Sie sind auf Seite 1von 12

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan ................................................................................................................................. 2


1.1 Pengenalan................................................................................................................................ 2
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran .................................................................................... 3
2.0 Fokus Kajian .................................................................................................................................. 4
2.1 Tindakan ........................................................................................................................................ 5
3.0 Objektif Kajian ............................................................................................................................... 8
3.1 Objektif Umum Kajian ............................................................................................................... 8
3.2 Objektif Khusus Kajian .............................................................................................................. 8
3.3 Soalan Kajian ............................................................................................................................. 8
3.4 Kumpulan Sasaran..................................................................................................................... 8
4.0 Perancangan Pelaksanaan Kajian .................................................................................................. 9
4.1 Perancangan Tindakan .............................................................................................................. 9
4.2 Anggaran Kos Kajian ........................................................................................................ 9
4.3 Jadual Pelaksanaan Kajian.............................................................................................. 9
5.0 Perancangan Kaedah Mengumpul Data ..................................................................................... 10
5.1.1 Ujian Pra Mengenal dan menyelesaikan Operasi Asas Matematik Awal ............................ 10
5.1.2 Pemerhatian......................................................................................................................... 10
5.1.3 Senarai Semak ...................................................................................................................... 10
5.1.4 Temu bual ............................................................................................................................ 10
6.0 Perancangan Cara Menganalisis Data ......................................................................................... 11
7.0 RUJUKAN ............................................................................................................................... 12

1
1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang berstruktur dan berhierarki. Justeru itu,
konsep-konsep asas dalam matematik perlu difahami secara tersusun dan berperingkat-
peringkat. Seperti yang sedia maklum, setiap aktiviti sosial manusia menggunakan
matematik. Jackson P.W. (1992), dalam bukunya menyatakan bahawa Newman melihat
tiga ciri utama matematik iaitu matematik disajikan dalam bentuk pola dan boleh digunakan
secara meluas dalam bidang-bidang ilmu lain. Namun, menurut kajian Aplin, N. dan
J.Saunders (1996), matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering,
sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain.

Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya dalam kurikulum matematik memberikan


kelonggaran kepada guru-guru untuk mewujudkan persekitaran yang menyenangkan dan
bermakna semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada masa yang
sama, para guru juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan murid-murid menunjukkan
perkembangan dalam mengadaptasikan kemahiran matematik secara sistematik. Menurut
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK,2017) matlamat Tunjang Matematik
Awal prasekolah adalah untuk memberi pengalaman awal matematik dengan menanam
minat melalui aktiviti seharian, penguasaan konsep asas matematik dan meningkatkan
kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam diri murid-murid.

Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin berlaku, kecuali guru-guru


mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan
pembelajaran (Noraini, 1994). Bagi menjamin masa depan negara, kita perlu mengkaji
semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar murid-murid
asas pemikiran tentang matematik dari peringkat awal kanak-kanak. Konsep operasi asas
matematik merupakan kemahiran yang sangat penting dikuasai oleh murid-murid prasekolah
bagi memastikan mereka dapat memahami pembelajaran di peringkat seterusnya. Operasi
asas yang dipelajari di peringkat prasekolah adalah operasi tambah dan tolak.

Guru yang masih menggunakan cara traditional semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mungkin tidak dapat menyampaikan pemahaman yang betul tentang konsep
yang dibelajar. Mohd. Sapiyan Baba dan Thanaletchumi Darmalingam (2003), mendakwa
bahawa kaedah tradisional dalam proses pengajaran mengabaikan pemahaman murid-
murid dimana ia hanya menekankan pada penghafalan dan pengaplikasian formula tanpa
sebarang penjelasan. Kaedah yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap murid
dan menarik minat mereka untuk mempelajari tajuk tersebut.

2
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah menjalani praktikum di sebuah prasekolah SK Bandar Baru Bangi. Semasa saya
membuat slot matematik awal iaitu konsep operasi asas matematik, saya mendapati
beberapa orang murid tidak memberi tumpuan dengan baik sepanjang proses PdP
berlangsung. Selain itu, saya juga mengalami kesulitan dalam menyediakan bahan bantu
mengajar yang mencukupi dan sesuai untuk murid-murid prasekolah dalam menerangkan
konsep operasi asas matematik. Oleh demikian, saya membuat tinjauan dan pemerhatian
dan satu masalah telah dikenalpasti yang menjadi punca murid-murid ini tidak berminat
untuk belajar ialah kerana kelemahan pada pembinaan bahan bantu mengajar yang
disediakan oleh saya dan murid belum menguasai kemahiran asas seperti penambahan dan
pengurangan dalam matematik. Keadaan ini menyebabkan mereka kelihatan seperti
memencilkan diri dan tidak berminat apabila aktiviti mengira dijalankan.

Bertitik tolak daripada kesedaran ini, saya perlu mengambil tindakan dengan
membuat penambahbaikan kaedah amalan pengajaran yang sesuai untuk membantu murid-
murid ini untuk menguasai konsep operasi asas matematik. Menurut kajian Ahmad Asyraf
dan Koay Chen Yong, (2014) penguasaan operasi asas matematik seperti tambah, tolak,
darab dan bahagi menjadi titik tolak terhadap penguasaan murid dalam subjek matematik.
Jika salah satu operasi tidak dikuasai maka minat murid terhadap subjek ini akan semakin
kurang. Oleh sebab itu, saya memberi perhatian terhadap masalah murid yang masih belum
menguasai konsep dan mahu menambahbaik amalan pembelajaran dan pengajaran saya.
Oleh demikian, saya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian tindakan terhadap
masalah yang dihadapi agar masalah ini dapat diatasi. Saya telah menjalankan kajian
tindakan dengan kaedah pembelajaran secara bermain menggunakan media interaktif digital
untuk meningkatkan kemahiran murid prasekolah dalam memahami konsep operasi asas
matematik.

3
2.0 Fokus Kajian
Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi
seseorang individu kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Banyak
keperluan dalam kehidupan kini yang memerlukan kemahiran matematik untuk
menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa dan waktu, menentukan bilangan barang
yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan di kantin, tambang bas dan sebagainya.
Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-
kemahiran asas matematik agar mereka boleh menjalani kehidupan dengan lebih terancang
dan sempurna.

Oleh yang demikian, pendidik memainkan peranan yang penting dalam


menyampaikan sesuatu maklumat secara berkesan agar murid dapat memahami dan
seterusnya mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan seharian. Menurut Wong (1987,
seperti dinyatakan dalam Azizi & Elanggovan, 2011), kebolehan matematik yang lebih tinggi
adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hirarki. Ramai
murid tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep
yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Kesedaran betapa peri pentingnya
kemahiran asas bagi murid-murid, saya terpanggil untuk membuat kajian terhadap masalah
kemahiran asas matematik. Fokus kajian saya adalah mengenai penguasaan konsep asas
matematik iaitu tolak dan tambah bagi murid-murid prasekolah.

Melalui pemerhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati


murid-murid kurang berminat dengan proses PdP kerana penyampaian yang kurang jelas
dan bahan bantu mengajar yang kurang menarik serta tidak mencukupi untuk semua murid.
Masalah ini jelas dapat dilihat melalui aktiviti kelas atau kumpulan dan lembaran kerja yang
diberi oleh saya. Hal ini menyebabkan beberapa murid berasa terpinggir dan seterusnya
mengganggu proses PdP yang dijalankan dan ketinggalan dalam kemahiran tersebut.

Saya merasakan bahawa murid-murid akan berminat untuk belajar sekiranya


mereka mendapat bahan bantu mengajar yang menarik dan mencukupi. Oleh sebab itu
saya mengambil inisiatif menggunakan pendekatan belajar melalui bermain yang
menggunakan media interaktif digital sebagai medium utama sepanjang proses PdP. Murid-
murid akan menunjukkan minat untuk terlibat dalam proses PdP kerana penggunaan digital
pada masa kini adalah amat bersesuaian dengan pembangunan pendidikan yang
mementingkan penggunaan ICT. Selain itu, murid akan lebih aktif sepanjang proses kerana
bahan menarik dan mencukupi bagi setiap murid. Menurut kedua-dua dapatan kajian Jasmi
et al. (2011) dan Ilias et al. (2013) menunjukkan bahawa penggunaan BBM oleh guru
mampu membuatkan pelajar fokus kepada pengajaran sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP).

4
2.1 Tindakan
Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Somekh (1989) dalam menjalankan kajian
tindakan ini. Model tersebut menyarankan lapan fasa kajian tindakan berdasarkan rajah
seperti berikut:

Mengumpul Menganalisis
Mengenal
data data dan
pasti masalah
membina

Mengumpul
Melaksanakan Merancang
data untuk
pelan tindakan pelan tindakan
mengesan

Menganalisis Mengenal pasti fokus


dan menilai penyelidikan baharu

Rajah 1: Model Kajian Somekh (1989)

Gambar rajah menunjukkan kajian tindakan dijalankan berpandukan proses berikut:

I. Guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu pengajaran dan pembelajaran yang
hendak ditangani.
II. Guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya.
III. Guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya
guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Fasa 1: Mengenalpasti masalah kajian

Pada fasa pertama, guru akan memilih satu masalah utama sepanjang melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk dijadikan kajian. Setelah mengenalpasti
masalah utama yang hendak dikaji dan diselesaikan, guru akan beranjak kepada fasa 2
dimana proses pengumpulan data dijalankan. Pengkaji telah mengenalpasti masalah utama
yang dihadapi oleh murid yang tidak dapat menguasai kemahiran operasi asas adalah
kerana pendekatan dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru kurang berkesan,
tidak menarik dan tidak mencukupi. Murid yang tidak berpeluang menggunakan bahan bantu
atas kekangan masa akan merasa terpinggir dan terus ketinggalan dalam menguasai
kemahiran yang hendak diajar oleh guru.

5
Fasa 2: Pengumpulan Data

Pengumpulan Data boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti


pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Penggunaan kaedah ini perlu disertakan
dengan instrumen-instrumen yang bersesuaian seperti senarai semak, ujian pra dan lain-
lain. Proses pengumpulan data sangat penting dilaksanakan untuk membantu guru untuk
menganalisis masalah yang dihadapi dengan lebih terperinci. Guru melaksanakan proses
pengumpulan data semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di mana
melakukan pemerhatian terhadap peserta kajian. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan
temubual dengan ibu bapa peserta bagi mengenalpasti masalah dengan lebih jelas.

Fasa 3: Menganalisis data dan membina hipotesis

Setelah pengumpulan data mencukupi, guru akan menganalisis setiap data secara terperinci
dan membina hipotesis kepada masalah yang berlaku. Berdasarkan masalah yang dihadapi
oleh guru, hipotesis yang dapat dibina ialah murid tidak dapat menguasai konsep operasi
asas kerana kekurangan bahan bantu mengajar yang berkesan kepada murid-murid.

Fasa 4: Merancang pelan tindakan

Penggunaan digital dalam pelaksanaan aktiviti bagi murid-murid prasekolah adalah sangat
sesuai dan menarik serta menjurus kepada pendekatan pengajaran mengikut abad ke-21
dan selaras dengan lonjakan utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
iaitu pembelajaran dalam talian tahap global. Justeru itu guru telah memutuskan untuk
mengolah satu situasi dengan mengaplikasikan aktiviti pembelajaran melalui bermain
menggunakan media interaktif digital dan diharapkan dapat memberi tarikan kepada murid
untuk belajar dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh peserta kajian.

Fasa 5: Melaksana pelan tindakan

Semasa fasa tindakan, guru akan melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan
mengenalpasti hasil dapatan. Langkah pertama, guru akan menjalankan satu sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan bantu digital TamTo dan
dijalankan selama 30 minit. Pelaksanaan aktiviti konsep operasi asas ini ialah murid akan
diperkenalkan dengan simbol tambah dan tolak terlebih dahulu. Murid akan menggunakan
bahan bantu digital untuk memahami konsep penambahan dan pengurangan suatu objek
tersebut. Pada setiap minggu murid diperkenalkan dengan operasi asas yang melibatkan
penambahan dan penolakan nombor dalam lingkungan 1 hingga 20. Melalui penggunaan
bahan bantu digital TamTo dalam tempoh beberapa minggu, murid juga diberi bahan
pengukuhan seperti lembaran kerja bagi mengukuhkan pemahaman serta pengumpulan

6
data. Catatan pemerhatian direkodkan menggunakan nota lapangan supaya dapat melihat
perkembangan peserta kajian tersebut.

Fasa 6: Mengumpul data untuk mengesan perubahan

Pengumpulan data boleh dilakukan semasa proses pelaksanaan pelan tindakan dijalankan.
Setiap data yang telah diperoleh akan dianalisis untuk mengenalpasti perubahan oleh
peserta kajian. Adakah peserta kajian menunjukkan perubahan yang positif atau
menunjukkan tiada perubahan sepanjang pelaksanaan pelan tindakan. Pengumpulan data
adalah berdasarkan hasil pemerhatian menggunakan instrumen-instrumen berkaitan dan
merujuk kepada hasil kerja peserta kajian.

Fasa 7: Menganalisis dan menilai

Setelah data yang dikumpul mencukupi, pengkaji akan menganalisis dan menilai adakah
pelan tindakan yang dirancang berjaya membentuk pemahaman murid dalam membina
konsep operasi asas matematik awal serta membantu guru meningkatkan amalan
pengajaran dalam kelas. Melalui penilaian yang telah dilakukan, guru akan bergerak kepada
fasa terahir iaitu mengenalpasti fokus penyelidikan baharu.

Fasa 8: Mengenalpasti fokus penyelidikan baharu

Guru akan mengenalpasti fokus penyelidikan baharu untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah untuk memastikan
murid-murid mendapat pengalaman yang mencukupi untuk memberi persediaan untuk
menghadapi pembelajaran formal di peringkat sekolah rendah. Sekiranya tindakan yang
dikaji belum mampu dicapai, guru boleh membuat kajian yang baru untuk menyelesaikan
masalah yang sama dengan kaedah atau pendekatan yang lain.

7
3.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

3.1 Objektif Umum Kajian


i. Membantu guru menyediakan amalan pengajaran yang baik dan berkesan
kepada murid-murid.

3.2 Objektif Khusus Kajian


i. Guru dapat menyampaikan pengajaran matematik yang berkesan kepada murid-
murid
ii. Memudahkan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik,
mencukupi dan bermakna
iii. Murid dapat mengikuti pembelajaran matematik secara aktif dan seronok.

3.3 Soalan Kajian


Setelah meneliti objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa persoalan yang
boleh ditimbulkan melalui kajian ini ialah:

a. Bagaimanakah bahan bantu Digital TamTo membantu guru menyampaikan


pengajaran yang berkesan dan menarik?

b. Bagaimanakah bahan bantu Digital TamTo memudahkan guru dalam menyediakan


bahan bantu mengajar yang mencukupi, menarik dan bermakna?

c. Bagaimanakah bahan bantu Digital TamTo dapat memastikan murid-murid mengikuti


PdP matematik secara aktif dan seronok?

3.4 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 11 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan prasekolah
Cemerlang daripada 25 orang.

PRASEKOLAH CEMERLANG, SK BANDAR BARU BANGI

MURID BILANGAN YANG BELUM MENGUASAI

LELAKI 5

PEREMPUAN 4

JUMLAH 9

Jadual 1.0 : Bilangan Murid dari Segi Jantina

8
4.0 Perancangan Pelaksanaan Kajian

4.1 Perancangan Tindakan


Saya akan melaksanakan tindakan selama 4 minggu. Pada minggu pertama, saya akan
memfokuskan kepada pengenalan konsep simbol asas matematik iaitu tambah dan tolak
menggunakan kaedah tradisional dan kaedah belajar melalui bermain menggunakan digital.
Pada minggu tersebut juga saya akan menjalankan ujian pos bagi mengumpul data bagi
tahap pencapaian awal murid mengenai konsep operasi asas. Minggu kedua dan ketiga
saya akan memperkenalkan konsep penambahan dan penolakan nombor dari 1 hingga 10.
Sepanjang proses ini, segala data dan maklumat akan dikumpul untuk melihat kesan
kepada murid mengikut dua kaedah yang berbeza. Pada minggu ke-4, saya akan membuat
ujian pasca untuk mengesan perubahan yang dialami oleh murid apabila kaedah belajar
melalui bermain menggunakan digital diaplikasikan. Setelah segala data diperoleh, saya
akan meneruskan kepada proses menganalisis data dan menilai.

4.2 Anggaran Kos Kajian

BIL PERKARA KOS


1 Ujian Pra 9 X RM0.20 = RM1.80
2 Ujian Pos 9 X RM0.20 = RM1.80
3 DVD – penyimpanan video rakaman 1 X RM3.00 = RM3.00
4 Perisian PowerPoint Percuma
JUMLAH RM10.60

Jadual 1.1 : Anggaran Kos Kajian

4.3 Jadual Pelaksanaan Kajian

BIL PERKARA/BULAN JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI

Kuliah dan perbincangan


1
dengan pensyarah pembimbing
Perbincangan awal dengan
2
penyelia kajian
Serahan draf kertas
3
cadangan

4 Serahan kertas cadangan

Jadual 1.2 : Carta Gant Perancangan Jadual Pelaksanaan Kajian

9
5.0 Perancangan Kaedah Mengumpul Data
Perancangan kaedah mengumpul data bagi kajian ini ialah menggunakan kaedah
pemerhatian, temubual dan analisis data. Instrumen-instrumen yang digunakan adalah
seperti berikut:

5.1.1 Ujian Pra Mengenal dan menyelesaikan Operasi Asas Matematik Awal
Pengkaji akan melaksanakan ujian pra untuk menilai sejauh mana pencapaian dan
kelemahan murid dalam menguasai kemahiran operasi asas matematik awal. Semasa ujian
dijalankan, pengkaji akan meminta murid-murid menyelesaikan tugasan lembaran kerja
yang mengandungi aktiviti mengenalpasti simbol dan penyelesaian operasi tambah dan
tolak. Ujian pos diberikan kepada murid setelah proses tindakan selesai dijalankan. Ujian ini
sama dengan ujian pra dengan meminta murid prasekolah menyelesaikan tugasan
lembaran kerja yang diberikan. Perbezaan pencapaian antara ujian pos dan ujian pra
digunakan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid-murid.

5.1.2 Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur ini dilakukan ketika murid menjalankan sesi pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada murid dapat
menguasai konsep operasi asas matematik. Segala pemerhatian direkodkan dengan
menggunakan nota lapangan. Selain itu, pemerhatian ke atas murid juga dilakukan dengan
memberikan fokus yang sama iaitu tindakbalas terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
semasa rawatan dilaksanakan. Semasa pemerhatian peringkat ini, pengkaji akan
memerhatikan sejauh mana pendekatan belajar melalui bermain menggunakan digital dapat
membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran operasi asas matematik awal.

5.1.3 Senarai Semak


Pengkaji akan menggunakan senarai semak untuk mengetahui tahap pencapaian peserta
kajian sebelum dan selepas pelaksanaan tindakan.

5.1.4 Temu bual


Pengkaji akan menemu bual ibu bapa murid untuk meninjau persepsi mereka. Temu bual
digunakan sebagai kaedah untuk mendapatkan data supaya dapat menjawab persoalan
kajian penyelidikan ini. Soalan yang digunakan amat ringkas dan berstruktur untuk
memudahkan mendapatkan maklumat daripada mereka mengenai pencapaian terkini murid-
murid di rumah. Semasa temubual, pengkaji akan mengumpul data dengan menulis
jawapan subjek kajian pada lembaran soalan yang telah berikan.

10
6.0 Perancangan Cara Menganalisis Data
Guru akan menggunakan pengurusan data untuk menganalisis temu bual, analisis dokumen
dan pemerhatian. Pengurusan data bagi kajian kualitatif mengandungi empat peringkat iaitu
kenal pasti tema atau kategori, penyemakan kategori, data yang terpapar dan penulisan
laporan. Pada peringkat ini setiap data yang diperoleh akan dikenalpasti tema atau kategori.
Pada peringkat ini, guru akan mengumpul perkataan atau frasa Seterusnya pengkaji akan
menggunakan analisis kandungan untuk menganalisis data yang dikumpul melalui ujian pra,
ujian pos, pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Manakala ujian pra dan ujian pos
pula saya analisis dengan menukarkan kepada bentuk peratusan untuk menerangkan kajian
yang telah dilakukan.

11
7.0 RUJUKAN

12

Das könnte Ihnen auch gefallen