Sie sind auf Seite 1von 2

JURNAL MINGGU 7

MURID BERMAIN SEMASA KELAS AMALI DIJALANKAN

NAMA : SITI FIRUSAH BINTI SAIBUDAN@ADAN


UNIT : PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2013
TARIKH : 21 MAC – 25 MAC 2016

Masalah
Pada 22 Mac 2016, saya telah menjalani kelas amali bagi kelas tahun 1. Pada awal kelas
berjalan, semua murid masih boleh memberikan perhatian mereka untuk terus menjalani dan
mendengar arahan guru untuk membuat aktiviti amali. Tetapi apabila mula membuat kelas
amali dan diberikan alatan, saya mendapati seorang pelajar lelaki kelas ini bermain dan
bergurau dengan rakan yang lain dengan menggunakan alatan. Murid ini tidak menghadirkan
diri semasa kelas yang lalu, jadi kehadiran dia baru disedari oleh saya pada hari ini dalam kelas
amali. Walaupun dia merupakan seorang ketua kelas, namun sikapnya yang kurang
memberikan kerjasama dan perhatian mengganggu kelas amali yang dijalankan.

Analisis Masalah
Saya telah bertanya kepada rakan-rakan dan guru sekolah tersebut. Mereka menyatakan murid
tersebut memang bersifat begitu. Terdapat juga guru yang menyatakan murid tersebut diserap
dalam lembaga pengawas sekolah untuk memperbaiki sikapnya. Guru tersebut khuatir jika
murid tersebut tidak diserap dalam lembaga pengawas sekolah, murid tersebut akan menjadi
lebih agresif. Oleh yang demikian, perangai murid tersebut dapat dikawal sedikit.

Cadangan
a) Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih perhatian
terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas supaya dia tidak
mengganggu pelajar lain dan bermain dengan alatan.
b) Saya juga mengugut untuk memotong markah kumpulannya. Jika murid tersebut tidak
membendung tingkahlakunya, markah kumpulannya akan dipotong. Jadi bagi
mengelakkan ahli kumpulan lain memarahinya, mungkin perangainya boleh dikawal.
JURNAL MINGGU 7

Tempoh Penyelesaian
28 Mac – 1 April 2016

Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Ini adalah kerana kelas
tersebutsudah mula beramali. Bagi mengelakkan sebarang kecederaan, tersebut perlu selalu
diingatkan tentang peraturan supaya mereka sentiasa beringat semasa membuat kerja amali.
Selain itu, guru perlu lebih bertegas dengan murid supaya murid lebih berhati-hati dan serius di
dalam kelas.

Kesimpulan
Sebelum seseorang guru itu memasuki sesebuah kelas, guru itu seharusnya sudah tahu
karektor pelajar-pelajarnya. Apapun keadaannya, sebelum memulakan pelajaran, guru perlu
menghentikan segala bentuk aktiviti pelajar dan memastikan kehadiran guru disedari oleh
pelajar. Pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dimulakan selagi pelajar tidak bersedia untuk
menerima pelajaran. Pada waktu ini, guru perlu berdiri di tengah-tengah kelas sebelah
hadapan. Pandang setiap pelajar. Lazimnya, ada yang akan menyedari kehadiran guru dan
memaklumkan kehadiran guru kepada rakan-rakan yang lain. Setelah semuanya berdiri dan
bersedia, pandanglah ketua kelas. Ketua kelas menunggu isyarat daripada guru untuk
mengetuai rakan-rakannya memberi salam kepada guru.

Das könnte Ihnen auch gefallen