Sie sind auf Seite 1von 11

Lampiran 1| SOP Keselamatan

SOP KESELAMATAN PERKHEMAHAN


1.0 KAWALAN KESELAMATAN

Bagi menjaga keselamatan semasa aktiviti perkhemahan perhatian harus diberi kepada
keselamatan api, air dan tapak perkhemahan.

1.1 Keselamatan Api

1.1.1 Api tidak boleh dibiarkan menyala tanpa pengawasan. Tentukan api telah betul-
betul padam sebelum beredar ke tempat lain. Jangan merokok, memasang api
atau ubat nyamuk di dalam khemah.

1.2 Keselamatan Air

1.2.1 Pilih tempat yang tiada halangan-halangan berbahaya seperti batu tajam, arus
laju dan lereng curam.

1.2.2 Jangan mandi, mengambil air atau membasuh bersendirian.

1.2.3 Jika hujan lebat, jangan pergi ke kawasan air.

1.2.4 Tali dan pelampung sebaik-baiknya disediakan di tempat mandi atau membasuh.

1.2.5 Dilarang melakukan aktiviti air tanpa peralatan keselamatan dan pengawasan
jurulatih/guru yang terlatih.

1.3 Keselamatan Kawasan Perkhemahan.

1.3.1 Pilih lokasi selamat.

1.3.2 Bersihkan kawasan perkhemahan sebelum mendirikan khemah.

1.3.3 Kawasan perkhemahan tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan.

1.3.4 Adakan giliran bertugas kawalan keselamatan malam.

1.3.5 Perlu ada pelan keselamatan jika berlaku kecemasan, contohnya tiupan wisel.

1.3.6 Ketua kumpulan hendaklah sentiasa maklum di mana ahli-ahli kumpulannya


berada setiap masa.

1.3.7 Tentukan khemah sentiasa tertutup apabila meninggalkannya.

24
Lampiran 1| SOP Keselamatan

1.3.8 Segala peralatan jangan di biarkan berselerak.

1.3.9 Patuhi segala peraturan dan pantang larang yang diberikan.

2.0 TATACARA KESELAMATAN

2.1 Tatacara Peserta.

2.1.1 Dilarang berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi daripada jurulatih.

2.1.2 Memastikan keselamatan dan peralatan yang terdapat disitu adalah terjamin.

2.1.3 Mematuhi peraturan dan arahan jurulatih.

2.1.4 Menjaga kebersihan.

2.1.5 Membuat laporan tentang kerosakan atau kecederaan yang berlaku kepada
pihak pengurusan / jurulatih.

2.1.6 Hanya pelajar yang terlibat dalam aktiviti sahaja yang berada di kawasan
larangan dengan pengawasan rapi jurulatih.

2.2 Tatacara Pengurusan / Jurulatih /fasilatator.

2.2.1 Memastikan tiada peserta berada di kawasan larangan tanpa pengawasan rapi
daripada jurulatih.

2.2.2 Memastikan peserta mematuhi peraturan dan arahan

2.2.3 Memastikan kawasan dalam keadaan baik, terurus dan selamat digunakan.

2.2.4 Memastikan peralatan yang terdapat disitu dalam keadaan selamat.

2.2.5 Mengambil tindakan segera atas segala laporan yang disampaikan oleh peserta
dan merekodkannya.

2.2.6 Menyediakan seorang pegawai yang bertauliah dalam pertolongan cemas


sepanjang aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut.

2.2.7 Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti yang
dijalankan di kawasan tersebut.

2.2.8 Menyediakan bilik rawatan yang sentiasa terbuka sepanjang aktiviti / latihan
dijalankan.

25
Lampiran 1| SOP Keselamatan

2.2.9 Memastikan pelajar menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok.

2.2.10 Memastikan hanya juruilatih yang bertauliah /berkelayakan serta mempunyai


latar belakang dan reputasi yang baik sahaja yang dibenarkan menjalankan latihan.

2.2.11 Membuat laporan rapi atas laporan yang telah dibuat oleh pelajar dan
mengambil tindakan seterusnya.

2.2.12 Memastikan Borang Akuan Lepas Tanggungjawab dan Borang Kebenaran


Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan diisi dengan maklumat lengkap bagi
memudahkan menghubungi ibubapa semasa kecemasan.

2.2.13 Menyediakan Fail Peribadi dan pemeriksaan kesihatan (Medical Examination)


yang lengkap bagi pelajar yang mewakili Sekolah, Bahagian, Negeri dan Negara.

2.2.14 Menyediakan prosedur khas bagi agensi atau badan-badan luar yang
memerlukan khidmat pelajar contohnya , mewakili dalam permainan / sukan.

2.2.15 Menyediakan seorang pegawai bantuan kecemasan yang bertauliah.

2.2.16 Menjaga kebajikan pelajar.

2.2.17 Mempunyai rekod maklumat peribadi dan sejarah kesihatan pelajar yang
lengkap.

2.2.18Mengada aktiviti di tempat yang ditetapkan.

3.0 CUACA / MUSIM

3.1 Tatacara Am.

3.1.1 Tidak menjalankan aktiviti di tempat lapang semasa cuaca buruk seperti hujan,
kilat dan petir.

3.1.2 Memberhentikan aktiviti apabila terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

26
Lampiran 1| SOP Keselamatan

3.2 Tatacara Peserta.

3.2.1 Tidak berada di tempat lapang atau kawasan yang terdedah kepada bahaya
semasa cuaca buruk.

3.2.2 Berhenti serta merta setelah mendapat arahan daripada jurulatih/ fasilitator
supaya berbuat demikian.

3.2.3 Mematuhi arahan dan peraturan.

4.0 LAPORAN KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN.

Jurulatih dan fasilitator bertangunggjawab ke atas :

4.1 Tatacara Am.

4.1.1 Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku kepada pihak
pengurusan.

4.1.2 Membuat siasatan ke atas kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

4.1.3 Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan yang berlaku.

4.2 Tatacara Peserta

4.2.1 Melaporkan semua jenis kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa
menyertai aktiviti kepada pihak pengurusan .

4.2.2 Peserta mesti memberitahu sejarah kesihatan mereka.

4.2.3 Melaporkan aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.
Contohnya, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

4.4 Tatacara Pengurusan/Jurulatih/Fasilitator.

4.4.1 Mengambil tindakan segera ke atas laporan yang dibuat oleh peserta.

4.4.2 Membuat siasatan ke atas kemalangan atau kecederaan yang berlaku.

4.4.3Merekod semua jenis kemalangan dan kecederaan y ang berlaku.

27
Lampiran 1 |Surat-surat

Pengerusi,
Program Bina Insan Guru Siri 1,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka.

Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka. 25 JULAI 2018

Puan,
MAKLUMAN PERKHEMAHAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SIRI SATU
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa guru-guru pelatih Kursus Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Pendidikan Khas Ambilan Jun 2016 akan terlibat dengan perkhemahan Program
Bina Insan Guru (BIG) selama lima hari empat malam seperti butiran berikut:
Tempat : Sedanan Outdoor Camp
Tarikh : 16 – 20 Julai 2018
Bilangan peserta : 45 orang peserta
3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program yang akan dilaksanakan sepanjang
Tarikh berkenaan untuk rujukan pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi pernghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”

Saya yang menurut perintah,

_____________________________
(SHAHIDATUL NUR BINTI JAMALI)
b.p. Pengerusi
Bina Insan Guru,
IPG Kampus Perempuan Melayu.

25
Lampiran 1 |Surat-surat

Ruj Tuan :
Ruj Kami :
Tarikh :

Sedanan Outdoor Camp


Jln Machap Air Pasir Tebong
78000, Selandar,
Melaka.

Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN AKTIVITI PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU
(BIG) DI BUKIT SEDANAN
Saya dengan segala hormatnya dan takzimnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa IPG Kampus Perempuan Melayu akan mengadakan
program Bina Insan Guru (BIG) di Bukit Sedanan.
3. Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh harapan memohon kebenaran tuan
untuk menggunakan Tapak Perkhemahan, Dewan, Dewan Makan dan kemudahan yang ada
untuk melancarkan lagi segala aktiviti yang dirancangkan. Butiran aktiviti adalah seperti
berikut:
Tarikh : 16 – 20 Julai 2018
Tempat : Bukit Sedanan, Melaka
Jumlah Peserta : 52 Orang
4. Bersama-sama ini disertakan senarai nama peserta yang terlibat dan Ahli
Jawatankuasa sebagai dokumen sokongan permohonan ini.
5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


aya yang menurut perintah,

(SHAHIDATUL NUR BINTI JAMALI)


b.p. Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu.

26
Lampiran 1 |Surat-surat

Pengerusi,
Program Bina Insan Guru Siri 1,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka.

Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka. 25 JULAI 2018

Tuan,
PERMOHONAN MEMINJAM PERALATAN DARIPADA STOR PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN
Saya dengan segala hormatnya dan takzimnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa program Bina Insan Guru (BIG) akan diadakan di
Bukit Sedanan yang melibatkan guru pelatih semester 5 sebagai memenuhi tuntutan
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK).
3. Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh harapan memohon kebenaran tuan
untuk meminjam peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melancarkan aktiviti yang
dirancangkan. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 – 20 Julai 2018
Tempat : Bukit Sedanan, Melaka
Jumlah Peserta : 52 Orang
4. Bersama-sama ini disertakan senarai peralatan yang ingin dipinjam sepanjang
program tersebut.
5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SHAHIDATUL NUR BINTI JAMALI)


b.p. Pengerusi,
Program Bina Insan Guru (BIG),
IPG Kampus Perempuan Melayu.

27
Lampiran 1 |Surat-surat

Pengerusi,
Program Bina Insan Guru Siri 1,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka.

Ketua Unit,
Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka. 25 JULAI 2018

Tuan,
PERMOHONAN MEMINJAM PERALATAN DARIPADA STOR KOKURIKULUM
Saya dengan segala hormatnya dan takzimnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa program Bina Insan Guru (BIG) akan diadakan di
Bukit Sedanan yang melibatkan guru pelatih semester 5 sebagai memenuhi tuntutan
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK).
3. Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh harapan memohon kebenaran tuan
untuk meminjam peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melancarkan aktiviti yang
dirancangkan. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 – 20 Julai 2018
Tempat : Bukit Sedanan, Melaka
Jumlah Peserta : 52 Orang
4. Bersama-sama ini disertakan senarai peralatan yang ingin dipinjam sepanjang
program tersebut.
5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SHAHIDATUL NUR BINTI JAMALI)


b.p. Pengerusi,
Program Bina Insan Guru (BIG),
IPG Kampus Perempuan Melayu.

28
Lampiran 1 |Surat-surat

Pengerusi,
Program Bina Insan Guru Siri 1,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka.

Pegawai,
Stor Pusat,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka. 25 JULAI 2018

Tuan,
PERMOHONAN MEMINJAM PERALATAN DARIPADA STOR PUSAT
Saya dengan segala hormatnya dan takzimnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa program Bina Insan Guru (BIG) akan diadakan di
Bukit Sedanan yang melibatkan guru pelatih semester 5 sebagai memenuhi tuntutan
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK).
3. Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh harapan memohon kebenaran tuan
untuk meminjam peralatan-peralatan yang diperlukan untuk melancarkan aktiviti yang
dirancangkan. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 – 20 Julai 2018
Tempat : Bukit Sedanan, Melaka
Jumlah Peserta : 45 Orang
4. Bersama-sama ini disertakan senarai peralatan yang ingin dipinjam sepanjang
program tersebut.
5. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Kerjasama
pihak Tuan amat kami hargai.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(SHAHIDATUL NUR BINTI JAMALI)


b.p. Pengerusi,
Program Bina Insan Guru (BIG),
IPG Kampus Perempuan Melayu.

29
Lampiran 1 |Surat-surat

Ruj Tuan :
Ruj Kami :
Tarikh :
Ketua kampung,
Kampung Selandar,
77500 Selandar,
Melaka.
Tuan,
MEMOHON MENJALANKAN PROGRAM PERANAN GURU TERHADAP KOMUNITI
SETEMPAT
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa program Bina Insan Guru (BIG) akan diadakan di Bukit
Sedanan yang melibatkan guru pelatih semester 5 seramai 45 orang guru pelatih bersama
dengan 18 orang pensyarah pengiring.
Tarikh : 17 Julai 2018
Masa : 02.00 petang – 06.00 petang
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami sebulat suara memilih Kampung Selandar untuk
menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong di kawasan Kampung Selandar
4. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada bakal guru akan
tanggungjawab mereka kepada masyarakat sekeliling dan bukan sahaja terhadap komitmen
kerja mereka, di samping untuk merapatkan hubungan antara guru pelatih dan masyarakat
setempat.
5. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada pihak
tuan amat kami hargai. Kami merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan
keprihatinan tuan.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”
Saya yang menjalankan tugas,
_____________________________
(SHAHIDATUL NUR BINTI JAMALI)
b.p. Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka.

30
Lampiran 1 |Surat-surat

Ruj Tuan :
Ruj Kami :
Tarikh :
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lesong Batu,
78000, Alor Gajah,
Melaka.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI INTERAKSI PROFESIONAL
BERSAMA PIHAK SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa program Bina Insan Guru (BIG) yang akan diadakan
melibatkan 45 orang guru pelatih akan menjalankan aktiviti Interaksi Profesional bersama
Pihak Sekolah di Sekolah Kebangsaan Lesong Batu. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 Julai 2018
Masa : 09.00 pagi – 01.00 petang
3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengalaman kepada guru pelatih
dengan memberi peluang untuk berinteraksi bersama pihak sekolah sebagai persediaan
sebelum berkhidmat sebagai guru praktikum selama tiga bulan di sekolah-sekolah terpilih.
4. Aktiviti ini akan dirancang dan dijalankan sepenuhnya oleh guru pelatih-guru pelatih
kursus Pendidikan Khas yang akan berkolaborasi dengan unit Pendidikan Khas Sekolah
Kebangsaan Lesong Batu.
5. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada pihak
tuan amat kami hargai. Kami merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan
keprihatinan tuan.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”
Saya yang menjalankan tugas,

_____________________________
(SHAHIDATUL NUR BINTI JAMALI)
b.p. Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu,
75400 Melaka.

31

Das könnte Ihnen auch gefallen