Sie sind auf Seite 1von 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENGGEH

77500 SELANDAR, MELAKA


( SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SUKAN BOLA BALING )

PROGRAM PEMBANGUNAN

SUKAN BOLA BALING

KERTAS KERJA PEMBINAAN


GELANGGANG SERBAGUNA
Pendahuluan

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan
dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Bagi mendukung dasar ini, pentadbiran sekolah telah merangka pelbagai perancangan
untuk memperkasakan program pembangunan sukan bola baling di SK Bukit Senggeh selaras
dengan status sekolah ini sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan Sukan Bola Baling. Aspek
keselamatan murid di padang amatlah dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kecederaan
di samping mewujudkan prasarana yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Keadaan
permukaan padang sekolah yang tidak rata dan berbatu mendedahkan murid kepada
kecederaan dan menyukarkan sesi latihan pasukan bola baling sekolah. Keadaan ini
mendorong pihak sekolah untuk membina gelanggang serbaguna SK Bukit Senggeh yang
berkeluasan 1 056 meter persegi.

Rasional

Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama


sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran
akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari
segi kesejahteraan minda dan jasmani. Walau bagaimanapun aspek keselamatan murid
haruslah menjadi keutamaan bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Setiap murid haruslah
dididik untuk melakukan aktiviti bersukan dengan cara yang berkesan dalam persekitaran
yang selamat.
Objektif

1. Memastikan setiap guru dan pihak pengurusan sekolah mengambil langkah-langkah


keselamatan setiap kali aktiviti sukan dijalankan di dalam dan di luar sekolah.
2. Mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa menjalankan aktiviti sukan
3. Membentuk budaya sukan secara selamat di kalangan murid
4. Memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal
5. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
6. Mewujudkan prasarana yang bersesuaian dengan keperluan sukan yang berkaitan

Anggaran Perbelanjaan

Kos seunit Perbelanjaan


Bil Perkara Kuantiti
(RM) (RM)

Simen Premix 20 lori 600 12,000


1
BRC 10 gulung 200 2,000
2
Sewa mesin pelicin 2 x 2 hari 500 2,000
3
Upah kerja lumpsum 4,000
4

Jumlah 20,000

Anggaran Jumlah Keseluruhan = RM 20,000

Strategi Pelaksanaan

Pembinaan gelanggang serbaguna ini akan dilaksanakan oleh kontraktor yang


berkelayakan. Sebahagian daripada kerja-kerja pembinaan ini telah pun dilaksanakan seperti

i. Persediaan tapak gelanggang bersaiz 24 meter x 44 meter


ii. Kerja-kerja meratakan taburan batu kasaran
Penutup

Matlamat jangka panjang dalam Program Pembangunan Sukan Bola Baling SK Bukit
Senggeh adalah untuk melahirkan murid yang sihat, aktif, cergas dan berdaya saing tinggi
serta dapat mewakili kawasan Jasin dan negeri Melaka dalam kejohanan bola baling yang
diadakan. Kemudahan prasarana yang selamat, peralatan yang mencukupi dan tenaga
pengajar yang terlatih adalah merupakan tiga elemen utama yang menyumbang kepada
keberhasilan murid .

Semoga dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini dapat memberikan banyak


manfaat kepada pihak sekolah dalam menjana kecemerlangan sukan khususnya dan kepada
penduduk setempat amnya.

Disediakan Oleh Disemak Oleh

…………………… ……………………
En. Raja Faidil Adzman B. Raja A Samad Pn Rosilahwati Binti Khamis
Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum
SK Bukit Senggeh SK Bukit Senggeh

Das könnte Ihnen auch gefallen