Sie sind auf Seite 1von 2

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH NILAM 2016

TARIKH : 12.2.2018
HARI : Ahad
MASA : 10.30 pg
TEMPAT : Dewan Perdana

TEKS TINDAKAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang diucapkan kepada para ibu bapa dan waris
yang hadir pada hari ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama pihak kami pada hari ini.

Baiklah, sekarang saya mempersilakan para ibu bapa untuk membuat pendaftaran dan
mengambil slip Peperiksaan Percubaan SPM anak – anak di bawah jagaan Tuan/ Puan.

Saya dengan ini, menjemput Yang Dihormati Tuan Hj. Shis b. A. Jalal untuk
membacakan doa.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Pn. Zamilah bt Ekhwan diiringi oleh Yang
Dihormati Tn. Hj. Mohd Shis b Abd. Jalal ke majlis.
Para hadirin dipersilakan berdiri.

Para hadirin dipersilakan duduk.


KATA-KATA ALUAN Tengok2..
1. Bismilllahirahmanirrahim..
Asalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera, dan salam Sehati Sejiwa
Yang Berusaha,
Pn. Zamilah bt Ekhwan, Pengetua SMK Suria Perdana,

Yg. Dihormati, Tn. Hj. Mohd Shis bin Abd Jalal, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Yg. Dihormati, En. Boimin bin Abdul Kadir, Guru Pen Kanan Hal Ehwal Murid,
Yg. Dihormati, Tn. Hj. Jaafar bin Sami, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,

Guru-guru kanan Mata pelajaran, Para kaunselor, para guru, para ibu bapa dan waris
yang dikasihi sekalian.

2. Hadirin hadirat sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul pada pagi
yang penuh barakah ini untuk sama sama menjayakan Majlis Bicara Akademik Ib Bapa
bersama Puan Pengetua bagi Calon SPM pada tahun ini.

Hadirin – hadirat sekalian,

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Saya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada seluruh hadirin kerana telah sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.
Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi
dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam bidang
akademik..insyaAllah.

Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Yang Dihormati Tn. HJ. Shis bin A.
Jalal, GPK Pentadbiran utk memimpin bacaan doa, dipersilakan.
(DOA)

Amin amin yarabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada Yang Dihormati Tn. HJ. Shis atas pimpinan doa sebentar tadi.

Hadirin – hadirat yang dimuliakan,

Kini, tibalah masa untuk Bicara Akademik IbU Bapa bersama Puan Pengetua SMK
Suria Perdana. Untuk itu, sya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha
Pn. Zamilah bt Ekhwan, Pengetua SMK Suria Perdana untuk meneruskan acara.
Majlis mempersilakan.

Begitulah berakhirnya sesi Bicara Akademik yang begitu padat berinformasi buat
renungan dan panduan semua warga dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
Yang Berusaha Pn. Pengetua atas kesudian beliau menyempurnakan acara.

Hadirin hadirat sekalian,

Diharapkan semua murid Tingkatan 5 akan menjadi lebih bersemangat, lebih gigih dan
serius untuk mencapai kecemerlangan demi membuktikan bahawa tiada yang mustahil
untuk dicapai di dunia ini dan sesungguhnya mereka semua boleh!

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Sebelum majlis bersurai, saya membuka ruang kepada Tuan/Puan jika terdapat
sebarang pertanyaan terhadap guru tingkatan.

Baiklah, Kita telah pun berada di penghujung majlis. Pada kesempatan ini, kami, mewakili ahli
jawatankuasa program memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga kepada hadirin dan hadirat sekalian kerana telah
memberikan kerjasama dan sokongan yang padu untuk menjayakan program ini.

Sekian sahaja, wa billahit taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum w.b.t

Das könnte Ihnen auch gefallen