Sie sind auf Seite 1von 9

1Murid 1Sukan Dalam Pembentukan Masyarakat Malaysia

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu melalui dasar
ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun.

Selaras dengan Dasar Sukan Negara (DSN) untuk membudayakan sukan di


kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua
pendekatan iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti
sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid.

Sementara dalam melaksanakan Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid


yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang
mampu ditawarkan oleh pihak sekolah.

Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah


merupakan satu titik penting dalam mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat,
cergas, dinamik dan bersatu padu. Pelaksanaannya adalah selaras dengan hasrat
YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam mendokong semangat
1 Malaysia.

Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan


dibincangkan demi kepentingan bersama diantaranya ialah Dasar 1 Murid 1 Sukan
berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari
kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan
negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan
berkeperibadian mulia.

Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk
sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah.
Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan
kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu
jenis sukan.

Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah


rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau
bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai
program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan
mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara
melalui sukan.

Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan di


kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya
hidup sihat dan cergas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani
seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

Hal ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat Malaysia yang
mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan
seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan
dan obesiti semakin meningkat saban tahun.

Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan
mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011,
dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam
kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu,
tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada
masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas
sepanjang masa.

Selanjutnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara


kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan
kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia
sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana
kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama
54 tahun kebelakangan ini.
Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan
perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni.
Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan
bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli
suka mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa,
dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka
semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan
cara hidup kaum lain.

Di sini ternyata bahawa, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk


memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya, Dasar 1 Murid 1
Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan
keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid
yang kurang atau tidak aktif.

Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana
terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan
aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi
dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka
mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik.

Murid yang berada dalam kelompok ini, aktiviti sukan hanyalah untuk pelajar-
pelajar yang tidak cemerlang dalam bidang akademik seperti mereka. Oleh itu,
mereke lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui
laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan
gelanggang untuk bersukan. Matlamat yang terpenting dalam pelaksanaan dasar ini
ialah, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya mewujudkan landasan ke arah
kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang
berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan
yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan
persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, biasanya menganggap sukan merupakan
salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh
dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta
ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara
malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa.

Kejayaan beberapa ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David,
Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya
diteruskan. Konklusinya, Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kebaikan kepada
murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan
kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan
oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan.

Dalam pada itu, pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1
Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan
tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap samba lewa, dalam memastikan
kemenjadian murid dan pembentukan nilai yang diperoleh daripada aktiviti seperti ini
dapat dimaksimumkan.
Isu Dan Cabaran.

Sekolah-sekolah di Malaysia merupakan tempat bagi pelajar-pelajar menimba ilmu


pengetahuan melalui sistem pendidikan yang terancang. Bagi memperlengkapkan
lagi sistem pendidikan, pelajar-pelajar juga diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum yang antara matlamatnya membolehkan pelajar mempraktikkan amalan
teori di bilik darjah ke luar bilik darjah. Dengan ini proses pembelajaran, pelajar akan
lebih sempurna dan bermakna. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan
hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk
kemahiran-kemahiran tertentu, tetapi juga melahirkan pelajar yang dapat memberi
sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi, berdisplin dan
bahagia. Justeru itu, sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-
nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara.

Setiap program biasanya mempunyai pelan tindakan dan konsep yang jelas
dan sempurna. Namun, apabila program ini dilaksanakan, maka akan timbullah isu-
isu yang menganggu perjalanan program tersebut. Antara isu dan cabaran yang
tercetus melalui program-program ini ialah :

1. Kurang Sokongan Daripada Ibu Bapa Dan Penjaga.

Kerajaan telah mencuba pelbagai cara bagi mengubah persepsi masyarakat


Malaysia yang mengukur tahap kejayaan individu melalui pencapaian akademik.
Sebelum ini, pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan tetapi telah
ubah kepada sistem berorientasikan pentaksiran dimana murid tersebut dinilai
secara holistik dan tidak tertumpu kepada pencapaian akademik semata- mata. Hal
ini dinisbahkan kepada 40:60 yang mana 40 markah untuk pentaksiran sahsiah dan
60 markah untuk pentaksiran akademik. Ini membawa makna bahawa murid perlu
aktif di sekolah bagi mendapat lebih markah dalam peperiksaan yang akan
diadakan. Namun, masih terdapat lagi segelintir ibu bapa yang beranggapan
bahawa anak-anak mereka perlu menumpukan sepenuhnya kepada akademik
sehingga meminggirkan aspek-aspek lain seperti aktiviti sukan dan kokurikulum.
Kebanyakan ibu bapa jenis ini risau dan khuatir jika anak mereka terlibat
dalam program seperti 1 murid 1sukan dan sebagainya, anak-anak mereka akan
keciciran dan tidak akan cemerlang dalam pentaksiran yang dilaksanakan. Selain
itu, ibu bapa juga terlalu risau akan anaknya dan khuatir jikalau terjadi sesuatu yang
tidak diingini. Hal ini memberi kesan kepada anak-anak mereka kerana bakat yang
ada pada diri anak-anak tersebut tidak dapat dicungkil dan ini akan menjadikan
mereka berkelakuan pasif dan mengalami kemurungan. Murid-murid juga akan
merasa tidak gembira untuk berada di sekolah bersama rakan-rakan kerana
pergerakan mereka telah dibataskan dan rasa terkongkong.

Ibu bapa atau penjaga juga perlu menyedari bahawa konsep program 1 Murid
1 Sukan, 1 kelab dan 1 persatuan ini adalah untuk memenuhi fitrah kanak-kanak
yang aktif dan gemar akan permainan. Oleh itu, mereka perlu diberi kelonggaran
untuk memenuhi keinginan mereka. Hakikatnya, melalui permainan, persatuan dan
kelab, guru dapat mendidik mereka tentang nilai murni, adab pergaulan, rasa ingin
thu dan cara komunikasi yang baik. Selain itu, mereka juga akan lebih berdaya
saing, kreatif, hormat menghormati dan belajar memimpin. Nilai yang sebeginilah
yang diperlukan untuk mendapatkan murid yang cemerlang secara holistik.

2. Guru Tidak Memainkan Peranan Dengan Baik.

Program ko-kurikulum mempunyai modul yang sangat sempurna untuk


mengukuhkan perpaduan dikalangan kaum dan melahirkan murid yang mempunyai
nilai sejagat yang tinggi. Namun begitu, penggerak aktiviti ko-kurikulum di sekolah
perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hasrat ini berjaya dilaksanakan.
Terdapat banyak isu yang timbul apabila hal ini tidak berjaya dilaksanakan di
peringkat sekolah kerana kecuaian pihak pentadbir. Antaranya ialah, pihak sekolah
memberikan autoriti kepada murid-murid untuk membuat pilihan masing-masing.
Hasilnya, murid-murid akan membuat pilihan mengikut cita rasa mereka sendiri dan
ini mengakibatkan timbulnya isu perkauman . Sebagai contoh, semua permainan
badminton disertai oleh bangsa Cina dan olahraga di dominasi oleh bangsa Melayu.
Maka objektif aktiviti ko-kurikulum untuk menyatupadukan kaum tidak berjaya
dilaksanakan.
Selain dari itu, terdapat juga guru yang menjadi guru pembimbing untuk
aktiviti ko-kurikulum tersebut hanya mengajar seperti melepaskan batuk ditangga
sahaja. Mereka membimbing sambil lewa tanpa menitik beratkan kemahiran
kemahiran yang perlu diajarkan kepada murid-murid. Hal ini adalah kerana guru
tersebut sendiri yang kurang berminat dan tidak berkemahiran terhadap apa yang
ditugaskan. Disamping itu juga, terdapat juga juru yang tidak kreatif dalam merangka
aktiviti untuk program mereka. Mereka hanya memilih aktiviti yang tidak mencabar
bagi memudahkan kerja mereka. Hasilnya, murid-murid tidak mendapat apa – apa
kemahiran apabila aktiviti tersebut tamat.

3. Pihak Sekolah Hanya Pentingkan Prestasi.

Selain daripada isu ibu bapa dan guru, pihak pengurusan sekolah juga
merupakan salah satu cabaran untuk merealisasikan Anjakan 3 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ini. Pihak sekolah seharusnya memainkan
peranan yang penting dalam menjayakan program ini. Namun begitu, terdapat
beberapa isu yang mencacatkan nama baik pentadbir sebagai pengerak program ini.
Antaranya ialah terdapat pihak pentadbiran yang melaksanakan program ini secara
tidak serius. Ini membawa maksud, pihak sekolah hanya membuat perancangan di
atas kertas namun tidak dilaksanakan seperti apa yang dirancang. Hal ini kerana,
pihak pentadbiran sekolah hanya mementingkan prestasi kecemerlangan sekolah
yang akan melonjakkan nama sekolah ditambah pula dengan pelbagai tawaran yang
ditawarkan jika sekolah mendapat prestasi yang baik.

Oleh yang demikian, segala aktiviti yang dirancang itu hanyalah sebagai
untuk menutup kesalahan mereka. Mereka menukarkan waktu untuk mengadakan
program tersebut dengan kelas tambahan. Terdapat juga pihak pentadbir yang
memendekkan masa untuk aktiviti ko-kurikulum kerana memberi laluan kepada
kelas tambahan. Hal ini boleh diibaratkan seperti “harapkan pegar, pegar makan
padi”. Sepatutunya, pihak pentadbir ini yang bertanggungjawab untuk
memperkasakan dan menerapkan nilai dikalangan murid-murid mereka, namun apa
yang berlaku adalah sebaliknya. Natijahnya, progam sebegini hanya menjadi
program sampingan dan picisan di sekolah.
Cadangan Penambahbaikan

Program 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan berunifom merupakan salah satu program di
bawah pengurusan ko-kurikulum di setiap sekolah. Program ini banyak membantu
murid-murid untuk memperkembangkan prestasi mereka supaya ianya tidak hanya
tertumpu kepada akademik sahaja tetapi ianya melibatkan kemahiran secara
holistik. Walaupun terdapat pelbagai isu yang timbul setelah beberapa tahun
perlaksanaannya, tetapi terdapat jalan untuk menyelesaikannya. Antara cadangan
penambahbaikannya ialah :

1. Tingkatkan Promosi Untuk Kesedaran Ibu Bapa

Menurut M.Yasin (2010), pelaksanaan PIBG di setiap sekolah adalah untuk


memberi sumbangan kepada pelajar dan merapatkan kerjasama antara ibubapa,
guru dan pihak sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa dalam PIBG adalah penting
iaitu dapat meningkatkan pencapaian menyeluruh yang merangkumi kecemerlangan
akademik dan ko-kurikulum murid. Bagi memastikan semua ibu bapa mendapat
kefahaman yang jelas tentang aktiviti ko-kurikulum yang akan dijalankan, pihak
PIBG perlu memainkan peranan yang sama pentingnya dengan peranan pihak
pentadbir di sekolah. Setelah pentadbir memberi penerangan berkaitan aktiviti yang
akan dijalankan, pihak PIBG perlu mempromosikan kebaikan program yang
dirancang tersebut supaya ibu bapa lebih faham dan mempunyai keyakinan untuk
melepaskan anak mereka menyertai program tersebut.

2. Perkasakan Peranan Guru.

Menurut Muhammad Najib et. al. (2011), guru-guru penasihat kokuriukulum


perlu berperanan sebagai pembimbing pelajar dimana guru-guru harus membimbing
pelajar-pelajar mereka ke arah kejayaan secara berterusan. Para pelajar amat
memerlukan guru yang baik dan cekap sebagai pembimbing yang dapat
meningkatkan kualiti serta membawa kepada kejayaan mereka. Untuk menjadi
pembimbing yang baik guru perlu memiliki sifatsifat seperti kesabaran, kesungguhan
serta semangat membantu untuk memajukan pelajar-pelajar tanpa mengharapkan
balasan atau ganjaran. Guru yang baik dapat memberi inspirasi, motivasi dan
membimbing pelajar kearah kejayaan . Komitmen guru-guru seperti ini amat
diperlukan jika Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan individu
dikembangkan secara bersepadu dalam melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis supaya mereka berilmu, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara di realisasikan.

Begitu juga guru perlu melaksana aktiviti-aktiviti kokurikulum yang telah


dirancang. Mekanisma koordinasi dan menstukturkan organisasi dengan membina
method atau kaedah serta membuat prosedur agar aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan teratur. Jika guru-guru penasihat kokurikulum dapat
melaksanakan program kokurikulum dengan baik, tahap keyakinan diri dan
komitmen mereka juga akan berada ditahap tinggi.

3. Pengetua Sebagai Kuasa Besar Di Sekolah.

Di sekolah, pengetua merupakan individu yang paling penting untuk


menerajui kegiatan kokurikulum. Pengetua juga merupakan individu penting yang
berusaha memimpin sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Sebagai
ketua dalam organisasi sekolah, pengetua diharap dapat mentadbir dan mengurus 3
ketiga-tiga bidang tugas sekaligus. Sebagai pengurus kokurikulum pula, pengetua
seharusnya mempunyai asas-asas pengetahuan semasa yang terkini untuk
menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap, berwibawa, berkualiti serta
berpandangan jauh dalam merangka program terhadap kemajuan kokurikulum
dalam organisasinya. Dalam hal ini pengetua harus mempunyai idea yang bernas
dan pemikiran yang strategik. Oleh itu, bagi menentukan perancangan strategik ini,
pengetua perlu menentukan visi dan misi yang dapat dicapai melalui perancangan
jangka panjang yang terperinci, pelaksanaan yang tepat serta penilaian dan
pengawasan prestasi yang berkesan agar tahap pencapaian kokurikulum di sekolah
mencapai matlamatnya. Pengetua memerlukan perancangan dan pengurusan
sumber tenaga yang kemas iaitu bertindak sebagai perancang utama tetapi
melaksanakannya melalui ‘empowerment’ kepada organisasi dibawahnya.

Das könnte Ihnen auch gefallen