Sie sind auf Seite 1von 8

PALAK BANGGI

PROGRAM

KLINIK UPSR DAN LAWATAN SAMBIL


BELAJAR 2018

TAHUN 2018

TARIKH:

TEMPAT:

UMS

KLINIK UPSR DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


SEKOLAH KEBANGSAAN PALAK BANGGI
1.0 PENGENALAN :
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Palak telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kota Kinabalu. Selain menjadi antara
program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai
landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada
murid-murid sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat
mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam
menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.

2.0 RASIONAL :
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui
aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat
akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu
aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi
inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF :
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada murid-
murid untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang
bersesuaian.
2. Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3 Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan
dunia luar dan masyarakat.
4. Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.
4.0 KUMPULAN SASARAN.

4.1 Murid Tahun 6

4.2 Tenaga Pelaksana


Guru :

JUMLAH YANG TERLIBAT : orang

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA PELAKSANAAN PROJEK

TARIKH :
HARI :
TEMPAT :

6.0 PENGANJUR
Guru Sekolah Kebangsaan Palak Banggi

7.0 JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran A
8.0 BILANGAN PESERTA
MURID :
Jumlah :

9.0 ANGGARAN KOS


Rujuk Lampiran B

10.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran C

11.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan
baru kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Palak Banggi. Melalui program
ini juga murid diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh
dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga
boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan
ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh :

_________________________
( MOHD. AMDIH BIN SAIDI )
Guru Prasekolah SK PALAK

Diluluskan oleh :
Disemak Oleh:
_________________________
_________________________ (Encik Osman @ Tahir B.
Mohammad)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Palak Banggi
( ENCIK VINCENT DUMAT)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Palak Banggi LAMPIRAN A
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM LAWATAN DAN KLINIK UPSR

Penasihat : Encik Osman @ Tahir B. Mohammad


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Palak Banggi

Pengerusi :

Setiausaha : Mohd. Amdih Bin Saidi

Bendahari :

Dokumentasi :

Pengangkutan :

Makanan & minuman :

    
LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA (RM)


1 YURAN RM130 x 11 RM1430
ORANG
2 TAMBANG FERI PULANG BALIK RM40 x 16 RM640
ORANG
3 TAMBANG KERETA KUDAT KE RM30 x 2 x 16 RM 960
KOTA KINABALU PULANG ORANG
BALIK
4 TAMBANG KERETA PALAK KE RM20 x 16 RM320
KERAKIT PULANG BALIK ORANG
5 SEWA HOTEL DI KK RM230 x 3 RM690
MALAM
6 SEWA HOTEL DI KUDAT RM80 x 2BILIK x RM 160
1 MALAM
7 MAKAN MINUM RM20 x 16 x 4 RM 1280
ORANG
8 PERBELANJAAN LUAR JANGKA RM 200 RM200
TIKET MASUK, PERUBATAN, DLL
JUMLAH KESELURUHAN RM5500
LAMPIRAN C
TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI


KHAMIS 6.30 – 8.00 PAGI Bertolak dari SK Palak ke Jeti Feri Kerakit

8.00 – 9.30 Pagi Bertolak dari Pulau Banggi ke Kudat

9.30 – 10.00 Pagi Sarapan pagi

10.00 – 1.00 Petang Bertolak dari Kudat ke KK

1.0 – 1.15 PM Solat Zohor & Asar (musafir)

1.15 – 2.00 PM Makan tengah hari

2.00 – 4.00 PM Lawatan ke Wildlife Lokawi

4.00 PM Kembali ke Penginapan

7.00 – 8.00 PM Makan malam

Jumaat 5.30 am Solat Subuh

7.00 – 8.00 am Sarapan Pagi

8.00 – 11.00 am Lawatan ke Muzium

11.00 – 12.00 PM Bersiap untuk Solat Jumaat

12.0 – 1.00 pm Solat Jumaat

1.00 – 2.00 pm Makan tengah hari

2.00 – 4.00 pm Lawatan ke Yayasan Sabah

5.00 – 8.00 pm Kembali ke penginapan, makan malam

Sabtu 5.30 am Solat subuh

6.00 – 7.00 am Sarapan pagi


7.00 am – 5.00 pm Program klinik UPSR di UMS.

5.00 – 8.00 pm Kembali ke penginapan, makan malam, berehat

Ahad 5.30 am Solat subuh

6.00 – 7.00 am Sarapan pagi

7.00 am – 5.00 pm Program klinik UPSR di UMS.

5.00 – 8.00 pm Bertolak balik ke Kudat

8.00 – 9.00 pm Makan malam, berehat di penginapan

Isnin 5.30 am Solat subuh

7.00 – 8.00 am Sarapan

9.00 – 10.30 am Bertolak dari Kudat ke Pulau Banggi

10.30 am – 12.30 pm Bertolak dari Jeti Feri Kerakit ke SK Palak

12.30 pm Dijangka tiba di SK Palak.

Das könnte Ihnen auch gefallen