Sie sind auf Seite 1von 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM LDP : TAKLIMAT SKPMG2 DARI PEGAWAI SIP+


TARIKH : 6.8.2018
HARI: ISNIN

Assalamualaikum wbt dan salam Sayangi Malaysiaku.

Yang Berusaha, Pn. Zamilah binti Ekhwan, Pengetua SMK Suria Perdana,

Yang Berbahagia Penceramah Jemputan pada hari ini, Tn. Hj. Mohsin bin Ibrahim,
Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat,

Yang Dihormati, Tn. Hj. Mohd Shis b Abdul Jalal, GPK Pentadbiran,
Yang Dihormati, En. Boimin b Abdul Kadir, GPK Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati, Tn. Hj. Jaafar bin Sami, GPK Kokurikulum,

Yang Dihormati, Pn. Norlilah bt Sackkani, Penyelaras Latihan Dalam Perkhidmatan SMK
Suria Perdana, selaku GKMP Sains dan Matematik,

Serta guru- guru yang dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita
diberikan kelapangan waktu, serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LDP yang memfokuskan kepada
tajuk Taklimat SKPMG2 Dari Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput Al Fadhil
Ustaz Abdul Halim b Mohamed untuk bacaan doa.

DOA………………………………..

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abdul halim atas bacaan doa
sebentar tadi.
Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mohsin
bin Ibrahim, Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, selaku Tuan
Penceramah kita pada hari ini. Terima kasih atas kesudian tuan untuk menyampaikan
ilmu kepada tenaga pengajar di sini di mana barangkali dapat dijadikan panduan
dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang pertama dijemput Yang
Berbahagia, Tn. Hj. Mohsin bin Ibrahim untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

….

Hadirin – hadirat sekalian,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan. Mudah-
mudahan dengan ilmu yang diperolehi dalam program hari ini dapat diselitkan dalam
minda kita demi kebaikan bersama.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis mengucapkan terima kasih kepada
penceramah jemputan, para pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program pada hari ini.

Sekian. Wassalamualaikum wb