberikan adalah untuk satu tempoh jangka masa
tertentu yang boleh dipusing semula apabila matang
 Kemudahan jangka pendek yang sesuai bagi syarikat-syarikat
yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik
 Dana boleh digunakan secara berterusan kerana ia adalah
kemudahan berbentuk pusingan
 Pelanggan mempunyai pilihan untuk membayar balik baki secara
ansuran atau dengan serta-merta. Jika pelanggan memilih untuk
membayar baki dari semasa ke semasa, mereka hanya perlu
membayar bayaran minimum

Jenis kredit pusingan


 Kad kredit
 Perkhidmatan kredit (line of credit)

ii. Pinjaman Berjangka


(minta nota dari norizwana 😊)

iii. Overdraft
Kemudahan overdraf ialah sejenis pinjaman dimana peminjam perlu
bersedia untuk membuat bayaran balik pada bila-bila masa yang
ditawarkan oleh bank.

Definisi:
Kemudahan ini membolehkan peminjam mengeluarkan wang lebih
dari jumlah yang terdapat dalam akaun mereka, berdasarkan had
kredit yang ditentukan oleh bank. Kemudahan ini juga dikenali
sebagai kemudahan aliran tunai (cash line facility).

Ciri-ciri
 Jumlah had kredit yang ditentukan bank akan bergantung
kepada cagaran yang anda tawarkan. Contohnya, jika anda
cagarkan hartanah berjumlah RM 500,000, overdraf yang
anda bakal terima ialah RM 250,000, iaitu 50% dari apa yang
anda cagarkan. Walaubagaimanapun, pengiraan jumlah
sebenar overdraf bergantung kepada bank yang menawarkan
kemudahan tersebut.
 Pelanggan juga boleh gunakan apa sahaja aset sebagai
cagaran. Bergantung kepada pihak bank, cagaran asset
boleh dari unit amanah, saham, bon, hartanah, dan juga
deposit tetap.
 Pelanggan hanya akan dikenakan caj kadar faedah untuk
jumlah overdraf yang digunakan dari akaun overdraf tersebut,
dan bukan untuk jumlah keseluruhan overdraf yang diberikan
oleh bank.
 Kadar faedah yang dikenakan adalah lebih tinggi. Kadar
faedah biasanya dicaj secara harian.
 Yuran komitmen merupakan caj yang dikenakan oleh pihak
bank untuk jumlah overdraf yang tidak digunakan. Yuran ini
akan dicaj ke baki overdraf yang tidak digunakan. Sebagai
contoh, anda memiliki overdraf dengan had RM300,000,
tetapi anda hanya gunakan RM 250,000 sahaja. Jadi, kadar
faedah akan dikira keatas RM 250,000, manakala yuran
komitmen 1% setahun akan dicaj untuk baki RM50,000 yang
tidak digunakan.

1.2.2.2 Pinjaman bersindiket (Syndicate Loan)


Pinjaman bersindiket, yang juga dikenali sebagai kemudahan bank bersindiket,
adalah pinjaman yang ditawarkan oleh sekumpulan pemberi pinjaman - dirujuk
sebagai sindiket - yang bekerja bersama untuk menyediakan dana untuk
peminjam tunggal. Peminjam boleh menjadi sebuah syarikat, projek besar atau
kerajaan. Pinjaman ini boleh melibatkan dana tetap, perkhidmatan kredit (line of
credit) atau kombinasi kedua-duanya.

Ciri-ciri
 Pinjaman bersindiket dimohon apabila sesuatu projek memerlukan pinjaman
dalam jumlah yang besar bagi pemberi pinjaman tunggal atau apabila projek
memerlukan pemberi pinjaman yang mempunyai kepakaran dalam kelas aset
tertentu.
 Para pemberi pinjaman dapat bekerjasama dan berkongsi risiko dan
mengambil bahagian dalam peluang kewangan yang mungkin terlalu besar
untuk asas modal masing-masing.
 Faedah yang dikenakan ke atas pinjaman ini ialah faedah terapung (floating
rate) atau faedah tetap (fixed rate)
 Biasanya, dalam kes pinjaman bersindiket, ada bank utama atau underwriter
of the loan, yang dikenali sebagai pengatur, agen atau pemberi pinjaman
utama. Bank utama ini memberikan bahagian pinjaman yang lebih besar, atau
ia melaksanakan tugas seperti penyebaran aliran tunai (dispersing cash flow)
di kalangan anggota sindiket lain dan tugas pentadbiran.

1.3 Senarai semak permohonan pinjaman


Senarai semak dibuat untuk memudahkan kerja pihak bank dan juga pelanggan. Melalui
senarai semak, pelanggan dapat menyediakan dokumen yang berkaitan dengan cepat.
Bank juga lebih mudah untuk menyemak setiap dokumen yang diberi oleh pelanggan.
Setiap senarai semak adalah berbeza mengikut kehendak permohonan pinjaman tersebut.
1.3.1 Contoh senarai semak:
i. Senarai semak permohonan sewa beli

Salinan kad pengenalan/paspot anda

Salinan lesen memandu anda

Salinan Pulangan Cukai Pendapatan terkini (Borang J) anda

Salinan slip/penyata gaji terkini anda

Salinan penyata bank terkini anda (jika berkerja sendiri)

ii. Senarai Semak Untuk Permohonan Peminjaman/Pembiayaan Rumah/Harta

Salinan kad pengenalan/paspot anda

Slip/penyata gaji 3 bulan terkini

Salinan Pulangan Cukai Pendapatan terkini (Borang J) anda

Salinan surat hakmilik tanah (jika ada)

Penyata bank 6 bulan terdahulu (perlu ada sekiranya slip/penyata gaji


atau Borang J/EA tidak ada) atau buku akaun simpanan/resit simpanan
tetap

Laporan penilaian harta untuk rumah sudah siap


Salinan kad pengenalan/paspot anda

Salinan Pulangan Cukai Pendapatan terkini (Borang J) atau Borang EA

Salinan surat hakmilik tanah (jika ada)

Slip/penyata gaji 3 bulan terkini

Penyata kewangan terkini

Laporan penilaian harta untuk rumah sudah siap

iii. Senarai semak permohonan pinjaman peribadi

PERMOHONAN PERMOHONAN
BARU BERULANG

 Salinan MyKad/MyTentera. √

 Slip gaji untuk 3 bulan terakhir. √


 Penyata Bank untuk 3 bulan


terakhir (pengkreditan gaji) √

 Dan sekurang-kurangnya satu


daripada berikut:
o Surat Pengesahan

Majikan
o Borang EA.
iv. Senarai semak pinjaman perniagaan (Bilateral Loan)
Dokumen /
 Surat permohonan secara terperinci tentang jenis
pembiayaan, tujuan pembiayaan

 Salinan profil syarikat yang mengandungi latar belakang


syarikat, profil penuh

 Salinan sijil–sijil pendaftaran syarikat (M&A, Borang 9, 24,


32A, 44, dan 49 dan

 Past continuous three years Audited Financial Reports


(latest to be not more than 18 months old)

 Salinan laporan audit selama tiga tahun berturut-turut


(laporan terakhir tidak lebih

 Salinan laporan pengurusan akaun (tidak lebih daripada


tempoh tiga bulan)

 Salinan enam bulan penyata akaun semasa*

 Informasi penjamin

 Senarai penghutang dan pemiutang


 Cadangan unjuran aliran tunai mengikut tempoh
pembiayaan

 1.3.2 Prosedur menyemak dokumen pelanggan adalah:


o Pegawai membuat pengesahan terhadap dokumen yang diterima oleh
pelanggan
o Dokumen yang diterima akan dicop TERIMA dan pegawai akan menurunkan
tandatangan dan tarikh penerimaan.
o Selain itu, pegawai turut mengisi butiran data pelanggan pada sistem database
bank yang berhubung secara langsung ke sistem database Bank Negara
terutamanya sistem CCRIS dan CTOS.
o Pegawai bank dan pihak yang bekaitan boleh menyemak data pelanggan secara
langsung pada sistem database bank menerusi no. kad pengenalan pelanggan.
o Setelah itu, pegawai akan mencetak butiran data pelanggan yang telah direkod
pada sistem database bank bagi tujuan rujukan pihak bank.
o Pegawai perlu mencatat pada laporan penerimaan iaitu nama, kad pengenalan
dan tarikh.

1.4 Dokumen pinjaman yang diperlukan


1.4.1 Borang permohonan
Pelanggan perlu mengisi borang permohonan dengan maklumat yang tepat. Borang
permohonan boleh diperolehi secara atas talian dan juga dari bank berhampiran anda.
Contoh borang permohonan pada Lampiran 1.

1.4.2 Dokumen sokongan pinjaman


Setiap peminjam perlu menyertakan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan bagi
mengesahkan pinjaman yang dilakukan. Setiap pegawai bank dikehendaki melakukan
semakan dokumen yang diperlukan mengikut permohonan pinjaman bagi tujuan
memastikan dokumen yang diperlukan sahih dan bertepatan berdasarkan keperluan bagi
setiap permohonan.

 Antara dokumen yang diperlukan bagi individu iaitu:


o Salinan kad pengenalan
o Slip gaji 3 bulan terkini
o Penyata bank terkini selama 3 bulan (pengkreditan gaji)
o Surat pengesahan jawatan / majikan
o Salinan lesen memandu (Pinjaman sewa beli kenderaan)
o Borang EA / Borang penyata cukai pendapatan
o Kontrak perjanjian jual beli (Pembiayaan perumahan)
o Bil elektrik / astro
 Antara dokumen yang diperlukan bagi syarikat korporat iaitu:
o Surat kuasa penandatangan
o Pengesahan tanda tangan
o Resolusi perniagaan
o Borang 24 / 49 / 11/13 / 44
o Memorandum dan artikel persatuan (M&A)
o Resolusi lembaga pengarah
 Antara dokumen yang diperlukan bagi Perniagaan perkongsian iaitu:
o Sijil pendaftaran perniagaan (Borang A dan B)
o Lesen perniagaan (Borang D)
o Kad pengenalan asal / pasport bagi pihak yang mengoperasikan akaun
o Spesimen tanda tangan
o Pengesahan tanda tangan
o Resolusi perniagaan
o Borang 44
o Borang 32A
 Antara dokumen yang diperlukan bagi perniagaan tunggal iaitu:
o Sijil pendaftaran perniagaan (Borang A dan B)
o Lesen perniagaan (Borang D)
o Kad pengenalan asal / pasport pihak yang mengoperasikan akaun
o Spesimen tanda tangan
o Pengesahan tanda tangan
o Resolusi perniagaan
o Borang 44
o Borang 32A
 Antara dokumen yang diperlukan bagi koperasi iaitu:
o Kad pengenalan asal (kedua pihak) / pasport 2 pengarah
o Spesimen tanda tangan
o Resolusi perniagaan
o Memorandum dan artikel persatuan (M&A)
o Borang 44

1.4.3 Dokumen perundangan dan audit yang diperlukan


Bagi pinjaman syarikat atau korporat, terdapat beberapa dokumen tambahan yang
perlu diberikan kepada pihak bank. Dokumen tersebut ialah:
 Lesen perniagaan
 Memorandum dan artikel persatuan (M&A)
 Laporan cukai pendapatan perniagaan
 Laporan audit tahunan untuk tiga tahun kewangan bersama dengan laporan auditor
 Imbangan duga dan penyata pendapatan yang terkini (tidak boleh melebihi 120 hari)
 Rancangan perniagaan (jika perklu)
 Justifikasi keperluan pinjaman (untuk pinjaman jangka pendek)
 Kontrak projek yang memerlukan pembiayaan (jaminan bank)
 Jika melibatkan cagaran:
- Maklumat berkaitan pada geran tanah atau lain-lain yang menunjukan pemilikan
- Kontrak jualan, penerimaan dan laporan penghantaran, atau kontrak sewa beli
harta
- Keputusan bertulis daripada pemilik harta untuk menawarkan harta benda
sebagai cagaran
- Tandatangan peguam diperlukan pada kontrak jaminan jika kontrak tersebut
tidak ditandatangani oleh pemilik harta atau wakilnya.
- Laporan penilaian cagaran yang dikeluarkan oleh penilai yang diterima oleh bank
- Polisi insurans untuk bank, dikeluarkan oleh syarikat insurans yang diterima oleh
bank

Bank mempunyai hak untuk meminta dokumen tambahan yang diperlukan untuk
menilai solvensi pelanggan. Bank juga mempunyai hak untuk meminta dokumen
asal bagi dokumen salinan yang dikemukakan. Sekiranya dokumen-dokumen
tersebut tidak disediakan mengikut kehendak bank, ianya akan dianggap tidak
lengkap. Bank tidak perlu memberikan justifikasi jika permohonan pinjaman ditolak.
Dokumen asal yang dikemukakan kepada bank akan dikembalikan kepada
pelanggan. Semua Salinan dokumen lain yang dikemukakan bersama dengan
permohonan akan disimpan oleh Bank.

1.5 Peraturan dan undang-undang

Polisi dalaman bank


Bank juga mempunyai polisi dalaman yang digunakan sebagai panduan kepada pekerja
bank dan juga pelanggan. Berikut merupakan contoh polisi di beberapa buah bank di
Malaysia:
 Polisi privasi – Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(https://www.prubsn.com.my/ms/footer/privacy-policy/)
 Anti Money Laundering Policy
 Code of conducts and ethics (Tatacara kelakuan dan etika)
 Polisi Pembayaran semula pinjaman
 Polisi proses pelaburan
 Polisi risiko kredit
Garis Panduan Bank Negara Malaysia
Setiap bank perdagangan dan institusi kewangan di Malaysia adalah dibawah seliaan
dan kawalanBank Negara Malaysia. Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial
Services Act 2013) diperkenalkan untuk menggantikan BAFIA sebagai suatu akta yang
menyediakan peraturan dan garis panduan untuk mengawalselia institusi kewangan, sistem
pembayaran dan entiti lain yang berkaitan serta pengawasan pasaran wang dan pasaran
wang asing untuk menggalakkan kestabilan kewangan. Sila layari pautan dibawah untuk
membaca dan memahami FSA 2013.

http://www.bnm.gov.my/documents/act/en_fsa.pdf

Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan Anti-Money Laundering and Counter


Financing of Terrorism (AML/CFT) – Money Services Business. Pengubahan wang haram
(Money Laundering) dan pembiayaan aktiviti pengganas (terrorism financing) telah menjadi
satu kecaman berterusan yang berpotensi memberi kesan kepada reputasi sesebuah
negara terutamanya dari segi pelaburan. Globalisasi industri perkhidmatan kewangan dan
kemajuan teknologi telah mencabar penguatkuasa undang-undang kerana penjenayah
telah menjadi semakin canggih dalam menggunakan institusi kewangan untuk mencuci
wang haram dan menggunakannya sebagai saluran aktiviti pengganas. Sila layari link di
bawah untuk membaca dan memahami polisi tersebut.

https://www.bnm.gov.my/guidelines/07_msb/05_policy_msb_amlcft.pdf

K2: Validate Loan Document / Sahkan dokumen pinjaman

2.1 Sumber semakan kredit


2.1.1 Individu
 Central Credit References Information System (CCRIS)
 Credit Tip off System (CTOS)
 Dishonor Cheque System (DCHEQS)
 Financial Information System (FIS)
 Penyata Bank
 Pengesahan secara bertulis / lisan
2.1.2 Bukan Individu
 Central Credit References Information System (CCRIS)
 Credit Tip off System (CTOS)
 Dishonor Cheque System (DCHEQS)
 Financial Information System (FIS)
 Penyata Bank
 Pengesahan auditor
 Company Commision Malaysia (CCM)
 Pengesahan secara bertulis / lisan

Maklumat Tambahan:
o CCRIS : suatu sistem database yang dibangunkan bagi tujuan pengumpulan
maklumat peminjam dan menjadi rangkaian utama bagi institusi kewangan di
Malaysia.
o CTOS : Sebuah agensi pelaporan kredit yang mengumpulkan semua maklumat
pelanggan untuk membantu suatu institusi kewangan membuat keputusan
termasuk membantu melakukan pengesahan maklumat pelanggan.
o DCHEQS: Dikenali sebagai Dishonoured Cheque Information System.
Merupakan satu sistem database yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia
bagi mengutip, mengumpul, memproses , menyimpan dan menjana maklumat
yang berkaitan cek tidak laku. Maklumat yang diperolehi daripada sistem ini
adalah nama, alamat, no. kad pengenalan, no. akaun, no. cek, tarikh isu cek dan
jumlah wang.
o FIS : Dikenali sebagai Financial Information Services. Merupakan sebuah agensi
pelaporan kredit yang ditubuhkan pada April 2012. Berfungsi dalam
mengumpulkan, melengkapkan, mengeluarkan dan mengekalkan database
maklumat kredit yang menyediakan perkhidmatan panduan maklumat berkaitan
perniagaan biro kredit kepada pelanggan.
o Pengesahan audit: Pengesahan bertulis daripada pihak audit yang dilantik
setelah proses penyemakan operasi pihak bank seperti makulmat penyata
kewangan bank.
o Pengesahan lisan: Suatu pengesahan yang dilakukan oleh pelanggan
menerusi lisan seperti percakapan. Kenyataan bagi pengesahan tersebut lebih
kepada kenyataan suatu kontrak perjanjian yang dilakukan secara lisan dan
diteruskan kepada perjanjian secara bertulis.
o Pengesahan bertulis: Suatu pengesahan yang dilakukan oleh pelanggan
menerusi bercetak.
o SSM: Dikenali sebagai Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Berfungsi sebagai
Pendaftaran Kelas Dunia Korporat Dan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Yang
Memenuhi Keperluan Perniagaan Melalui Pendaftaran Berkesan , Maklumat ,
Peraturan Dan Nasihat

2.2 Skor Risiko Kredit


2.2.1 Definisi skor kredit
Skor kredit adalah ungkapan numerik berdasarkan analisis kredit individu atau syarikat. Nilai
kredit adalah berdasarkan maklumat laporan kredit yang biasanya diperoleh daripada biro
kredit.

2.2.2 Pengenalan
Pemberi pinjaman, seperti bank dan syarikat kad kredit, menggunakan skor kredit untuk
menilai potensi risiko pemberian pinjaman kepada pengguna dan untuk mengurangkan
kerugian akibat hutang yang tidak dibayar. Peminjam menggunakan skor kredit untuk
menentukan:
1. Siapa yang layak untuk meminjam,
2. kadar faedah yang dikenakan
3. Had kredit / had pinjaman
Pemarkahan kredit tidak terhad kepada bank. Organisasi lain, seperti syarikat telefon bimbit,
syarikat insurans, dan jabatan kerajaan menggunakan teknik yang sama. Syarikat kewangan
digital seperti pemberi pinjaman dalam talian juga menggunakan sumber data alternatif untuk
mengira kredit peminjam.

2.2.3 Faktor yang mempengaruhi pengiraan skor kredit


Skor kredit anda menunjukkan sama ada anda mempunyai rekod kewangan yang stabil dan
tabiat pengurusan kredit yang bertanggungjawab. CTOS Score ialah antara 300 hingga 850 –
lebih tinggi skor, maka lebih baik untuk anda. Berikut ialah unsur-unsur yang membentuk CTOS
Score anda dan nisbah peratus setiap faktor.
1. Rekod Pembayaran – 35%
Ini adalah komponen kredit utama yang paling penting dan ianya melihat sama ada anda
berupaya membayar balik pinjaman yang diberikan kepada anda. Komponen ini mengambil kira
fakotr-faktor berikut:

 Adakah anda membayar bil-bil anda untuk setiap akaun pada laporan kredit anda tepat pada
masanya? Lewat membayar bil boleh mengakibatkan kesan negatif pada skor anda.

 Sekiranya anda terlambat membayar bil, berapa lewatkah anda – 30 hari, 60 hari atau lebih
daripada 90 hari? Semakin lambat pembayaran bil, semakin negatif untuk skor anda.

 Adakah mana-mana akaun anda ditolak ke situasi pengumpulan? Ini ialah petunjuk kepada
pemberi pinjaman; ia bermakna anda berkemungkinan tidak membayar balik pinjaman anda.

 Adakah anda mempunyai sebarang penyelesaian hutang, kebankrapan, ‘foreclosure’,


guaman atau penghakiman terhadap kamu? Ini adalah beberapa perkara yang paling buruk
untuk laporan kredit anda, dari perspektif pemberi pinjaman.

2. Jumlah Hutang – 30%


Komponen kredit yang kedua penting ialah berapa banyak yang anda hutang. Faktor-faktor
berikut diambil kira:

 Jumlah kredit yang anda gunakan dari jumlah yang diperuntukkan. Jumlah yang kurang
adalah lebih baik. Pemberi pinjaman ingin melihat bukti bahawa jika anda meminjam wang,
anda juga cukup bertanggungjawab untuk membayarnya kembali.

 Berapa banyak yang anda berhutang pada jenis akaun tertentu, seperti gadai janji, pinjaman
kenderaan, kad kredit dan akaun ansuran? Adalah baik untuk mempunyai campuran kredit
yang berbeza yang boleh anda urus secara bertanggungjawab.

 Berapa banyak yang anda berhutang secara keseluruhannya, dan berapa banyak yang anda
hutang berbanding dengan jumlah asal pada akaun ansuran? Sekali lagi, jumlah yang kurang
adalah lebih baik.
3. Jangkamasa Rekod Kredit – 15%
Skor kredit anda juga mengambil kira tempoh dan jangkamasa yang anda telah menggunakan
kredit. Selama berapa tahunkah anda menggunakan kredit? Bilakah akaun anda yang paling
lama dibuka, dan apakah umur purata semua akaun anda?
Sejarah panjang akan dapat membantu jika tiada rekod menunjukkan bayaran lewat dan
sebagainya. Namun, jangkamasa atau tempoh rekod kredit yang pendek tidak semestinya
buruk, asalkan anda membayar bil-bil tepat pada masanya dan tidak berutang terlalu banyak.
4. Jenis-jenis Kredit – 10%
CTOS Score anda mengambil kira campuran pelbagai jenis kredit seperti kad kredit, pinjaman
ansuran dan gadai janji. Ia juga melihat jumlah akaun yang anda miliki. Oleh kerana ini adalah
sebahagian kecil daripada komponen skor anda, jangan risau jika anda tidak mempunyai akaun
dalam setiap kategori, dan jangan buka akaun baru hanya untuk meningkatkan campuran jenis
kredit anda.

5. Kredit Baru – 10%


Komponen terakhir dalam menentukan skor kredit anda adalah sama ada anda mempunyai
jumlah akaun atau kredit baru. Skor anda bergantung kepada jumlah akaun baru yang telah
anda gunakan baru-baru ini dan tarikh anda membuka akaun baru yang terakhir.

Jika anda telah membuka beberapa akaun baru-baru ini, tanggapan ialah bahawa anda boleh
menjadi risiko kredit yang lebih besar; orang cenderung untuk membuka akaun baru apabila
mereka mengalami masalah kewangan atau merancang untuk mendapatkan pinjaman baru
berjumlah besar.

Sebagai contoh, apabila anda memohon gadai janji, pemberi pinjaman akan melihat jumlah
kewajipan hutang bulanan anda untuk menentukan jumlah gadai janji yang anda mampu. Jika
baru-baru ini anda membuka beberapa akaun kad kredit baru, ini boleh bererti bahawa anda
merancang untuk membuat pembelian besar secara kredit; bermakna anda mungkin tidak
mampu membayar jumlah gadai janji bulanan. Pemberi pinjaman pada dasarnya menggunakan
skor kredit untuk membuat anggaran mengenai risiko anda sebagai peminjam.

Contoh kredit skor

BIL SKOR RISIKO KREDIT CATATAN


1 0- 39 o Akaun tidak seimbang.
o Terlalu banyak pinjaman dalam tempoh terdekat.
o Terdapat beberapa akaun yang tertunggak dan tidak
terbayar.
o Tidak boleh melakukan pinjaman dalam masa terdekat.
2 40 – 60 o Akaun tidak seimbang.
o Jumlah pinjaman dalam kadar sederhana.
o Ada baki tertunggak namun, pembayaran tetap dilakukan.
o Jika ingin melakukan pinjaman dalam masa terdekat
boleh dilakukan tetapi dalam amaun pinjaman yang
sedikit sahaja.
3 61 -80 o Akaun seimbang
o Jumlah pinjaman yang dilakukan sedikit
o Pembayaran pinjaman yang berjalan dengan lancar.
o Permohonan pinjaman dibenarkan pada setakat had
kelayakan minimum yang ditawarkan.
4 81 – 100 o Akaun seimbang
o Tiada permohonan pinjaman dilakukan setakat ini.
o Tiada sebarang nama disenarai hitam daripada apa-apa
pekara.
o Boleh memohon pinjaman dengan had kelayakan
pinjaman yang maksimum selaras dengan kemampuan
membayar balik pinjaman.

2.2.4 Apakah laporan kredit?


Laporan kredit merupakan satu pelaporan yang memerihalkan tentang pembayaran hutang
peminjman. Ia menunjukkan:
i. Siapa anda
ii. Berapa banyak hutang anda
iii. Adakah anda membayar tepat pada masa yang ditetapkan
iv. Sama ada terdapat maklumat negatif dalam rekod awam anda
Maklumat yang terdapat dalam laporan kredit:
i. Maklumat peribadi – nama, kad pengenalan, alamat, no telefon dan sebagainya
ii. Sejarah pinjaman / kredit – pinjaman dari pelbagai bank atau insitusi kewangan, pinjaman
yang masih aktif dan pinjaman yang telah dibayar
iii. Senarai dari pemberi pinjaman atau mana-mana badan yang diberi kuasa yang memohon
laporan kredit anda
iv. Maklumat di dalam rekod awam seperti bangkrap, muflis, harta benda di tarik dan
dilelong, dan sebagainya
2.3 Senarai semak kredit
Senarai semak kredit perlu dikemaskini setelah pihak bank mendapat laporan kredit dari Bank
Negara Malaysia. Pegawai yang bertanggungjawab perlu:
i. Menyemak semula segala dokumen yang telah diberikan oleh peminjam
ii. Menyemak laporan kredit untuk membuat laporan cadangan kredit
berdasarkan skor kredit yang diperolehi
iii. Jika skor kredit yang diberikan adalah rendah, pihak bank perlu
menentukan sama ada pelanggan tersebut perlu memberikan dokumen
sokongan untuk meluluskan pinjamannya atau menolak permohonan
tersebut.
iv. Mengemaskini senarai semak kredit
v. Menfailkan dokumen berserta senarai semak untuk tujuan menghasilkan
laporan cadangan penilaian kredit

2.4 Peraturan dan undang-undang


Bank mempunyai polisi yang perlu dipatuhi oleh setiap pegawai bank untuk memastikan
proses permberian pinjaman berjalan dengan lancar. Berikut merupakan polisi bank yang
perlu dipatuhi:
i. Lembaga pengarah bank (atau setaraf) dan pengurusan kanan bertanggungjawab
untuk memastikan bahawa bank mempunyai amalan risiko kredit yang sesuai,
termasuk sistem kawalan dalaman yang berkesan.
ii. Sesebuah bank perlu mengaplikasikan, mendokumen dan menggunakan kaedah
yang sesuai dengan polisi, peraturan dan kawalan untuk menilai dan mengukur
risiko kredit terhadap semua pinjaman yang diberikan.
iii. Sesebuah bank harus mempunyai penilaian risiko kredit yang baik dan proses
pengukuran yang menyediakan asas yang kukuh untuk sistem pemberian
pinjaman
iv. Pendedahan maklumat tertentu dan berguna kepada pihak awam oleh sesebuah
bank adalah perlu untuk menunjukkan ketelusan dan perbandingan antara bank.
v. Penyelia perbankan (BNM) dengan secara berkala perlu menilai keberkesanan
amalan risiko kredit sesebuah bank
vi. Penyelia perbankan (BNM) perlu mengambil kira amalan risiko kredit sesebuah
bank apabila menilai modal bank tersebut.
Panduan Bank Negara Malaysia
 Berdasarkan AKTA BAFIA (1989):
 Peranan lembaga pengarah sebagai penyelia, pemantau dan penyelaras
bagi setiap aktiviti pemberian kredit.
 Pembentukan jawatankuasa bahagian pembiayaan dan pinjaman wajib
dilakukan di bawah lantikan Lembaga Pengarah bagi tujuan pengurusan
kredit.
 Pemantauan bagi setiap aktiviti pinjaman yang baru sahaja
dilaksanakan.
 Penetapan dasar pinjaman:
 Kuasa kredit diberikan kepada seorang pegawai yang dilantik
bagi tujuan meluluskan pinjaman.
 Pemberi pinjaman yang dilantik mempunyai had kelulusan
pinjaman yang ditetapkan.
 Pasaran pinjaman yang ditawarkan boleh diterima oleh
pelanggan dan industry.
 Menetapkan had penawaran pinjaman seperti factor lokasi dan
geografi.
 Penetapan tempoh matang.

K3 Prepare credit evaluation proposal / menghasilkan cadangan penilaian kredit

3.1 Analisis Kredit


Analisis kredit adalah proses menilai permohonan pinjaman individu mahupun korporat untuk
menentukan sama ada peminjam mampu memenuhi kewajipan membayar semula pinjaman.

Analisis kredit melibatkan pelbagai teknik analisis kewangan termasuklah analisis ratio,
analisis trend dan juga analisis aliran tunai yang terperinci. Ia juga melibatkan pemeriksaan
terhadap kolateral dan pelbagai sumber pembayaran semula termasuklah sejarah kredit dan
keupayaan pengurusan. Analisis dibuat untuk meramalkan kemungkinan peminjam tidak
membayar hutang dan juga keseriusan kerugian yang mungkin di alami jika peminjam tidak
membayar.
Kenapa analisis kredit dilakukan?
1. KYC (know you customer)
2. Pengetahuan tentang kecekapan prestasi pelanggan
3. Pengetahuan tentang kedudukan kewangan dan keupayaan pelanggan membayar balik
pinjaman
4. Pengetahuan tentang ketelusan sekuriti (legal sanctity of securities)
5. Pengetahuan tentang penilaian sekuriti

o Konsep 5c dalam penilaian kredit:


 Character –Latar belakang peminjam
 Credit report- Laporan kredit yang sedia ada melibatkan transaksi membayar
balik pinjaman sebelum ini.
 Capasity- Kemampuan dalam membayar balik pinjaman menerusi maklumat
penyata kewangan dan penyata bank.
 Cash flow – aliran tunai sedia ada (Pelanggan). Pihak bank boleh menyemak
kecairan wang tunai menerusi penyata bank. Bagi syarikat komersil, pihak
bank akan mendapatkan salinan penyata kewangan yang diaudit.
 Collateral- Jaminan pelanggan dalam membayar pinjaman (Dalam bentuk
fizikal / lain-lain)

3.1.1 Analisis kredit – individu / retail


Analisis kredit untuk individu dan perniagaan tunggal dilakukan dengan menyemak dokumen
di bawah. Perkara ini dilakukan untuk memastikan peminjam mempunyai keupayaan untuk
membayar semula pinjaman dan mengurangkan risiko yang di ambil oleh bank.
i. Penyata pendapatan
Penyata Pendapatan merupakan penyata yang "mengukur prestasi perniagaan"
bagi sesuatu tempoh perakaunan. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam
Penyata Pendapatan ialah nama perniagaan, tajuk Penyata Pendapatan, butiran dan
nilai belanja dan keuntungan atau rugi.

ii. Penyata kedudukan kewangan/Kunci kira-kira


Penyata kedudukan kewangan adalah nama lain untuk kunci kira-kira. Ini adalah
salah satu penyata kewangan utama dan ia menyenaraikan aset, liabiliti entiti, dan
perbezaan jumlah. Jumlah yang dilaporkan pada penyata kedudukan kewangan
adalah amaun pada akhir tempoh perakaunan. Struktur penyata kedudukan
kewangan adalah serupa dengan persamaan perakaunan asas. Sebagai contoh,
sebuah syarikat akan melaporkan jumlah dalam format berikut:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemegang Saham.
Format organisasi non-profit adalah:
Aset = Liabiliti + Aset Bersih.
Penyata kedudukan kewangan mestilah mencerminkan prinsip dan garis
panduan asas perakaunan seperti kos, penyesuaian, dan prinsip pendedahan penuh.
Oleh itu, penyata kedudukan kewangan lebih bermakna apabila ia disediakan di
bawah kaedah perakaunan akruan.

iii. Lawatan ke hartanah, pengedar kereta, mesin dan peralatan


Sesebuah bank akan menghantar wakil untuk membuat pemantauan terhadap
hartanah, kereta atau mesin yang hendak dibeli dengan sumber pinjaman tersebut.
Penilaian akan dilaksanakan bagi memastikan jumlah pinjaman adalah telus dan
untuk digunakan bagi pembelian rumah, bangunan, tanah, kenderaan dan mesin-
mesin tersebut.

3.1.2 Analisis kredit – korporat / syarikat


Terdapat dua perkara penting yang dinilai untuk membuat analisis kredit bagi sesebuah
syarikat iaitu:
i. Analisis kewangan
ii. Analisis bukan kewangan

3.1.2.1 Analisis kewangan


1. Tafsiran nisbah / Ratio analysis
Ratio merupakan satu hubungan di antara duanombor yang logik dan membolehkan
pemberi pinjaman iaitu bank membuat keputusan yang betul dan tepat dalam hal
pemberian pinjaman. Terdapat beberapa ratio yang dinilai untuk mengetahui
kedudukan kewangan sesebuah syarikat seperti:
i. Current ratio / ratio semasa
Formula: Aset Semasa / Liabliti semasa
Contoh:
Balance sheet
Liabiliti semasa 150 Aset Semasa 100

CR = 100 / 150 = 0.67@ 0.67: 1


Tafsiran: Nilai kurang dari 1 menunjukan syarikat ini sangat lemah kerana aset
semasanya tidak mampu menanggung liabiliti semasa. Jika senarionya berbeza:

Balance sheet
Liabiliti semasa 50 Aset Semasa 100

CR = 100 / 50 = 2 @ 2:1
Tafsiran: Nilai lebih dari 1 menunjukkan syarikat mempunyai ratio semasa yan baik
kerana aset adalah lebih dari liabiliti dan syarikat mampu membayar liabiliti
semasanya. Ini menunjukkan kecairan yang baik.

ii. Quick ratio


Formula : Aset Semasa – Stok / Liabiliti semasa
Contoh:

Balance sheet
Liabiliti semasa 100 Stok 40
Penghutang 40
Tunai di tangan / bank 20

Nota: tidak semua asset semasa boleh digunakan untuk menampung liabiliti semasa sebagai
contoh scenario di atas, stok tidak boleh digunakan untuk membayar pemiutang.

QA= 100 – 40 / 100 = 60/100 = 0.6 @ 0.6:1


Tafsiran: kedudukan syarikat sangat lemah kerana rationya kurang dari 1. Ini merupakan satu
risiko yang sangat tinggi untuk pihak bank meluluskan pinjaman.

iii. Cash ratio

Ratio tunai hanya mengambil kira tunai dan sumber tunai yang berkaitan (tunai
adalah aset yang paling cair di dalam asset semasa). Jika sesebuah syarikat itu
mempunyai ratio tunai yang tinggi, ia akan mampu membayar liabiliti semasanya.

Formula: Cash dan cash equivalent / liabiliti semasa


Contoh:
Tunai – 100
Tunai di bank – 200
Sekuriti – 200
Liabiliti - 1000

= 500 / 1000 = 0.5x

Tafsiran: nilai adalah kurang dari 1 bermaksud syarikat tidak mempunyai


keupayaan yang tinggi untuk membayar liabiliti semasa.

 Current Ratios, Quick Ratios, dan Cash Ratios perlu dilihat untuk

memahami posisi kecairan syarikat secara menyeluruh.

 Analisis cash ratio adalah ujian kecairan yang paling utama. Jika

nilainya besar, syarikat tersebut mempunyai tunai yang mencukupi

untuk membayar liabiliti jangka pendeknya.

2. Untung / rugi
Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau "P&L"),
melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini
termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.

Penyata pendapatan merupakan salah satu penyata kewangan yang digunakan untuk
menilai prestasi syarikat dan kedudukan kewangannya. Ini adalh penting untuk bank
membuat analisis kredit. Penyata ini meringkaskan pendapatan dan perbelanjaan yang
dijana oleh syarikat sepanjang tempoh pelaporan.

Persamaan asas penyataan untung rugi =

Untung/rugi = pendapatan - perbelanjaan

Semua syarikat perlu menjana pendapatan untuk kekal dalam perniagaan.


Pendapatan digunakan untuk membayar perbelanjaan, bayaran faedah ke atas
hutang, dan cukai yang terhutang kepada kerajaan. Selepas kos menjalankan
perniagaan dibayar, amaun yang tinggal disebut sebagai pendapatan bersih.
Pendapatan bersih secara teorinya adalah untuk para pemegang saham.

Penyata untung rugi semuanya diatur dengan cara yang sama, tanpa mengira
industri. Contoh Penyata Untung Rugi

Penyata Untung Rugi XYZ, Inc.


tahun berakhir 31 Disember 2008

Jumlah hasil $100,000

COGS ($ 20,000)
Untung kasar $ 80,000

Perbelanjaan
Gaji $10,000
Sewa $10,000
Utiliti $ 5,000
Susut nilai $ 5,000
Jumlah perbelanjaan ($ 30,000)
Kepentingan analisis penyata untung rugi:

i. Penyata untung rugi memberitahu pelabur dan pemberi pinjaman


tentang bagaimana perniagaan menjana pendapatan dan
menguruskan kosnya
ii. Melihat unjuran pendapatan sesebuah syarikat
iii. Melihat ramalan perbelanjaan sesebuah syarikat

3. Analisis aliran tunai


Tunai adalah seperti petrol yang membuat perniagaan sesebuah syarikat berjalan
dengan lancar. Analisis aliran tunai adalah kaedah untuk memeriksa kesihatan
kewangan sesebuah syarikat. Sebelum membuat analisis aliran tunai, syarikat perlu
menghasilkan penyata aliran tunai.

Penyata aliran tunai menunjukkan bagaimana syarikat membelanjakan wang dan dari
mana wang itu datang. Kita tahu bahawa keuntungan sesebuah syarikat yang
ditunjukkan oleh pendapatan bersihnya merupakan satu penilaian pelaburan yang
penting. Terdapat 3 bahagian di dalam penyata aliran tunai iaitu:

i. Aliran tunai dari pengoperasian


Tunai yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan sesebuah syarikat.
ii. Aliran tunai dari pelaburan
Pembelian asset merupakan satu bentuk pelaburan begitu juga dengan
mengambil alih syarikat dan pelaburan sekuriti. Tunai adalah dari penjualan
asset, perniagaan dan pelaburan sekuriti.
iii. Aliran tunai dari pinjaman
Pinjaman dan ekuiti merupakan penyumbang terbesar dalam kategori ini.
Sesebuah syarikat meminjam dan membayar hutang sepanjang tempoh
perniagaan.
4. Analisis risiko
• Analisis skor kredit yang dihasilkan berdasarkan kriteria pemarkahan yang ditetapkan
oleh bank. Sebelum membuat analisis risiko bank perlu mendapatkan laporan skor kredit
daripada CCRIS atau CTOS untuk menilai sejarah pembayaran pinjaman pemohon. Ini
sangat penting untuk memastikan pelanggan membuat pembayaran tepat pada masanya.

Analisis bukan kewangan


i. Rancangan perniagaan
 Dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan
perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara
menyeluruh dan terperinci.
 Analisis dilakukan bagi mengenalpasti perancangan
sesebuah organisasi yang akan dilaksanakan.
ii. Projek perniagaan
 Aktiviti yang dilaksanakan seperti pengeluaran produk,
melakukan pelaburan hartanah.
iii. Strategi pemasaran
 Strategi yang dilaksanakan seperti rebranding, pembangunan
produk dan sebagainya penentu kepada hala tuju sesebuah
organisasi.
3.1.2 Menghasilkan analisis kredit
o Proses berkaitan dengan analisis kewangan dan perakaunan semasa yang ditentukan
berdasarkan persekitaran ekonomi semasa.
o Analisis tersebut akan menentukan:
 Kualiti pengurusan pemohon pinjaman
 Keupayaan untuk membayar pinjaman dan faedah yang diakru.
 Jumlah modal yang berkemungkinan digunakan jika berlaku situasi yang berisiko
 Pengaruh persekitaran ekonomi dalam aktiviti perniagaan.
 Surat- menyurat antara kredit yang dilanjutkan.
 Surat- menyurat antara tempoh kredit yang dilanjutkan.
o Berikut merupakan prosedur dalam menganalisis kredit:
 Mengumpul dan menganalisis maklumat peminjam dan merumuskan petunjuk
kedudukan kewangan pelanggan.- Laporan kewangan tahunan peminjam dalam
tempoh semasa. Analisis perbandingan dilaksanakan.
 Mengumpul dan menganalisis maklumat kredit- Maklumat yang dikumpul bagi
tujuan jumlah pinjaman yang dipohon sepadan dengan kemampuan pelanggan
untuk membayar balik pinjaman.
 Menilai risiko kredit- Menganalisis aliran tunai selaras dengan kebolehpercayaan
maklumat pelanggan menjadi satu risiko kepada bank.
 Mengambil keputusan – Setelah analisis risiko kredit dilakukan, maka,
keputusan samaada meluluskan atau menolak permohonan.
 Menetapkan terma kredit.- Jika permohonan pinjaman diluluskan, penetapan
jenis kredit, tempoh matang , terma bayaran balik, kadar faedah dan caj
dilakukan.

3.2 Mencadangkan untuk keputusan


3.2.1 Menyediakan laporan cadangan kredit dan cadangan untuk penerimaan atau penolakan.
o Proses penerimaan dan penolakan permohonan kredit bergantung kepada beberapa
faktor seperti penilaian risiko.
o Pihak bank boleh mendapatkan:
 Maklumat rujukan
 Menjalankan pemeriksaan latar belakang
 Menarik kredit jika berlaku kemungkiran pada perjanjian.
 Mengesahkan akaun bank
 Menanyakan soalan tentang pemohon bagi tujuan pengesahan maklumat.
o Penyediaan tawaran dilakukan dengan melibatkan beberapa pekara seperti :
 Kuasa untuk menetapkan syarat.
 Meletakkan tangggungjawab bagi keputusan muktamad mengenai
syarat seperti pengiraan risiko kredit.
 Penetapan 2 matlamat dalam risiko kredit iaitu memastikan keuntungan
mapan dalam perniagaan dan motivasi peminjam untuk bertindak
dengan cara mementingkan risiko.
 Struktur membuat keputusan kredit
 Penentapan suatu strukur kuasa untuk menyelaras jualan dan analisis
risiko.
 Budi bicara dalam membuat keputusan kredit.
 Melibatkan 2 atau lebih pembuat keputusan yang tidak terlibat dalam
aktiviti jualan tetapi terlibat dalam penilaian kredit.
 Undi keperluan lebih daripada dua pihak.
 Tujuan untuk mengelakkan risiko yang berkaitan dengan pemberian
pinjaman.
 Keputusan harus sama daripada bahagian jualan dan analisis risiko.
 Bagi mengelakkan berlakunya masalah semasa proses kelulusan kredit.
 Pembentukan struktur keputusan.
 3 Kategori keputusan kredit :
 Kredit tidak seragam
 Kredit seragam
 Overdraf jangka pendek.
 Penetapan syarat, polisi dan terma pada pada struktur keputusan
sebelum kelulusan pinjaman.
 Antara faktor yang perlu diambil kira dalam merangak struktur membuat
keputusan adalah :
 Pendedahan
 Nilai cagaran
 Jenis peminjam
 Kebarangkalian kelalaian

3.3 Mengemukakan cadangan kepada penyelia untuk penerimaan
3.3.1 Mengemukakan cadangan penilaian kredit
o Pada peringkat ini, pegawai yang dilantik akan mengusulkan dokumen permohonan
pinjaman berserta salinan yang diperlukan setelah proses penyemakan kredit dilakukan
untuk proses pengesahan penerimaan atau penolakan.
o Usul pengesahan penerimaan atau penolakan diajukan kepada penyelia atau pengurus
bank.
o Usul tersebut dalam bentuk laporan bercetak secara menyeluruh tentang permohonan
kredit pelanggan.
o Hal ini kerana pengurus bank sahaja yang diberi mandat untuk melulus atau menolak
permohonan.

3.4 Menyediakan surat tawaran penerimaan atau penolakan berdasarkan keputusan yang
dibuat.
3.4.1 Menyediakan surat tawaran penerimaan atau penolakan yang disediakan untuk
pelanggan.
o Setelah proses pengesahan kelulusan daripada pengurus bank dilakukan, maka pegawai
dikehendaki menyediakan dokumen pinjaman yang mengandungi surat tawaran,
kontrak perjanjian, dokumen wasiat peribadi, slip simpanan wang, dan terma insurans
perlindungan.
o Jika permohonan kredit ditolak, maka pengawai yang dilantik akan menyediakan surat
penolakan dan terma pernyataan tentang penolakan permohonan pinjaman.
o Jika permohonan kredit diterima, namun, pegawai boleh menolak permohonan kredit
pelanggan sekiranya pegawai tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh
yang ditetapkan.
o Berikut merupakan prosedur yang dilalui pada peringkat penyediaan surat tawaran:
 Pegawai menerima permohonan kredit daripada pelanggan.
 Pegawai mengumpul dokumen kredit yang diperlukan.
 Pegawai melakukan semakan kredit berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh
pihak bank.
 Pegawai menghasilkan analisis kredit yang dilakukan.
 Pegawai menyediakan laporan cadangan kredit kepada pengurus bank untuk
proses kelulusan atau penolakan.
 Setelah pengesahan daripada pengurus bank dilakukan, pegawai yang dilantik
akan menyediakan satu surat tawaran, kontrak perjanjian dan dokumen
perjanjian pinjaman yang lain.
 Satu salinan asal bagi setiap dokumen perjanjian disimpan di dalam fail individu
pelanggan bagi tujuan rujukan pada masa akan datang.
 Pegawai yang dilantik akan mengisi butiran data peminjam pada sistem
database bank bagi tujuan rujukan pihak bank dan Bank Negara Malaysia.
Contoh :

Maklumat yang diperoleh daripada slip gaji Cik Azah yang bekerja sebagai seorang pengurus
pentadbiran di Syarikat Malindo:

Gaji Pokok RM 5000


Bantuan sara hidup RM 300
Elaun kerja lebih masa RM 200
Insurans kesihatan RM 100

Maklumat tambahan :
#Cik Azah telah memohon pinjaman sewa beli kenderaan dengan harga pinjaman
yang ditawarkan sebanyak RM 80, 200. Baki pinjaman terkini adalah RM 23, 400.

Cik Azah merancang untuk membeli sebidang tanah dengan harga RM 100,000 bagi tujuan
pembinaan rumah. Namun, kekangan kewangan yang tidak mencukupi menyebabkan beliau
merancang untuk memohon pinjaman peribadi di Bank ABC Berhad. Oleh itu, Cik Azah telah
bertemu dengan anda selaku pegawai pinjaman. Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki:

A Menyenaraikan dokumen kredit yang dperlukan.


B Menyatakan skor risiko kredit yang dicapai dengan merujuk pada Lampiran 1
C Menyediakan laporan cadangan penilaian kredit.
D Menyediakan surat tawaran penerimaan atau penolakan.

BIL SKOR RISIKO KREDIT CATATAN


1 0- 39 o Akaun tidak seimbang.
o Terlalu banyak pinjaman dalam tempoh terdekat.
o Terdapat beberapa akaun yang tertunggak dan
tidak terbayar.
o Tidak boleh melakukan pinjaman dalam masa
terdekat.
2 40 – 60 o Akaun tidak seimbang.
o Jumlah pinjaman dalam kadar sederhana.
o Ada baki tertunggak namun, pembayaran tetap
dilakukan.
o Jika ingin melakukan pinjaman dalam masa
terdekat boleh dilakukan tetapi dalam amaun
pinjaman yang sedikit sahaja.
3 61 -80 o Akaun seimbang
o Jumlah pinjaman yang dilakukan sedikit..
o Pembayaran pinjaman yang berjalan dengan
lancar.
o Permohonan pinjaman dibenarkan pada setakat
had kelayakan minimum yang ditawarkan.
4 81 – 100 o Akaun seimbang
o Tiada permohonan pinjaman dilakukan setakat
ini.
o Tiada sebarang nama disenarai hitam daripada
apa-apa pekara.
o Boleh memohon pinjaman dengan had kelayakan
pinjaman yang maksimum selaras dengan
kemampuan membayar balik pinjaman.

Das könnte Ihnen auch gefallen