Sie sind auf Seite 1von 1

SK SULTAN ABU BAKAR 1, MUAR

JALAN JUNID,
84000 MUAR, JOHOR
Tel /Faks : 06-9521350

Rujukan kami : JBB5033/09/03/8/003(1)


Tarikh : 10 Oktober 2018

Puan Zabediah Binti Othman

Melalui dan salinan kepada


Pejabat Kadi Daerah Muar,
Aras 2, Jalan Petri
84000 Muar,
Johor Darul Takzim

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, pihak SK. Sultan Abu Bakar (1) ingin menjemput dan mempersilakan tuan,
untuk memberi ceramah kepada murid tahun 6 seperti ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 9 Oktober 2018 (Selasa)


2.2 Masa : 8:30 pagi
2.3 Tempat : SK. Sultan Abu Bakar (1), Muar
2.4 Sasaran : 27 orang murid tahun 6 2018

3. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pengurusan jenazah kepada murid-
murid bagi mengetahui cara bagaimana pengurusan jenazah dilakukan dan salah satu pengisian program
selepas UPSR.

4. Jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan jutaan ucapan penghargaan dan
terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...................................................

Das könnte Ihnen auch gefallen