Sie sind auf Seite 1von 2

ABSTRACT

QR-CODE : School Administration’s Best Practise in Transforming Data Management:


An Overview at Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1)

Abd Rahman Ismail, Soffeatul Raunaqiah Mohamad Rahim & Nadirah Kamarudzaman

The Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) emphasizes the use of the internet and modern
technology. In line with modernization, school administrations are also affected in the need to
shift towards digitization. Under the Transformational Schools Program 2025 (TS25), schools
are required to improve students’ outcome and school quality. To achieve this, transformation
in education should be geared towards managing data effectively. Using conventional
methods like the use of pen and paper to record data hinders the effectiveness of
administration. Among them are manual analysis of data which makes it difficult to develop an
action plan based on the data collected. Hence, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1)
(SKPP16(1)) has implemented a system of using E-Kawalan and E-Sahsiah to replace the
conventional method of collecting and analysing data. Both systems are a combination of two
existing applications, namely QR-codes and Google Forms where E-Kawalan replaces the
Buku Kawalan Kelas (Teacher’s Roll Book) and E-Sahsiah replaces the Buku Rekod Sahsiah
Murid (Students’ Behavioral Record Book). A questionnaire has been conducted to examine
the perception of 70 teachers of SKPP16(1) towards the use of E-Kawalan and E-Sahsiah.
Findings showed that the use of both systems are cost-saving, ease data management, easy
to use, has high validity and helpful in planning students’ intervention (E-Sahsiah). The
findings prove that schools throughout Malaysia need to be empowered in constructing a more
systematic way of managing administrative data in order to achieve the aspirations of TS25.

Keywords: administrative data, E-Kawalan, E-Sahsiah, Google Forms, IR4.0, TS25, QR-
Code,
ABSTRAK

QR-CODE Sebagai Amalan Terbaik Pengurusan Sekolah Ke Arah Transformasi


Pengurusan Data: Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1)

Abd Rahman Ismail, Soffeatul Raunaqiah Mohamad Rahim & Nadirah Kamarudzaman

Revolusi Industri 4.0 menekankan penggunaan internet dan teknologi moden. Mendepani
arus pemodenan, pentadbiran sekolah turut terkesan dalam anjakan ke arah pendigitalan. Di
bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), sekolah dikehendaki meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Bagi mencapai hasrat ini, transformasi pendidikan
perlu bergerak kearah memastikan pengurusan data dapat ditadbir dengan berkesan.
Perekodan data menggunakan kaedah konvensional seperti pen dan kertas menimbulkan isu
yang mengganggu kelancaran pentadbiran. Antaranya melibatkan analisis secara manual
yang menyukarkan tindakan dibuat daripada data yang dikumpul. Maka atas isu yang timbul
ini, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) (SKPP16(1)) telah mengimplementasikan
sistem E-Kawalan & E-Sahsiah bagi menggantikan kaedah konvensional dalam mengumpul
dan menganalisis data. Kedua-dua sistem tersebut merupakan gabungan dua aplikasi sedia
ada, iaitu QR-Code dan Google Forms dimana E-Kawalan dicipta bagi menggantikan Buku
Kawalan Kelas dan E-Sahsiah menggantikan Buku Rekod Sahsiah Murid. Soal selidik
dijalankan bagi melihat persepsi penggunaan E-Kawalan & E-Sahsiah ke atas 70 orang
responden dalam kalangan pendidik SKPP16(1). Dapatan menunjukkan penggunaan kedua-
dua sistem tersebut menjimatkan kos, meringankan tugas mengurus data bagi pentadbir,
penggunaan yang mudah, mempunyai kesahan yang tinggi dan membantu dalam
perancangan intervensi murid (E-sahsiah). Hasil kajian ini membuktikan bahawa sekolah di
seluruh Malaysia perlu diupayakan dengan pengurusan data pentadbiran yang lebih
sistematik supaya dapat merealisasikan matlamat TS25.

Kata kunci : E-Kawalan, E-Sahsiah, Google Forms, RI 4.0, TS25, pengurusan data,QR-
Code

Das könnte Ihnen auch gefallen