Sie sind auf Seite 1von 5

Mejar Dr Faiz Khaleed

BIODATA MEJAR DR. FAIZ KHALEED

Nama : Faiz bin Khaleed


Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Lahir : 15 September 1980

Pendidikan : Sekolah Rendah di ST. JOHN (2) Primary School, KUALA LUMPUR,
MALAYSIA (1987-1992)
Sekolah Menengah di ST. JOHN INSTITUTION, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Pra-Universiti : UNIVERSITY MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA (1997-
1998)
Program Sarjana : UNIVERSITY MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA (1999-
2004)
Selesai
dan mendapatkan gelaran Sarjana Bedah Gigi (Ijazah Sarjana Muda Pembedahan
Pergigian) dari
University Malaya yang memenuhi syarat Faiz Khaleed sebagai doktor gigi.

Selain itu, Faiz Khaleed melanjutkan pelajaran di Peringkat Sarjana dalam bidang
aeroangkasa di Rusia melalui Biasiswa Sains Negara serta terus menjalani latihan
tertentu bagi misi kedua itu.

Pemilihan Angkasawan :
Pada September 2006, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada dua calon untuk
menjalani latihan di Star City, Russia sebagai sebahagian daripada Program
Angkasawan Malaysia. Calon lain adalah Sheikh Muszaphar Shukor.
Pada 2007, Sheikh Muszhaphar Shukor dipilih mengikuti penerbangan ke Stesen
Angkasa Antarabangsa melalui Ekspedisi 16 dengan menaiki Soyuz TMA-11 pada
Oktober 2007.

Faiz Khaleed bersedia untuk ke angkasa lepas pada 2008 atau 2009 jika Malaysia
membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas yang kedua.

Kerjaya :
Doktor gigi tentera bersama Pasukan Tentera Bersenjata Diraja Malaysia.
Pada 22 Oktober 2007 , Faiz bin Khaleed dilantik sebagai Mejar.Malaysia membuat
keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas kedua yang mana akan
dilakukan pada 2010.

Peribadi :
Dengan misi kedua Malaysia untuk menghantar pada tahun 2011, Faiz Khaleed telah
bersetuju untuk hidup membujang sehingga selesai misi penghantaran Angkasawan
Malaysia kedua. Saranan untuk tidak mendirikan rumahtangga ini telah dicadangkan
oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.
Biodata Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Biodata Dr Sheikh Muszaphar Shukor


Angkasawan Negara Malaysia

Nama: Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha

Tarikh Lahir : 27 Julai 1972

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Keluarga : Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik.

Status : Berkahwin dengan Dr Halina Mohd Yunos

Pendidikan

Menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA Muar.


Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej
Perubatan Kasturba, Manipal, India.
Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau
berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan
Hospital Selayang (2000-2001).
Misi angkasawan Malaysia
Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA yang
dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di
bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan.
Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21
malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 oktober 2007 pada jam
6.44 petang waktu Malaysia. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani
ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.
Semasa sidang akhbar NASA beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel
hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Kerjaya

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan


sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Muar. Beliau kemudian
melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kolej
Perubatan Kasturba, Manipal, India.
Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sebelum itu, beliau berkhidmat
di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital
Selayang (2000-2001).
Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.
Pemilihan angkasawan Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi memilih


calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11,275 calon telah mendaftarkan diri dengan
pelbagai kelayakan akademik, ketahanan fizikal, emosi, dan mental. Mereka
menjalani latihan terakhir di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Beliau dikatakan
adalah calon terakhir daripada yang memohon program ini.
Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia.Peluang ini sebahagian
daripada pakej pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1 bilion (RM3.44 bilion).
Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada
Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City,Russia,
beliau dan Dr. Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk latihan 18 bulan di Russia.
Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia,
sementara, Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.

Das könnte Ihnen auch gefallen