Sie sind auf Seite 1von 2

KERTAS CADANGAN

MELAKSANAKAN AKTIVITI
SMK TENGKU IDRIS SHAH,
PERSIARAN HAMZAH ALANG,
42200 KAPAR, SELANGOR

TAJUK AKTIVITI : PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN


BERUNIFORM SMK TENGKU IDRIS SHAH KAPAR
27 MARCH 2018

PEGAWAI MEJA : EN MUSA BIN MOHAMMAD SHARI


KOD : 2018/PKKOKU/ 03

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon kepada Pengetua untuk menimban, bersetuju dan memberi
kelulusan :
a. mengadakan Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK Tengku Idris Shah,
Kapar pada 27 MARCH 2018; dan
b. dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 2850.00.

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada perancangan takwim kokurikulum untuk melaksanakan aktiviti pertandingan
kawad kaki dalaman.
b. Jawatankuasa pengelola pertandingan telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk
melaksanakan aktiviti tersebut.

3. OBJEKTIF
 Menyemarakkan aktiviti kawad kaki badan beruniform di peringkat sekolah
 Membina semangat kerjasama yang tinggi di kalangan anggota
 Memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum
 Memberi peluang kepada peserta menunjukkan prestasi kepimpinan masing-masing dalam situasi
yang pertandingan yang sihat.
 Memupuk daya saing dan daya juang tinggi
 Mewujudkan perasaan yakin diri
 Membentuk jati diri agar sentiasa bersedia, cergas dan setia.

4. KPI-KEY PERFORMANCE INDICATOR (PETUNJUK PRESTASI)


Setiap murid dapat mengaplikasi kemahiran yang dipelajari dalam sukatan semasa perjumpaan aktiviti.

5. ASAS PERTIMBANGAN / RASIONAL


 Murid sekolah merupakan aset dan sumber tenaga manusia yang mempunyai identiti nasional
untuk masa depan negara yang perlu dibangunkan selari dengan aspirasi kelima dalam PPPM
2013-2015.
 Murid sekolah adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan
ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif selaras dengan aspirasi
ketiga murid iaitu kemahiran memimpin dalam PPPM 2013-2015.
 Kekuatan dalaman para pelajar seperti daya juang, ketahanan diri dan mental, pengukuhan
keyakinan diri,serta daya saing yang boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui aktiviti
dalam program ini.
 Membina dan mengukuhkan sikap, kepimpinan serta membina sahsiah dan moral pelajar sejak
dari sekolah rendah lagi di samping memupuk sikap harmoni di kalangan pelajar pelbagai kaum
secara kolektif.

6. KUMPULAN SASARAN
Semua ahli pasukan unit beruniform yang terlibat.

1
7. IMPLIKASI KEWANGAN
a. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan
Beruniform SMK Tengku Idris Shah, Kapar tahun 2017 berjumlah RM 2850.00.
b. Sumber kewangan :
i. PCG KoKurikulum RM 2350.00
ii. Sumbangan PIBG RM 500.00

c. Rujuk Lampiran 1 (Pendapatan dan Perbelanjaan)

8. JAWATANKUASA AKTIVITI
Rujuk lampiran 2

9. STRATEGI PELAKSANAAN
a. Pertandingan kawad
i. Peserta disertai oleh semua badan unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kadet
Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat, Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Puteri Islam
dan Pandu Puteri.

b. Hakim
i. Hakim yang dilantik adalah bertauliah dan professional iaitu Pn Tracy anak Bobby Robert,
En Norzaidi b Idris, En Azhari Md Noh, En Zamri b Marham dan En Azman Bin Sahlan.

10. PELAN PENGURUSAN RISIKO


Rujuk Lampiran 3

11. KAEDAH PEMANTAUAN


a. Pelaporan Jawatankuasa
b. Pengumpulan data statistik pertandingan.

12. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK
Tengku Idris Shah, Kapar tahun 2018 dikemukakan untuk pertimbangan dan keluluasan.

13. SYOR
Pengetua Tn Hj Ismail b Abdullah dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK Tengku Idris Shah,
Kapar tahun 2018 ; dan
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 2850.00.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………………..….
( )
Tn Hj Ismail bin Abdullah
SMK Tengku Idris Shah, Kapar

Cap :

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan

Das könnte Ihnen auch gefallen